tanggapan komuniti nelayan pantai di kuala … · dedikasi untuk: ayahanda ... pensyarah-pensyarah...

30

Upload: hacong

Post on 06-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber
Page 2: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber
Page 3: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA DUNGUN

TERENGGANU TERHADAP AKTIVITI PENANGKAPAN IKAN YANG

DIJALANKAN DALAM MENINGKATKAN PENDAPATAN

MOHD ANWAR BIN IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

Page 4: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber
Page 5: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

iii

Dedikasi untuk:

Ayahanda,

Bonda tercinta,

Pn. Nani Bt. Mat Zin,

Adik-adikku tersayang,

Keluarga,

Pensyarah-pensyarah,

Sahabat-sahabat.

Jasa dan budi kalian tidak akan ku persiakan

Semoga mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Terima kasih, Amin…….

Page 6: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam dan selawat serta

salam kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan rahmat dan

izinNya, maka projek ini dapat disiapkan sepenuhnya bagi memenuhi penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi

Malaysia.

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga khas kepada

penyelia projek sarjana muda, Prof. Dr. Muhd. Rashid Bin Rajuddin atas nasihat,

bimbingan dan sokongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini.

Ucapan jutaan terima kasih disampaikan buat para nelayan yang terlibat dalam

memberikan kerjasama yang tidak terhingga bagi memastikan penyelidikan ini berjalan

dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada

pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan sokongan yang

diberikan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan laporan projek ini. Semoga

Allah S.W.T memberi rahmat dan berkat kepada semua.

Wassalam.

Page 7: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

v

ABSTRAK

Komuniti nelayan sememangnya wujud di kebanyakan negeri di Malaysia ini

yang digolongkan antara komuniti yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang rendah.

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tanggapan komuniti nelayan pantai di Kuala

Dungun Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang dijalankan dalam

meningkatkan pendapatan mereka. Aktiviti tersebut merangkumi aspek penggunaan

peralatan, pengetahuan dan kemahiran, kaedah pemasaran dan bantuan kerajaan.

Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada kalangan nelayan yang berdaftar

dengan Persatuan Nelayan Kuala Dungun telah dipilih untuk menjawab borang set soal-

selidik secara temubual berstruktur untuk kajian ini. Soalan kajian mengandungi 30 item

yang diukur dengan menggunakan skala Ya atau Tidak. Data kajian telah dianalisis

secara kuantitatif dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil kajian menunjukkan

tanggapan komuniti nelayan pantai terhadap aktiviti penangkapan ikan dalam

meningkatkan pendapatan, berada pada tahap rendah iaitu purata jumlah keseluruhan

sebanyak 25.5 %. Kajian ini juga mendapati bahawa komuniti nelayan mengaplikasikan

sebahagian sahaja aspek-aspek dalam meningkatkan pendapatan. Majoriti daripada

mereka mempunyai pendapatan dalam kategori miskin. Di akhir kajian ini, beberapa

cadangan telah diberikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang menghalang

peningkatan pendapatan komuniti nelayan dalam bidang perikanan.

Page 8: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

vi

ABSTRACT

Fishermen community in Malaysia is among the communities that is categorized

as low level socio-economy status. This study was done to determine the impression of

the fishermen’s community in Kuala Dungun Terengganu towards fishery activities

done to increase their income. The aspects involved are utilization of the facilities,

knowledge and skills, marketing strategies and government subsidies. Sixty respondents

consisted of registered fishermen with Persatuan Nelayan Kuala Dungun were selected

to answer questionnaires through structured interviews for this study. It contained 30

items measured using Yes-No scale. The data of the study were analyzed quantitatively

in a form of frequency and percentages. The result of the study shows that the

impression of the fishermen’s community was at low level with overall average of 25.5

%. In addition, the fishermen utilized part of the fishery activities that can increase their

income. Majority possessing income at poor level. At the end of this research, a few

suggestions were given to overcome the weaknesses that hindered the socio-economy

increment of fishermen community in fishery field.

