senggaraan_kereta

35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com Muka Surat 1 drp 35 Oleh : Azman Said

Upload: newold1981

Post on 14-Jun-2015

2.955 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tip mudah menyelengara kereta

TRANSCRIPT

Page 1: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 1 drp 35

Oleh : Azman Said

Page 2: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 2 drp 35

EDISI PERCUMA

RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR VOLUME 1

MAHUKAH ANDA !

Ø MENGETAHUI FUNGSI SISTEM Ø MENGETAHUI TIP ASAS BAGAIMANA ANDA SENDIRI MAMPU LAKUKAN Ø TAHU PENGIRAAN PENGGUNAAN BAHAN API VERSUS KILOMETER

Page 3: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 3 drp 35

Dengan eBook ini, PEMBACA:

[Boleh] mencetak dan mempraktikkan ilmu dan teknik yang diajar

[Boleh] menjadikannya sebagai bonus produk anda

[Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan isi kandung

[Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara

[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri

[Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog,

web lelong atau seumpamanya

Penafian: Ilmu automotif ini adalah bertujuan untuk dikongsi secara jujur dan

menyampaikan idea dan teknik adalah hasil pengalaman sendiri yang dilakukan sendiri

berdasarkan pengalaman yang lampau. Tidak diberi jaminan yang diperakukan bahawa

maklumat yang terkandung di dalam ilmu automotif ini adalah tepat dan lengkap.

Penulis tidak bertanggungjawab di atas apa-apa risiko kerosakkan, kerugian atau liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ilmu automotif ini, secara langsung atau tidak. Teknik dan idea yang ditunjukkan oleh penulis tidak ada jaminan ianya berhasil untuk semua pihak atau semua jenis kenderaan.

Page 4: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 4 drp 35

KANDUNGAN

1. PENGENALAN 2. SENARIO PENTING

3. ASAS SISTEM

4. SISTEM BREK FUNGSI,TIPS DAN TROUBLE SHOOTING

5. SISTEM PENYEJUKAN FUNGSI,TIPS DAN TROUBLESHOOTING

6. PENGIRAAN PENGGUNAAN BAHANAPI VS KM 7. RUMUSAN

Page 5: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 5 drp 35

PENGENALAN Pembaca yang dihormati,

Sejak dahulu lagi saya dijadikan konsultan oleh adik beradik,saudara mara,kawan dan kenalan rapat apabila mereka inginkan pendapat,pandangan atau menghadapi masaalah mengenai kenderaan mereka.Adalah jelas disini apa yang mereka mahukan adalah supaya mereka tidak tertipu atau terpaksa membayar lebih yang tidak sepatutnya berlaku.

Akhirnya saya terfikir mengapa ingin membantu pada segelintir orang sahaja dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.Justeru saya membuat keputusan mengumpul data data untuk menghasilkan repot dan akhirnya saya dapat menyiapkan satu laporan RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR vol 1 untuk dikongsikan dan dedahkan maklumat maklumat untuk semua pembaca.Lapuran yang saya akan kongsikan adalah pengalaman sebenar yang saya lalui dan yang saya praktikkan dan diharap ianya dapat memberi manafaat dan pendorong untuk bertindak secara positif dengan mengambil inisiatif untuk mencuba dengan ilmu yang saya berikan.Ilmu RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR vol 1 adalah hasil tulisan pertama saya dari pengalaman praktikal dan juga teori dan saya akan fokus kepada asas mudah bagaimana setiap pemilik kenderaan tiada masalah untuk melakukannya.

SELAMAT BELAJAR... Yang Benar, AzmanSaid.

