set 1_bm 2016_format upsr baharu
TRANSCRIPT
BAHAGIAN A( 20 markah )
1.“Nampaknya __________ sudah tersesat jauh di dalam hutan. Aku cadangkan kita berehat di bawah pokok itu,” kata Ezuan kepada rakan- rakannya.
A mereka C kami B kamu D kita
Soalan 2 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
2. “__________, berapakah harga tiga biji buah limau ini?” tanya ibu kepada penjual itu.
A Cik B Tuan C Encik D Tan Seri
3. Langsir itu tidak ubah __________ langsir di rumah Puan Hamidah.
A akan C dengan B untuk D seperti
4. Dia asyik temenung sahaja __________ kejadian kemalangan semalam.
A sejak C selama B ketika D apabila
5. Amir tidak kekok semasa bercuti di rumah pak longnya di kampung __________ dibesarkan di bandar.
A sekalipun B semenjak C sehingga D selalu
Soalan 6 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
6. Amizan membaca buku di perpustakaan sekolah __________ menunggu waktu latihan bola sepak yang akan bermula pada pukul empat petang _____________ dia tidak suka membuang masa.
A kerani … demi C sementara … selagi B semenjal … kerana D sementara … kerana
7. Daun-daun kering di taman itu __________ apabila ditiup angin.
A terbangkan C berterbangan B penerbangan D menerbangkan
Soalan 8 berdasarkan Gambar 3
Gambar 38. Zizan jatuh __________ di atas jalan raya setelah dilanggar sebuah bas ketika pulang dari sekolah.
A meniarap B tertiarap C ditiarapkan D peneriapan
9. Hujan yang turun semalam-malaman menyebabkan aliran sungai itu menjadi __________.
A laju C deras B kuat D pantas
10. Sikapnya yang __________ itu menyebabkan banyak orang suka berkawan dengannya.
A pemalu C pengasih B peramah D penyayang
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah ini.
11. Ezanee menjumpai __________rantai di padang.
A sebilahB seuratC seutasD seraut
12. Beberapa das tembakan dilepaskan oleh pemburu itu ke arah________ burung.
A seangkatanB segerombolanC sekawanD sepasukan
13. “Wah, banyaknya pakaian yang dijual di sini! _________saya
dibuatnya,” kata Puan Faizahtul kepada rakannya.
A Putih mataB Habis akalC Ringan tanganD Rambang mata
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.
14. Pak Azli menunggang basikal sambilmembawa ___________pisang untuk dijual di pasar.
A sepucukB sebijiC setandanD sebuah
15. Majlis perkahwinan anak Dato’ Ezanee Yusoff diadakan secara _______________.
A terang-benderangB gilang-gemilangC hiruk-pikukD hingar-bingar
16. Kita perlu memastikan tiada ______________ di kawasan rumah bagi
mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
A jentik-jentikB kuda-kudaC labi-labiD patung-patung
Soalan 17 hingga Soalan 18
17. I Perhubungan antara Khamariah dengan Rozni sungguh rapat sejak mereka kecil lagi.
II Pintu dan tingkap rumah Encik Mat tertutup rapat. III Kapal kontena itu pun rapat di Pelabuhan Klang. IV Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi
guruh.
A I dan II C III dan IV B II dan III D I, II, dan III
18. I Ikan yang dijual di kedai runcit itu masih segar.II Kamal menghirup udara yang segar di Cameron Highlands.III Azhar melihat pemandangan yang segar dari atas Gunung Ledang.IV Selepas tidur sebentar, badannya berasa segar.
A I dan IIB I, II, dan IVC I,III, dan IVD II,III, dan IV
19. Penduduk kampung mencadangkan agar kerja-kerja pembangunan di kawasan mereka dihentikan buat sementara waktu.
Kata seerti bagi mencadangkan ialah……………
A mengajukanB mengusulkanC menonjolkanD membenarkan
20 Hubungan saya dengan Arif renggang sejak dia berpindah ke Kuala Lumpur.
Kata berlawan bagi renggang ialah…………A rapatB dekatC kuatD kukuh
BAHAGIAN B( 30 markah )
Soalan 21
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.Ayat Tanya :
Jawapan : Komputer Ahmad yang rosak itu telah dibaiki oleh Adi.
