senarai pekeliling ikhtisas

12
SENARAI SURAT PEKELILING BERKAITAN DISIPLIN SEKOLAH SURAT PEKELILING BIL.6/68.BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1968 - PEMBUANGAN MURID DARIPADA SEKOLAH-SEKOLAH KERANA KELAKUAN CURANG Murid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis berkaitan kesalahan dan satu salinan borang jawapan disertakan untuk penjaga memberi akuan terima. Surat amaran kedua dihantar kepada ibu bapa sekiranya kelakuan murid tidak bertambah baik. Sekiranya murid tidak patuh,Guru Besar atau Pengetua boleh menggantung persekolahan maksima dua minggu. Satu salinan semua amaran penggantungan atau pembuangan mestilah dikirim kepada pendaftar sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah. Kelakuan curang yang serius, Guru-guru Besar/Pengetua perlu memberhentikan murid sementara waktu untuk dibuat penyelidikan. Jika munasabah murid tersebut boleh dibuang sekolah. Jika rayuan diterima, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diperlukan. SURAT PEKELILING BIL.8/68 BERTARIKH: 18 SEPTEMBER 1968 - TATATERTIB DI SEKOLAH-SEKOLAH Tatatertib ialah tindakan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan sekolah diikuti. Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar. Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau penggantungan sementara (tidak melebihi 10 hari). Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah. SURAT PEKELILING BIL.6/68 DAN 8/68 BERTARIKH: 12 OKTOBER 1968 - TAMBAHAN KEPADA SURAT PEKELILING PROFESSIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN (GANTUNG PERSEKOLAHAN) Penggantungan pelajar maksima 14 hari. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh kepada Menteri Pendidikan. SURAT PEKELILING BIL.1/1972 BERTARIKH: 14 FEBRUARI 1972 - PERATURAN- PERATURAN (TATATERTIB SEKOLAH) PELAJARAN 1959 Hukuman dera terhadap murid-murid perempuan dilarang. Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung yang berlapik. Hukuman hanya diberi oleh Guru Besar atau dengan kuasa yang diberikan. SURAT PEKELILING BIL.6A/1975 BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 1975 - MURID-MURID MENGHISAP ROKOK Semasa perhimpunan Guru Besardikehendaki memaklumkan kepada pelajar bahawa: Penghisapan rokok adalah dilarang kerana kesihatan. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan.

Upload: nazriawang039000

Post on 27-Jun-2015

3.760 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai PEKELILING IKHTISAS

SENARAI SURAT PEKELILING BERKAITAN DISIPLIN SEKOLAH

SURAT PEKELILING BIL.6/68.BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1968 - PEMBUANGAN MURID DARIPADA SEKOLAH-SEKOLAH KERANA KELAKUAN CURANGMurid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis berkaitan kesalahan dan satu salinan borang jawapan disertakan untuk penjaga memberi akuan terima.Surat amaran kedua dihantar kepada ibu bapa sekiranya kelakuan murid tidak bertambah baik.Sekiranya murid tidak patuh,Guru Besar atau Pengetua boleh menggantung persekolahan maksima dua minggu.Satu salinan semua amaran penggantungan atau pembuangan mestilah dikirim kepada pendaftar sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah.Kelakuan curang yang serius, Guru-guru Besar/Pengetua perlu memberhentikan murid sementara waktu untuk dibuat penyelidikan. Jika munasabah murid tersebut boleh dibuang sekolah.Jika rayuan diterima, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diperlukan.

SURAT PEKELILING BIL.8/68 BERTARIKH: 18 SEPTEMBER 1968 - TATATERTIB DI SEKOLAH-SEKOLAHTatatertib ialah tindakan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan sekolah diikuti.Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar.Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau penggantungan sementara (tidak melebihi 10 hari).Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.6/68 DAN 8/68 BERTARIKH: 12 OKTOBER 1968 - TAMBAHAN KEPADA SURAT PEKELILING PROFESSIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN (GANTUNG PERSEKOLAHAN)Penggantungan pelajar maksima 14 hari.Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh kepada Menteri Pendidikan.

