silat.docx

Upload: nur-ayuni

Post on 09-Jan-2016

329 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

SILATKarate dan silat untuk anak anda Meningkatkan Disiplin, Mempelajari Pertahanan Diri dan Meningkatkan keyakinan diri

Image courtesy of Photostock/ FreeDigitalPhotos.net

Semakin ramai ibu bapa telah mendaftarkan anak-anak mereka untuk pelbagai seni mempertahankan diri seperti kelas karate dan seni silat. Ramai ibu bapa menggunakan seni mempertahankan diri sebagai aktiviti tambahan untuk anak-anak mereka. Kini mereka bermula pada usia yang semakin muda, sebahagian daripada mereka yang menyertai kelas karate dan silat berusia 5 tahun.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melibatkan diri dengan seni mempertahankan diri mempunyai peningkatan dalam rasa tanggungjawab, lebih berdisiplin, dan telah meningkatkan keyakinan diri selain daripada dapat mempelajari seni mempertahankan diri itu.

Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa ibu bapa memilih untuk mengambil anak-anak mereka untuk pelajaran karate atau silat di Geliga.

Disiplin:

Sebagai sebahagian daripada latihan disiplin mereka, kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk fokus dan menumpukan perhatian kepada tugasan. Kanak-kanak akan belajar bagaimana untuk melaksanakan kemahiran seni mempertahankan diri mereka dengan usaha dan sikap yang bersungguh-sungguh. Mereka akan belajar untuk beristiqamah dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dan mampu untuk mengatasinya. Kanak-kanak akan bertambah berani dalam mengatasi kebimbangan dan rasa gemuruh mereka. Pertahanan diri:

Pada mulanya, sesetengah kanak-kanak akan merasa teruja pergi ke kelas seni mempertahankan diri seperti kelas karate atau silat, memikirkan kelas itu adalah tentang belajar bagaimana untuk berlawan.

Image courtesy of Photostock/ FreeDigitalPhotos.net

Salah satu sebab mengapa ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk kelas ini adalah untuk anak-anak belajar cara mempertahankan diri dan bukannya untuk memulakan pergaduhan. Namun demikian jika berhadapan dengan bahaya, anak-anak ini akan mampu untuk melawan balik.

Kanak-kanak akan belajar koordinasi dan kelajuan, dan bagaimana untuk mengawal keseimbangan, postur badan dan teknik dengan betul. Mereka belajar kaedah mengawal pergerakan dan bagaimana ia memainkan peranan apabila mereka melompat, mengelak, dan bergerak dengan pantas.

Tidak semua kanak-kanak ini akan berpeluang untuk berjuang menggunakan teknik-teknik ini dalam kehidupan seharian mereka, tetapi ketika pembelajaran ini semua dapat menolong mereka membina keyakinan dan keberanian untuk menghadapi rintangan dan bahaya.

Senaman yang mereka lakukan dalam kelas juga boleh membantu membina stamina dan kekuatan yang boleh menyediakan mereka untuk menjadi atlet yang baik.

Keyakinan diri:

Pembelajaran seni mempertahankan diri boleh membina keyakinan diri di kalangan kanak-kanak. Mereka berasa yakin tentang diri mereka kerana mereka belajar untuk mengatasi banyak ujian. Apabila mereka diberi ganjaran dengan tali pinggang tertentu mereka menunjukkan kemajuan ke peringkat-peringkat yang berbeza, mereka akan merasa mendapat suatu pencapaian yang akan meningkatkan harga diri dan keyakinan diri mereka. Ini kerap akan membantu mereka menjadi lebih aktif di sekolah, mengambil bahagian dalam akademik dan aktiviti ko-kurikulum.

Secara keseluruhannya, terdapat banyak kebaikan dalam belajar seni mempertahankan diri. Ia sentiasa lebih baik jika anda dapat mengenali apa yang anda dan anak anda benar-benar ingin capai dalam penyertaan itu. Adakah anda ingin anak anda bergembira sambil mempelajari teknik silat atau karate, atau anda merancang untuk melihat anak anda menjadi wakil sekolah, negeri atau negara ke peringkat lebih besar..

