sidang editor€¦ · konsep, rekabentuk & percetakan jurnal ilmi (issn: 1823-9102) diterbitkan...

16

Upload: others

Post on 30-Jul-2020

34 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya
Page 2: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD

KETUA EDITOR / EDITOR-IN-CHIEF

Mohamad Nazli Omar (Dr.)

EDITOR KERJA / EXECUTIVE EDITOR

Wan Norhayati Wan Othman (Dr.)

Mohd Sufiean Hassan

Nor Azilah Johari

AHLI SIDANG EDITOR/ EDITORIAL BOARD MEMBERS

Mohd Taib Dora (Prof. Dr.)

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Mohd Fadzil Idris (Prof. Madya Dr.)

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Salahudin Suyurno (Prof. Madya Dr.)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Ahmad Suhaili Salleh (Pof. Madya)

Kolej Universiti Teknologi Bistari (UCB)

Shahrul Anuar Mohamed (Dr.)

Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Norhayati Ibrahim (Dr.)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

GRAFIK / GRAFIC

Mohd Azzumardy Mohd Suboh

Muhammad Khairrul Nizam Paraji

Page 3: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

PENERBIT

KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN

JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut

Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya adalah sebagai platform

penyebaran ilmu dan maklumat dari aspek teori, aplikasi dan penyelidikan dalam

bidang Sejarah, Dakwah, Syariah, Sains Pengurusan, Psikologi, Komunikasi,

Pendidikan dan Kepimpinan.

SUMBANGAN ARTIKEL

Segala pertanyaan mengenai jurnal dan sumbangan artikel hendaklah dialamatkan

kepada:

Editor

Jurnal Ilmi

Institut Pengajian Siswazah,

Kolej Universiti Islam Melaka,

KM 45 Kuala Sungai Baru,

78200 Melaka.

E-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

DE Advertising & Enterprise

No 5, Jalan MP11, Merdeka Permai,

75350 Melaka.

Page 4: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

JURNAL ILMI

JILID 5 (Volume 5) ISSN 1823-9102 2015/1436 H

Pengamalan Nilai Murni: Kearah Pembinaan Jati Diri Pelajar

Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid

1

Istilah Tariq Dalam Ilmu Qiraat: Permasalahan Serta Pengamalannya

Di Malaysia

Abd Rahman Abd Ghani

11

Hubungan Efikasi Kendiri dengan Kesejahteraan Psikologi Pelajar

Ijazah Sarjana Muda Psikologi Semester Akhir.

Farah Hidayah Hashim, Wan Norhayati Wan Othman

25

Langkah Dan Cabaran Pasar Bebas Asean (MEA) Di Indonesia

Yusuf Daeng

37

Model Wakaf Pendidikan Dalam Meningkatkan Kualiti Sumber

Manusia Di Kalangan Pensyarah

Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Farhana Dahalan, Shahrina Romli,

Nur Yuhanis Ismon

53

Pendekatan Pendidikan Islam Melalui Kaunseling: Satu Konseptual

Zainab Ismail

75

Praktik Produksi Dan Pemasaran Nata De Coco Pada Cv Putra

Umban Berdasarkan Undang-Undang No. 5 Tahun 1999 Di Kota

Pekanbaru

H. Iriansyah, S.H. ,M.H, Yetti, S.H., M.Hum

87

Pendekatan Psikologi Dakwah Terhadap Remaja Hamil Tanpa Nikah

(RHTN)

Siti Aishah Yahya & Fariza Md. Sham,

97

Therapeutic Communication And Nurse - Patient Relationship

Siti Fatimah Md. Shariff

113

Pengaruh Gaya Kepimpinan Terhadap Pelaksanaan Pelaksanaan

Total Productive Maintenance (Tpm) Di Bengkel 73 Woksyop Divisyen

Kem Terendak Tentera Darat Malaysia

Mohd Ghazali Abdul Rahman & Wan Norhayati Wan Othman

123

Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka

Page 5: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

1

PENGAMALAN NILAI MURNI: KEARAH PEMBINAAN JATI

DIRI PELAJAR

Mahmood Zuhdi Hj. Abd Majid

Abstrak

Dalam membina tamadun manusia yang cemerlang ia memerlukan satu

mekanisme yang dapat melahirkan individu, masyarakat dan negara yang baik.

