sinar di sebalik kabus

8
Sinar Di Sebalik Kabus Hari ini hari terakhir aku di sini, menghayati panorama indah desa impian. Alangkah seronoknya kalau ini kampung keluargaku. Tetapi impian akan kekal impian…arwah Mak Tok dan Tok Ayah dulu tidak tinggal di kampung sejak arwah Tok Ayah bekerja sebagai pegawai kastam di Singapura. Grandma pula tinggal bergilir-gilir di rumah anak-anaknya di Australia. Cuma Mak Dah yang tinggal di kawasan kampung di Parit Sulong. Itu pun cuma ada lembu-lembu dan pokok buah-buahan. Tiada sawah padi atau air terjun, atau sekurang-kurangnya sebatang sungai yang mengalir jernih. Tiada kicauan merdu sang burung yang menghiburkan. Tiada unggas yang berterbangan. Pacat? Selalu juga aku dengar… tetapi tidak pernah pula aku jumpa. Setakat tengok dalam televisyen adalah. Kasihan aku ini, kan? Teman-teman selalu tertawa apabila aku mengatakan yang aku tidak pernah terjumpa,apatah lagi menyentuh haiwan yang aku sendiri tidak pasti mahu dikategorikan sebagai apa itu. “Menung jauh nampak! Dah sampai mana?” aku tersengih, tidak menyangka rupa-rupanya ada orang bertinggung di sebelahku. Sudah berapa lama agaknya aku diperhatikan? “Dah lama datang? Tak perasan pun,”soalku tanpa memandang wajahnya. “Lamalah jugak, dalam 45 minit,” terkejut aku mendengarnya. Macam mana aku boleh tidak sedar? “Fatiha tak nak balik ke? Dah petang ni, langit pun mendung je. Kalau bertolak lambat,malam baru sampai,” matanya redup memandangku. Menanti balasan. Dan aku yang masih belum puas di kelilingi flora dan fauna, terlalu berat hati untuk pulang ke tempat asal yang terlalu sesak dengan racun karbon monoksida. Namun apabila terkenangkan cuti semester yang sudah hampir ke penghujungnya, aku mengangguk lemah. Setibanya di perkarangan teratak usang nenek Nurul yang cukup indah buatku itu, hatiku tiba-tiba diasak pilu sekali lagi. Entah kenapa aku berasa sangat berat untuk meninggalkan rumah ini. Mungkin juga kerana aku sangat rindu akan kampung halaman yang jauh nun di seberang benua. Langkah lemah kuhayunkan juga ke bilik teman yang baru setahun aku kenal sejak

Upload: hema-malini

Post on 16-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cerpen

TRANSCRIPT

Sinar Di Sebalik KabusHari ini hari terakhir aku di sini, menghayati panorama indah desa impian. Alangkah seronoknya kalau ini kampung keluargaku. Tetapi impian akan kekal impianarwah Mak Tok dan Tok Ayah dulu tidak tinggal di kampung sejak arwah Tok Ayah bekerja sebagai pegawai kastam di Singapura.Grandmapula tinggal bergilir-gilir di rumah anak-anaknya di Australia. Cuma Mak Dah yang tinggal di kawasan kampung di Parit Sulong. Itu pun cuma ada lembu-lembu dan pokok buah-buahan. Tiada sawah padi atau air terjun, atau sekurang-kurangnya sebatang sungai yang mengalir jernih. Tiada kicauan merdu sang burung yang menghiburkan. Tiada unggas yang berterbangan. Pacat? Selalu juga aku dengartetapi tidak pernah pula aku jumpa. Setakat tengok dalam televisyen adalah. Kasihan aku ini, kan? Teman-teman selalu tertawa apabila aku mengatakan yang aku tidak pernah terjumpa,apatah lagi menyentuh haiwan yang aku sendiri tidak pasti mahu dikategorikan sebagai apa itu.Menung jauh nampak! Dah sampai mana? aku tersengih, tidak menyangka rupa-rupanya ada orang bertinggung di sebelahku. Sudah berapa