Page 6: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 6 drp 35

SENARIO PENTING Pernahkah anda mengalami kenderaan tidak boleh dihidupkan,kenderaan anda tiba tiba mengalami overheated,brek kereta berbunyi bila digunakan,tayar kereta baru bunga makan tak seimbang,wiper blade berbunyi bila digunakan,horn kereta kejap bunyi kejap tak bunyi,signal lampu tak berkedip,lampu menyala sebelah dll.Bagaimana jika anda mengalami salah satu dari perkara di atas?.Apakah sebab perkara di atas berlaku? Tahukah anda ianya boleh mendatangkan bahaya pada anda,keluarga anda dan juga pengguna jalan raya yang lain?Jadi anda kena belajar dan ambil tahu bagaimana mengelakkan perkara ini dari berlaku.Perkara pertama anda perlu tahu adalah belajar mengenal nama sistem dan fungsinya. Saya akan menerangkan beberapa asas sistem sistem yang terdapat dalam sesebuah kenderaan dan juga fungsinya disamping itu saya akan menerangkan tip penjagaan dan juga trouble shooting.

ASAS SISTEM Didalam sesebuah kenderaan terdapat beberapa sistem dan setiap sistem mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri.Ianya ibarat saperti tubuh anggota badan manusia yang mempunyai jantung,tangan,kaki,mata,telinga dan lain lain.Bayangkan jika jantung kita lemah maka tenaga kita turut terjejas.Bayangkan pula tangan kita cacat,jantung kita baik maka tenaga kita tidak terjejas cuma sistem tangan sahaja yang terjejas.Ini bermakna jantung

Page 7: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 7 drp 35

ibarat saperti engin kereta dan sistem lain adalah bantuan untuk melakukan pergerakkan masing masing.

Baiklah, di dalam sesebuah kenderaan ada beberapa sistem dan sistem tersebut adalah saperti berikut;

A.Sistem enjin terbahagi kepada beberapa sistem

1. Sistem penyejukkan 2. Sistem pelinciran 3. Sistem bahan api dan sistem pembakaran 4. Sistem penapis udara 5. Sistem sensor 6. Sistem ignition (penyalaan) 7. Sistem dalaman enjin 8. Sistem tambahan (turbo,inter cooler dll)

B. Sistem bantuan terbahagi kepada beberapa sistem

1. Sistem brek 2. Sistem penyerap gegaran 3. Sistem pendawaian letrik 4. Sistem transmission 5. Sistem exzos 6. Sistem steering dan jajaran roda 7. Sistem wiper 8. Sistem tambahan (central locking,alarm dll)

Page 8: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 8 drp 35

Untuk laporan RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR VOL 1 saya cuma akan menerangkan fungsi,tip penjagaan dan trouble shooting untuk Sistem Brek dan Sistem Penyejukkan. Untuk sistem yang lain pembaca perlulah menunggu lapuran RAHSIA MEKANIK TEBONGKAR VOL 2.

SISTEM BREK Sistem brek mengandungi beberapa komponen penting saperti berikut;

1. Minyak brek -sama ada berwarna merah atau tanpa warna 2. Brek assembly -mengandungi Power boosters,Master Selinder,Reservoir,Pipe,Pedal, 3. Disc,Pad,Shoe,brake wheel selinder dan HandBrek

4. Air Vacuum line– di ambil dari salah satu point dimanifold. 5. Lampu brek – brek belakang dan tengah(wajib)

PERJALANAN DAN FUNGSI SISTEM BREK Dalam keadaan normal sistem brek tidak akan aktif dan tiada tindak balas ke atas komponen di atas.Apabila anda mula menekan pedal brek maka linkage mekanisma dari pedal brek ke power booster mula bertindak.Tindakan ini memaksa power boosters menekan master selinder dan mengakibatkan tekanan dalam sistem paip.Akhirnya menyebabkan selinder brek menekan brek pad (brek depan) dan juga brek shoe (brek belakang) dan mencengkam disc brek (depan) dan drum (belakang).Akhirnya akan menyebabkan kelajuan pusingan tayar akan diperlahankan disebabkan oleh geseran tadi.