SURAT PEKELILING BIL.1/1972 BERTARIKH: 14 FEBRUARI 1972 - PERATURAN-PERATURAN (TATATERTIB SEKOLAH) PELAJARAN 1959Hukuman dera terhadap murid-murid perempuan dilarang.Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung yang berlapik.Hukuman hanya diberi oleh Guru Besar atau dengan kuasa yang diberikan.

SURAT PEKELILING BIL.6A/1975 BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 1975 - MURID-MURID MENGHISAP ROKOKSemasa perhimpunan Guru Besardikehendaki memaklumkan kepada pelajar bahawa:

Penghisapan rokok adalah dilarang kerana kesihatan.Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan.Tempoh pengampunan selama seminggu kepada pelajar untuk membuat pengukuran.Selepas tempoh pengampunan murid merokok akan menghadapi tindakan disiplin.

Langkah-langkah ke atas murid-murid yang merokok:Tindakan disiplin yang sewajarnya.Ibu bapa/penjaga pelajar diberitahuMurid dirujuk kepada guru panduan untuk nasihatGuru panduan menyimpan rekod untuk tujuan penyelidikan Kementerian Pelajaran.

SURAT PEKELILING BIL.7/1975 BERTARIKH: 19 OGOS 1975 - SALAHGUNA DADAH – GARIS PANDUAN UNTUK GURU PANDUAN DAN GURU BESARMatlamat Kementerian Pelajaran membantu pelajar mengelakkan dari publisiti.Tindakan disiplin selepas pertolongan gagal dan selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.Tindakan-tindakan yang harus diambil:

Rujukan sendiriRujukan oleh guru-guru/murid

Page 2: Senarai PEKELILING IKHTISAS

Rujukan dibuat atas keputusan tindakan disiplin“Checklist” tindakan yang harus diambilJenis-jenis dadah yang disalah gunakan.

SURAT PEKELILING BIL.9/1975 BERTARIKH: 4 NOVEMBER 1975 - PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURIDGuru Besar dan semua guru bertanggungjawab menjaga disiplin sesebuah sekolah.Guru Besar dan semua guru mesti memahami ordinan-ordinan/surat-surat pekeliling/ Pekeliling Ikhtisas – Lampiran A.Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat – Lampiran B.Peraturan-peraturan sekolah yang bertulis untuk murid. Tindakan oleh tiap-tiap sekolah – Lampiran C.Peraturan-peraturan khas untuk asrama, Perpustakaan dan Bilik-bilik Mata Pelajaran Praktikal.Guru mesti menjadi teladan baik kepada murid.

SURAT PEKELILING BIL.2/1976 BERTARIKH: 7 JANUARI 1976 - POTONGAN RAMBUT MURID-MURIDPeraturan merangkumi murid-murid sekolah, guru dan kakitangan lain.Rambut murid-murid lelaki.Misai dan janggutRambut murid-murid perempuan.Menjadi tanggungjawab guru dan kakitangan lain memberi teladan yang baik kepada pelajar.

SURAT PEKELILING BIL.11/1976 BERTARIKH: 9 OKTOBER 1976 - MENGHARAMKAN SEMUA JENIS PERMAINAN JUDI DI SEKOLAH-SEKOLAHPermainan berunsur judi dilarang di sekolah-sekolah.Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin sekolah dilarang.

SURAT PEKELILING BIL.7/1977 BERTARIKH: 7 SEPTEMBER 1977 - PENGELOLAAN WALKATON DI SEKOLAH-SEKOLAHPengelolaan Walkaton dirancang dan dikawal supaya tidak menjejas pelajaran, kebajikan dan keselamatan Malaysia.Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar:

Waktu mencari penaja.Persetujuan ibubapa murid.Keselamatan dan kebajikan.

