sila ambil perhatian bahawa pesanan jualan ini akan ... · pdf fileyang relevan berkaitan...

4
Sila ambil perhatian bahawa Pesanan Jualan ini akan terbatal jika bayaran tidak dibuat pada tarikh Pesanan Jualan TERMA & SYARAT 1. Jika anda membeli dengan kami di gedung, terma dan syarat umum ini (“T&S”) akan menyediakan anda dengan maklumat yang relevan berkaitan perkhidmatan pengambilan, penghantaran dan pemasangan (“Perkhidmatan”). T&S berkaitan pembelian dalam gedung mungkin berbeza-beza bergantung kepada gedung yang anda kunjungi. Kami ada lain-lain terma penting (tersedia ada di www.ikea.com.my) yang boleh anda baca termasuk Polisi Privasi dan Polisi Pemulangan (“Polisi-polisi”) 2. Perkhidmatan pengambilan yang dinyatakan di dalam Pesanan Jualan akan disediakan oleh IKEA Malaysia. Semua perkhidmatan penghantaran dan pemasangan yang dinyatakan di dalam Pesanan Jualan ini akan disediakan oleh penyedia perkhidmatan bebas (“Penyedia Perkhidmatan”) yang dilantik oleh IKEA Malaysia. Sila ambil perhatian terdapat 3 set berasingan T&S di dalam dokumen ini cth. T&S IKEA Malaysia, T&S Penyedia Perkhidmatan dan T&S umum IKEA Malaysia dan Penyedia Perkhidmatan. 3. Maklumat peribadi, seperti butir-butir hubungan, yang anda sediakan untuk kami semasa proses-proses pemesanan akan dikumpul dan digunakan oleh kami mengikut Polisi Privasi dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 4. Anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan yang semua maklumat di dalam Pesanan Jualan adalah tepat dan lengkap sebelum pembayaran dibuat. 5. Semua kadar yang disebut adalah termasuk GST 6%, kecuali dinyatakan sebaliknya. 6. Jika anda ingin menambah produk lagi kepada Pesanan Jualan ini, sila temui rakan sekerja di mana-mana kaunter I di tingkat Jualan sebelum apa-apa pembayaran dibuat. 7. T&S dan Polisi-polisi kami mungkin dipinda dari masa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, oleh itu sila semak ia sebelum apa-apa pembelian dibuat. PERKHIDMATAN PENGAMBILAN 8. Perkhidmatan pengambilan mesti digabungkan dengan perkhidmatan penghantaran. Hanya produk perabot sahaja yang layak untuk perkhidmatan pengambilan. 9. Bayaran pengambilan boleh diguna bagi satu Pesanan Jualan sahaja, ia tidak boleh diguna untuk Pesanan Jualan berganda yang digabungkan. 10. Jika anda membeli produk tambahan selepas bayaran dibuat, Pesanan Jualan baharu akan dikeluarkan kepada anda dan akan dikenakan bayaran pengambilan yang baharu. 11. Pesanan dengan perkhidmatan pengambilan tidak boleh dihantar pada hari pembelian yang sama. 12. Di bawah keadaan-keadaan tertentu, bayaran pengambilan tidak boleh dibayar balik. T&S PENYEDIA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN 13. Bayaran penghantaran adalah berdasarkan kepada penghantaran ke hartanah atau alamat di Semenanjung Malaysia. Promosi bayaran penghantaran boleh diguna mengikut budibicara kami dan mungkin ditarik balik pada bila-bila masa sebelum tempahan disahkan. 14.Penyedia Perkhidmatan akan cuba yang terbaik untuk menepati tarikh penghantaran dan slot masa, walau bagaimanapun, ada masanya ini tidak dapat dilakukan oleh Penyedia Perkhidmatan dan tarikh penghantaran anda dan slot masa anda mungkin berbeza. 15. Anda akan memberitahu kami dan/atau Penyedia Perkhidmatan akan apa-apa sekatan atau kesulitan dalam mengakses ke hartanah anda semasa anda membuat Pesanan Jualan dan memastikan keizinan yang sesuai diperoleh daripada pengurusan bangunan/kediaman sebelum penghantaran dijadualkan. Jika Penyedia Perkhidmatan tidak dapat menghantar pada tarikh penghantaran dan slot masa yang disahkan, bayaran Kehadiran Semula boleh dikenakan untuk cubaan penghantaran akan datang. 16. Berkenaan penghantaran, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa produk, memeriksa keadaan pembungkusan dan memastikan yang jumlah pembungkusan yang betul telah dihantar dan bagi mengesahkan ini, anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran. Jika terdapat apa-apa isu, anda seharusnya menyatakan perincian ini di dalam bukti penghantaran. Produk yang hilang akan dipesan semula dan produk yang rosak/tidak tepat akan dipulang dan digantikan secara percuma jika ini anda tegaskan pada masa penghantaran. Jika anda enggan menandatangani dokumen penghantaran, ia dianggap sebagai keengganan untuk menerima penghantaran. 17. Sila rancang kehadiran anda untuk menerima penghantaran anda. Jika tidak, seseorang yang berumur 18 tahun dan ke atas seharusnya hadir, yang berupaya menerima penghantaran bagi pihak anda, dan anda bersetuju yang kami boleh bergantung kepada arahan mereka seperti ia adalah arahan anda sendiri. Penyedia Perkhidmatan kami tidak dibenarkan meninggalkan apa-apa produk yang tidak ditandatangani. Sekiranya terdapat penghantaran berjadual yang tidak dapat dilakukan, bayaran Kehadiran Semula boleh diguna untuk cubaan penghantaran yang akan datang. 18. Tiada bayaran akses lif akan diguna jika tidak terdapat akses lif di alamat penghantaran berlokasi di dalam bangunan dari tingkat 3 seterusnya. Perkhidmatan ini boleh diguna sehingga ke tingkat 5 sahaja. Bayaran perkhidmatan akan dibayar terus kepada penyedia perkhidmatan kami, 19. Sekiranya terdapat keadaan yang tidak diduga (seperti kerosakan pada lori, kemalangan lalu lintas, kelewatan teruk trafik atau cuaca buruk) penyedia perkhidmatan akan melakukan yang terbaik untuk menghubungi anda bagi mengatur semula tarikh penghantaran dan slot masa alternatif.