Page 9: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI GAMBAR xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

Page 10: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

viii

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop kajian 14

1.8 Definisi / Istilah 15

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Perkaitan Kemiskinan dan Pendapatan 19

2.3 Aktiviti Penangkapan Ikan Yang Dijalankan

Dalam Meningkatkan Pendapatan

2.3.1 Mempelbagaikan Peralatan Perikanan 22

2.3.2 Pengetahuan dan Kemahiran di Bidang

Perikanan 23

2.3.3 Kaedah Pemasaran Hasil Tangkapan 24

2.3.4 Bantuan Kerajaan 26

2.4 Kesimpulan 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Prosedur Kajian 31

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 35

Page 11: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

ix

3.5.1 Kesahan Instrumen Kajian 37

3.6 Kaedah Analisis Data 38

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data Bahagian A 41

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2.2 Taburan Bilangan Ahli Keluarga

Responden 42

4.2.3 Taburan Berkaitan Dengan Umur Nelayan 43

4.2.4 Taburan Berkaitan Jumlah Pendapatan 44

4.2.5 Taburan Mengenai Pengalaman Nelayan 44

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 45

4.3.1 Persoalan Kajian 1 :Adakah penggunaan

peralatan perikanan dipelbagaikan untuk

mendapatkan hasil tangkapan ? 45

4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah komuniti

nelayan ini mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang cukup di bidang

perikanan ? 47

4.3.3 Persoalan Kajian 3 : Apakah kaedah

pemasaran hasil tangkapan dipraktikkan

dengan sempurna ? 48

4.3.4 Persoalan Kajian 4 : Adakah bantuan yang

disalurkan oleh kerajaan dimanafaatkan

sepenuhnya ? 49

4.4 Rumusan Persoalan Kajian 50

4.5 Pemeringkatan Persoalan Kajian 52

Page 12: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

x

4.6 Analisis Data Persoalan Kajian 5:

Apakah tanggapan komuniti nelayan pantai di

Kuala Dungun Terengganu terhadap aktiviti

penangkapan ikan yang dijalankan dalam

meningkatkan pendapatan mereka, mengikut

pengalaman ? 53

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan Kajian 57

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 61

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 61

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 63

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 64

5.4.1 Persoalan Kajian 1:

Penggunaan peralatan perikanan

dipelbagaikan untuk mendapatkan

hasil tangkapan. 64

5.4.2 Persoalan kajian 2 :

Komuniti nelayan mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang cukup

di bidang perikanan 66

5.4.3 Persoalan Kajian 3 :

Kaedah pemasaran hasil tangkapan

dipraktikkan dengan sempurna 69

5.4.4 Persoalan Kajian 4 :

Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan

dimanafaatkan sepenuhnya 71

Page 13: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

xi

5.4.5 Persoalan Kajian 5:

Tanggapan komuniti nelayan pantai di

Kuala Dungun Terengganu terhadap

aktiviti penangkapan ikan yang

dijalankan dalam meningkatkan

pendapatan mereka, mengikut

pengalaman 72

5.5 Cadangan 73

5.5.1 Cadangan Kepada Komuniti Nelayan 73

5.5.2 Cadangan Kepada Agensi Terlibat 75

5.5.3 Cadangan Kepada Pengusaha Berasaskan

Perikanan 78

5.5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 80

5.7 Penutup 81

6. BIBLIOGRAFI 83

7. LAMPIRAN 87

Page 14: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

xii

SENARAI JADUAL

NO

JADUAL

TAJUK

MUKA

SURAT

3.1 Taburan Item 36

3.3. Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus,

Mohd Najib (1997)

39

4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Peratusan Bilangan Ahli Keluarga 42

4.3 Taburan Berkaitan Umur 43

4.4. Taburan Pendapatan 44

4.5 Taburan Pengalaman Nelayan 44

4.6 Taburan Peratusan Berkaitan Peralatan Perikanan 46

4.7 Taburan Peratusan Berkaitan Pengetahuan dan

Kemahiran

47

4.8 Taburan Peratusan Berkaitan Kaedah Pemasaran 48

4.9 Taburan Peratusan Berkaitan Bantuan Kerajaan 49

4.10 Taburan Peratus Bagi Persoalan Kajian 50

4.11 Taburan Peratus Mengikut Pengalaman 54

Page 15: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses Pemasaran 25

3.1 Carta Alir Prosedur kajian 33

Page 16: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

xiv

SENARAI GAMBAR

GAMBAR TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Enjin Sangkut 22

2.2 Bubu 22

2.3 Pukat Tunda (kecil) 23

2.4 Mesin Penghela Pukat 23

2.5 Membaiki Pukat 24

2.6 Membuat Bot Fibre 24

2.7 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Di Kuala

Dungun

27

Page 17: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

xv

SENARAI SINGKATAN

APL : Agen Pemgembangan Laut

IKS : Industri Kecil dan Sederhana

LKIM : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

MEDEC : Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia

RMK-9 : Rancangan Malaysia Kesembilan

PGK : Pendapatan Garis Kemiskinan

Page 18: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Kaji soal Selidik 87

