seminar “cerdas emosi dan fizikal, cipta sukses …jpm.gov.my/sites/default/files/u834/buletin jpm...

9
SEMINAR “CERDAS EMOSI DAN FIZIKAL, CIPTA SUKSES BEKERJA” BERJAYA TARIK PERHATIAN WARGA JPM 6 OGOS 2019 – Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Seminar Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi Siri 3/2019 dengan tajuk Cerdas Emosi dan Fizikal, Cipta Sukses Bekerja” bertempat di Auditorium B1, Kompleks B, JPM. Seminar yang berlangsung selama tiga jam tersebut telah dijayakan dengan kehadiran penceramah jemputan yang tidak asing lagi iaitu Datuk Dr. Norhafizah Musa dan Dr. Liyana Dhamirah Dato’ Dr. Aminuddin. Menjadi harapan penganjur agar seminar ini dapat mencapai tujuannya iaitu dalam usaha untuk mendedahkan penjawat awam amnya dan warga JPM khasnya dalam meningkatkan motivasi diri untuk bekerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni serta kondusif. Edisi Ogos 2019

Upload: others

Post on 25-Feb-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEMINAR“CERDAS EMOSI DAN FIZIKAL, CIPTA SUKSES BEKERJA”

BERJAYA TARIK PERHATIAN WARGA JPM

6 OGOS 2019 – Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Seminar Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi Siri 3/2019 dengan tajuk Cerdas Emosi dan Fizikal, Cipta Sukses Bekerja” bertempat di Auditorium B1, Kompleks B, JPM.

Seminar yang berlangsung selama tiga jam tersebut telah dijayakan dengan kehadiran penceramah jemputan yang tidak asing lagi iaitu Datuk Dr. Norhafizah Musa dan Dr. Liyana Dhamirah Dato’ Dr. Aminuddin.

Menjadi harapan penganjur agar seminar ini dapat mencapai tujuannya iaitu dalam usaha untuk mendedahkan penjawat awam amnya dan warga JPM khasnya dalam meningkatkan motivasi diri untuk bekerja serta mewujudkan persekitaran kerja

yang harmoni serta kondusif.

Edisi Ogos 2019

8 OGOS 2019 – Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran JPM bersama Jabatan/Agensi di bawahnya ini merupakan satu natijah amat baik dalam usaha menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga JPM seiring dengan saranan Kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang JPM 2019 yang berlangsung di perkarangan lobi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah JPM.

Seiring dengan tema sambutan Hari Kebangsaan ke-62 tahun “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”, Datuk Seri Dr. Ismail menyeru agar semua Jabatan/Agensi dapat mengambil inisiatif menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing dengan pendekatan yang segar serta menarik. Selain itu, semua Jabatan/Agensi juga disarankan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti berkonsepkan patriotik di kalangan warga organisasi sepanjang Bulan Kebangsaan 2019.

Majlis perasmian ini turut diserikan dengan konvoi jalur gemilang yang disertai oleh 15 kenderaan mewakili kluster di bawah OBB Jabatan Perdana Menteri. Penyertaan Jabatan/Agensi dalam konvoi ini membawa mesej penting yang menggambarkan perpaduan, permuafakatan dan kerjasama di kalangan warga kerja Jabatan Perdana Menteri.

MANIFESTASI KECINTAAN WARGA JPM TERHADAP NEGARAKIBAR JALUR GEmILANG

7 OGOS 2019 – Seramai 150 orang Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 dan ke atas di JPM dan agensi serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi di JPM telah hadir ke Program Luncheon Talk 2019 bertajuk Adaptive Leadership : Next Dimension In Governance bertempat di Dewan Makan, Blok B1, Kompleks JPM. Bagi Luncheon Talk pada tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Razak School Of Government (RSOG), Azman Hisham Che Doi telah diundang khas untuk berkongsi ilmu.

Program yang dilaksanakan mensasarkan agar para peserta dapat menzahirkan inspirasi, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan “Adaptive Leadership” dalam pelaksanakan tugas. Di samping itu, pelbagai kompetensi dan suntikan baharu dapat diperolehi dalam melaksanakan perubahan kepada Jabatan serta dapat menyuburkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam organisasi melalui perspektif baharu pentadbiran Kerajaan.

