senario pendidikan muzik kbsm sekolah-sekolah di negeri perak

Upload: suhaimi-shoib

Post on 11-Jul-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SENARIO PENDIDIKAN MUZIK KBSM SEKOLAH-SEKOLAHDI NEGERI PERAK

TRANSCRIPT

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

SENARIO PENDIDIKAN MUZIK KBSM SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK Oleh Ummu Rahmah Binti Arifin Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur, Taiping, Perak.

AbstrakMata pelajaran pendidikan muzik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1995 sebagai satu kesinambungan dari pendidikan muzik di sekolah rendah. Namun adakah pendidikan muzik di sekolah menengah ini berjalan dengan baik? Penulisan ini akan membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru dalam melaksanakan program pendidikan muzik ini. Pengalaman penulis sebagai bekas guru muzik KBSM dan temu bual di antara guru-guru muzik sekolah menengah di negeri Perak juga merupakan rujukan utama di samping rujukan ilmiah (literature review). Penulisan ini hanya mencakupi sekitar negeri Perak dan mungkin tidak sesuai di buat rujukan bagi negeri-negeri lain. Penulisan ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran apa yang terjadi di sekolah menengah di negeri Perak dalam menjayakan program pendidikan muzik KBSM.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

PengenalanPendidikan Muzik di sekolah rendah (KBSR) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 dan ini bermaksud setiap murid di sekolah rendah wajib mengikuti mata pelajaran ini. Sebagai satu kesinambungan, Pendidikan Muzik (KBSM) diwujudkan pada tahun 1995 di peringkat sekolah menengah namun ia hanya satu mata pelajaran elektif. Hanya pelajar-pelajar yang berminat dan melepasi uji bakat akan mengikuti mata pelajaran ini. Tujuan diadakan mata pelajaran ini dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah adalah untuk membantu

memperkembangkan sahsiah pelajar dari aspek estetik, kreatif dan persepsinya supaya dapat mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam urusan hidupnya serta mengenali identiti bangsa. Pendidikan muzik di sekolah menengah juga menekankan pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia. Peranan Pendidkan Muzik juga adalah untuk memberikan penekanan ke arah pembentukkan kualiti diri dan sahsiah kanak-kanak merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika, dan etika. Disamping itu, Pendidikan Muzik mengambil kira aspek budaya untuk pemupukan perasaan cinta dan bangga terhadap Negara ( Mohd Salleh Lebar 1996).

Pendidikan

Muzik

peringkat

sekolah

menengah

juga

bertujuan

memperkembangkan tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik iaitu penggunaan seimbang di antara otak kiri dan kanan seseorang pelajar itu disamping dapat mencungkil bakat dan juga kemahiran yang terpendam dikalangan pelajar. Muzik meliputi segala

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

bentuk maklumat, kemahiran, sikap dan ia sepatutnya dapat memperlihatkan kreativiti dan ekspresiasi setiap individu ( Charles R. Hoffer 1991).

Tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa yang sedikit untuk mata pelajaran muzik. Muzik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Zoltan Kodaly,1995). Penglibatan kanak-kanak dalam muzik amat penting. Muzik merupakan satu bahan perantaraan yang dapat melancarkan sesuatu pembelajaran dan didapati sembilan daripada sepuluh orang bangsa Amerika menyatakan bahawa kanak-kanak mereka lebih kreatif dan mempunyai imaginasi yang kuat, lancar bertutur, dan dapat menguasai kemahiran menulis melalui penglibatan mereka dalam muzik ( Louis Harris Poll 1996).

Penglibatan pelajar dalam pendidikan muzik KBSM di sekolah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari muzik tradisional, muzik barat dan juga bahasa muzik. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik ini menekankan kepada

kemahiran teori dan praktikal. Di samping itu, pendidikan muzik di tahap menengah atas juga terdapat satu bentuk peperiksaan sumatif iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Satu peluang keemasan kepada pelajar-pelajar kerana bayaran peperiksaannya tidaklah semahal peperiksaaan swasta seperti Associated Board of the Royal School of Music (ABRSM), London atau Music of Trinitty, USA (Mohd Hassan 1998).