B Surat Kebenaran Fakulti Pendididikan UTM 92

Page 19: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pertumbuhan ekonomi telah dianggap sebagai suatu penyelesaian yang berkesan

untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup. Ini telah menyebabkan

kebanyakan negara menjadikan pertumbuhan ekonomi sebagai dasar dan matlamat

makroekonomi penting, lantas mengejar dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang

pesat. Masyarakat nelayan perlu membuat anjakan paradigma dan perubahan pemikiran

dalam usaha untuk memajukan sektor perikanan. Perubahan ke arah menjadikan

perikanan sabagai satu perniagaan memerlukan pembudayaan keusahawanan dan

budaya kerja yang mengutamakan pembaharuan dan inovasi.

Walaupun taraf hidup penduduk dunia pada umumnya meningkat dengan

pertambahan perkhidmatan dan pengeluaran, masalah kemiskinan masih melanda lebih

1 bilion daripada lebih 6 bilion penduduk dunia. Dengan penduduk dunia dijangka

berganda dalam masa 40 tahun, ini bermakna bahawa pertumbuhan ekonomi akan terus

Page 20: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

2

diperlukan untuk membawa pembangunan bagi menampung kebajikan serta

mengurangkan kemiskinan penduduk yang kian bertambah.

( Chamhuri, 2000 )

Isu pertumbuhan ekonomi dan pertaliannya dengan pengurangan kemiskinan

menjadi semakin kompleks dengan fenomena pengglobalan. Pengglobalan membawa

bersamanya peluang dan ancaman. Peluang dari pengglobalan termasuk jangkaan

pertumbuhan lebih pesat, pengaliran modal, kewangan, pelaburan, peningkatan

perdagangan antarabangsa dan harapan pengurangan kemiskinan dan kenaikan taraf

hidup bagi sebahagian besar penduduk. Tetapi bukti-bukti menunjukkan bahawa

ancaman pengglobalan lebih nyata, dengan mewujudkan pertumbuhan tak seimbang

antara negara, ketakseimbangan pendapatan antara negara dan penduduk dalam negara

serta peningkatan kemiskinan di negara-negara sedang membangun yang kian

terpinggir. Fenomena pengglobalan kemiskinan menjadi semakin nyata dengan semakin

meningkatnya golongan miskin dan termiskin di seluruh dunia.

Pada tahun 1990 an, isu kemiskinan masih menghantui masyarakat antarabangsa

bila Bank Dunia mengeluarkan ‘World Development Report 1990’ dengan kemiskinan

sebagai temanya (World Bank, 1990). Laporan ini mendedahkan bahawa pada tahun

1985, lebih 1 bilion orang atau hamper 1/3 penduduk Negara Sedang Membangun

(NSB) hidup dalam kemiskinan, ditakrifkan sebagai hidup dengan kurang US$370 per

kapita setahun. Kualiti hidup rendah dilihat melalui petunjuk rendahnya jangkahayat,

enrolmen persekolahan rendah, kadar celikhuruf, kadar ketersampaian kemudahan asas

dan kadar upah. .

Laporan Bank Dunia (1990) menyimpulkan bahawa walaupun NSB rata-rata

telah mengalami pertumbuhan yang agak pesat, lebih 1 bilion penduduknya masih hidup

dalam keadaan kemiskinan. Walaupun kemajuan telah dapat meningkatkan pendapatan

Page 21: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

3

purata, tetapi bebanan kemiskinan masih melanda NSB. Walaupun terdapat beberapa

NSB mencatatkan prestasi yang membanggakan, namun banyak lagi negara yang

menunjukkan prestasi yang lemah, mengakibatkan pengurangan kemiskinan yang lebih

perlahan. (Chamhuri, 2000)

Komuniti nelayan di Malaysia masih dikenalpasti sebagai satu golongan

termiskin dan usaha ke arah memperbaiki taraf hidup komuniti ini telah diberi perhatian

dalam Rancangan Pembangunan Negara. Pelbagai projek telah disarankan oleh pihak

berkuasa perikanan dalam usaha untuk mempertingkatkan pendapatan komuniti ini.

