separation of power_new

12
Pembahagi an Kuasa ata u dalam bahasa Inggeri s di pa nggi l “Separ ati on of Powers merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Ia unt uk mengel ak atau men ghi nda ri bahaya “ke zali man (tyranny) , di mana dik atak an doktr in pembah agian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpi nan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-  bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa tersebut. Di bawah pembah agia n kuasa, ker ajaa n dip ecah kepada tig a cabang uta ma iait u bad an legislatif, iaitu badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Badan yang kedua ial ah badan ekse kutif iaitu bada n ya ng bert anggungj awab untuk ment adbi r kerajaa n  berda sar kan und ang-un dan g yan g tela h digubal ole h bad an legisl atif . Manakala bad an  pe nga sin gan kua sa yang ket iga ial ah bad an kehaki man iait u bad an yang mel aks anak an undang-undang. Cabang-cabang yang telah dibahagikan mengikut doktrin pengasingan kuasa ini ialah galakan daripada ideologi liberalisme yang telah sekian lama diamalkan di US. Pen dud uk di US lebih mement ingkan ide olo gi liberal isme ya ng membawa kep ada hak kebebasan indiv idu agar setiap individu berhak untuk bersua ra supay a tidak wujud  penindasan, kezaliman dan ketidakadilan kepada rakyat. Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Secara logiknya, doktrin pengasingan kuasa diwujudkan dalam kerajaan di US adalah kerana satu faktor utama iaitu untuk melindungi rakyat daripada ketidakadilan dan juga kezaliman. Dok trin ini juga dilaksanakan ker ana unt uk mengela kka n sat u kua sa dari mendominasi semua autoriti dalam sistem pemerintahan. Ia juga untuk mengelakkan suatu  bidang daripada mempunyai lebih banyak kuasa dan untuk mengelakkan dari berlakunya  pemusatan kuasa pada suatu pihak. Doktrin pengasingan kuasa ini telah menyediakan satu

Upload: mr-oyiez

Post on 30-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 1/12

Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “Separation of Powers”

merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam

negara kepada tiga cabang utama : Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan

Kehakiman.

Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” (tyranny), di mana dikatakan

doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,

kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagi-

 bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa

tersebut.

Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang utama iaitu badanlegislatif, iaitu badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Badan yang kedua

ialah badan eksekutif iaitu badan yang bertanggungjawab untuk mentadbir kerajaan

  berdasarkan undang-undang yang telah digubal oleh badan legislatif. Manakala badan

 pengasingan kuasa yang ketiga ialah badan kehakiman iaitu badan yang melaksanakan

undang-undang. Cabang-cabang yang telah dibahagikan mengikut doktrin pengasingan kuasa

ini ialah galakan daripada ideologi liberalisme yang telah sekian lama diamalkan di US.

Penduduk di US lebih mementingkan ideologi liberalisme yang membawa kepada hak 

kebebasan individu agar setiap individu berhak untuk bersuara supaya tidak wujud

 penindasan, kezaliman dan ketidakadilan kepada rakyat.

Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu

cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang

yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat

keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Secara logiknya, doktrin pengasingan kuasa diwujudkan dalam kerajaan di US adalah

kerana satu faktor utama iaitu untuk melindungi rakyat daripada ketidakadilan dan juga

kezaliman. Doktrin ini juga dilaksanakan kerana untuk mengelakkan satu kuasa dari

mendominasi semua autoriti dalam sistem pemerintahan. Ia juga untuk mengelakkan suatu

 bidang daripada mempunyai lebih banyak kuasa dan untuk mengelakkan dari berlakunya

 pemusatan kuasa pada suatu pihak. Doktrin pengasingan kuasa ini telah menyediakan satu

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 2/12

sistem keseimbangan kuasa yang dikenali sebagai semak dan seimbang. Tiga bidang kuasa

ini telah diwujudkan dalam perlembagaan US. Dalam bidang legislatif, ia merujuk kepada

dua dewan yang dikenali sebagai House Of Representative dan Senate yang telah diwartakan

dalam Artikel 1 dalam perlembagaan US. Cabang kuasa Eksekutif, yang dianggotai oleh

kumpulan Presiden, Timbalan Presiden, dan juga jabatan-jabatan yang menjalankan kuasa

 pemerintahan utama telah diwartakan dalam Artikel 2 dalam perlembagaan.

