senarai eoaran seperti 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013]...

14
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Lot 36, Jalan Universiti, 46350 Petaling Jaya, Selangor Malaysia SlRIM CERTIFIED TO MS 1509001:2008 Reg No AR 3596 Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KKM-55/BPF/308/020101 JLD. 5 (62.) ~I Mei 2013 Tarikh SENARAI EOARAN SEPERTI 01 LAMPI RAN YBhg. Tan Sri I Datuk I Dato' I Datin I Tuan I Puan, KELULUSAN PENUBUHAN KEOAI FARMASI KOMUNITI SWASTA 01 SEMUA HOSPITAL UTAMA DAN BERPAKAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan, cadangan penubuhan kedai farmasi komuniti swasta di semua hospital utama dan berpakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang mana keperluan rawatan dan pengubatan pesakitnya adalah kompleks dan pelbagai, telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Pembangunan KKM (JDPKK) bertarikh 12 April 2013 yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, KKM. 3. Sehubungan itu, semua hospital utama dan berpakar dibenarkan untuk menubuhkan farmasi komuniti swasta di hospital masing-masing dan boleh merujuk kepada Prinsip Umum Penubuhan Farmasi Komuniti Swasta di Semua Hospital Utama dan Berpakar, KKM (Lampiran 1). 4. Untuk makluman, penubuhan farmasi komuniti swasta ini juga tertakluk kepada perjanjian berkaitan sewaan premis dan perjanjian berkaitan perkhidmatan dan harga ubat yang telah ditetapkan. Perjanjian-perjanjian ini akan diedarkan dalam masa yang terdekat ini. Alamat Surat Menyurat : . Beg Berkunci No. 924, Pejabat Pos Jalan Sultan, 46790 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 603-78413200/3320 Faks: 603-79682222 http://www.pharmacy.gov.my

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASIKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lot 36, Jalan Universiti, 46350 Petaling Jaya, Selangor MalaysiaSlRIM

CERTIFIED TO MS 1509001:2008Reg No AR 3596

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami :KKM-55/BPF/308/020101 JLD. 5 (62.)

~ I Mei 2013Tarikh

SENARAI EOARAN SEPERTI 01 LAMPI RAN

YBhg. Tan Sri I Datuk I Dato' I Datin I Tuan I Puan,

KELULUSAN PENUBUHAN KEOAI FARMASI KOMUNITI SWASTA 01SEMUA HOSPITAL UTAMA DAN BERPAKAR KEMENTERIAN KESIHATANMALAYSIA

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, cadangan penubuhan kedai farmasi komunitiswasta di semua hospital utama dan berpakar Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), yang mana keperluan rawatan dan pengubatan pesakitnya adalahkompleks dan pelbagai, telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasardan Pembangunan KKM (JDPKK) bertarikh 12 April 2013 yang telahdipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, KKM.

3. Sehubungan itu, semua hospital utama dan berpakar dibenarkan untukmenubuhkan farmasi komuniti swasta di hospital masing-masing dan bolehmerujuk kepada Prinsip Umum Penubuhan Farmasi Komuniti Swasta di SemuaHospital Utama dan Berpakar, KKM (Lampiran 1).

4. Untuk makluman, penubuhan farmasi komuniti swasta ini juga tertaklukkepada perjanjian berkaitan sewaan premis dan perjanjian berkaitanperkhidmatan dan harga ubat yang telah ditetapkan. Perjanjian-perjanjian iniakan diedarkan dalam masa yang terdekat ini.

Alamat Surat Menyurat : .Beg Berkunci No. 924, Pejabat Pos Jalan Sultan, 46790 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Tel: 603-78413200/3320 Faks: 603-79682222 http://www.pharmacy.gov.my

Page 2: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta ini, dimintakepada mana-mana hospital yang berminat, untuk merujuk kepada UnitPengurusan Profesional Ubat-Ubatan, Sahagian Perkhidmatan Farmasi, denganmenghubungi Puan Fuziah Abdul Rashid ([email protected]) di talian03-7841 3288 atau Puan Hanisah Shafie ([email protected]) di talian03-7841 3383 untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

"SERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(DATO' ElSAH ST. ASD. RAHMAN)Pengara Kanan Perkhidmatan FarmasiSahagian Per· FarmasiKementerian Kesihatan Malays

Page 3: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

SENARAI EDARAN HOSPITAL UTAMA

1. PengarahHospital Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2. PengarahHospital Tuanku FauziahKangar, Perlis.

