senaraiperibahasamen14

4
8/4/2019 SenaraiPeribahasaMen14 http://slidepdf.com/reader/full/senaraiperibahasamen14 1/4 Senarai Peribahasa Menengah 1 1 Air dicencang tiada putus Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik semula. 2 Bagai harimau beranak muda Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang. 3 Bagai itik berebutkan tembolok a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil. b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit. 4 Bagaimana acuan begitulah kuihnya Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya. 5 Bagai Belanda meminta tanah Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya. 6 Bagai kaduk naik junjung Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada 7 Bagai ayam bertelur di padi Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa. 8 Bagai hujan jatuh ke pasir Kebaikan (pertolongan) yang sia-sia (tidak berbalas) 9 Bagai tikus membaiki labu Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya. 10 Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam a) Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai. b) Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh menjadi jahat. 11 Berhakim kepada beruk Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua- dua pihak akan mengalami kerugian. 12 Bukannya diam penggali berkarat Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. 13 Busut juga ditimbun oleh anai- anai a) Orang yang kaya juga bertambah kekayaannya. b) Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatu kejahatan. 14 Garam jatuh di air Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya. 15 Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia. 16 Melepaskan anjing tersepit Menolong orang yang tidak mahu membalas budi, melainkan kadang- kadang membalas dengan perbuatan jahat. 17 Melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh. 18 Ringan tulang, berat perut Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki. 19 Sebab buah dikenal pohonnya Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang. 20 Seperti labah-labah cinta pada telurnya Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan. 21 Seperti pucuk yang layu disiram hujan a) Memperoleh barang yang sangat diharapkan. b) Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang sakit beroleh penawar. 22 Seperti tikus jatuh ke beras a) Orang yang mendapat kedudukan yang mewah. b) Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain. 23 Seperti harimau menyembunyikan kukunya Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya. 24 Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu. 25 Takut titik lalu tumpah Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.

Upload: cucumber02

Post on 07-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SenaraiPeribahasaMen14

8/4/2019 SenaraiPeribahasaMen14

http://slidepdf.com/reader/full/senaraiperibahasamen14 1/4

Senarai Peribahasa Menengah 1

1 Air dicencang tiada putus Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akanberpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik semula.

2 Bagai harimau beranak muda Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang.

3 Bagai itik berebutkan tembolok a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil.b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit.

4 Bagaimana acuan begitulahkuihnya

Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya.

5 Bagai Belanda meminta tanah Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyakhendak semuanya.

6 Bagai kaduk naik junjung Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat)akan menjadi mengada-ngada

7 Bagai ayam bertelur di padi Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada khuatir akan kekuranganapa-apa.

8 Bagai hujan jatuh ke pasir Kebaikan (pertolongan) yang sia-sia (tidak berbalas)

9 Bagai tikus membaiki labu Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya,akhirnya merosakkannya.

10 Belakang parang pun jikalaudiasah nescaya tajam

a) Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akanmenjadi pandai.b) Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh menjadi jahat.

11 Berhakim kepada beruk Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-

dua pihak akan mengalami kerugian.12 Bukannya diam penggali

berkaratDiam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yangbodoh itu sia-sia sahaja.

13 Busut juga ditimbun oleh anai-anai

a) Orang yang kaya juga bertambah kekayaannya.b) Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatukejahatan.

14 Garam jatuh di air Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahamisesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya.

15 Ibarat bunga dedap, sungguhmerah berbau tidak

Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasayang mulia.

16 Melepaskan anjing tersepit Menolong orang yang tidak mahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan perbuatan jahat.

17 Melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.

18 Ringan tulang, berat perut Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, makaakan murahlah rezeki.

19 Sebab buah dikenal pohonnya Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui ataumengenali watak dan asal seseorang.

20 Seperti labah-labah cinta padatelurnya

Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan.

21 Seperti pucuk yang layu disiramhujan

a) Memperoleh barang yang sangat diharapkan.b) Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang sakitberoleh penawar.

22 Seperti tikus jatuh ke beras a) Orang yang mendapat kedudukan yang mewah.b) Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidakmahu menceritakannya kepada orang lain.

23 Seperti harimau

menyembunyikan kukunya

Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan

kebolehannya.24 Seperti ketam menyuruh

anaknya berjalan betulTiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiadasesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.

25 Takut titik lalu tumpah Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugianbesar.

Page 2: SenaraiPeribahasaMen14

8/4/2019 SenaraiPeribahasaMen14

http://slidepdf.com/reader/full/senaraiperibahasamen14 2/4

Senarai Peribahasa Menengah 2

1 Air yang dingin juga yang dapatmemadam api

Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yangsedang marah.

2 Bagai unta menyerah diri Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus menjadi mangsa orang yanglebih pintar dan cerdik.

3 Bagai kerakap atas batu, hidupenggan, mati tak mahu

a) Perihal seseorang yang hidup dalam kemiskinan dan melarat.b) Perihal seseorang yang telah lama mengidap penyakit.c) Tanaman yang tidak tentu hidup-matinya.

4 Baru hendak bertunas, sudahdipetik lama-lama matilahpokoknya

Ibarat orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudahberbelanja besar, akhirnya habislah modal.

