‘mall’ di mrt - · pdf fileanalisa hartanah dah dapat kunci rumah, apa proses...

37
[email protected] | 03-76104766 @hartabumi.my ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT C A R I A N H A R T A N A H B U M I P U T E R A N O . 1 CERITA-NAH! 24 JUL - 4 OGOS 2017 Edisi : #10 [email protected] | 03-76104766 @hartabumi.my ‘MALL’ DI MRT: SIAPA MENANG SIAPA KALAH?

Upload: lymien

Post on 21-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

[email protected] | 03-76104766 @hartabumi.my

ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT

C A R I A N H A R T A N A H B U M I P U T E R A N O . 1

CERITA-NAH!

24 JUL - 4 OGOS 2017Edisi : #10

[email protected] | 03-76104766 @hartabumi.my

‘MALL’ DI MRT:SIAPA MENANG SIAPA KALAH?

Page 2: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

26 MEI - 9 JUN 2017HB 01

Ketua EditorFATIN AQILAH

EditorNADZRI SAZALI

Penulis FATIN AQILAHAINUL FARIHA

KreatifAMIRUL NIDZAM

NASRUDDIN SAMUNI

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:

REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)D-12-05, Empire DamansaraJalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47800, PJ SelangorTel : 03 – 76104766

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.my di-terbitkan setiap Jumaat pertama dan ketiga setiap bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin

Tanya Peguam12 Fakta tentang kos guaman yanganda perlu tahu.

7-10

Analisa HartanahDah dapat kunci rumah, apa prosesseterusnya?

4-5

Dengan siapnya MRT Fasa 1 & 2, apakah yang akan berlaku dengan lambakkan pusat membeli belah di sekitar kawasan tersebut

Isu Muka Depan12-24

Cyberjaya

Tahukah anda Cyberjaya adalah sebuah kawasan matang yang pesat membangun?

Fokus Kawasan30-33

Hartanah-hartanah berpotensi di kawasan Cyberjaya & Putrajaya

Senarai Hartanah34

Multiple Submission

Cara dan tips membeli beberapa buahhartanah sekali-gus.

Strategi Hartanah35

Aspire Residence @CyberjayaHartanah Hot27-29

Review hartanah baru dankawasan idaman untuk tinggal.

‘Mall’ di MRT: Siapa menangsiapa kalah?

Page 3: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,
Page 4: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Pelaburan hartanah kadang-kala memberi tekanan kepada orang ramai. Prosesnya yang rumit agak mencabar bagi orang yang tidak ada ilmu dan pendedahan tentangnya. Proses pelaburan hartanah yang dikatakan rumit ini bermula daripada mencari hartanah yang kita minat, mendapatkan peguam untuk urusan jual beli seterusnya mendapatkan bank untuk meluluskan pinjaman. Nampak rumit bukan ? Tapi sebenarnya kalau semua perkara tadi dapat diselesai-kan, terdapat dua lagi soalan lain yang akan menjadi tanda tanya semua orang lebih-lebih lagi si pembeli rumah pertama ; “bila nak dapat kunci rumah baru?”“bila dah dapat, apa perlu dilakukan seterusnya?” Mesti ramai yang tertanya-tanya apa proses seterusnya selepas pemaju serah-kan kunci rumah kepada pembeli. Menurut PropertyGuru, ada 7 perkara yang pembeli atau pelabur perlu tahu apanila menerima kunci rumah baru daripada pemaju.

Kebiasaannya pemaju akan serahkan milikan kosong ini 24 dan 36 bulan dari masa pembeli buat bayara awal dan tandatangan perjanjian jual beli. Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan biasanya telah berakhir dan bangunan itu telah siap sepenuhnya dan sedia untuk didiami oleh pembeli.

Apabila hartanah sudah 70% siap dibina, pembeli akan menerima surat daripada pemaju untuk menetapkan tarikh untuk menyerahkan pemilikan kosong. Setelah selesai, pembeli perlu hadir ke pejabat jualan untuk mengambil hartanah mereka secara sah. Pada hari yang sama, pembeli juga akan menerima satu salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

CCC sebelum ini dikenali sebagai sijil perakuan kelayakan (CF) adalah merupa-ka dokumen yang dikeluarkan oleh majlis pihak berkuasa tempatan yang akan mengisytiharkan hartanah berkenaan siap sepenuhnya dan selamat untuk diduduki. CCC ini juga turut dikenali sebagai Borang F, Perakuan Siap dan Pematuhan, dokumen ini disahkan oleh ahli berdaftar Lembaga Arkitek Malaysia.

Penyerahan pemilikan kosong adalah apabila hartanah itu sedia untuk diserah-kan kepada anda.

Dalam undang-undang, CCC turut dinyata-kan di dalam perjanjian jual beli.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk pembe-li memastikan hartanah yang dibeli mempun-yai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini.

Apabila tiba masa untuk pembeli berjumpa dengan pemaju untuk mengambil pemilikan kosong, pembeli perlu menandatangani beberapa dokumen bagi menandakan pembeli sudah menerima kunci. Sebaik sahaja selesai menandatangan dan menulis tarikh, tempoh Apabila kamu bertemu dengan pemaju untuk mengambil hak milik kosong, anda perlu menandatangani beberapa dokumen untuk menandakan penerimaan kunci kepada harta baru anda. Sebaik sahaja anda menandatan-gani dokumen dan menulis tarikh, tempoh tanggungan kecacatan itu untuk hartanah anda bermula.Sebahagian daripada set ini dokumen termasuk senarai mudah pemasangan lampu, alat, soket elektrik dan lain-lain yang dibina.

DAH DAPAT KUNCI RUMAH.APA PROSES SETERUSNYA?

HB 04Analisa Hartanah 24 JUL - 4 OGOS 2017

1. PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG

2. PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

3. TANDATANGAN BORANG APABILA SUDAH MENERIMA KUNCI

Page 5: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Ada sesetengah pemaju sudah meran-cang lebih awal meminta pembeli memo-hon pelbagai utiliti walaupun pada ketika itu masih dalam pembinaan.

Ada juga pemaju yang menyarankan pembeli untuk memohon utiliti kemudian selepas hartanah siap dan boleh dihuni.

Walau dalam apa keadaan pun, adalah bagus sekiranya perkara ini dapat diurus-kan secepat mungkin. Antara utiliti biasa yang perlu dipohon adalah:

a) Bekalan elektrik: Permohonan akaun baru Tenaga Nasional Bhdb) Bekalan air: Permohonan bekalan air Syabas (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor)c) Bekalan gas (jika perlukan saluran paip dalam): permohonan bekalan gas asli Gas Malaysiad) Internet: Permohonan akaun baru Unifi Telekom Malaysia, atau mana-mana rangkaian lain.

6. MOHON UTILITI

Tempoh tanggungan kecacatan juga boleh dianggap sebagai tempoh “jaminan”. Pemilik rumah akan diberikan tempoh 18 hingga 24 bulan untuk memeriksa dan melaporkan sebarang kecacatan, mutu kerja yang tidak memuaskan atau penye-lewengan dari perjanjian jual beli.

Adalah lebih baik jika pemeriksaan kecacatan ini dilakukan dengan cepat. Ini kerana sekiranya terdapat apa-apa kecacatan yang perlu dibaiki, ianya lebih mudah dilakukan sekiranya rumah masih kosong dan pemilik masih belum berpin-dah masuk.

Pemaju akan menyediakan boring aduan kecacatan dan senaraikan kawasan umum di dalam rumah. Gunakan senarai berkenaan untuk menanda sebarang kecacatan dan kekurangan yang ada seperti soket elektrik longgar, lantai tidak sejajar, dan sebagainya.

Walaupun merasakan ianya satu kerosa-kan yang kecil, pemilik hartanah perlu dan berhak untuk membuat aduan supaya pemaju dapat lakukan penambahbaikan pada kualiti kerja mereka. Sekiranya pemilik rumah mengabaikan perkara ini, segala kos untuk membaikpulih kerosakan perlu lah ditanggung sendiri.

Apabila sudah sampai ke tahap ini bermakna pembeli atau pemilik rumah telah pon selesaikan perkara-perkara utama dengan pemaju dan pihak penguru-san kediaman. Sekarang tiba masa untuk pemilik rumah merancangan ruangan dalaman rumah pula.

Adalah lebih baik sekiranya pemilik rumah dapat meneliti ruang-ruang di dalam rumah yang perlukan pengubahsuaian atau penambahbaikan sebelum berpindah masuk. Sekiranya pemilik rumah merasa-kan rumah mereka perlu menambah ruang atau perlukan perabot cabinet di dapur, ini lah masa yang sesuai.

Rumah yang kosong akan lebih memu-dahkan kontraktor dan pereka dalam untuk buat kerja mereka. Walau bagaimanapun, pemilik rumah perlu memberikan cek deposit kepada pejabat pengurusan sebelum menjalankan apa-apa pengu-bahsuaian di kediaman mereka. Apabila sudah selesaikan kesemua proses ini, maka pemilik rumah boleh lah mula berpindah masuk ke rumah baru. Pada waktu ini, pemilik rumah sudah tidak perlu risau dah tentang rumah mereka sebab memang sudah sah menjadi milik mereka. Cuma tinggal nak bayaran ansur-an pinjaman dekat bank sahaja.