Sebagai permulaan, anda mungkin hanya mahu anak anda seronok mempelajari teknik mempertahankan diri sambil memperbaiki tahap keyakinan diri mereka seperti yang disebutkan di atas.

Pertandingan final Pencak Silat putri kelas E 65kg - 70kg. Di sebelah kiri Amelia Roring (Indonesia - medali emas) vs Siti Rahmah Mohamed Nasir (Malaysia - medali perak). 17 November 2011 pada SEA Games XXVI Indonesia 2011 di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta Timur, Indonesia.

Image source: http://commons.wikimedia.org/wiki/User:Gunkarta

Sekiranya anak anda mempunyai kecenderungan yang tinggi dan mempunyai bakat untuk meningkat secara professional, anda boleh menggalakkannya untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang terdapat di peringkat kebangsaan atau mana tahu, peringkat dunia.

KESAN SILAT

Silat merupakan seni bela diri kebangsaan Malaysia. Sistem latihan silat berdasarkan kepada gerakan geometri manusia ataupun pola langkah. Silat tidak memasukkan gaya binatang seperti yang terdapat di dalam seni beladiri Kung Fu. Teknik yang terdapat di dalam sistem latihan silat adalah sangat praktikal dan berguna kepada anak-anak anda. Kanak-kanak sebenarnya lebih mendapat manfaat berbanding orang dewasa ketika berlatih Silat. Hal ini berlaku kerana struktur tubuh mereka yang sedang membesar amat mudah manjadi serasi dengan sistem latihan silat. Oleh itu, dengan latihan yang sempurna kanak-kanak akan menjadi lebih fleksibel, peningkatan kekuatan otot dan peningkatan tahap kecergasan, dan juga akan mengembangkan lagi teknik bersilat mereka.

Namun, yang lebih utama adalah anak-anak akan mendapatkan kesan yang lebih positif terhadap keperibadian dan perilaku dalaman mereka. Tujuan utama Seni Silat Malaysia adalah menghasilkan individu yang mulia dan positif yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara dalam membangunkan umat yang kuat. Berikut adalah penjelasan kepada tujuh kesan latihan silat pada sikap kanak-kanak berdasarkan tujuh aktiviti penting dalam sistem latihan seni bela diri Silat :

1. Menghormati. Anak-anak akan ditanam dengan sikap menghormati pada hari pertama mereka datang ke silat kelas. Para guru Silat akan mengajar mereka yang mereka harus menunjukkan tanda hormat ke guru Silat setiap kali sebelum memulakan dan menamatkan sesi latihan.

2. Disiplin & Sabar. 'Bunga Silat' (anak-anak belajar bagaimana untuk memahirkan langkah/posisi defensif dan serangan dalam Silat) memberi gerak asas Silat dan langkah yang diperlukan anak-anak supaya menjadi berdisiplin dan sabar dalam setiap langkah mereka pelajari. Hal ini juga akan meningkatkan lagi sikap baik yang lain seperti tenang, berhati-hati, rapi, dan bersaing dalam setiap bidang yang mereka sertai.

3. Berkeyakinan Tinggi. Latihan Jurus Silat' (disiplin yang meningkatkan kemahiran serangan dan defensif samada serangan tunggal atau lebih kepada tubuh lawan) juga akan mendidik anak-anak untuk taat, keseimbangan, positif, tegas, dan berkeyakinan tinggi dalam apa sahaja bidang yang mereka akan terlibat pada masa hadapan.

4. Beradab. 'Belebat silat' (menerima serangan dari seorang lawan atau ramai) latihan akan mendorong anak untuk meningkatkan kemahiran berstrategi tentang bagaimana untuk menerima serangan dari pihak lawan. Secara tidak langsung kegiatan ini akan memberi sikap yang positif seperti mengambil berat, menyayangi, bertanggung jawab, setia, kreatif, dan setiawan terhadap rakan silat mereka serta terhadap lawan mereka.

5. Semangat. 'Tapak silat' (Pola-Langkah Silat atau Gerak Silat) sistem latihan merupakan latihan yang akan mengembangkan kemahiran anak-anak tentang cara mengatur pola langkah gerak Silat di lantai. Latihan ini akan meningkatkan semangat dan tekad anak-anak dari hati hingga ke fikiran mereka. Dengan demikian, mereka akan memiliki sikap positif seperti inovatif, kejujuran, ikhlas dan tekad.

