siamang

27
SIAMANG POPULASI HAIWAN DI MALAYSIA

Upload: darshini-ganesan

Post on 18-Aug-2015

21 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

SIAMANGPOPULASI HAIWAN DI MALAYSIA

PENGELASAN SAINTIFIK

Alam: Animalia

Filum: Chordata

Kelas: Mamalia

Order: PrimatFamili: Hylobatidae

Genus: SymphalangusGloger, 1841

Spesies: S. syndactylus

Merupakan salah satu haiwan dari jenis primata yang mempunyai nama

latin ‘Symphalangus syndactylus’

Siamang merupakan satu-satunya wakil dari genus Symphalangus.

Siamang hidup di hutan-hutan di wilayah Malaysia, Thailand, dan

Pulau Sumatera.

Mereka tergolong monyet bertubuh besar. Ukuran tubuh

mereka bisa 2 kali lebih besar dari gibon, dengan tinggi mencapai 1 m dan berat badan mencapai 14

kg.

Ada dua jenis Siamang yaitu Siamang Sumatera

(S. s. syndactylus), dan

Siamang Malaysia (S. s. continentis).

Siamang boleh hidup sehingga umur lebih

dari 30 tahun di dalam kurungan.

Siamang memiliki 2 keunikan yang

khas

dua jari pada setiap kakinya disatukan

oleh sebuah membran

mempunyai kantung suara yang membuat tekak

siamang dapat mengembang sehingga

sebesar kepalanya

Tekak siamang dapat mengembang sehingga sebesar kepalanya

Bulunya berwarna hitam atau perang

kemerah-merahan.

mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya

Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas

tanah

Siamang jantan lebih besar berbanding

dengan siamang betina, dan bersikap agresif

apabila diganggu.

hidup berkumpulan antara enam

hingga tujuh ekor

SIAMANG JANTAN DAN BETINA

SIAMANG MAHIR BERGAYUT

Siamang bangun sejurus sebelum matahari terbit dan

mula tidur sejurus selepas matahari terbenam

Ia menghabiskan tujuh puluh peratus masanya untuk mencari

makanan.

Lebih senang memakan buah yang sudah matang daripada

yang masih mentah, suka dedaunan muda daripada daun

tua, makan bunga dan beberapa jenis binatang kecil,

terutama serangga.

Siamang takut akan air.

Ia mencelupkan kaki depannya ke dalam air, dan

menghisap air pada bulu kakinya itu sebagai

minuman.

Ia juga mendapatkan air minuman dari

dalam tunggul pokok

Habitat Siamang

Adalah di hutan-hutan di Pulau Sumatera dan Semenanjung Malaysia (pergunungan Semenanjung Tanah Melayu selatan Sungai Perak), baik hutan dataran rendah, hutan hujan ataupun hutan pada ketinggian sampai 3800 m di atas permukaan air laut. Penampilan Siamang Sumatera dan Malaysia serupa, tetapi mereka berbeza dari segi perilaku.

Pembenihan

Sebagai haiwan pemakan buah, siamang menyebarkan biji benih melalui najisnya

ketika ia mengembara menjelajahi kawasannya.

Siamang mampu membawa biji benih dan membuang najis melebihi 300 m dengan jarak terdekat sekitar 47.6 m dari sumber

biji benih

Menyokong pemulihan dan penggantian hutan.

POPULASI SIAMANG

Brunei Darussalam

 

Cambodia  China  Indonesia adaJapan  Lao PDR  Malaysia adaMyanmar  Mongolia  Philippines  

Singapore  Republic of Korea

 

Thailand adaVietnam  

POPULASI SIAMANG

Pada 1980-an, populasi siamang liar di Indonesia dianggarkan seramai 360,000 individu.

Ini kelihatannya terlebih anggaran masa kini, kerana sebagai contoh, Taman negara Bukit

Barisan Selatan merupakan kawasan perlindungan ketiga terbesar (3,568 km²) di

Sumatera, di mana sekitar 2,570 km² kekal dilitupi hutan didiami 22,390 siamang (pada

bancian 2002).

Menurut dua projek penyelidikan berbeza yang dilakukan di Sumatera, siamang gemar

untuk mendiami hutan tanah rendah antara 500 m dan 1000 m dari paras laut

• Siamang (Symphalangus syndactylus) merupakan salah satu jenis primata

yang berada di Pulau Sumatera.

• Selain di Indonesia, populasi asli siamang hanya dapat ditemukan di

Semenanjung Malaysia dan sedikit di Thailand (Nijman & Geissman, 2008).

