senarai penyertaan beserta abstrak …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf ·...

15
SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK KATEGORI POSTER HEALTHY SETTING KONVENSYEN INOVASI JABATAN KESIHATAN NEGERI ZON UTARA 2013 Bil Tajuk Pegawai untuk dihubungi 1 Klinik Sihat Komuniti Sejahtera (Klinik Pergigian Jelapang) Pn Norlizawati Ibrahim 2 Healthy Facility (Klinik Kesihatan Lekir) Dr. Ahmad Syahrul Azuwan b Mohd Shariff 3 From Custodial To Community-Based Home Care (Hospital Ulu Kinta) En Karunakaran A/L S.Maniam 4 Sekolah Sejahtera dan Selamat (Pejabat Kesihatan Daerah Sik) Dr Noorul Emilin Abdul Khalid 5 Hospital Sejahtera (Hospital Sultanah Bahiyah) Dr Noor Zaini Hj Morad 6 Klinik Mesra Pelanggan Gembira (Klinik Pergigian Kota Kuala Muda) Dr Laili Bazilah Baharom 7 Hospital Sejahtera : Komitmen 1 (Hospital Bukit Mertajam) Dr Teo Gim Sian 8 Ke Arah 1 Kehidupan Yang Sejahtera (Hospital Seberang Jaya) Dr Malliga Devi A/P Nagalingam 9 Klinik Sejahteraku “SUKSESS” – Sepakat Ungguli Klinik Sejahtera, Sihat & Selamat (Klinik Kesihatan Tasek Gelugor) Dr Sumaiyah Md Issa @ Ahmad 10 Klinik Ceria Masyarakat Sejahtera (Klinik Desa Bintong) Pn Nooriza Sabawas 11 Felda Sejahtera Manifestasi Masyarakat Yang Sihat (Jabatan Kesihatan Negeri Perlis) En Mohd Iznan Bin Zakaria 12 Pejabat Kesihatan Sejahtera (Pejabat Kesihatan Kangar) En Nordin Bin Ahmad

Upload: lamnga

Post on 30-Jan-2018

287 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK

KATEGORI POSTER HEALTHY SETTING

KONVENSYEN INOVASI JABATAN KESIHATAN NEGERI ZON UTARA 2013

Bil Tajuk Pegawai untuk dihubungi

1 Klinik Sihat Komuniti Sejahtera (Klinik Pergigian

Jelapang)

Pn Norlizawati Ibrahim

2 Healthy Facility (Klinik Kesihatan Lekir) Dr. Ahmad Syahrul Azuwan b

Mohd Shariff

3 From Custodial To Community-Based Home Care

(Hospital Ulu Kinta)

En Karunakaran A/L

S.Maniam

4 Sekolah Sejahtera dan Selamat (Pejabat Kesihatan

Daerah Sik)

Dr Noorul Emilin Abdul

Khalid

5 Hospital Sejahtera (Hospital Sultanah Bahiyah) Dr Noor Zaini Hj Morad

6 Klinik Mesra Pelanggan Gembira (Klinik Pergigian Kota

Kuala Muda)

Dr Laili Bazilah Baharom

7 Hospital Sejahtera : Komitmen 1 (Hospital Bukit

Mertajam)

Dr Teo Gim Sian

8 Ke Arah 1 Kehidupan Yang Sejahtera (Hospital

Seberang Jaya)

Dr Malliga Devi A/P

Nagalingam

9 Klinik Sejahteraku “SUKSESS” – Sepakat Ungguli

Klinik Sejahtera, Sihat & Selamat (Klinik Kesihatan

Tasek Gelugor)

Dr Sumaiyah Md Issa @

Ahmad

10 Klinik Ceria Masyarakat Sejahtera (Klinik Desa

Bintong)

Pn Nooriza Sabawas

11 Felda Sejahtera Manifestasi Masyarakat Yang Sihat

(Jabatan Kesihatan Negeri Perlis)

En Mohd Iznan Bin Zakaria

12 Pejabat Kesihatan Sejahtera (Pejabat Kesihatan Kangar) En Nordin Bin Ahmad

Page 2: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

“KLINIK SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA”

Dr. Farah Syazwani bt Mohamd Tarmizi, Dr. Muhamad Kamil bin Hassan, Zuliana bt

Mohamed Alias, Norlizawati Bt. Ibrahim, Suniza Bt. Abd Rahim,

‘Klinik Sihat, Komuniti Sejahtera’ merupakan sebuah projek ‘Healthy Settings’ di Klinik

Pergigian Jelapang bermula tahun 2011 hingga kini. Beberapa masalah dikenal pasti sebelum

projek ini dijalankan meliputi aspek Organisasi, Persekitaran, Pesakit, Anggota Kesihatan dan