Cabang kehakiman yang dianggotai oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi

telah diwartakan dalam Artikel 3 dalam perlembagaan. Setiap bidang yang dipecahkan dalam

 pengasingan kuasa ini ada bidang kuasa tersendiri dan setiap darinya mempunyai had dan batasan kuasa yang tersendiri. Setiap dari kuasa yang telah diwartakan telah diperiksa oleh

satu badan bebas yang lain. Sebagai contohnya, sekiranya presiden telah melantik hakim

untuk memegang jawatan dalam Mahkamah Persekutuan dan juga Mahkamah Tinggi dan

dalam masa yang sama presiden juga telah melantik setiausaha untuk untuk jabatan

 pemerintahan. Tetapi perlantikan ini haruslah diluluskan dan mendapat kebenaran daripada

Senate. Kongres juga berhak untuk meluluskan satu rang undang-undang, namun, presiden

mampu dan berhak menolaknya jika rang yang dibuat dan diluluskan itu boleh mendatangkan

kerumitan dalam jangka masa panjang kerana presiden mempunyai kuasa veto dalam

menentukan hala tuju negara.

Kesemua semak dan seimbang ini walaubagaimanapun tidak efisien. Ini menggalakkan

kewujudan dan kehadiran liberalisasi dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di US. Ini

adalah kerana dengan pengasingan kuasa setiap bidang dalam kerajaan telah dihadkan kepada

kuasa masing-masing. Ini bermakna tiada pemusatan kuasa dalam setiap cabang

 pemerintahan seterusnya tiada satu bidang pun yang mendominasi bidang kuasa yang lain.

Sebagai contoh, dalam kes presiden Nixon, dalam skandal Watergate. Walaupun beliau ialah

seorang presiden, namun, beliau tetap disiasat oleh badan kehakiman kerana disyaki terlibat

dalam skandal Watergate. Ini jelas menunjukkan liberalisme berlaku dalam sistem

 pemerintahan dan juga sekaligus menjalankan keadilan kepada rakyat. Badan eksekutif tidak 

 berhak mencampuri urusan yang telah dikendalikan oleh badan kehakiman walaupun Nixon

adalah ketua dalam bidang eksekutif sekaligus sebagai pemimpin kepada negara yang di

tadbir.

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 3/12

Dengan menekankan supaya setiap cabang untuk lebih bersikap amanah dalam

menjalankan pentadbiran dalam bidang masing-masing, tiada satu kuasa pun yang

mempunyai kuasa penuh untuk bersifat dominan dalam pentadbiran negara. Berikutnya ialah

 bidang kuasa eksekutif, yang memperuntukkan kuasa veto dalam menjalankan pentadbiran

dan pemerintahan. Jelas dalam mnggunakan kuasanya untuk melantik hakim dan pegawai-

 pegawai kerajaan yang lain, bertanggungjawab dalam memastikan semua undang-undang

dalam perlembagaan telah dijalankan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Ia juga satu badan

yang menjadi Commander in Chief Of The Military. Kuasa seterusnya terletak pada kuasa

 perundangan. Tugasnya merangkumi dalam meluluskan semua undang-undang persekutuan,

 berhak menubuhkan Mahkamah Rendah Persekutuan, yang boleh menyokong kuasa veto

 presiden dan boleh melakukan Impeachment  terhadap presiden. Kuasa yang seterusnya ialah

kuasa dalam bidang kehakiman. Mempunyai kuasa untuk memutuskan suatu rang undang-

undang samada ia susai dijalankan atau tidak.

Negara Amerika Syarikat ialah salah satu daripada negara yang mempunyai kuasa veto

dan merupakan satu kuasa terbesar yang mendominasi kuasa-kuasa besar dunia. US

mengamalkan demokrasi yang mementingkan suara rakyat dalam setiap akta ataupun suatu

yang dipertikaikan oleh rakyat.oleh itu, liberalisme ataupun ideologi tentang kebebasan

amatlah dipentingkan dalam menjalani kehidupan seharian masyarakat di US.