SURAT PEKELILING BIL.9/1977 BERTARIKH: 3 OKTOBER 1977 - MENGANJURKAN DAN MENJUAL LOTERI DI SEKOLAH-SEKOLAHPenjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru dan Badan-badan yang berkaitan dengan sekolah dilarang.Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan sekolah-sekolah yang dianjur oleh mana-mana pihak dilarang.Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk mendapatkan wang.

SURAT PEKELILING BIL.4/1978 BERTARIKH: 2 MEI 1978 - ACARA SUAIKENAL DI SEKOLAH-SEKOLAHMelarang ‘ragging’ yang bertopeng suaikenal di sekolah-sekolah.Mereka yang terlibat akan diberhentikan dari sekolah tanpa amaran.

SURAT PEKELILING BIL.2/1979 BERTARIKH: 26 MAC 1979 - LAPORAN MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN

SURAT PEKELILING BIL.4/1982 BERTARIKH: 1 OKTOBER 1982 - PERMAINAN ‘PIN-TABLE, VIDEO GAME, GAME WATCH’Melarang pelajar sekolah:

Page 3: Senarai PEKELILING IKHTISAS

Bermain pemarkahan ‘Pin-table, video game’ dan lain permainan yang seumpama.Membawa ke sekolah segala jenis ‘game watch’.Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang bersalah.

SURAT PEKELILING BIL.1/1983 BERTARIKH: 25 FEBRUARI 1983 - GARIS PANDUAN KEMPEN ANTI MEROKOK DI SEKOLAH-SEKOLAHLangkah-langkah positif bagi menjaya kempen anti merokok

SURAT PEKELILING BIL.3/1983 BERTARIKH: 9 MAC 1983 - PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAHMengemaskini arahan yang berhubung dengan pakaian murid-murid daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam aspek-aspek;

Pakaian seragam sekolah.Pakaian ketika bersenam/bersukan.Pakaian dalam Pasukan Beruniform.Pakaian murid-murid Islam hari Jumaat.Pakaian seragam khas.Kasut.

SURAT PEKELILING BIL.6/1983 BERTARIKH: 23 APRIL 1983 - LARANGAN BERMAIN BAHAN-BAHAN LETUPANMemberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain dan menggunakan bahan-bahan letupan adalah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyedarkan dan menginsafkan murid-murid tentang bahayanya.

SURAT PEKELILING BIL.7/1983 BERTARIKH: 11 APRIL 1983 - GARIS PANDUAN MENGENAI PUNGUTAN DERMA MELIBATKAN MURID-MURID SEKOLAHMenyatakan beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan di sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.8/1983 BERTARIKH: 7 NOVEMBER 1983 - PERHIMPUNAN SEKOLAHMewajibkan sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sebagai majlis rasmi pada setiap minggu.Panduan mengelolakan perhimpunan sekolah dalam aspek:

MasaAturcara

Pihak sekolah dikehendaki memberi perhatian dalam perkara berikut:Surat Pekeliling Am Bil.23 Tahun 1996Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975Penglibatan semua guru atau pelajarMenggalakkan penglibatan kakitangan bukan guruMengadakan aktiviti positif dan dilarang menjalankan hukuman disiplin kepada pelajar.

SURAT PEKELILING BIL.4/1984 BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1984 - PERHIMPUNAN SEKOLAH (TAMBAHAN KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/84)Memasukkan lagu ‘Malaysia Berjaya’ semasa perhimpunan (selepas lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri.)Perlu diadakan perhimpunan khas setiap hari sebelum waktu pertama bermula untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan ‘Malaysia Berjaya’. Nyanyian dengan teratur dan tertib.

SURAT PEKELILING BIL.8/1985 BERTARIKH: 22 NOVEMBER 1985 - PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH (PINDAAN)Kasut murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah berwarna putih dan diperbuat daripada ‘canvas’/bahan sintetik yang mempunyai daya serap dan saluran gerak udara.Stokin berwarna putih.

