seni naif

2

Click here to load reader

Upload: zarinah-kamaldeen

Post on 02-Jul-2015

805 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Naive Art

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Naif

Khayla’s Copyright © 2011

eni naif adalah seni yang bersifat keanak-anakan atau terlalu lurus(2007:1065). Seni aliran

ini biasanya menggunakan spektrum warna yang ceria dan juga rupa bentuk yang tidak

realistik. Hal ini kerana, perkataan naif itu sendiri membawa maksud tidak matang,

keanak-anakan dan lurus bendul. Sayangnya, apabila naif dikaitkan dengan seni catan, ia kurang

mendapat perhatian ramai kerana sifat karya seni itu yang diterjemahkan sebagai kebudak-budakan,

tidak serius dan terlalu mudah gaya pengkaryaannya Bahkan, seni catan gaya naif juga dianggap

sebagai tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, direkacipta oleh sesiapa sahaja, sedangkan

hakikatnya seni itu turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik yang harus dipelajari oleh para

pengkaryanya.

Spontaneity, humanism, freedom (ignorance or neglect

of the rules of logic and academic art) are the essential

characteristic of naivepainting. When one of t his component varnishes, pure naivety goes with it.

(Nebojsa Tomasevic, 1978: tanpa halaman)

Nebojsa Tomasevic dalam bukunya Naive Painter of Yugoslavia menerangkan bahawa kespontanan,

kemanusiaan dan kebebasan adalah ciri-ciri penting dalam karya seni naif. Apabila salah satu ciri

tersebut , maka hilanglah ketulenannya. Selain itu, gambaran terus daripada pengalaman, ketulusan,

jelas dan tidak rumit untuk ditafsir menjadi tarikan kepada karya seni naif.

Naive painting are also frequently crowded with detail

-especially awkwardly drawn figure – contrasting with flat areas of paint. Combined with a tendency to use bright, unnaturalistic colours,

this give Naive art vitality and a childlike innocence.

(Kindersley, 2008: 454)

S

Page 2: Seni Naif

Khayla’s Copyright © 2011

Dorling Kindersley menyatakan bahawa karya seni naif sesak dengan Subject Matter atau butiran.

Menggunakan warna yang datar, cerah dan tidak natural. Perkara-perkara ini menyebabkan karya

seni naif disifatkan sebagai keanak-anakan.

Menurut Yusof Gajah pula, pelukis seni naif ini biasanya tidak ada pendidikan formal dalam

bidang seni lukis. Lukisan yang dihasilkan juga bersifat keanak-anakan, dan mengambil alam sekitar

sebagai tema lukisan. Mereka juga tidak mengambil berat mengenai hal-hal yang bersangkutan

dengan seni seperti komposisi, warna, perspektif dan lain-lain. Pelukis seni naif dikategorikan

sebagai daif dan lurus bendul. Pelukis-pelukis naif bersifat tulus dan ikhlas dalam menghasilkan

karya. Walaupun pelukis naif menghasilkan karya yang beraliran sama tetapi mereka tetap

mempunyai perbezaan dari segi stail atau gaya.

Seni naif selalunya disinonimkan dengan istilah primitive art. Memang secara jelas wujudnya

kenaif an dalam semua hasil karya tersebut. Contohnya primitive art atau lukisan gua, memang

boleh dikategorikan sebagai naif art tetapi hasil itu dihasilkan oleh barbarian ataupun masyarakat

yang belum bertamadun. Manakala karya seni naif dihasilkan oleh masyarakat yang bertamadun.

Selain itu, berlaku juga kekeliruan ketika ingin mengenalpasti istilah Child art dan Naive art.

Perbezaan yang ketara adalah umur pelukis. Child art dihasilkan oleh kanak-kanak, dan kanak-kanak

melukis untuk menguatkan tangan mereka. Lukisan kanak-kanak akan berkembang mengikut

umurnya, manakala pelukis naïf tetap dengan gayanya. Seni naif mempunyai kualitinya tersendiri,

senang untuk mengenalpasti rupa bentuk lukisan tetapi sukar untuk mengintepretasikan karya

tersebut.