JPM LUNCHEON TALK 2019 “ADAPTIVE LEADERSHIP : NEXT DIMENSION IN GOVERNANCE”

PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN

JPM BAGI BULAN OGOS 201921 Ogos 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan TKSUK Bersama Warga JPM bagi bulan Ogos 2019 yang diadakan di Auditorium Blok BI, JPM kali ini telah dihoskan bersama oleh Bahagian Sumber Manusia dan Unit Jawatakuasa Kerja Tanah, JPM dengan tema Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara serta mengetengahkan bakat kreativiti warga JPM dengan pengisian beberapa acara yang telah diatur sepanjang bulan Ogos dan September. Salah satu program kemerdekaan yang dianjurkan di majlis perhimpunan ini adalah Program Bicara Merdeka iaitu perkongsian pengalaman wira Negara iaitu Yang Berusaha Superintendan Hakemal bin Hawari dari 69 Komando dalam penglibatan beliau menjaga keamanan Negara semasa pertempuran Ops Daulat di Lahad Datu pada tahun 2013.

Dato’ Hasnol dalam ucapannya menyeru agar bertepatan dengan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini, perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh penceramah jemputan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada warga JPM berkaitan pentingnya untuk mengekalkan keharmonian dan Keselamatan negara, menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan Negara serta sentiasa menghargai segala nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi hasil daripada perjuangan generasi terdahulu.

KURSUS PEMANTAPAN DIRI DAN KEUTUHAN PERIBADI SIRI 4/2019 – “BERJAYAKAH AKU DALAM BERKELUARGA?”

28 Ogos 2019 – Melihat kepada banyak gejala sosial yang melanda negara kita serta kes-kes perceraian yang timbul dari pelbagai punca yang akhirnya memberi kesan negatif terhadap individu, pasangan dan anak-anak, maka Bahagian Sumber Manusia, JPM telah terpanggil untuk menganjurkan Kursus Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi dengan tajuk “Berjayakan Aku Dalam Berkeluarga” untuk warga JPM di Auditorium B1, Kompleks B, Putrajaya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengupas isu-isu kekeluargaan, pengurusan konflik rumahtangga, arah tuju dan hak-hak pasangan selepas bercerai dari segi perundangan syariah serta motivasi kekeluargaan.

Para penceramah yang diundang ke program ini adalah dibawa khas dari Agensi Kerajaan yang berkaitan dalam bidang masing-masing. Antaranya adalah Tuan Haji Khairul Anuar Khalid sebagai moderator, Mohd Abd Nasir Abdullah dari JAWI, Ahmad Rashid dari JKM, Muhammad Hisyam Zakaria dari JAPENS, Wilayah Persekutuan dan juga pakar motivasi iaitu Dr. Robiah K. Hamzah yang mempunyai pengalaman serta reputasi yang tinggi dalam bidang kekeluargaan.

WARGA JPM MEMERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN MENERUSI PERARAKAN

AMBANG MERDEKA TAHUN 2019 30 Ogos 2019 – Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memeriahkan Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini, warga JPM telah menyahut hasrat tersebut dengan mengadakan Perarakan Ambang Merdeka di sekitar Kompleks B, JPM yang diketuai oleh YBrs Puan Roziah binti Abudin,

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM.

WARGA BAHARU JPM BAGI BULAN OGOS 2019

Jabatan Perdana Menteri merakamkan ucapan Selamat Datang kepada warga kerja baharu Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos 2019. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang Jabatan Perdana Menteri dan terus unggul dalam menyampaikan

perkhidmatan yang berkualiti.

MOHD. KHAIDIRBIN UJUD

PENOLONG JURUAUDIT GRED W29

TARIKH LAPOR DIRI : 01 OGOS 2019

KAMARUZAMAN BIN ABDUL AZIZ

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S32

TARIKH LAPOR DIRI : 01 OGOS 2019

ENCIK IZZAD ZALMAN BIN ABDUL KADER

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT, JUSA C

TARIKH LAPOR DIRI :19 OGOS 2019

BAHAGIANAUDIT DALAM

BAHAGIANKHIDMAT PENGURUSAN

UNITKOMUNIKASI KORPORAT

JABATAN PERDANA MENTERI

Diterbitkan oleh:UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Aras -1 Blok B8Jabatan Perdana Menteri

Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PutrajayaMalaysia

www.jpm.gov.my

Jab.PerdanaMenteri

@jpmgov_

jabatanperdanamenteri