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Apa sebenar yang berlaku di sekolah ?I) Sukatan

Apa yang berlaku di sekolah tidaklah sehebat mana yang diharapkan oleh kementerian. Guru-guru mengalami masalah di mana mereka tidak dapat menghabiskan sukatan kerana terlalu banyak topik yang perlu diajar dalam setahun. Guru menghadapi dilema dalam menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan keperluan memberi lebih masa untuk berbincang, bersoal jawab ataupun menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih kreatif dan relaks. ( Rosnani Hashim 1995).

Sebagai contoh, dalam pendidikan muzik semasa di tingkatan satu, pelajar-pelajar dikehendaki mempelajari nyanyian, kibod, rekoder, bahasa muzik, muzik barat, muzik Malaysia dan kompang. Di tingkatan dua pula, pelajar-pelajar dikehendaki mempelajari nyanyian, kibod, rekoder, bahasa muzik, muzik barat, muzik Malaysia dan caklempong manakala di tingkatan tiga, mereka perlu mempelajari nyanyian, kibod, rekoder, bahasa muzik, muzik barat, muzik Malaysia dan gamelan. Setiap satu topik di atas mempunyai begitu banyak sub-sub topik yang perlu disampaikan. Ini bukan hanya akan memberi masalah kepada guru malahan pelajar. Terlalu banyak yang perlu mereka ingat sehingga ia kadang kala boleh membuat pelajar merasa bosan dan seterusnya tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik.

II) Penilaian

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Penilaian pendidikan muzik dibahagikan kepada dua iaitu penilaian berasaskan sekolah dan Lembaga Peperiksaan. Penilaian pendidikan muzik iaitu ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun adalah berbentuk formatif kecuali tingkatan lima di akhir tahun mereka akan menduduki peperiksaan berbentuk sumatif iaitu SPM. Penilaian bertulis SPM adalah berformatkan struktur dan esei. Apa yang berlaku disekolah ialah guru pendidikan muzik harus menyediakan kertas soalan bukan hanya untuk peperiksaan biasa malah peperiksaan percubaan SPM. Ini amat berlainan sekali dengan mata pelajaran lain di mana selalunya kertas peperiksaan percubaan SPM disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Seandainya hanya terdapat seorang guru muzik sahaja disekolah maka ini bermaksud guru itu akan dibebani dengan tugas untuk menyediakan dan menanda kertas soalan bagi setiap tingkatan yang diajar Disamping itu,guru muzik tingkatan empat dan lima juga harus menilai folio pelajar disamping penilaian amali. Terdapat segelintir guru muzik masih tidak memahami bagaimana hendak menjalankan penilaian diperingkat ini. Tiada pendedahan bagi guru-guru ini mengetahui prosedur perlaksanaannya. Temu bual yang dilakukan terhadap dua orang guru muzik dari Ipoh iaitu Puan Florina Quah dan Y.M Raja Sulaiman mendapat mereka tidak tahu apakah langkah-langkah persediaan yang diperlukan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Ini menunjukkan sedikit sebanyak guru-guru ini juga mengalami satu masalah kekangan dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

III) Kemahiran

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Apabila terlalu banyak topik yang hendak dikuasai maka kemahiran juga akan bertambah. Sebagai contoh, kemahiran penjarian rekoder dan kibod adalah berbeza. Terdapat banyak lagi kemahiran-kemahiran lain seperti teknik vokal, teknik paluan kompang, teknik bermain caklempong mahupun gamelan yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kadang kala ini juga merupakan masalah besar kepada guru di mana bukan semua guru muzik dapat menguasai setiap kemahiran yang di sebut seperti di atas. Sebahagian besar tenaga pengajar muzik di sekolah tidak menerima latihan yang mencukupi sama ada di maktab atau di peringkat negeri dan tidak mampu mengajar muzik dengan berkesan. Di samping itu bukan semua guru muzik mempunyai kebolehan dan kemahiran muzikal yang diperlukan (Ali Kutty bin Mohamed dan rakan-rakan).