Page 9: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 9 drp 35

Apabila anda melepaskan pedal brek secara automatik master selinder akan bertindak untuk balik ke tempat asal bila bendalir minyak brek tidak di mampat lagi.Proses ini akan berlaku berulang kali mengikut tindakan pedal yang digunakan. Nota :

1. Power boosters di dalamnya mempunyai diaphragm dan pergerakan diaphragm dibantu oleh vacuum dari point manifold.Jika vacuum ini tersumbat atau diaphragm bocor boleh menyebabkan tekanan pedal akan terasa berat.

2. Lampu Brek belakang akan menyala setiap kali pedal ditekan.Dibawah pedal mekanisma ada satu suis.Bila pedal ditekan switch turut tertekan dan menyebabkan lampu brek menyala. 3. Handbrake digunakan ketika parking sahaja.Bila handbrek ditarik maka cable menyentap brek selinder dan memaksa brek shoe atau brek pad untuk mengembang dan menekan brek drum atau disc brek.(hanya untuk brek belakang sahaja)

TIP PENJAGAAN BREK Sistem brek adalah salah satu sistem utama dalam sesebuah kenderaan.Jika sistem brek berfungsi dengan kurang baik kemungkinan hilang kawalan boleh berlaku dan menyebabkan kemalangan adalah tinggi.Oleh itu beberapa tip dibawah haruslah dilakukan.

Page 10: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 10 drp 35

1.Periksa takungan minyak brek. Pastikan level minyak brek di dalam linkungan MIN – MAX (ada tertulis ).Jangan biarkan takungan minyak kosong.Ini akan menyebabkan brek kurang kesan atau terpaksa pump pedal beberapa kali untuk brek mencengkam. Tambah minyak brek sama jenis jika paras minyak kurang dari MIN.Harus di ingatkan sekiranya minyak berkurang bukan disebabkan kebocoran maka brek pad atau brek shoe telah haus. 2.Pemeriksaan lanjut. Jika perkara ini berlaku anda perlulah berjumpa dengan mekanik untuk di pereksa sama ada kehausan adalah minima atau maksima.Anda mesti melihat sendiri brek pad atau brek shoe itu .Jangan biarkan mekanik membuat keputusan.Dipermukaan brek pad atau brek shoe biasanya jenis adbestos dan ketebalan asal lebih kurang 10mm(bergantung pada jenis) dan sekiranya ketebalan menghampiri lapisan besi atau kepala pivot (tempat dimana adbestos dipakukan) anda di sarankan supaya terus menukarnya.Jika sebaliknya akan menyebabkan kerosakan pada permukaan disc atau drum dan kos akan meningkat.

3.Kebocoran minyak. Kebiasaannya kebocoran minyak brek berlaku pada tempat tertentu sama ada dilihat secara fizikal maupun pemereksaan.Saperti kes 1 di atas tadi minyak berkurang dan sentiasa menambah minyak sudah tentu ada kebocoran.Sekiranya ini berlaku perkara berikut perlu diperiksa.Periksa setiap brek depan dan belakang.Di setiap brek ditayar ada satu wheel selinder yang mengandungi piston dan O ring seal.Biasanya piston atau O ring atau

Page 11: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 11 drp 35

kedua duanya haus maka apabila berlaku tekanan pada pedal brek,minyak akan terkeluar pada tempat yang haus.Sekiranya selinder brek tiada masalah, periksa pula master selinder yang dipasang bersama dengan takungan.Lihat penyambung pipe kemaster selinder ada tak terdapat kebocoron.Lihat juga kebocoran di takungan selinder yang dipasang dimaster selinder.Kebiasaan inilah bahagian yang biasa berlakunya kebocoran Ada juga kes kes terpencil berlakunya kebocoran saperti pipe brek itu sendiri pecah,bengkuk disebabkan oleh terlanggar benda asing dibahagian bawah kenderaan. 4.Handbrek. Standard handbrek apabila ditarik lebih kurang 2 ½ hingga 3 inci rengangan yang diukur pada penghujung knob.Sekiranya melebihi paras renggangan maka hendaklah dilaraskan.Pelarasan boleh dilakukan pada adjustable sekeru yang terletak dibawah kenderaan.Anda cuba mengunakan adjustable spanner dan pusingkan mengikut arah jam sehinggalah limit renggangan tercapai.Sekiranya pusingan dah kemaksima ada kemungkinan brek shoe atau pad sudah haus. 5.Lampu Brek. Pendawaian lampu brek akan aktif bila kunci kereta diONkan dan menunggu pedal brek digunakan.Andai kata ketika pedal brek ditekan dan didapati brek tidak menyala maka periksa fuse di dalam fuse box yang tertulis brek.Cabut fius dan lihat wire di dalam fius tak putus.JIka normal pereksa suis dibawah pedal arm.Suis jenis ini adalah jenis quick return switch(ada tombol) yang mana bila pedal ditekan suis akan ditekan dan bila pedal dilepaskan