Setiap kawasan umum yang dikongsi dengan orang ramai serta hartanah kondo-mium atau komuniti berpagar ini kebiasaannya akan diuruskan oleh sebuah entiti baru dikenali sebagai pejabat pengurusan.

Pihak pengurusan hartanah ini selalunya akan dipilih oleh pemaju sebelum jawatankuasa kediaman ditubuhkan.

Pemilik rumah dinasihatkan untuk ambil tahu siapa pengurusan yang mengurus-kan hartanah yang didiami. Ini penting bagi mendapatkan bantuan untuk yuran penye-lenggaraan bulanan, kumpulan wang penjelas, serta syarat dan peraturan hartanah yang didiami.

Secara umumnya, apabila pemilik rumah menandatangani borang penyerahan hartanah untuk kondominium, ianya juga termasuk invois penyelenggaraan rumah untuk tempoh tiga bulan pertama.

4. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN

7. PERANCANGAN RUANGAN DALAMAN RUMAH

5. HUBUNGI PEJABAT PENGURUSAN HARTANAH

HB 0524 JUL - 4 OGOS 2017

Page 6: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Kerajaan Terengganu akan mengiklankan kira-kira 5,900 tanah lot di negeri ini untuk pembinaan projek perumahan untuk penduduk yang layak bulan depan.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, projek ini diberi keutamaan kepada pemohon yang tidak pernah mempunyai tanah lot di negeri ini.

Selain itu menurut beliau, pemohon hendaklah memenuhi syarat yang sudah ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Tawaran ini akan diiklankan di semua pejabat PTG di semua daerah. Ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat memohon tanah kosong kerana masih ramai dalam kalangan mereka tidak tahu di mana lokasi adanya tanah kosong ini.

“Ia juga merupakan antara salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah 3P iaitu pendapatan, perumahan dan pekerjaan,” katanya.

Sumber dari The Edge Property

Orang ramai yang sedang mencari rumah mampu milik boleh lah berkunjung ke ‘Ekspo Hartanah Malaysia – Karnival Rumah Mampu Milik’ (MAPEX) pada 11 hingga 13 Ogos ini di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Karnival berkenaan dianjurkan oleh Persatu-an Pemaju Hartanah Dan Perumahan (REHDA) bersama Kementerian Kesejahter-aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bangunan kekal Pusat Keamanan Antara-bangsa Raja Salman (KSCIP) bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan beliau dengan pembantu kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan pembantu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman yang berkunjung ke kediamannya di Putrajaya malam tadi.

"Pembinaan KSCIP di Putrajaya ini melambangkan betapa pentingnya institusi berkenaan dan Putera Mahkota Arab Saudi sendiri akan datang ke Malaysia bagi melancarkan pusat itu bersama-sama saya.

"Ini antara kejayaan kita kerana Raja Salman boleh memilih negara lain untuk membina pusat berkenaan tetapi baginda yang merupakan penjaga kepada dua kota suci orang Islam tetap memilih negara ini," katanya.

Sumber dari Bernama

Pengerusi Jawatankuasa MAPEX Datuk Ng Seing Leong berkata, karnival tiga hari ini akan menawarkan pelbagai jenis hartanah dengan promosi menarik selain menumpukan kepada hartanah mampu milik berharga di bawah RM500,000.

Sebanyak 60 pemaju dari agensi kerajaan dan juga institusi kewangan akan turut mengambil bahagian dalam karnival ini.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat-kan hartanah dengan diskaun Bumiput-era di karnival ini.

Sumber dari Bernama

3 BERITA HARTANAH MINGGU INIKERAJAAN TERENGGANU TAWAR 5,900 LOT TANAH UNTUK RAKYAT BINA RUMAH

Berita Hartanah

KARNIVAL RUMAH MAMPU MILIK OGOS INI

BANGUNAN KEKAL KSCIPBAKAL DIBINA DI PUTRAJAYA-NAJIB

HB 0624 JUL - 4 OGOS 2017

Page 7: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Mungkin masih ramai yang tidak faham apakah itu kos guaman. Ingatkan beli rumah ni lepas pinjaman diluluskan boleh terus bayar ansuran kemudian semuanya selesai. Tiba-tiba tengok ada kos guaman pula perlu dilunaskan.

Untuk memudahkan dan lebih memahamkan orang ramai tentang apa itu kos guaman, anggap sahaja kos guaman ini sebagai upah orang yang telah menguruskan urusan jual beli rumah anda. Kita pun tahu kan urusan jual beli rumah ini banyak prosesn-ya jadi sudah tentu kita perlukan peguam untuk menguruskannya.

Sebelum anda putuskan untuk beli rumah, fahami dulu apa 12 fakta penting tentang kos guaman ini.

Anggaran kos guaman untuk sesuatu urusan jual beli hartanah adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli sesuatu hartanah, dimana pecahan kos yang terperinci adalah seperti berikut:-

Lebih kurang 2.5% adalah untuk :-1. yuran guaman peguam bagi urusan jual beli dan pindah milik hartanah tersebut, 2.perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan jual beli dan pindah milik hartanah tersebut (dalam bahasa perundanganya dipanggil sebagai “disbursement”).

12 FAKTA TENTANG KOS GUAMANYANG ANDA PERLU TAHU

Tanya Peguam

1. ANGGARAN KOS GUAMAN

2. YURAN GUAMAN MENGIKUT PERATUSAN NILAI HARTANAH

Yuran guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan pinjaman/gadaian adalah mengi-kut skala yang telah ditetapkan di dalam Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976 seperti berikut:-

RM150,000.00 pertama -1% daripada harga jual beli/ nilaian/ pinjaman (tertakluk kepada yuran guaman minimum sebanyak RM300.00)

Baki RM150,001.00 hinggaRM850,000.00 -0.7% daripada harga jual beli/ nilaian/ pinjaman

Baki RM850,001.00 hinggaRM2,000,000.00 -0.5% daripada harga jual beli/ nilaian/ pinjaman

Contohnya:-

Harga jual beli rumah :RM800,000.00

Perkiraan Yuran Guaman:

-RM150,000.00 pertama X 1% =RM1,500.00-RM800,000.00 - RM150,000.00 = RM650,000.00 X 0.7% =RM4,550.00

-Total Yuran Guaman =RM6,050.00

HB 0724 JUL - 4 OGOS 2017

Page 8: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Yuran guaman tersebut wajib diikuti oleh semua peguam. Kegagalan peguam mematuhi peraturan tersebut adalah merupakan kesala-han disiplin yang serius di bawah akta tersebut dan jika didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam, peguam tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin yang tegas termasuklah boleh didenda dan Sijil Amalan Guaman peguam tersebut boleh ditarik balik.

4. SKALA YURAN GUAMAN WAJIB DIIKUTI OLEH PEGUAM

Hartanah yang berharga/ pinjaman berjumlah RM45,000.00 ke bawah -RM250.00 sahaja

Hartanah yang berharga/ pinjaman yang berjumlah melebihi -75% daripada feeRM45,000.00 tetapi tidak lebih RM100,000.00 guaman sebenar

Hartanah yang berharga/ pinjaman yang berjumlah melebihi -70% daripada feeRM100,000.00 tetapi tidak lebih RM500,000.00 guaman sebenar

Hartanah yang berharga/ pinjaman yang berjumlah melebihi -65% daripada feeRM500,000.00 ke atas guaman sebenar

Contohnya:-

Harga jual beli rumah :RM800,000.00

Yuran Guaman Sebenar :RM6,050.00

Yuran Guaman Rumah yang di beli daripada pemaju dan dalam pembinaan adalah:

-RM6,050.00 X 65% =RM3,932,00.50 sahaja

(*Sila rujuk Solicitors’ Remuneration Order 2005 untuk mengetahui skala yuran guaman yang lebih terperinci)

Semakin tinggi harga jual beli atau nilaian sesuatu hartanah, semakin rendah skala yuran guaman yang akan dikenakan oleh peguam kepada anak guam mereka.

5. SEMAKIN TINGGI NILAI HAR- TANAH, SEMAKIN RENDAH SKALA YURAN GUAMAN

Di dalam Peraturan 6, Solicitors’ Remuneration Order 2005 juga dinyatakan bahawa peguam tidak dibenarkan memberi diskaun kepada anak guam mereka terhadap yuran guaman yang dikenakan.

6. PEGUAM TIDAK BOLEH BERI DISKAUN YURAN GUAMAN

Kos disbursement untuk urusan jual beli/ pindah milik dan pinjaman/ gadaian yang perlu ditanggung oleh pembeli adalah seperti kos untuk bayaran duti stem perjanjian jual beli, bayaran duti stem pindah milik, yuran pendaft-aran pindah milik di pejabat tanah, carian rasmi, permohonan kebenaran pindah milik, duti stem dokumen pinjaman dan gadaian, pendaftaran gadaian di pejabat tanah, dan carian kebankra-pan.