Sehubungan dengan itu, dimensi keagamaan yang merangkumi aqidah, ibadah dan

akhlak perlu dititikberatkan. Contohnya bagi melahirkan pelajar yang ada

pembinaan jati diri, aspek utama yang perlu diberi penekanan ialah perlunya

amalan nilai murni yang bertepatan dengan naluri dan kehendak fitrah manusia.

Melalui pengamalan nilai murni ini, secara tidak langsung ia mampu menbentuk

jati diri pelajar yang baik dan mampu menjadi contoh sesama mereka. Lantaran itu

kaedah pengajaran yang ditekankan sama ada di peringkat rumah dan sekolah

dilihat perlu menjurus kepada asas agama Islam supaya pembinaan jati diri pelajar

tersebut akan berlandaskan kepada syariat yang sebenarnya. Melalui pembinaan

jati diri yang baik di kalangan pelajar, ia akan menjadi pemangkin kepada

pembinaan keluarga, masyarakat malahan pembinaan negara yang mantap

disebabkan komponen di dalamnya mempunyai jati diri yang menepati kehendak

syarak. Natijahnya, pembinaan tamadun manusia yang baik akan dapat

direalisasikan.

Kata Kunci: Nilai Murni, Jati Diri

Page 6: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

2

ISTILAH TARIQ DALAM ILMU QIRAAT: PERMASALAHAN

SERTA PENGAMALANNYA DI MALAYSIA

Abd Rahman Abd Ghani1

Abstrak

Istilah Tariq sememangnya begitu jarang didengar dan amat kurang sekali

dibincangkan dalam pengajian al-Quran di Malaysia, sedangkan ianya adalah

sebahagian daripada disiplin ilmu tersebut. Kebanyakan umat Islam hanya

mempelajari cara bacaan al-Quran semata-mata dengan sedikit pengenalan

mengenai nama imam dan riwayat yang diamalkan, tanpa didedahkan dengan

beberapa istilah-istilah lain seperti tariq itu sendiri, serta perbezaannya dengan

qiraat dan riwayat. Harus diketahui bahawa istilah tariq dalam ilmu qiraat atau

ilmu tajwid sebenarnya sangat berkaitan dengan cara bacaan al-Quran kita sehari-

hari, kerana secara tidak langsungnya ia juga ada digunakan. Justeru itu, tanpa

pengetahuan mengenainya boleh menyebabkan seseorang pembaca al-Quran itu

akan melakukan kesalahan dalam bacaannya. Seseorang yang ingin membaca

berbagai-bagai qiraat juga juga perlu mengetahui tariq yang akan ia gunakan

dalam bacaannya agar kaedah bacaan sesuatu qiraat itu betul dan tidak bercampur

aduk antara satu tariq denga tariq yang lain, atau satu riwayat dengan riwayat yang

lain. Berbagai-bagai masalah bacaan yang berlaku terhadap pembaca al-Quran

pada hari ini yang berpunca daripada kejahilan mereka mengenai tariq dalam

bacaan. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk memperkenalkan istilah tariq

dalam ilmu qiraat serta keadah pengamalannya, selain dari penerangan mengenai

permasalahan yang sering berlaku di kalangan pembaca-pembaca al-Quran masa

kini. Hasil kajian ini mengharapkan agar pembaca al-Quran akan memahami

sebenar-benarnya penggunaan dua istilah tariq dalam ilmu qiraat, di samping

memahahi penggunaannya dalam bacaan al-Quran seharian.

