set 6 – skema jawapan€¦web viewperingkat. ciri-ciri karangan. cemerlang. 26 – 30 markah. isi...

7
SET 6 – Skema Jawapan SKEMA PEMARKAHAN BAHAGIAN A PERINGKAT CIRI-CIRI KARANGAN Cemerlang 26 – 30 markah a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian jelas dan matang. c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan ayat serta penggunaan tanda baca yang betul. d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan ungkapan yang menarik. Kepujian 20 - 25 markah a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian jelas. c. Bahasa gramatis dari segi kosa kata dan ayat. d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Memuaskan 15 – 19 markah a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian masih jelas. c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. d. Unsur bahasa masih bervariasi. Kurang memuaskan 10 – 14 markah a. Isi kurang berkaitan dengan tema bahan rangsangan. b. Kurang kepelbagaian jenis ayat. c. Penggunaan kosa kata yang terhad/tidak tepat. 108

Upload: buidiep

Post on 20-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SET 6 – Skema Jawapan€¦Web viewPERINGKAT. CIRI-CIRI KARANGAN. Cemerlang. 26 – 30 markah. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. …

SET 6 – Skema Jawapan

SKEMA PEMARKAHAN

BAHAGIAN A

PERINGKAT CIRI-CIRI KARANGAN

Cemerlang26 – 30 markah

a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.b. Huraian jelas dan matang.c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan

ayat serta penggunaan tanda baca yang betul.d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan

ungkapan yang menarik.

Kepujian20 - 25 markah

a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.b. Huraian jelas.c. Bahasa gramatis dari segi kosa kata dan ayat.

d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Memuaskan15 – 19 markah

a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan.b. Huraian masih jelas.c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.

d. Unsur bahasa masih bervariasi.

Kurang memuaskan10 – 14 markah

a. Isi kurang berkaitan dengan tema bahan rangsangan.b. Kurang kepelbagaian jenis ayat.c. Penggunaan kosa kata yang terhad/tidak tepat.

d.. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Pencapaian minimum01 – 09 markah

a. Penguasaan kemahiran menulis lemah.b. Tidak memahami tema bahan rangsangan.

108

Page 2: SET 6 – Skema Jawapan€¦Web viewPERINGKAT. CIRI-CIRI KARANGAN. Cemerlang. 26 – 30 markah. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. …

BAHAGIAN B

KATEGORI KRITERIA

CEMERLANG

80 - 100

Isi - menepati kehendak soalan. Huraian sangat jelas. Contoh sesuai.

Bahasa - lancar, terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa, wacana lengkap, kosa kata sangat luas dan tepat.

Pengolahan - sangat menarik/istimewa dan berkesan.

Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK ATAS

66 – 79

Isi - menepati kehendak soalan. Huraian jelas.Contoh sesuai.

Bahasa - lancar, terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa, wacana lengkap, kosa kata luas dan tepat.

Pengolahan - sangat menarik dan berkesan.

Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK BAWAH

51 – 65

Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian masih jelas. Contoh masih sesuai.

Bahasa - masih lancar, masih terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa, wacana masih lengkap, kosa kata masih luas dan tepat.

Pengolahan - masih menarik.

Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

MEMUASKAN

36 – 50

Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian kurang jelas. Contoh kurang sesuai.

Bahasa - kurang lancar , kurang terdapat kepelbagaian jenis ayat, kurang terdapat keindahan bahasa, wacana kurang lengkap, kosa kata umum dan terhad.

Pengolahan - kurang menarik.

Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

KURANG MEMUASKAN

Isi - masih menepati kehendak soalan/bercampur aduk. Huraian tidak jelas/tidak berkembang. Contoh tidak sesuai.

109

Page 3: SET 6 – Skema Jawapan€¦Web viewPERINGKAT. CIRI-CIRI KARANGAN. Cemerlang. 26 – 30 markah. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. …

21 – 35 Bahasa - tidak lancar, tidak terdapat kepelbagaian jenis ayat, wacana tidak lengkap, kosa kata lemah dan terhad. Ayat masih boleh difahami.

Pengolahan - tidak menarik.

Kesalahan tanda baca dan ejaan ketara..

TIDAKMEMUASKAN

01 - 20

Isi - bercampur aduk dan huraian tidak jelas/kabur.

Bahasa - sukar difahami.

Pengolahan – lemah.

Penggunaan tanda baca lemah.