7. CONTOH KOS DISBURSMENT YANG DITANGGUNG PEMBELI

Kadar bayaran disbursement tersebut adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti Lemba-ga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat tanah, Jabatan Insolvensi dan lain-lain. Lebih ½ daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk tujuan bayaran disbursement kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (dalam bahasa mudah, bayaran kepada Kerajaan). Hanya tidak sampai setengah sahaja daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk bayaran yuran guaman peguam.

8. KADAR BAYARAN DISBURSEMENT DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA

3. YURAN GUAMAN UNTUK HARTANAH YANG DIBELI DENGAN PEMAJU

Untuk hartanah dalam pembinaan dan dibeli dengan pemaju yang tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966, kadar yuran guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan juga urusan pinjaman/ gadaian adalah seperti berikut:-

HB 0824 JUL - 4 OGOS 2017

Page 9: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Oleh yang demikian, secara perbandingan, sekiranya pembeli membeli rumah yang dalam pembinaan daripada pemaju, yang mana harganya RM800,000.00, pembeli terpaksa membayar RM18,850.00 untuk bayaran duti stem pindah milik dan pendaftaran pindah milik sahaja (belum dicampur dengan bayaran disburse-ments yang lain), sedangkan pembeli hanya membayar sebanyak RM3,932.50 sahaja untuk yuran guaman peguam.

Jadi jelas di sini membuktikan, sebahagian besar kos guaman yang terpaksa dikeluarkan oleh pembeli adalah untuk bayaran disbursement, dan bukannya untuk bayaran yuran guaman peguam, sebagaimana tanggapan ramai orang.

RM100,000.00 pertama -1%

Baki RM200,000.00 hingga RM500,000.00 -2%

RM500,000.00 dan seterusnya -3%

Contohnya:-

Harga jual beli rumah :RM800,000.00

Duti Stem yang dikenakan:

RM100,000.00 pertama x 1% = RM1,000.00RM500,000.00 - RM100,000.00 = RM400,000.00 x 2% = RM8,000.00Baki RM300,000.00 pertama x 3% = RM9,000.00

Total Duit Stem Yang Dikenakan =RM18,000.00

Contohnya:-

Harga jual beli rumah :RM800,000.00

Pinjaman :90% daripada Harga Jual Beli = RM720,000.00 Total Duit Stem Yang Dikenakan :RM720,000.00 X 0.5% =RM3,600.00

9. SEMAKIN TINGGI NILAI HARTANAH, SEMAKIN TINGGI BAYARAN DISBURSEMENT

Semakin tinggi harga jual beli/ nilaian sesuatu hartanah, semakin tinggi bayaran disbursement yang terpaksa ditanggung oleh pembeli. Misalnya, untuk duti stem pindah milik sahaja, kadar duti stem yang dikenakan oleh LHDN adalah seperti berikut:-

Manakala duti stem dokumen pinjaman/ gadainan adalah 0.5% daripada jumlah pinjaman.

10. BAYARAN PENDAFTARAN ADALAH MENGIKUT HARGA JUAL BELI

Untuk urusan pendaftaran pindah milik di pejabat tanah (di negeri Pahang) pula, bayaran pendaftaran adalah mengikut harga jual beli/ nilaian sesuatu hartanah seperti berikut:-

Nilai Hartanah Jumlah Bayaran PendaftaranKurang daripada RM25,000.00 RM25.00RM25,001 hingga RM50,000 RM50.00RM50,001 hingga RM100,000 RM100.00RM100,001 hingga RM250,000 RM250.00RM250,001 hingga RM500,000 RM500.00RM500,001 ke atas RM550.00

Setiap tambahan RM50,000 hendaklah dicampur dengan RM50.00

Contohnya:-

Harga jual beli rumah :RM800,000.00

Jumlah Bayaran Pendaftaran Pindah Milik:

RM500,000.00 = RM550.00Tambah RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00

Total Bayaran Pendaftaran Pindah Milik =RM850.00

HB 0924 JUL - 4 OGOS 2017

Page 10: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Yuran guaman tersebut pula adalah untuk kerja-kerja yang dilaku-kan oleh peguam tetapi tidak terhad kepada kerja-kerja seperti berikut:-

11. SENARAI TUGAS PEGUAM BERKAITAN URUS JUAL BELI HARTANAH

Yuran guaman tersebut juga adalah sebagai bayaran terhadap risiko professional liability yang bakal ditanggung oleh peguam tersebut, seandainya beliau gagal melaksanakan segala tanggungjawabnya yang munasabah untuk mempastikan hak.

Dan kepentingan anak guamnya sentiasa dilindungi atau sekiranya peguam tersebut menyebabkan sesuatu perkara yang boleh mendedahkan anak guamnya kepada risiko kerugian akibat kegagalan dan/atau kecuaian peguam tersebut dalam kerja-kerja yang mereka lakukan yang berkaitan dengan urusan jual beli hartanah tersebut.

Maka, adalah wajar skala yuran guaman tersebut mengikut jumlah harga jual beli/ nilaian sesuatu hartanah. Ini kerana sudah pasti lagi besar nilai sesuatu hartanah, lebih besar juga risiko yang bakal dihadapi oleh peguam.

Ini kerana sekiranya peguam gagal menjalankan tugasnya denga betul, risiko peguam berhadapan dengan tuntutan ganti rugi daripada anak guam dan pihak ke tiga juga adalah lebih besar, mengambil kira nilaian hartanah tersebut juga adalah besar.

Yuran guaman yang dikenakan oleh peguam kepada anak guam untuk urusan jual beli sesuatu hartanah dan urusan pinjaman bank telah ditetapkan oleh undang-undang. Ia adalah munasabah dan berpadanan dengan tugas dan risiko liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh peguam.

Untuk pengetahuan, tidak semua kos guaman masuk poket peguam semata-mata. Tugasan peguam ini bersifat perundan-gan, oleh itu peguam yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna boleh berhadapan dengan tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Oleh yang demikian, maka wajarlah yuran guaman tersebut setimpal dengan tugas, tanggungjawab dan risiko liabiliti yang ditanggung oleh peguam itu sendiri.

12. PEGUAM BERHADAPAN RISIKO LIABILITI

Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan urusan dan proses jual beli hartanah.

Menyediakan perjanjian jual beli dan dokumen pindah milik.

Memastikan terma-terma perjanjian jual beli tersebut melind-ungi kepentingan anak guam dan selari dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Memastikan semua dokumen teratur sebelum menyediakan sesuatu perjanjian jual beli dan sebelum anak guam menan-datangani perjanjian jual beli tersebut.

Menguruskan proses pelepasan gadaian daripada bank penjual.

Menguruskan urusan permohonan kebenaran pindah milik dan kebenaran gadaian.

Menguruskan urusan pindah milik hartanah daripada penjual kepada pembeli.

Berhubung dan follow up dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan urusan jual beli dan pindah milik hartanah.

Menguruskan dokumentasi pinjaman perumahan anak guam.

Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan dengan urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah.

Menguruskan urusan gadaian hartanah daripada pembeli kepada bank.

Menguruskan urusan adjudikasi dan bayaran duti stem.

Memastikan pembayaran harga jual beli mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli.

Memastikan penyerahan milikan kosong dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli.

Sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan) terhadap bayaran harga jual beli yang dibuat oleh pembeli sebelum boleh dilepaskan kepada penjual.

Dan lain-lain kerja yang berkaitan dan bersangkutan dengan urusan jual beli sesuatu hartanah.

HB 1024 JUL - 4 OGOS 2017

Page 11: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

HB 9HB 1026 MEI - 9 JUN 2017

Dapatkan di:

03 MUTIARA DAMANSARAMRT

01

PETA KAWASAN

Laluan MRT

Booster dan fasiliti di MRT MUTIARA DAMANSARA

MRT surian

BANDAR UTAMAGOLF COURSE

IKEA DAMANSARA

1 utama

Pusat perubatantropicana

H

tropicana golf& country resort

KELAB GOLFPERKIDMATANAWAM

MRT mutiaraDAMANSARA

encorpstrand mall

SeGI UNIversity

SRI KDUinternational

DIKUASAKAN OLEH :

RUJUKAN HARTANAH MRT TERBAIK.Analisis. Peta. Harga. Strategi.

TERBIT!SUDAH

gilahartanah.com/mrt

Page 12: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Kita semua tahu kawasan yang berdekatan dengan perkhidmatan awam semakin menjadi buruan pemaju-pemaju hartanah untuk membina pembangunan baru. Tidak kurang juga dengan pembinaan pusat membeli-belah yang kini semakin hari semakin melambak. Kini, dengan adanya perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaru iaitu Mass Rapid Transit (MRT), semakin mudah lah aksesibiliti orang ramai untuk ke sesuatu tempat. Untuk pengetahuan, di Damansara sahaja terdapat 9 stesen MRT yang menghubungkan dari Kota Damansara sehingga Pusat Bandar Damansara. Bayangkan berapa banyak pula pusat beli-belah dibina di sepanjang laluan ini ?

Damansara merupakan sebuah bandar yang luas dan besar serta mempunyai pelbagai pembangunan maju seperti pusat membeli-belah, bangunan pejabat, perumahan serta akses yang baik dan mudah. Disebabkan terdapat pelbagai kemudahan aksesibiliti, kawasan Daman-sara ini telah menarik minat pelabur hartanah untuk membina pusat membeli-belah yang mana kita dapat lihat semakin hari semakin bertam-bah.