Dalam menyediakan guru-guru muzik yang boleh menjalankan program KBSR muzik, hampir 3000 guru yang terlatih dalam bidang-bidang lain telah mengikuti kursus muzik dalam cuti sekolah (1982-1985)....kejayaan dan keberkesanan program ini untuk mengeluarkan guru-guru muzik yang cekap boleh dipertikaikan sekarang kerana banyak juga antara mereka yang menjalani latihan ini jelas tidak mempunyai minat atau kebolehan muzik yang asas (Johami Abdullah 1993). Walaupun kernyataan di atas lebih tertumpukan kepada guru-guru pendidikan muzik sekolah rendah, cuba bayangkan apakah yang akan terjadi disekolah menengah seandainya perkara yang sama berlaku sedangkan di sekolah menengah lebih banyak bidang kemahiran muzikal yang harus dikuasai oleh seseorang guru muzik itu. Seorang guru muzik yang baik seharusnya mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang hendak diajar, mempunyai kemahiran dalam kurikulum dan bahan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan dalam

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

kaedah pengajaran, perkembangan pembelajaran, kemahiran dalam memahami kehendak pelajar dan mempunyai keupayaan menimbulkan minat pelajar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan (Donna L. Wiseman, Donna D. Cooner dan Stephanie L. Knight (1999).

Hasil temu bual dengan seorang guru muzik dari Taiping iaitu En. Zulkifli bin Rasdi, beliau mengatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran alat tiup kayu dan bras, kemahiran mahupun teknik tiupan adalah berbeza diantara setiap alat. Bukan semua guru mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan ini akan menyukarkan guru.

IV) Peruntukan masa dan peralatan muzik

i)

Peruntukan masa

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, jadual waktu yang diperuntukkan ialah sebanyak lima waktu seminggu bagi setiap tingkatan. Dua waktu di dalam jadual manakala tiga waktu lagi di luar jadual (surat pekeliling JPN, 2001). Ini bermaksud pelajar-pelajar harus datang awal kesekolah (persekolahan dua sesi) atau stay back untuk tiga waktu yang diluar jadual persekolahan. Tiga waktu diluar jadual ini sepatutnya dimasukkan kedalam jadual waktu tugas guru namun melalui temu bual guru-guru muzik sekolah menengah di Perak didapati pihak pentadbir sekolah tidak mahu mengambil kira. Terdapat beberapa pentadbir sekolah yang tidak ambil peduli tentang tiga waktu itu, mereka hanya menyusun dua waktu dalam jadual persekolahan kerana ia mudah diselaraskan dengan pendidikan seni visual. Tanpa penyusunan jadual waktu mengajar yang betul akan membuatkan jumlah waktu mengajar guru-guru ini menjadi banyak.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Malahan guru-guru ini akan dibebankan dengan mengajar mata pelajaran yang lain. Apabila ini berlaku, guru muzik ini juga tiada lagi waktu untuk menjalankan sesi latihan bersama-sama pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum seperti latihan bersama kumpulan caklempong dan gamelan. Kita sedia maklum untuk mendapat sesuatu kemahiran itu dan untuk memantapkan setiap persembahan perlu menjalankan sesi latihan yang kerap. Untuk sesuatu persembahan itu perlu ada persediaan yang baik. Amat sukar untuk menyatakan berapa jumlah masa yang diperlukan, ia bergantung kepada pelbagai segi iaitu dari segi keupayaan sesuatu kumpulan itu, masa yang diperuntukkan bagi sesi latihan, kesukaran yang terdapat dalam sesebuah karya muzik dan tahap keupayaan pelajar dan guru (Charles R. Hoffer 1983), Tanpa peruntukkan masa dan sebab-sebab di atas, kemahiran-kemahiran muzikal yang ingin dipupuk kepada pelajar tidak akan kesampaian.