Upload: truongminh

Post on 06-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sila ambil perhatian bahawa Pesanan Jualan ini akan ... · PDF fileyang relevan berkaitan perkhidmatan ... sila temui rakan sekerja di mana-mana kaunter I ... 14.Penyedia Perkhidmatan

Sila ambil perhatian bahawa Pesanan Jualan ini akan terbatal jika bayaran tidak dibuat pada tarikh Pesanan Jualan

TERMA & SYARAT

1. Jika anda membeli dengan kami di gedung, terma dan syarat umum ini (“T&S”) akan menyediakan anda dengan maklumat

yang relevan berkaitan perkhidmatan pengambilan, penghantaran dan pemasangan (“Perkhidmatan”). T&S berkaitan pembelian dalam gedung mungkin berbeza-beza bergantung kepada gedung yang anda kunjungi. Kami ada lain-lain terma penting (tersedia ada di www.ikea.com.my) yang boleh anda baca termasuk Polisi Privasi dan Polisi Pemulangan (“Polisi-polisi”)

2. Perkhidmatan pengambilan yang dinyatakan di dalam Pesanan Jualan akan disediakan oleh IKEA Malaysia. Semua perkhidmatan penghantaran dan pemasangan yang dinyatakan di dalam Pesanan Jualan ini akan disediakan oleh penyedia perkhidmatan bebas (“Penyedia Perkhidmatan”) yang dilantik oleh IKEA Malaysia. Sila ambil perhatian terdapat 3 set berasingan T&S di dalam dokumen ini cth. T&S IKEA Malaysia, T&S Penyedia Perkhidmatan dan T&S umum IKEA Malaysia dan Penyedia Perkhidmatan.