Page 4: Senarai PEKELILING IKHTISAS

SURAT PEKELILING BIL.7/1986 BERTARIKH: 1 OGOS 1986 - LANGKAH-LANGKAH KEBERKESANAN DISIPLIN SEKOLAHTumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolah dan bagi menentukan disiplin. Berkuasa menentukan hukuman yang munasabah.Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat pekeliling dan buku panduan disiplin.Menubuhkan jawatan kuasa Hal Ehwal Murid peringkat sekolah.Pejabat Pelajaran Daerah perlu berusaha mengambil langkah-langkah bagi mengurangi masalah-masalah disiplin.

SURAT PEKELILING BIL.8/1988 BERTARIKH: 1 MAC 1988 - KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI SEKOLAHDiingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingin, ke atas diri pelajar.Menekankan aspek keselamatan melalui:

Pengajaran,peraturan, latihan, bimbingan dan amalan.Memaklumkan kepada ibubapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah.Sistem kawalan rekod yang kemas.Menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal.Sistem berteman.Mengawasi kawasan dengan kerap.Menjadikan peraturan keselamatan sebagai peraturan sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.2/1991 BERTARIKH: 5 FEBRUARI 1991 - TATA KELAKUAN PELAJAR KETIKA DI MASJIDPelajar tidak mempunyai tatatertib yang baik ketika berada di masjid.Tindakan yang perlu diambil:

Memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib di Masjid.Guru perlu mengawas kelakuan pelajar.Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang pengawas.

SURAT PEKELILING BIL.3/1991 BERTARIKH: 16 MEI 1991 - MENGUNDANG ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKANCadangan undangan ke upacara tertentu hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

SURAT PEKELILING BIL.4/1991 BERTARIKH: 16 MEI 1991 - PELAPORAN KEJADIAN TIDAK DIINGINI DI SEKOLAHPelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah penceroboh dan pelajar terlibat melancarkan mogok, merusuh, mencedera dan bergaduh.Pengetua dikehendaki dengan serta merta melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, PPB/D dan Jabatan Pendidikan Negeri.

SURAT PEKELILING BIL.3/1992 BERTARIKH: 14 MAC 1992 - PEMAKAIAN TUDUNG/MINI TELEKUNG BAGI PELAJAR-PELAJAR PEREMPUANTidak ada paksaan kepada pelajar perempuan memakai tudung atau mini telekung di sekolah. Walaupun pemakaian tudung dan mini telekung dibenarkan dibawah Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 – Pakaian Murid-murid Sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.3/1993 BERTARIKH: 15 FEBRUARI 1993 - LAPOR KEPADA POLIS SALAH LAKU YANG BERBENTUK JENAYAHSekolah mesti melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah kepada polis dengan segera.

Page 5: Senarai PEKELILING IKHTISAS

SURAT PEKELILING BIL.6/1993 BERTARIKH: 3 JUN 1993 - PAKAIAN SERAGAM SEKOLAHAdalah ditegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam atau menggunakan peraturan sendiri.Surat-surat pekeliling bilangan 3/1983, Bil.8/1983 dan Bil.3/1992 hendaklah dipatuhi.

SURAT PEKELILING BIL.6/1994 BERTARIKH: 12 SEPTEMBER 1994 - USAHA MENANAM SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN PELAJAR DAN SENAMAN RINGKASSemua pihak hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cintakan terhadap Negara.YB Menteri Pendidikan mengarah supaya semangat patriotisme ini ditanam melalui upacara perhimpunan mingguan atau harian.Semua upacara tersebut perlu dijalankan dengan penuh penghayatan dari semua pihak.YB Menteri menyarankan supaya senaman ringkas diadakan didalam bilik darjah sebelum memulakan P & P.Semangat patriotisme dan senaman ringkas disarankan supaya dapat diadakan disemua sekolah dan serta merta.

