seni kraf

17
1.0 Pengenalan Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari generasi ke generasi seperti membuat batik, seni ukiran, anyaman, dan sebagainya. Kraf tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai malah ianya perlu dipelihara agar generasi yang akan datang masih mampu melihat dan mengenal serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam proses pembuatannya. Barang-barang kraf dihasilkan mengikut kaedah-kaedah tertentu yang memerlukan penelitian dan kreativiti di dalam penghasilannya. Kebanyakkan barang-barang kraf ini dihasilkan bagi tujuan kegunaan harian dan untuk tujuan kerohanian. Seseorang tukang itu menghasilkan sesuatu barangan bukan sahaj untuk kegunaan harian malah ianya mempamerkan keindahan seni serta kemahiran yang tinggi. Seni kraf Melayu juga merupakan penjelmaan kepada unsur-unsur dari alam semulajadi kepada satu bentuk seni rupa. Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti ‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam

Upload: wbf8264

Post on 19-Jan-2016

104 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Kraf

1.0 Pengenalan

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam

menggunakan tangan yang diperturunkan dari generasi ke generasi seperti membuat batik, seni

ukiran, anyaman, dan sebagainya.

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai malah ianya perlu dipelihara

agar generasi yang akan datang masih mampu melihat dan mengenal serta mempunyai

kemahiran dan pengetahuan di dalam proses pembuatannya. Barang-barang kraf dihasilkan

mengikut kaedah-kaedah tertentu yang memerlukan penelitian dan kreativiti di dalam

penghasilannya. Kebanyakkan barang-barang kraf ini dihasilkan bagi tujuan kegunaan harian

dan untuk tujuan kerohanian. Seseorang tukang itu menghasilkan sesuatu barangan bukan sahaj

untuk kegunaan harian malah ianya mempamerkan keindahan seni serta kemahiran yang tinggi.

Seni kraf Melayu juga merupakan penjelmaan kepada unsur-unsur dari alam semulajadi kepada

satu bentuk seni rupa.

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan

kecekapan. Kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti

‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft Today’ Poetry of the

physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan

pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian

dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.

Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan

kepercayaannya iaitu Islam. Sejak ribuan tahun lagi orang Melayu pada awalnya menganut

fahaman animisme dan menganut agama Hindu. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah

menyebabkan pengaruh Islam semakin berkembang kerana kebanyakkan mereka telah memeluk

agama Islam. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam

penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu

penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas

menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya

digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias

kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia

atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga

Page 2: Seni Kraf

tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham

dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah

membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga

bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau

binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah

melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias

seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang

paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga

dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri.

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa

mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama

yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi

menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam

jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan

keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar

dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk

mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu

sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula

menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai

dengan fitrahnya.

2.0       Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda

supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,

anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,

songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

           

2.1       Tembikar

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun

dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan

Page 3: Seni Kraf

keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat

daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan

rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalamtanur memiliki kekuatan

yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas

menyimpan air, balang dan sebagainya.

Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung,

jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labuyakni alat untuk

menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian

pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa

bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu

yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.

 Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan

terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik.

Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang

berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar

dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.

Motif Geometri seperti  garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis

keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur

kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut,

bunga tanjung dan sebagainya.

2.2       Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada

tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-

tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa

bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

            Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam

membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-

Page 4: Seni Kraf

tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam

merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan

yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk

mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan

menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini

berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang

mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun

pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat

Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan

semasa menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian

depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima

buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan

kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya)

berbicara dengan tuhan.

2.3       Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional

yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya

mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang

ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir

dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan

Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah

air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil

disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis

motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Page 5: Seni Kraf

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup,   putik,akar menjalar,  daun,

ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain  batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif

yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung

digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan

geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur

ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri

seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur

ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat

batik.

           

2.4 Ukiran

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat

Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta

masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti

seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang

mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di

negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh

dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu

teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan

gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk

ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Page 6: Seni Kraf

            Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-

rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan

mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik

tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-

alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu,

kereta kuda dan kereta lembu.

.           Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup

masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran

amat kuat pengaruhnya kepada pengukir.Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam

ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula

terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang.

Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal

dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris

berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh

dikaitkan dengan  sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris

juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa

dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan

mukjizat tuhan.

3.0 Kepentingan Mempelajari Seni Kraf Tradisional

Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung

dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat

diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid

sekolah.

3.1 Kepentingan mempelajari kraf tradisional;

Page 7: Seni Kraf

i. Menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu

dikekalkan.

ii. Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional perlu dipelajari supaya tidak akan lupus

ditelan zaman.

iii. Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik.

iv. Merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.

3.2 Kepentingan mengenali kraf tradisional

i. Mempelajari teknik membuat produk:

Setiap kraf mempunyai teknik yang tertentu dan tersendiri berbeza antara satu dengan lain.

Contohnya kraf tembikar menggunakan pelbagai teknik tertentu seperti picitan, kepingan dan

lingkaran pada tanah liat untuk membentuk objek.

ii. Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam

menghasilkan kraf yang berkaitan;

Setiap kraf menggunakan bahan yang tertentu untuk menghasilkannya. 