3. Maklumat peribadi, seperti butir-butir hubungan, yang anda sediakan untuk kami semasa proses-proses pemesanan akan dikumpul dan digunakan oleh kami mengikut Polisi Privasi dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

4. Anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan yang semua maklumat di dalam Pesanan Jualan adalah tepat dan lengkap sebelum pembayaran dibuat.

5. Semua kadar yang disebut adalah termasuk GST 6%, kecuali dinyatakan sebaliknya. 6. Jika anda ingin menambah produk lagi kepada Pesanan Jualan ini, sila temui rakan sekerja di mana-mana kaunter I di tingkat

Jualan sebelum apa-apa pembayaran dibuat. 7. T&S dan Polisi-polisi kami mungkin dipinda dari masa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, oleh itu sila semak ia sebelum

apa-apa pembelian dibuat.

PERKHIDMATAN PENGAMBILAN 8. Perkhidmatan pengambilan mesti digabungkan dengan perkhidmatan penghantaran. Hanya produk perabot sahaja yang layak

untuk perkhidmatan pengambilan. 9. Bayaran pengambilan boleh diguna bagi satu Pesanan Jualan sahaja, ia tidak boleh diguna untuk Pesanan Jualan berganda

yang digabungkan. 10. Jika anda membeli produk tambahan selepas bayaran dibuat, Pesanan Jualan baharu akan dikeluarkan kepada anda dan akan

dikenakan bayaran pengambilan yang baharu. 11. Pesanan dengan perkhidmatan pengambilan tidak boleh dihantar pada hari pembelian yang sama. 12. Di bawah keadaan-keadaan tertentu, bayaran pengambilan tidak boleh dibayar balik. T&S PENYEDIA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN 13. Bayaran penghantaran adalah berdasarkan kepada penghantaran ke hartanah atau alamat di Semenanjung Malaysia. Promosi

bayaran penghantaran boleh diguna mengikut budibicara kami dan mungkin ditarik balik pada bila-bila masa sebelum tempahan disahkan.

14.Penyedia Perkhidmatan akan cuba yang terbaik untuk menepati tarikh penghantaran dan slot masa, walau bagaimanapun, ada masanya ini tidak dapat dilakukan oleh Penyedia Perkhidmatan dan tarikh penghantaran anda dan slot masa anda mungkin berbeza.

15. Anda akan memberitahu kami dan/atau Penyedia Perkhidmatan akan apa-apa sekatan atau kesulitan dalam mengakses ke hartanah anda semasa anda membuat Pesanan Jualan dan memastikan keizinan yang sesuai diperoleh daripada pengurusan bangunan/kediaman sebelum penghantaran dijadualkan. Jika Penyedia Perkhidmatan tidak dapat menghantar pada tarikh penghantaran dan slot masa yang disahkan, bayaran Kehadiran Semula boleh dikenakan untuk cubaan penghantaran akan datang.

16. Berkenaan penghantaran, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa produk, memeriksa keadaan pembungkusan dan memastikan yang jumlah pembungkusan yang betul telah dihantar dan bagi mengesahkan ini, anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran. Jika terdapat apa-apa isu, anda seharusnya menyatakan perincian ini di dalam bukti penghantaran. Produk yang hilang akan dipesan semula dan produk yang rosak/tidak tepat akan dipulang dan digantikan secara percuma jika ini anda tegaskan pada masa penghantaran. Jika anda enggan menandatangani dokumen penghantaran, ia dianggap sebagai keengganan untuk menerima penghantaran.