Page 12: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 12 drp 35

suis akan kembali ke asal.Pada keadaan ditekan inilah menyebabkan pengaliran arus terus ke bulb dan menyala.Jika suis ini normal maka periksa bulb yang mungkin sudah terbakar.Jikalau bulb normal ini bermakna ada leakage pada sistem wiring.Biasanya earthing tak kuat atau contact tak cukup bagus.Bab letrik ini anda perlu ada sedikit pengalaman yang penting anda dah tahu macam mana nak trace problem.

TROUBLE SHOOTING SISTEM BREK 1. Lampu brek sentiasa menyala apabila suis kereta ON. Periksa suiz di pedal arm atau tukar suiz tersebut

2. Brek lampu menyala sebelah sahaja atau brek ketiga tak menyala bila pedal ditekan. Periksa bulb yang tak menyala jika didapati terbakar tukar baru.Jika filement didapati dalam keadaan baik ini bermakna ada berlaku leakage ataupun loose contact 3. Brek ditekan terasa keras. Periksa hos yang di sambung dari manifold ke power booster.Pereksa samada ada kebocoron ataupun tersumbat.Jikalau normal ada kemungkinan booster diaphram dah rosak.Selain daripada itu pereksa pedal linkage ada kemungkinan ia tersangkut boleh terjadi. 4. Brek ditekan bunyi saperti geseran kedengaran. Ada beberapa kemungkinan keadaan ini boleh berlaku.Dalam keadaan sudah lama tak diservis brek pad atau brek shoe akan mengeluarkan habuk dan habuk ini adalah

Page 13: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 13 drp 35

puncanya brek berbunyi bila ditekan,Apa yang perlu dilakukan adalah mengeluarkannya dengan menggunakan air blower dan tembak kekawasan brek tersebut.Jika cara ini tak memberi apa apa kesan dan brek masih berbunyi ada kemungkinan pad atau brek shoe sudah haus.Ada juga kes dimana plate pad terkeluar dari kedudukannya boleh tergesel 5. Brek ditekan dan kenderaan dibawa kekiri atau kekanan. Pastikan yang alignment dan tayar balancing dalam keadaan normal.Kemudian baru periksa salah satu perkara berikut ; Jika ketika membrek dan kenderaan di bawa kearah kanan ini bermakna brek kiri jam dan sebaliknya.Kes begini hendaklah berjumpa dengan mekanik di pereksa sama ada minyak tersumbat atau piston jam. 6.Brek di tekan tetapi brek tak mencengkam. Kebiasaan masaalah ini berpunca dari sistem brek sudah dimasuki udara.Apa yang harus anda lakukan adalah berjumpa dengan mekanik untuk dibuat bleeding iaitu mengeluarkan udara dalam sistem brek.