( 2 markah )b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ( 2 markah
Dilarang memijak rumput di kawasan ini.
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 2 markah )
Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
Masalah kegemukan (a)_______________ kalangan masyarakat Malaysia semakin membimbangkan. Jumlah penduduk yang obesiti semakin meningkat dari masa ke semasa.
Masalah ini (b)_________________ diatasi jika mengamalkan gaya hidup secara sihat. Kesedaran untuk menjaga kesihatan perlu ada pada setiap orang.
Lakukan aktiviti senaman atau kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Alasan tidak mempunyai masa (c)_____________________ melakukan aktiviti senaman tidak boleh diterima. Masa mestilah diuruskan dengan bijak.
Jangan mudah berputus asa jika (d) __________________ dapat menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. Tingkatkan usaha dengan lebih gigih untuk menurunkan berat badan.
Kalau kita mempunyai keyakinan diri, tentu sesuatu matlamat akan dicapai dengan mudah. ( 8 markah )
Soalan 23
tidak dapat dalam untuk
kerana atau yang dan
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Gajah mungkin dapat mengalahkan musuhnya yang lain dengan mudah kerana gajah merupakan haiwan daratan yang paling kuat.
Namun begitu, gajah tidak berupaya untuk mengatasi kecerdikan manusia yang memburunya kerana hendakkan gadingnya.
Seorang pakar kehidupan binatang liar berpendapat bahawa sikap manusia dan gajah sangat bertentangan. Sama ada gajah membinasakan manusia ataupun manusia yang membunuh gajah. Akan tetapi, manusia memang berminat dan berusaha membunuh gajah sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan gadingnya yang sangat berharga.
Manusia memang menghargai jasa gajah sejak zaman Sebelum Masihi lagi. Orang Rom pada zaman tersebut telah menjelajah hingga ke utara Afrika semata-mata untuk berburu gajah bagi mendapatkan gadingnya.
Gajah didapati dengan banyak di benua Afrika. Dianggarkan kira-kira satu juta ekor gajah yang hidup di sana. Tetapi sekarang bilangan gajah semakin berkurangan kerana perburuan yang tidak terkawal.
Gajah pula didapati pupus sama sekali di empat buah Negara, iaitu Gambia, Guinea, Bissau, Lesotho, dan Swaziland.
Berdasarkan laporan yang dibuat, gajah liar di Afrika telah dibunuh dengan pelbagai cara sama ada menggunakan alat saintifik ataupun tidak. Gajah tetap akan mati apabila tepat mengenai sasarannya. Antara alat yang digunakan ialah roket berapi yang ditembak dari helikopter. Dengan alat seperti ini, gajah akan dapat dibunuh dengan lebih mudah dan cepat.
Manusia sangat menghargai barang-barang yang dibuat daripada gading gajah. Negara-negara perusahaan seperti Hong Kong, Jepun, Eropah, dan Amerika Syarikat menjadi pengimport gading gajah yang utama.
Pada tahun 1976, Hong Kong sahaja telah mengimport sebanyak 710 tan gading gajah. Gading yang sebanyak itu perlu didapati daripada 71,000 ekor gajah.
Keadaan ini dapat menggambarkan sebanyak mana gajah yang telah dibunuh oleh manusia.
a. Mengapakah manusia memburu gajah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________ ( 1 markah )
b. Bilakah orang Rom telah menjelajah hingga ke utara Afrika demi mendapatkan gading gajah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________ ( 2 markah )
c. Berapakah jumlah berat gading yang dianggarkan boleh diperoleh daripada 71,000 ekor gajah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 2 markah )
d. Apakah alat yang dapat membunuh gajah dengan mudah dan cepat?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 3 markah )
Soalan 24
Baca notis di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
PROGRAM MEMERHATI BINTANG
Adakah anda berminat dalam bidang astronomi ?Jika berminat, ini ada berita baik untuk anda!
