senarai ahli majlis bersama jabatan ukur dan

6
SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI JOHOR (PIHAK PEGAWAI) SR TUAN HAJI RAMLI BIN NOR PENGERUSI Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor EN. TSALIMY BIN ABDULLAH AHLI Timbalan Pengarah Ukur (Pengurusan) SR PAUZZI BIN ISMAIL AHLI Timbalan Pengarah Ukur (Operasi) SR ABDUL RAHMAN BIN MINTAR PPU PDK / SETIAUSAHA SR MUHAMAD SUFI BIN MD SHAFIE PPU HMT / AHLI EN FAHMI BIN AZHARI PPU SSM / AHLI SR KELVIN TANG KANG WEE PPU PP / AHLI SR ABDUL HALIM BIN MARABI JUD UTARA / AHLI SR AHMAD NAZLIE BIN MUHAMAD @ ABDULLAH JUD SELATAN / AHLI EN MOHD NAHARUDDIN BIN AYNI JUD BARAT / AHLI SR ISMAIL BIN HUSSIN JUD TIMUR / AHLI (PIHAK PEKERJA) TN.HJ. MOHD SHAMAN BIN JAES DSM,AMN,PMC,PJK NAIB PENGERUSI PUAN NORASIKIN BINTI SAILAN SETIAUSAHA BERSAMA HJ. MOHAMED RASHID BIN HASSAN WAKIL PENOLONG JURUKUR JA29 EN.RAHMAT BIN IBRAHIM WAKIL PEKERJA AWAM / H11 PN. ROSIDAH BT MOHAMED WAKIL PENTADBIRAN EN. MUHAMAD BIN JAYA WAKIL PUD UTARA EN. MD ROZI BIN ABD MAJID WAKIL PUD TIMUR EN. JAAFAR BIN ALI WAKIL PUD TENGAH / H11 HJ. AZMAN BIN NORDIN WAKIL PUD SELATAN / JA36 EN.HASSAN BIN AHMAD WAKIL PENOLONG JURUKUR JA38

Upload: duongduong

Post on 29-Dec-2016

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN

SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI JOHOR

(PIHAK PEGAWAI)

SR TUAN HAJI RAMLI BIN NOR PENGERUSIPengarah Ukur dan Pemetaan Johor

EN. TSALIMY BIN ABDULLAH AHLITimbalan Pengarah Ukur (Pengurusan)

SR PAUZZI BIN ISMAIL AHLITimbalan Pengarah Ukur (Operasi)

SR ABDUL RAHMAN BIN MINTAR PPU PDK / SETIAUSAHASR MUHAMAD SUFI BIN MD SHAFIE PPU HMT / AHLIEN FAHMI BIN AZHARI PPU SSM / AHLISR KELVIN TANG KANG WEE PPU PP / AHLISR ABDUL HALIM BIN MARABI JUD UTARA / AHLISR AHMAD NAZLIE BIN MUHAMAD @ ABDULLAH JUD SELATAN / AHLIEN MOHD NAHARUDDIN BIN AYNI JUD BARAT / AHLISR ISMAIL BIN HUSSIN JUD TIMUR / AHLI

(PIHAK PEKERJA)

TN.HJ. MOHD SHAMAN BIN JAES DSM,AMN,PMC,PJK NAIB PENGERUSIPUAN NORASIKIN BINTI SAILAN SETIAUSAHA BERSAMAHJ. MOHAMED RASHID BIN HASSAN WAKIL PENOLONG JURUKUR JA29EN.RAHMAT BIN IBRAHIM WAKIL PEKERJA AWAM / H11PN. ROSIDAH BT MOHAMED WAKIL PENTADBIRANEN. MUHAMAD BIN JAYA WAKIL PUD UTARAEN. MD ROZI BIN ABD MAJID WAKIL PUD TIMUREN. JAAFAR BIN ALI WAKIL PUD TENGAH / H11HJ. AZMAN BIN NORDIN WAKIL PUD SELATAN / JA36EN.HASSAN BIN AHMAD WAKIL PENOLONG JURUKUR JA38

Page 2: SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

BAGI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN (JUPEM) NEGERI JOHOR

KEAHLIAN

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri

Johor (selepas ini disebut sebagai "Majlis") hendaklah mengandungi 14 ahli termasuk

Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha, 11 ahli atau ahli-ahli yang dilantik oleh

Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor (selepas ini disebut sebagai "Pihak Pegawai") dan

17 ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di JUPEM Johor (Selepas ini

disebut sebagai "Pihak Pekerja") dengan persetujuan Pengarah Ukur dan Pemetaan

Johor.