Kata Kunci: Tariq, Ilmu Qiraat

1 Beliau adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Page 7: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

3

HUBUNGAN EFIKASI KENDIRI DENGAN KESEJAHTERAAN

PSIKOLOGI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI

SEMESTER AKHIR

Farah Hidayah Hashim, Wan Norhayati Wan Othman

Abstrak

Tujuan kajian ini secara umumnya ialah untuk melihat keadaan kesejahteraan

psikologi pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Manakala secara

khususnya tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur tahap kesejahteraan

psikologi pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi semester akhir, melihat perbezaan

min indeks kesejahteraan psikologi pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi

berdasarkan faktor demografi, melihat hubungan pembolehubah bebas iaitu efikasi

kendiri dengan pembolehubah terikat iaitu kesejahteraan psikologi pelajar Ijazah

Sarjana Muda Psikologi semester akhir. Kajian yang dibuat adalah dengan

menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian berbentuk tinjauan di mana soal

selidik telah diedarkan kepada sampel-sampel kajian. Sampel kajian adalah

seramai 48 orang iaitu dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi

semester akhir dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Instrumen

dalam kajian terdiri daripada General Self-Efficacy Scale (GSE) dan Skala

Kesejahteraan Psikologi Ryff (SKPSR). Nilai kebolehpercayaan skala-skala ini

menggunakan analisa alpha Cronbach mendapati kesemuanya melebihi .70.

Dapatan kajian menunjukkan tahap kesejahteraan pelajar Ijazah Sarjana Muda

Psikologi semester akhir berada pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati

faktor efikasi kendiri mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan

kesejahteraan psikologi pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi semester akhir di

mana kekuatan hubungan adalah r = .454.

Kata Kunci: Efikasi Kendiri, Kesejahteraan Psikologi

Page 8: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

4

LANGKAH DAN CABARAN PASAR BEBAS ASEAN (MEA) DI

INDONESIA

Yusuf Daeng

Abstrak

Langkah strategis dalam menghadapi Masyarakat Ekonomi Asean (MEA) antara

lain meningkatkan perlindungan terhadap konsumen, memberikan bantuan modal

bagi pelaku usaha mikro, kecil dan menengah, memperbaiki kualitas produk dalam

negeri dan memberikan label SNI bagi produk dalam negeri agar memiliki nilai

eksport sehingga mampu bersaing, mendorong swasta untuk memanfaatkan pasar

terbuka. Keuntungan Indonesia dengan adanya MEA dari segi ketanagakerjaan

terdapat kesempatan yang sangat besar bagi para pencari kerja karana dapat

banyak tersedia lapangan kerja dengan berbagai kebutuhan akan keahlian yang

beraneka ragam. MEA juga menjadi kesempatan yang bagus bagi para

wirausahawan untuk mencari pekerja terbaik. Indonesia memiliki peluang untuk

memanfaatkan keunggulan skala perniagaan dalam negara sebagai basis

memperoleh keuntungan. Sedangkan kelemahan-kelemahan Indonesia dalam

menghadapi MEA iaitu Indonesia belum mampu untuk mengolah sumber daya

alam seperti batubara, minyak nabati, gas dan lain sebagainya. Infrastuktur

Indonesia yang buruk juga menyebabkan ekonomi biaya tinggi bagi produksi

barang dan jasa sehingga harganya tidak bersaing di pasar ASEAN. Dalam

ekonomi jejaring, Usaha Mikro Kecil Menengah (UMKM) dapat menerapkan

sistem open consumer society cooperatives, yang memposisikan konsumen

sekaligus sebagai pemilik dari berbagai usaha dan layanan yang dinikmatinya

sehingga terjadi suatu siklus kinerja usaha yang paling efisien karena pembeli

adalah juga pemilik sebagaimana diiklankan di banyak negara yang menganut

sistem welfare state dengan motto “belanja kebutuhan sehari-hari di toko milik

sendiri. Infrastruktur-infrastruktur yang di persiapkan Indonesia untuk menghadapi

MEA antara lain Bandara yang Saat ini sudah terdapat 237 bandara yang ada di

Indonesia, Wakil Menteri Perhubungan (Wamenhub) Bambang Susantono

mengatakan dalam jangka waktu lima tahun mendatang akan menambah 62

bandara baru sehingga Indonesia bakal memiliki 299 bandara. Salah satu

infrastruktur yang memberikan keutamaan perniagaan ASEAN.