Misalnya penggunaan bot berenjin, pembaharuan dan pembesaran bot, penangkapan di

laut dalam dan sebagainya. Selain itu, koperasi nelayan telah ditubuhkan dengan tujuan

untuk membolehkan ahlinya menikmati pelbagai kemudahan, termasuk penyertaan

dalam projek menambah pendapatan.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Malaysia mengkategorikan Pendapatan Garis

Kemiskinan (PGK) di bawah RM529 sebagai golongan miskin sejak tahun 2002. Walau

bagaimanapun EPU akan mengkaji semula PGK yang digunakan pakai dengan

menimbang pelbagai faktor kerana setiap tahun taraf sosioekonomi masyarakat makin

meningkat.(Berita Harian, 28 Mei 2004)

Walaupun usaha yang dilakukan menghadapi pelbagai masalah, namun ternyata

ia telah membuahkan sedikit hasil. Jumlah pendapatan nelayan boleh dikatakan telah

meningkat. Namun begitu, komuniti nelayan masih lagi berada dalam keadaan miskin.

Apakah sebabnya nasib komuniti ini masih tidak banyak berubah walaupun sudah

banyak usaha telah dibuat untuk menanganinya? Adalah masalah ini ada kaitannya

dengan sikap komuniti nelayan itu sendiri ataupun peluang masih terhad ? Mungkinkah

ini disebabkan oleh keadaan sekeliling?

Page 22: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

4

Menurut Abdul Rahim (2001), transformasi sosial dan perubahan nilai yang

berlaku dalam masyarakat Malaysia sejak tahun 1980-an disebabkan perubahan dinamik

dalam pelbagai aspek kehidupan yang membawa Malaysia ke satu era pembangunan

dinamik dan progresif. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sumber

kekayaan semula jadi dan sumber manusia yang boleh digerakkan kepada perubahan dan

kemakmuran baru. Perubahan yang menekankan kepada penyusunan semula

masyarakat, menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan peluang-peluang baru

terutama dari segi penstrukturan semula pekerjaan dan sosial, keadilan sosial melalui

pengagihan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi boleh membawa perubahan besar dari

segi cara hidup, pemodenan pemikiran dan sosial, pembentukan budaya baru dan

perkembangan nilai-nilai baru.

Menurut Abdullah, menangkap ikan bolehlah dianggap sebagai satu pekerjaan

yang tidak tetap kerana ia ditentukan oleh pelbagai faktor luaran. Walau bagaimanapun,

kebanyakan nelayan menganggapnya sebagai satu pekerjaan tetap dan sepenuh masa.

Jika dikaji dari segi masa yang digunakan, ia adalah tidak tetap dan berbeza-beza.

Malahan, ia sentiasa dianggap sebagai satu pekerjaan yang dipusakai dan harus

diteruskan walau apa pun yang terjadi. (Mohd Yaakub, Chang Shui, Mary, 1994)

Ahli komuniti nelayan yang miskin perlu dibangunkan dan dimajukan supaya

terkeluar daripada belenggu kemiskinan. Untuk itu, kekangan yang menghalang nelayan

daripada menyertai proses pembangunan secara aktif perlulah dikenalpasti. Penyediaan

keperluan sokongan dan insentif yang konsisten perlu untuk meningkatkan perolehan

pendapatan nelayan.

Menurut Mahathir Mohamad (1994), walaupun kita akui sudah ada perubahan

kemajuan di kalangan peladang dan nelayan tetapi di antara mereka yang termasuk di

dalam golongan yang miskin di dalam negara kita, terdapat ramai daripada peladang dan