3. PengarahHospital Sultanah BahiyahAlor Setar, Kedah.

4. PengarahHospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh, Perak.

5. PengarahHospital Pulau Pinang,Pulau Pinang.

6. PengarahHospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu, Terengganu.

7. PengarahHospital Raja Perempuan Zainab II,Kota Bahru, Kelantan.

8. PengarahHospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan, Pahang.

9. PengarahHospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, Selangor.

10. PengarahHospital Melaka.

11. PengarahHospital Tuanku Ja'afar,Seremban, Negeri Sembilan.

12. PengarahHospital Sultanah Aminah,Johor.

Page 4: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

13. PengarahHospital Umum Sarawak,Sarawak.

14. PengarahHospital Queen Elizabeth I,Kota Kinabalu, Sabah.

15. PengarahHospital Labuan,Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 5: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

SENARAI EDARAN HOSPITAL BERPAKAR

1. PengarahHospital Sultan Abdul HalimSungai Petani, Kedah.

2. PengarahHospital Kulim, Kedah.

3. PengarahHospital Seberang Jaya,Pulau Pinang.

4. PengarahHospital Taiping, Perak.

5. PengarahHospital Teluk Intan, Perak.

6. PengarahHospital Kajang

7. PengarahHospital Sungai Buloh

8. PengarahHospital Selayang

9. PengarahHospital Ampang

10. PengarahHospital Serdang

11. PengarahHospital Putrajaya

12. PengarahHospital Tuanku Ampuan NajihahKuala Pilah, Negeri Sembilan.

13. PengarahHospital Sultan Ismail, Johor.

14. PengarahHospital Muar, Johor.

15. PengarahHospital Sultanah Nora Ismail,Batu Pahat, Johor.

Page 6: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

16. PengarahHospital Segamat, Johor.

17. PengarahHospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh, Pahang.

18. PengarahHospital Kuala Krai,Kelantan.

19. PengarahHospital Kemaman,Terengganu.

20. PengarahHospital Duchess of KentSandakan, Sabah.

21. PengarahHospital Tawau, Sabah.

22. PengarahHospital Sibu, Sarawak.

23. PengarahHospital Miri, Sarawak.

24. PengarahHospital Bintulu, Sarawak.

25. PengarahHospital Tanah Merah, Kelantan.

Page 7: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

s.k

1. PengarahJabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala LumpurJalan Cenderasari50590 Kuala Lumpur

2. PengarahJabatan Kesihatan Negeri SelangorTingkat 9,10, 11 & 17Wisma SunwaymasLot 1, Jalan Persiaran Kayangan40100 Shah AlamSelangor

3. PengarahJabatan Kesihatan Negeri PerakJalan Pang lima Bukit Gantang Wahab30000lpohPerak

4. PengarahJabatan Kesihatan Negeri PahangTingkat 12, Wisma PersekutuanJalan Gambut25000 KuantanPahang

5. PengarahJabatan Kesihatan Negeri MelakaTingkat 3, 4, dan 5, Wisma Persekutuan,Jalan Business City, Bandar MITC75450 Ayer Keroh, Melaka

6. PengarahJabatan Kesihatan Negeri Negeri SembilanJalan Lee Sam70590 Negeri Sembilan

7. PengarahJabatan Kesihatan Negeri TerengganuTingkat 5, Wisma PersekutuanJalan Sultan Ismail20290 Kuala TerengganuTerengganu

8. PengarahJabatan Kesihatan Negeri KedahJalan Kuala Kedah05400 Simpang KualaAlar Setar, Kedah.

Page 8: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

9. PengarahJabatan Kesihatan Negeri KelantanTingkat 5, Wisma Persekutuan15590 Kota SharuKelantan.

10. PengarahJabatan Kesihatan Negeri JohorTingkat 3 & 4 Siok S, Wisma PersekutuanJalan Air Molek80590 JohorJohor Darul Takzim