Kata Kunci: Masyarakat Ekonomi Asean (MEA), ekonomi

Page 9: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

5

MODEL WAKAF PENDIDIKAN DALAM MENINGKATKAN

KUALITI SUMBER MANUSIA DI KALANGAN PENSYARAH1

Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Farhana Dahalan, Shahrina Romli,

Nur Yuhanis Ismon

Abstrak

Wakaf pendidikan berpotensi untuk meningkatkan kualiti sumber manusia dalam

sesebuah institusi. Namun kebergantungan terhadap yuran pengajian tidak

menjamin daya saing yang kompetitif dalam industri ekonomi pendidikan. Kertas

kerja ini berhasrat untuk mengenal pasti ciri-ciri pelaksanaan wakaf pendidikan

dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

untuk membiayai kos pendidikan. Penulis juga mencadangkan pembinaan sebuah

model wakaf pendidikan KUIM untuk meningkatkan kualiti pensyarah mengikut

keperluan piawaian jaminan kualiti. Pengumpulan data dihasilkan menerusi tiga

kaedah iaitu kaedah temu bual berfokus, analisis kandungan dan pemerhatian.

Temu bual dan lawatan kerja dilakukan untuk melihat model-model wakaf yang

dikendalikan oleh institusi berpengalaman seperti Majlis Agama Islam Melaka

(MAIM) dan Waqaf an-Nur Johor Corporation. Kajian mendapati beberapa tema

penting model agihan dana wakaf pendidikan yang boleh dilaksanakan oleh KUIM

untuk menambah baik kualiti pensyarah.

Kata Kunci: Mekanisme Wakaf Pendidikan Tinggi, Wakaf Sebagai Instrumen,

Model Wakaf Pendidikan, Kualiti Pensyarah

Page 10: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

6

PENDEKATAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI KAUNSELING:

SATU KONSEPTUAL

Zainab Ismail

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pendidikan Islam merangkumi ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Namun,

dalam konteks sistem pendidikan negara, Pendidikan Islam sebagai satu ilmu

berkaitan dengan bantuan kejiwaan tidak ditonjolkan dalam sukatan disiplin ilmu

pendidikan Islam, walaupun pengajaran dan pembelajarannya membincangkan

hal-hal berkaitan dengan ibadah solat, puasa, zikir dan bacaan al-Quran.

Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang berlaku adalah lebih bersifat

pengetahuan hukum atau fiqh, cara melakukan ibadah dan bersifat ritual. Oleh itu,

tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan pendekatan Pendidikan Islam

melalui kaunseling sebagai satu strategi terapi jiwa dalam kaunseling. Berdasarkan

analisis dokumen, perbincangan ini dilakukan secara konseptual menggunakan

pendekatan analisis deskriptif. Secara konseptual, pendekatan pendidikan Islam

melalui kaunseling ialah pendekatan ilmu ajaran Islam yang bersumberkan al-

Quran dan Hadith dalam kaunseling. Pendekatan pendidikan Islam melalui

kaunseling ini meliputi tiga domain insani iaitu tauhidik-insani, syar’ie insani dan

akhlaqi insani. Pendekatan ini juga dikenali dengan nama kaunseling Islam atau

kaunseling syar’ie. Pendekatan pendidikan Islam melalui kaunseling ini adalah

satu proses yang berupaya mengembalikan nilai-nilai kemanusiaan dalam

kehidupan manusia. Konsep dasar ilmu kaunseling berasaskan pendidikan Islam

ini memberi implikasi yang besar dalam disiplin ilmu kaunseling khususnya

sebagai model terapi kemanusiaan kepada klien Muslim dan merupakan satu

anjakan paradigma dalam disiplin ilmu kaunseling.