lama agaknya aku diperhatikan? Dah lama datang? Tak perasan pun,soalku tanpa memandang wajahnya. Lamalah jugak, dalam 45 minit, terkejut aku mendengarnya. Macam mana aku boleh tidak sedar?Fatiha tak nak balik ke? Dah petang ni, langit pun mendung je. Kalau bertolak lambat,malam baru sampai, matanya redup memandangku. Menanti balasan. Dan aku yang masih belum puas di kelilingi flora dan fauna, terlalu berat hati untuk pulang ke tempat asal yang terlalu sesak dengan racun karbon monoksida. Namun apabila terkenangkan cuti semester yang sudah hampir ke penghujungnya, aku mengangguk lemah. Setibanya di perkarangan teratak usang nenek Nurul yang cukup indah buatku itu, hatiku tiba-tiba diasak pilu sekali lagi. Entah kenapa aku berasa sangat berat untuk meninggalkan rumah ini. Mungkin juga kerana aku sangat rindu akan kampung halaman yang jauh nun di seberang benua. Langkah lemah kuhayunkan juga ke bilik teman yang baru setahun aku kenal sejak menyambung pelajaranku yang terkandas di Canberra dulu di Universiti Malaya. Ketika memasukkan pakaian ke dalam bag, gerakan tanganku terhenti apabila terpandang sebuah kitab Al-Quran lama yang diletakkan di atas rehal, berhampiran dengan hamparan sejadah. Sejarah hidupku bertandang lagi dalam lamunan Malam masih muda biarpun waktu sudah melepasi jam sepuluh. Sekumpulan remaja terpekik terlolong sambil terhuyung-hayang dalam keadaan mabuk. Ada enam orang semuanya, berpasangan .Tiga orang lelaki berpakaian kasual dengan kemeja yang butang bahagian atasnya tidak terkatup manakala dua gadis berambut perang dan seorang lagi yang berambut hitam kecoklatan memakai skirt pendek menampakkan peha mereka yang putih dan gebu dipadankan dengan T-shirt sendat yang terdedah di bahagian dada. Pasangan-pasangan itu saling berpelukan tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Terasa malu sekali untuk mengakui, sebenarnya aku adalah salah seorang daripada mereka!Sebuah kereta sport merah hati berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah putih yang masih diterangi cahaya suram walaupun sekarang sudah hampir pukul tiga pagi. Tidak lama kemudian pintu kereta tebuka dan seorang gadis melangkah keluar dengan perlahan. Lima remaja itu masih terjerit-jerit dan sesekali berderai ketawa mereka. Entah apa yang dijerit dan diketawakan, mereka sendiri tidak pasti sebenarnya. Mereka semua masih mamai dalam khayal tegukan air syaitan. Suasana di dalam rumah nampak tenang. Tiada tanda-tanda ada orang yang masih berjaga. Dengan penuh berhati-hati, daun pintu kututup. Setiap sudut ruang tamu yang malap dengan simbahan cahaya lampu kristal kurenung,memastikan bahawa tiada sesiapa yang sedang memerhatikan pergerakanku. Takut juga kalaumummymasih belum tidur Dari mana ni, Anna?! Kakiku menjadi kaku. Entah dari mana munculnyamummy, aku sendiri tidak tahu. Apa yang pasti sekarangmummysudah terpacak di hadapanku, tidak ubah seperti seekor singa betina yang kelaparan. Di dalam fikiranku kini cuma ada satu perkataan. MATI! Im asking you a question,Anna! And a question must has ananswer, mummy beralih bahasa. Bukannya aku tidak faham Bahasa Melayu.Mummysudah mengajarku bahasa ibundanya itu sejak aku kecil lagicuma aku sahaja yang kurang berminat. I was celebrating my friends birthday; itu sahaja jawapan yang