sinonim

7
KATA SAMA ERTI (SET 01) Pilih perkataan sama erti yang paling sesuai dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah. 1 Budak itu luka parah akibat kemalangan jalan raya yang dahsyat itu. A kecil C berat B teruk D ringan 2 Beg sekolah Lin terpelanting apabila dia terjatuh. A terguling C terdampar B tercampak D terselerak 3 Kucing yang kelaparan itu makan dengan rakus . A cepat C cermat B tamak D gelojoh 4 Pemuda itu berasa ralat kerana tidak dapat menolong rakannya. A silap C kesal B salah D sedih 5 Hubungan kami menjadi renggang sejak peristiwa itu. A rapat C kurang erat B mesra D kurang kasih 6 Emak Tinah merungut apabila anaknya pulang agak lewat. A berleter C mengeluh B berteriak D mengaduh 7 Fikirannya rusuh apabila memikirkan hal anaknya. A pilu C gelisah B sedih D kecewa 8 Beliau menyarankan agar perkara itu dibawa ke tengah. A menegur C mengingatkan B memberitahu D mencadangkan 9 Tubuhnya berasa segar selepas mandi air panas. A elok C cerdas B lemah D cergas 10 Anis menyeka air matanya dengan sapu tangan. A menggosok C menyekat B membasuh D menahan 11 Penulis itu menyelar sikap peniaga Melayu yang mahu cepat kaya. A mengecap C menyebut B membidas D menegur 12 Mereka berselisih pendapat dalam banyak perkara. A berbeza C berhubung B berlawan D bersamaan 13 Pemain badminton itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi. A sikap C tangga B bentuk D tingkat 14 Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan bahawa ekonomi negara kita semakin kukuh. A alamat ... mantap C isyarat ... kuat B alamat ... kejap D isyarat ... baik 15 Sikap guru yang gigih akan menjadi contoh kepada murid- muridnya. A rajin ... kesan C tekun ... teladan B baik ... teladan D keras ... amalan 1

Upload: suhaimirahim

Post on 24-Nov-2015

77 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

PAGE 1

KATA SAMA ERTI (SET 01)

Pilih perkataan sama erti yang paling sesuai dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

1

Budak itu luka parah akibat kemalangan jalan raya yang dahsyat itu.

A

kecil

C

berat

B

teruk

D

ringan

2

Beg sekolah Lin terpelanting apabila dia terjatuh.

A

terguling

C

terdampar

B

tercampak

D

terselerak

3

Kucing yang kelaparan itu makan dengan rakus.

A

cepat

C

cermat

B

tamak

D

gelojoh

4

Pemuda itu berasa ralat kerana tidak dapat menolong rakannya.

A

silap

C

kesal

B

salah

D

sedih

5

Hubungan kami menjadi renggang sejak peristiwa itu.

A

rapat

C

kurang erat

B

mesra

D

kurang kasih

6

Emak Tinah merungut apabila anaknya pulang agak lewat.

A

berleter

C

mengeluh

B

berteriak

D

mengaduh

7

Fikirannya rusuh apabila memikirkan hal anaknya.

A

pilu

C

gelisah

B

sedih

D

kecewa

8

Beliau menyarankan agar perkara itu dibawa ke tengah.

A

menegur

C

mengingatkan

B

memberitahu

D

mencadangkan

9

Tubuhnya berasa segar selepas mandi air panas.

A

elok

C

cerdas

B

lemah

D

cergas

10

Anis menyeka air matanya dengan sapu tangan.

A

menggosok

C

menyekat

B

membasuh

D

menahan

11

Penulis itu menyelar sikap peniaga Melayu yang mahu cepat kaya.

A

mengecap

C

menyebut

B

membidas

D

menegur

12

Mereka berselisih pendapat dalam banyak perkara.

A

berbeza

C

berhubung

B

berlawan

D

bersamaan

13

Pemain badminton itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

A

sikap

C

tangga

B

bentuk

D

tingkat

14Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan bahawa ekonomi negara kita semakin kukuh.

A

alamat ... mantap

C

isyarat ... kuat

B

alamat ... kejap

D

isyarat ... baik

15

Sikap guru yang gigih akan menjadi contoh kepada murid-muridnya.

A

rajin ... kesan

C

tekun ... teladan

B

baik ... teladan

D

keras ... amalan

16

Tanah yang gersang itu akan dimajukan oleh syarikat ayah saya.

A

kontang ... dibangunkan

C

gurun ... dibina

B

kering ... ditanami

D

berpasir ... dikomersialkan

17

Adik terlena sewaktu menonton filem itu

A

tertidur ... menyaksikan

C

terlepak ... menengok

B

terbaring ... melihat

D

terpejam ... menghayati

18

Oleh sebab terkenang akan peristiwa itulah dia tidak berselera hendak makan.

A

keruan

C

berkehendak

B

beroleh

D

lalu

19

Beliau meraut buluh untuk dibuat rangka layang-layang.