Peralatan muzik

Permasalahan ini akan bertambah runcing apabila peralatan muzik/instrumen tidak mencukupi. Sebagai contoh, pelajar yang belajar bermain gamelan atau caklempong perlu menunggu giliran untuk bermain satu-satu alat itu. Bagi pelajar diluar bandar bersosioekonomi rendah, latihan kibod perlu dilakukan disekolah kerana tiada kemudahan seperti itu dirumah. Pelajar yang mempelajari alat-alat tiupan juga akan mengalami kesulitan kerana kebanyakkan mereka tidak sanggup berkongsi mouthpiece. Perkongsian juga adalah tidak baik kerana dikuatiri penyakit mudah berjangkit. Ini akan melambatkan proses penguasaan kemahiran pelajar terhadap sesuatu pembelajaran itu.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Jika ditambah dengan permasalahan jadual waktu maka ini akan memberatkan lagi bebanan guru dan pelajar.

V) Tanggapan warga sekolah dan masyarakat

i)

Warga sekolah

Dalam melaksanakan program pendidikan muzik ini disekolah, banyak cabaran yang harus ditanggani oleh guru muzik di antaranya tanggapan warga sekolah itu sendiri. Kebanyakkan guru-guru disekolah tidak begitu memahami apa itu pendidikan muzik. Mereka selalu melihat pendidikan muzik ini satu mata pelajaran yang tidak penting. Apabila persepsi ini timbul maka guru muzik mahupun pelajar akan mengalami masalah di mana sebagai contoh, apabila waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, pelajar-pelajar muzik tingkatan lima akan diarahkan mengikuti kelas-kelas tambahan bagi mata pelajaran lain sedangkan pelajar-pelajar itu juga akan menduduki kertas pendidikan muzik peringkat SPM. Melalui pengalaman penulis sebagai bekas seorang guru pendidikan muzik di sebuah sekolah projek di Taiping, perkara ini berlaku ketika pelajarpelajar tingkatan limanya hampir menduduki peperiksaan SPM 2004. Warga sekolah yang ekstremis juga boleh membuatkan sesuatu aktiviti itu tidak dapat dijalankan. Melalui temu bual bersama Cik Rosnawati binti Jaharuddin seorang guru muzik, beliau mengatakan satu program pertandingan karaoke di sekolahnya terpaksa dibatalkan di separuh jalan kerana pelajar-pelajar tidak dapat menghadapi suara-suara sumbang dari golongan warga sekolah yang ekstrem.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

ii)

Masyarakat

Masyarakat sekeliling juga memainkan peranan dalam menjayakan program pendidikan muzik ini. Kefahaman masyarakat sekeliling terhadap pendidikan muzik juga amat perlu terutama di kalangan ibu bapa pelajar. Muzik merupakan salah satu komponen utama dalam budaya sesebuah negara yang boleh menyatupadukan rakyatnya (Johami Abdullah 1993 ).

Kata-kata di atas boleh diaplikasikan di sekolah seandainya golongan ibu bapa pelajar memahami muzik yang diterapkan kepada anak-anak mereka adalah berlainan dari muzik komesial maka perlaksanaan program pendidikan muzik disekolah tidak akan menghadapi masalah malahan dapat menyatupadukan anak-anak mereka. Malangnya apa yang berlaku disekolah, terdapat ibu bapa yang tidak mengalakkan anak-anak mereka mengikuti pendidikan muzik walaupun anaknya begitu berminat dan berbakat sekali. Mereka mengandaikan sekira anak-anak mereka mengikuti pendidikan muzik sampai keperingkat SPM kelak tiada hala tuju untuk keperingkat yang lebih tinggi. Ternyata dikalangan ibu bapa kini masih tidak dapat membayangkan skop pekerjaan yang boleh diceburi oleh anak mereka kelak dalam bidang muzik.

