senarai ydpa.doc

5
Senarai Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pertama hingga keempat belas Yang di-Pertuan Agong ke-14 Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Sh Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilahirkan pada 28 Novmbr !"2# di Alor Star$ Ba'inda adalah Sultan %dah k-2# sjak !"(8 srta mrupakan )an' di-*rtuan Mala+sia +an' k-( ,!"# . !"#(/ dan k-!0 ,mulai !1 ismbr 2 !!/$ skali'us sultan prtama +an' mnjadi )an' di-*rtuan A'on' sban+ak dua kali& Raja Permaisuri Agong ke-14 Sri *aduka Ba'inda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun mrupakan Sultanah %da srta 3aja *rmaisuri A'on' +an' k-!0& Ba'inda tlah dilahirkan pada !( 4ula Ba'an Srai$ *rak dan brkah5in dn'an Sultan Abdul Halim pada 2( ismbr ! Ba'inda mndapat 'laran 6h *uan %dah shin''alah pada " 4anuari 2 0 apabila ditabalkan sba'ai Sultanah %dah&

Upload: travis-white

Post on 04-Nov-2015

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Senarai Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pertama hingga keempatbelas

Yang di-Pertuan Agong ke-14Al-Sultan Almutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilahirkan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011), sekaligus menjadi sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Raja Permaisuri Agong ke-14Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun merupakan Sultanah Kedah serta Raja Permaisuri Agong yang ke-14. Baginda telah dilahirkan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah pada 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah.

Yang di-Pertuan Agong ke-13Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion dHonneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile),

Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke-16. Putera kepada Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tengku Besar Sharifah Nong, baginda dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 pada 3 November 2006, dan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 2007.

Raja Permaisuri Agong ke-13Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah

D.M.N., D.K., S.S.M.Z., S.S.M.T., Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).

Dilahirkan sebagai Siti Rozita binti Adil Bakeri. Dilahirkan pada 7 Disember 1973, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996. Baginda dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Yang di-Pertuan Agong ke-12Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Crotia), Grand Collier De LIndependence (Grand Medal of the Independence) Cambodia, Grand Croix De LOrder (Royal Sash) Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorate Di Gran Cordone (Italy), Decoration of Omayad The Finest Decoration (Syria)

Baginda diputerakan 17 Mei 1943 dan merupakan Raja Perlis sekarang. Baginda telah mewarisi takhta pada sejak 17 April 2000 berikutan kemangkatan ayahandanya. Baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong daripada 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006.

Raja Permaisuri Agong ke-12Seri Paduka Baginda Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid

D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K. (Kelantan), DK( Pahang), S.P.M.J Grand Croix De LOrdre (Royal Sash) Cambodia, The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Star)

Baginda merupakan ahli kerabat diraja Kelantan dan Terengganu yang diputerikan pada 6 Jun 1946. Baginda berkahwin dengan Tuanku Syed Sirajuddin pada 15 Februari 1967. Pada 14 Julai 2000, baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Perempuan Perlis.

Yang di-Pertuan Agong Ke-11Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah

D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N (Melaka), P.J.K., The Most Auspicious Order Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah Medal Decoration (Baharain), Order Of Boyaca Grand Collar (Columbia), Hon. D. Litt (UPM), Hon. Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology (Univeristy Thammasat, Thailand)

Baginda adalah putera kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Tengku Ampuan Jemaah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 21 November 2001). Baginda ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan telah mejadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 2001)

Raja Permaisuri Agong Ke-11Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah

D.K. (Selangor), D.M.N, D.A. (Sarawak),Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).

Baginda telah dilahirkan pada 18 November 1971 merupakan Raja Permaisuri Agong Termuda dalam sejarah Malaysia. Baginda sempat menjawat jawatan sebagai Raja Permaisuri Agong selama 2 Tahun 6 Bulan. Selepas kemangkatan Sultan, Dewan Diraja Selangor memperkenankan gelaran Permaisuri digunakan selagimana hak dan syarat baginda masih memegang status sebagai Balu kepada Sultan Selangor.

Yang di-Pertuan Agong Ke-10Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Raham

D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), (19 Julai 1922 27 Disember 2008)

Tuanku Jaafar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Raja Permaisuri Agong Ke-10Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah binti Tuanku Besar Burhanuddin

D.K., D.M.N., D.K. (Kedah), D.K( Kelantan) S.P.T.J., S.P.M.K.

Tuanku Najihah dilahirkan pada 11 September 1924, merupakan Raja Permaisuri Agong yang ke-10 ( 26 April 1994 25 April 1999). Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah dan di London School of Oriental Studies.