PIHAK PEGAWAI

2. Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di

Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor dan Pejabat-pejabat Ukur Daerah sepertiberikut-

(a) Pengarah Ukur dan Pemetaan Pengerusi

(b) Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan (Pengurusan) Ahli

(c) Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan (Operasi) Ahli

(d) Juruukur Daerah Johor Selatan Ahli

(e) Juruukur Daerah Johor Timur Ahli

(f) Juruukur Daerah Johor Barat Ahli

(g) Juruukur Daerah Johor Utara Ahli

(h) Penolong - Penolong Pengarah Ukur Ahli

(i) Penolong Pegawai Tadbir Ahli

Pegawai-pegawai ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing.

Seorang Setiausaha dari Pihak Pegawai perlu dilantik.

Page 3: SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN

PIHAK PEKERJA

3. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di JUPEM

JOHOR dan dilantik oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di JUPEM JOHOR.

Pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan- peraturan seperti di

bawah:-

3.1 (a) Satu orang wakil daripada Penolong Juruukur (JA38)

(b) 4 orang wakil daripada Penolong Jurukur (JA36)

(c) 3 orang wakil Penolong Juruukur (JA29/2A36),

(d) Satu wakil Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29/F32)

(e) Satu wakil mewakili Penolong Pegawai Tadbir atau PembantuSetiausaha Pejabat atau Pegawai Khidmat Pelanggan atauPembantu Penerbitan Pelan

(f) Satu orang wakil daripada Pembantu Operasi atau Pembantu AmPejabat atau Pembantu Kemahiran atau Pemandu Kenderaan

(g) 4 orang wakil daripada Pembantu Awam atau Pekerja Awam

yang bertugas di pejabat dan di Pejabat Ukur Daerah. Pemilihan inihendaklah dibuat oleh pekerja-pekerja di peringkat pejabat itu sendiri.

3.2 Bagi Pejabat Ukur Daerah, 2 orang wakil bagi setiap Daerah. Pemilihan

hendaklah dibuat oleh pekerja-pekerja diperingkat Daerah tersebut.

3.3 Salah seorang daripada wakil Pekerja Pejabat Ukur Daerah hendaklah terdiri

daripada golongan pegawai (Penolong Juruukur)

3.4 Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha bagi Pihak Pekerja akan dibuat di dalam

mesyuarat pertama yang akan dipanggil oleh Setiausaha Pihak Pegawai.

3.5 Perlantikan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah diluluskan oleh Pengarah Ukur

dan Pemetaan Johor.

Page 4: SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN

4. Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah

dipenuhi oleh calon-calon daripada pekerja-pekerja yang melantik wakil yang

mengosongkan jawatan itu.

5. Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama

tempoh 2 (dua) tahun mulai daripada tarikh perlantikan mereka dan mereka

boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan

mengambil alih telah dilantik/dipilih.

PEGAWAI-PEGAWAI MAJLlS

6. Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib

Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli

yang dipilih dan menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak

Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis

ini.

TUJUAN

7. Tujuan Majlis adalah seperti berikut-

7.1 Untuk memperoleh seluas-Iuasnya kerjasama antara JUPEM dengan

pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji di dalam JUPEM, mengenai

perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan

pekerja-pekerja yang berkenaan.

7.2 Untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-

syarat bekerja dan

7.3 Untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekera-pekerja dengan

wakil-wakil rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor

Page 5: SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN

BIDANG DAN FUNGSI

8. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara- perkara yang

termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut-

(i) Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-

syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan

kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

(ii) Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab

di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi

syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

(iii) Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam

perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi

mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan

(iv) Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi

pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari

kakitangan mengenai perkara ini.

MESYUARAT -MESYUARAT

9. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan 3 bulan sekali.

10. Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 3 ahli Pihak

Pegawai dan 6 ahli Pihak Pekerja .

11. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh

Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-Setiausaha tersebut kepada

pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum mesyuarat. Perkara-

perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan

kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.

12. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau

Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah

dipersetujui oleh pegawai-pegawai majlis. Perkara-perkara yang akan

dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang

dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut.

Page 6: SENARAI AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN UKUR DAN

KEPUTUSAN

13. Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara

kedua-dua belah pihak.

14. Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan jabatan-jabatan lain yang

tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah disenggarakan atau

dilaksanakan terus oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor. Bagi keputusan

yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan jabatan-jabatan lain ia

hendaklah dirujukkan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan ataupun kepada

Jabatan Perkhidmatan Awam.

PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

15. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis. Notis

mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-

kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.

16. Pewujudan perlembagaan ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Majlis Bersama

Jabatan (MBJ) Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia sebagai agensi induk.

JUPEM JOHOR

Disember 2015