6. Keperwiraan. 'Buah silat' (kaedah menyerang atau menerima serangan dalam rangka untuk serang-balas samada satu lawan atau ramai) adalah latihan yang sangat diminati oleh kebanyakan pesilat. Mereka pelajari banyak teknik bela diri yang dapat membantu mereka dalam membina sikap kesopanan dan sikap pendekar.

7. Integriti dan Semangat Perjuangan yang Tinggi. Latihan 'Tempur silat' (Bertempur dengan Pesilat lain) akan meningkatkan prestasi anak-anak dalam bertempur dengan satu atau ramai lawan. Nilai-nilai positif (berani, kerjasama berpasukan, integriti, bersemangat tinggi, dan tangkas) akan ditimba dalam latihan ini yang dapat membangunkan keperibadian anak terutama dari segi kepimpinan.

Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi anda untuk memahami perubahan yang akan berlaku pada anak-anak anda selepas mereka mula mempelajari Silat. Setelah anak-anak memahami dan sertai kesemua program dalam latihan Silat, mereka akan menjadi lebih berani dan timbul perasan ingin tahu yang lebih banyak tentang silat terutama hal-hal pertahanan diri. Latihan Silat secara tidak langsung akan meningkatkan nilai-nilai dalaman anak-anak. Sikap positif lebih penting berada di dalam diri setiap pesilat berbanding kemahiran bersilat mereka. Selain itu, objektif Pendidikan Silat adalah untuk melahirkan seorang pahlwan berhati mulia dan berkarisma yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara dan umatnya samada dalam pertandingan, pendidikan, perniagaan, atau apapun yang membawa nilai-nilai yang baik untuk negara.Silat Serimau HitamDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari Silat Serimau Hitam terkenal di negeri Perak. Serimau Hitam berasaskan lima silat yang dipelajari oleh Baharum Hatir iaitu Silat Wali Suci, Silat Jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Gayong. Pada mulanya ia dikenali dengan nama Silat Selima Hitam dan nama perguruan itu ditukar kepada Serimau Hitam bersempena pergerakan harimau dalam perguruan tersebut serta mengambil iktibar dari kekuatan dan kehandalan raja rimba itu.