Masyarakat. Projek ini sangat wajar dijalankan di fasiliti ini bagi menangani permasalahan di

atas sekaligus dapat memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan pergigian

tercapai. Objektif projek ini dijalankan adalah bagi menyampaikan perkhidmatan kesihatan

pergigian yang menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan anggota dan pelanggan

menerusi penambahbaikan berterusan demi kepuasan pelanggan. Projek ini telah mendapat

sokongan dan dokongan pihak pengurusan melalui sumber kewangan dan tenaga kerja

sepenuhnya dari anggota Klinik Pergigian Jelapang. Projek yang dijalankan adalah meliputi 5

elemen iaitu Organisasi, Persekitaran, Pesakit, Anggota Kesihatan dan Masyarakat Setempat.

Projek ini dijalankan secara berterusan sejak tahun 2011-2013 di mana pemantauan berkala

dijalankan bagi setiap elemen disamping menilai keberkesanan projek dengan menjalankan soal

selidik kepuasan pelanggan setiap 2 kali setahun. Graf dan data perbandingan sebelum dan

selepas intervensi dijalankan telah menunjukkan hasil yang sangat memuaskan semasa dan

selepas intervensi. Projek ini dilihat telah memberi impak yang tinggi kepada anggota,

pelanggan dan masyarakat setempat menerusi peratus kepuasan pelanggan meningkat, jumlah

kedatangan pesakit yang bertambah, tiada sebarang aduan awam dan menerima penghargaan dari

masyarakat setempat. Bagi menjamin kelangsungan projek, semakan data dan audit dalaman

telah dijalankan, peti cadangan diwujudkan, prosedur aduan awam yang jelas dan Hari Bersama

Pelanggan diadakan bagi mendapat maklumbalas dalam usaha memastikan kepuasan pelanggan

tercapai menerusi kelima-lima elemen. Kesimpulannya kelima-lima elemen dalam projek

‘KLINIK SIHAT, KOMUNITI SEJAHTERA’ telah mencapai objektif yang disasarkan iaitu

menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan anggota dan pelanggan menerusi

penambahbaikan berterusan demi kepuasan pelanggan.

Page 3: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

HEALTHY FACILITY

Dr. Ahmad Syahrul Azuwan b Mohd Shariff, KJK Halimatun Mardziah bt Ramli, PPP(K) Mohd

Najib b. Misbah

Projek ini dijalankan di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung di mana tajuk yang

dipilih bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anggota kesihatan di fasiliti masing-masing agar

mereka dapat memahami dan mempraktikkan dasar keselamatan dan kesihatan yang digariskan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Projek ini melibatkan setiap pekerja yang bertugas di

mana kepentingan diletakkan di atas pengendalian prosedur khusus (standard operating

prosedur) yang telah digariskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Dengan adanya projek

ini, pekerja dapat dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi mengenai dasar keselamatan

dan kesihatan serta dapat merujuk kembali dan menggunakan perkhidmatan yang telah

disediakan kepada mereka dengan lebih mudah dan sistematik. Faktor-faktor risiko keselamatan

dapat dikenalpasti di peringkat akar umbi dan langkah pencegahan dapat dilakukan dengan

melibatkan pihak majikan dan pekerja. Kelemahan perhubungan dan dokumentasi dapat

dielakkan dengan wujudnya sistem fail yang sistematik. Visi projek ini adalah untuk

menyediakan fasiliti yang selamat dan sihat di mana dapat memberi kebajikan berlandaskan

penglibatan setiap anggota melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di peringkat Klinik

Kesihatan. Objektif projek ini adalah untuk menglibatkan setiap anggota dalam pelaksanaan dan

aktitivi yang dijalankan oleh Jawatankuasa Keselematan dan Kesihatan serta memantau status

keselamatan dan kesihatan di dalam fasiliti secara lebih sistematik dan mendalam. Projek ini

dijalankan dengan menyediakan fail yang sistematik dan khusus mengikut skop pekerjaan

anggota, di mana melibatkan fail meja, pengendalian prosedur khusus, dan perkhidmatan

keselamatan dan kesihatan yang disediakan. Projek ini dijalankan secara berterusan di mana

pemantauan berkala dijalankan pada setiap fail yang diwujudkan dan data yang diperolehi akan

dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Sumber kewangan

yang sedikit diperlukan untuk menyediakan fail dan penglibatan setiap anggota diperlukan

dengan pemantauan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Impak bagi projek ini adalah

amat memuaskan di mana system dokumentasi dapat dipertingkatkan dan kelangsungan projek

dapat dikekalkan. Setiap fail disimpan dan diselia secara berkala dan anggota boleh mendapat

akses fail masing-masing pada bila-bila masa. Intervensi yang telah dibuat adalah audit

Page 4: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Negeri Perak pada tahun 2012

menunjukkan amalan keselamatan dan kesihatan telah dipraktikkan dan didokumentasi dengan

baik di Klinik Kesihatan Lekir.

Page 5: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

“FROM CUSTODIAL TO COMMUNITY- BASED HOME CARE”

Dr.Raba’iah bt Mohd. Salleh, Dr. Cheah Yee Chuang, Dr. Ong Lieh Yan, Karunakaran.M,

Chan Poh Chun, Valli a/p Suppiah & Committee

Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) is the first and largest psychiatric institution in

Malaysia with 2200 beds and an average BOR of 70 %. The Healthy Settings: Healthy

Facilities program was introduced into the health facilities under the Ministry Of Health in

Malaysia in 1995. This activity is based on The Ottawa Charter for Health Promotion

(WHO 1986), and has led to the development of a series of health-promoting activities in

HBUK since 2003. Keeping abreast with these changes, HBUK has broadened its role from

focusing only on treatment of mental illness but to include in the promotion of good mental

and physical health.Studies have shown that 85% of mentally ill patients are in the

community. Other studies have also shown that 40% of patients are re-admitted within 3

months of discharge from hospital. The objective of this program is to promote continuity of

care through collaboration with existing services in the community. In 2002, a Community-

Based Home Care Services was initiated at HBUK. From a team of nurses, the service has

since expanded into a multi-disciplinary team consisting of Psychiatrists, Medical Officers,

Pharmacists, Assistant Medical Officers, Nurses, Occupational Therapists and Social

Welfare Officers, covering across the Kinta Valley stretching from Kuala Kangsar to

Kampar.The Community Home Care Service provides:

1. Family Intervention Programme

2. Illness Self -Management

3. Home - Based Psychosocial Rehabilitation activities

4. Supported Employment

As a result of the services, there was a significant reduction in the re-admission of patients to

HBUK, and an increase in the number of patients who are gainfully employed and therefore

regaining acceptance back into the society.

Page 6: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

SEKOLAH SEJAHTERA DAN SELAMAT

Jamalul, Emilin, Zaharah, Roshidi, Intan, Azhari

Program Sekolah Sejahtera dan Selamat merupakan aktiviti bersama di antara Unit Methadone

Pejabat Kesihatan Daerah Sik (PKD Sik) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau

(SMKG). Program ini bermula dari Februari 2011 hingga sekarang. Visi; SMK Gulau Sekolah

Sihat Dan Selamat 2014. Misi; Melahirkan Modal Insan Yang Cemerlang Dengan Mengamalkan

Gaya Hidup Sihat. Objektif Umum; Membentuk pelajar bersahsiah tinggi, berakhlak mulia dan

mengamalkan cara hidup sihat. Objektif Khusus (i) Melahirkan insane yang mempunyai jati diri

yang tinggi dan dapat mengawal masalah sosial berkaitan dengan dadah dan kesan

sampingannya seperti penyakit kelamin dan HIV. (ii) Menerapkan amalan penyediaan makanan

yang bersih selamat di kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau. (iii) Memastikan

keselamatan kawasan sekolah terjamin. Aktiviti yang dijalankan ; i) Kempen cara hidup sihat

(SEGAK, 10 000 langkah sehari), (ii) Kempen penyediaan makanan yang bersih, sihat dan

selamat (kantin sekolah dan asrama), (iii) Kempen Keselamatan Kesihatan Persekitaran

(COMBI, mengurangkan risiko kecederaan), (iv) Aktiviti mengindahkan kawasan sekolah

(mural dan landskap), (v) Gotong-royong berkala, (vi) Ceramah dan kaunseling. Kesimpulan;

Projek ini telah berjaya meningkatkan mutu kesihatan persekitaran sekolah dan menaiktaraf

kesihatan minda pelajar dan guru. Ianya juga berjaya meningkatkan kerjasama di antara pihak

kesihatan dan sekolah dalam bidang kesihatan persekitaran.

Page 7: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

Hospital Sultanah Bahiyah Hospital Sejahtera

Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah memulakan program Hospital Sejahtera sejak tahun 2010

oleh Jawatankuasa Health Promoting Hospital yang terdiri daripada 50 orang. Dengan

mengambil kira bilangan katil sebanyak 856 unit, anggota seramai 3395 orang, jumlah bilangan

pesakit bagi tahun 2012 ke Jabatan Kecemasan & Trauma seramai 142,011 dan pesakit klinik

pakar seramai 275,009 setahun serta bilangan waris dan pelawat yang ramai membuatkan

program ini penting bagi mempromosi dan memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai.

Jawatankuasa program ini telah merancang subprogram yang memberi fokus kepada kumpulan

sasaran dan setting yang berbeza. Lima subprogram tersebut adalah, Community Oriented,

Environment Oriented, Organization Oriented, Patient and Family Oriented dan Staff Oriented.

Dengan objektif untuk mengadakan saringan awal perkembangan motor dan meningkatkan

kesedaran dan kefahaman ibubapa dalam aspek perubatan serta cara menangani stress ,

Community Oriented telah mengadakan program Eratan Mesra Bersama Kanak-Kanak Sindrom

Down pada 8 Mac 2012 dengan 85 orang penyertaan. ’Rat Buster’adalah tajuk aktiviti

Environment Oriented yang dijalankan bagi mengawal pembiakan tikus di dapur dan kafetaria

HSB. Keperihatinan HSB terhadap pesakit kurang upaya di buktikan melalui Organization

Oriented aktiviti ’Pas Fast Lane’ dalam mempercepatkan proses pendaftaran pesakit kurang

upaya di kaunter Klinik Pakar. Aktiviti ini melibatkan 460 pesakit kurang upaya dalam tempoh

14 hari dan pas ini telah digunakan kini dalam proses pendaftaran pesakit di klinik pakar HSB.

HSB Stroke Team adalah aktiviti Patient and Family Oriented bagi memantau dan memastikan

pesakit stroke mendapat rawatan rehabilitasi yang lebih berkesan serta mengurangkan

komplikasi. Seramai 852 pesakit dalam telah dikenalpasti dan telah menjalani rawatan pemulihan

oleh pasukan ini.Bagi Staff Oriented, Aktiviti Kekal Sihat, Berat Badan Unggul (Shape Up &

Get Fit) adalah bertujuan menggalakkan semua kakitangan hospital supaya menguruskan berat

badan serta kecergasan dengan lebih efektif. Berbagai aktiviti di adakan bagi membantu anggota

mencapai tahap kesihatan yang optima serta holistik. Pengurusan berat badan anggota adalah di

pantau melalui sistem e-BMI secara on-line. Jumlah anggota yang lengkap memuatkan

timbangan berat badan bagi 3 bacaan dalam sistem e BMI ialah 2218. Dari jumlah tersebut 164

orang telah berjaya menurunkan berat badan manakala 88 orang lagi menunjukkan penambahan.

Page 8: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

KLINIK PERGIGIAN KOTA KUALA MUDA, KLINIK MESRA PELANGGAN

GEMBIRA

Klinik ini dibina pada tahun 1981 dan merupakan sebahagian daripada Klinik Kesihatan Kota

Kuala Muda. Ia terletak lebih kurang 21 km dari Bandar Sungai Petani dan 9 km dari Pekan

Tikam Batu. Pekan Kota Kuala Muda pernah suatu masa dahulu menjadi sebuah pekan yang

agak sibuk dengan perdagangan dan pentadbiran, kerana ianya berhampiran muara Sungai Muda.

Klinik Pergigian Kota Kuala Muda adalah dibawah pentadbiran Pejabat Perkhidmatan Pergigian

Daerah Kuala Muda yang di bawah seliaan Pegawai Pergigian Daerah. Klinik ini menyediakan

perkhidmatan penggalakkan, pencegahan dan rawatan bagi memastikan XDC89;’pencapaian

kesihatan mulut yang optimum. Klinik Pergigian Kota Kuala Muda dipilih untuk projek ‘Healthy

Setting’ kerana telah melalui perubahan yang ketara sejak pengubahsuaian yang dilakukan pada

tahun 2010. Pengubahsuaian dilakukan bagi memastikan persekitaran yang kondusif kepada

pelanggan luaran dan juga dalaman, bertepatan dengan Piagam Pelanggan Perkhidmatan

Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Oleh kerana kepuasan pelanggan sangat bergantung

kepada persepsi dan ekspektasi pelanggan, maka pihak organisasi perlulah secara konsisten

meningkatkan tahap kualiti termasuklah layanan, perkhidmatan dan juga persekitaran. Klinik

Pergigian Kota Kuala Muda sedaya upaya akan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan

kesihatan pergigian disamping mewujudkan persekitaran yang selesa, harmoni dan sejahtera

bertepatan dengan tema projek iaitu ”Klinik Ceria, Kualiti Berganda”.’

Page 9: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

HOSPITAL SEJAHTERA: KOMITMEN 1 HOSPITAL BUKIT MERTAJAM, DAERAH

SEBERANG PRAI TENGAH, PULAU PINANG

Teo GS, Noraini A, Bainah B, Samsudin Y, Mohd Azzahari AW, Mazalan B, Rosdanizawati R,

Mimi Salwani CD, Teng GS

Hospital Bukit Mertajam adalah sebuah hospital berpakar minor dengan 242 katil. Jawatankuasa

Hospital Sejahtera ditubuhkan tahun 2009. Ia menerapkan Ottawa Charter untuk Promosi

Kesihatan (WHO 1986) dan memperluaskan peranannya meliputi polisi kesejahteraan

masyarakat, orientasi semula perkhidmatan, menyediakan persekitaran yang membantu,

membina kemahiran diri dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dan intersektoral. Banyak

peluang untuk promosi kesihatan di mana terdapat seramai 845 orang staf, purata 1000 pesakit

luar sehari dan BOR 64%. Analisa SWOT menunjukkan terdapat kekuatan dalam pengurusan

hospital dan anggota yang komited. Terdapat peluang melalui initiatif kualiti yang inovatif,

pembangunan teknologi maklumat dan penglibatan aktif masyarakat. Masalah utama adalah

kesesakan berikutan ruang terhad, aset lama dan susun atur yang kurang sistematik. Masalah

lain adalah ramai staf tidak sihat dan pengurusan sisa buang buangan hospital.Pensijilan semula

MS ISO 9001: 2008 pada tahun 2010 dan audit survelens berikutnya diperolehi dengan NCR

sifar. Pengurusan aset alih dimantapkan termasuk inovasi Sistem e-Aset serta penerapan Sistem

5S telah berjaya menyediakan pesekitaran kerja yang lebih kondusif. Orientasi semula

perkhidmatan farmasi dengan kaunter tambahan pada hari minggu, farmasi satelit dan sistem

Txpress telah mengurangkan kesesakan dan masa menunggu. Pengurusan sisa buangan

dimantapkan dan lebih mesra alam. Projek Baja Kompos dijalankan bersama Persatuan

Penduduk Taman Sungai Rambai. Sejumlah 5-7 kg/sehari sisa buangan dari dapor hospital

diproses. Baja terhasil dalam tempoh seminggu dan diguna untuk projek tanaman sayuran dan

taman terapeutik hospital. Purata 500-600 kg/bulan plastik dan kertas dikitarsemula. Pendaftaran

bahan kimia hazadous dan pendidikan mengenainya dilaksanakan. Pelupusan sisa klinikal dan

kimia adalah melalui syarikat yang bertauliah. Projek pemulangan ubat telah berjaya gunasemula

ubat berjumlah RM8,650.12 dan jika ubat tersebut rosak, ia dilupus dengan betul. Bagi pesakit

dan keluarga, disediakan menu postnatal delight dan modul pendidikan pemakanan untuk ibu-ibu

postnatal, program Hospital Rakan Suami dan Bayi, bedside dispensing dan kaunseling serta

riadah di Taman Terapeutik. Kejayaan Sukarelawan Paliatif dan Sokongan Penyusuan Ibu telah

Page 10: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

mendorong penubuhan Kumpulan Sokongan Anak Sindrom Down pada 2012. Kesemuanya

berjaya memberi motivasi melalui berkongsi pengalaman, mempromosi amalan sihat serta

intervensi awal. Aktiviti untuk anggota merangkumi latihan, saringan kesihatan, hidangan sihat

semasa mesyuarat dan pelbagai aktiviti rekreasi. Inovasi papan longsor yang ergonomik

memudahkan pemindahan pesakit dari stretcher ke katil dan mengurangkan sakit pinggang.

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk promosi kesihatan bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital

dan masyarakat setempat seperti Pertandingan Senamrobik, Kenali Ubat Anda dan sebagainya.

Kempen pendermaan organ telah mendapat peningkatan pengikrar organ dan perolehan organ

telah dimulakan. Projek ”free cataract surgery for the poor” dilakukan bersama Kelab Rotary

dengan tajaan CIMB. Kejayaan Projek Hospital Sejahtera meningkatkan kepuasan pelanggan

luar dan dalaman serta mendapat pengiktirafan seperti Best TOP Team Award 2012, Johan Wad

Mesra Pelanggan, Johan Pertandingan-pertandingan Inovasi Negeri dan Zon .

Page 11: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

HOSPITAL SEBERANG JAYA: KE ARAH 1 KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA

Azlina, Malliga, Goh, Vijaya, Norizah, Norzariah, Valarmathi, Zakiah, Hj. Safian, Vanie

Hospital Seberang Jaya mula beroperasi pada 1 April 1995. Ia adalah major specialist hospital

dengan 10 bidang kepakaran. Hospital rujukan bagi daerah Seberang Perai, Selatan Kedah dan

Utara Perak. Mendapat pensijilan akreditasi selama 3 tahun (Disember 2008 – 2011).

Pengiktirafan Hospital Rakan Bayi dari 1997- 2014. Projek Hospital Sejahtera dimulakan sejak

2008 dengan objektif untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang sihat, selamat dan

selesa untuk anggota dan pesakit selaras dengan tema kami KE ARAH 1 KEHIDUPAN YANG

SEJAHTERA. Analisa SWOT digunakan untuk melaksanakan program-program Hospital

Sejahtera. HOSPITAL DALAM TAMAN diwujudkan untuk menyediakan suasana

persekitaran yang ceria, selesa dan selamat untuk anggota, pesakit dan orang awam. Naluri

keibuan untuk menyusukan anak angkat dengan susu ibu yang penuh berkhasiat melahirkan

projek KEAJAIBAN KASIH IBU. HOSPITAL MESRA IBADAH menjadi amalan kami bagi

membimbing pesakit supaya tidak melupakan solat walaupun dalam keadaan tidak mengizinkan.

Setiap pagi anggota akan dibimbing dengan bacaan doa dan sisipan maklumat kesihatan melalui

PA System serta maklumat semasa melalui SUDUT NUR SEJAHTERA merupakan aktiviti di

bawah projek SELAMAT PAGI WARGA HSJ. Fungsi KLINIK SEJAHTERA dimantapkan

lagi demi menjaga taraf kesihatan anggota yang berumur 40 tahun ke atas. KAD MINI SHARP

INJURY diwujudkan supaya proses tersusuk jarum diketahui oleh semua anggota. Pertandingan

WAD MESRA diadakan untuk memberi keselesaan kepada anggota dan pesakit. Jabatan

Dietetik Dan Sajian sedang menuju ke arah GMP dan salah satu penambahbaikan yang

dijalankan adalah laluan untuk troli makanan dan pelawat diasingkan. Latihan CPR telah

diberikan kepada anggota UiTM Permatang Pauh sebagai sumbangan hospital kepada

masyarakat. Program KE ARAH 1 KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA akan diteruskan lagi

dengan objektif yang lebih menjurus kepada kesejahteraan dan keselamatan anggota dengan

memberi penekanan kepada penjagaan awal kesihatan kepada anggota selaras dengan kehendak

KKM.

Page 12: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

KLINIK SEJAHTERAKU“SUKSESS ”

(Sepakat Ungguli Klinik Sejahtera, Sihat & Selamat)

KLINIK KESIHATAN TASEK GELUGOR,SPU

Sumaiyah MI, MYusoff H, Noraishah J., Zuraida B, N Azni MA, Shahrulnaz NN

Klinik Kesihatan Tasek Gelugor (KKTG) beroperasi sejak 1954 berpindah ke bangunan baru

pada 11 Julai 2011. Menjalankan perkhidmatan kesihatan primer, kesihatan keluarga serta

perkhidmatan sokongan. Mendapat Persijilan MS ISO 9001 2008 sejak 2007. Projek klinik

sejahtera dimulakan pada 2011. Objektifnya; mewujudkan suasana persekitaran kerja yang sihat,

selamat dan selesa kepada pelanggan dengan menggalakkan kerjasama anggota dan komuniti

selaras slogan “SUKSESS”. Melalui analisa ‘SWOT’ dan ‘PDCA’, Program Tandas Bersih

berkonsepkan‘Inggeris Kontemporari’ dan ‘Classique Kontemporari’ dilaksanakan,

menjulang anugerah peringkat kebangsaan dan negeri serta Taman Herba D’Tasek diilhamkan.

Sistem 3C4U-“Colour Coding Card” di Unit Rekod mengatasi masalah kehilangan kad pesakit

serta mempercepatkan pencarian kad. ‘Sistem Staggered Appointment’ mengurangkan masa

menunggu dan aduan pelanggan. ‘Floor Mapping Asset’ menjadikan pendaftaran aset lebih

sistematik dan berkesan.‘‘Vaksin Smart Tag’ mengurangkan pembaziran vaksin. ‘Program

DIK SIHAT’ memulihkan 83% kanak-kanak kurang berat badan. ‘Disneyland D’Tasek’

memberikan 95% keselesaan kepada kanak-kanak. “CUTE” (Cergas, Unggul Tampan Dan

Elegan) berjaya mengurangkan berat badan melalui aktiviti riadah senamrobik, endurance dan

pemantauan kalori makanan “Jom Ikut Kalori Makanan”. “Bicara Penyusuan” dan

KUSTAG (Kumpulan Sokongan Penyusuan Tasek Gelugor) meningkatkan 32% penyusuan

eksklusif 6 bulan dan pengiktirafan Klinik Rakan Bayi. ‘Program Cakna Sihat’ meningkatkan

pengetahuan anggota serta masyarakat setempat. Kem Diabetes memperkasakan pesakit

diabetes, mengelakkan komplikasi dengan mempraktikkan amalan hidup sihat. PINTAS

(Program Intervensi NCD Taman Sepadu) menjalankan intervensi penyakit NCD kepada

Komuniti Taman Sepadu. Aktiviti nasyid dan koir merehatkan minda dan mengurangkan

‘stress’, merangkul Anugerah Johan Festival Nasyid dan Johan Koir Pulau Pinang 2012.

