selasa, 6 februari 2018 issue 5 29 5.pdf · beraksi di sukan sea 2017, ... dalam kelas tersendiri...

8
SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 Rekod Pecah! Nur Aina Rangkul Emas Kedua Peribadi Giliran UiTM Kuasai Taekwondo

Upload: trinhlien

Post on 01-Apr-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5

29Rekod Pecah!

Nur Aina Rangkul EmasKedua Peribadi

Giliran UiTM KuasaiTaekwondo

Page 2: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

2

NUR AINA RANGKUL EMAS KEDUA PERIBADIKetiadaan pemenang emas Sukan Sea 2017, Fatin Nurfatehah nyata memberi kelebihan buat Nur Aina untuk menewaskan Syarah Syuhaidah Abas dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan keputusan 140-133 bagi emas pertama UniSZA manakala rakan sepasukan Mohd Hakhki Mohd Kamro menambah satu lagi pingat emas buat UniSZA dengan tewaskan Abid Faridi Samsudin dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk pingat perak dengan mata 141-134.

Pemanah UPM, Mohd Alif Adha Hassan merangkul emas acara recurve individu lelaki akhir apabila menewaskan pemanah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Abd Faridi Samsudin dengan catatan 141-134 untuk pingat perak.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut mendapat emas kedua menerusi acara memanah setakat ini menerusi acara recurve individu wanita akhir menerusi Nurshafika Shabani. Nurshafika membuat kejutan apabila menewaskan pemanah Politeknik Malaysia, Nurul Basirah Mohamad Shah pada aksi ‘shoot-out’ dengan kemenangan 10-9. Pingat gangsa acara ini dimenangi Nur Atiqah Azizi dari UPM.

Oleh Abdul Hadi Che Awang

UKM, BANGI - Pelatih Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) memanah, Nur Aina Yasmine Halim dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merangkul emas peribadi keduanya menerusi acara memanah compound individu wanita sementara rakan sepasukan Mohd Hakhiki Mohd Kamro menyumbang emas kedua menerusi recurve individu lelaki.

Giliran UiTM Kuasai TaekwondoOleh Ahmad Nabil Bin Rosedi

UKM, BANGI - Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi membuktikan kemampuan atletnya dalam acara taekwondo kyorugi dengan membolot 3 emas , 1 gangsa daripada 6 pingat yang dipertandingkan.

Atlet taekwondo kebangsaan,Farah Alisa Roslan hadiahkan emas buat UiTM selepas memenangi kategori 57 -62kg wanita selepas menang ke atas atlet Universiti Sunway, K. Kogulaveni.

Nur Diyanah Maria Azmi turut menyumbangkan emas kedua UiTM selepas menewaskan Tang Chi Zheng yang mewakili Universiti Malaya (UM) dalam kategori 53-57kg sebelum Muhammad Afeeq Mohd Azam memenangi acara 68-74kg lelaki dengan menewaskan Sarath Ram Ramu untuk pingat emas ketiga UiTM.

Majlis Sukan Politeknik (MSP) tidak kurang hebatnya dengan mengungguli dua kategori menerusi kemenangan Ain Arina Abd Majid yang menundukkan Ayanda Priscilla Kinyambo dari Asia Pacific University (APU) dalam kategori 62-67kg, dan Nur Putra Danial Azlan menyumbang satu lagi pingat emas menerusi kat-egori 74-80kg.

Seorang lagi atlet taekwondo kebangsaan yang pernah beraksi di Sukan Sea 2017, P. Thinagaran Naidu menyumbang satu-satunya pingat emas buat Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah menang ke atas atlet Universiti Sunway, Chua Xin Wei dalam aksi final kategori 63 – 68 kg lelaki.

Foto Oleh Nurul Nadzirah

Page 3: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

3

Oleh Ruhaida Razali Ahmad Faisal Mohamed Fiah

BUKIT JALIL - Sembilan lagi rekod baharu dipecahkan dalam acara renang yang menutup tirainya pada 5 Februari.

Perenang Universiti Taylor’s, Zheng Yang Yeap nyata berada dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat emas keseluruhan termasuk tiga yang dimenangi dalam acara individu.

Beliau mencipta satu lagi rekod baharu kejohanan dalam aca-ra 400 meter gaya bebas lelaki menerusi catatan 4 minit 2.07 saat untuk pingat emas, meninggalkan Jun Bin Wong dari Kolej Antarabangsa INTI di tempat kedua manakala rakan sepasukan Yang Yeap, Wei Tze Foong ketiga.