17. Sila rancang kehadiran anda untuk menerima penghantaran anda. Jika tidak, seseorang yang berumur 18 tahun dan ke atas seharusnya hadir, yang berupaya menerima penghantaran bagi pihak anda, dan anda bersetuju yang kami boleh bergantung kepada arahan mereka seperti ia adalah arahan anda sendiri. Penyedia Perkhidmatan kami tidak dibenarkan meninggalkan apa-apa produk yang tidak ditandatangani. Sekiranya terdapat penghantaran berjadual yang tidak dapat dilakukan, bayaran Kehadiran Semula boleh diguna untuk cubaan penghantaran yang akan datang.

18. Tiada bayaran akses lif akan diguna jika tidak terdapat akses lif di alamat penghantaran berlokasi di dalam bangunan dari tingkat 3 seterusnya. Perkhidmatan ini boleh diguna sehingga ke tingkat 5 sahaja. Bayaran perkhidmatan akan dibayar terus kepada penyedia perkhidmatan kami,

19. Sekiranya terdapat keadaan yang tidak diduga (seperti kerosakan pada lori, kemalangan lalu lintas, kelewatan teruk trafik atau cuaca buruk) penyedia perkhidmatan akan melakukan yang terbaik untuk menghubungi anda bagi mengatur semula tarikh penghantaran dan slot masa alternatif.

Page 2: Sila ambil perhatian bahawa Pesanan Jualan ini akan ... · PDF fileyang relevan berkaitan perkhidmatan ... sila temui rakan sekerja di mana-mana kaunter I ... 14.Penyedia Perkhidmatan

PERKHIDMATAN PEMASANGAN 20. Langkah keselamatan pemasangan kami memerlukan agar semua produk perabot bebas yang disertakan dengan penahan

rebah MESTI diperkukuhkan pada dinding agar kediaman anda menjadi tempat yang selamat. 21. Bayaran pengerudian boleh diguna untuk produk yang memerlukan lekapan dinding. Bayar perkhidmatan akan dibayar terus

kepada Penyedia Perkhidmatan. Penyedia Perkhidmatan kami tidak diwajibkan melakukan perkhidmatan pengerudian untuk produk yang tidak dibeli daripada kami.

22. Kerja-kerja elektrikal dan perpaipan tidak termasuk di dalam skop perkhidmatan pemasangan. 23. Terdapat bayaran untuk panggilan permintaan sebanyak RM60 (tersedia ada di sekitar Lembah Klang) jika anda memutuskan

untuk mendapatkan perkhidmatan pemasangan selepas penghantaran telah disempurnakan. Perkhidmatan pemasangan akan dikenakan secara berasingan mengikut kadar semasa.

PERUBAHAN/PEMBATALAN 24. Untuk mana-mana pembatalan Perkhidmatan, sila hubungi kami di +603 7952 7575. Sila ambil perhatian walau bagaimanapun

tidak terdapat bayaran balik untuk penghantaran dan/atau bayaran penstoran (jika ada) untuk pembatalan yang dibuat kurang daripada 2 hari sebelum penghantaran berjadual dan/atau janji temu panggilan.

25. Penyedia Perkhidmatan akan cuba yang terbaik untuk memenuhi jadual penghantaran dan slot masa yang baharu yang telah anda pohon, walau bagaimanapun terdapat masa di mana mereka tidak dapat melakukan ini dan tarikh dan slot masa anda yang telah disahkan akan berbeza. Sila ambil perhatian yang apa-apa perubahan/pembatalan akan mengakibatkan anda menanggung bayaran penghantaran tambahan.

SEKATAN PENGHANTARAN 26. Penyedia Perkhidmatan tidak berupaya menghantar produk mudah rosak (termasuk pokok hidup). 27. Sebelum penghantaran, sila pastikan terdapatnya akses dan ruang yang mencukupi dan bahawa mana-mana tangga dan lif

yang menyediakan akses adalah sesuai untuk penghantaran tersebut. Sila alihkan objek yang mungkin akan rosak semasa penghantaran, seperti lampu, vas, gambar dll dan pastikan ada ruang yang mencukupi untuk penghantaran dan pemasangan di hartanah tersebut

28. Setiap usaha akan dilakukan untuk menghantar produk ke lokasi pilihan anda, asalkan ia selamat dan praktikal untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, jika Penyedia Perkhidmatan kami percaya ia tidak selamat untuk menghantar produk tersebut atau kemungkinan akan merosakkan produk atau hartanah tersebut, mereka akan memberitahu anda dan jika anda masih memutuskan agar penghantaran diteruskan, kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kerosakan pada produk atau hartanah tersebut.