CATATAN :

1. Pemberian markah berdasarkan kesan keseluruhan karangan pelajar.

2. Penolakan markah ejaan - maksimum 3 markah

3. Penolakan markah format - maksimum 2 markah.

4. Berikan markah berdasarkan kriteria dan kemudian barulah tolak markah ejaan dan format.

Contoh :

K - 63-E - 2-F - 1

60

110

Page 4: SET 6 – Skema Jawapan€¦Web viewPERINGKAT. CIRI-CIRI KARANGAN. Cemerlang. 26 – 30 markah. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. …

PANDUAN GURU TAMAT

KEHENDAK TUGASAN :

BAHAGIAN A :

1. Calon diharapkan dapat menghuraikan isi tentang langkah-langkah meningkatkan pembangunan sukan di Malaysia.

2. Calon hendaklah menghuraikan isi-isi yang diberikan berdasarkan gambar dan memberikan contoh bagi setiap huraian isi. Jika huraian umum tanpa contoh, markah tidak boleh cemerlang.

3. Sekiranya calon menambah isi lain daripada isi yang diberikan, karangan diterima dan boleh cemerlang.

4. Jika calon tidak menghuraikan isi-isi yang diberikan tetapi memberikan isi lain, karangan tidak boleh cemerlang. Markah maksimum – kurang memuaskan.

KEHENDAK TUGASAN :

BAHAGIAN B :

Soalan 1:1. Calon hendaklah menerangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani

kenaikan harga barangan. Sebagai contoh, berjimat cermat semasa berbelanja, merancang perbelanjaan, menabung, membeli barangan jenama tempatan, mengamalkan kitar semula.

2. Dalam karangan, calon perlu menggunakan kata ganti nama “saya” atau “kita” untuk menghuraikan isi. Jika calon tidak menggunakan kata ganti nama tersebut, markah tidak boleh cemerlang.

3. Calon hendaklah menyatakan contoh kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat kesan kenaikan harga barang, seperti kos perbelanjaan hidup meningkat, kuasa membeli yang semakin rendah, nilai wang semakin kecil. Jika calon hanya menghuraikan secara umum sahaja – markah tidak boleh cemerlang.

Soalan 2:1. Calon diharap dapat menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa

dan ahli keluarga yang lain untuk membendung program hiburan yang melampau daripada mempengaruhi remaja.

2. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memberikan didikan agama, memantau aktiviti anak-anak, mengehadkan masa anak-anak melayari Internet, menjadi suri teladan, mengisi masa lapang dengan berfaedah bersama anak-anak, mengambil berat masalah anak-anak dan membantu menyelesaikannya.

3. Sekiranya calon hanya menghuraikan peranan ibu bapa sahaja, markah maksimum – baik.

111

Page 5: SET 6 – Skema Jawapan€¦Web viewPERINGKAT. CIRI-CIRI KARANGAN. Cemerlang. 26 – 30 markah. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. …

Soalan 3:1. Calon mestilah menghuraikan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika

masalah jenayah tidak ditangani dengan segeranya. Sebagai contoh, masyarakat akan dibelenggu rasa takut dan tidak selamat, masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap anggota keselamatan, masyarakat akan menyalahkan pemimpin, terdapat segelintir masyarakat akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana huru-hara.

2. Jika calon tidak mengaitkan masyarakat untuk menghuraikan isi, markah tidak boleh cemerlang. Markah maksimum – memuaskan sahaja.

Soalan 4:1. Calon diharap dapat menghuraikan kesan-kesan pemanasan global kepada

masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh, kekurangan bekalan sumber air, menjejaskan kegiatan pertanian, menjejaskan kesihatan penduduk dunia, kos untuk memadamkan api di kawasan yang terbakar akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi,

2. Sekiranya calon hanya menerangkan kesan di Malaysia sahaja, tanpa mengaitkan negara-negara lain – markah tidak boleh cemerlang hanya baik bawah sahaja.

3. Karangan ini berformat rencana, jika tiada tajuk – tolak 1 markah. Jika tiada nama penulis – tolak 1 markah. Maksimum tolak 2 markah untuk format.

Soalan 5:1. Calon diharap dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa yang diberikan;

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” bermaksud bersusah payah terlebih dahulu untuk kesenangan pada hari kemudian.

2. Jika calon hanya menghuraikan peribahasa tersebut secara umum sahaja, tidak menulis cerita – karangan kurang memuaskan.

3. Karangan ini berformat cerpen, mesti ada tajuk cerpen dan nama penulis. Jika tiada tajuk – tolak 1 markah, jika tiada nama penulis – tolak 1 markah. Maksimum tolak 2 markah format.

112