Kuartet 4x100 meter gaya bebas lelaki Taylor’s mencipta satu rekod baharu kejohanan daripada sembilan rekod yang dipecahkan pada hari terakhir selepas mencatat 3 minit 33.22 saat berbanding rekod lama, 3 minit 41.10 saat yang dicipta pada SUKIPT 2014.

Satu lagi pingat emas Taylor’s disumbangkan Zhu Ern Jordan Yip dalam acara 200 meter rampaian individu lelaki dengan mencatat 2 minit 7.60 saat, yang juga rekod baharu kejohanan, memecahkan rekod 2014, 2 minit 12.56 saat meninggalkan Jian Han Tern dari UM kedua.

Seteru utama Taylor’s di kolam renang, Universiti Sunway tidak kurang hebatnya dengan memenangi tiga pingat emas di hari terakhir acara.

Antara acara yang diungguli Sunway termasuklah acara 50 meter kuak lentang wanita menerusi Caroline Chan Zi Xin yang mencatat 30.72 saat yang juga rekod baharu kejohanan, atasi rekod lama, 30.96 saat yang dicipta pada edisi SUKIPT 2016.

Perenang Universiti Malaya (UM) Jian Han Tern menebus kekecewaan dalam acara 200 meter rampaian individu lelaki dengan menghadiahkan emas buat kontinjennya menerusi acara 50 meter kuak lentang lelaki dengan mencatat 26.55 saat, sementara perenang Taylor’s, Ian James Kumarakulasinghe kedua manakala seorang lagi perenang Taylor’s, Chan Yang ketiga.

Perenang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Asmalia Filzati Redzuan tidak pulang dengan tangan kosong di hari akhir dengan mengungguli acara 100 meter gaya bebas wanita malah catatan 59.86 saat merupakan rekod baharu kejohanan, mengatasi rekod 1 minit 00.29 saat yang dicipta pada SUKIPT 2014.

Secara keseluruhan, Universiti Taylor’s memenangi 12 pingat emas diikuti dengan Universiti Sunway yang merangkul 11 emas daripada 40 pingat yang dipertandingkan.

29 Rekod Pecah!

Page 4: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

4 Lensa

Foto Oleh Muhd Syafiq Aliya Nor Azman Nurul Nadzirah

Page 5: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

5Lensa

Foto Oleh Haris Danieal Farah Adibah

Page 6: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

6

Emas Boling Berpasukan Milik UPMOleh Khairunnisa Ismail Nurul Hanisah Baharin

PUTRAJAYA – Universiti Putra Malaysia (UPM) menambah koleksi pingat emas SUKIPT 2018 menerusi acara boling berpasukan wanita yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

UPM yang diwakili oleh Siti Aishatun Hussin, Radin Nur Najwa Arifah Radin Dzulfakar, Siti Aishajan Hussin dan Nur Asikin Maulad Nor Azman muncul pemenang selepas mencatat 4559 jatuhan pin meninggalkan pasukan Universiti Sunway yang ketinggalan 16 pin di belakang UPM untuk pingat perak, manakala pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketiga dengan 4421 jatuhan pin.

Gandingan Wan Syahmi Razin Wan Rohadi dan Adam Azza Zailan yang mewakili UiTM mengungguli acara double lelaki dengan jumlah 2743 jatuhan pin sementara gandingan Muhammad Naim Hashim dan Jufrisafwan

Acara boling diteruskan dengan penyertaan 32 atlet yang bakal berentap dalam acara Master pada hari terakhir acara pada 6 Februari.

Foto Oleh Aliya Nor Azman

UiTM, MSP Dominasi Final Silat

Oleh Siti Nur Hasyyati Ruzelan

UKM, BANGI - Gelanggang final acara silat bakal menyaksikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Majlis Sukan Politeknik (MSP), melangkah ke lima daripada 18 kategori yang dipertandingkan pada hari terakhir.

Bagi UiTM, antara yang layak ke final termasuklah Muhammad Amirul Basaruddin menyingkirkan pesilat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Yunus Shahidan di peringkat separuh akhir dalam kategori Putera B.

Fatinah Hazwani Ahmad Fitri pula bakal membawa cabaran MSP di dalam final Puteri kategori bebas selepas menang ke atas pesilat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Zatty Maisara Mahat.