5 Batu yang selalu bergolek didalam sungai itu tiada dihinggapilumut

Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan mencapai kejayaan dalamkerjanya dan sukar untuk menjadi orang kaya.

6 Berkerat rotan berpatah arang Putus hubungan yang tidak dapat disambung semula.

7 Besar pasak daripada tiang Berbelanja lebih besar daripada yang diperoleh.

8 Biduk lalu kiambang bertaut Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi pada masakemudian dapat berbaik semula.

9 Bodoh-bodoh sepat, tiadamakan pancing emas

a) Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih tahu memilih yangmana baik atau mana yang buruk untuk dirinya.b) Orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap

seperti orang pandai.10 Jadi umang-umang a) Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat.

b) Barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pulanamanya.

11 Jauhari juga yang mengenalimanikam

Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargaisifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.

12 Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orangatau sesuatu yang besar.

13 Kalau tidak ada helang, belalangmenjadi helang

Seseorang yang mengaku dirinya seorang yang bijak serta pandai apabiladia mendapati tidak ada lagi orang yang lebih bijak dan pandai di tempatitu.

14 Kecil jangan disangka anak,besar jangan disangka bapa

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya khusus pada orang-orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang-orang muda.

15 Lidah bercabang bagai biawak Selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya.16 Laksana wau melawan angin a) Kehendak orang atasan atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang

oleh orang bawahan ataupun orang yang lemah, jika dilawan, binasalahdiri.b) Membuat pekerjaan yang tidak mungkin dikerjakan.

17 Pipit pekak makan berhujan Seorang yang sangat rajin dalam sesuatu pekerjaan, tiada peduli bahayayang akan timbul pada dirinya.

18 Seperti api dalam sekam Perihal perbuatan yang disembunyikan tiada ketara pada orang atauberlaku secara diam-diam.

19 Seperti gergaji bermata dua Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehinggaberoleh keuntungan daripada kedua-duanya.

20 Seperti seludang menolakmayang

Megah atau menyombong diri.

21 Seperti gunung makan di hujung a) Seorang yang tiada disangka, tetapi dengan sembunyi-sembunyi danperlahan-perlahan dia melakukan perbuatannya.b) Orang yang bijak mengeluarkan kata-kata yang tajam (pedas) tetapitidak dirasai oleh orang lain.

22 Terlepas daripada mulut buaya,masuk ke mulut harimau.

Terhindar daripada kemalangan/musibah kecil lalu menghadapikemalangan / musibah lebih besar.

23 Tong kosong nyaring bunyinya a) Seseorang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya.b) Orang yang sombong, bercakap besar tetapi tidak berisi/ tidak beerti.

24 Tumbuk rusuk Memberi wang rasuah.

25 Umpama air digenggam tiadatiris

Orang yang sangat kikir atau bakhil tidak sedikit terbuka tangannya untukmenolong orang yang hidup sengsara.

Page 3: SenaraiPeribahasaMen14

8/4/2019 SenaraiPeribahasaMen14

http://slidepdf.com/reader/full/senaraiperibahasamen14 3/4

Senarai Peribahasa Menengah 3

1 Air pun ada pasang surutnya Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanyasusah.

2 Ayam terlepas tangan bau tahi Orang yang membuat perbuatan yang ditegah akhirnya mendapat malu.

3 Berat mata memandang, beratlagi bahu yang memikul

Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulahtidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri.

4 Belum duduk berlunjur dahulu a) Menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yangpasti belum dimiliki atau dikuasai.

b) Orang yang cepat marah walaupun orang yang dimarahi itu belum tentuterbukti kesalahannya.

5 Belayar bernakhoda, berjalandengan yang tahu, berkatadengan yang pandai

Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan eloklah diketuaipelaksanaannya oleh orang yang memang ahli dalam perkara itu supayaselamat.

6 Besar periuk, besar keraknya Orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya.

7 Biar putih tulang, jangan putihmata

a) Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawakita terancam.b) Lebih baik mati daripada menanggung malu.

8 Bertelingkah bagai antan denganlesung

Orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau berselisihan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.

9 Burung terbang dipipiskan lada Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi.

10 Cakap siang pandang-pandang,

cakap malam dengar-dengar 

Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang

sembarangan boleh membawa akibat yang buruk11 Ditatang bagai minyak yang

penuhSangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

12 Gajah berak besar, kancil punhendak berak besar 

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar atau kaya, akhirnya diri sendiribinasa.

13 Gajah sama gajah berjuang,pelanduk mati di tengah-tengah

Peperangan atau perselisihan yang berlaku antara dua pihak yangberkuasa menyebabkan rakyat binasa atau menderita.

14 Jika ular menyusur akar, tidakakan hilang bisanya

Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika iamerendahkan dirinya sekalipun.

15 Ingat sebelum kena, jimatsebelum habis

Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis hartadengan percuma.

16 Kuat ketam kerana sepit, kuatburung kerana sayap

Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

17 Menegakkan benang basah Menahan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dapat dipertahankanlagi.

18 Menconteng arang di muka Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib ataumencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga.

