sesi pengajian: 2003/2004 - fp.utm.my file“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri ......

22
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN MAKSIMUM OTOT PALMARIS LONGUS TERHADAP PEMAIN PASUKAN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya MUTHU KANNU VEERAPEN ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap NO. 4, JALAN SEMALU, TUAN HAJI HAMID BIN RAHABAH TAMAN MUDUN, 43200, CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh : 6 Mac 2004 Tarikh : 6 Mac 2004 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Upload: dinhxuyen

Post on 15-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN

MAKSIMUM OTOT PALMARIS LONGUS TERHADAP PEMAIN PASUKAN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya MUTHU KANNU VEERAPEN ( HURUF BESAR ) Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap NO. 4, JALAN SEMALU, TUAN HAJI HAMID BIN RAHABAH TAMAN MUDUN, 43200, CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh : 6 Mac 2004 Tarikh : 6 Mac 2004

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN MAKSIMUM OTOT PALMARIS LONGUS TERHADAP PEMAIN PASUKAN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya MUTHU KANNU VEERAPEN

( HURUF BESAR )

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1.Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4.** Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh

TANDATANGAN PENULIS

TANDATANGAN PENYELIA

Alamat Tetap

NO. 4, JALAN SEMALU,

TUAN HAJI HAMID BIN RAHABAH

TAMAN MUDUN,

43200, CHERAS,

SELANGOR DARUL EHSAN.

Tarikh : 6 Mac 2004

Tarikh : 6 Mac 2004

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan

atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

userBORANG pengesahan.doc

KESAN LATIAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN MAKSIMUM OTOT PALMARIS LONGUS KE ATAS PEMAIN PASUKAN HOKI LELAKI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MUTHU KANNU VEERAPEN

Laporan Projek Ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Syarat Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidkan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2004

PAGE

KESAN LATIAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN MAKSIMUM OTOT PALMARIS LONGUS KE ATAS PEMAIN PASUKAN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MUTHU KANNU VEERAPEN

Laporan Projek Ini Dikemukan

Sebagai Memenuhi Syarat Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidkan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan

pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).

Tandatangan

: .

Nama Penyelia

: Tuan Hj. Abdul Hamid Bin. Rahabah

Tarikh

: Mac 2004

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:

Nama Penulis

: Muthu Kannu Veerapen

Tarikh

: Mac 2004

I dedicate this thesis:

To my beloved father and guide, Veerapen a/l Muthu Kannu, who taught me how to dream and teaching me to try my best to achieve it;

To my wonderful mother, Mina a/p Velloo Kuttie, who has taught me not to give up and to strive for the best

To my younger brother Muthu Kumar Veerapen, who has always supported me and gives me the confidence in everything I do.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih terutamanya untuk pensyarah penyelia iaitu Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah di atas bimbingan, tunjuk ajar dan galakkan tanpa jemu yang diberikan olehnya untuk membantu penulis menyiapkan projek sarjana muda ini.

Penulis juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Muhamad Hafiz Ismail serta En. Syahrul Ridhwan Morazuki yang juga telah membantu penulis dalam bentuk nasihat serta tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan projek ini.

Ribuan terima kasih juga penulis tujukan kepada para pelajar tahun 5 SPS En. Faqarudin Abdul Kadir serta Azrad Mat Den yang telah memberikan nasihat serta dorongan. Galakkan daripada mereka amatlah dihargai.

Tidak lupa juga kepada para pemain pasukan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia yang telah sentiasa memberikan kerjasama serta telah meluangkan masa untuk menjayakan projek ini.

Penulis juga ingin merakamakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan Akhtar, Zaki, Ujang, Pok Nik, Safwan, Su, Dino dan Prakash. Tanpa bantuan serta tunjuk ajar mereka, projek ini pasti tidak dapat berjalan dengan lancar.

Ucapan terima khas ditujukan kepada saudari Ummul-Khairi Fatimah bt. Mohd Aros yang telah membakar serta menyuntik semangat saya untuk menyiapkan projek saya ini.

Semoga jasa baik kalian semua akan mendapat balasan daripada Tuhan

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat serta menguji kesan latihan bebanan terhadap kekuatan maksimum otot tangan (palmaris longus) terhadap pemain-pemain pasukan hoki lelaki Universtit Teknologi Malaysia. Seramai lima orang sampel dipilih. Sampel- sampel ini merupakan pemain-pemain utama pasukan tersebut. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada kriteria- kriteria yang telah ditetapkan iaitu sihat tubuh badan, tidak menghidap sebarang penyakit kardiovaskular atau apa-apa penyakit yang merbahaya dan bebas daripada sebarang rawatan perubatan.. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Electromyography I, Standard and Integrated EMG dan perisian Biopac Student Lab untuk melihat kekuatan maksimum otot palmaris longus akibat latihan bebanan. Alat multigym serta free weights digunakan untuk latihan. Sampel akan menjalani latihan sebanyak 12 sesi latihan selama sebulan, dimana 3 sesi dalam seminggu. Data- data mentah yang deperolehi daripada kajian akan dianalisiskan menggunakan Statistical Packages For Social Science versi 11.5 (SPSS 11.5). Tahap signifikan untuk ujikaji ini telah ditetapkan pada nilai p

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan

pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).