Kelab Astronomi Sekolah Kebangsaan Taman Dagang dengan kerjasama Jabatan Kaji Bintang Malaysia akan menganjurkan program memerhati bintang di angkasa.Maklumat program tersebut adalah seperti berikut :
Tempat : Padang Timur, Petaling JayaTarikh : 28 April 2016Masa : 10.30 malam
Antara aktiviti yang akan diadakan ialah memerhati dan mengenal pasti beberapa buah planet yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti Zuhal dan Zurah.Para peserta juga berpeluang memerhatikan planet-planet ini dengan lebih dekat menggunakan teleskop-teleskop yang disediakan oleh pihak Jabatan Kaji Bintang Malaysia. Sekiranya bernasib baik, para peserta juga berpeluang unntuk melihat meteor atau tahi bintang.Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, sila dapatkan borang penyertaan daripada Puan Zurina dan Encik Ramesh.Para peserta juga dikenakan bayaran sebanyak RM 5.00. Borang penyertaan yang diisi dengan lengkap berserta dengan yuran hendaklah dikembalikan kepada Puan Zurina dan Encik Ramesh sebelum 20 April 2016.Perlu diingatkan kepada para peserta, program ini hanya akan diadakan sekiranya keadaan cuaca mengizinkan. Jika berlaku sebarang halangan pada tarikh yang telah ditetapkan, maka program ini akan ditunda ke hari Sabtu minggu yang berikutnya secara automatik.Untuk keterangan lanjut tentang program ini, sila bertanya kepada Puan Zurina dan Encik Ramesh.
a. Mengapakah program tersebut diadakan pada waktu malam?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________ ( 1 markah )
b. Apakah bentuk halangan yang mungkin mengakibatkan program tersebut tertunda ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________ ( 2 markah )
c. Padankan peryataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripada telah ditunjukkan sebagai contoh.
( 2 markah )
d. Tandakan ( / ) bagi peryataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan notis tersebut.
Puan Zarina ialah pengawai dari Jabatan Kaji Bintang
Malaysia.
BetulZuhal adalah antara planet yang dilihat dengan mata
kasar.
Program memerhati bintang diadakan pada waktu
malam.
SalahTeleskop digunakan untuk meneropong bintang.
( 2 markah )
-------------------KERTAS SOALAN TAMAT----------------------
Notis berkaitan Program Aktiviti Panitia Sains
Kelab Astronomi Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1
1. D 2. C3. D4. A5. A6. D7. C8. B9. C10. B 11. C12..C13.D14.C15.B16.A17.A18.B19.B20.A
Skema jawapan Bahagian A ( Penulisan )
SOALAN 21
a. Siapakah yang telah membaiki komputer Ahmad?b. Maafkan saya cikgu.c. Bagai kacang lupakan kulit.
SOALAN 22
a. dalamb. dapatc. untukd. tidak
SOALAN 23
a. Manusia memburu gajah kerana ingin mendapatkan gading gajah.b. Orang Rom telah menjelajah hingga ke utara Afrika sejak zaman Sebelum Masihi.c. 710 tan.d. Roket berapi yang ditembak dari helikopter.
SOALAN 24
a. Kerana bintang dan planet lebih jelas kelihatan pada waktu malam.
b. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan.c.
d.
------------SKEMA JAWAPAN TAMAT--------------
Puan Zarina ialah pengawai dari Jabatan Kaji
Bintang Malaysia.
BetulZuhal adalah antara planet yang dilihat dengan
mata kasar.
Program memerhati bintang diadakan pada waktu
malam.
SalahTeleskop digunakan untuk meneropong bintang.
Notis berkaitan Program Aktiviti Panitia Sains
Kelab Astronomi Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1
BAHASA MELAYU
PENULISAN
BAHAGIAN A( 10 markah )
(Masa yang dicadangkan 15 minit)
Gambar di bawah menunjukkan suasana di pejabat pos.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti berdasarkan gambar.
1) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Bahagian B
( 15 markah )
( Masa dicadangkan : 25 minit )
Gambar di bawah menunjukkan pencemaran sungai.
Tulis ulasan tentang punca dan kesan pencemaran sungai tersebut bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
PENCEMARAN SUNGAI
Punca Kesan
Kebersihan sungai, tanggungjawab bersama.