Latar belakang budaya pelajar yang berbeza dari segi bangsa dan agama juga memainkan peranan penting dalam perlaksanaan program pendidikan muzik di sekolah. Muzik juga digunakan sebagai satu agen utama untuk memberi pengiktirafan kepada institusi-institusi tertentu dalam masyarakat dan upacara-upacara rasmi termasuk yang berbentuk keagamaan. Muzik juga dapat menstabilkan kebudayaan sesuatu bangsa serta

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

mewariskan kebudayaan kerana muzik dapat mencerminkan segala aspek pencapaian sesuatu bangsa dan muzik dapat menyatupadukan serta membangkitkan semangat di kalangan masyarakat melalui lagu kebangsaan atau patriotik, lagu sekolah, lagu pengakap dan sebagainya (Allan Merriam 1964)

Pernyataan di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan muzik perlu diajarkan disekolah kerana ia dapat menyatupadukan pelbagai bangsa di negara kita ini. Warisan kebudayaan juga dapat diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Nilai-nilai ini perlu dipupuk dari peringkat sekolah. Namun sekolahsekolah luar bandar di mana masyarakatnya berpegang teguh kepada ajaran agama tidak menyedari akan hakikat ini, mereka terlalu awal melebalkan bahawa muzik itu sesuatu yang bertentangan dengan budaya dan agama Islam (Hassan Abdullah). Permasalahan ini mungkin tidak terlalu nyata berlaku dikalangan masyarakat bandar.

VI) Arahan pihak atasan dan kekerapan aktiviti persembahan

i) ii)

Arahan pihak atasan Seorang guru muzik di sekolah juga perlu menghadapi cabaran-cabaran lain seperti arahan-arahan dari pihak atasan. Guru selalu diarahkan untuk menghadiri kursus pendidikan muzik itu sendiri ataupun mata pelajaran lain. Antaranya program-program yang dilaksanakan oleh pihak KPM, PPK, JPN dan PPD. Guru akan dibebani dengan kelas-kelas ganti. Selain itu guru juga dibebankan dengan kerja-kerja penulisan dokumentasi yang selalunya ia berkaitan dengan urusan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Bayangkan bebanan seorang guru pendidikan muzik di sekolah dan ini akan bertambah seandainya ia hanya dikendalikan oleh seorang guru muzik sahaja di sesebuah sekolah itu.

ii)

Kekerapan aktiviti persembahan

Pihak pentadbir kadang kala terlalu ghairah dalam menempa nama sekolah. Tidak dinafikan bahawa aktiviti muzikal dapat mengharumkan nama sekolah. Ia juga dapat memperkembangkan bakat pelajar tetapi jika ia terlalu kerap, ini juga akan membebankan guru dan pelajar. Sesetengah guru berfikiran sesuatu program adalah sama seperti konsert oleh golongan profesional. Itu tidak betul dan tidak logik sama sekali. Para pemuzik profesional memilih dan melakukan tugas itu kerana mereka mendapat bayaran. Ini sama sekali bertentangan dengan situasi di sekolah (Charles R. Hoffer 1983).

Sesebuah kumpulan persembahan muzikal sekolah memang perlu ditubuhkan dengan tujuan ia merupakan salah satu cabang untuk pelajar-pelajar ini menunjukkan bakat serta meluahkan emosi mereka. Ini berpatutan dengan apa yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat Pendidikan Muzik juga seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan dan berpengalaman muzik bagi membolehkannya mempunyai disiplin dalam mereka cipta, membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif, inovatif dan inventif.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Tetapi apa yang berlaku di sekolah kadang kala ada pihak atasan yang tidak memikirkan kesan ke atas diri dan pelajar. Dengan kekangan masa yang diperuntukkan serta peralatan yang minima mereka berkehendakkan satu bentuk persembahan yang begitu diluar kemampauan guru dan pelajar.

Kesimpulan

Adalah sangat murni hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia menerapkan Pendidikan Muzik dalam Kurikulum Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun banyak perkara yang perlu diambil tindakan terhadap permasalahan yang telah dikemukakan. Sukatan Pendidkan Muzik telah pun dilihat semula oleh pihak PPK namun masih terdapat kekangan yang perlu di atasi. Diharapkan sukatannya lebih melihat kepada muzik tempatan yang melambangkan identiti negara. Dari segi penilaian pula, diharapkan diadakan penilaian menengah rendah yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan kerana ini dapat membuktikan penglibatan pelajar-pelajar yang telah mengikuti pendidikan muzik selama tiga tahun. Ini merupakan satu kelebihan kepada pelajar-pelajar ini seperti kelebihan yang terdapat pada seseorang individu yang boleh mengusai pelbagai bahasa. Pihak Lembaga Peperiksaan perlu mengadakan kursus tentang penilaian pendidikan muzik tingkatan lima kerana ramai guru-guru muzik yang masih samar-samar tentang bagaimana hendak melaksanakannya disekolah.