mampu kuberikan. Apa yang aku buat di sana,mummy tidak perlu tahu. You did something wrong, didnt you? mummymenduga. Penampilanku dinihari itu mungkin telah berjaya mengusik naluri seorang ibu. Dia memandang tepat ke mataku. Renungannya tajam, cukup menggerunkan. Penuh dengan rasa curiga. No, I didnt, satu pembohongan telah tercipta. Dah siap, Fatiha? tiba-tiba Nurul muncul di muka pintu. Cepat-cepat aku mengesat pipi yang basah. Eh, kenapa ni? Fatiha ada masalah ke? Kalau ada beritahu Nurul, mana tau kalau boleh ditolong, dia mendekatiku. Kepala kugeleng pantas, sebagai isyarat tiada apa yang perlu dirisaukan. Mujur dia percaya. Seekor burung merpati putih datang bertenggek di dahan pokok mangga, bersebelahan dengan bangku kayu tempat aku berehat. Kehadirannya mengingatkan aku kepada kata-katamummytidak lama dulu. Merpati putih itu melambangkan kebebasan. Bebas merupakansesuatu yang universal, terlalu luas. Tapi di sini maksudnya bebas untuk menyuarakan pendapat dan membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak, itu jawapan yangmummyberikan apabila aku bertanya kenapa merpati putih digunakan dalam logo Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Leteranmummykira-kira setahun lalu juga masih terngiang-ngiang di telingaku. Bohong! tengkingmummy. Tersentak aku dibuatnya. Ini adalah kali pertamamummymeninggikan suaranya kepadaku. Sejak bila dah pandai menipu ni? Setahumummy,mummytak pernah ajar anak-anakmummyberbohong, mummy berhenti sesaat, menahan sebak di dada. Aku dapat mengagak segala kegiatanku selama ini sudah dapat dihidu olehmummy. Mungkin semua ini salahmummy. Selama nimummyterlalu percaya pada anak-anakmummymummyterlalu yakin dengan diri sendiri! Sebab yakin dengan didikan yangmummyberilah,mummybagi kebebasan kepada kamu semua untuk tentukan hidup kamu sendiri. Tapimummy betul-betul tak sangka yang Anna sanggup tipumummy. Anna hancurkan harapanmummydan masa depan Anna sendiri, suaramummykedengaran sayu. Itu sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya perasaan si ibu apabila mengetahui sikap sebenar si anak yang selama ini disangka tiada cacat celanya. Rintik-rintik hujan memaksa aku meninggalkan taman itu. Sekumpulan kanak-kanak yang sedari tadi seronok bermain kelihatan beredar bersama ibu bapa mereka. Suara mummy juga terbang bersama si burung merpati putih.. Suasana sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Otakku ligat berputar, memikirkan butir hujah yang perlu dibahaskan untuk membela diri. Salahkah aku jika bersuka ria bersama teman-teman? Bukankah semua ini perkara biasa bagi masyarakat negara ini? Memang aku ini anak kacukan Melayu-Inggeris, tetapi aku dan abang tidak pernah sekali pun hidup sebagai orang Melayu memandangkan kami dibesarkan di tengah-tengah masyarakat barat. Selama ini punmummytidak pernah melarang apa sahaja keinginanku. Aku bebas memilih hala tuju hidupku sendiri. Diam tak diam dah setahun Fatiha duduk kat Malaysia ni kan, Nurul? Esok kita dah nak puasa Yelahesok dah puasa kan? Nanti kita nak sahur apa? Setakat mee segera adalah dalam kabinet tu. Eei, ni yang rindu asam pedas nenek ni! Eh, Fatiha! Kenapa pulak ni? Termenung sana, termenung sini. Ingat kat siapa, hah? Kebelakangan ni Nurul tengok Fatiha asyik termenung je. Rindu pada keluarga ke?