BAHAGIAN C( 25 markah )
( Masa yang dicadangkan : 35 minit )
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu
hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Pembuangan sampah
Pembuangan bahan toksid
Pembuangan sisa
kumbahan
Aliran sungai tersekat dan banjir kilat
Air sungai menjadi
kotor
Hidupan di dalam sungai
akan mati
Soalan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Aku Sebuah Basikal”.
ATAU
Soalan 2
Kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di kawasan hutan lipur. Semasa berkelah,
salah seorang rakan kamu nyaris-nyaris lemas. Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh
berlaku kepada kawan kamu itu.
JAWAPAN BAHAGIAN B
___________________________________________________________________________

JAWAPAN BAHAGIAN C

1. Seorang budak perempuan memasukkan sampul surat ke dalam peti surat dengan
cermat untuk di kirimkan ke Kuala Lumpur.
2. Encik Karim membeli setem di kaunter jualan setem untuk digunakan dalam proses
kiriman surat menyurat.
3. Aminah beratur menunggu giliran untuk membuat simpanan wang ke dalam Akaun
Simpanan Bumiputera.
4. Mr. Sing sedang membuat kiriman wang untuk dihantar kepada anaknya yang sedang
belajar di luar negeri.
5. Tiga orang petugas di kaunter sedang sibuk melayan pelanggan yang hadir ke pejabat
pos.
BAHAGIAN B
Gambar menunjukkan punca dan kesan pencemaran sungai yang berlaku sejak
kebelakangan ini di negara kita Malaysia. Antara punca pencemaran sungai yang menjadi
masalah utama adalah pembuangan ssampah dibuang ke dalam sungai menyebabkan aliran
sungai tersekat dan boleh juga mengakibatkan banjir kilat berlaku secara tiba-tiba.
Seterusnya, pembuangan sisa kumbahan di dalam sungai boleh menyebabkan kesan air
sungai menjadi kotor dan berkelodak. Ini akan mengakibatkan sumber air yang diperoleh
tidak bersih dan memerlukan kos yang tinggi untuk dirawat dan dipulihkan. Akhir sekali,
punca pembuangan bahan toksid dari kilang mengakibatkan hidupan di dalam air mati dan
mengalami kepupusan disebabkan kekurangan oksigen dan gangguan rantaian makanan
berlaku. Kesimpulannya, kebersihan sungai, tanggungjawab bersama dan harus dijaga untuk
dirasai oleh generasi akan datang.
BAHAGIAN C
Jawapan soalan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Aku Sebuah Basikal”.
Aku ialah sebuah basikal yang berjenama BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang
yang terdapat di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di
Petaling Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori. Kedai itu dikenali sebagai
EZANEE SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan
yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku
dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300.
Pada suatu hari, seorang lelaki bersama anaknya yang berumur 12 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya. Aku
telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Arif.
Arif selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan
yang berdekatan. Aku juga selalu di bawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku
dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah tiada. Aku tidak secantik dulu
lagi. Kini aku telah ditempatkan di dalam stor. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup
aku sebagai sebuah basikal.
Jawapan soalan 2
Kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di kawasan hutan lipur. Semasa
berkelah, salah seorang rakan kamu nyaris-nyaris lemas. Ceritakan bagaimana
peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.
Pada hari minggu yang lalu, aku, Amizan, dan Amin pergi berkelah di Hutan Lipur
Lata Kijang. Lata Kijang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Tapah, Perak. Kami
membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.
Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondok yang
disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak
orang yang mandi.
Amizan mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu,
ada papan tanda melarang pengunjung mandi di situ. Amizan dan Amin tidak
mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka.
Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam. Air di tempat aku
mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat ini lebih selamat kerana
aku tidak pandai berenang.
Tiba-tiba, aku terdengar suara Amizan menjerit meminta tolong. Aku lihat Amizan
sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang pemuda di situ, dia terus terjun
dan menyelamatkan Amizan.
Amizan berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas. Dia tidak
menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Peristiwa ini menjadi tauladan
kepada aku, Amizan, dan Amin supaya lebih berhati-hati pada masa yang akan datang dan
berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
------------SKEMA JAWAPAN TAMAT--------------