11. PengarahJabatan Kesihatan Negeri PerlisJalan Raja Syed Alwi01000 KangarPerlis

12. PengarahJabatan Kesihatan Negeri Pulau PinangTingkat 35 & 37, KOMTAR10590 Pulau Pinang

13. PengarahJabatan Kesihatan Negeri SabahTingkat 3, Rumah PersekutuanJalan Mat Salleh88590 Kota KlnabaluSabah

14. PengarahJabatan Kesihatan Negeri SarawakJalan Tun Abang Haji Openg93590 KuchingSarawak

15. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

16. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Selangor

17. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Perak

18. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Pahang

19. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Melaka

20. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Negeri Sembilan

21. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Terengganu

Page 9: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

22. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Kedah

23. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Kelantan

24. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Johor

25. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Perlis

26. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Pulau Pinang

27. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Sabah

28. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Sarawak

29. Timbalan Pengarah Kesihatan (Farmasi) Wilayah Persekutuan Labuan

Page 10: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

Lampiran 1

PENUBUHAN KEOAI FARMASI KOMUNITI SWASTA 01 SEMUA HOSPITAL UTAMA

DAN BERPAKAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

LATAR BELAKANG

Pada tahun 2005, Ketua Setiausaha (KSU), KKM telah bersetuju dengan cadangan

kertas kerja Private Pharmacies in the Hospitals of Ministry of Health Malaysia.

Sehubungan itu, kedai farmasi komuniti swasta telah ditubuhkan di hospital perintis iaitu

Hospital Putrajaya bagi memenuhi keperluan Full Paying Patient (FPP) di hospital

tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, KKM (KPK, KKM) dalam Mesyuarat dengan Pengerusi

Panel Bersama Pengerusi JKK Ubat-ubatan Bil. 8 KKM pada 5 Ogos 2011 telah

mencadangkan supaya kelulusan penubuhan kedai farmasi komuniti swasta di atas

dipanjangkan kepada semua hospital utama dan berpakar KKM yang mana keperluan

rawatan dan pengubatan pesakitnya adalah kompleks dan pelbagai.

Objektifl faedah pelaksanaan cadangan ini adalah bagi membantu pesakitl rakyat

dalam:

a. Meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan bagi pesakit mendapatkan bekalan

ubat terutamanya yang tidak tersenarai dalam Formulari Ubat KKM (FUKKM).

b. Meringankan beban kos, masa dan jarak perjalanan.

c. Meningkatkan kepuasan mereka terhadap tahap penyampaian perkhidmatan

kesihatan.

1

Page 11: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

Lampiran 1

Perlunya pengwujudan farmasi komuniti di semua hospital utama dan berpakar

KKM

a. Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan profesional,

b. Memudahkan akses rakyat terutamanya dalam mendapatkan bekalan ubat

yang tidak tersenarai dalam FUKKM.

c. Mengurangkan beban kewangan rakyat kerana kedai farmasi komuniti yang

bakal menawarkan harga ubat yang lebih rendah daripada harga pasaran.

d. Kerajaan berpeluang menjana pendapatan melalui sewa yang dikenakan ke

atas premis perniagaan berkenaan.

e. Permintaan terhadap sektor farmaseutikal tempatan juga dijangka

akanmeningkat.,:.-")'--

SKOP FUNGSI

Kedai farmasi komuniti swasta yang bakal ditubuhkan akan membekalkan ubat pada

harga yang lebih rendah daripada harga pasaran (bagi preskripsi KKM sahaja) kepada

pesakit-pesakit berikut :

a. Pesakit-pesakit yang dipreskripsi ubat di luar FUKKM.

b. Pesakit yang dipreskripsi ubat FUKKM tetapi tidak dibekal secara percuma

kerana sebab-sebab tertentu contohnya tiada stok atau kuota terhad.

c. Pesakit yang mendapat bantuan pembiayaan perubatan (Tabung Bantuan

Perubatan, Baitulmal, Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Kerja Sosial

Perubatan).

d. Pesakit-pesakit yang memilih untuk membeli ubat atau peralatan perubatan

atas sebab-sebab yang pelbagai seperti berkehendakkan jenama ubat

tertentu.

2

Page 12: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

Lampiran 1

PRINSIP UMUM PENUBUHAN FARMASI KOMUNITI SWASTA 01 SEMUA

HOSPITAL UTAMA DAN BERPAKAR KKM

1. Ruang, susun atur dan kadar sewaan

i. Hospital yang berkenaan hendaklah menyediakan ruang bagi

membangunkan satu kedai farmasi komuniti swasta.

ii. Susun atur hendaklah bersifat mesra pesakit terutamanya bagi golongan

kelainan upaya, warga emas dan pesakit berkerusi roda.

iii. Keluasan ruang hendaklah sekurang-kurangnya 800 kaki persegi dan

menyediakan ruang menunggu serta kaunseling untuk pesakitl pelanggan.

iv. Premis hendaklah mematuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam

Community Pharmacy Benchmarking Guideline 2011.

v. KKM akan mengenakan sewa bulanan berdasarkan keluasan ruang dan

kadar penggunaan kemudahan asas (air dan eletrik) yang disediakan.