Page 23: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

5

nelayan. Mereka terus berada di paras kemiskinan. Kita dapati bahawa sementara di

dalam bidang lain, perubahan sudah berlaku dengan pesatnya tetapi dalam perusahaan

penanaman padi dan getah secara kecil-kecilan dan juga perusahaan nelayan, tidak

banyak perubahan yang berlaku.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 1950 an dan 1960 an, pertumbuhan ekonomi merupakan cara

utama untuk membasmi kemiskinan dan memperbaiki kualiti hidup, iaitu dengan

mengharapkan proses lelehan ke bawah untuk menterjemahkan pertumbuhan kepada

pembangunan dan pembasmian kemiskinan. Bagaimanapun, dalam banyak hal proses

lelehan ke bawah tidak berjaya, malah berlaku tukar-ganti (trade-off) antara

pertumbuhan kepada kuasa pasaran untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Tetapi di

kebanyakan negara sedang membangun (NSB) , fenomena kegagalan pasaran adalah

berleluasa untuk menggagalkan proses lelehan ke bawah untuk menjamin pembasmian

kemiskinan dan pengagihan setara. . ( Chamhuri, 2000 )

Di negara-negara maju seperti Kanada, Australia, Jepun, Korea, apabila

diperkenalkan seorang nelayan, mereka dapat bayangkan dengan jelas tentang

kehidupan yang kaya raya, tinggal di pangsapuri atau banglo mewah, memiliki kereta

besar serta dihormati oleh masyarakat sekeliling. Mereka lebih maju jika dibandingkan

dengan orang lain. Begitulah penghidupan nelayan di negara-negara maju. Bagaimana

pula anggapan masyarakat terhadap nelayan di negara kita?

Penghidupan golongan nelayan di laut bergelut dengan ombak, manakala di darat

bergelut dengan seribu masalah kesempitan hidup. Golongan nelayan di negara ini telah

dan masih dikategorikan sebagai golongan yang berpendapatan di bawah paras

Page 24: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

6

kemiskinan. Kenapa begitu malang nasib nelayan di negara ini? Apakah nasib malang

tidak mendapat simpati atau tidak diendahkan oleh mana-mana pihak yang

dipertanggungjawabkan khasnya pihak kerajaan? Hakikatnya, telah banyak usaha yang

telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan terutama melalui Jabatan Perikanan

untuk membangunkan masyarakat nelayan. (Mat Tahil, 1991)

Menurut Chang Shui dan Mary, perdebatan mengenai isu kemiskinan dan

perbezaan jurang pendapatan isirumah di kalangan pelbagai lapisan rakyat Malaysia

telah mendapat perhatian sewajarnya dan diperakui oleh kerajaan semenjak tahun 70 an.

Justeru itu, dapat diperhatikan dalam Rancangan Malaysia Kedua dan rancangan-

rancangan Malaysia yang seterusnya, usaha telah diambil untuk mengenalpasti,

menggaris dan memberi penekanan kepada beberapa strategi pembangunan khusus

untuk ditujukan kepada beberapa kumpulan sasaran rakyat termiskin seperti mana yang

ingin dicapai dalam tempoh Rancangan Pembangunan Jangka Panjang I (OPP1) dan

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Strategi pembasmian kemiskinan ini masih

diteruskan pada dekad 90 an dan ditekankan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang

Kedua 1991-2000 (OPP2) dan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) ke arah

mewujudkan masyarakat penyayang. Komuniti nelayan terutamanya nelayan pinggiran

telah lama dikenalpasti satu kumpulan sasaran penerima pelbagai program pembasmian

kemiskinan. (Mohd Yaakub, Chang Shui, Mary, 1994)

Antara objektif Bajet 2007 Malaysia ialah menangani masalah

ketidakseimbangan ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Kerajaan

bertekad menghapuskan kemiskinan tegar yang melibatkan 67 ribu isi rumah. Pada masa

yang sama, kerajaan juga berusaha mengurangkan lagi kadar kemiskinan keseluruhan

daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 2.9 peratus pada akhir Rancangan Malaysia

Kesembilan 2006-2010. Sejumlah 578 juta ringgit diperuntukkan dalam Bajet 2007 bagi

memesatkan pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan. Ini

Page 25: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

7

menunjukkan masalah kemiskinan ini perlu ditangani dengan perancangan yang teratus

dan terancang bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

Menurut Wan Hashim (1980), secara amnya, nelayan boleh kita bahagikan

kepada tiga kategori berdasarkan kepada perbezaan (ketaksamaan) dari segi pendapatan

bulanan nelayan susah, nelayan sederhana dan nelayan senang.