Tandatangan : .

Nama Penyelia : Tuan Hj. Abdul Hamid Bin. Rahabah

Tarikh : Mac 2004

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penulis : Muthu Kannu Veerapen Tarikh : Mac 2004

I dedicate this thesis:

To my beloved father and guide, Veerapen a/l Muthu Kannu, who taught me how to

dream and teaching me to try my best to achieve it;

To my wonderful mother, Mina a/p Velloo Kuttie, who has taught me not to give up

and to strive for the best

To my younger brother Muthu Kumar Veerapen, who has always supported me and

gives me the confidence in everything I do.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih terutamanya untuk

pensyarah penyelia iaitu Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah di atas bimbingan, tunjuk

ajar dan galakkan tanpa jemu yang diberikan olehnya untuk membantu penulis

menyiapkan projek sarjana muda ini.

Penulis juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Muhamad

Hafiz Ismail serta En. Syahrul Ridhwan Morazuki yang juga telah membantu penulis

dalam bentuk nasihat serta tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan projek ini.

Ribuan terima kasih juga penulis tujukan kepada para pelajar tahun 5 SPS En.

Faqarudin Abdul Kadir serta Azrad Mat Den yang telah memberikan nasihat serta

dorongan. Galakkan daripada mereka amatlah dihargai.

Tidak lupa juga kepada para pemain pasukan hoki lelaki Universiti Teknologi

Malaysia yang telah sentiasa memberikan kerjasama serta telah meluangkan masa

untuk menjayakan projek ini.

Penulis juga ingin merakamakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

perjuangan Akhtar, Zaki, Ujang, Pok Nik, Safwan, Su, Dino dan Prakash. Tanpa

bantuan serta tunjuk ajar mereka, projek ini pasti tidak dapat berjalan dengan lancar.

Ucapan terima khas ditujukan kepada saudari Ummul-Khairi Fatimah bt.

Mohd Aros yang telah membakar serta menyuntik semangat saya untuk menyiapkan

projek saya ini.

Semoga jasa baik kalian semua akan mendapat balasan daripada Tuhan

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat serta menguji kesan latihan

bebanan terhadap kekuatan maksimum otot tangan (palmaris longus) terhadap

pemain-pemain pasukan hoki lelaki Universtit Teknologi Malaysia. Seramai lima

orang sampel dipilih. Sampel- sampel ini merupakan pemain-pemain utama pasukan

tersebut. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada kriteria- kriteria yang telah

ditetapkan iaitu sihat tubuh badan, tidak menghidap sebarang penyakit

kardiovaskular atau apa-apa penyakit yang merbahaya dan bebas daripada sebarang

rawatan perubatan.. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan

Electromyography I, Standard and Integrated EMG dan perisian Biopac Student Lab

untuk melihat kekuatan maksimum otot palmaris longus akibat latihan bebanan. Alat

multigym serta free weights digunakan untuk latihan. Sampel akan menjalani latihan

sebanyak 12 sesi latihan selama sebulan, dimana 3 sesi dalam seminggu. Data- data

mentah yang deperolehi daripada kajian akan dianalisiskan menggunakan Statistical

Packages For Social Science versi 11.5 (SPSS 11.5). Tahap signifikan untuk ujikaji

ini telah ditetapkan pada nilai p

ABSTRACT

The purpose of this research is to see and test the effects of weight training

between the pre-test and the post-test towards the maximum strength level of the

palmaris longus muscle among players of Universiti Teknologi Malaysias mens

hockey team. Five players were chosen based on their importance to the team.

These samples are the teams main players. These samples were selected according

to a specific criteria (e.g. from sedentary lifestyle group, physically healthy and has

no underlying acute or chronic diseases). Exercise sessions were done 3 times a

week for months. For this research, the researcher used Electromyography I,

Standard and Integrated EMG together with Biopac Student Lab software to study

the changes in the maximum strength level of the palmaris longus muscle among the

samples. Statistical Packages for Social Science version 11.5(SPSS 11.5) was used

to analyze the raw data that was obtain from the research. A significant level of

p

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan Penyelia ii

Pengakuan Penulis iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Kandungan viii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Kepentingan Kajian 9

1.5 Hipotesis Kajian 10

1.6 Limitasi Kajian 10

1.7 Delimitasi Kajian 12

1.8 Definisi Operasional 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian Berkaitan 16

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Kaedah Penyelidikan 26

3.3 Populasi dan Persampelan 26

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Lokasi Kajian 28

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Rekabentuk Kajian 33

3.8 Pembolehubah Kajian 35

3.9 Pengumpulan Data 36

3.10 Penganalisaan Data 37

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Diskriptif 39

4.3 Analisis Inferensi 58

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan 61

5.3 Kesimpulan 64

5.4 Cadangan 65

5.5 Penutup 69

RUJUKAN 70

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.6.5.1 Senarai Semak Peralatan Kajian 29