Antara institusi yang turut melangkah ke final silat termasuklah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Foto Oleh Farah Adiba

Page 7: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

7

NO FEAR!By Adi Samsuri

UKM, BANGI - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) deliver a strong finish in defeating Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in men softball group stage.

UPSI gave a strong fight from the start to finish the game 10-7 runs. UTM almost made a comeback in the middle innings after UPSI squad look lost and nervous after strong multiple innings by UTM. The comeback effort was broken after UPSI regroup and show their best performance with only a little error in the late innings.

UPSI hope to go all the way to the final and wish to face Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Malaysia (MSP) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) who are the favorite for this event and the main contender for men softball title in SUKIPT 2018.

Photo By Adi Samsuri

Juara bertahan

Tersingkir

Oleh Nur Zulaiha Mohd Zulkifli Ahmad Syukri Azman

UKM, BANGI - Juara bertahan bola sepak Piala Menteri Pendidikan Tinggi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tersingkir di peringkat kumpulan acara bola sepak SUKIPT 2018, selepas hanya seri 2-2 dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

UMT mendahului seawal minit ke 2 menerusi jaringan Mohd Idham Shafuan sebelum Muhammad Firas menyamakan kedudukan untuk UniSZA pada minit ke 15.

UMT kembali mendahului pada minit ke 38 menerusi penyudahan Mohd Asyraf sebelum pemain gantian UniSZA, Ahmad Ikmal mengikat kedudukan pada minit ke 82 namun keputusan seri tidak menghalang UMT untuk mara ke suku akhir

Turut mengiringi UMT ke suku akhir termasuk pasukan pilihan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

WE COME, WE CONQUER

By Ahmad Nabil Bin Rosedi Ahmad Ajwad Azman

UKM, BANGI – Once again Universiti Teknologi MARA (UiTM) has proven their excellence taekwondo kyorugi event in SUKIPT 2018 by winning three gold and one bronze out of six medals offered in the third day.

The national taekwondo athlete, Farah Alisa Roslan, has given UiTM another gold by winning the 57-62kg women category after defeating Sunway very own athletes, K. Kogulaveni.

Nur Diyanah Maria Azmi contributed second gold medal for UiTM after defeating Tang Chi Zheng from Universiti Malaya (UM) in the 53-57kg male category before Muhammad Afeeq Mohd Azam swoop in and won the 68-78kg male category by defeating Sarath Ram Ramu for UiTM third gold medal of the day.

Photo By Nurul Nadzirah

Page 8: SELASA, 6 FEBRUARI 2018 ISSUE 5 29 5.pdf · beraksi di Sukan Sea 2017, ... dalam kelas tersendiri selepas mengumpul sejumlah lima pingat ... City Mall, Putrajaya

JADUAL ACARA SUKAN6 FEBRUARI

9.00 am

BOLING PETANQUE BADMINTON BOLA TAMPAR

BOLA TAMPARPANTAI

HOKI’S 6 LAWN BOWLS SOFBAL TENIS

TAEKWONDO SEPAK TAKRAW PING PONG MEMANAHBOLA SEPAK

9.00 am

9.00 am8.30 am 2.00 pm

8.30 am

8.30 am 8.30 am 8.30 am 8.30 am

8.00 am

8.00 am

8.00 am

8.00 am

WANGSA BOWL, IOI PUTRAJAYA

GLG PETANQUE, KOLEJ KERIS MAS, UKM

UPTOWN ARENA, BANGI

DEWAN GEMILANG, UKM

GLG BOLA TAMPAR PANTAI, UKM

GLG FUTSAL UKM

KOMPLEKS SUKAN LAWN BOWLS SEREMBAN 2, N.SEMBILAN

GLG SOFBAL UKM

GLG TENIS, UKM

DTAMS, UKM GLG SEPAK TAKRAW, UPM

DTAMS, UKM STADIUM PAVILLION, UKM

STADIUM;-UNITENMMUUSIMUPM

SILAT

8.00 am

DECTAR, UKM

BOLA JARING

9.00 am

DEWAN GLG BOLA JARING GMI, BANGI

KRIKET

8.30 am

OVAL KRIKET, UKM & KINRARA OVAL

OLAHRAGA

8.00 am

STADIUM UKM, BANGI

MENEMBAK

9.00 am

LAPANG SASAR 10M, UPNM

RAGBI 7’S

9.00 am

PADANG RAGBI, UPM