Kategori pertama ialah nelayan susah ataupun nelayan miskin iaitu nelayan yang

berpendapatan paling rendah sekali (low income category). Mereka adalah terdiri

daripada ‘nelayan pantai’ yang menggunakan teknologi yang tidak moden (simple) dan

menangkap ikan ikan secara kecil-kecilan sahaja. Kebanyakan daripada nelayan di

Pantai Timur termasuk dalam golongan ini. Pendapatan mereka tidak lebih daripada RM

124 sebulan.

Kategori kedua ialah nelayan sederhana (middle income category) yang

pendapatannya tidak begitu tinggi dan tidak pula begitu rendah. Mereka terdiri daripada

nelayan yang bekerja sebagai pemandu bot, juruselam dan juga nelayan yang bekerja

dengan pukat tunda. Pendapatan mereka antara RM 125 – RM 229 sebulan.

Manakala kategori ketiga pula ialah nelayan senang yang memperolehi

pendapatan bulanan agak tinggi (the high income category). Mereka terdiri daripada

nelayan yang mempunyai kepakaran yang khusus seperti taikong atau ‘angkung’ (di

Pulau Pangkor). Selain daripada pembahagian kepada tiga jenis nelayan di atas, perlu

juga dimasukkan satu lagi kategori mereka yang terlibat secara langsung dalam

perusahaan menangkap ikan. Golongan ini adalah tauke dan pemilik bot besar ataupun

golongan pemodal yang boleh kita namakan sebagai tuan punya besar. Pendapatan

mereka antara RM 300 – RM 600 sebulan.

Page 26: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

8

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia menyatakan,

kerajaan akan meneruskan komitmen mengurangkan jurang perbezaan antara golongan

miskin dan kaya melalui penyediaan kemudahan asas. Melalui kemudahan asas rakyat

secara tidak langsung diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka dengan

meningkatkan taraf hidup dan dengan itu, jurang perbezaan antara rakyat tidak lagi

terlalu ketara. Segala pendekatan kerajaan merupakan landasan dalam usaha menjayakan

matlamat membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010 seterusnya mencapai status

negara maju pada 2020. (Utusan Malaysia, 8 Jun 2006)

Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri menyatakan, amalan

memberi subsidi minyak kepada rakyat tidak lagi dilaksanakan oleh mana-mana negara

didunia. Mengenai subsidi kepada nelayan, walaupun jumlah pemberian subsidi

bertambah tapi hasil tangkapan masih sama. Pada 2002, jumlah tangkapan ikan ialah

1.29 juta tan. Pada 2005 ia menurun sedikit kepada 1.2 juta tan, tapi jumlah minyak

subsidi atau diesel subsidi yang digunakan oleh sektor nelayan naik tiga kali ganda

daripada 236 juta liter kepada 1.37 bilion liter. (Utusan Malaysia, Mac 2006)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin

menyatakan, program motivasi yang akan diperluaskan di seluruh negara adalah sebagai

usaha mengubah sikap para petani untuk berjaya selaras dengan tumpuan yang diberikan

oleh kerajaan. Sektor perikanan di negara ini masih mencatatkan kadar penghasilan

tangkapan yang agak rendah iaitu sekitar 20 peratus disebabkan segelintir nelayan masih

mengamalkan gaya pemikiran dan kaedah secara tradisional. Kerajaan akan

memperkenalkan program motivasi kepada semua peladang, penternak dan nelayan di

negara ini secara lebih meluas dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ini.

(Utusan Malaysia, Februari 2006)

Page 27: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

9

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 (bab 3), teras dasar

sektor pertanian secara keseluruhannya dan ditumpukan kepada usaha mengorientasikan

semula sektor ini ke arah pengkormersialan yang lebih meluas dan melahirkan petani

berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar

termasuk pelaburan asing. Sehubungan itu, teras dasar adalah seperti berikut :

i. meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber

pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.

ii. mengembangkan aktiviti pemprosesan pertanian dan kepelbagaian

produk

iii. memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global

iv. meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan.

v. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Kejayaan dan kegagalan adalah merupakan dua perkara yang bertentangan yang

seringkali diperkatakan. Satu perkara yang jelas dan sangat sukar dinafikan ialah setiap

orang inginkan kejayaan. Berkehendakkan kejayaan merupakan satu perkara dan

memperolehi kejayaan pula adalah merupakan satu perkara yang lain. Semua orang

berkehendakkan kejayaan tetapi tidak semua yang memperolehinya? Kenapakah

keadaan tersebut boleh terjadi? Bagaimana dapat kita jelaskan sekiranya sekumpulan

individu yang sama-sama menceburkan diri dan berusaha dalam satu bidang yang sama,

dengan segala kemudahan atau terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang sama, tetapi

tidak semua mereka berjaya untuk sampai ke puncak? (Juhari, 1987)

