seni ukiran keris

20
Seni Ukiran Melayu : Keris Definisi Ukiran satu hasil yang terbentuk dari kesan mengukir dengan menggunakan alat-alat tertentu seperti pisau, pahat atau benda-benda tajam pada sesuatu permukaan lalu menghasilkan satu lukisan atau gambaran sama ada ia berbentuk cengkung, cembung, tenggelam atau timbul. (Mohammad Nazzri Bin Ahmad, 2002)

Upload: shamsul-amin

Post on 28-Jan-2016

363 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Seni Ukir Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Ukiran Keris

Seni Ukiran Melayu : Keris

DefinisiUkiran satu hasil yang terbentuk dari kesan mengukir

dengan menggunakan alat-alat tertentu seperti pisau, pahat atau benda-benda tajam pada sesuatu

permukaan lalu menghasilkan satu lukisan atau gambaran sama ada ia berbentuk cengkung,

cembung, tenggelam atau timbul.(Mohammad Nazzri Bin Ahmad, 2002)

Page 2: Seni Ukiran Keris

Menurut Kamus Dewan, ukir diertikan sebagai lukisan yang dibuat dengan cara memahat, menggores, menoreh dan lain- lain pada bahagian-bahagian tertentu manakala ukiran pula ialah sesuatu yang telah siap diukir.

Sesuatu ukiran itu dibezakan berdasarkan bahan yang digunakan sama ada kayu, logam, kulit, gading, batu dan sebagainya.

Page 3: Seni Ukiran Keris

Ukiran terhasil melalui teknik perluakan pada bahan yang diukir manakala lukisan pula terhasil daripada penambahan bahan.

Page 4: Seni Ukiran Keris

Sejarah Seni Ukiran Melayu merupakan satu bentuk seni yang

tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Seni ukiran adalah sebahagian daripada hasil kraftangan yang wujud seiring dengan reka bentuk seni rupa yang lain. Seni ukiran mula berkembang pada zaman Megalitik atau ‘Zaman Kebudayaan Batu Hidup’. Pada masa itu masyarakat telah mengukir pada batu hidup yang dijadikan tugu dan mempunyai nilai spiritual. Seni ukiran terus berkembang sehinggalah masyarakat Melayu tradisi menganggap ia sebagai suatu kemestian dalam kehidupan. Kemasukan pengaruh Hindu-Buddha dan Islam telah banyak mempengaruhi perkembangan seni ukiran Melayu.

Page 5: Seni Ukiran Keris

Keris telah menjadi sejenis senjata pendek warisan Melayu sejati semenjak 700 tahun dahulu.

Lambang kesempurnaan dan barang pusaka yang mempunyai magis.

Keris adalah senjata kebangsaan di sekitar Kepulauan Melayu seperti Indonesia, Filipina Selatan dan Brunei.

Page 6: Seni Ukiran Keris

Teknik Sebilah keris dihasilkan dengan

penuh ketelitian. Dikatakan lebih bernilai jika

diperbuat daripada bahan-bahan berharga seperti emas, tembaga dan perak dan dihiasi dengan batu permata.

Lazimnya dibuat daripada besi campuran dengan galian tadi.

Page 7: Seni Ukiran Keris

Hasil campuran galian ini akan menghasilkan pamur-pamur yang indah.

Dipercayai corak itu merupakan pecahan daripada lima corak utama iaitu :

Biji beras tertumpah (wos utoh) yang melambangkan kemewahan, bunga buah pala(sekar pala) yang melambangkan kemanusiaan, bunga berdiri(sekar ngadeg) yang melambangkan keadilan, daun kelapa kering tersusun(blaraq ngirid) yang melambangkan kepimpinan dan bunga temu(sekar temu) yang melambangkan kasih berbalas.

Mewakili lima pendekar

Page 8: Seni Ukiran Keris

Estetika

Keindahan seni ukiran keris dapat dinilai melalui kehalusan bentuk yang terpancar dalam aspek kesempurnaan corak, motif atau hiasan yang digunakan. Ciri keindahan ini boleh di lihat dari tiga sudut utama iaitu pada sudut kesesuaian, kehalusan dan keasliannya. Dalam seni ukiran keris nilai kesesuaian dilihat dari aspek kepadanan, keserasian dan kesesuaian ukiran tersebut dengan kecantikan dan fungsinya.

Page 9: Seni Ukiran Keris
Page 10: Seni Ukiran Keris

Mta keris bersifat organik dan dihasilkan mengikut tradisi dan kepaercayaan. Pembuat kers mengakui sesetengah keris dibuat setelah meeka memperolehi ‘bayangan” terlebih dahulu.