Isi kandungan[tunjukkan] 1 Riwayat Hidup Allahyarham Pak Guru Haji Baharum 2 Penubuhan Seni Silat Serimau Hitam 3 Sejarah Gabungan Lima Jenis Perguruan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam 4 Adab-Adab sebelum Bermain Silat Di Gelanggang 5 Adat Istiadat 6 Sistem pelajaran 7 RujukanRiwayat Hidup Allahyarham Pak Guru Haji Baharum[sunting | sunting sumber]Pada suatu petang keluarga Allahyarham En. Hathir bin Haji Kecil iaitu ayah Pak Baharum sedang beristirehat di rumahnya di kampung Kemunting, Taiping perak. Tiba-tiba datang segerombongan Bintang Tiga kerumahnya untuk menangkap Pak Hathir. Ayahnya telah dituduh sebagai tali barut Jepun (Jitsu).Ayahnya telah ditangkap dan telah diheret untuk dihukum pancung. Pada ketika itu seorang anak teruna yang berusia 13 tahun iaitu Pak Baharum bin Nin Hathir bersama keluarganya hanya mampu menangis sahaja. Tetapi di sebalik tangisan itu tersemat perasaan dendam membara terhadap Bintang Tiga yang telah menculik ayahnya dan di hukum pancung.Pada waktu senja, tanpa diketahui oleh ibunya, Allahyarham Pak Baharum dan abangnya iaitu Daud telah menyelamatkan bapanya daripada pusat tahanan Bintang Tiga. Dengan berbekalkan ilmu persilatan yang telah dipelajari daripada datuknya, maka dengan izin Allah S.W.T. mereka berjaya melepaskan bapanya dan melarikan diri sekeluarga ke Kuala Kangsar untuk mendapatkan perlindungan.Bermula dari situlah allahyarham Pak Baharum mulai sedar bahawa pentingnya ilmu persilatan. Maka beliau mulalah menjelajahi seluruh semenanjung Malaysia termasuk Singapura untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan sehinggalah beliau diijazahkan sebagai seorang guru dalam ilmu persilatan.Penubuhan Seni Silat Serimau Hitam[sunting | sunting sumber]Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak telah ditubuhkan pada awal tahun 1971 oleh Pak Guru Baharum bin Hathir. Pada ketika itu persatuan ini lebih dikenali dengan nama Persatuan Seni Silat Selima Hitam iaitu hasil daripada gabungan dari lima jenis silat yang telah dipelajari olek allahyarham Pak Guru Baharum. Antaranya ialah beliau telah menuntut Silat Gayung, Silat jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Wali Suci.Oleh kerana nama Selima itu tidak begitu popular pada masa itu, maka pada penghujung tahun 1971, Persatuan Seni Silat Selima Hitam yang no pendaftaran -1920/pk telah ditukarkan kepada seni silat Serimau Hitam Perak yang no pendaftarannya ialah 2526/86. Pada sekitar awal tahun 1980-an persatuan ini hanya bergerak secara kecil-kecilan iaitu dari sekitar Kampar dan Malim Nawar, Perak sahaja. Tetapi pada akhir tahun 80-an silat ini mula berkembang di daerah-daerah lain termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi. Sehingga kini jumlah keahlian adalah melebihi 5000 oarang yang telah menyertai seni silat Serimau Hitam Perak di sekitar Perak.Sejarah Gabungan Lima Jenis Perguruan Persatuan Seni Silat Serimau Hitam[sunting | sunting sumber]Selepas kejadian peristiwa oleh Bintang tiga keatas allahyarham Pak Baharum, beliau mula mendalami ilmu persilatan dengan lebih serius dan bersunguh-sungguh. Persilatan pertama Pak Baharum ialah dengan Pak Lek Juwono bin Rawi Klang di negeri Johor. Beliau mempelajari dan memdalami seni Silat Jawa sehinggalah diijazahkan sebagai guru.Oleh kerana beliau merasakan dirinya tidak cukup berilmu maka beliau menuntut dengan guru lain. Selepas itu beliau mempelajari ilmu Seni Silat Cekak dan berguru dengan Tuan Hj Yahya. Menurut cerita Seni Silat cekak berasal dari negeri Kedah iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.Pada ketika itu Silat Cekak ini adalah hanya dipelajari oleh kaum kerabat diraja sahaja. Tetapi oleh kerana tiada waris yang boleh lagi diperturunkan maka barulah ilmu tersebut diajar kepada rakyat jelata pada ketika itu. Selepas beliau berguru dengan Tn.Hj. Yahya dan mendalami ilmu silat Cekak, beliau pula berguru dengan Mahaguru asal seni Silat Gayung, iaitu Tuan Syed Al-Atass di Pulau Selulung, Singapura. Pak Baharum berguru sehinggalah diiktiraf sebagai guru kanan dan diiktiraf sebagai gelaran khalifah tertinggi dalam persilatan tersebut. Semasa diperguruan inilah ilmu kebatinan seperti mandi tapak, potong tangan, mandi minyak, mandi hujung pedang dan sebagainya telah diperolehi dari Tuan Syed. Oleh kerana pada ketika itu Haji Baharum merasakan lagi kekurangan tentang ilmu persilatan, maka beliau memperhambakan diri dengan guru Pendekar Amin yang berasal dari negeri Perak. Beliau mempelajari ilmu Silat Sambarani (Helang)Corak latihan dan pengajaran yang dipelajari bersama Pendekar Amin adalah sangat lasak dan tangkas. Ia memerlukan kekuatan fizikal untuk bersilat secara layang dan terbang serta main bawahan kekuda rendah. Setelah khatam berguru dengan pendekar