Page 14: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 14 drp 35

GAMBARAJAH SISTEM BREK DAN KOMPONEN

Page 15: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 15 drp 35

SISTEM PENYEJUKAN Sistem penyejukan sesebuah enjin mempunyai beberapa komponen penting saperti berikut ; 1.Tangki air (radiator) 2. Penutup tekanan air tangki (pressure cap) 3. Suis Sensor Temperature 4. Hose 5. Thermostat 6. Water pump 7. Water jacket 8. Expansion(Reserve) tank 9. Fan (Kipas Angin)

PERJALANAN DAN FUNGSI SISTEM PENYEJUKAN Fungsi Radiator tank Tempat penyimpan air sistem penyejukkan dan mempunyai fin dan ruang saluran air yang menyalur air melalui hose ke enjin water jacket.Ianya juga untuk proses penyejukan air Pressure cap Selain sebagai penutup radiator ia berfungsi sebagai pengawal tekanan air didalam tangki air.Mempunyai pressure spring yang menutup dan membuka supaya tekanan lebihan membolehkan air disalurkan ke expension tank.

Page 16: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 16 drp 35

Temperature suis Memberi signal kepada kipas samada untuk rehat ataupun berfungsi dan ia bergantung kepada setting suis yang ada tertulis disuis tersebut.Biasanya terletak dibawah bawah tangki.

Kipas angin Dipasangkan didepan tangki.Tujuan kipas ini adalah untuk menyejukkan air tangki. Expansion Tank Dipasang berdekatan dengan tangki air dimana ada satu hose kecil bersambung dengan

tangki air dibahagian tengkuk tangki.Mempunyai paras air MIN -MAX dan pastikan air

sentiasa berada dalam limit tersebut.Sebagai backup dan menerima dan mengeluar air

berdasarkan takat tekanan air yang dkawal oleh pressure cap. Hose Mempunyai 2 hose utama,bahagian atas dan bahagian bawah.Bahagian bawah dimana air

telah disejukkan disalurkan ke enjin dan bahagian atas menerima air panas dari enjin

Thermostat Digunakan untuk mengawal suhu enjin dan akan terbuka bila suhu enjin meningkat dan

mengawal pengaliran air ke tangki.

Page 17: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 17 drp 35

Water pump Dipusingkan melalui tali kipas dan berfungsi sebagai pump pengaliran untuk sistem

penyejukan.Ia dipasang dienjin bahagian depan. Water jacket Tempat saluran air mengalir didalam blok enjin.

Perjalanan sistem Ketka mula enjin dihidupkan air didalam water jacket akan mula memanas dan dimasa yang sama thermostat akan tertutup untuk memastikan suhu enjin tercapai.Ini bermakna walaupun water pump berpusing air dalam enjin tidak akan ketangki.Apabila suhu tercapai maka thermostat akan terbuka dan air yang panas dari enjin akan menyalur melalui hose bahagian atas ketangki dan air yang sejuk dalam tangki akan menyalur melalui hose bahagian bawah akibat sedutan pump.Ketika air panas dari enjin memasuki ketangki suis temperature akan terangsang dan memberi signal apabila tahap suhu air dalam tangki meningkat untuk kipas berputar.Pada masa yang sama jika berlaku lebihan tekanan penutup tekanan,tekanan yang terhasil akan menekan pressure spring dan air akan keluar terus memasuki expansion tank.Tindakan ini akan berlaku mengikut suhu air dalam tangki dan juga suhu air dalam enjin.

Page 18: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 18 drp 35

TIP PENJAGAAN SISTEM PENYEJUKAN Penjagaan sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin.Enjin boleh berlaku overheated jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel.Dan ini boleh mengakibatkan blok head bengkok,air masuk dalam sistem pelinciran dan boleh menyebabkan enjin jam. 1.Radiator Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air.Bersihkan fin dari sebarang habuk,sampah dan benda asing dengan menyembur air di fin tersebut.Jangan gunakan tekanan air.Pastikan air tidak berkarat dan jika berkarat flash air tersebut dengan membuka hose bawah dan masukkan hose air kedalam mulut hose yang dibuka.Biarkan air memasuki dalam enjin sehingga air karat habis keluar di dalam enjin dan juga di dalam tangki.Anda boleh melihat pada penghujung lubang tangki yang dibuka.Disyorkan selepas selesai penuhkan tangki dengan air bersih masukkan coolant dan juga anti corrosion supaya ia membantu air baru tadi tidak mudah karat. 2.Pressure Cap Periksa keadaan spring dan juga rubber seal tidak rosak.Secara teknikal cap ada tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi dengan menekan spring tersebut ia berfungsi atau tidak.