Walaupun usaha-usaha telah memberi perubahan kepada nelayan, namun masih

belum dapat dibanggakan kerana hingga ke hari ini kumpulan nelayan masih dikaitkan

dengan masalah kemiskinan. Sama-samalah direnungi di mana punca kesilapan

menyebabkan program-program gagal mencapai matlamat yang diharap-harapkan. Di

Page 28: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

10

sini dapat dibuat satu rumusan bahawa kerajaan akan sentiasa mengadakan program-

program tetapi walaupun seribu program dirancangkan oleh pihak kerajaan jika tidak

mendapat sambutan dari masyarakat nelayan, usaha itu akan menjadi sia-sia dan

menemui kegagalan. Dengan kata lain, tanpa kesedaran serta penglibatan nelayan secara

aktif, segala usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup nelayan serta memajukan

perusahaan perikanan di negara ini akan menemui kegagalan.

1.3 Pernyataan Masalah

Peratus nelayan yang berada di bawah paras kemiskinan masih lagi tinggi.

Satu daripada sebab utama mengapa mereka tinggal ditahap yang sama walaupun

berbagai pertolongan telah diberi oleh pihak kerajaan dan usaha yang dilakukan ialah

kerana ruang untuk mereka terus maju dalam sektor perikanan adalah terbatas. Hampir

semua nelayan yang di bawah taraf kemiskinan adalah terdiri dari nelayan pantai.

Adalah sukar bagi mereka mencapai kedududukan yang lebih lumayan sekiranya tidak

dibimbing oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Ini memandangkan yang

masyarakat nelayan itu jauh ketinggalan dalam banyak perkara dibandingkan dengan

masyarakat sektor-sektor lain. Kedudukan ini tidak boleh diabaikan kerana ia

mempunyai banyak implikasi terhadap pembangunan yang seimbang. Di antara

kedudukan yang begitu mencabar ialah tahap pengetahuan komuniti nelayan yang

keseluruhannya adalah rendah, bergantung kepada orang tengah dan kerajaan serta

sumber Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah terhad. Menyedari hakikat

ini, satu kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti apakah tanggapan komuniti nelayan

pantai di Kuala Dungun Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang

dijalankan dalam meningkatkan pendapatan mereka?

Page 29: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

11

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang dilakukan.

Langkah ini perlu supaya kajian yang dirancang dapat mencapai maltmat sepenuhnya.

Objektif yang digariskan adalah seperti berikut :

i. Mengenalpasti peralatan perikanan dipelbagaikan untuk memberi hasil

tangkapan yang memuaskan.

ii. Mengenalpasti komuniti nelayan ini mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang cukup di bidang perikanan

iii. Mengetahui kaedah pemasaran hasil tangkapan dipraktikkan dengan

sempurna.

iv. Mengetahui bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dimanafaatkan

sepenuhnya komuniti nelayan.

v. Mengenalpasti tanggapan komuniti nelayan pantai di Kuala Dungun

Terengganu terhadap aktiviti penangkapan ikan yang dijalankan dalam

meningkatkan pendapatan, mengikut pengalaman.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa persoalan

telah diajukan iaitu:

i. Adakah komuniti nelayan mempelbagaikan peralatan perikanan untuk

mendapatkan hasil tangkapan ?

ii. Adakah komuniti nelayan ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran

yang cukup di bidang perikanan?

Page 30: TANGGAPAN KOMUNITI NELAYAN PANTAI DI KUALA … · Dedikasi untuk: Ayahanda ... pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat di atas sumbangan ilmu dan ... kekayaan semula jadi dan sumber

12

iii. Apakah kaedah pemasaran hasil tangkapan dipraktikkan dengan

sempurna?

iv. Adakah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dimanafaatkan

sepenuhnya?

v. Apakah tanggapan komuniti nelayan pantai di Kuala Dungun Terengganu

terhadap aktiviti penangkapan ikan yang dijalankan dalam meningkatkan

pendapatan mereka, mengikut pengalaman ?