Kata Kunci: Pendidikan Islam, Kaunseling

Page 11: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

7

PRAKTIK PRODUKSI DAN PEMASARAN NATA DE COCO PADA

CV PUTRA UMBAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG NO. 5

TAHUN 1999 DI KOTA PEKANBARU

H. Iriansyah, S.H., M.H, Yetti, S.H., M.Hum

Abstrak

Perumusan masalah dalam penelitian ini adalah: Bagaimana praktik produksi dan

pemasaran Nata de coco pada perusahaan Sari Nata de coco berdasarkan Undang-

Undang No. 5 Tahun 1999 di Kota Pekanbaru. Apa akibat hukum terhadap praktik

produksi dan pemasaran Nata de coco pada perusahaan Sari Nata de coco usaha di

Kota Pekanbaru. Metode penelitian ini adalah penelitian hukum sosiologis. Dari

sifat penelitian ini tergolong kepada penelitian deskriptif analitis yang memuat

gambaran terhadap perumusan masalah sekaligus dilakukan analisis secara

terperinci terhadap permasalahan. Hasil penelitian terjadi dugaan pelanggaran

terhadap UU No. 5 Tahun 1999 khususnya Pasal 14, berbunyi “Pelaku usaha

dilarang membuat perjanjian dengan pelaku usaha lain yang bertujuan untuk

menguasai produksi sejumlah produk yang termasuk dalam rangkaian produksi

barang dan atau jasa dari hulu ke hilir yang disebut integrase vertikal. Dugaan

pelanggaran yang dilakukan oleh perusahaan Nata de coco adalah menguasai

produksi dan pemasaran minuman Nata de coco yang dipasarkan ke perusahaan

Garuda Food yang berkedudukan di Pasir Putih.

Kata Kunci: Monopoli, Nata de coco, Integrasi Vertikal

Page 12: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

8

PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH TERHADAP REMAJA

HAMIL TANPA NIKAH (RHTN)

Siti Aishah Yahya, Fariza Md. Sham

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah akan mengupas dengan lebih mendalam berkaitan

Pendekatan Psikologi Dakwah Terhadap Remaja Hamil Tanpa Nikah (Kajian Di

Sekolah Harapan, Jasin, Melaka). Kajian mendapati banyak pendekatan yang telah

digunakan terhadap golongan remaja ini, namun pendekatan Psikologi Dakwah

paling berkesan dalam mendekatkan hati dan jiwa remaja kembali kepada Islam.

Pendekatan Psikologi Dakwah yang digunakan adalah Psikologi Dakwah dari

sudut Psikoterapi Islam iaitu Psikoterapi dari Al-Quran dan Hadis, Kaunseling

Islam Pendekatan dengan Hikmah, Pendekatan dengan nasihat atau tutur kata

(komunikasi) yang baik dan Pendekatan dengan perbincangan yang lebih baik,

manakala Motivasi dari Pandangan Al-Quran dan Motivasi tingkahlaku dalam

perspektif Hadis, dari sudut Emosi pula adalah dari pandangan Al-Quran dan

Emosi dari perspektif Hadis seterusnya dapat melahirkan golongan remaja yang

bukan sahaja memiliki modal insan yang tinggi malahan berkaliber dan berakhlak

mulia yang dapat menjadi contoh kepada remaja yang lain pada masa hadapan.

Kata Kunci: Psikologi Dakwah, Remaja Hamil Tanpa Nikah

Page 13: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

9

THERAPEUTIC COMMUNICATION AND NURSE - PATIENT

RELATIONSHIP

Siti Fatimah Binti Md. Shariff

Abstract

Therapeutic communication is defined as the face-to-face process of interacting

that focuses on advancing the physical and emotional well-being of a patient. It

may be necessary to use a variety of techniques to accomplish nursing goals in

communicating with a patient. It is very important for nurses to practice a wide

range of effective communication strategies and interpersonal skills to

appropriately establish a therapeutic nurse – patient relationship. Today,

ineffective communication is the single most common reason for patient

complaints against healthcare professionals. The healthcare provider who has

strong communication skills will always be more effective in helping patients.