Pemantauan berterusan memastikan klinik sejahteraku ‘SUKSESS’. KKTG berjaya mewujudkan

persekitaran kerja yang sihat, selamat dan sejahtera kepada semua pelanggan dan anggota serta

komuniti serta menepati kehendak OTTAWA CHARTER 1986 .

Page 13: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

PROJEK HEALTHY SETTING FELDA MATA AIR

“FELDA SEJAHTERA MANIFESTASI MASYARAKAT YANG SIHAT”

Azmi A, Husna Hakimah TR, Mohd Faizal R, Mohd Iznan Z, Mohd Khorey N.

Felda Mata Ayer terletak di kawasan Parlimen Padang Besar dengan keluasan berjumlah 109.42

hektar. Jumlah penduduk Felda Mata Ayer ialah 1592 orang dengan 249 orang daripadanya

adalah golongan peneroka. Projek Healthy Setting Felda Mata Air telah mula dijalankan pada

Januari 2012. Objektif projek ini adalah untuk mengurangkan faktor risiko penyakit tidak

berjangkit (NCD) di kalangan peneroka dan mengurangkan kadar kejadian kes dan wabak

penyakit Demam Denggi. Seramai 20 orang peserta daripada 40 orang yang disaring telah

bersetuju untuk mengikuti program intervensi ini yang bermula sejak Januari 2012. Semua

peserta terdiri daripada wanita yang berumur 19 hingga 59 tahun. Hanya 19 peserta kekal

sehingga enam bulan intervensi. Berdasarkan analisa data pada bulan Disember 2012, 64.7%

peserta yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes telah berjaya menurunkan berat badan

sekurang-kurangnya 0.5kg. Manakala 18% peserta dengan status pra-hipertensi; 15% peserta

dengan paras kolesterol abnormal; dan 100% peserta dengan status pra-diabetes; telah berjaya

kembali ke paras normal.Trek 10 Ribu Langkah telah diwujudkan dengan kerjasama Jabatan

Kesihatan Negeri Perlis dengan pihak pengurusan Felda Mata Air untuk menggalakkan aktiviti

fizikal di kalangan masyarakat setempat. Projek COMBI yang dijalankan juga telah berjaya

mengurangkan kadar kejadian kes daripada tahun 2010 (4 kes dan 2 wabak), 2011 (2 kes dan 2

wabak) dan tiada kes dan wabak dilaporkan pada tahun 2012. Antara aktiviti yang dijalankan

adalah program pelancaran, ceramah, latihan kemahiran cari dan musnah serta pameran. Melalui

kerjasama pasukan COMBI Felda Mata Air dengan agensi-agensi lain, masalah pelupusan

sampah yang membelenggu masyarakat sejak dahulu lagi telah berjaya diselesaikan. Dengan

kewujudan perlaksanaan Projek Healthy Setting di Felda Mata Air ini, masyarakat peneroka

telah diperkasakan dengan ilmu dan kemahiran dalam tindakan mereka untuk meningkatkan

status kesihatan ke tahap yang lebih optima.

Page 14: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

PEJABAT KESIHATAN SEJAHTERA – PEJABAT KESIHATAN KANGAR

Azmi A, Radzi M, Azliza A, David S, Nordin A, Salleh S, W.M. Akbar WA, Yusof S.

Pejabat Kesihatan Daerah Kangar (PKD Kangar) memberi perkhidmatan kesihatan awam kepada

260,187 penduduk. Diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah dan dianggotai seramai

108 orang kakitangan berbagai kategori jawatan. Fungsi utama Pejabat Kesihatan adalah untuk

menerajui dan berusaha memudahkan dan membolehkan rakyat negeri Perlis khususnya

mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan dan kesejahteraan hidup melalui sistem

pengurusan kesihatan yang berkualiti. Penyampaian perkhidmatan adalah diberikan secara sifat

penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan. Salah satu inisiatif bagi mencapai tahap ini

ialah melaksanakan program “Pejabat Kesihatan Sejahtera” mulai penghujung tahun 2005.

