shiah dan sahabat

Upload: jerry56

Post on 30-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Shiah Dan Sahabat

    1/4

    SHIAH DAN SAHABAT(Petikan dari Buku Al-Sahabat Menurut Perspektif Islam oleh Syaikh Asad Haidarterjemahan oleh Haji Khalid Kasban Penerbitan Pustaka Ikhwan,1987, hlm. 9-22)

    Syiah Dan SahabatUmumnya Sahabat Dan KeistimewaannyaDefinisi Dan Titik PerbezaannyaPenghormatan Syi'ah Terhadap SahabatSahabat Mengikut Batas Kitab Dan SunnahQudamah bin Mad'un (Maz'un)

    Siasah Umar Terhadap Sebahagian SahabatRiwayat SahabatHadith Abu Hurairah

    Hadith Ummahat al-Mu'mininTuduhan Mencaci SahabatPerbincangan AkhirPenelitian Dan Kajian Sebelum Membuat Hukum

    Syiah Dan Sahabat

    Kita berada di hadapan permasalahan yang besar di mana sejarahberdiri di hadapannya di dalam keadaaan terbelenggu.Kebenarannya tersembunyi di sebalik dakwaan-dakwaan yangpalsu. Dan perkataan-perkataan yang kosong telah menutupi jalan-

    jalan yang membawanya kepada kebenaran. Sebagaimana disekitarnya pula diukir dengan berbagai-bagai permasalahan dankesamaran. Ianya tidak dikaji secara ilmiah supaya pokok persoalanmenjadi terang dan kebenaran itu akan lahir dengan sewajarnya.

    Walau bagaimanapun, sebahagian para sejarahwan mencela Syiah.Dan mengaitkan perkara-perkara tertenty kepada mereka tanpapenelitian. Mereka menulis tanpa ikatan dan syarat; menuduh Syiahtanpa perasaan keagamaan atau pendinding sentimen. Tuduhanyang terpenting ialah mengenai persoalan sahabat danmentakfirkan mereka (mengkafirkan mereka) - semoga dijauhi Allah

    Ta'ala - yang mewajibkan hukuman kafir ke atas mereka danmenghukum mereka terkeluar daripada agama Islam sebagaimanaberikut:Berkata al-Sayyid Syarafuddin al-Musawi:"Sesungguhnya sesiapayang mengkaji pendapat kami mengenai sahabat, nescaya dia akanmengetahui sesungguhnya pendapat kami adalah yang palingsederhana. Kerana kami tidak melampaui mengenainyasebagaimana yang dilakukan oleh pelampau-pelampau yangmengkafirkan semua sahabat. Begitu juga kami tidak melampaui jumhur yang mempercayai semua sahabat."Ahlul Sunnahberkata:"Setiap Muslim yang mendengar Nabi atau melihatnyaadalah adil secara mutlak."Kami berpendapat sekalipun sahabat mempunyai kelebihan tetapiianya bukanlah maksum. Lantaran itu sahabat seperti orang lainada yang adil, ada yang durhaka, ada yang melakukan jenayah. Danmalah terdapat sahabat yang tidak dikenalpasti latar belakangmereka. Oleh itu kami berhujah berdasarkan keadilan mereka. Kamimenghormati mereka di dunia dan di akhirat. Adapun penderhaka-penderhaka dan penjenayah-penjenayah seperti Ibn Hind, IbnNabighah, Ibn al-Zirqa', Ibn Uqbah, Ibn Arta't, dan orang seumpamamereka, tentu sekali tidak ada penghormatan bagi mereka, tidak

    ada penilaian terhadap Hadith-Hadith mereka. Adapun yang tidakdiketahui latar belakang mereka, kami berdiam diri sehingga kami

    http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat2.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat3.htmlhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat4.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat4.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat4.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat6.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat7.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat8.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat8.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat9.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat9.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat10.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat10.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat11.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat12.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat13.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat14.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat2.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat3.htmlhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat4.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat4.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat6.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat7.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat8.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat9.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat10.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat11.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat12.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat13.htmhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat14.htm
  • 8/14/2019 Shiah Dan Sahabat