Menurut Syed Ahmad Jamal, “Mata keris merupakan campuran besi dari bumi dengan tahi bintang dari langit’”

Page 11: Seni Ukiran Keris

Hulu keris

Page 12: Seni Ukiran Keris

Bentuk matanya bermula lebar di pangkal dan menjadi tirus dihujung. Ia memudahkan menembusi tubuh yang ditikam.

Terdapat keris yang berlok dan ada juga yang tidak.

Keris yang berlok banyak digelar keris Sempena manakala yang kurang loknya dipanggil keris Sepukal.

Page 13: Seni Ukiran Keris

Etika Di zaman penganur Hindu kebanyakan hulu keris

berbentuk dewa-dewi Hindu.Namun semenjak kemasukan Islam ciri-ciri rekabentuknya mula mengalami sedikit perubahan.

Dalam penghasilan seni ukiran keris yang berlunaskan Islam ia haruslah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Bagi motif makhluk bernyawa diharuskan dalam keadaan abstrak, tidak cukup sifat tidak meruntun nafsu dan menepati syariat. Selain itu keris yang dihasilkan itu tidak boleh dimuliakan dan disembah.

Kehadiran Islam telah memperkenalkan kaligrafi, Arabes, geometri, kosmos dan flora dalam penghasilan seni ukiran Melayu.

Page 14: Seni Ukiran Keris

Dari aspek etika penggunaan keris ia ditentukan oleh bilangan loknya.

9 lok- ketua atau raja 7 lok – permaisuri 5 lok – putera raja 3 lok - panglima.

Page 15: Seni Ukiran Keris

FungsiFungsi Keris : Keris bukan sekadar untuk senjata ia melambangkan

kekuasaan, kebesaran dan keagongan. Ia merupaka pelengkap dalam busana Melayu tradisi.

Fungsi Ukiran : Ukiran juga boleh memainkan peranan sebagai alat

keselamatan. Ini dapat dilihat dengan fungsi hulu keris dan sarungnya.

Dari segi corak, pemilihan corak atau reka bentuk yang sesuai digandingkan bersama dengan fungsinya. Misalnya bentuk kepala ayam pada hulu keris yang dikenali sebagai ‘ayam patah tengkuknya’ atau kepala burung yang dikenali sebagai ‘hulu pekaka’ dianggap indah dan tepat kerana kesesuaian dengan fungsinya. Sarung hulu keris seharusnya mempunyai bentuk yang sesuai dengan penahan genggaman semasa digunakan.

Huli keris dibentuk di antara 70 hingga 80 puluh darjah daripada paras matanya.

Page 16: Seni Ukiran Keris

Lazimnya dibuat daripada kayu tetapai ada daripada gading, gigi gajah, sumbu badak dan tanduk.

Page 17: Seni Ukiran Keris

Simbolisme Selain itu pemilihan corak yang indah juga

memaparkan pemikiran dan simbolisma serta sesuai dengan nilai norma masyarakat penciptanya. Misalnya corak pekaka yang terdapat pada hulu keris, mencerminkan sistem kepercayaan orang Melayu bahawa keris yang diukir sebegini rupa akan membawa tuah, dan motif tersebut melambang keperkasaan dan ketangkasan.

Page 18: Seni Ukiran Keris

Penutup

Keris merupakan khazanah bangsa yang memperlihatkan ciri yang unik.

Namun bergitu ‘sengatan’ keris kini dilihat sudah semakin hilang bisanya.

Sebagai bangasa yang sayangkan warisannya, keris harus terus dipelihara.

Page 19: Seni Ukiran Keris

Besi bukan sebarang besi, Itulah nama besi Khersani, Besi yang asal diturun Allah, Setahon Bugis berenang, Riak ditikam mati juga, Setahon musoh berjalan, Bekas ditikam mati juga.

(..petikan Hikayat Malim Dewa)

Page 20: Seni Ukiran Keris

Bibliografi:

Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karsam. 1999. Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Ciri dan Motif.Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu.

Mohammad Nazzri bin Ahmad, 2002. Pemikiran Melayu Dalam Seni Ukiran Melayu: Tumpuan Kepada Tiga Generasi Pengukir. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu.

Mustaffa Mohamad. 1987. Perkembangan Seni Ukir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Mohd Yatim. 1986. Simbolisma Dalam Kesenian Islam : Rujukan Kepada Nisan Kurun Ke-15 Di Semenanjung. Kuala Lumpur. Muzium Negara

Othman Mohd Yatim,2000. Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su Othman. Kementerian Kebudayaan kesenian dan Pelancongan.

Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa dan Jiwa.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.