SURAT PEKELILING BIL.6/1995 BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 1995 - MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAHPonteng sekolah dan ponteng kelas kedua masalah yang perlu diatasi dengan segera oleh semua pegawai yang berkaitan.Pihak Kementerian telah menerbitkan dan mengedarkan Buku Panduan bagi mengatasi ponteng di sekolah. Saranan dan cadangan dalam buku ini diyakini dapat mengatasi dua masalah di atas.

SURAT PEKELILING BIL.7/1995 BERTARIKH: 11 OKTOBER 1995 - TATACARA MENGENAKAN TINDAKAN DAN HUKUMAN TERHADAP PELAJAR-PELAJAR SEKOLAHTerdapat laporan menyatakan pihak sekolah telah mengenakan tindakan dan hukuman yang keterlaluan di atas kesalahan disiplin pelajar yang terlibat.Keadaan ini menjejaskan maruah dan reputasi Kementerian Pendidikan.Surat ini mengingatkan semua yang terlibat agar mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam lampiran ini.

SURAT PEKELILING BIL.2/1996 BERTARIKH: 24 JUN 1996 - PENAMPILAN DIRI PELAJAR, KEKEMASAN DAN KERAPIAN BERPAKAIANMeminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kalangan para pelajar.

SURAT PEKELILING BIL.4/1996 BERTARIKH: 3 SEPTEMBER 1996 - PELAKSANAAN KUASA DISIPLIN DAN HUKUMAN DI SEKOLAHPengetua/Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan berat.Pengetua/Guru Besar diberi kuasa terhadap guru dan murid untuk melaksanakan hukuman yang sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.Hukuman dibuat sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan dan kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa.

SURAT SIARAN KP (BS) 8591/JLD VII (57) BERTARIKH: 24 FEBRUARI 1997 - TINDAKAN SERTA MERTA MEMBANTERAS MASALAH SOSIAL DI KALANGAN MURID-MURIDMengenalpasti dan menyediakan maklumat murid bermasalah sosial.Melaporkan maklumat itu kepada PPB/D dan JPN.Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang terlibat.Mempertingkatkan usaha serta perhatian guru bimbingan terhadap murid yang terlibat.PPB/D hendaklah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah untuk menangani masalah ini.

Page 6: Senarai PEKELILING IKHTISAS

SURAT PEKELILING BIL.4/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - HUKUMAN KE ATAS MURID MENGHISAP ROKOKPekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling: Ikhtisas Bil. 6a/1975Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan murid yang didapati bersalah menghisap rokok.Bilangan pukulan rotan maksima sebanyak tiga kali.Pelajar boleh dibuang sekolah jika masih mengulangi kesalahan merokok.

SURAT PEKELILING BIL.5/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - SEKOLAH SEBAGAI KAWASAN LARANGAN MEROKOKBangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.Semua guru,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok dikawasan sekolah samada di bilik darjah, dikawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung.

SURAT PEKELILING BIL.16/1998 BERTARIKH: 6 OGOS 1998 - MENANGANI KEGIATAN GANGSTER DI SEKOLAHSekolah mesti melaporkan kepada pihak polis jika terdapat kegiatan berkenaan.Tindakan pemulihan perlu dilakukan ke atas pelajar yang telah disahkan terlibat.Tindakan pencegahan juga perlu diambil.

SURAT PEKELILING BIL.18/1998 BERTARIKH: 2 SEPTEMBER 1998 - PENGGUNAAN BUDI BICARA KETIKA MENGAMBIL TINDAKANGuru Besar diperlukan menggunakan budi bicara dalam menangani masalah yang dihadapi terutama isu-isu semasa yang tidak diduga atau isu-isu sensitif.

SURAT PEKELILING BIL.7/1999 BERTARIKH: 10 JUN 1999 - PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DI SEKOLAH MENENGAHSemua sekolah menengah disaran menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.Kes jenayah melibatkan murid sekolah didapati meningkat dan gejala ini mesti diberi perhatian serius.