A

merincih

C

membelah

B

mengikis

D

menyisik

20

Makanan ini akan dihadamkan oleh perut kita, terang doktor itu.

A

dicernakan

C

dileburkan

B

dicerakinkan

D

dihaluskan

21

Selepas kepenatan bekerja sehari suntuk, dia terlena di situ.

A

kelesuan ... terbaring

C

keletihan ... tertidur

B

kepayahan ... tersungkur

D

kehausan ... tertiarap

22

Majlis pembukaan dewan itu akan dilancarkan pada hujung minggu ini.

A

penutupan ... dijalankan

C

perasmian ... diadakan

B

penetapan ... dimulakan

D

pengolahan ... dilakukan

23

Jika kita bersikap angkuh sudah tentu kita akan dikeji oleh orang.

A

bongkak ... dikata

C

berlagak ... dicerca

B

sombong ... dihina

D

tenang ... diumpat

24

Hutangnya keliling pinggang telah menyebabkan dia tidak senang duduk.

A

melimpah ... bimbang

C

banyak ... gelisah

B

ada di pinggang ... takut

D

teruk ... gementar

25Wabak penyakit SARS yang menyerang beberapa buah negara amat membimbangkan masyarakat dunia.

A

Hawar ... melanda

C

Punca ... memasuki

B

Sebab ... menghantui

D

Sindrom ... ketelitian

26Antibodi berfungsi memusnahkan kuman yang menceroboh ke dalam tubuh badan manusia.

A

bertugas ... menyerang

C

berperanan ... masuk

B

bekerja ... mara

D

bertujuan ... menyelinap

27

Kami yakin akan cerita yang disampaikan olehnya.

A

akur ... dinyatakan

C

percaya ... dikatakan

B

ingat ... diberikan

D

tetap ... diceritakan

28

Encik Kasim mengingatkan anaknya agar jangan memendam perasaan marah.

A

membendung

C

mengawas

B

membasmi

D

menaruh

29

Feri itu sarat dengan penumpang.

A

muat

C

berat

B

ketat

D

padat

30Mak Munah telah berwasiat agar harta pusakanya didermakan kepada anak-anak yatim.

A

berhajat

C

bersetuju

B

berpesan

D

bermohon

31

Bekas lombong itu ditimbun dengan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan.

A

ditutup

C

dikambus

B

dilupus

D

diselubung

32

Pasukan rumah Merah sedang mendahului pasukan lain dalam pungutan mata.

A

kumpulan

C

tambahan

B

kutipan

D

tompokan

33

Bil air, telefon, dan elektrik boleh dijelaskan di pejabat pos.

A

diambil

C

dibayar

B

dikira

D

dihantar

34

Kelahiran anaknya itu membawa rahmat kepada keluarganya.

A

ganjaran

C

berkat

B

untung

D

restu

35

Ibu berasa ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu.

A

bimbang

C

gelisah

B

gundah

D

sangsi

36Kita hendaklah menghindari perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan kehendak agama.

A

membiarkan

C

mengawasi

B

mengawal

D

menjauhi

37

Nasiha bergegas ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan ayahnya.

A

termengah-mengah

C

berlari-lari

B

tergesa-gesa

D

berasak-asak

38Puan Rosni mendesak kami agar menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan semalam.

A

memberitahu

C

merayu

B

memohon

D

menggesa

39

Kabus tebal pada pagi itu menyelubungi puncak gunung yang kami daki itu.

A

menyelaputi

C

membasahi

B

mengaburi

D

melengkari

40Penerokaan hutan secara berleluasa akan mengancam kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

A

mengganggu

C

membantu

B

merosakkan

D

membahayakan

41

Ayam itu mengais sampah-sarap di belakang rumah untuk mencari makanan.

A

menggaru

C

mengorek

B

mencakar

D

menolak

42

Datuk sedang menyisik buluh untuk membuat rangka wau.

A

merincih

C

membelah

B

mengikis

D

meraut

43

Tingkap rumahnya terdedah sepanjang hari.

A

tertutup

C

terbuka

B

ternganga

D

terselak

44

Berdiri di puncak bukit itu, aku melihat sawah padi yang terhampar jauh di sana.

A

terbentang

C

bertebaran

B

bertaburan

D

berselang

45Setelah bertempur selama setengah jam, pengganas komunis itu pun berundur ke dalam hutan.

A

mara

C

lari

B

berpusing

D

berbelok

46Kampung itu akan dimajukan tidak lama lagi.

A

ditingkatkan

C

dikembangkan

B

dibangunkan

D

dimodenkan

47

Kilang itu menawarkan peluang kerja kepada orang kampung.

A

membuka

C

mengaturkan

B

memberi

D

menyediakan

48

Pendekar itu tidak berasa gentar ketika berdepan dengan lawannya.

A

takut

C

berani

B

kecewa

D

geram

49

Hatinya bergelora apabila melihat keadaan mangsa perang itu.