Amin, beliau mendalami ilmu Seni silat Wali suci di negeri kedah, dengan seorang guru yang bernama Pak Bidin. Dalam ilmu persilatan inilah pak Baharum mendalami ilmu agama dan pelbagai ilmu seperti perubatan ilmu kebatinan dan tradisional dan sebagainya lagi.Oleh kerana Pak Bidin semakin uzur maka Pak Baharum telah dilantik dam ijazahkan sebagai guru sekali lagi.Pak Baharum juga mendalami ilmu Silat Wali Suci dengan Pak Karim di Perak.Pak Baharum telah mendalami dan mempelajari ilmu persilatan selama lebih 15 tahun. Setiap perguruan beliau dianugerahkan sebagai guru. Beliau mempunyai azam , matlamat dan daya usaha yang gigih bagi mencapai cita-citanya. Kini beliau telah diiktiraf sebagai guru dan pengasas PERSATUAN SENI SILAT SERIMAU HITAM PERAK.Adab-Adab sebelum Bermain Silat Di Gelanggang[sunting | sunting sumber]Setiap jenis silat mempunyai adab-adab yang tertentu sebelum masuk gelanggang. Sebelum bermain silat diatas tanah, perkara pertama jurulatih mestilah bertafakur iaitu meletakkan tangan kanan mencecah bumi lalu membaca surah Al- Fatihah dan selawat ke atas nabi. Selepas itu jurulatih kemudiannya berniat agar pesilat-pesilat terhindar dari mara bahaya semasa latihan dan permainan berlangsung.Selepas jurulatih masuk gelanggang dan selesai bertafakur, Kemudian barulah diikuti oleh para pesilat berbuat demikian dengan cara duduk antara dua sujud sambil membaca surah Al- Fatihah dan selawat Nabi sebanyak tiga kali.Selepas itu dengan diikuti adab memasuki gelanggang adalah sama dengan penutup gelanggang. Tetapi niat oleh jurulatih adalah berbeza iaitu bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahan dan kurnianya memperolehi ilmu dan keselamatan daripada ditimpa musibah yang tidak diingini.Adab-adab yang lainya ialah seperti adab hormat. Adab hormat ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu majlis atau demonstrasi, para pesilat mestilah memberi hormat kepada hadirin, iaitu dengan cara berdiri tegak kedua-dua kaki dirapatkan manakala kedua-dua tangan rapat ke dahi selaku mengankat sembah hormat. Mana-mana silat pun mempunyai adab hormat kepada hadirin sebelum memulakannya sesuatu demonstrasi.Selain itu juga, adab-adab lain seperti adap peluk tubuh. Adab ini dilakukan dalam keadaan berdiri dimana tanagn kanan bertindan ke atas tangan kiri dan rapat ke dada. Peranan peluk tubuh mempunyai keistimewaan tertentu dan kelebihan-kelebihannya. Peranan peluk amat penting antaranya ialah salah satu kaedah atau cara untuk menempis dan menyerang musuh. Dengan cara memeluk tubuh, kita dapat menepis atau menyerang musuh apabila saat-saat diperlukan dan menjadikan pesilat lebih yakin dan berani apabila berada dalam persekitaran dan sentiasa berjaga setiap masa daripada serangan musuh.Adab seterusnya ialah cara duduk seni, dalam silat pelbagai adab termasuk cara duduk seni diamalkan cara-cara duduk seni dalam persatuan seni silat Serimau Hitam ini adalah kelihatan tertib dan kemas. Semasa duduk, kaki kanan para pesilat bersilang di atas kaki kiri dan kedua-dua tangan diletakkan secara bebas diatas persilangan kaki tersebut. Kedudukan ini memudahkan para pesilat tersebut bangun dengan pantas dan bersedia untuk menerima serangan ataupun menyerang lawan.Adat Istiadat[sunting | sunting sumber]Silat Seni serimau hitam adalah bersendikan adat. Manakala adat bersemadikan syarak Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi limau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid seni silat Serimau Hitam. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengkeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengkeras ini adalah hak Mahaguru atau warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan kepada mereka yang tidak mampu.Pada peringkat permulaan, pesilat baru diwajibkan membawa limau sebanyak tiga biji, bunga tiga jenis, tiga batang jarum, kemenyang dan wang pengeras. Limau tiga biji itu akan dipotong tiga oleh pak guru dan semasa memotong limau tersebut pak guru akan menjampi limau tersebut. Jarum yang tiga batang tadi digunakan, tiga batang paku tersebut akan dipakukan diatas limau. Antara salah satu batang jarum tersebut akan di simpan oleh Pak Guru manakala dua batang lagi akan disimpan oleh para pesilat. Dalam seni persilatan ini mandi limau salah satunya ialah untuk menghilangkan segala kekotoran yang terdapat pada tubuh pesilat, manakala jarum pula ialah untuk melihat sejauh mana ketajaman yang terdapat pada para pesilat.Sistem pelajaran[sunting | sunting sumber]1. Pergerakan badan (Jurus)2. Latihan Jimnastik3. Buah kosong (pukulan dan tepisan)4. Permainan Senjata Tradisonal seperti keris, pisau, parang, lembing dan kerambit5. Permainan senjata kayu, rotan dan tongkat.Rujukan[sunting | sunting sumber] Majalah Seni Beladiri, Mei 1999, m/s 35