4.2.1 Taburan Bilangan Subjek Mengikut 39

Umur

4.2.1 Taburan Bilangan Subjek Mengikut 41

Berat Badan

4.2.3 Taburan Bilangan Subjek Mengikut 43

Ketinggian

4.2.4 Kekuatan Maksimum Otot Tangan 45

(Palmaris Longus) Subjek Bagi

Ujian Pra

4.2.5 Kekuatan Maksimum Otot Tangan 51

(Palmaris Longus) Subjek Bagi

Ujian Pos

4.3.1 Kekuatan Maksimum Otot Tangan 58

Subjek Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Peratus Mengikut Umur 40

2 Peratus mengikut Berat Subjek 42

3 Peratus mengikut Ketinggian Subjek 44

4 Min Skor Kekuatan Maksimum 46

Otot Tangan Ujian Pra Subjek 1

5 Min Skor Kekuatan Maksimum 47

Otot Tangan Ujian Pra Subjek 2

6 Min Skor Kekuatan Maksimum 48

Otot Tangan Ujian Pra Subjek 3

7 Min Skor Kekuatan Maksimum 49

Otot Tangan Ujian Pra Subjek 4

8 Min Skor Kekuatan Maksimum 50

Otot Tangan Ujian Pra Subjek 5

9 Min Skor Kekuatan Maksimum 52

Otot Tangan Ujian Pos Subjek 1

10 Min Skor Kekuatan Maksimum 53

Otot Tangan Ujian Pos Subjek 2

11 Min Skor Kekuatan Maksimum 54

Otot Tangan Ujian Pos Subjek 3

12 Min Skor Kekuatan Maksimum 55

Otot Tangan Ujian Pos Subjek 4

13 Min Skor Kekuatan Maksimum 56

Otot Tangan Ujian Pos Subjek 5

14 Perbandingan Skor Min Kekuatan 57

Maksimum Otot Tangan Bagi

Ujian Pra dan Ujian Pos

15 Kawasan Penerimaan Dan Penolakan 59

Hipotesis

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Panduan Pemilihan Sampel 73

Kategori A daripada American

College of Sports Medicine

(ACSM, 1980)

B Surat Perlantikkan Sampel 74

C Surat Perjanjian 75

D Data Rekod Ujian 76

E Jadual Latihan 77

F Analisis Ujian-t (t-Test) 80

E Kedudukan Otot Palmaris Longus 81

Dalam Badan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sukan banyak dikaitkan dengan kemajuan sains sukan yang dapat

membantu meningkatkan prestasi atlit dan persembahan pasukan. Kemajuan juga

membantu persediaan atlit untuk menghadapi sesuatu pertandingan. Persediaan yang rapi

ini akan menentukan sama ada atlit berkenaan berjaya atau tidak. Perdana Menteri

Malaysia Datuk Seri Dr Mahatir Mohamed menyatakan bahawa sukan merupakan salah

satu cara untuk memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa. Perkembangan sains

sukan juga dapat merealisasikan impian Perdana Menteri Malaysia untuk

memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Penubuhan Majlis Sukan Negara

juga bertindak sebagai satu institusi yang dapat membantu atlit berkembang dari segi

mental dan fizikal.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sukan banyak dikaitkan dengan kemajuan sains sukan yang dapat membantu meningkatkan prestasi atlit dan persembahan pasukan. Kemajuan juga membantu persediaan atlit untuk menghadapi sesuatu pertandingan. Persediaan yang rapi ini akan menentukan sama ada atlit berkenaan berjaya atau tidak. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mahatir Mohamed menyatakan bahawa sukan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan negara ke peringkat antarabangsa. Perkembangan sains sukan juga dapat merealisasikan impian Perdana Menteri Malaysia untuk memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Penubuhan Majlis Sukan Negara juga bertindak sebagai satu institusi yang dapat membantu atlit berkembang dari segi mental dan fizikal.

Justeru itu, perkembangan sains sukan perlu direbut agar dapat menbantu atlit dari segi mental dan fizikal. Selain itu, perkembangan sains sukan telah banyak merombak dan mengubah sukan dari segi peraturan, pakaian, alatan dan keadaan fizikal atlit. Dari segi fizikal, dapat dilihat bahawa perubahan bentuk badan dari zaman dahulu dan zaman moden. Otot-otot dikembangkan mengikut sukan yang diceburi. Contohnya sukan bolasepak, otot gastronemius, otot quadriceps dan otot hamstring adalah sebahgian daripada otot-otot yang perlu diberikan penekanan khusus.

Untuk melahirkan atlit-atlit yang akan menggegarkan dunia sukan tanahair mahupun antarabangsa, atlit-atlit ini perlu menjalani corak latihan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan ini perlu diberi mengikut kesesuaian atlit agar tidak merosakkan atlit mahupun mencederakannya. Latihan-latihan ini perlu diberi penekanan dari segi masa, teknik serta corak latihan. Latihan-latihan ini juga perlu mempunyai matlamat yang khusus serta terperinci. Latihan-latihan yang diberikan perlu mengikuti protokol-protokol yang ditetapkan. Protokol- protokol ini akan menghendaki para jurulatih atau saintis sukan memerhatikan tahap kemampuan atlit sambil memberi perhatian kepada daya tahan kardiovaskular atlit, kekuatan otot, daya tahan otot, tekanan darah atlit, penyakit yang dialami contohnya semput dan peringkat mental atlit. Apabila perkara- perkara ini dapat ditentukan maka atlit tersebut dapat berkembang dengan sempurna dan pencapaian atlit akan meningkat dengan baik.