Konsep separation of power atau dalam bahasa melayunya merujuk kepada sistem dan

teori pengasingan kuasa. Ianya adalah salah satu daripada satu doktrin dalam pemerintahan

demokrasi. Teori pengasinga kuasa ini merujuk kepada pembahagian urusan Negara kepada

tiga bahagian. Antara tiga bahagian utama itu ialah badan kehakiman, badan perundangan dan

  juga badan eksekutif yang diketuai oleh presiden di Amerika Syarikat. Badan yang

menggubal undang-undang di Amerika Syarikat iaitu merujuk kepada House Of 

Representative, tidak boleh campurtangan dalam bidang kehakiman dan badan eksekutif.

Begitu juga dengan badan pemerintahan yang tidak boleh mencampuri urusan dan kes-kes

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 4/12

yang dikendalikan oleh bidang kehakiman dan dalam penggubalan undang-undang walaupun

orang dibicarakan di mahkamah itu adalah orang yang mempunyai jawatan yang tinggi.

Dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat, teori pengasingan kuasa diterima

sepenuhnya kerana ia dianggap sebagai salah satu ciri-ciri demokrasi yang perlu dijalankan.

Pengasingan kuasa yang dijalankan menurut para falsafah, ia mendukung ciri-ciri demokrasi

selaras dengan dasar yang dijalankan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, dikatakan teori

 pengasingan kuasa ini menyokong penuh liberalisme di Amerika Syarikat. Oleh itu, dalam

 Negara yang mengamalkan demokrasi dan pengasingan kuasa pasti mengamalkan budaya

liberalisme secara tidak langsung agar faktor-faktor tertentu terpelihara. Penduduk dan

rakyat di Amerika Syarikat lebih mementingkan hak kebebasan individu. Oleh itu, para

 pemimpin US jug haruslah sentiasa peka akan rakyat yang sentiasa menuntut hak kebebasan

dan hak asasi manusia yang dijunjung tinggi sekian lamanya di US. Konsep pengasingan

kuasa dalam menjalankan pemerintahan di US adalah salah satu kebebasan yang dimiliki oleh

sistem pemerintahan di US. Perlembagaan Negara di US jelas menunjukkan bahawa dan

menyatakan bahawa badan penggubal undang-undang iaitu badan kongres tidak perlu masuk 

campur ataupun cuba untuk menjalankan kuasa pemerintahan yang sepatutnya dikuasai oleh

  presiden. Kongres juga tidak boleh masuk campur dalam perlaksanaan dalam bidang

kehakiman. Ini kerana setiap kuasa yang disingkan telah pun mempunyai garis panduan dan

had masing-masing supaya tidak berlaku pertindihan kuasa dalam perlaksanaannya.

Kehakiman adalah satu kuasa yang mampu untuk membatalkan satu rang undang-undang

yang telah dibentuk oleh kongres sekiranya ada rang undang-undang yang dirasakan tidak 

sesuai untuk dilaksanakan.

Dalam bidang eksekutif di US ia merujuk kepada pemerintah ataupun kerajaan di dalam

suatu sistem parlimen. Ia juga satu pentadbiran dalam kongres seperti yang berlaku di US.

Badan eksekutif mempunyai kaitan dengan badan legislatif kerana badan eksekutif ini

 bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif.

Apabila sahaja badan legislatif meluluskan sebuah undang-undang yang dibuat oleh kongres,

maka badab eksekutif harus menerima ianya sebagai satu undang-undang untuk dilaksanakan

diperingkat rakyat di US. Ketua eksekutif di sebuah Negara republik di kenali sebagai

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 5/12

  presiden. Kuasa terakhir dalam bidang eksekutif terletak di tangan presiden walaupun

kongres membuat rang undang-undang untuk dibahaskan di House of Representative dan