29. Penyedia Perkhidmatan kami tidak dibenarkan untuk dan tidak akan: menanggalkan pintu, tingkap, rangka pintu dll agar penghantaran dapat disempurnakan atau membawa apa-apa kelengkapan mengangkat yang khusus. Ini mesti anda aturkan sebelum penghantaran dibuat. Penyedia Perkhidmatan kami tidak akan membuka pembungkusan atau memasang produk yang dihantar atau menanggalkan apa-apa pembungkusan kecuali pesanan untuk perkhidmatan pemasangan telah anda buat. Jika anda prihatin tentang kemungkinan terjadinya kerosakan pada hartanah tersebut (sebagai contoh lantai dll), sila pastikan yang anda menutup hartanah tersebut (sebagai contoh lantai) dengan lapisan pelindung.

30. Penyedia Perkhidmatan kami mungkin memerlukan produk As-Is yang terlalu besar dileraikan sebelum ia dihantar. Anda sama ada meleraikannya sendiri atau membayar bayaran peleraian kepada Penyedia Perkhidmatan untuk melakukannya. Bayaran pemasangan boleh diguna jika anda inginkan Penyedia Perkhidmatan memasang semula produk semasa penghantaran.

T&S UMUM IKEA MALAYSIA DAN PENYEDIA PERKHIDMATAN LIABILITI KAMI 31. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan kecuali tidak termasuk secara nyata di bawah T&S ini, Penyedia

Perkhidmatan dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda atas mana-mana kerugian atau kerosakan tidak langsung, turutan, kolateral, khusus atau kebetulan yang dialami atau ditanggung oleh anda berkaitan dengan Perkhidmatan ini. Kerugian atau kerosakan tidak langsung atau sampingan termasuk, tanpa had, kerugian hasil, keuntungan, simpanan atau perniagaan yang dijangka, kehilangan data atau nama baik, kerugian ke atas penggunaan atau nilai mana-mana kelengkapan, tuntutan pihak ketiga, dan semua yang berkaitan, dan kos dan perbelanjaan sampingan.

32. Di mana liabiliti kami dan/atau Penyedia Perkhidmatan tidak secara nyata dikecualikan di bawah T&S atau di bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa, tertakluk pada bukti yang memuaskan hati, liabiliti kami dan Penyedia Perkhidmatan terhadap anda untuk sesuatu tuntutan berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan hendaklah terhad kepada jumlah maksimum bayaran yang dibayar oleh anda di dalam Pesanan Jualan.

33. Anda sedia maklum yang perkhidmatan Penghantaran dan Pemasangan dilakukan oleh Penyedia Perkhidmatan. Dengan mengambil perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan melalui kami, anda bersetuju yang kontrak berasingan hendaklah dianggap telah dibentuk dan apa-apa tuntutan yang anda mungkin ada berkaitan dengan perkhidmatan Penghantaran dan Pemasangan hendaklah dibuat sepenuhnya hanya terhadap Penyedia Perkhidmatan dan bukan terhadap kami.

34. Di mana anda sebagai pelanggan yang membeli, T&S dan Polisi Pemulangan ini tidak akan menjejaskan hak-hak anda yang sebaliknya tertakluk di bawah undang-undang yang sedia ada.