Namun, adakah lambakan ini sebenarnya sudah terlebih atau mencukupi untuk bandar ini ? Untuk mengetahui perkara ini, tim Hartabumi telah melakukan kajian bagi mengenalpasti kewujudan lambakan pusat membeli-belah ini.

‘MALL DI MRT’:SIAPA MENANG SIAPA KALAH?

Kedudukan Pusat Beli Belah di Laluan MRT Fasa 1

Sungai Buloh Kampung Selamat Kwasa Damansara Kwasa Sentral Kota Damansara Surian

MutiaraDamansara

Bandar UtamaTaman TunDr Ismail

PhileoDamansara

Pusat BandarDamansara

Semantan

Isu Muka DepanHB 1224 JUL - 4 OGOS 2017

Page 13: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Di luar kompleks ini terdapat banyak rumah kedai yang dijadikan pejabat dan boleh dikatakan kompleks ini memberi manfaat kepada pekerja di sekitar kawasan ini. Pusat membeli-belah ini dilihat tidak begitu mendapat perhatian orang ramai. Kalau nak diikutkan, pusat membeli-belah ini boleh tahan besarnya, malah kemudahan tempat letak kereta juga banyak dan selesa. Tetapi, sungguh sedikit jumlah pengunjung yang berkunjung ke pusat membeli-belah ini.

Keadaan trafik di kawasan pusat membe-li-belah ini tidaklah terlalu sibuk. Ini mung-kin kerana kawasan ini kurang menjadi tumpuan orang ramai untuk dikunjung. Disebabkan keadaan semasa The Strand yang tidak memberangsangkan, rumah kedai di sekitarnya mula lengang. Jika ada rumah kedai yang mempunyai penyewa pun, ia digunakan sebagai pusat urut.

Tidak perlu risau sekiranya tidak mempun-yai kenderaan untuk ke kompleks ini kerana orang ramai boleh menaik bas perantara MRT bernombor T808 yang akan menghubungkan anda terus ke kompleks ini.

Encorp Strand Mall dibangunkan oleh pemaju Encorp Berhad dengan reka bentuk futuristik. Pusat membeli-belah yang berkon-sepkan gaya hidup ini dibina dengan keluasan binaan 300,000 kaki persegi dan memuatkan lebih 150 kedai dan butik serta 2,500 tempat letak kereta. Pusat membeli-belah ini juga dibina dengan perkhidmatan kediaman di bahagian atasnya, iaitu Encorp Strand Residences. Tidak hairanlah jika ianya berkonsepkan gaya hidup kerana pusat membeli-belah ini sudah pasti menjadi tumpuan penduduk di sini untuk mendapatkan keperluan harian mereka.

Tinjauan tim Hartabumi pada hari bekerja mendapati Encorp Strand Mall tidak mendapat kunjungan yang tinggi. Ini kerana kadar ‘occupancy’ unit di kompleks ini dianggarkan hanya 40% peratus sahaja. Masih banyak unit kedai yang masih kosong tidak mempunyai penyewa.

Antara kedai yang menjadi tarikan di pusat membeli-belah ini ialah Sam’s Groceria yang menjual barangan keperluan harian serta panggung wayang TGV. Selain itu, di tingkat bawah pusat membeli-belah ini baru sahaja dibuka Pejabat Pos Laju yang mana dapat dilihat sebagai satu kemudahan untuk penduduk dan pengunjung di situ.

HB 1324 JUL - 4 OGOS 2017

Encorp Strand Mall

Kadar Occupancy : 40%Luas : 300,000 kaki persegi

Pusat membeli belah berkonsepkan futuristik.

Suasana di The Strand padasiang hari bekerja

Page 14: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Mempunyai kelebihan bersebelahan dengan stesen MRT Surian menjadikan pusat membeli-belah Sunway Giza ini meriah setiap hari walaupun pada hari bekerja. Sunway Giza adalah pusat membeli-belah strategik yang menawar-kan produk dan permintaan bagi memenuhi kehendak gaya hidup mewah dan moden. Dibina dengan luas bina 160,000 kaki persegi, kompleks ini memuatkan 48 unit kedai untuk disewa dan rata-ratanya adalah kedai makan. Oleh itu, kompleks ini sering dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Kadar ‘occupancy’ di kompleks ini ialah 90% dimana boleh dikatakan seluruh kedai di kompleks ini sudah mempunyai penye-wa.

Sunway Giza menyediakan kombinasi unik lokasi strategik di mana demografi pengunjungnya adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Oleh itu, kompleks ini adalah pilihan yang bijak untuk perniagaan.

Tinjauan dan kajian tim Hartabumi pada waktu tengah hari mendapati kedai-kedai makan di pusat membeli-belah ini sentia-sa dikunjungi pengunjung.

Sunway Giza

Boleh dikatakan pengungjung kompleks ini pada hari bekerja agak ramai. Apa yang menjadi tarikan di kompleks 3 tingkat ini ialah Village Grocer yang mana menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli keperluan harian mereka.

Selain Village Grocer, turut menjadi tumpuan ialah gimnasium True Fitness di tingkat atas bangunan ini. Dari luar lagi sudah boleh nampak kemegahan gimnasi-um ini yang dilengkapi dengan pelbagai alatan senaman. Pekerja yang baru pulang akan terus singgah ke True Fitness tersebut.

Sunway Giza ini dilihat sebagai pusat membeli-belah yang mesra pengunjung kerana pengunjung boleh memilih untuk berada di dalam atau di luar.

Ini kerana Sunway Giza mempunyai ruang ‘outdoor’ yang luas menempatkan banyak kedai-kedai makan dan bar.

Kompleks ini turut menyediakan 800 ruang tempat letak kereta yang luas di bawah tanah serta 840 ruangan parkir berbumbung di tempat letak kereta bertingkat dengan jarak perjalanan 2 minit sahaja. Selain itu, kompleks ini turut mempunyai 1000 lagi ruang tempat letak kereta di luar di sekitar pusat membeli-be-lah ini.

Berbeza suasana di Sunway Giza amatlah kontra berbanding dengan The Strand walau-pun terletak di kawasan yang sama. DisebaB-kan itu keadaan trafik di Sunway Giza agak sesak berikutan pusat beli belah itu dan rumah kedai sekitarnya laku dan hidup.

Kadar Occupancy : 90%Luas : 160,000 kaki persegi

Pusat membeli belah mesra keluarga

Suasana di Sunway Giza padasiang hari bekerja

HB 1424 JUL - 4 OGOS 2017

Page 15: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Contohnya:-

Harga jual beli rumah :RM800,000.00

Jumlah Bayaran Pendaftaran Pindah Milik:

RM500,000.00 = RM550.00Tambah RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00Tambah lagi RM50,000.00 = RM50.00

Total Bayaran Pendaftaran Pindah Milik =RM850.00

HB 1524 JUL - 4 OGOS 2017

Glo Damansara

Tinjauan tim kami yang seterusnya ialah pusat beli-belah Glo Damansara. Kompleks ini dibangunkan oleh pemaju Glomac Berhad dengan menyediakan perkhidmatan kediaman di tingkat atasnya, Glomac Damansara Residensi. Kompleks yang berkonsepkan pusat beli-belah mesra kejiranan ini terletak berdekatan dengan stesen MRT Taman Tun Dr Ismail dan Tropicana City Mall. Pusat beli-belah baru saja dilancarkan dan dibuka untuk orang ramai, namun 89% daripadanya masih kosong. Ini menjelaskan kadar ‘occupancy’ di kompleks ini yang begitu rendah dengan anggaran hanya 10% sahaja. Satu - satunya tarikan yang ada di Glo Damansara adalah Ben‘s Indiependant-Grocer.

Pusat beli-belah ini dilihat terpaksa bersaing dengan Tropicana Mall yang terletak berten-tangan denganya. Ini disukarkan lagi dengan saiz Tropicana Mall yang lebih besar dan mempunyai pawagam GSC. Prospek penye-wa kemungkinan akan membandingkan kedua-dua pusat beli-belah ini dalam membuat keputusan di mana hendak membuka cawangan.

Tinjauan kami mendapati Glo Damansara masih kurang mempunyai X-Factor bagi menarik pengunjung sekitar untuk datang membeli belah di sini.

Kebanyakan pengunjung di kompleks ini boleh dikatakan adalah dari kalangan penduduk di residensinya sendiri. Oleh sebab itu, laluan trafik di kompleks ini tidak lah begitu sibuk kerana kawasan ini masih baru lagi dibangunkan. Boleh dikatakan kawasan ini masih lengang dan tidak mampan.

Kompleks ini dilihat masih kosong dan tidak mempunyai tarikan kerana banyak kedai yang masih di dalam binaan dan ubah suai. Namun, di bahagian luar kompleks ini terdapat beberapa kedai makan yang menarik dan menjadi tumpuan. Orang ramai yang mungkin tak tahu di mana tempat makan yang menarik, boleh lah cuba datang ke Glo Damansara ini.