• Sayangnya, sekarang status siamang termasuk dalam kategori terancam

punah (endangered) sejak tahun 2008 berdasarkan IUCN Red List 2009

(Nijman & Geissman, 2008) dan di Indonesia sendiri siamang merupakan

salah satu primata yang termasuk dalam jenis haiwan dilindungi berdasarkan

undang-undang No.5 tahun 1990 dan PP No.7 tahun 1999.

Hal ini terlihat dari populasi siamang yang telah kehilangan

sekitar 66% habitat aslinya, yang semula seluas 340.000

km2 menjadi hanya 120.000 km2

Selain ancaman habitat, Siamang juga

menghadapi ancaman perburuan untuk dijadikan haiwan

peliharaan

Jumlah siamang di alam diperkirakan sekitar 31.000 ekor

yang mendiami daerah seluas 20.000 km2 dari habitat yang

tersisa. (Supriatna dan Wahyono, 2000)

Ancaman utama Siamang

Adalah kehilangan habitat akibat perladangan, kebakaran hutan, pembalakan haram, pencerobohan dan pembangunan oleh manusia.

Adalah menipisnya habitat akibat pembukaan lahan untuk dijadikan kebun kelapa sawit di Sumatera dan Malaysia.

Selain itu, penduduk siamang kian menurun juga disebabkan kerana siamang diburu untuk dijual di pasaran gelap.

• Pertamanya, ladang kelapa sawit telah menggantikan sejumlah besar kawasan habitat

siamang sepanjang empat abad lalu.

• Sejak 2002, 107,000 kilometer persegi kelapa sawit telah ditanam, yang telah menggantikan

kebanyakan hutan hujan di Indonesia dan Malaysia, di mana siamang pernah tinggal.

• Keduanya, pada dua abad yang lalu, kebakaran hutan membinasakan lebih dari 20,000 km²

hutan hujan Sumatera, kebanyakannya di kawasan tanah rendah di mana kebanyakan

siamang tinggal.

• Ketiga, kadar pembalakan haram di Indonesia meningkat antara 1980 hingga 1995 dan lebih

pantas selepas era reformasi bermula bermula dari tahun 1998.

• Aktiviti pembalakan haram ini membinasakan hutan hujan tropika yang tinggal,

terutamanya di Sumatera.

• Keempat, pencerobohan hutan menukar kawasan hutan menjadi kawasan pertanian;

sebagai contoh, kenaikan harga kopi pada tahun 1998 telah menggalakkan penduduk di

Sumatera untuk membersihkan kawasan untan untuk pembukaan ladang kopi.

• Kelima, pembangunan dibanyak kawasan memerlukan infrasturuktur, seperti jalan, yang

kini membelah kawasan perlindungan dan menyebabkan pemecahan hutan dan kesan

pinggiran.

PEMELIHARAAN

Siamang diketahui terdapat di sekurang-kurangnya sepuluh kawasan perlindungan: • Taman Negara Kerinci Seblat, • Taman Negara Bukit Barisan Selatan, • Taman Negara Gunung Leuser, • Taman Negara Way Kambas dan Taman Perlindungan

West Langkat di Indonesia, • Hutan Simpan Bukit Fraser, • Hutan Simpan Gunong Besout, • Taman Perlindungan Hidupan Liar Krau • Taman Perlindungan Hidupan Liar Ulu Gombak di Malaysia• Taman Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala di Thailand.

Undang-undang pemuliharaanCountry Status Reference

Brunei Darussalam    

Cambodia    

China    

Indonesia Protected Animals Goverment Regulation no. 7 / 1999, about Preservation of

Plants and Animals

Japan    

Korea    

Lao PDR    

Malaysia Totally Protected Wild Animals (as Hylobates  syndactylus)

Law of Malaysia Act 76, Protection of Wild Life Act

1972(Amend. 2006)

Mongolia    

Myanmar    

Philippines    

Singapore    

Thailand    

Vietnam    

Saat ini, populasi siamang yang tersisa di Sumatera sebagian besar

hanya terdapat di kawasan lindung dan konservasi (Nijman &

Geissman, 2008).

Salah satu usaha pemuliharaan siamang boleh dilakukan melalui

pemuliharaan in-situ di habitatnya iaitu dengan dilihat data

penduduk. (Geissman, 2007).

Selain dengan usaha pemuliharaan in-situ sejak tahun 2008

beberapa agensi perlindungan alam sekitar daerah Sumatera telah

memulakan pemuliharaan siamang dengan sosialisasi terhadap

warga daerah setempat agar tidak memperjualbelikan siamang dan

tidak mengubah fungsi hutan menjadi kawasan perladangan.

TERIMA KASIH