SEJARAH BLOG LATAR BELAKANG PERSATUAN

Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak telah diasas dan ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Ketua Guru Utama persatuan ini iaitu Tuan Haji Baharum Bin Hathir P.P.T atau lebih dikenali dengan nama panggilannya iaitu Bapak Baharum. Nama asal persatuan ini sebenarnya adalah berbeza dengan namanya sekarang. Pada ketika itu nama persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Seni Silat Selima Hitam. Nama ini wujud hasil dari percantuman lima jenis persilatan yang telah dipelajari oleh Bapak Baharum. Kelima-lima jenis ilmu persilatan itu ialah :-

1. Seni Silat Cekak2. Seni Silat Jawa3. Seni Silat Gayong4. Seni Silat Sambarani, dan5. Seni Silat Wali Suci

Ilmu-ilmu persilatan ini dituntut oleh Bapak Baharum di Johor dan Melaka melalui datuknya, di Kedah dengan datuk saudaranya dan di Kelantan dengan bapa saudaranya. Di dalam kelima-lima jenis disiplin ilmu persilatan tersebut, Bapak Baharum telah dianugerahkan dengan taraf sebagai Guru.

Oleh kerana jenis permainan silat ini meliputi pergerakan yang agresif, kasar, keras, lincah dan pantas, maka setiap pesilat dikehendaki menghadapi ujian-ujian getir yang harus ditempuhi dengan tabah dan sabar. Jenis permainan tersebut diumpamakan seperti gerakan seekor Harimau yang tangkas dan gerakan Harimau menjadi lambang semangat kepada persatuan ini.

Akhirnya, pada tahun 1986, atas kesedaran untuk memelihara, mengembang dan memartabatkan Seni Silat Melayu sebagai warisan budaya tradisi yang berkekalan untuk diwarisi generasi seterusnya, persatuan ini telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 dan setelah dilakukan permuafakatan antara Ketua Guru Utama dan Ahli Jawatankuasa persatuan, dengan mengambilkira lambang semangat persatuan ini iaitu Harimau dan Hitam dimaksudkan sebagai pakaian tradisi pesilat, persatuan ini telah didaftarkan dengan menukar namanya kepada Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak.

Moto persatuan ini ialah Berilmu, Beriman, Beramal. Ianya didefinasikan secara keseluruhannya bermaksud Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak adalah merupakan gedung bagi ahlinya untuk menimba atau mempelajari ilmu jasmani dan rohani, justeru melahirkan ahlinya yang beriman kepada Allah S.W.T serta ajaran-Nya dan sebagai hasilnya ahli tersebut dapat beramal atau melakukan suatu kerja atau sikap bertanggungjawab terhadap dirinya, agamanya, bangsanya dan negaranya.