19 Rumah sudah pahat berbunyi a) Mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap.b) Mengemukakan keterangan baru atau saksi baru setelah sesuatudiputuskan oleh hakim.

20 Sesat di hujung jalan, balik kepangkal jalan

a) Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah, hendaklah dibetulkandengan dibuat semula dari awal.b) Jika tidak boleh capai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklahdiselidiki kembali pokok persoalannya, supaya dapat pertimbangan yangbaik.

21 Seperti buah padi, makin berisi

makin rendah; jangan sepertilalang, makin lama makin tinggi

Orang bangsawan dan budiman serta berlimu itu makin tinggi martabatnya

makin dia merendah diri; bukannya seperti orang yang tiada berbudi dan jahil, apabila diperolehi sesuatu kelebihan, dia pun sombong.

22 Sedencing bagai besi, seciapbagai ayam

Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan mahupun berat.

23 Seperti embun di hujung rumput Sesuatu perkara yang tidak kekal dan akan segera hilang.

24 Seperti orang buta kehilangantongkat

a) Berada dalam kesukaran.b) Orang bodoh, tiada pula berusaha dalam apa yang dilakukannyasehingga menjadi sesat kehidupannya.

25 Tukang tidak membuang kayu Orang yang cerdik, sayang kepada semua jenis orang kerana masing-masing ada gunanya.

Page 4: SenaraiPeribahasaMen14

8/4/2019 SenaraiPeribahasaMen14

http://slidepdf.com/reader/full/senaraiperibahasamen14 4/4

Senarai Peribahasa Menengah 4

1 Ambil pati, buangkanhampasnya

Daripada tiap-tiap cerita atau perkara jangan hiraukan yang salah atauyang buruk, ambil sahaja yang baik atau betul.

2 Baik membawa resmi ayambetina

Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata danperbualan supaya tidak dibenci orang lain dan selamat dalam hidup.

3 Berjalan pelihara kaki, bercakappelihara lidah

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati.

4 Besar kapal besarlah gelombang Makin besar darjat atau perniagaan seseorang makin besar pula bencana

atau kerugian yang menimpanya.5 Bukit sama didaki, lurah sama

dituruniBermuafakat dalam sesuatu perkara agar senang atau susah sama-samadirasai.

6 Bulat air oleh pembuluh, bulatkata oleh muafakat

Melalui perbincangan atau perundingan dapatlah dicapai kata sepakatuntuk melakukan sesuatu tindakan atau usaha.

7 Daun dapat dilayang, getah jatuhke perdu juga

Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang.

8 Dalam menyelam, cetekbertimba

Jika tidak mendapat hasil yang banyak, yang sedikit pun memadai.

9 Di padang orang berlari, dipadang sendiri berjingkit

Tabiat orang yang tamak, mahu menerima pemberian orang sahaja, tetapimemberi dia sekali-kali tidak mahu.

10 Hilang adat tegal muafakat Sesuatu adat yang telah berakar umbi dapat diubah jika ada persetujuanorang ramai.

11 Ikan terkilat, jala pun tiba Orang yang cepat menangkap maksud cakap orang lain, sebelum habisdiperkatakan sudah dapat dijawabnya.

12 Jika tidak dipecah ruyung, dimana boleh mendapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih.

13 Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya

Seseorang itu wajib menepati sesuatu yang telah dijanjikannya.

14 Jong pecah yu kenyang Kerugian yang dialami oleh orang-orang atasan tidak memberi sebarangfaedah kepada orang kebanyakan.

15 Kail sebentuk umpan seekor,sehari putus, sehari hanyut

Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan bagi menghadapisegala kemungkinan seperti berniaga dengan modal yang sedikit.

16 Kalau gajah hendaklahdipandang gadingnya, kalauharimau hendaklah dipandang

belangnya

Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak bolehsetakat mendengar cakap orang sahaja.

17 Kalau tak ada berada, tak kantempua bersarang rendah

Tentu ada sebabnya sesuatu hal berlaku walaupun sebabnya itutersembunyi.

18 Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga

Sekeras-keras hati seseorang itu bila dipujuk dan dinasihati akan lembut juga.

19 Kilat dalam kilau, kabus dalamhujan

Dalam tutur kata dan tingkah laku seseorang ada tersimpul beberapakehendak hati.

20 Laut mana yang tidak berombak,bumi mana yang tidak ditimpahujan

Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan atau kesilapan.

21 Meski tertimbun dalam tanah,namun teras timbul juga

a) Seseorang yang berbudi baik itu sekali pun melarat tetap berbudi danberhati mulia.b) Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi

kenyataan juga.22 Muka berpandangan, budi

kedapatan kasih bagai selama jua

Seseorang yang mengetahui perbuatan jahat orang lain terhadap dirinyatetapi tidak menghiraukannya.

23 Pelepah bawah luruh, pelepahatas jangan gelak

Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, mudaataupun anak kecil.

24 Quran Buruk Orang tua yang banyak pengalaman tidak wajar disia-siakan walaupunbuah fikirannya tidak dapat digunakan lagi.

25 Rosak badan kerana penyakit,rosak bangsa kerana laku

Penyakit yang dihadapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita.