senarai tugas dan tanggungjawab jawatankuasa pengelola

3
PESTA TANGLUNG 2015 SJK CHUNG HUA MELUDAM Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola : Pengerusi a. Memastikan semua ahli jawatankuasa melaksanakan tugas yang diberi sebelum, semasa dan selepas aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan. b. Menpengerusikan mesyuarat atau perbincangan. c. Memberi ucapan perasmian dan penutupan. Naib Pengerusi a. Membantu pengerusi dalam tugas menyelaras. b. Melaksanakan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi. Setiausaha a. Mengurus segala surat-menyurat. b. Mengeluarkan notis, mengadakan mesyuarat-mesyuarat setelah dipersetujui oleh pengerusi. c. Membuat catatan minit mesyuarat atau perbincangan. d. Memastikan semua rekod disimpan dengan baik termasuk surat-surat atau lain-lain dokumen yang dianggap penting. Bendahari a. Mengendalikan urusan kewangan, termasuk menyediakan anggaran perbelanjaan. b. Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan urusan kewangan, termasuk resit dan yang lain-lain. c. Menyediakan laporan kewangan. AJK Makanan dan Minuman

Upload: chieng-jack-seng

Post on 20-Feb-2016

514 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola

PESTA TANGLUNG 2015

SJK CHUNG HUA MELUDAM

Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola :

Pengerusi

a. Memastikan semua ahli jawatankuasa melaksanakan tugas yang diberi sebelum, semasa dan selepas

aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan.

b. Menpengerusikan mesyuarat atau perbincangan.

c. Memberi ucapan perasmian dan penutupan.

Naib Pengerusi

a. Membantu pengerusi dalam tugas menyelaras.

b. Melaksanakan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.

Setiausaha

a. Mengurus segala surat-menyurat.

b. Mengeluarkan notis, mengadakan mesyuarat-mesyuarat setelah dipersetujui oleh pengerusi.

c. Membuat catatan minit mesyuarat atau perbincangan.

d. Memastikan semua rekod disimpan dengan baik termasuk surat-surat atau lain-lain dokumen yang

dianggap penting.

Bendahari

a. Mengendalikan urusan kewangan, termasuk menyediakan anggaran perbelanjaan.

b. Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan urusan kewangan, termasuk resit dan yang lain-lain.

c. Menyediakan laporan kewangan.

AJK Makanan dan Minuman

a. Membuat tempahan makanan dan minuman

b. Menyediakan tempat jamuan untuk tetamu jemputan, Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.

c. Menjaga kebersihan tempat makan.

AJK Peralatan

a. Menyediakan peralatan siaraya dan LCD.

b. Memastikan semua peralatan berfungsi sebelum aktiviti bermula.

c. Mengemaskan peralatan yang digunakan selepas aktiviti tamat.

Page 2: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola

AJK Buku Program / Poster

a. Mengeluarkan poster makluman.

b. Menghasilkan buku program.

AJK Perhiasan Pentas

a. Menyediakan paparan grafik (backdrop) untuk dipaparkan semasa majlis berlangsung.

b. Membuat hiasan yang sesuai di padang serbaguna.

AJK Hadiah & Cenderamata

a. Menyediakan cendaramata (hamper) untuk tetamu khas.

b. Menyediakan piala dan wang tunai untuk pertandingan membuat Tanglung.

AJK Protokol

a. Mengawas perjalanan majlis supaya berjalan dengan lancar.

b. Mengawal susunan dan barisan peserta ketika berjalan naik ke pentas.

Pengacara Majlis

a. Seorang guru bertutur dalam Bahasa Cina dan seorang guru lagi bertutur dalam Bahasa Malaysia.

b. Kenalpasti dahulu kehadiran tetamu-tetamu khas sebelum majlis bermula.

AJK Panel Hakim

a. Berhubung dengan hakim-hakim yang diundang tentang tarikh dan masa .

b. Mewujudkan borang pemberian markah.

AJK Multimedia / Slide

a. Membuat slide mengikuti aturcara majlis tersebut.

AJK Perarakan

a. Melakar laluan perarakan.

b. Mengawasi keselamatan peserta yang membawa Tanglung.

AJK Keselamatan / kecemasan

a. Menjaga dan mengawas luar dan dalam kawasan sekolah sepanjang aktiviti pada malam tersebut.

b. Menjaga keselamatan murid-murid.

c. Membantu murid sekiranya mengalami kecederaan.

AJK Kebersihan

a. Menjaga kebersihan kawasan aktiviti sebelum, semasa dan selepas aktiviti berlangsung.

Page 3: Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola

Jurukamera

a. Mengambil gambar sepanjang majlis pertandingan tersebut.