Hanya senyuman yang mampu kuukir. Aku tidak mempunyai jawapan pasti untuk soalannya itu. Rasa rindu pada keluarga dan kawan-kawanku di Canberra semakin hari semakin menebal biarpun ia tidaklah begitu ketara kerana aku sangat gembira dan bahagia dapat berada di tanah tumpah darah ibuku ini. Apa yang bermain di fikiranku kini mungkin tidak akan dapat diselami oleh orang lain, termasuk Nurul yang menjadi teman serumahku selama ini. Dia tidak akan faham betapa bermaknanya Ramadhan bagi orang sepertiku. Aku juga tidak pernah bercerita kepadanya tentang kehidupan silamku dulu. Mujur dia tidak pernah bertanya. Bagaimana agaknya penjelasan yang perlu kuberi jika tiba-tiba isu itu dibangkitkan? Perlukah aku mengatakan bahawa hidupku dulu terlalu bebas sehingga aku kehilangan mahkota wanitaku? Patutkah aku membuka pekung di dada dengan memberitahu yang aku tidak lagi sesuci bayi yang baru dilahirkan? Mampukah aku membuka semula simpulan rahsia setelah sekian lama kujaga rapi tanpa pengetahuan sesiapa, terutamanyamummy? Beranikah aku? Satu Ramadhan bertandang lagi. Pada tarikh yang sama 365 hari yang lalu, buat julung kalinya aku menjejakkan kaki ke Malaysia selepas sepuluh tahun. Sebetulnya kedatanganku kali ini adalah atas arahanmummyyang mahu aku menghabiskan cuti musim panasku di kampung halamannya. Tempat itu terlalu mundur dan membosankan, begitu telahanku kala memprotes cadanganmummy. Tetapi apakan daya..mummytetapmummy. Arahannya yang kuanggap sebagai hukuman itu mesti dituruti. Kira-kira jam lapan pagi waktu di Malaysia, sebuah teksi yang membawaku tiba di alamat yang tertera di atas kertas yang mummy beri. Sebuah kampung? Aku benar-benar tidak menyangka bahawa adik ibuku tinggal di kawasan sebegini. Mataku melilau memerhati sekeliling. Tiada apa yang menarik. Cuma ada pokok-pokok yang tidak kuketahui spesisnya.Bukk!!Aduh, sakitnya! Lengan kuurut perlahan, sambil anak mataku tidak telepas dari memandang sebiji kelapa yang tiba-tiba muncul. Datangnya entah dari mana..tahu-tahu sudah terasa sengal di tangan kiriku. Aku menoleh belakang, menyoroti sebatang pokok kelapa yang sederhana tinggi. Belum pun sempat pandanganku mengecam seekor binatang yang sedang berpaut pada batang di bahagian atas pohon ituBukk!!Sekali lagisebiji kelapa bergolek di atas tanah sebelum hilang di celah-celah semak samun. Nasib baik aku sempat mengelak. Namun mindaku masih dipenuhi tanda tanya. Apakah gerangannya haiwan itu? Sekali imbas kelihatan seperti monyettetapi ada kelainan nya apabila dibandingkan. Hatiku bertambah resah. Entah apalagi yang akan ku temui selepas ini.Fatiha! jerit Nurul secara tiba-tiba. Serentak dengan itu sebiji mug terlepas dari tanganku lalu mencium lantai. Hai, berangan apalah tu sampai tak ingat dunia. Tengok, kan dah pecahmugtu. Dahlah kita ni kekurangan cawan, dipecahkannya lagi, bibir munggil Nurul terkumat-kamit merungut sambil tangannya pantas mengutip serpihan kaca yang sudah berderai.Yang Nurul tiba-tiba menjerit tu kenapa? Rasanya kalau bukan sebab Nurul yang buat Fatiha terkejut , mestimugtu tak jatuh, aku cuba membela diri biarpun aku sedar semua ini adalah salahku. Sejak kebelakangan ini aku selalu sahaja mengalamun mengimbau kenangan lama. Jarum jam baru melewati angka dua. Tangan kananku meramas-ramas perut yang sudah mula berkeroncong. Tinggal bersendirian membuatkan aku bosan dan asyik menghitung jari mengira waktu berbuka. Teringat aku ketika kali pertama berpuasa di