Pembinaan otot yang sempurna perlu dilakukan dengan sistematik dan teratur. Menurut Mcglynn dan Moran( 1997) pembinaan otot bukan sahaja penting untuk atlit yang ingin meningkatkan prestasi tetapi juga pada orang yang inginkan gaya hidup yang sihat ataupun yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut Mcglynn dan Moran (1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting. Seseorang individu hanya perlukan rasa keinginan dan semangat yang jitu untuk melakukannya.

Cogankata Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat perlu

diambil sebagai panduan. Semua manusia memerlukan otot untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Otot yang yang tidak kuat akan cepat lesu dan menyebabkan aktiviti harian terganggu dan terbantut.

Menurut Mcglyn dan Moran( 1997) persepsi lama yang menyatakan bahawa banyak atlit mengelakkan diri daripada latihan kekuatan otot adalah kerana ketakutan akan muncul masalah koordinasi badan, kekurangan kelembutan dan sebagainya. Namun begitu, tanggapan ini adalah salah hasil daripada kajian terperinci saintis sukan. Daripada kajian ini juga didapati bahawa latihan kekuatan otot bukan sahaja meningkatan daya tahan serta kekuatan otot malah meningkatkan kelembutan otot serta memberikan otot tenaga yang lebih untuk beraksi.

Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied Physiology(1990), latihan kekuatan otot juga dapat membantu meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi hormon tumbesaran badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan produktiviti hormon tumbesaran badan sehingga 50 peratus. Daripada kajian ini didapati bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan saiz badan menjadikan badan lagi besar dan segak.

Menurut Mcglynn dan Moran( 1997), phrasa kekuatan, dayatahan otot dan tenaga otot merupakan istilah yang berlainan maksudnya. Kekuatan otot bermaksud jumlah daya yang boleh dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau pergerakan yang berulang. Manakala dayatahan otot pula ialah keupayaan otot itu melakukan sesuatu aktiviti pada penggunaan kuasa yang sama selama satu jangka masa yang ditetapkan. Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa. Terdapat juga beberapa istilah-istilah lain yang mempunyai penggunaan yang salah. Weight Trainig merupakan sukan yang berpandukan berapa banyak beban yang boleh diangkat mengikut kategori berat.. Power Lifting pula ialah suatu sukan yang pemenangnya dikira daripada jumlah berat yang diambil daripada tiga latihan berlainan iaitu acara bench press, squat dan dead lift. Weight Training pula ialah program latihan mengangkat berat untuk tujuan meningkatkan kekuatan, tenaga, ketahanan, kelembutan, skil dan kuasa. Manakala Body Building pula ialah program latihan mengangkat berat dengan tujuan mengubah bentuk dan paras rupa badan.

Menurut Charel B. Corbin, Linus J. Dowell, Ruth Lindsay dan Homer Tolson(1981) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen yang penting iaitu ketahanan otot dan kekuatan otot. Kedua-dua perkara ini amat berbeza bagi jenis aktiviti, sukan atau kerja yang hendak dilakukan.

Secara amnya, kekuatan adalah perkara yang penting dalam menentukan kecergasan seseorang. Kekuatan otot juga dapat memberi kesan yang baik dalam membantu meningkatkan prestasi seseorang atlit. Kekuatan otot hasil daripada latihan yang sistematik adalah kekuatan yang lebih jitu dan dapat bertahan lebih lama. Prinsip reversibility yang menyatakan bahawa kekuatan otot mahupun kecergasan akan hilang dan tidak kekal lama jikalau latihan yang tetap tidak dilakukan.

Dalam setiap aktiviti yang melibatkan pergerakkan, terdapat satu kumpulan otot yang bekerja. Contohnya apabila seseorang pemain hoki ingin melakukan aktiviti memukul bola, kumpulan otot yang terlibat terdiri daripada deltoid, pectoralis major, biceps brachii, brachiodialis, flexor carpi radialis, palmaris longus dan flexor digitorum superficialis. Daripada senarai yang dinyatakan, terbukti bahawa pergerakan manusia memerlukan koordinasi serta kerjasama otot-otot yang terlibat. Perlu diberikan perhatian juga ialah tahap kekuatan otot juga bergantung kepada umur seseorang atlit apabila suatu program latihan diberikan serta dilakukan.

Menurut Chad Tackett(2001) faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot seseorang ialah tempat perlekatan otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan yang sistematik serta jenis fiber otot.

Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia iaitu Slow Twitch Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau seseorang individu itu mempunyai jumlah atau kuantiti Fast Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu tersebut lebih sesuai untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang memerlukan penghasilan tenaga dalam dalam jangka masa yang singkat. Bagi individu yang mempunyai jumlah atau kuantiti Slow Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu itu lebih sesuai untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bolasepak serta sesuai unutk aktiviti yang memerlukan dayatahan kardiaovaskular.

Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak mempunyai kaitan dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan kuantiti ataupun jumlah tisu otot. Lelaki mempunyai kuantiti tisu otot yang lebih banyak daripada wanita. Faktor hormon memainkan peranan disini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.

Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling sesuai untuk pembinaan otot yang sempurna adalah daripada umur 10 tahun sehingga 20 tahun. Latihan yang sistematik perlu diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan otot berkembang dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua, otot- otot yang diberikan latihan ini akan berkembang dengan lambat.

Faktor tempat perlekatan otot juga memainkan peranan dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Contohnya seseorang individu yang otot bisepnya yang melekat lebih jauh dari sendi siku dapat megangkat lebih banyak beban daripada individu yang otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.

Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada individu yang memilikinya untuk membina saiz dan kekuatan otot yang lebih berbanding inidividu yang mempunyai otot yang pendek. Otot yang panjang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkat dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang pendek.

Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang ditetapkan adalah penting dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Menurut Charles Tackett(2001) salah satu cara untuk meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang sempurna ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan yang diberikan kepada atlit perlulah mengambil kira intensiti, set serta ulangan.

Menurut Brian J. Sharkey(1990) perkara- perkara seperti isokinetik, latihan bebanan, kalistenik, frekuensi, set dan ulangan merupakan enam perkara yang dapat meningkatkan kekuatan otot seseorang individu. Teori ini telah dikukuhkan lagi oleh Mcglynn(1997) dengan menyataan bahawa apabila seseorang individu menjalani latihan yang sistematik dan teratur maka secara tidak langsung kekuatan otot individu tersebut akan meningkat.

Mcglynn dan Moran(1997) juga meyatakan akan kebaikan melakukan aktiviti membina dayatahan otot serta kekuatan otot. Diantara kelebihan yang dinyatakan adalah meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan, meningkatkan skil, meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot, menguatkan ligament dan tulang, meningkatkan kepadatan kapilari dalam otot, mengurangkan kecederaan, mengurangkan lemak, mengurangkan tekanan dan mempercepatkan kadar penyembuhan badan.

Pemakanan yang baik juga dapat membantu seseorang individu itu meningkatkan kekuatan ototnya. Makanan yang dimakan perlulah sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Menurut penulis buku Power Eating, Susan M.Kleiner,Ph.D. pemakanan yang sesuai dapat membantu membina otot yang kuat dan besar. Makanan yang perlu diambil adalah makanan yang mempunyai karbohidrat untuk tenaga dan protein yang tinggi untuk pembinaan otot. Menurut beliau lagi, jumlah air yang banyak perlu diambil apabila melakukan aktiviti- aktiviti ini. Pengambilan air yang banyak akan membantu individu tersebut berlatih lebih lama dan secara intensif serta membersihkan badan serta membantu buah pinggang mengeluarkan lemak yang tersimpan unutk digunakan sebagai tenaga.

Daripada penerangan yang diberikan, jelas bahawa kekuatan otot bukannya datang secara semulajadi tetapi adalah hasil latihan bebanan yang sistematik dan terperinci. Melalui latihan bebanan, atlit-atlit dapat dilatih untuk menjadi atlit yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan seterusnya memajukan kualiti sukan tanahair.

1.2 Penyataan Masalah

Pasukan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Masum daripada tahun 2000 sehingga tahun 2003. pencapaian terbaik pasukan ini ialah pada tahun 2000 dan 2001 iaitu menduduki tangga ketiga. Pada tahun berikutnya pasukan ini gagal melepasi pusingan awal. Pada tahun 2003 pula, pasukan ini, menduduki tangga keempat apabila tewas di peringkat separuh akhir.

Terdapat beberapa faktor ynag menyebabkan keadaan begini terjadi antaranya ialah kadar kecergasan, kemahiran individu, semangat berpasukan serta kekuatan otot pemain-pemain.

Kekuatan otot tangan amat penting bagi seseorang pemain hoki, otot- otot yang diberi perhatian ialah otot palmaris longus. Otot ini terletak dibahagian bawah tangan iaitu bahagian lengan bawah (rujuk lampitran G) Otot ini memainkan peranan apabila seseorang pemain hoki tersebut memukul, menahan, mengelecek, menolak atau menguis bola. Otot yang dibincangkan ini juga penting bagi seseorang penjaga gol hoki. Otot ini penting dari segi reaksi. Semakin kuat otot ini semakin laju reaksi tangan seseorang penjaga gol.

Begitu juga untuk seseorang pemain hoki. Kekuatan otot ini membantu meningkatkan prestasi permainan seseorang pemain. Contohnnya drag flick dalam sukan hoki merupakan salah satu teknik menjaringkan gol dalam pukulan sudut penalti. Banyak pasukan terhebat dunia menggunakan drag flick sebagai suatu cara untuk mendapatkan gol dengan mudah. Teknik drag flick ini memerlukan kekuatan otot yang dinyatakan di atas. Otot ini perlu mencapai kekuatan maksimum untuk melakukan teknik ini.