Kadar Occupancy : 10%Luas : 160,000 kaki persegi

Pusat membeli belah berkonsepkan mesrakejiranan

Suasana di Glo Damansara padasiang hari bekerja

Page 16: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

http://bit.ly/2bSl8lQ

Bagi yang ingin merasai membeli-belah seperti di dalam taman, pusat beli-belah The Starling jawapannya. Terletak di Damansara Utama, kompleks beli-belah yang besar serta moden ini pasti akan menarik minat ramai pengunjung. Dibangunkan oleh pemaju See Hoy Chan Sdn Berhad Group, kompleks lima tingkat ini menjadi pusat untuk mengumpulkan penduduk di kediaman Somerset bagi memenuhi keperluan harian, pekerja di sekitar kawasan dan pengunjung. Kadar ‘occupancy’ kompleks ini dianggarkan 85% dengan 95 penyewa termasuk ACE Hardware, Baskin Robbins, Jaya Grocer, Daiso, MBO Cinema, Padini Concept Store, Sasa, Starbucks Coffee dan kedai buku Popular.

The Starling juga menyediakan perkhid-matan kediaman bernama Somerset di bahagian atasnya.Boleh dikatakan rata-rata pengunjung kompleks ini adalah mereka yang bekerja di sekitar kawasan ini dan juga penduduk residensinya.

Apa yang menarik, bangunan ini mempunyai banyak laluan khas untuk mengakseskan pengunjung yang bekerja di sekitar kawasan terus ke dalam pusat beli-belah ini. Selain itu, laluan trafik juga tidak begitu sibuk walaupun sekitarnya mempunyai banyak bangunan pejabat. Hiasan dalaman kompleks ini agak unik sebenarnya.

The Starling

Kadar Occupancy : 80%

Pusat membeli belah dalam taman

Suasana di the Starling padasiang hari bekerja

Sebanyak 366 artifak burung digantungkan di bahagian tengah kompleks ini dan setiap burung ini pula melambangkan satu hari untuk sepanjang tahun. Pemaju kompleks ini percaya bahawa setiap hari akan memberi satu semangat dan impian baru untuk semua orang.

Kedai yang menjadi tumpuan pengunjung di kompleks ini ialah Jaya Grocer yang menyediakan barangan keperluan harian untuk orang ramai. Tidak lengkap rasanya jika tiada paggung wayang. Jangan risau kerana tidak lama lagi The Starling akan mempunyai panggung wayang MBO di tingkat 5 bangunan ini. Kompleks ini juga mempun-yai butik-butik fesyen popular seperti Padini dan Brands Outlet yang sudah pasti menjadi tumpuan pengunjung.

Bagaimana pula dengan kemudahan pengangku-tan awam untuk ke kompleks ini? Jangan risau kerana orang ramai boleh menaiki bas perantara MRT bernombor T813 dan T814 dengan tambang hanya RM1 sahaja.

Secara keseluruhan, pusat membeli-belah di kawasan sekitar MRT di Damansara ini dikatakan sudah menjadi lambakan sehingga ada kompleks yang sangat sedikit terima kunjungan. Atas beber-apa faktor seperti kurang tarikan, tidak strategik dan sebagainya menjadikan kompleks ini hambar dan sunyi. Apa yang dibimbangkan, penyewa akan mengalami kerugian kerana perlu membayar sewa yang mahal tapi tidak mendatangkan hasil.

HB 1624 JUL - 4 OGOS 2017

Page 17: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Satu lagi pusat membeli-belah yang berkilauan di kawasan Damansara adalah The Curve. Sedikit menonjol daripada kompleks lain kerana mempunyai gabungan ruang makan luar dan lebih 250 kedai di bahagian dalam menjadikannya meriah lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Berdasarkan pemerhatian tim Hartabumi, kadar ‘occupancy’ di kompleks ini ialah 90% di mana banyak kedai dibuka untuk pengun-jung namun masih ada beberapa lot kedai yang kosong untuk diubahsuai dan sebagainya.

HB 1724 JUL - 4 OGOS 2017

Suasana di The Curve padasiang hari bekerja

The Curve

Kadar Occupancy : 85% - 90%

Pusat membeli belahuntuk keluarga

Sudah menjadi kebiasaan pengunjung untuk meluangkan masa di sini sambil mendapatkan idea dan inspirasi untuk menghias rumah dengan melihat sendiri pameran hiasan dalaman rumah di Ikea. Selain perabot, Ikea juga terkenal dengan restorannya yang menyajikan menu popular seperti bebola daging.

Di hadapan The Curve adalah Ikano Power Centre yang dikenali sebagai kompleks bagi mendapatkan barangan elektrik dan keperl-uan rumah. Namun sebagaimana The Curve, Ikano mendapat ‘spill over effect’ daripada pengunjung IKEA.

Banyak yang menarik di pusat beli-belah The Curve ini. Jika diperhatikan, The Curve dilihat seperti sebuah kompleks yang serba lengkap dengan adanya bangunan kedai lain di sekitarn-ya seperti Ikea, Ikano Shopping Centre dan juga pasaraya Tesco. Ketiga-tiga kompleks ini memberikan kepelbagaian pengunjung kepada The Curve, walaupun berbeza entiti.

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Ikea merupa-kan tarikan utama ke kawasan ini. Gedung perabot dari Sweden ini sentiasa menerima kunjungan ramai walaupun pada hari bekerja.

Apa yang menarik?

Page 18: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

HB 1824 JUL - 4 OGOS 2017

Tarikan kedua di kawasan Mutiara Daman-sara adalah Tesco. Ini adalah tempat di mana penduduk sekitar Mutiara Daman-sara dan Damansara Perdana serta TTDI mencari barangan dapur.

Oleh yang demikian ia turut menyumbang kepada jumlah pengunjung yang ramai ke The Curve.

Di dalam The Curve ini sendiri terdapat pelbagai butik-butik jenama popular seperti Clarks, Charles & Keith, Guess dan sebagainya. Namun, yang menjadikan The Curve popular adalah ‘The Street’ iaitu kawasan makanan yang style dan ada identiti.

Disusun dengan susun atur yang berbeza berbanding kompleks beli-belah lain, The Curve menyediakan ruangan kedai makan di luar kompleks di mana pada waktu malam ruang ini cukup meriah dengan kehadiran pengunjung dan persembahan khas dari restoran. Kebanyakan pengunjung yang datang ke The Curve adalah kerana ingin meluang-kan masa di kawasan ini.

Tidak perlu risau mengenai kemuda-han aksesibiliti untuk ke kompleks ini. Terletak di Mutiara Damansara, ianya mudah sahaja untuk diakses melalui Lebuhraya NKVE, Lebuhraya LDP, Lebuhraya Sprint, Damansara Perda-na dan Persiaran Surian.

Untuk pengangkutan awam pula, kompleks ini terletak berdekatan sahaja dengan MRT Surian yang mana dengan hanya jarak berjalan kaki 5 minit boleh sampai ke kompleks The Curve ini.

Di samping itu, kawasan The Curve juga mempunyai tarikan pelancongan iaitu Kidzania. Pusat permainan kanak-kanak ini sentiasa penuh dengan kehadiran pelajar sekolah pada hari Isnin hingga Jumaat.

Tidak hairanlah The Curve mempunyai dua hotel iaitu Royale Bintang dan Royale Chulan.

Kesimpulannya, tidak seperti Mall lain, The Curve adalah antara satu-satunya kawasan beli belah yang mempunyai pelbagai produk dan pengunjung. Walau-pun IKEA, IKANO dan TESCO adalah entiti yang berbeza, ia masih dianggap berada dalam komponen yang sama dengan The Curve.Jika anda mempunyai peluang untuk tinggal di sini, adakah ini kawasan idaman anda?

Apa kemudahanyang ada?

Page 19: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Selain mempunyai pusat aktiviti sukan lasak, 1 Utama juga mempunyai pusat permainan santai seperti bowling. Jarang kita lihat sebuah pusat beli-belah mempun-yai dua buah panggung wayang yang berbeza. Di 1 Utama, terdapat dua buah panggung wayang iaitu Golden Screen Cinemas dan TGV. Pengunjung boleh memilih untuk menon-ton wayang di mana-mana salah satu panggung ini mengikut keselesaan pengunjung. Hasil pemerhatian kami juga dapati antara kedai yang menjadi ‘anchor tenant’ di kompleks ini ialah Jusco, Parkson dan juga panggung wayang GSC. Jika beginilah kemudahan yang ada di 1 Utama, agak-agak ramai tak yang mahu tinggal berdeka-tan dengan Mall ini?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain berperanan sebagai pusat beli-be-lah, 1 Utama juga merupakan sebuah pusat rekreasi aktiviti sukan lasak. Di tingkat 5 bangunan ini terdapat pusat ‘rock climbing’ bernama Camp 5. Di bahagian atas bumbung pula terdapat sebuah taman baseball bernama It’s a Hit Batting Cages yang mana pengunjung boleh merasai dan berlatih untuk memukul baseball seperti dalam pertandingan.

Turut menarik di kompleks ini ialah padang futsal dan juga akademi skuba bernama Seatlantis Dive Centre.

Apa yang menarik?