Contoh  kraf  anyaman  menggunakan  daun  pandan  atau  mengkuang untuk menghasilkan

objek.

iii. Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional;

Setiap kraf mempunyai motif yang berbeza pada ragam hias sesuatu objek. Contoh motif tapak

harimau dalam kraf anyaman.

iv. Warisan Bangsa

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu

masa dahulu. Kepandaian menghasilkan ciptaan kraf diwarisi secara turun-temurun. Contohnya

dalam penghasilan seni tekatan, ukiran, anyaman dan sebagainya.

v. Alam Semula Jadi

Page 8: Seni Kraf

Penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa,hasil daripada

pengamatan dan pemikiran penciptaannya. Tumbuhan (flora) seperti rupa daun, bunga dan

sebagainya dijadikan motif dalam menghasilkan karya. 

vi. Kepercayaan

Hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam, mendorong

mereka meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak.Hasil

ciptaan seni kraf Melayu adalah berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura

manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan.

vii. Persekitaran

Kraf tangan dihasilkan berdasarkan alam persekitaran. Sumber yang digunakan dalam proses

pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka dan melibatkan kelengkapan

domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan.

viii. Kreativiti

Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan

kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir

dari hari ke sehari yang merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga

digunakan sebagai kehidupan harian.

 

4.0 Aktiviti seni kraf yang sesuai untuk murid tahun 3

Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada

tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-

tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa

bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Page 9: Seni Kraf

Untuk aktiviti murid tahun 3, murid boleh melakukan aktiviti seperti berikut:

Tajuk : Seni kraf Tradisional (Anyaman)

Jenis anyaman : Anyaman siku keluang

Media : Alat: guntuing dan pembaris

Bahan : kertas warna, kertas lukisan, gam dank ad manila

Bahan Bantu Belajar : Contoh anyaman kelarai siku keluang

EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Faedah atau kelebihan yang murid dapat hasil daripada aktiviti ini:

a. Secara umum

i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan,

warna, harmoni dan kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi

dan karya seni dalam penghasilan anyaman siku keluang.

ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual  menerusi

penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman siku keluang.

iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam

penghasilan anyaman.

iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni

visual, sejarah seni dan budaya.

b. Secara khusus

i. Persepsi Estetik 

Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa

seni visual yang ada pada anyaman.

Unsur seni - Garisan – lurus, Rupa – geometri, Jalinan-tampak

dan sentuh, Warna-primer atau sekunder atau gabungan kedua-

dua warna

Prinsip rekaan - Harmoni – kelarai, Kontra – warna.

Page 10: Seni Kraf

ii. Aplikasi Seni  

Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni

visual,  media, serta proses dan teknik dalam penghasilan

anyaman.

Mengenal dan menyatakan  jenis media - Alat – gunting, bahan

- mengkuang atau pandan  atau kertas warna, dan gam dan

memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya.

iii. Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni

visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan

menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian

 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam

penghasilan karya

iv. Apresiasi Seni 

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan berpandukan bahasa seni visual.   

 Mempamerkan karya yang dihasilkan

Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Page 11: Seni Kraf

Contoh hasil kelarai siku keluang

5.0 Penutup

Seni kraf tradisional telah lama wujud sejak dahulu lagi namun sebelum kedatangan

Islam seni kraf mereka lebih banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme mereka dan juga

kepercayaan terhadap agama terdahulu iaitu Hindu. Setelah kedatangan Islam terdapat sedikit

perubahan kepada motif dan ragam hias yang lebih menumpukan kepada motif flora yang mana

ianya lebih lembut berbanding motif haiwan.

Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan

warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga

mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya.

Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup

tradisional masyarakat Melayu dan rumpun nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding

pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat

Page 12: Seni Kraf

di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang

sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.

Estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna,

antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, tenang,

hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, hambar, sentimental dan tragik. Berekspresi estetik

merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini

terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin

merefleksikan keradaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan.

Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam

kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya, sama ada keperluan primer, sekunder,

ataupun keperluan budaya lainnya, yang berkaitan dengan perasaan baik dan benar, adil dan

tidak adil serta masuk akal atau sebaliknya.

Kecanggihan menghasilkan objek seni ini boleh dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan

pemikiran matematik. Motif yang digunakan serta anyaman yang teliti sebenarnya dipengaruhi

dengan pemikiran saintifik bahkan coraknya juga adalah dalam bentuk geometri.

Page 13: Seni Kraf

Rujukan

Ku Zam Zam Ku Idris (1984).Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu. Dewan Budaya,

hlm.40-43.

Othman Mohd Yatim(1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam.Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa & Pustaka.

Sidi Gazalba (1977). Pandangan Islam Tentang Kesenian.Kuala Lumpur. Penerbit Pustaka

Antara.

Siti Zainon Ismail, (1986), Rekabentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Rujukan laman sesawang

http://webcache.googleusercontent.com/search?hl=en&gbv=2&q=cache:u-

C7VNzRyRUJ:http://resam-melayu.com/2010/06/kesenian-anyaman-melayu-antara-kreativiti-

dan-sainstifik.html+jenis-jenis+seni+kraf+di+malaysia&ct=clnk