Dewan Senate. Kuasa presiden dalam mentadbir Negara tidak boleh dipertikaikan lagi kerana

dalam bidang eksekutif, taraf dan kuasa presiden adalah yang tertinggi. Presiden yang

melaksanakan sistem pemerintahan negara. Kuasa bidang eksekutif merangkumi kepada

membuat membuat keputusan mengenai polisi Negara. Ini lebih kepada dalam usaha untuk 

meningkatkan kemajuan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Bidang eksekutif 

mempunyai kuasa tertinggi kerana bidang eksekutif yang melaksanakan pentadbiran tertinggi

negara. Walaupun terdapat banyak kuasa yang dijalankan, namun, kuasa terakhir hanya

terletak di tangan presiden

Liberalisme ialah merujuk kepada satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu

sebagai nilai politik yang tertinggi. Liberalisme sememangnya berasal dan berakar umbi dari

Zaman Kebangkitan Barat. Ia mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi

sumber. Seseorang yang menerima liberalisme sekaligus mengamalkannya digelar sebagai

seorang yang liberal. Individu yang mengamalkan liberalisme lebih bersikap terbuka dalam

setiap apa yang dilakukan dan mampu menerima kritikan serta pandangan sebagai satu

suntikan untuk lebih maju. Contoh negara yang mengamalkan liberalisme ialah Amerika

Syarikat.

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme. Perbezaan

 pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yang hebat di kalangan ahli-ahli falsafah

liberalisme. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme kalsik, wujud beberapa

 pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan

yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menytakan

kepercayaan yang sama dan kadangkala mereka menggunakan perkataan-perkataan yang

sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza. Liberalisme politik akan digunakan

untuk sokongan terhadap demokrasi liberal yang menentang raja berkuasa mutlak atau

diktator. Liberalisme budaya untuk sokongan terhadap kebebasan peribadi yang menentang

undang-undang yang mengongkong kebebasan di atas dasar nasionalisme ataupun agama.

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 6/12

Amerika Syarikat mengamalkan liberalisme dari sudut pentadbiran dalam negaranya dan juga

melalui hubungan luar yang dijalankannya. Liberalisme turut menekankan keutamaan hak-

hak peribadi serta peluang yang sama bagi setiap individu. Ia mementingkan peluang yang

sama untuk semua. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat yang mempertahankan

  pemikiran yang bebas untuk semua orang, dan menjadikan satu batasan kepada kuasa

khususnya kuasa antara kerajaan dan agama, kedaulatan undang-undang, pendidikan awam

yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran yang memberika kebebasan

menjalankan perusahaan peribadi dan sistem kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak 

semua rakyat secara adil dan saksama. Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal

lebih menggemari sistem pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal

di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan

 peluang yang saksama untuk berjaya.

Ramai liberal moden memperjuangkan penglibatan kerajaan yang lebih besar di dalam

  pasaran bebas. Penglibatan ini selalunya termasuk undang-undang anti diskriminasi,

 peperiksaan perkhidmatan awam, pendidikan awam dan percukaian progresif. Falsafah ini

adalah satu lanjutan dari fahaman yang mengatakan bahawa kerajaan perlu menjaga

kebajikan rakyat ke suatu takat. Perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan ini termasuk 

 pampasan pengangguran, tempat tinggal untuk mereka yang merempat dan kemudahan

 perubatan bagi mereka yang sakit.

Ahli-ahli moden liberalisme klasikal sebaliknya menolak perusahaan –perusahaan yang

dibayar dengan wang awam. Liberalisme klasik mengutamakan kepentingan kebebasan perusahaan peribadi, hak-hak kehartaan individu dan kebebasan perjanjian. Pemikiran ini

  juga menerima ketaksamarataan pengagihan kekayaan berpunca daripada persaingan di

  pasaran bebas yang tidak mengancam hak-hak kehartaan seseorang. Walaupun begitu,

mereka percaya bahawa syarikat perlu dikenakan cukai yang lebih tinggi dan menolak 

individu perlu dikenakan cukai.

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 7/12

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin, liber yang bermaksud bebas atau bukan

hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan inggeris, liberty dan konsep

kebebasan. Di dalam   History of Rome from Its Foundation oleh Livy, penulis

menggambarkan pergolakan di antara kelas pleibian dan juga kelas patrician.

Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia

tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang

  bebas dan penyokong-penyokong Paus.   Niccolò Machiavelli kemudiannya di dalam

 Discourses on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16.

Pada akhir  abad ke-17,  John Locke mengarang  England and the thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of Man yang ditulis

oleh Thomas Paine pada tahun 1791.

Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal  telah lama berada di dalam

 bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni

liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan

harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula

sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari

 prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain.

Maksud menggemari kebebasan dan demokrasi mula digunapakai di dalam bahasa

inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis. Liberalisme dikatakan menjadi

asas kepada terhasilnya doktrin pengasingan kuasa kerana dengan adanya doktrin ini yang

membahagikan sistem pentadbiran kepada tiga bidang utama, telah membataskan kuasa

  pentadbiran dalam masuk campur dalam urusan antara satu sama lain. Liberalisme

menekankan hak asasi rakyat dalam kebebasan untuk bersuara agar setiap suara rakyat dapat

didengari. Dengan adanya sistem pengasingan kuasa, setiap bidang yang dibahagikan mampu

untuk berdiri sendiri serta tidak masuk campur dalam bidang lain.

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 8/12

Menurut tokoh liberalisme iaitu John Locke (1632-1704) kuasa politik terhadap rakyat itu

seharusnya terhad kerana beliau percaya kepada wujudnya hak semulajadi yang tidak boleh

dibatasi oleh mana-mana peraturan. John Locke telah mengembangkan lagi idea hak 

semulajadi ini sebagai, ‘kehidupan, kebebasan dan hak milik peribadi’ dan ini menjadi asas

kepada konsep moden hak asasi manusia.

Walaubagaimanapun, bagi beliau hak milik peribadi atau harta individu lebih penting dari

hak untuk melibatkan diri dalam kerajaan, hairannya beliau tidak begitu senang dengan

konsep demokrasi kerana takut penyerahan kuasa kepada kumpulan tertentu akan

menjejaskan pemilikan mutlak harta peribadi. Seperti yang telah diketahui, demokrasi itu

sendiri adalah alternatif utama dalam liberalisme sebelum ini.

Dalam konteks pendapat, saya setuju dengan kenyataan bahawa ideologi liberalisme

adalah asas kepada perlaksaan doktrin ini. Ini adalah kerana negara yang mengamalkan

sistem pengasingan kuasa ini secara tetapnya mengamalkan sistem demokrasi di negara

masing-masing. Seperti yang diketahui umum, bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di

kebanyakan negara pada hari ini lebih mengutamakan liberalisme iaitu kebebasan rakyat.

Liberalisme menekankan hak milik peribadi yang membentuk asas kepada teori

liberalisme. Teori tersebut menyatakan bahawa individu bertindak didasrkan kepada

terutamanya kepada keinginan dan kehendak sendiri serta membenarkan tindakan ini tanpa

sebarang sekatan dalam hak pemilikan harta dan berniaga, dipercayai akan membuahkan

hasil yang terbaik. Dengan kata lainnya, dengan menghadkan atau menyediakan piawaian

yang minimum dalam perundangan dan peraturan perniagaan. Dengan menghadkan kuasa

dalam bidang pentadbiran, rakyat lebih berpeluang untuk mengumpul harta peribadi tanpa

 punya apa-apa sekatan daripada kerajaan.

Menurut salah seorang tokoh liberalisme iaitu James Madison, beliau adalah seorang

tokoh generasi pemikir politik Amerika yang seterusnya menyokong sistem republik.

Menurutnya, sesuatu republik yang mengurus negaranya sendiri bergantung ke atas

 persaingan di antara kepentingan-kepentingan yang berbeza. Ia sekaligus akan melindungi

hak-hak minoriti. Perlembagaan US mewujudkan satu sistem timbang balas iaitu hak-hak 

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 9/12

kerajaan persekutuan bersaing dengan hak-hak kerajaan negeri, yang merujuk kepada kuasa

yang terbahagi di antara bidang eksekutif, kehakiman, dan juga perundangan. Semua ini jelas

menunjukkan bahawa liberalisme adalah menjadi asas kepada kebebasan individu supaya

tidak bergantung kepada mana-mana satu pengaruh.

