semut dan belalang

2
Semut Dan Belalang Selamat pagi diucapkan kepada barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Semut Dan Belalang”. Pada zaman dahulu, ada seekor semut. Ia telah bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan. Ia juga mengeringkan butiran- butiran gandum yang telah dikumpulkan selama musim panas. Sang Semut bekerja keras menyimpan bekalan makanan untuk musim sejuk. Pada ketika itu, terdapat seekor belalang yang sangat malas. Ia sentiasa tidur dan bermain-main. “Mengapakah kamu tidak mencari makanan untuk musim sejuk?” Tanya Sang Semut. Sang Belalang ketawa lalu menjawab, “Ah! Kenapa perlu bersusah- payah? Makanan kan ada di mana-mana.” Sang Belalang menyanyi riang. Sang Semut hanya mengeleng- gelengkan kepala. Tidak berapa lama kemudian, musim sejuk pun tiba. Sang Belalang yang kelaparan, datang dan memohon agar Sang Semut itu memberikan sedikit makan untuk dirinya. Ia kelihatan sangat kurus. "Wahai Semut, kasihanilah aku. Aku sangat lapar. Tolong berikan aku sedikit makanan." Kata Belalang. Sang Semut berasa sungguh kasihan melihat keadaan Belalang. Ia pun memberi makanan kepada belalang.

Upload: jin-yao

Post on 22-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Semut dan Belalang

TRANSCRIPT

Semut Dan Belalang

Selamat pagi diucapkan kepada barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Semut Dan Belalang. Pada zaman dahulu, ada seekor semut. Ia telah bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan. Ia juga mengeringkan butiran-butiran gandum yang telah dikumpulkan selama musim panas. Sang Semut bekerja keras menyimpan bekalan makanan untuk musim sejuk. Pada ketika itu, terdapat seekor belalang yang sangat malas. Ia sentiasa tidur dan bermain-main. Mengapakah kamu tidak mencari makanan untuk musim sejuk? Tanya Sang Semut. Sang Belalang ketawa lalu menjawab, Ah! Kenapa perlu bersusah-payah? Makanan kan ada di mana-mana. Sang Belalang menyanyi riang. Sang Semut hanya mengeleng-gelengkan kepala. Tidak berapa lama kemudian, musim sejuk pun tiba. Sang Belalang yang kelaparan, datang dan memohon agar Sang Semut itu memberikan sedikit makan untuk dirinya. Ia kelihatan sangat kurus."Wahai Semut, kasihanilah aku. Aku sangat lapar. Tolong berikan aku sedikit makanan." Kata Belalang. Sang Semut berasa sungguh kasihan melihat keadaan Belalang. Ia pun memberi makanan kepada belalang. Terima kasih wahai Semut. Kamu sungguh baik hati. Aku minta maaf kerana mentertawakan kamu dulu. Sang Belalang berasa sungguh kesal. Sejak hari itu, Sang Belalang dan Sang Semut menjadi sahabat karib dan mereka mencari makanan bersama-sama. Sang Belalang tidak lagi malas.Pengajaran: Kita harus mendengar nasihat orang lain dan tidak boleh malas untuk berusaha.

http://forum.engkabang.net/index.php?topic=23863.0