A

teduh

C

marah

B

meluap

D

tenang

50

Upacara perasmian pembukaan tamu itu dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah.

A

dikerjakan

C

dilaksanakan

B

ditugaskan

D

diselesaikan

51

Beliau diiringi oleh penunggang kuda kaum Bajau.

A

dimulai

C

diakhiri

B

dikelilingi

D

disertai

52

Kemeriahan tamu besar ini tidak berakhir setakat itu saja.

A

tamat

C

langsai

B

beres

D

sampai

53

Junid sedang menghela kerbaunya ke padang rumput.

A

menarik

C

menolak

B

mendorong

D

membawa

54

Tamu ini memberikan peluang kepada mereka untuk menjual hasil pertanian.

A

ruang

C

hasil

B

faedah

D

kesempatan

55 Kebanyakan penduduk luar bandar kenal akan pokok kekabu.

A

faham

C

tahu

B

nampak

D

biasa

56

Pokok kekabu banyak ditanam di sekitar kampung.

A

pinggir

C

seberang

B

sekeliling

D

seluruh

57

Buahnya berwarna hijau semasa muda dan berubah menjadi perang apabila masak.

A

beralih

C

berpindah

B

bertukar

D

bergerak

58

Air rebusan ini dapat digunakan untuk mengubati bengkak dan luka pada kaki.

A

menjaga

C

memelihara

B

membela

D

memulihkan

59

Kekabu semakin sukar diperoleh kerana tidak banyak kedai yang menjualnya.

A

susah

C

jarang

B

lambat

D

lama

60

Asap dari tapak pembakaran itu menjulang ke angkasa.

A

mengapung

C

meninggi

B

mengangkat

D

menaik

61

Anak muda itu menengking orang tua itu dengan suara yang kuat.

A

menyergah

C

menjerit

B

membentak

D

membantah

62

Pasukan bola jaring itu kalah pada perlawanan akhir.

A

punah

C

menang

B

binasa

D

tewas

63

Nelayan itu menunggu ombak teduh sebelum belayar ke laut.

A

surut

C

reda

B

pasang

D

tenang

64

Baju kurung itu cocok benar dengan badanku.

A

kena

C

masuk

B

serasi

D

luas

65

Suasana yang bening di hutan sesuai untuk penyair.

A

lengang

C

damai

B

sunyi

D

hening

66

Kapal itu membongkar sauh lalu belayar.

A

menyelongkar

C

membuang

B

menaikkan

D

memunggah

67

Pada waktu lapang, nenek saya menganyam tikar pandan.

A

menjalin

C

menyusun

B

membuat

D

menyulam

68

Pekerja itu tidak pernah membantah arahan ketuanya.

A

mengikut

C

menahan

B

menentang

D

menyoal

69

Budak itu menangis kerana kepalanya terhantuk pada dinding.

A

terhalang

C

terlanggar

B

tergesel

D

terkena

70

Orang itu kaya tetapi sangat lokek.

A

pemurah

C

kedekut

B

baik

D

cermat

71

Ibunya membantah dengan keras rancangannya hendak membuka perniagaan itu.

A

kasar

C

tegas

B

segera

D

marah

72

Adat lama telah lama dipinggirkan oleh anak-anak muda.

A

dibuangkan

C

dibenamkan

B

diketepikan

D

ditolakkan

73

Kapal yang karam itu telah berjaya diapungkan.

A

ditenggelamkan

C

ditimbulkan

B

terselam

D

dijatuhkan

74

Paras air di kawasan yang dilanda banjir itu telah susut.

A

kecut

C

pasang

B

surut

D

kurang

75

Sesekali dia menjengah neneknya di kampung.

A

melihat

C

mengunjungi

B

menghubungi

D

mengintai

76

Dia tidak mahu menurut kata-kata ibunya.

A

enggan

C

malas

B

benci

D

patuh

77

Bunyi yang bising itu menyakitkan telinganya.

A

bingit

C

lantang

B

gempita

D

tinggi

78

Lagu Negaraku berkumandang sebelum siaran radio berakhir.

A

bergelombang

C

berombak

B

bergema

D

bergetar

Jawapan kata sama erti ( Set 01)1. B

2. B

3. D

4. C

5. D

6. A

7. C

8. D

9. D

10. A

11. B

12. A

13. D

14. A

15. C

16. A

17. A

18. D

19. D

20. A

21. C

22. C

23. B

24. C

25. A

26. C

27. C

28. D

29. D

30. B

31. C

32. B

33. C

34. C

35. D

36. D

37. B

38. D

39. A

40. D

41. B

42. D

43. C

44. A

45. C

46. B

47. D

48. A

49. C

50. C

Jawapan kata sama erti ( Set 01)1. D

2. A

3. A

4. D

5. C

6. B

7. B

8. D

9. A

10. C

11. B

12. D

13. C

14. A

15. B

16. B

17. A

18. B

19. C

20. C

21. C

22. B

23. C

24. B

25. C

26. A

27. A

28. B