Seorang lagi tokoh yang bernama Wilhelm von Humboldt telah membentuk satu konsep

liberalisme yang moden di dalam bukunya yang bertajuk The Limits Of State Action. Tidak 

  berapa lama kemudian, seorang lagi tokoh falsafah yang telah mempopularkan dan

mengembangkan idea itu di dalam karyanya On Liberty. Tokoh itu ialah John Stuart Mill.

Jelas menunjukkan bahawa tokoh-tokoh falsafah terdahulu juga memberi idea yang sama

terhadap liberalisme yang manggalakkan dan menjadi asas kepada pengehadan kuasa

kerajaan dan juga terhadap sistem pengasingan kuasa yang dijalankan dalam pemerintahan di

US.

Dengan adanya pengasingan kuasa, rakyat lebih bebas dalam melakukan sesuatu tanpa

ada sekatan maksimum daripada kerajaan. Di sekitar abad ke-18, ahli ekonomi dan falsafah

dari Scotland, Adam Smith (1723-1790) mula memperkenalkan satu teori yang mengatakan

  bahawa seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa

 bimbingan atau arahan daripada negara. Oleh itu, dengan adanya doktrin pengasingan kuasa

ini yang memperuntukkan kebebasan rakyat adalah sebagai tunjang pentadbiran, selaras

dengan liberalisme yang dikatakan asas kepada doktrin pengasingan kuasa.

Doktrin pengasingan kuasa adalah suatu doktrin yang menjadi asas kepada kebebasanatau lebih dikenali sebagai liberalisme. Ini adalah kerana apabila kuasa dalam sistem

  pemerintahan dihadkan dan mempunyai garis panduan yang tersendiri, maka, ia dapat

mengelakkan dari berlakunya kezaliman. Kuasa yang telah dihadkan menjadi satu batasan

kepada setiap bidang untuk bertindak lebih jauh dalam menjalankan sistem pentadbiran. Ia

  boleh mengelakkan dari berlakunya pertindihan kuasa antara satu-satu bidang yang

mengawal pentadbiran negara.

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 10/12

Menurut Adam Smith lagi, sesuatu negara itu akan menjadi lebih kuat apabila negaranya

 bebas. Oleh itu, sebagai satu asas kepada doktrin pengasingan kuasa yang mementingkan

kebebasan rakyat, maka adalah wajar ia dijalankan selaras dengan sistem demokrasi yang

dijalankan di sesebuah negara. Menurut Adam Smith lagi, dalam The Wealth of Nations ayng

ditulis pada tahun 1776 yang pasaran dibawah suatu syarat akan mengatur sistemnya sendiri

dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran terkawal yang menjadi

satu perkara biasa di waktu itu. Menurut beliau lagi, kerajaan hanya boleh mengambil alih

tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan yang bergantung kepada keuntungan

seperti menghalang seseorang daripada menggunakan kekerasan atau penipuan untuk 

menghalang persaingan, perdagangan ataupun pengeluaran.

Berakar daripada ideologi liberalisme, doktrin pengasingan kuasa diasaskan kerana untuk 

menjaga kepentingan rakyat agar tidak terlalu terikat dan dikawal oleh sistem pemerintahan.

Melalui kuasa dalam bidang utama yang telah dipisahkan, rakyat di US pada ketika itu lebih

  bebas kerana badan-badan dalam pentadbiran tidak lagi campurtangan dalam hal yang

menjadi keutamaan kepada rakyat pada ketika itu khususnya dalam bidang ekonomi.

 

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 11/12

RUJUKAN

Ernest, S. Griffith. 1969. The American System of Government .

London: Methuen & Co Ltd.

Pritchett, C. Herman. 1959. The American Contitution. 

McGraw-Hill Book Company, INC.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat: Pembentukan Negara bangsa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikat [ 15 Oktober 2008]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Semak_dan_seimbang#semak_dan_seimbang

[15 Oktober 2008]

8/14/2019 Separation of Power_new

http://slidepdf.com/reader/full/separation-of-powernew 12/12