    2/4

    dapat meneliti keadaan mereka yang sebenar.Ini adalah pendapat kami mengenai pembawa-pembawa Hadith(yang terdiri daripada sahabat), al-Kitab, dan Sunnah, kamiberpandukan kepada pendapat ini sebagaimana diterangkandengan terperinci di dalam Usul al-Fiqh. Tetapi jumhur melampaui di

    dalam mentakdiskan (mensucikan) setiap orang yang merekanamakan sahabat sehingga mereka terkeluar daripadakesederhanaan. Mereka mengikut setiap Muslim yang mendengardaripada Nabi SAWA atau melihatnya dengan ikutan buta lantasmereka menentang orang yang tidak sehaluan dengan pendapatmereka dalam soal ini. Lihatlah betapa kuatnya penentanganmereka terhadap kami manakala mereka mengatakan kamimenolak Hadith (sebahagian) sahabat dengan menerangkan"kecacatan" mereka (al-jarh) atau latara belakang mereka yangtidak diketahui. Tetapi apa yang kami lakukan adalah semata-matamengikut amalan syarak di dalam penyelidikan mengenai "hakikat-hakikat keagamaan" dan kajian di dalam penentuan Hadith-Hadithyang sahih. Justeru itu mereka (jumhur) telah melakukan syak wasangkaterhadap kami, Mereka menuduh kami perkara yang bukan-bukanlalu mereka meraba-raba di dalam kejahilan. Andainya merekakembali kepada "kaedah-kaedah ilmu" nescaya mereka akanmengetahui bahawa penetapan keadilan kepada sahabat adalahtidak berasas. Sekiranya mereka mengkaji al-al-Qur'an nescayamereka dapati bahawa orang munafiq itu dikira sahabat. PerhatilahSurah al-Taubah dan Surah al-Ahzab.

    Persoalan Sahabat

    Walau bagaimanapun pokok permasalahan terbahagi kepada tiga:

    1. Sahabat semuanya adil, dan mereka adalah para mutjahid. Iniadalah pendapat jumhur Ahlul Sunnah.

    2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil, dan ada yang fasiqkerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Oleh itu yang

    baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahatdibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat Syiah.

    3. Semua sahabat adalah kafir - semoga dijauhi Allah Ta'ala - iniadalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam. Ianyatidak akan dilupakan selain daripada orang yang kafir.

    Tiga pokok kepada persoalan sahabat itu hendaklah dikaji secaramendalam. Adapun pendapat yang ketiga adalah terbatal secara

    ijmak, kerana ianya hanya diucapkan oleh musuh-musuh islam.Pendapat pertama (seakan-akan) mendakwa ismah terhadap

  • 8/14/2019 Shiah Dan Sahabat

    3/4

    sahabat atau jatuhnya takalif daripada mereka. Ini adalah perkarayang tidak diakui oleh Islam dan tidak termasuk di dalam ajaran-ajarannya.

    Pendapat kedua ialah pendapat yang dipegang oleh Syiah iaitu

    menilai darjat sahabat berdasarkan amalan dan darjat keimananmereka. Kerana sahabat adalah umum bagi setiap orang yangbersahabat dengan Nabi SAWA atau melihatnya, atau mendengar(Hadith) daripadanya. Oleh itu ianya mengandungi Mukmin danmunafiq, yang adil dan yang fasiq, yang baik dan yang jahat.Sebagaimana sabda Nabi SAWA di dalam peperangan Tabuk apabilabeliau diberitahu oleh Jibra'il mengenai apa yang diucapkan olehmunafiqin:"Sesungguhnya Muhammad boleh menceritakan berita-berita di langit. Sedangkan beliau tidak mengetahui "jalan" untukmendapatkan air." Rasulullah SAWA memberitahu kata-kata itukepada Sa'ad bin Ubadah. Maka Sa'ad berkata kepadanya:"Jika andamahu nescaya aku akan pancung tengkuk mereka. Rasulullah SAWAbersabda:"Supaya orang ramai tidak akan berkata:SesungguhnyaMuhammad membunuh sahabat-sahabatnya tetapi sebaliknya kitabergaul dengan mereka secara baik selama mereka (berada)bersama kita [1]".