Page 19: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 19 drp 35

3.Kipas angin Periksa kipas angin tiada sampah terlekat dikipas.Bila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan adalah normal tampa terdengar bunyi yang abnormal.Sekiranya didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan contact longgar atau kemungkinan carbon motor dah haus.Jika contact normal bermakna carbon motor dah haus dan kena tukar. 4. Sensor Temperature Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari tolok meter dipanel ada kemungkinan sensor ini kotor ataupun rosak.Cara terbaik untuk test adalah dengan menggunakan screw driver atau wire dan sentuh kedua dua point .Jika kipas berpusing ini bermakna sensor ini ada masalah.Disyorkan tukar baru sahaja. 5.Hose Jika didapati ada tanda tanda retak,luka disyorkan tukar baru berserta dengan clip baru.Juga pereksa sekali hose kecil yang menyambung dengan sistem ini. 6.Water pump Periksa betul betul jika ada tanda tanda air keluar disekeliling water pump.Ada 2 sebab jika berlaku sama ada gasket atau pump housing retak .Kalau ini berlaku disarankan segera tukar pump baru.Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan menukar gasket

Page 20: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 20 drp 35

7.Thermostat Pemereksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak didalam.Ada kes tertentu thermostat jam boleh menyebabkan enjin overheated.Oleh itu jika ia berlaku anda boleh buka 2 nut screw dan buangkan.Kes kecemasan sahaja. 8.Expansion tank Pastikan air dalam tangki ini dalam paras antara minima dan maksima.Pemereksaan seeloknya sebelum enjin dihidupkan.Ingat jangan melebihi paras Maksima.

TROUBLE SHOOTING SISTEM PENYEJUKAN 1.Tangki air kurang air. Periksa tiada berlaku kebocoran pada tangki,hose,water pump dan juga pressure cap.Sekiraya enjin kereta pernah mengalami overheated kemungkinan besar air sentiasa hilang. 2.Kipas angin tak berpusing. Periksa connection wire,fuse box,sensor temperature dan fan motor. 3.Suhu meter di panel tak naik. Periksa cable wire yang di pasang di enjin tidak longgar atau rosak. 4.Bila jalanraya sesak suhu enjin meningkat tapi bila berjalan suhu turun. Ada beberapa kemungkinan berlaku.Semasa kereta bergerak penyejukkan berlaku secara angin luar yang terus menyejukkan tangki air dan ini selalunya kipas tak akan berfungsi

Page 21: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 21 drp 35

disebabkan tahap suhu sentiasa dibawah paras setting.Sebaliknya jika kenderaan dalam keadaan sesak kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai.Jika pusingan kipas perlahan maka suhu didalam tangki lambat turun.Ataupun sensor ada masaalah dengan setting dan lambat cut in atau water pump impeller dah rosak.Oleh itu pereksa dalam keadan static (DIRUMAH) dan tenguk pusingan kelajuan kipas,bila kipas berpusing dan berhenti tenguk suhu dipanel.Kalau ini normal pereksa air tangki dan kalau normal dan suhu masih tinggi kemungkinan besar impeller pump rosak.