1 Utama

Tinjauan tim Hartabumi seterusnya ke pusat membeli-belah 1 Utama. Rasanya semua orang tahu di mana lokasi kompleks ini bukan?

Kompleks ini terletak di Bandar Utama Daman-sara dan mempunyai keluasan binaan kira-kira 5,000,000 kaki persegi. Wow! Ini sekaligus menobatkan kompleks ini sebagai kompleks beli-belah terbesar di Malaysia dan ketujuh terbesar di dunia.

One Utama mengketengahkan konsep mesra keluarga sesuai dengan slogannya ‘All in One’ yang mana setiap ahli keluarga akan mendapat ‘sesuatu’ di mall ini. Mana tidaknya, boleh kata hampir semua jenama berada di 1 Utama. 1 Utama mengumpulkan lebih 650 kedai jenama popular di dalam kompleks beli-belah enam tingkat yang dibahagikan kepada 2 mall iaitu Old Wing dan New Wing.

Kompleks ini juga mencatatkan kadar ‘occupan-cy’ 98% di mana semua kedai dan butik di dalam kompleks ini mempunyai penyewa. Ini menandakan kompleks beli-belah ini sebagai sebuah kompleks yang matang dan sentiasa menerima kunjungan ramai. Hasil pemerhatian kami dapati kompleks ini sentiasa menerima kunjungan ramai walaupun pada hari bekerja.

Ini berikutan factor di mana lokasi kompleks ini yang berdekatan dengan bangunan pejabat seperti Plaza IBM, KPMG, 1st Avenue dan juga hotel One World, menjadikan kompleks ini sentiasa menerima kunjungan daripada pengunjung yang bekerja disekitarnya.

Kadar Occupancy : 90%-100%

Pusat membeli belah berkonsepkan All in One.

Suasana di 1 Utama padasiang hari bekerja

HB 1924 JUL - 4 OGOS 2017

Page 20: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

http://bit.ly/2bSl8lQ

HB 2024 JUL - 4 OGOS 2017

Kalau sebelum ini, akses untuk ke kompleks ini mungkin terhad. Namun kini tidak lagi. Baru-baru ini dengan adanya pengangkutan awam baru iaitu Transit Aliran Massa menjadikan kompleks ini lebih mudah diakses oleh pengunjung di sekitar Lembah Klang.

Di kawasan Bandar Utama terdapat sebuah stesen MRT diberi nama MRT Bandar Utama yang mana terletak bersebelahan dengan Sri Pentas TV3.

MRT ini turut menyediakan bas perantara yang menghubungkan pengunjung dari stesen MRT Bandar Utama ke kawasan sekitarnya termasuk ke kompleks beli-belah 1 Utama. Selain itu, pengangkutan awam akan datang iaitu LRT laluan 3 akan dibina di Bandar Utama. Pembangunan ini bakal menyaksikan lebih ramai pengunjung ke kompleks ini.

Siapa yang tidak suka 1 Utama jika begini?

Apa kemudahan yang ada?

MRT Bandar Utama

Page 21: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Bagi pengunjung atau penduduk residensinya sendiri boleh lah meluangkan masa dengan menonton filem terbaru ditayangkan.

Pasaraya juga antara komponen penting untuk sebuah kompleks beli-belah kerana selain melalukan ‘window shopping’ pengunjung juga gemar mencari barangan keperluan harian seperti barangan dapur dan sebagainya.

Di kompleks ini, pasaraya Aeon Big adalah ‘anchor tenant’ yang sentiasa mendapat kunjungan pengunjung. Selepas Aeon Big, kedai lain yang menjadi ‘anchor tenant’ ialah kedai permainan kanak-kanan Toys R Us dan kedai buku Borders.

Kompleks beli-belah Tropicana City ini mempunyai sebuah pasaraya dan 200 kedai di dalamnya dan kadar ‘occupancy’ kompl-eks ini dianggarkan sebanyak 70%. Bagi mereka yang gemar melakukan ‘window shopping’, kompleks Tropicana City cukup sesuai kerana mempunyai pelbagai butik-butik fesyen yang popular seperti Adidas, Uniqlo, Cutton On dan sebagainya.

Rasanya tidak lengkap pusat beli-belah tanpa panggung wayang. Jangan risau kerana di kompleks Tropicana City ini juga turut mempunyai panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC) di tingkat dua.

Apa yang menarik?

Tropicana City

Tinjauan tim Hartabumi seterusnya ialah kami singgah ke pusat beli-belah Tropicana City di Damansara Utama. Dibangunkan pada tahun 2009 oleh pemaju Tropicana Corporation Sdn Bhd, pembangunan campuran ini terdiri daripa-da pusat membeli-belah, blok pejabat dan kondominium.

Kompleks ini dibina dengan berkonsepkan gaya hidup sesuai untuk penduduk di residennya, Tropics @ Tropicana City Mall. Berdasarkan pemerhatian, kompleks ini menerima pengun-jung untuk menjamu selera kerana kompleks ini mempunyai banyak kedai makan yang pelbagai.

Kadar Occupancy : 60%-70%

Pusat membeli-belahalternatif.

Suasana di Tropicana City Mall pada siang hari bekerja

HB 2124 JUL - 4 OGOS 2017

Page 22: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Bagi orang ramai yang mahu ke Tropicana City tanpa menggunakan kenderaan sendiri, boleh lah menaiki bas perantara MRT Taman Tun Dr Ismail bernombor T814 kerana bas ini akan melalui seberang jalan ke kompleks beli-belah Tropicana City. Namun, akses ke Tropicana Mall khususnya daripada Damansar Perdana dan Bandar Utama agak mengelirukan. Tropicana Mall juga mem[unyai cabaran yang besar kerana bersaing dengan Glo Daman-sara dan The Starling. Cuma kelebihan Tropicana Mall adalah mereka mempunyai populasi dari kawasan residensi bersebelahan dan juga pengunjung yang mahukan alternatif kepada 1 Utama.

Apa kemudahanyang ada?

HB 2224 JUL - 4 OGOS 2017

Page 23: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Damansara City

Kadar Occupancy : 10%-20%

‘Food & Beverage’ Mall

Suasana di Damansara City Mall pada siang hari bekerja

Baru sahaja dilancarkan, namun kompleks ini masih kosong. Berkonsepkan reka bentuk moden dan urban, kompleks ini dilihat sungguh cantik dan ekslusif. Terletak di Pusat Bandar Damansara, Damansara City Mall atau lebih mesra dengan nama DC Mall merupakan sebuah projek pembangunan perdagangan mewah bersepadu dengan kos RM2.5 billion.

Dibangunkan oleh pemaju Guocoland (M) Bhd, kompleks DC ini mempunyai keluasan kasar 29,728 kaki persegi. Damansara City merupakan bangunan pegangan bebas dan menempatkan dua perkhidmatan kediaman bernama De Residensi, pejabat gred A, hotel antarabangsa bernama Sofitel Luxury Hotel dan juga pusat beli-belah bernama Daman-sara City Mall (DC Mall).

Hasil pemerhatian tim kami dapati kadar ‘occupancy’ di kompleks ini hanya 10% sahaja di mana banyak kedai yang masih kosong tidak mempunyai penyewa, dan ada juga bakal dibuka.

Oleh kerana kompleks ini masih kosong, agak sukar untuk tim kami mengenal pasti tarikan yang ada di kompleks ini.

Namun, melalui pemerhatian tim Hartabumi, kompleks ini terdiri dengan pelbagai kedai makan menarik dan hipster. Kedai-kedai makan ini dilihat menjadi tumpuan untuk mereka yang mahu luangkan masa bersa-ma rakan dan keluarga.

Di atas bumbung bangunan ini pula terdapat sebuah lanskap di mana pengunjung boleh berehat santai. Selain itu, ruangan ini juga sedia digunakan untuk apa-apa acara atau majlis kecil.

Apa yang menarik?

HB 2324 JUL - 4 OGOS 2017

Page 24: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

HB 2424 JUL - 4 OGOS 2017

Dengan adanya perkhidmatan pengangkutan awam yang baru MRT, pusat beli-belah Damansara City lebih mudah untuk diakses. Terletak 400 meter sahaja jarak perjalanan dari stesen MRT Pusat Bandar Damansara menjadikan kompleks ini bakal menerima kunjungan yang ramai apabila semua kedai sudah sedia dibuka untuk pengunjung.

Selain itu, perkhidmatan bas perantara MRT juga sedikit seban-yak sangat membantu dalam menjadikan kompleks ini lebih mudah diakses. Bas perantara MRT Pusat Bandar Damansara bernombor T817, T818 dan T819 akan terus menghantar pengunjung dari stesen MRT ke kompleks ini.

Damansara City perlu mempunyai tarikan tersendiri jika ingin menarik pengunjung kawasan sekitar kerana di masa sekarang, Bangsar Shopping Centre masih menjadi ‘the place’ untuk penduduk meluangkan masa.

Lebih mencabar, dalam masa 3-4 tahun lagi Damansara City akan ‘menerima’ kehadiran Pavillion Damansara Height yang hanya terletak 50 meter dari DC.

Apa kemudahan yang ada?

