separation anxiety

20
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK (KAQ1043) TUGASAN KUMPULAN

Upload: anishairizan

Post on 25-May-2015

967 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

thanks to those yg buat benda ne as a reference...hopefully dapat membantu even isi tak banyak..tp okla kn...dari langsung takde..hehe.. :)

TRANSCRIPT

Page 1: Separation  anxiety

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK (KAQ1043)

TUGASAN KUMPULAN

Page 2: Separation  anxiety

Ahli Kumpulan :

1. ROSMANIZA BT AHMAD (E20102001448)2. NOR FASIHA BT MOHD SUAID (E20102001419)3. NOOR AZWA BT ABU HANIFAH (E20102001423)4. RAHMAH BT TAIB (E20102001410)5. RAJA INTAN SUHANA Bt RAJA ADNAN

(E20102001417)6. NURAN ASHILA BT SHAARI (E20102001414)

Page 3: Separation  anxiety

BIMBANG DITINGGALKAN

DEFINISI

PENGENALAN

SEBAB-SEBAB BIMBANG DITINGGALKAN

CARA MENGATASI BIMBANG DITINGGALKAN

Page 4: Separation  anxiety

DEFINISI

• Bimbang ditinggalkan atau Separation Anxiety bermaksud kegelisahan yang berlebihan mengenai jauh dari rumah atau terpisah dari orang yang disayangi.

Page 5: Separation  anxiety

PENGENALAN

• Bimbang ditinggalkan juga merupakan perasaan tertekan atau perasaan bimbang yang dialami oleh kanak-kanak apabila dipisahkan daripada penjaga terutamanya ibu bapa

• Perasaan ini wujud apabila kanak-kanak berusia dalam lingkungan 6 bulan dan ke atas.

Page 6: Separation  anxiety

• Selain itu, ia juga merupakan ketakutan pada bayi atau kanak-kanak yang bercirikan selalu mengekori orang tua, menangis jika orang tuanya tidak kelihatan, takut kepada orang asing, mengalami masalah sering terjaga di malam hari dan sering menangis menginginkan ibu bapanya dekat.

Page 7: Separation  anxiety

• Situasi ini berlaku kerana pada tahap ini kanak-kanak mula membentuk atau menjalinkan hubungan rapat dengan penjaganya

• Ia juga merupakan satu situasi yang normal yang berlaku pada kanak-kanak apabila dipisahkan daripada ibu bapa atau penjaganya terutamanya bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.

Page 8: Separation  anxiety

SEBAB-sebab MENGALAMI MASALAH BIMBANG DITINGGALKAN

• Kanak-kanak mengalami gangguan ketika dipisahkan dari rumah atau dari orang yang mereka sayangi. Mereka akan sentiasa ingin tahu di mana orang-orang yang mereka sayangi dan mereka akan berasa takut sesuatu yang mengerikan akan terjadi sama ada kepada mereka atau kepada orang yang mereka kasihi

Page 9: Separation  anxiety

• Kanak-kanak kurang bersosialisasi dengan rakan-rakan. Hal ini disebabkan oleh mereka hanya bergaul dengan keluarga mereka sahaja dan ini menyebabkan ada sesetengah kanak-kanak tidak boleh tinggal bersendirian sama ada di rumah ataupun ditinggalkan di Taska

Page 10: Separation  anxiety

• Separation anxiety ini menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa dan membuatkan mereka selalu menolak untuk ke sekolah

• Mengalami masalah untuk tidur. Kanak-kanak yang mengalami gangguan bimbang ditinggalkan akan memaksa seseorang itu tetap tinggal di ruangan tersebut sehingga kanak-kanak itu tidur

Page 11: Separation  anxiety

Cara mengatasi masalah bimbang ditinggalkan

• Beritahu kepada kanak-kanak tersebut bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibu bapanya.

• Jangan sesekali menipu kanak-kanak tersebut• Gunakan perkataaan tertentu semasa dia

akan ditinggalkan oleh ibu bapanya. Contohnya.“Assalamualaikum” atau “Bye-bye”

• Gunakan perkataan yang sama setiap kali akan ditinggalkan oleh ibu bapanya

Page 12: Separation  anxiety

• Beritahu kepada kanak-kanak tersebut bila dia akan diambil semula oleh ibubapanya. Contohnya pada kanak-kanak yang masih kecil, katakan kepadanya bahawa “ibu akan datang selepas adik tidur” atau “ibu akan datang semula selepas kerja”.

• Beri keyakinan pada kanak-kanak tersebut. Ini boleh dilakukan dengan cara memberi kasih sayang kepada kanak-kanak samada secara sentuhan atau melalui kata-kata.

Page 13: Separation  anxiety

• Minimakan masa berpisah dengan kanak-kanak. Contoh; mengajak kanak-kanak bermain sembunyi-sembunyi atau sembunyikan barang merupakan cara yang baik untuk mengajar bayi atau kanak-kanak untuk memahami bahawa sesuatu yang tidak kelihatan bukan bererti akan menghilang selamanya

• Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa selamat apabila berada bersama-sama dengan pendidik atau penjaga yang baru.

Page 14: Separation  anxiety

• Beri latihan “perpisahan” kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya pendidik boleh cuba meninggalkan kanak-kanak tersebut sendirian untuk beberapa saat atau minit dan kemudian datang semula kepadanya. Keadaan ini akan membantu kanak-kanak tersebut belajar erti perpisahan.

Page 15: Separation  anxiety

• Semasa meninggalkan kanak-kanak, jangan terus hilang dari pandangan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi semakin takut dan akhirnya akan menyebabkan mereka semakin tidak boleh berpisah dengan anda.

Page 16: Separation  anxiety

• Jangan terburu-buru untuk berpisah, tetapi jangan terlalu lama juga. Kanak-kanak dapat merasakan kegelisahan kita. Oleh itu, bantulah mereka berpisah dengan cara yang tenang. Jangan berpisah dengan deraian air mata kerana kanak-kanak pasti akan lebih sedih lagi. Berpisahlah dengan senyuman.

Page 17: Separation  anxiety

• Tinggalkan kanak-kanak dengan orang yang familiar, buat mereka percaya pada orang sekelilingnya saat kita tiada disisinya.

• Cuba bermain paek-a-boo dengan kanak-kanak tersebut. Bermain paek-a-boo merupakan satu cara terbaik untuk melatih kanak-kanak belajar menghadapi perpisahan dengan kehidupannya.

Page 18: Separation  anxiety

• Jangan menghukum kanak-kanak tersebut. Jangan sesekali menghukum atau mengejek kanak-kanak yang mengalami masalah separation anxiety. Elakkan juga daripada membebel kanak-kanak tersebut dengan panggilan seperti “manja”, “anak emak”, “bayi” dan sebagainya.

Page 19: Separation  anxiety

SUMBER

• Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa (2009). Memahami Tingkahlaku  Kanak-Kanak. YCR Distributors Sdn. Bhd. Selangor.

• http://anakilhamku.blogspot.com/2011/01/kebimbangan-terhadap-perpisahan.html

• http://id.shvoong.com/lifestyle/family-and-relations/2102842-cara-mengatasi-separation-anxiety/

 

Page 20: Separation  anxiety

SEKIAN, TERIMA KASIH