Page 22: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 22 drp 35

Water Pump Thermostat GAMBARAJAH SISTEM PENYEJUKAN DAN KOMPONEN

Page 23: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 23 drp 35

PENGIRAAN PENGGUNAAN BAHAN API VERSUS KILOMETER Pernahkah anda mengira penggunaan bahan api kereta anda?.Berapakah sebulan pembelanjaan bahan api kereta anda?.Tahukah pengunaan bahan api kereta manual dan kereta automatic berbeza?.Tahukah anda penggunaan bahan api dibandar dan dihighway berbeza?. Baiklah sekarang mari kita belajar cara bagaimana hendak bermula dari awal.Bawa kereta anda kemana mana petrol stesen yang biasa anda pergi ,tak kiralah petronas,shell,mobil, caltex,esso dan isikan bahan api kereta anda hingga full tank. Ambil bacaan kilometer dimeter atau setkan dengan menekan butang atau pulas sehingga meter dibawah kosong. Kes 1 -Perjalanan jarak jauh (highway).Andaikata anda berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur.Tadi katakan anda telah isi petrol full tank dan telahpun melekapkan perjalanan ulang alik.Seterusnya isi balik petrol full tank dan catit jumlah wang yang dibayar berserta liter yang diisikan. Andaikata ulang alik Seremban – KL jaraknya adalah 150KM.Pengunaan petrol setelah dipenuhkan kembali adalah RM30 dan liter adalah 16.67liter(Ron 95) .Maka secara ilmu hisab anda boleh mengira 1 KM bersamaan berapa liter Kes 2 perjalanan didalam bandar.Sama juga caranya isikan petrol penuh dan gunakan sehingga beberapa jam dijalan raya yang jam.Selepas meter petrol berkurang isikan kembali sehingga penuh dan ambil data saperi diatas.

Page 24: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 24 drp 35

Jadi anda sekarang dah ada maklumat tentang pengunaan bahanapi vs km dan pandai pandai lah bagaimana nak berjimat cermat.Anda boleh rujuk buku speksifikasi kereta anda tentang penggunaan(consumption) yang ada dinyatakan.

Page 25: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 25 drp 35

RUMUSAN

Diharapkan lapuran automotif yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan bagaimana anda sendiri mampu menjaga kereta anda dan juga cuba mempraktikkan apa yang disyorkan didalam lapuran ini.Jadikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan selamat ketika memandu. Disiri akan datang saya akan menerangkan beberapa sistem yang lain disamping akan saya jelaskan bagaimana anda boleh jimatkan kos senggaraan jika anda ikut cara saya.Saya juga akan menerangkan pengalaman sendiri menukar atau membaiki sendiri dan jimat lebih dari 50% hanya memakan masa tak sampai 40 minit. Semoga anda berjaya dan salam hormat.

Page 26: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 26 drp 35

Maklumat Tambahan

Saya ada merancang membuat beberapa ebook panduan praktikal cara membaiki sistem kereta dan salah satu adalah mengenai bagaimana anda sendiri boleh memasang sistem water fuel dengan hanya mengetahui beberapa perkara penting sahaja dan juga merancang mengajar secara praktikal bagaimana anda sendiri boleh jadi pakar dengan sistem water fuel.Dengan sistem ini anda boleh jimatkan penggunaan bahanapi sebanyak 30% hingga 50% penggunaan bahanapi dan meningkatkan kuasa kuda enjin kereta anda 5% hingga 10%.Pemasangan sistem ini didalam market buat masa sekarang dalam lingkungan RM500 sehingga RM800 tetapi ada kebanyakan cara pemasangan pada pendapat dan pengalaman saya tak berapa proessional Bayangkan jika anda sendiri menjadi pakar dan cara pemasangan anda lebih professional?. Jadi tunggu keluaran buku ini......

Page 27: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 27 drp 35

Produk PERCUMA untuk Anda

Download

Download

Page 28: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 28 drp 35

Download

Download

Page 29: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 29 drp 35

Download

Download

Page 30: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 30 drp 35

Download

Download

Page 31: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 31 drp 35

Download

Download

Page 32: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 32 drp 35

Download

Download

Page 33: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 33 drp 35

Download

Download

Page 34: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 34 drp 35

Download

Download

Page 35: senggaraan_kereta

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta ___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ www.gempaknewbie.com

Muka Surat 35 drp 35

Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team

Anda dapatkan Bonus tersebut

DI SINI.

Dah download..baru tau..☺☺☺☺