Pengasas persatuan ini telah meninggal dunia pada tarikh 08.08.2006 dan sejak daripada tarikh itu jawatan Ketua Guru Utama persatuan ini telah disandang oleh anak beliau iaitu Encik Mohd Said Bin Haji Baharum dan dibantu oleh Encik Noor Aslan Bin Haji Baharum selaku Guru Muda.PENTADBIRANPersatuan ini ditadbirkan melalui pejabat induk atau pusat persatuan ini di Perak iaitu di alamat 152, Taman Sentosa, 31900 Kampar, Perak. Segala keputusan dan perancangan persatuan adalah menjadi tanggungjawab Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat yang telah dilantik melalui Mesyuarat Agong persatuan pada setiap tahun. Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat dan Cawangan yang berkaitan bagi tahun 2007/2008 dilampirkan bersama-sama ini.Walaubagaimanapun, bagi melicinkan pentadbiran persatuan, setiap cawangan dan gelanggang persatuan ini ditadbirkan melalui Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Gelanggang masing-masing yang dilantik melalui mesyuarat oleh ahli-ahli di cawangan atau gelanggang tersebut.Cawangan bagi persatuan, pada masa ini dimaksudkan sebagai cawangan di peringkat negeri iaitu di luar negeri Perak dan gelanggang pula dimaksudkan sebagai gelanggang-gelanggang persatuan ini yang dibuka di bawah tanggungjawab sesebuah cawangan.KADAR BAYARAN YURAN & LAIN-LAIN BAYARANKadar bayaran yuran dan lain-lain bayaran yang berkaitan bagi ahli persatuan ini telah ditetapkan seperti Lampiran yang disertakan. Namun begitu, kadar bayaran bagi murid sekolah di negeri Perak pada masa ini boleh dibincangkan atas dasar budibicara.* Yuran Tahunan bagi ahli baru hanya perlu dibayar pada tahun kedua.PERKEMBANGANSejak ditubuhkan pada tahun 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1986, persatuan ini telah bergerak aktif untuk mengembangkan sayapnya terutama di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tumpuan utama pada ketika itu adalah untuk membuka gelanggang-gelanggang di peringkat kampung dan disertai oleh orang ramai daripada semua peringkat umur. Pada ketika itu, silibus pelajaran tidaklah teratur seperti pada masa kini dan disampaikan mengikut kesesuaian dan keadaan sesuatu tempat.

Atas kesedaran untuk membentuk generasi muda yang bersahsiah mulia, moral yang tinggi dan berperibadi luhur, perkembangan persatuan ini telah memasuki era baru mulai pada tahun 1986. Pada ketika itu, pembukaan gelanggang-gelanggang baru telah dilakukan secara aktif meliputi peringkat kampung dan sekolah. Untuk menyesuaikan keadaan dengan sistem persekolahan dan waktu pembelajaran yang sesuai, Rancangan Pendidikan PSSSHP telah diperkenalkan untuk menepati sistem persekolahan yang memerlukan silibus pelajaran serta waktu untuk kegiatan Ko-Kurikulum yang sesuai agar tidak mengganggu tumpuan pelajar kepada pelajaran.

Sehingga kini, persatuan ini telah mempunyai seramai kira-kira 10,00 orang ahli yang berdaftar secara rasmi dengan persatuan. Manakala cawangan-cawangan dan gelanggang persatuan ini telah dibuka di dalam dan luar negeri Perak.

Antara gelanggang-gelanggang aktif persatuan ini ialah seperti berikut :-

1. Gelanggang Sek. Men. Keb. Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak2. Gelanggang Sek. Men. Keb. St. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak3. Gelanggang Sek. Men. Keb. Tapah, Perak4. Gelanggang Sek. Men. Keb. Hamid Khan, Tapah5. Gelanggang Sek. Men. Keb. Sri Kampar, Kampar, Perak6. Gelanggang Sek. Men. Keb Sains Teluk Intan (SEMESTI), Teluk Intan, Perak7. Gelanggang Sek. Men. Keb. Dato Zulkifli Ahmad, Slim River, Perak8. Gelanggang Kg. Kinjang, Chenderiang, Perak9. Gelanggang Taman Seri Damai, Tapah, Perak 10.Gelanggang Taman Klebang Utara, Ipoh,Perak11.Gelanggang Taman Melati,Gombak, Selangor12.Gelanggang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak

Sesuai dengan perkembangan zaman dan era globalisasi masa kini, persatuan telahpun mengorak langkah dengan mengambil sikap terbuka untuk meluaskan lagi cawangan dan gelanggang persatuan ini di seluruh negara. Pembukaan cawangan dan gelanggang baru ini sedang giat dijalankan dan halatuju utamanya ialah untuk memartabatkan Seni Silat Melayu khasnya dan persatuan ini amnya. Disamping itu, persatuan ini juga sedang dalam proses untuk menubuhkan Pertubuhan Seni Silat Serimau Hitam Malaysia. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, usaha-usaha telahpun dijalankan mengikut perancangan yang rapi dan sistematik.

BERILMUBERIMANBERAMAL