Maka kajian ini dijalankan untuk membuktikan bahawa dengan latihan bebanan yang teperinci dan sistematik dapat meningkatan kekuatan serta mendapatkan kekuatan maksimum otot palmaris longus. Kajian ini akan dapat membantu menentukan teknik latihan yang sesuai dan sistematik untuk melahirkan pemain hoki yang bertaraf antarabangsa. Kaijan ini akan diuji dan dijalankan keatas pemain hoki lelaki pasukan Universiti Teknologi Malaysia untuk mengetahui serta meningkatkan lagi kekuatan maksimum otot palmaris longus.

ZanaBAB 1 -mslh.doc

Justeru itu, perkembangan sains sukan perlu direbut agar dapat menbantu atlit dari

segi mental dan fizikal. Selain itu, perkembangan sains sukan telah banyak merombak

dan mengubah sukan dari segi peraturan, pakaian, alatan dan keadaan fizikal atlit. Dari

segi fizikal, dapat dilihat bahawa perubahan bentuk badan dari zaman dahulu dan zaman

moden. Otot-otot dikembangkan mengikut sukan yang diceburi. Contohnya sukan

bolasepak, otot gastronemius, otot quadriceps dan otot hamstring adalah sebahgian

daripada otot-otot yang perlu diberikan penekanan khusus.

Untuk melahirkan atlit-atlit yang akan menggegarkan dunia sukan tanahair

mahupun antarabangsa, atlit-atlit ini perlu menjalani corak latihan yang sistematik dan

teratur. Latihan-latihan ini perlu diberi mengikut kesesuaian atlit agar tidak merosakkan

atlit mahupun mencederakannya. Latihan-latihan ini perlu diberi penekanan dari segi

masa, teknik serta corak latihan. Latihan-latihan ini juga perlu mempunyai matlamat

yang khusus serta terperinci. Latihan-latihan yang diberikan perlu mengikuti protokol-

protokol yang ditetapkan. Protokol- protokol ini akan menghendaki para jurulatih atau

saintis sukan memerhatikan tahap kemampuan atlit sambil memberi perhatian kepada

daya tahan kardiovaskular atlit, kekuatan otot, daya tahan otot, tekanan darah atlit,

penyakit yang dialami contohnya semput dan peringkat mental atlit. Apabila perkara-

perkara ini dapat ditentukan maka atlit tersebut dapat berkembang dengan sempurna dan

pencapaian atlit akan meningkat dengan baik.

Pembinaan otot yang sempurna perlu dilakukan dengan sistematik dan teratur.

Menurut Mcglynn dan Moran( 1997) pembinaan otot bukan sahaja penting untuk atlit

yang ingin meningkatkan prestasi tetapi juga pada orang yang inginkan gaya hidup yang

sihat ataupun yang memerlukan senaman yang bertenaga. Menurut Mcglynn dan Moran

(1997) lagi, latihan pembinaan otot amat penting. Seseorang individu hanya perlukan

rasa keinginan dan semangat yang jitu untuk melakukannya.

Cogankata Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat perlu

diambil sebagai panduan. Semua manusia memerlukan otot untuk melakukan pelbagai

aktiviti harian. Otot yang yang tidak kuat akan cepat lesu dan menyebabkan aktiviti

harian terganggu dan terbantut.

Menurut Mcglyn dan Moran( 1997) persepsi lama yang menyatakan bahawa

banyak atlit mengelakkan diri daripada latihan kekuatan otot adalah kerana ketakutan

akan muncul masalah koordinasi badan, kekurangan kelembutan dan sebagainya. Namun

begitu, tanggapan ini adalah salah hasil daripada kajian terperinci saintis sukan. Daripada

kajian ini juga didapati bahawa latihan kekuatan otot bukan sahaja meningkatan daya

tahan serta kekuatan otot malah meningkatkan kelembutan otot serta memberikan otot

tenaga yang lebih untuk beraksi.

Menurut suatu kajian dalam Journal The Applied Physiology(1990), latihan

kekuatan otot juga dapat membantu meningkatkan jumlah serta mengaktifkan lagi

hormon tumbesaran badan. Kajian itu juga menyatakan bahawa latihan kekuatan otot

dapat meningkatkan produktiviti hormon tumbesaran badan sehingga 50 peratus.

Daripada kajian ini didapati bahawa latihan kekuatan otot dapat meningkatkan saiz badan

menjadikan badan lagi besar dan segak.