Page 3: Sila ambil perhatian bahawa Pesanan Jualan ini akan ... · PDF fileyang relevan berkaitan perkhidmatan ... sila temui rakan sekerja di mana-mana kaunter I ... 14.Penyedia Perkhidmatan

35. Untuk penghantaran produk daripada As-Is, tidak terdapat penggantian atau bayaran balik untuk mana-mana produk yang tidak memuaskan hati.

PERISTIWA DI LUAR KAWALAN YANG MUNASABAH 36. Kami akan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kelewatan atau kegagalan untuk mematuhi T&S atau Polisi

Pemulangan jika kelewatan atau kegagalan yang berbangkit daripada apa-apa peristiwa di luar kawalan munasabah kami. Peristiwa berkenaan seharusnya termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kebakaran, banjir, gempa bumi, bencana alam, perang, ketidaktenteraman awam, keganasan atau kerosakan berniat jahat atau kerosakan pada premis, kelengkapan atau barangan.

KETIDAKSAHAN 37. Sekiranya satu atau lebih daripada syarat yang dinyatakan di dalam T&S ini atau di dalam Polisi Pemulangan dianggap tidak

sah, salah di sisi undang-undang atau tidak dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, ia hendaklah disifatkan sebagai telah diubah sehingga ke minimum untuk menjadikan ia sah, sah di sisi undang-undang dan dikuatkuasakan dan syarat-syarat yang selebihnya akan terus sah dan dikuatkuasakan.

PERTIKAIAN 38. Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan yang dibeli dari IKEA, sila hubungi kami di +603 7952

7575 atau [email protected]. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL 39. T&S di kawal oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk pada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Sila layari IKEA.my untuk terma dan syarat berkaitan bayaran perkhidmatan.

IKEA DAMANSARA No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

[email protected] | Tel: +603 7952 7575 | IKEA.my No Pendaftaran Syarikat: 1074617-K | GST Reg No: 000115154944

Waktu buka: Isnin - Khamis: 9.30 pagi – 10 malam Jumaat - Ahad, malam menjelang & pada cuti umum dan cuti gantian yang jatuh pada hari Isnin:

9.30 pagi – 11 malam Waktu buka restoran: Isnin - Selasa: 9.00 pagi - 9.30 malam

Jumaat - Ahad, malam menjelang & pada cuti umum: 9 pagi - 10.30 malam Sarapan: 9 pagi – 11 tengah hari

IKEA CHERAS No. 2A Jalan Cochrane, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia [email protected] | Tel: +603 7952 7575 | IKEA.my

No Pendaftaran Syarikat: 1074617-K | GST Reg No: 000115154944 Waktu buka: Isnin - Khamis: 9.30 pagi – 10 malam

Jumaat - Ahad, malam menjelang & pada cuti umum dan cuti gantian yang jatuh pada hari Isnin: 9.30 pagi – 11 malam

Waktu buka restoran: Isnin - Selasa: 9.00 pagi - 9.30 malam Jumaat - Ahad, malam menjelang & pada cuti umum: 9 pagi - 10.30 malam

Sarapan: 9 pagi – 11 tengah hari

IKEA TEBRAU No.33 Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, 81100 Johor, Malaysia

[email protected] | Tel: +603 7952 7575 | IKEA.my No Pendaftaran Syarikat: 1074617-K | GST Reg No: 000115154944

Waktu buka: Isnin - Khamis: 9.30 pagi – 10 malam Jumaat - Ahad, malam menjelang & pada cuti umum dan cuti gantian yang jatuh pada hari Isnin:

9.30 pagi – 11 malam Waktu buka restoran: Isnin - Selasa: 9.00 pagi - 9.30 malam

Jumaat - Ahad, malam menjelang & pada cuti umum: 9 pagi - 10.30 malam Sarapan: 9 pagi – 11 tengah hari

Page 4: Sila ambil perhatian bahawa Pesanan Jualan ini akan ... · PDF fileyang relevan berkaitan perkhidmatan ... sila temui rakan sekerja di mana-mana kaunter I ... 14.Penyedia Perkhidmatan