siaran akhbar mesyuarat ke dua jawatankuasa teknikal nadi...

Download SIARAN AKHBAR MESYUARAT KE DUA JAWATANKUASA TEKNIKAL NADI ...mprt.gov.bn/SiteCollectionDocuments/PRESS RELEASE 2017/1.08.2017... · Hala Nadi Borneo Kali Ke-9 yang telah diadakan

If you can't read please download the document

Upload: lebao

Post on 09-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • SIARAN AKHBAR

    MESYUARAT KE DUA JAWATANKUASA TEKNIKAL NADI BORNEO MENGENAI PROJEK DAN AKTIVITI KERJASAMA

    1 3 OGOS 2017

    DEWAN SETIA PAHLAWAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

    BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    Bandar Seri Begawan, 1hb Ogos 2017 - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan

    Pelancongan khususnya melalui Pusat Nadi Borneo Brunei Darussalam telah menjadi Tuan Rumah kepada Mesyuarat Ke Dua Jawatankuasa Teknikal Nadi Borneo Mengenai Projek dan Aktiviti Kerjasama bermula pada 1 3 Ogos 2017 bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Hadir selaku tetamu kehormat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal tersebut ialah Yang Mulia Dr Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Safwan bin Abdullah Bibi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Nadi Borneo Brunei Darussalam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Selain dihadiri oleh delegasi dari Negara Brunei Darussalam, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal tersebut juga dihadiri oleh para delegasi dari Indonesia dan Malaysia, iaitu Negara-Negara Ahli Nadi Borneo. Jawatankuasa Teknikal ini telah ditubuhkan hasil persetujuan dari Mesyuarat Tiga-Hala Nadi Borneo Kali Ke-9 yang telah diadakan di Sandakan, Sabah, Malaysia pada tahun 2015. Peranan dan tugas utama Jawatankuasa ini adalah untuk menilai, memberikan nasihat dan juga membantu Mesyuarat Tiga Hala Nadi Borneo dalam mempertimbangkan apa jua cadangan program/ projek / aktiviti kerjasama di bawah Inisiatif Nadi Borneo, yang diusulkan oleh Negara-Negara Ahli Nadi Borneo dan lain lain pihak yang berkepentingan. Selaras dengan objektif Inisiatif Nadi Borneo, program/ projek/ aktiviti yang dikendalikan secara kerjasama oleh Negara-Negara Ahli adalah menjurus kepada inisiatif pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti hutan dan sumber-sumber asli yang ada di kepulauan Borneo secara mampam dan teratur. Walaupun secara amnya program/ projek/ aktiviti kerjasama yang dikendalikan di bawah Inisiatif Nadi Borneo ini lebih menjurus dan berprinsipkan pemuliharaan atau pun conservation, namun ianya juga dilaratkan untuk menjurus kepada mendukung pertumbuhan sosio-ekonomi Negara-Negara Ahli.

  • Background Info Inisiatif Nadi Borneo adalah merupakan inisiatif pemuliharaan sumber hutan dan kepelbagaian biologi rentas sempadan diantara Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Deklarasi bagi inisiatif ini telah ditandatangani oleh ketiga-tiga Negara pada 12 Februari 2007. Melalui Deklarasi tersebut, ketiga-tiga negara, secara sukarela, bersetuju untuk bekerjasama dalam memastikan pengurusan sumber hutan dan pemuliharaan jaringan kawasan hutan perlindungan, hutan penghasilan dan lain-lain kawasan guna tanah secara lestari di dalam kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan pengurusan inisiatif Nadi Borneo, akan terus diurus secara teratur dan berkesan. Melalui inisiatif ini, ianya dihasratkan akan dapat meningkatkan kesejahteraan masyarat setempat di Kepulauan Borneo ini yang bergantung kepada sumber hutan dan biodiversiti untuk kehidupan, disamping pada masa yang sama, dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti penebangan hutan, degradasi hutan dan lain-lain yang berkaitan seperti kepupusan biodiversiti dan menjejaskan perkhidmatan ekosistem. Inisiatif ini juga pada masa yang sama mendukung usaha kearah mengurangkan kesan perubahan iklim dan lain-lain isu alam sekitar yang berkaitan. Inisiatif Nadi Borneo ini meliputi kawasan seluas lebih kurang 22 juta hektar, yang melibatkan kawasan yang masih ditumbuhi oleh hutan hujan tropika yang asli dan kaya dengan kepelbagaian biologi, yang merentasi kawasan tanah tinggi di ketiga-tiga Negara Ahli Nadi Borneo Negara Brunei Darussalam, Indonesia & Malaysia - hingga mencecah ke kawasan kaki bukit dan tanah rendah di persekitarannya. Bagi mendukung perlaksanaan inisiatif ini, Negara Brunei Darussalam telah mengenalpasti seluas lebih kurang 58% dari keluasan Negara atau lebih kurang 346,000 hektar sebagai kawasan pengurusan di bawah Inisiatif Nadi Borneo.