Menurut Mcglynn dan Moran( 1997), phrasa kekuatan, dayatahan otot dan tenaga

otot merupakan istilah yang berlainan maksudnya. Kekuatan otot bermaksud jumlah

daya yang boleh dikeluarkan oleh otot tersebut untuk sesuatu pergerakan atau pergerakan

yang berulang. Manakala dayatahan otot pula ialah keupayaan otot itu melakukan

sesuatu aktiviti pada penggunaan kuasa yang sama selama satu jangka masa yang

ditetapkan. Tenaga pula adalah hasil gabungan kekuatan dan masa. Terdapat juga

beberapa istilah-istilah lain yang mempunyai penggunaan yang salah. Weight Trainig

merupakan sukan yang berpandukan berapa banyak beban yang boleh diangkat mengikut

kategori berat.. Power Lifting pula ialah suatu sukan yang pemenangnya dikira daripada

jumlah berat yang diambil daripada tiga latihan berlainan iaitu acara bench press, squat

dan dead lift. Weight Training pula ialah program latihan mengangkat berat untuk

tujuan meningkatkan kekuatan, tenaga, ketahanan, kelembutan, skil dan kuasa. Manakala

Body Building pula ialah program latihan mengangkat berat dengan tujuan mengubah

bentuk dan paras rupa badan.

Menurut Charel B. Corbin, Linus J. Dowell, Ruth Lindsay dan Homer

Tolson(1981) kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen yang penting iaitu

ketahanan otot dan kekuatan otot. Kedua-dua perkara ini amat berbeza bagi jenis aktiviti,

sukan atau kerja yang hendak dilakukan.

Secara amnya, kekuatan adalah perkara yang penting dalam menentukan

kecergasan seseorang. Kekuatan otot juga dapat memberi kesan yang baik dalam

membantu meningkatkan prestasi seseorang atlit. Kekuatan otot hasil daripada latihan

yang sistematik adalah kekuatan yang lebih jitu dan dapat bertahan lebih lama. Prinsip

reversibility yang menyatakan bahawa kekuatan otot mahupun kecergasan akan hilang

dan tidak kekal lama jikalau latihan yang tetap tidak dilakukan.

Dalam setiap aktiviti yang melibatkan pergerakkan, terdapat satu kumpulan otot

yang bekerja. Contohnya apabila seseorang pemain hoki ingin melakukan aktiviti

memukul bola, kumpulan otot yang terlibat terdiri daripada deltoid, pectoralis major,

biceps brachii, brachiodialis, flexor carpi radialis, palmaris longus dan flexor digitorum

superficialis. Daripada senarai yang dinyatakan, terbukti bahawa pergerakan manusia

memerlukan koordinasi serta kerjasama otot-otot yang terlibat. Perlu diberikan perhatian

juga ialah tahap kekuatan otot juga bergantung kepada umur seseorang atlit apabila suatu

program latihan diberikan serta dilakukan.

Menurut Chad Tackett(2001) faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot

seseorang ialah tempat perlekatan otot, umur, jantina, kepanjangan otot, latihan yang

sistematik serta jenis fiber otot.

Terdapat 2 jenis fiber otot dalam badan seseorang manusia iaitu Slow Twitch

Muscles dan Fast Twitch Muscles. Jikalau seseorang individu itu mempunyai jumlah atau

kuantiti Fast Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu tersebut lebih sesuai

untuk latihan anaerobik seperti larian pecut, angkat berat yang memerlukan penghasilan

tenaga dalam dalam jangka masa yang singkat. Bagi individu yang mempunyai jumlah

atau kuantiti Slow Twitch Muscles yang banyak, maka badan individu itu lebih sesuai

untuk aktiviti aerobik seperti larian jarak jauh, bolasepak serta sesuai unutk aktiviti yang

memerlukan dayatahan kardiaovaskular.

Dari segi faktor jantina pula, sebenarnya faktor ini tidak mempunyai kaitan

dengan kualiti otot tetapi berkadar terus dengan kuantiti ataupun jumlah tisu otot. Lelaki

mempunyai kuantiti tisu otot yang lebih banyak daripada wanita. Faktor hormon

memainkan peranan disini iaitu hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki

mempengaruhi kuantiti atau jumlah tisu otot.

Dari segi umur pula, didapati bahawa umur yang paling sesuai untuk pembinaan

otot yang sempurna adalah daripada umur 10 tahun sehingga 20 tahun. Latihan yang

sistematik perlu diberikan pada peringkat ini agar saiz dan kekuatan otot berkembang

dengan seimbang. Jika seseorang individu terlalu tua, otot- otot yang diberikan latihan

ini akan berkembang dengan lambat.

Faktor tempat perlekatan otot juga memainkan peranan dalam menentukan

kekuatan otot seseorang. Contohnya seseorang individu yang otot bisepnya yang melekat

lebih jauh dari sendi siku dapat megangkat lebih banyak beban daripada individu yang

otot bisepnya melekat dekat dengan sendi siku.

Otot yang panjang juga memberikan kelebihan kepada individu yang memilikinya

untuk membina saiz dan kekuatan otot yang lebih berbanding inidividu yang mempunyai

otot yang pendek. Otot yang panjang mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkat

dari segi saiz dan kuasa berbanding dengan otot yang pendek.