rumah ibu saudaraku dulu Hari pertama bersama ibu saudara yang kupanggil Mak Dah ini agak payah. Masalah utama yang kuhadapi ialah masalah komunikasi. Dia tidak faham Bahasa Inggeris! Perkataan yang dia tahu hanyalah yes,no, alright danthank you. Maka akulah yang terpaksa terkial-kial membetulkan lidah yang tergeliat bertutur dalam Bahasa Melayu. Itupun nasib baik cuma ada aku dan dia di dalam rumah itu, jadi tidak perlulah aku bersusah payah berbual dengan orang lain pula. Hari kedua lebih sengsara. Seharian aku dibiarkan mengikat perut. Mak Dah mengajakku berpuasa dengan alasan semua orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Mahu tidak mahu aku ikutkan juga kata-katanya. Aku tidak mahu dia mengadu padamummy. Aku juga tidak mahumummytahu yang selama ini aku cuma pura-pura berpuasa di depannya, hakikatnya tidak. Hari ketiga aku menyangka semuanya akan berjalan lancar, seperti yang aku rancangkan sebelum ini; minggu pertama segala rentak lagu yang Mak Dah mainkan akan kuikut lalu Mak Dah yang menganggap aku sebagai anak yang baik, akan termakan pujukanku supaya dia membenarkan aku pulang. Namun surat darimummypetang tadi telah mengubah segalanya. Semuanya telah diuruskan. Aku tidak perlu lagi pulang ke Canberra untuk menyelesaikan pengajianku. Malah kemasukanku ke universiti tempatan juga telahmummyuruskan.Mummymahu aku terus tinggal di sini? Itu merupakan sesuatu yang mustahil. Fatiha, kamu sakit ke? Lain je kamu hari ni, Mak Dah bersuara di sebalik pintu. Mungkin juga dia hairan kerana malam itu aku terus mengunci diri di dalam bilik setelah berbuka tadi. Selalunya aku akan membantunya mengemas dapur dahulu sebelum menonton televisyen di ruang tamu.No,Im o.k. Saya tak apa-apa

Malam di kampung memang sunyi. Inikan pula sekarang sudah hampir dua pagisudah tentu semua orang sedang enak dibuai mimpi. Beg sandang di bawah katil kutarik lembut. Kemudian tombol pintu kupulas perlahan, mengelak kesan bunyi semaksimum mungkin. Aku menjenguk ke luar. Setelah pasti Mak Dah sudah masuk ke dalam biliknya, baru aku keluar. Aku sudah bertekad untuk lari malam ini. Ke mana, aku sendiri tidak pasti. Tetapi yang nyataaku tidak mahu berada di sini lagi. Kehidupanku adalah di Canberra, bersama teman-teman yang cukup memahami. Seluruh jiwa ku tiba-tiba bergetar. Merdu suara itu mengalunkan ayat-ayat suci mengundang seribu kesayuan. Ini bukan kali pertama aku mendengarnya. Sudah banyak kali.Mummymemang selalu mengulit kitab itu sepanjang malam, Cuma aku sahaja yang tidak ambil pusing. Tetapi entah kuasa apa yang meresap ke dalam diri ini sehingga aku tidak mampu lagi berganjak walau setapak. Aku senang beginibersimpuh di tepi bilik Mak Dah dan tekun mendengar kalimah-kalimah yang aku sendiri tidak tahu maksudnya. Perasaan tenang menyelimuti malamku yang sebelum ini sedingin salju biarpun unggun menemani. Lantas aku terlupa terus hasrat asalku tadi. Pada suatu petang yang redup, aku menerima sekeping kad dari kampung halaman. Gembira bukan kepalang hatiku ini, Allah sahaja yang mengetahui. Dengan cermat aku menyiat hujung sampul berwarna hijau daun. Sekeping kad hasil kreativiti pengirim kurenung lama. Tanpa kusedari empangan mataku pecah. Manik-manik jernih membasahi pipi. Puisi nukilanmummykali ini benar-benar menyentuh kalbu, sarat makna tersirat. Aku tahu inilah yangmummynantikan saban waktu. Kini doamummydiperkenankan Allah, bukan sedar angan-angan kosong. -TAMAT-Cahaya KekasihNovember 2003