Hasil pemerhatian kelapan-lapan kompleks beli-belah popular di Damansara ini, boleh dikatakan hanya beber-apa kompleks sahaja yang betul-betul menerima kunjun-gan dan sambutan. Ini sudah cukup menjawab persoa-lan adakah kompleks beli-belah yang ada ini sebuah lambakan atau ia sebenarnya cukup dengan jumlah penduduk yang ada di kawasan ini.

Memetik laporan dari portal The Edge Property, pasaran lambakan pusat beli-belah ini dilihat mengambil masa tiga tahun untuk pulih dan baik dan turut memetik kenyataan Pengarah Urusan Savills (Malaysia) Sdn Bhd Allan Soo, sekarang bukanlah masa yang baik untuk membina lebih banyak kompleks beli-belah. Kini adalah masa untuk kita melihat dan mencari langkah yang seterusnya dalam memastikan kompleks sedia ada ini bukan menjadi suatu lambakan semata-mata. Kompleks yang mempunyai identiti yang jelas serta mengikut kehendak pasaran akan Berjaya mempunyai kadar ‘occupancy’ yang tinggi serta berjaya menarik pengunjung. Jaringan MRT tidak menjanjikan kelebihan dan jaminan pengunjung kerana hakikatnya- pusat beli belah di sepanjang laluan MRT sudah cukup banyak.

Kesimpulan

Page 25: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

SUDAHDILANCARKAN !

KAJIAN HARTANAH DI LALUAN MRTPALING LENGKAPData. Analisis. Strategi.

Dapatkan e-book ini di:

gilahartanah.com/mrt

Page 26: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Dekorasi Hot

Ketibaan Hari Raya memang sangat dinanti-nantikan. Adat ziarah- menziarahi memang menjadi kebiasaan di hari lebaran ini. Jadi, tak salah kalau anda ingin mengu-bah penampilan rumah anda. Dengan sentuhan-sentuhan kecil, rumah anda akan menjadi lebih selesa dan menarik untuk menerima kunjungan tetamu. Paling penting, sentuhan ini haruslah bersesuaian dengan bajet anda. Berikut beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mendekorasi rumah anda.

Ruang dapur pastinya akan menjadi tempat utama untuk kaum wanita. Anda hanya perlu pastikan dapur anda bersih dari kotoran minyak, Susunkan segala keleng-kapan dapur anda dengan kemas supaya ia kelihatan lebih luas.

Kalau anda mempunyai ruang dapur yang luas dan bajet yang sesuai, tambahan ‘island’ adalah pilihan bijak. Selain ia adalah impian para wanita, ia juga memberi ruang kerja tambahan dan tempat untuk berbual.

HB 2524 JUL - 4 OGOS 2017

MENGHIASI RUMAH ANDAMENJELANG HARI PERAYAAN.

Gunakan ‘wallpaper' dan 'wall sticker' untuk ruang tamu.

Kemaskini dapur anda.

Tampilkan perabut baru.

Jika anda inginkan suasana yang baru, memperbaharui perabut adalah langkah mudah, Anda boleh menghantarnya untuk ‘refurbished’, atau menggantinya yang baru. Bergantung kepada kondisi perabut dan bajet anda. Bentangkan karpet bercorak yang menepati tema pilihan anda di ruang- ruang yang sesuai. Selain memberi personaliti, dengan pilihan yang tepat, ia mampu menjadikan ruang lebih luas. Dan paling penting. Dengan perubahan ini, anda mampu menambah keriangan di Aidil FItri dan mengeratkan silaturaahim diantara keluar-ga dan rakan-rakan.

Tentukan Tema.

Setiap ahli keluarga mempunyai pilihan dekorasi yang tersendiri. Namun, kebiasaannya pilihan ibu juga akan menja-di keputusan terakhir dan dibantu oleh input-input yang diberikan oleh anggota keluarga yang lain. Sama ada ‘modern’, klasik ataupun ‘luxury’, ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengaplikasikan dekorasi impian anda. Kalau tidak bila lagi?.

Selesai pemilihan tema, anda mungkin mahu mencuba sedikit perubahan di ruang tamu anda. Kalau sebelum ini anda suka dengan warna cat yang tertentu. Sudah tiba saatnya anda memberi sentuhan ‘walpaper' atau ‘wallsticker’.

Kalau siling rumah anda agak rendah, ‘wallpaper’ bercorak garisan menegak atau’vertical’ adalah pilihan terbaik.

Ruang tersebut akan kelihatan lebih tinggi. Untuk ruang yang luas, pemilihan warna gelap atau motif-motif besar akan memberi suasana yang lebih intim dan selesa.

Jika tidak menggunakan ‘wallpaper’, ‘wallsticker’ juga boleh menjadi pilhan anda. Penggunaannya juga lebih mudah dan terdapat dalam pelbagai ukuran dan corak. Dengan ‘wallsticker’ anda hanya perlu menutupi seluruh dinding. hanya di tempat-tempat yang sesuai. Kalau dinding anda terdapat rekahan atau kotoran degil, ‘wallsticker’ adalah pilihan terbaik anda.

Nota kaki:Pastikan anda tidak lupa melengkapi rumah anda dengan kueh mueh dan makanan untuk menjamu tetamu anda. Bukannya mereka datang nak tengok rumah anda. Nak tengok rumah baik pergi ke showroom sahaja. #decoguru.my

Page 27: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,
Page 28: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

HB 2724 JUL - 4 OGOS 2017 Hartanah Hot

ASPIRE RESIDENCE @ CYBERJAYA

Nama: Aspire Residence @ Cyberjaya

Alamat: Lot 01-G-01, Menara 1, Wisma Mustapha Kamal,Lingkaran Cyberpoint Barat,Cy-ber 12, 63000,Cyberjaya SelangorPemaju: SPNBJenis: KondominiumPegangan Tanah: Freehold

Keluasan: 900 hingga 1,608 kaki persegi

Bilik Tidur: 3Bilik Air: 2

Hadiah Percuma Grill pada pintu utama2 Unit Water HeaterKabinet Dapur Hob dan HoodKipas dan Lampu1 unit penyaman udara1 unit mesin pembasuh1 unit pengeringYuran Guaman pecumaYuran penyelenggaraan ditanggung oleh pemaju selama 6 bulan.

KemudahanSekuriti 24 JamDewan Serbaguna Perpustakaan Kolam Renang Kolam Renang Kanak-KanakTadikaTaman PermainanPadang Bola Sepak Gelanggang FutsalGelanggang TennisGelanggang BadmintonKawasan Riadah Trek Basikal Bilik Gimnasium

Harga Pasaran Bermula dari RM448,500

a) 12% Rebat dan Bumi diskaunb) 10 % Rebat dan Non-Bumi diskaun

Harga Bumiputera

Harga Kasar : RM448,500Rebat 12% dan Bumi diskaun = RM53,820 = RM394,680Harga Bumiputera

Harga Kasar : RM448,500Rebat 10% dan Non-Bumi diskaun = RM44,800 = RM403,650

Page 29: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

HB 18HB 28

24 JUL - 4 OGOS 2017

Aspire Residence Cyberjaya

Sebelum ada yang menganggap ini adalah projek rumah mampu milik yang berkos rendah, anda sebenarnya silap. Konsep pembangunan Aspire Residence adalah “Urban Community Living Concept,” yang mengetengahkan gaya hidup sihat, selesa, dan selamat. Senang cerita, ini projek perumahan yang selesa, ada gaya dan berkualiti tinggi.

Jika dilihat, semua fasiliti dan kemudahan yang dibina dalam Aspire Residence dibahagikan kepada 3 fungsi iaitu;

Gaya Hidup Sihat

1. Kemudahan seperti rumah kelab, kolam renang dan juga gimnasium.2. 4 ekar ruang taman hijau untuk penduduk menjalankan aktiviti riadah.

Keselesaan Kelas A

1. Ada kawasan yang dikhaskan bagi tujuan pusat komersil pada masa hadapan.2. Kemudahan hentian bas berdekatan.3. Dikelilingi oleh kemudahan asas seper-ti masjid dan akan ada sekolah rendah dan sekolah agama yang akan dibina.

Kita semua tahu terma ‘mampu milik’ berbeza mengikut orang. Harga mampu milik bagi peniaga bisnes berjaya adalah berlainan dengan harga mampu milik buat pekerja ‘entry level’.

Namun, secara majoritinya, harga mampu milik bagi rumah di Malaysia bolehlah dikatakan sekitar bawah RM 500 ribu. Dan ini pun definisi yang diguna pakai oleh Bank Negara Malaysia.

Persoalannya, adakah terdapat rumah berharga bawah RM500 ribu yang boleh dibeli sekarang? Jika ada pun, adakah ia sekadar sebuah unit studio yang berkelua-san 400 kaki per segi (sqft) dan tidak mempunyai tempat letak kereta?

Harga Mampu Milik Tapi Saiz Kecil?

Maklumlah, sudah semacam ‘trend’ pema-ju-pemaju untuk mempromosikan projek mereka kononnya berharga RM300 ribu, berdekatan dengan segala macam kemu-dahan tetapi sayang……unit tersebut adalah unit studio.

