seni

13
Melukis & mewarna bahagian ikan Menyanyi lagu berkaitan ikan Membina ayat mengenai fungsi bahagian ikan Menulis nama bahagian seekor ikan Menerangkan mengenai bahagian- bahagian ikan Sains Matapelajaran : Sains Tajuk : Bahagian-bahagian Ikan Tema Persekitaran : Alam Semulajadi - Ikan

Upload: jawahar-ganesh

Post on 14-Apr-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dcvx

TRANSCRIPT

Page 1: Seni

Melukis &

mewarna

bahagian ikan

Menyanyi lagu

berkaitan ikan

Membina ayat

mengenai

fungsi

bahagian ikan

Menulis nama

bahagian

seekor ikan

Menerangkan

mengenai

bahagian-

bahagian ikan

Sains

Matapelajaran : Sains

Tajuk : Bahagian-bahagian Ikan

Tema Persekitaran : Alam Semulajadi - Ikan

Page 2: Seni

Matapelajaran : Bahasa Malaysia

Tajuk : Khazanah Bumi

Tema Persekitaran : Alam Semulajadi – Hutan

Menyenaraikan

binatang yang

hidup di hutan

Melukis poster

berkaitan

pemandangan

di hutan

Membincang

mengenai

pemeliharan

hutan

Mendeklamasi

sajak mengenai

hutan

Menulis

karangan

mengenai

hutan

Bahasa

Malaysia

Page 3: Seni

Matapelajaran : Matematik

Tajuk : Nombor Bulat 0 hingga 10

Tema Persekitaran : Alam Semulajadi - Bunga

Mewarna

bunga mengikut

nombor yang

dikira

Menyanyi lagu

mengenai

bilangan bunga

Menulis nombor

bulat berkaitan

bilangan ikan

Melukis bunga

berdasarkan

nombor bulat

Mengira nombor

bulat

berdasarkan

gambar bunga

Matematik

Page 4: Seni

Matapelajaran : Pendidikan Moral

Tajuk : Mencintai Alam Sekeliling

Tema Persekitaran : Alam Semulajadi - Persekitaran Alam Sekitar

Menyenaraikan

cara menjaga

persekitaran

alam sekitar

Menulis puisi

tentang

mencintai alam

sekitar

Mewarna

pemandangan

alam sekitar

yang indah

Gotong-royong

membersihkan

kawasan alam

sekitar

Bincang

mengenai

kebersihan

persekitaran

Pendidikan

Moral

Page 5: Seni

Matapelajaran : Kajian Tempatan

Tajuk : Keindahan Negara Kita

Tema Persekitaran : Alam Semulajadi – Bentuk Muka Bumi

Menanda &

melabelkan ciri-

ciri fizikal pada

peta kosong

Menulis ayat

tentang bentuk

muka bumi

yang indah

Menyanyi lagu

mengenai

keindahan alam

di negara

Membuat buku

skrap mengenai

bentuk muka

bumi

Kumpul gambar

mengenai

bentuk muka

bumi

Kajian

Tempatan

Page 6: Seni

Matapelajaran : Sejarah

Tajuk : Lokasi Tempat Tinggal

Tema Persekitaran : Alam Semulajadi – Bentuk muka bumi kawasan

tempat tinggal

Lukis lokasi

tempat tinggal

dengan bentuk

muka bumi

Menulis cara

memelihara

bentuk muka

bumi

Label & warna

bentuk muka

bumi di tempat

tinggal

Senaraikan

bentuk muka

bumi di tempat

tinggal

Nyatakan

bentuk muka

bumi di tempat

tinggal

Sejarah

Page 7: Seni

Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young

children. NY:Thomson Delmar Learning.

Mayesky, M.(2003). How to foster creativity in all children. NY: Thomson Delmar Learning.

Pica, R. (2000). Experiences in movement with music, activities &

theory. NY: Thomson Delmar Learning.

Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. (1991). Integrating music into the classroom. Belmont, California:Wadsworth Publishing Co.

Buschner, C.A. (1994). Teaching children movement concept and skills. IL:America Master Teacher Programme

Dauer, V.P. & Pangrazi, R. P. (1989). Dynamic physical education for

elementary school children. New York: Macmillan Publishing

Company.

Fogarty, R. (1991). Integrate the currricula. Illinois: IRI/ Skylight Publishing Inc.

Gardner, H.(1982). Art, mind, and brain : a cognitive approach to creativity. NY:Basic Books Inc.     

Lowenfeld, V. and Brittain, W.L. (1986). Creative and mental growth. NY. Macmillan.

Menon, N. (2005). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Salmah, Ayob (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Page 8: Seni

Pengertian Integrasi

Psikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru.

Pedagogi - kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatanmenyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

 2. Berbagai Jenis Integrasi

a) Penggabungjalinan

proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh

Jenis-jenis Penggabungjalinan

i.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran

iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

 (b) Penyerapan

Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Ciri-ciri Penyerapan:

(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran

Page 9: Seni

(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu mata pelajaran

(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.

(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih.

(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

(c) Penerapan

Satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.

Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,ketuhanan dan sebagainya

i) Pendekatan implisit – penerapan secara tidak langsung seperti guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dan lain-lain.

(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatuperkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

 APLIKASI DAN KESAN-KESAN POSITIF PENERAPAN DAN GABUNGJALIN BIDANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persekitaran, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk Melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tigabidang seni yang dimaksudkan ialah:

Page 10: Seni

i. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”.

ii. Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.

iii. Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

iv. Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

v. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.

Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.

Page 11: Seni