singa yang sombong

5
SINGA YANG SOMBONG Selamat petang saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa yang Sombong”. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya besar dan kuat. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana hendak menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu,” jawab haiwan yang lain. “Siapa ada cadangan, silakan,” kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan,” Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita,” kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Mereka ternampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku,” kata Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan dengan aku?” tanya Singa itu sambil ketawa. “ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar,” jawab Tebuan penuh semangat. Baiklah, kalau engkau berani, marilah,” kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Dengan pantas Tebuan masuk ke dalam lubang hidung singa dan menyengat Singa itu. Singa itu meraung kesakitan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. Kita mesti berusaha jika ingin

Upload: samantha-tan

Post on 01-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tahap 1

TRANSCRIPT

SINGA YANG SOMBONGSelamat petang saya ucapkan kepada para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong. Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya besar dan kuat. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana hendak menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. Ya, kami sedia membantu, jawab haiwan yang lain. Siapaada cadangan, silakan, kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu. Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan, Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita, kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Mereka ternampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku, kata Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? tanya Singa itu sambil ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar, jawab Tebuan penuh semangat. Baiklah, kalau engkau berani, marilah, kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Dengan pantas Tebuan masuk ke dalam lubang hidung singa dan menyengat Singa itu. Singa itu meraung kesakitan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal. Sekian, terima kasih.

Arnab Dengan Buaya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu.

Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi.

Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu.

Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

Ingat kawan-kawan, kita hendaklah berfikir apabila melakukan sesuatu. Demikian, berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Harimau Yang Tamak

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.

Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.

Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh hari sekali, kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik

Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.

Ingat kawan-kawan, kita janganlah bersikap tamak seperti harimau yang akhirnya menyusahkan diri.

Demikian, berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.