SURAT PEKELILING BIL.8/1999 BERTARIKH: 10 JUN 1999 - KESELAMATAN DIRI MURID DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK SEKOLAHBertujuan menegaskan kepentingan mengwujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan.Antara langkah yang boleh diambil ialah:

Manfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam merancang langkah-langkah keselamatan murid.Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa membuat rondaan di kawasan berisiko.Membersihkan semak samun di laluan pelajar supaya terbuka dan selamat.Mewujudkan tatacara mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden orang yang disyaki berniat jahat.Mempamerkan peraturan/poster keselamatan.Menggunakan ruang seperti perhimpunan bagi memperingatkan warga sekolah tentang keselamatan.Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.11/2000 BERTARIKH: 5 JULAI 2000 - MEMBANTERAS JENAYAH DI KALANGAN MURID SEKOLAHSekolah mesti melaksanakan program pencegahan jenayah.Sekolah mesti mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah disiplin terutama perlakuan berunsur jenayah tanpa menunggu keadaan menjadi lebih serius.Semua kes salahlaku tidak dirahsiakan.

Page 7: Senarai PEKELILING IKHTISAS

SURAT PEKELILING BIL.8/2001 BERTARIKH: 19 JULAI 2001 - PEMANTAPAN PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAHJPN,PPB/D, Pengetua/Guru Besar mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memantapkan disiplin di sekolah-sekolah.Pengurusan hal ehwal murid hendaklah dimantapkan dan dipertingkatkan.Sistem rekod/profail hendaklah diperkenalkan dan bergerak mengikut pergerakan murid.Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah dimantapkan.Pengurusan kaunseling hendaklah dimantapkan lagi.Sekolah penyayang.Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri.Permuafakatan ibubapa, sekolah dan masyarakat.Sekolah selamat.

SURAT PEKELILING BIL.9/2001 BERTARIKH: 23 JULAI 2001 - PENGLIBATAN PELAJAR DENGAN KEGIATAN NEGATIFTindakan awal dan segera perlu diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini.Pihak sekolah hendaklah memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Café.Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid.JPN,PPB/D, Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan program khas kepada yang terlibat.JPN,PPB/D, Sekolah-sekolah diminta melaporkan segera kegiatan yang serius kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia jika menjadi berita sensasi di media massa.

SURAT SIARAN KP (BS/HEP) 8543/053(9) BERTARIKH: 2 OGOS 2001 - PENGURUSAN PELAJAR SECARA KOLEKTIFPengurusan Pelajar secara bersepadu hendaklah dilaksanakan di sekolah-sekolah.Semua bertindak dengan hala tuju yang sama.

SURAT PEKELILING BIL.10/2001 BERTARIKH: 24 SEPTEMBER 2001 - SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLINSemua guru bertanggungjawab dalam hal berkaitan disiplin murid sebagaimana arahan dalam SP Profesional KPM Bil 8/1968 – Tatatertib Di Sekolah dan SPI Bil 9/1975 – Disiplin Di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-MuridGuru berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid mengamalkan tingkahlaku yang baik

SURAT PEKELILING BIL.7/2003 BERTARIKH: 29 OKTOBER 2003 - KUASA GURU MEROTAN MURIDBerasaskan peruntukan dalam Perkara 5 dan 6 - Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959Merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikanMerotan dikhalayak ramai adalah dilarang

SURAT PEKELILING BIL.8/2003 BERTARIKH: 29 OKTOBER 2003 - PENGGUNAAN BUKU LOG BAGI TUJUAN MEMANTAU LAKU MUSNAH (VANDALISM)Kegiatan ini perlu dibasmi melalui sistem pemantauan yang terancang dan berterusanBuku Log Laku Musnah perlu disediakan untuk memantau gejala ini dan data-data terkumpul dijadikan sumber membuat perancangan membasmi kegiatan tersebut