    Oleh itu sahabat semata-mata bukanlah maksum, yang bolehmemakai tuannya dengan pakaian keadilan (al-Adalah). Sebaliknyakedudukan mereka berbeza dan darjat mereka berlainan

    berdasarkan amalan mereka.

    Kami mempunyai dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur'an danHadith-Hadith Rasulullah SAWA bagi menyokong pendapat kami. Tetapi ianya tidak dinafikan terdapat di kalangan mereka yangbersifat adil yang terdiri daripada orang yang menepati apa yangmereka telah janjikan kepada Allah, mempunyai aqidah yang kuatdan ikhlas kepada Allah. Oleh itu mereka mempunyai setinggi-tinggidarjat kesempurnaan. Mereka disifatkan oleh Allah di dalamfirmanNya,".keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih

    sayang sesama mereka: kami lihat mereka rukuk dan sujud mencarikurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak padamuka mereka dan bekas sujud.Demikianlah sifat-sifat mereka dalamTaurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yangmengeluarkan tunas itu menjadikan tanamannya itu kuat lalumenjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya: tanaman itumenyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendakmenjengkelkan hati orang-orang kafir. Allah menjanjikan kepadaorang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh di antaramereka ampunan dan pahala yang besar."

    http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#1http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#1
  • 8/14/2019 Shiah Dan Sahabat

    4/4

    "Dan mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah danRasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihaddengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulahorang-orang yang benar [2]."

    Sesungguhnya Allah menyuruh mengikut mereka di dalamfirmanNya:"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepadaAllah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar [3]."

    Dan firmanNya yang bermaksud:"Dan orang-orang yang terdahululagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orangMuhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikut merekadengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redhakepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurgayang mengalir sungai-sungai di bawahnya; mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar [4]."

    Mereka itu adalah sahabat Muhammad SAWA. Siapakah yangberani mengatakan kepada mereka apa yang tidak diredhai Allahdan menyalahi firmanNya! [5]

    Nota Kaki:

    1.Al-Fath(48):29.

    2.Al-Hujurat(49):15.

    3.Al-Taubah(9):119.

    4.Al-Taubah(9):100.

    5.Pujian atau keredhaan Allah SWT kepada seseorang atau sahabat tertentu adalah berkait rapat dengan perbuatan merekaitu sendiri. Dan sekiranya perbuatan mereka itu pada masa yang lain menyalahi nas, maka pujian atau keredhaanNya tidakakan dikaitkan dengan mereka (berasaskan nas) kerana pujian keredhaan di dalam ayat-ayat tersebut adalah daripada Sifat

    Fi'liyyah yang terhenti di atas perbuatan makhluk dan ianya bukan daripada Sifat Dhatiyyah yang memberi pengertian"kekal" tanpa berdasarkan kepada perbuatan mereka sama ada ianya bercanggah dengan nas atau pun tidak. Dan jikalauianya memberi pengertian keredhaan yang "kekal" atau selama-lamanya, maka semua orang yang tidak termasuk di dalamfirmanNya"Wahai orang yang beriman" tidak seorang pun daripada mereka akan menjadi murtad. Begitu jugakemurkaanNya kepada orang kafir di dalam firmanNya"Wahai orang kafir" tidak seorang pun daripada mereka akan menjadi

    Muslim.

    http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#2http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#3http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#4http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/sahabat3.htmlhttp://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#2http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#3http://c/Documents%20and%20Settings/Moneem/Local%20Settings/Temp/#4