Latihan yang sistematik dan yang mengikut protokol yang ditetapkan adalah

penting dalam menentukan kekuatan otot seseorang. Menurut Charles Tackett(2001)

salah satu cara untuk meningkatkan serta menghasilkan kekuatan otot yang sempurna

ialah melalui latihan bebanan yang sistematik dan teratur. Latihan-latihan yang diberikan

kepada atlit perlulah mengambil kira intensiti, set serta ulangan.

Menurut Brian J. Sharkey(1990) perkara- perkara seperti isokinetik, latihan

bebanan, kalistenik, frekuensi, set dan ulangan merupakan enam perkara yang dapat

meningkatkan kekuatan otot seseorang individu. Teori ini telah dikukuhkan lagi oleh

Mcglynn(1997) dengan menyataan bahawa apabila seseorang individu menjalani latihan

yang sistematik dan teratur maka secara tidak langsung kekuatan otot individu tersebut

akan meningkat.

Mcglynn dan Moran(1997) juga meyatakan akan kebaikan melakukan aktiviti

membina dayatahan otot serta kekuatan otot. Diantara kelebihan yang dinyatakan adalah

meningkatkan ketebalan rawan, meningkatkan kelembutan, meningkatkan skil,

meningkatkan stamina, meningkatkan jisim otot, menguatkan ligament dan tulang,

meningkatkan kepadatan kapilari dalam otot, mengurangkan kecederaan, mengurangkan

lemak, mengurangkan tekanan dan mempercepatkan kadar penyembuhan badan.

Pemakanan yang baik juga dapat membantu seseorang individu itu meningkatkan

kekuatan ototnya. Makanan yang dimakan perlulah sesuai dengan aktiviti yang hendak

dilakukan. Menurut penulis buku Power Eating, Susan M.Kleiner,Ph.D. pemakanan

yang sesuai dapat membantu membina otot yang kuat dan besar. Makanan yang perlu

diambil adalah makanan yang mempunyai karbohidrat untuk tenaga dan protein yang

tinggi untuk pembinaan otot. Menurut beliau lagi, jumlah air yang banyak perlu diambil

apabila melakukan aktiviti- aktiviti ini. Pengambilan air yang banyak akan membantu

individu tersebut berlatih lebih lama dan secara intensif serta membersihkan badan serta

membantu buah pinggang mengeluarkan lemak yang tersimpan unutk digunakan sebagai

tenaga.

Daripada penerangan yang diberikan, jelas bahawa kekuatan otot bukannya

datang secara semulajadi tetapi adalah hasil latihan bebanan yang sistematik dan

terperinci. Melalui latihan bebanan, atlit-atlit dapat dilatih untuk menjadi atlit yang

mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan seterusnya memajukan kualiti sukan

tanahair.

1.2 Penyataan Masalah

Pasukan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil bahagian

dalam kejohanan Sukan Masum daripada tahun 2000 sehingga tahun 2003. pencapaian

terbaik pasukan ini ialah pada tahun 2000 dan 2001 iaitu menduduki tangga ketiga. Pada

tahun berikutnya pasukan ini gagal melepasi pusingan awal. Pada tahun 2003 pula,

pasukan ini, menduduki tangga keempat apabila tewas di peringkat separuh akhir.

Terdapat beberapa faktor ynag menyebabkan keadaan begini terjadi antaranya

ialah kadar kecergasan, kemahiran individu, semangat berpasukan serta kekuatan otot

pemain-pemain.

Kekuatan otot tangan amat penting bagi seseorang pemain hoki, otot- otot yang

diberi perhatian ialah otot palmaris longus. Otot ini terletak dibahagian bawah tangan

iaitu bahagian lengan bawah (rujuk lampitran G) Otot ini memainkan peranan apabila

seseorang pemain hoki tersebut memukul, menahan, mengelecek, menolak atau menguis

bola. Otot yang dibincangkan ini juga penting bagi seseorang penjaga gol hoki. Otot ini

penting dari segi reaksi. Semakin kuat otot ini semakin laju reaksi tangan seseorang

penjaga gol.

Begitu juga untuk seseorang pemain hoki. Kekuatan otot ini membantu

meningkatkan prestasi permainan seseorang pemain. Contohnnya drag flick dalam sukan

hoki merupakan salah satu teknik menjaringkan gol dalam pukulan sudut penalti.

Banyak pasukan terhebat dunia menggunakan drag flick sebagai suatu cara untuk

mendapatkan gol dengan mudah. Teknik drag flick ini memerlukan kekuatan otot yang

dinyatakan di atas. Otot ini perlu mencapai kekuatan maksimum untuk melakukan teknik

ini.

Maka kajian ini dijalankan untuk membuktikan bahawa dengan latihan bebanan

yang teperinci dan sistematik dapat meningkatan kekuatan serta mendapatkan kekuatan

maksimum otot palmaris longus. Kajian ini akan dapat membantu menentukan teknik

latihan yang sesuai dan sistematik untuk melahirkan pemain hoki yang bertaraf

antarabangsa. Kaijan ini akan diuji dan dijalankan keatas pemain hoki lelaki pasukan

Universiti Teknologi Malaysia untuk mengetahui serta meningkatkan lagi kekuatan

maksimum otot palmaris longus.