sidang 3 - dasar agama

1
Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) – KP 2976 Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 18 Sidang 3: DASAR AGAMA Akta Parlimen 1968; Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974; Pindaan Akta 409, 1989 Bahagian III, SEKSYEN III: DASAR UGAMA Dasar Ugama 17(1) Persekutuan ini tidak terhad kepada sesuatu ugama. Walau bagaimana pun, adalah diharapkan bahawa tiap-tiap seorang Pengakap hendaklah mengamalkan kerja-kerja ugama yang dianutinya dan menghormatkan kepercayaan orang-orang lain. Dalam sesuatu Kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya daripada satu ugama sahaja, Pemimpin Kumpulan itu boleh mengaturkan sembahyang dan pelajaran ugama itu yang difikirkannya baik dengan berunding dengan pegawai ugama yang berkenaan. (2) Dalam sesuatu Kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya daripada berbagai-bagai ugama, maka adalah menjadi tanggungjawab Pemimpin-Pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut cara ugama mereka masing-masing dan janganlah diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemuanya dalam Kumpulan itu. Jika ada tegahan tidak membenarkan seseorang Pengakap itu menghadiri perkumpulan ugama selain daripada perkumpulan ugamanya sendiri, maka Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan itu hendaklah menjaga supaya tegahan itu dipatuhi selagi Pengakap itu di bawah kawalannya.

Upload: hakimisetapa1979

Post on 11-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

DOKUMEN

TRANSCRIPT

Page 1: Sidang 3 - Dasar Agama

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) – KP 2976

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L. 18

Sidang 3: DASAR AGAMA

Akta Parlimen 1968; Akta (Perbadanan) Persekutuan

Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974; Pindaan

Akta 409, 1989

Bahagian III, SEKSYEN III: DASAR UGAMA

Dasar Ugama

17(1) Persekutuan ini tidak terhad kepada sesuatu ugama. Walau bagaimana pun, adalah

diharapkan bahawa tiap-tiap seorang Pengakap hendaklah mengamalkan kerja-kerja

ugama yang dianutinya dan menghormatkan kepercayaan orang-orang lain. Dalam

sesuatu Kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya daripada satu ugama sahaja,

Pemimpin Kumpulan itu boleh mengaturkan sembahyang dan pelajaran ugama itu

yang difikirkannya baik dengan berunding dengan pegawai ugama yang berkenaan.

(2) Dalam sesuatu Kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya daripada berbagai-bagai

ugama, maka adalah menjadi tanggungjawab Pemimpin-Pemimpin menggalakkan

mereka membuat ibadat mengikut cara ugama mereka masing-masing dan

janganlah diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemuanya dalam Kumpulan

itu. Jika ada tegahan tidak membenarkan seseorang Pengakap itu menghadiri

perkumpulan ugama selain daripada perkumpulan ugamanya sendiri, maka

Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan itu hendaklah menjaga supaya

tegahan itu dipatuhi selagi Pengakap itu di bawah kawalannya.