seni

10
TUGASAN Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat ukiran, tembikar, batik dan tenunan. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis dan warnanya. Seni kraf ini melambangkan hubungan erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Hal ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa atau figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan rupa atau figura ini adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam yang mengharamkannya. Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun Malaysia telah dijajah oleh negara luar. Motif ragam hias empat jenis kraf tradisional adalah seperti berikut : 1. UKIRAN Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian. Ukiran bererti mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’. Ukiran adalah hasil rupa tradisi Melayu yang terulung. 1

Upload: edangsarman

Post on 16-Jan-2016

108 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Seni

TUGASAN

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan

tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat ukiran,

tembikar, batik dan tenunan. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur bu-

daya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis dan warnanya. Seni kraf ini

melambangkan hubungan erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam

penghasilannya. Hal ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu

penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas me-

nunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa atau figura manusia atau binatang yang sebe-

narnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan rupa atau figura

ini adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam yang mengharamkannya. Kese-

nian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap

kekal dari dahulu hingga kini walau pun Malaysia telah dijajah oleh negara luar. Motif

ragam hias empat jenis kraf tradisional adalah seperti berikut :

1. UKIRAN

Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang

unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot

serta barangan kegunaan harian. Ukiran bererti mengukir sesuatu bahan seperti kayu

dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’. Ukiran adalah hasil

rupa tradisi Melayu yang terulung.

Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran iaitu :

a) Flora

Motif flora daripada motif daun seperti daun bayam kukur, bayam perasi, janggut

keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk

paku, piya, pulut, setulang, selit dan daun ringgit.

Motif bunga daripada motif bunga seperti bunga cempaka, ketumbit, kecubung,

kundur, kala bukit, kemunting, kedup, ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tan-

jung,, metahari dan bunga cengkih.

b) Seni khat

1

Page 2: Seni

Motif seni khat iaitu ayat-ayat Al-Quran.

c) Fauna

Motif fauna seperti motif ititk pulang petang.

d) Awan larat

Motif awan larat ialah motif awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat di-

tiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

e) Kosmos

Motif kosmos seperti motif matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam

dan lain-lain.

f) Geometri

Corak yang berupa corak geommetri dan unsur lain yang disusun dalam rupa ben-

tuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan Jawi juga digunakan.

2. TEMBIKAR

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli yang telah wujud di Malaysia

sejak beribu tahun dahulu. Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada set tem-

bikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Ragam hias merupakan

aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur

persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik.

a) Motif Geometri

Motif Geometri seperti motif garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi, titik tahi alat,

garis keluh, garis berkotak, garis tulang ikan, pucuk rebung, bentuk potong wajik, bentuk

segi tiga, bentuk bujur, balung kuku, rantai perak, susur kelapa, dan siku keluang.

b) Motif gayaan Organik

Motif gayaan organik dalah seperti sulur kakung, bunga cengkih, bunga pecah la-

pan,bunga kedudut, bunga tanjung, bunga lawang, kelopak, sambas, tampuk manggis,

tapak manggis, tapak pelanduk dan belalang bercula.

3. BATIK

Batik adalah salah satu daripada kraf tradisional yang mempunyai keunikan

tersendiri dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan corak dan

motifnya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik

membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.

2

Page 3: Seni

Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik

bermaksud setitik lilin.

Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil

disebabkan kepekaan masyrakat tradisional terhadap persekitaran. Terdapat lima jenis

motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik iaitu:

a) Unsur flora

Unsur ini berfungsi untuk menghiaskan kain batik ela. Kebanyakan motif flora

seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau

bertabur. Unsur ini juga digunakan untuk menghiasi badan batik sarung. motif seperti

bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut

bersama helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga. Motif bunga kebiasaannya dis-

usun berdahan tegak. Selain itu, unsur ini digunakan untuk menghiasi bahagian kepala

kain (gunung) bermotif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan

secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Rajah 1 : Motif batik unsur flora

b) Unsur fauna

3

Page 4: Seni

Unsur fauna adalah seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, ban-

gau, ikan, kijang dan sebagainya.

Rajah 2 : Motif batik unsur fauna

c) Unsur geometri.

Unsur geometri berfungsi untuk hiasan kaki kain atau gigi seperti susunan garis-

garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan. Garis-

garis lurus yang direka dan disusun mmenjadi motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi, jar-

ing bersilang dan lain-lain lagi. Selain itu, unsur ini juga untuk menghiasi batik panjang

yang bermotifkan motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan. Mo-

tif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga,

unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan.Bentuk ini bukan geometri tulen, ia

merupakan campuran gaya organik dan geometri. Contoh motif unsur geometri ialah keluk

pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur,

kawung, kisi-kisi dan swastika.

4

Page 5: Seni

Rajah 3 : Motif batik unsur geometri

d) Unsur benda buatan manusia.

Unsur ini digunakan untuk hiasan batik ela. Unsur buatan manusia kebiasaannya

agak moden daripada unsur lain. Contoh motif unsur ini ialah abor, jaring ikan,kampung

dan wau.

Rajah 4 : Motif batik benda buatan manusia

e) unsur motif isen

5

Page 6: Seni

Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar be-

lakang kepala sesuatu pola corak. Contoh jenis isen ialah ada-ada, atap, sirapan, beran-

gan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pintu, cecek sawut daun, galangan, grinsing,

mata dara, penutup, poleng, dan sisik.

Rajah 5 : Motif isen

4. TENUNAN

Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan be-

nang pakan (yang mendatang). Tenunan songket dipercayai berasal daripada kerajaan

Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di Malaysia. Terdapat tiga jenis motif

dalam ragam hias songket iaitu :

a) Motif berasaskan flora

Motif berasaskan flora seperti motif pucuk rebung, bunga tanjung, bunga gorek,

bunga cengkih, bunga telepok, bunga lawang, bunga kunyit, bunga baling-baling, bunga

cina, bunga tampak berembang dan bunga tampuk manggis.

b) Motif berasaskan fauna6

Page 7: Seni

Motif berasaskan fauna pula seperti motif lawi ayam, kuda laut, dada kaki lipan,

kupu-kupu, ayam jantan, burung merak, siku keluang besar, siku keluang kecil dan gigi

belalang.

c) Motif berasaskan geometri

Motif berasaskan geometri adalah seperti motif bintang pecah lapan dan mahkota.

7