Masalah peruntukan masa iaitu dalam penyusunan jadual waktu guru pendidikan muzik perlu dipandang serius. Peruntukkan waktu yang sedikit akan mengakibatkan segala ilmu dari segi teori mahupun amali tidak akan dapat disampaikan kepada pelajar

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

dengan sempurna. Permasalahan ini tidak dapat ditangani oleh pihak guru pendidikan muzik di sekolah secara persendirian tanpa sokongan dari pihak atasan yang lebih berkuasa. Ia diibaratkan guru pendidikan muzik hanyalah anak-anak ikan bilis manakala pihak pentadbir sekolah pula adalah ikan yu yang amat ganas. Kekangan ini juga boleh membuatkan seseorang guru pendidikan muzik menjadi stres dan mengambil keputusan untuk bertukar ke arah pengajaran mata pelajaran yang lain. Sokongan pihak pentadbir sekolah selalunya akan menjadi tunjang yang menentukan kejayaan program pendidkan muzik di sekolah selain dari pihak-pihak yang berkaitan.

Kesediaan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengarah perlaksanaan pendidikan muzik di sekolah menengah sudah tentu telah dikaji dari pelbagai sudut maka kekurangan alat pembelajaran muzik seperti gamelan, caklempong dan lain-lain

diharapkan tidak menjadi satu permasalahan yang dapat menggagalkan program ini. Diharapkan permasalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dalam rancangan Malaysia yang ke 9.

Masyarakat sekeliling termasuk warga sekolah harus diberi penerangan yang lebih mendalam tentang perbezaan diantara muzik komesial dan pendidikan muzik yang ingin diterapkan di sekolah. Mungkin risalah-risalah tentang pendidkan muzik yang ditulis oleh cendiakawan-cendiakawan muzik dapat membantu. Dengan kefahaman yang lebih meluas ini akan dapat memberi satu jalan yang cerah dalam menjayakan program pendidkan muzik ini. Di harapkan pihak-pihak yang memperjuangkan kemantapan program pendidikan muzik ini dapat sama-sama mempastikan progaram ini dapat diteruskan dengan jayanya.

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Bibliografi

Ali Kutty Mohamed & rakan-rakan (tiada catatan tahun). Keberkesanan Kaedah Carl Orff Dalam Pengajaran Pembelajaran Rekoder KBSR Tahun 4. Maktab Perguruan Kota Bharu. Kelantan Allan. M. (1964) The Anthropology of Music Illinois: North Western University Press. Johami Abdullah (1993) Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Pendidikan Perak (2001). Makluman Perluasan Pelaksanaan Kurikulum: Mata Pelajaran Pendidikan Muzik KBSM. L. Wiseman. D, D. Cooner. D, L. Knight. S (1999). Becoming a Teacher in a Field Based Setting an introduction to education and classrooms, USA, Wadsworth Publishing Company. Mohd. Hassan Abdullah (1998). Suggested rationale for the inclusion of music education in Malaysia secondary schools, 42-50. Mohd. Hassan Abdullah. (Tiada catatan tahun) Multicultural and Idiosyncratic Aspects of Malaysian Music: How Does it Survive in the Public School Curriculum? Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd05)

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Lebar (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Paul R. Pintrich,Dale H. Schunk (2002). Motivation in Education . New Jersey. Pearson Education. Pusat Perkembangan Kurikulum (1996) Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Pendidikan Muzik. R. Hoffer, C. (1983). Teaching music in the secondary schools. California: Wadsworth. R. Hoffer. C. (1991). Teaching music in the secondry school. California: Wadsworth. Rosnani Hashim (1995). Pembaharuan Dalam Strategi Penilaian Pendidikan Kebangsaan Sebagai Usaha Ke Arah mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur. Bahagian Pendidikan Guru. Sidek Mohd Noah (2002). Reka bentuk penyelidikan.Serdang:Universiti Putra Malaysia.