Tujuan perlaksanaannya adalah bagi menyediakan persekitaran tempat kerja dan sistem kerja

yang sihat, selamat dan ceria. Faktor-faktor keseimbangan fizikal, emosi, sosial, spiritual dan

kesihatan yang mampan telah diambilkira. Memandangkan aspek keceriaan persekitaran dan

keselamatan agak terkebelakang maka agenda ini diteruskan dengan memberi perhatian langsung

kepada aspek ini. Demi pertambahan anggota dan tanggunjawab yang semakin kompleks, maka

anjakan paradigma merupakan tuntutan untuk mewujudkan persekitaran yang ceria, selamat dan

sihat bagi mencapai tujuan tersebut. Justeru itu, aktiviti dirancang menerusi prinsip Ottawa

Charter yang merangkumi kriteria seperti membina polisi kesihatan, sokongan persekitaran dan

keselamatan, penyertaan masyarakat, meningkatkan kemahiran dan orientasi semula

perkhidmatan kesihatan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program persekitaran berkualiti

(5S),senitaman dan aspek keselamatan pekerjaan. Ini dilaksanakan melalui aktiviti

menguatkuasakan polisi yang ditetapkan, amalan kerja selamat, parkir selamat, naik taraf

landskap dan memperkemaskan aspek keselamatan pejabat. Objektif program ini telah tercapai

dengan melihat Impak nyata dari perubahan positif anggota apabila mereka semakin responsif,

berkemahiran, produktif dan bertanggungjawab dalam memenuhi matlamat organisasi disamping

menikmati keselesaan kawasan persekitaran yang bersih, indah dan harmoni. Keselamatan

tempat kerja juga ditingkatkan dimana anggota dapat bekerja dalam persekitaran kerja yang

selamat. Kejayaan ini dinikmati oleh seluruh warga PKD Kangar dengan penuh harmoni setelah

berjaya melaksanakannya dengan penuh semangat ’esprit de corps’.

Page 15: SENARAI PENYERTAAN BESERTA ABSTRAK …jknkedah.moh.gov.my/v3/penerbitan/healthysetting.pdf · selepas intervensi. ... Facilities program was introduced into the health facilities

PROJEK HEALTHY SETTING KLINIK DESA BINTONG, KANGAR, PERLIS.

“KLINIK CERIA MASYARAKAT SEJAHTERA”

Dr.Azmi A, Dr.Jamilah S, Rohayati I, Nooriza S, Noriah A, Norhayati N, Rohaya Y.

Klinik Desa Bintong, Kangar, Perlis merupakan salah satu klinik desa di bawah penyeliaan

Klinik Kesihatan Kangar. Klinik ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada ibu hamil,

kanak-kanak, kesihatan wanita, remaja, wargamas dan pesakit luar. Klinik Desa Bintong

meliputi keluasan empat kilometer persegi dengan populasi penduduk 9983 orang. Projek

Healthy Setting (Intenvensi Penyakit Tidak Berjangkit - NCD) telah dijalankan di Klinik Desa

(KD) Bintong ini pada bulan Mac 2012. Objektif program ini adalah untuk mengurangkan faktor

risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan komuniti KD Bintong melalui komitmen

masyarakat bersama anggota kesihatan. Bagi menjayakan program ini Jawatankuasa Projek

Healthy Setting (Intenvensi Penyakit Tidak Berjangkit -NCD) ditubuhkan di kalangan anggota

klinik desa bersama penduduk kampung. Saringan awal faktor risiko NCD dijalankan dengan

melibatkan 223 orang dan hanya 41 orang sahaja (18.3%) bersetuju untuk menyertai program ini.

Beberapa aktiviti intervensi telah dilaksanakan sepanjang program seperti pemeriksaan

kesihatan, senamrobik, berjalan 10 ribu langkah, demonstrasi menu sihat, aktiviti bumi hijau,

kaunseling individu dan ceramah pemakanan. Berdasarkan analisa pada September 2012,

menunjukkan beberapa penurunan faktor risiko utama NCD, seperti peserta yang mempunyai

lebih berat badan dan obes (11orang) yang berjaya menurukan berat badan sekurang-kurang

0.5kg adalah sebanyak 91% (10 orang), status Pre Diabetes(7 orang) kepada status normal ialah

sebanyak 86% (6 orang), status Pre Hipertensi (7 orang) kepada status normal ialah sebanyak

29.% (2 orang) dan hiperkolesterol (9 orang) kepada status normal ialah sebanyak 67% (6

orang). Dari segi sumbangan masyarakat terhadap KD Bintong, jawatankuasa ini telah banyak

menyumbangkan tenaga, idea dan keperluan asas bagi menceriakan persekitaran klinik

sehingga mendapat Anugerah Khas Juri serta tempat kedua dalam Pertandingan Keceriaan

Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 Tahun Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2012.

Secara keseluruhannya dengan kewujudan konsep Healthy Setting di klinik ini, kerjasama antara

anggota klinik dengan masyarakat setempat berkaitan status kesihatan masyarakat dapat

dipertingkatkan.