Perbelanjaan lain untuk tujuan operasi premis juga adalah ditanggung oleh

pemilik kedai farmasi yang berkenaan.

2. Pemilihan syarikat dan pegangan kontrak

i. KKM akan mengundang syarikat yang telah disenarai pendek bagi

mengemukakan permohonan untuk beroperasi di hospital-hospital yang

telah terpilih. Tidak akan ada rnonopoli oleh 1 atau 2 syarikat tertentu. Ini

bermakna syarikat yang menubuhkan kedai farmasi komuniti swasta di

sesebuah hospital boleh berbeza daripada syarikat yang menubuhkan kedai

farmasi komuniti swasta di hospital-hospital yang lain. Premis tersebut

hendaklah dikendalikan oleh ahli farmasil syarikat tempatan.

ii. Jemputan dan pemilihan syarikat hendaklah dilakukan sendiri oleh pihak

pentadbiran hospital yang berkenaan berdasarkan sebut harga atau tender

terbuka secara berasingan. Pembida tempatan dari negeri tersebut adalah

3

Page 13: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

Lampiran 1

digalakkan untuk memohon bagi memudahkan pemantauan dan

membolehkan pengendalian aduan serta masalah dilaksanakan dengan

segera.

iii. Pihak hospital berhak untuk menamatkan kontrak jika perkhidmatan yang

diberi tidak memuaskan.

3. Kawalan perkhidmatan

i. Kawalan harga ubat dan bekalan perubatan

a. Harga ubat yang dijual hendaklah lebih rendah dari harga pasaran

(bagi preskripsi KKM sahaja). Mark-up adalah dibenarkan tetapi

harga ubat yang dijual mestilah masih lebih rendah daripada harga

pasaran.

b. Pihak hospital pada sela masa tertentu akan memantau harga ubat

yang dikenakan kepada pelanggan dan melaporkan sebarang

aduan daripada pelanggan kepada BPF, KKM.

c. Pihak syarikat hendaklah menyediakan senarai harga standard bagi

ubat dan produk yang disimpan di dalam premis. Senarai ini

hendaklah dikemaskini sewajarnya apabila perlu.

d. Cawangan Harga Ubat, BPF KKM akan memantau harga ubat-

ubatan secara berkala dan mengemukakan maklum balas kepada

.hospital-hospital. Cawangan ini turut bertanggungjawab

menjalankan kajian struktur harga ubat di premis-premis ini.

e. Adalah menjadi tanggungjawab pihak syarikat untuk memaklumkan

tentang kenaikan ketara harga ubat-ubatan supaya doktor boleh

membuat pilihan berdasarkan maklumat berkenaan dalam pemilihan

terapi untuk pesakit.

4

Page 14: SENARAI EOARAN SEPERTI 01 - jknj.jknj.moh.gov.myjknj.jknj.moh.gov.my/farmasi/garispanduan/[2013] Penubuhan Kedai... · 5. Sagi melancarkan proses penubuhan farmasi komuniti swasta

Lampiran 1

ii. Kawalan ke atas jenis ubat dan peralatan perubatan yang lain

a. Syarikat yang telah dipilih hendaklah menyimpan dan

menyelenggara stok ubat-ubatan yang disenaraikan dalam Perintah

Fi, peralatan perubatan yang diperlukan untuk pengambilan/

pemberian ubat tersebut, suplemen kesihatan, makanan tambahan,

peralatan penjagaan diri, kosmetik dan sebagainya. Produk-produk

yang tidak sesuai untuk kesihatan adalah tidak dibenarkan.

b. Produk yang dijual hendaklah berdaftar dengan pihak berkuasa

yang kompeten. Promosi produk-produk hendaklah mengikut

peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Akta Iklan Ubat

1952.

c. Staf syarikat tidak dibenarkan bertindak sebagai ejen syarikat jualan

langsung semasa menjalankan tugas harian mereka.

iii. Kawalan ke atas waktu operasi

a. Kedai farmasi hendaklah dibuka untuk perniagaan ketika waktu

operasi normal klinik-klinik pakar. Walau bagaimanapun,

pemanjangan tempoh operasi adalah digalakkan demi kemudahan

pesakit serta orang awam. Ahli farmasi mesti hadir bertugas

sepanjang waktu operasi.

5