Therefore, nurses should be able to use therapeutic communication techniques to

provide support and information to patients in helping them in their recovery

phase. This article provides therapeutic communication techniques for nurses to

enhance therapeutic nurse – patient relationship.

Keywords: Therapeutic communication, nurses, patient

Page 14: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

10

PENGARUH GAYA KEPIMPINAN TERHADAP PELAKSANAAN

PELAKSANAAN TOTAL PRODUCTIVE MAINTENANCE (TPM)

DI BENGKEL 73 WOKSYOP DIVISYEN KEM TERENDAK

TENTERA DARAT MALAYSIA

Mohd Ghazali Abdul Rahman, Wan Norhayati Wan Othman

Abstrak

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan

Total Productive Maintenance di bengkel Tentera Darat Malaysia. Selain itu ia

bertujuan bagi melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan Total Productive

Maintenane di bengkel Tentera Darat Malaysia dan juga untuk melihat perbezaan

yang signifikan antara demografi terhadap Total Productive Maintenance. Kajian

ini dilakukan ke atas 214 orang Tentera Darat Malaysia di 73 Woksyop Kem

Terendak, Melaka. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan mengedarkan set soal

selidik iaitu soal selidik Leadership Style Survey untuk mengukur gaya

kepimpinan dan soal selidik Total Productive Maintenance Survey untuk

mengukur Total Productive Maintenance. Analisis data adalah ujian t dan

ANOVA Sehala bagi mengenalpasti perbezaan dan korelasi Pearson bagi melihat

hubungan dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science

SPSS). Dapatan kajian mendapati tahap pelaksanaan Total Productive

Maintenance di bengkel 73 woksyop adalah sederhana. Hasil kajian juga

menunjukkan terdapat hubungan antara Total Productive Maintenance dengan

gaya kepimpinan. Perbezaan pelaksanaan Total Productive Maintenance didapati

tidak terdapat perbezaan berdasarkan status perkahwinan, kelayakan akademik dan

pangkat.

Kata kunci: Total Productive Maintenance, Gaya Kepimpinan

Page 15: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya

Panduan Penulisan

Jurnal Ilmi Institut Pengajian Siswazah

Kolej Universiti Islam Melaka

1. Tajuk makalah mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris.

2. Makalah boleh ditulis dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris.

3. Abstrak mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris berserta

kata kunci (keywords).

4. Setiap artikel atau petikan yang diambil dari terbitan lain mesti diletakkan nota

kaki sebagai rujukan.

5. Makalah mestilah dihantar dalam bentuk softcopy berserta dua salinan

hardcopy untuk tujuan penilaian.

6. Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butir-butir

mengenai penulis hendaklah disertakan selepas kesimpulan.

7. Makalah hendaklah ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau 1.0

baris, menggunakan Font Times New Roman saiz 11.

8. Penulis tidak boleh menghantar makalah yang telah ditulis oleh penulis lain

atau makalah yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau

lain-lain bentuk terbitan.

9. Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir makalah.

10. Jumlah patah perkataan adalah antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan.

11. Editor berhak menolak mana-mana makalah atau artikel yang tidak memenuhi

syarat-syarat penerbitan seperti di atas.

12. Manuskrip lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel atau pos atau serahan

tangan ke alamat:

Editor

Jurnal Ilmi

Institut Pengajian Siswazah,

Kolej Universiti Islam Melaka,

KM 45 Kuala Sungai Baru,

78200 Melaka.

E-mel: [email protected]

Page 16: SIDANG EDITOR€¦ · KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN JURNAL ILMI (ISSN: 1823-9102) diterbitkan setahun sekali oleh Institut Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Melaka. Ianya