Walaupun terdapat permintaan buat unit sedemikian (lebih-lebih lagi untuk pelabu-ran di tengah bandaraya), kebanyakan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki rumah atau mereka yang mahu membeli rumah untuk tinggal tidak berapa berkenan dengan produk sedemikian.

Mana Nak Cari Rumah Luas Mampu Milik?

Jadi, timbul persoalan yang lain- adakah terdapat rumah berharga bawah RM500 ribu yang berkeluasan lebih 900 kaki per segi (sqft)?

Jawapannya, ADA! Bukan sahaja rumah ini berharga bawah RM400 ribu dan berkeluasan 900 sqft, ia terletak di Cyber-jaya iaitu sebuah kawasan yang menye-diakan taraf hidup yang tinggi.

Bila bercakap tentang nak beli rumah kat Cyberjaya, mesti ada mulut yang muntah-kan dialog berbunyi seperti ini :

“JAUH GILA. KENAPA NAK KENA CARI RUMAH DEKAT TEMPAT JIN BERTEN-DANG?”

Cyberjaya Ini Okey Atau Tidak?

Mungkin ada yang belum sedar bahawa lokasi yang ramai orang labelkan sebagai tempat jin bertendang ni ada banyak potensi seperti lokasinya yang strategik, pelaburan besar oleh kerajaan, dan peningkatan ‘nilai rumah’ yang terjamin.

Ini tidak dicampur lagi dengan factor ‘booster’ seperti infrastruktur hebat dan tahap keselamatan yang tinggi di Cyber-jaya. (Untuk mengetahui 7 ‘booster’ hartanah di Cyberjaya, sila ke muka surat xx dalam bulletin ini.)

RUMAH LUAS YANGBENAR-BENAR MAMPU MILIK

Page 30: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Keselamatan

1. Sistem keselamatan tiga peringkat yang merangkumi akses di pintu pengawal, lobi lif, dan pintu masuk MLCP.2. Dua ruang parkir disediakan berdekatan unit.

Menarik bukan? Belum lagi. Yang paling menarik adalah harganya dan pakej yang disediakan.

Pakej Pembelian

Hanya dengan RM3,000, anda boleh memiliki rumah 900 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Rumah ini dijual pada harga RM400 kaki persegi. Ia menjadikan rumah ini berharga RM448,000. Tetapi ini adalah harga sebelum rebat dan diskaun. Walau-bagaimanapun, untuk apartmen yang separa lengkap dengan 2 tempat parkir, ini adalah antara yang termurah di Cyberjaya.

Bermakna anda hanya perlu RM3,000, dan boleh terus pilih unit yang diminati kerana baki daripada 10% yang sepatutnya dibayar akan dibayar melalui rebat 10%.

Ya, RM3,000 sahaja!

Tidak cukup dengan itu, anda yang membeli Aspire Residence juga akan mendapat :

Gril pintu masuk standard, kabinet dapur, hood and hob, 2 pemanas air, dan penyaman udara 1 HP.

Pemasangan kipas dan lampu.

Yuran guaman dan yuran pinjaman termasuk duit setem, ditanggung beres oleh pemaju.

Yuran penyelenggaraan selama 1 tahun, juga ditanggung oleh pemaju,

SEMUA INI BERNILAI RM50,000!

Tunggu apa lagi! Sila klik ikon di bawah untuk daftar minat anda kerana unit tidak banyak.

Tips: Untuk pengetahuan, terdapat bebera-pa projek ‘high-end’ yang akan dibina di sekitar Aspire Residence yang akan menaikkan lagi harga rumah Aspire Cyber-jaya. Antaranya Areca Contemporary Homes (Blok 14), EMKAY group (Blok 15) dan Setia Haruman (Blok 16). Kesemua ini dijangkakan akan dijual lebih mahal daripa-da Aspire Residence.

Tips 2: Berbeza dengan rumah PR1MA (yang sama harga) berdekatan Cyberjaya, projek Aspire Residence tidak mempunyai moratorium 10 tahun yang tidak memboleh-kan anda menjual dan menyewa rumah PR1MA.

SILA KLIK SINI

untuk melihat senarai penuh hartanah ini

(Hanya diDesktop)https://goo.gl/ioFxsW

HB 2924 JUL - 4 OGOS 2017

Page 31: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Benda ni, mungkin normal bagi anda.Bila bercakap tentang nak belli rumah area Cyberjaya, mesti ada yang mengeluarkan dialog berbunyi seperti ini :

“JAUH GILA. KENAPA NAK KENA CARI RUMAH DEKAT TEMPAT JIN BERTENDANG?”

Mungkin ada yang belum sedar. Lokasi yang ramai orang labelkan sebagai tempat jin bertendang ni, ada banyak potensi. Dan sebelum anda memilih untuk mem’bahan’ Cyberjaya, kami jemput anda untuk hadamkan perkongsian hari ini.

“Apa je yang best dekat Cyberjaya ni?”

Banyak agensi kerajaan dah lama promote Cyberjaya sejak tahun 2000 lagi, sampai ke hari ini.

Ada beratus syarikat berstatus MSC (Multimedia Super Corridor) seperti HP, Dell, DHL, IBM, dan lain-lain memilih Cyberjaya sebagai tempat ibu pejabat, pusat IT, dan juga pejabat mereka.Selain itu, Cyberjaya turut dikenali sebagai hab pengajian tinggi di Malaysia yang menem-patkan universiti-universiti terkemuka seperti Multimedia University (MMU), Limkokwing University, Cyberjaya Univer-sity College of Medical Sciences, dan lain-lain yang tidak kurang hebatnya.

Statistik pada tahun 2016 mencatatkan aggaran sebanyak 25,000 populasi pelajar di Cyberjaya sekarang. Dan jumlah ni dijangka akan meningkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Okay. Mungkin apa yang kami sebutkan tadi, anda dah tahu.

Tapi, apa lagi sebab-sebab lain yang patut anda pertimbangkan untuk beli rumah di Cyberjaya?

Cyberjaya dikelilingi oleh penempatan yang tinggi dari sudut populasi seperti Puchong, Kajang, Putrajaya, dan Bangi.

Sekarang, dah ada macam-macam aktiviti yang anda boleh buat, tanpa perlu keluar daripada kawasan Cyberjaya. Dan ini akan menjadi tarikan untuk pembeli Gen Y dan Z pada masa yang mendatang.

Menurut pandangan dan kajian secara kasar yang kami buat, Cyberjaya menjadi pilihan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berdekatan (seperti yang kami sebutkan awal tadi).

Hanya 20 minit je untuk ke KLIA 2

Kami tak nak sentuh sangat bab expat, sebab memang ketara mereka akan dapat banyak kelebihan bila tinggal di Cyberjaya.

Ye la. Kedudukan dekat sangat dengan KLIA.

FOKUS KAWASAN : CYBERJAYA

#1 : Lokasi perumahan

Fokus KawasanHB 3024 JUL - 4 OGOS 2017

Page 32: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Senang untuk syarikat-syarikat relocate pekerja mereka di kawasan ini.

Dan ini tentu berita baik buat mereka yang mencari rezeki di KLIA. Tak perlu pening kepala nak keluarkan bajet yang besar untuk minyak kereta tu. Maintenance isu yang berbeza pula.

Biar betul. 25 minit je untuk ke Pusat Bandar?

Yang bekerja di Kuala Lumpur turut bakal menikmati akses yang mudah. Senang nak ke pusat bandar tanpa menghabiskan masa yang banyak.

Perjalanan untuk ke Pusat Bandar hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit seandainya anda melalui Maju Express-way (MEX). Tak dilupakan juga kemuda-han highway yang lain, seperti :

Terletak betul-betul di sebelah Putrajaya

Cyberjaya terletak sangat dekat dengan pejabat kerajaan (yang bertempat di Putrajaya). Bermakna, golongan expat mudah untuk perbaharui Visa dan panjangkan tempoh untuk mereka tinggal di negara ini.

Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) South Klang Valley Expressway (SKVE) North-South Expressway Central Link (PLUS) Expressway Lingkaran Tengah (ELITE).

Inisiatif kerajaan adalah untuk mengubah Cyberjaya menjadi hab teknologi global yang tidak terhad kepada ICT.

Pada masa yang sama, mempercepatkan kepimpinan global Cyberjaya dalam Teknolo-gi Komunikasi Maklumat (Information Communication Technology).

Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan di bawah Model Ekonomi Baru, Pelan Trans-formasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan dan Digital Malaysia.

Ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat memegang kedudukannya dalam peta digital global. Dan salah satu tujuannya, adalah untuk menyediakan ekosistem untuk didedahkan kepada syarikat teknologi, sebagai lokasi pelaburan pilihan.

Semua ini akan mewujudkan pekerjaan teknologi tinggi untuk rakyat Malaysia, dan menjadikan Cyberjaya sebagai hab pelabu-ran pilihan untuk syarikat teknologi, sambil pastikan Cyberjaya dijadikan sebagai lokasi ICT utama.

Cyberjaya adalah sebuah bandar yang dibina daripada ‘kosong,’ dan kebanyakan infrastruktur di sana dibina secara terancang.

Daripada 7,000 ekar tanah pegangan bebas di Cyberjaya, 48% daripada jumlah ini akan didedikasikan untuk kemudahan awam, serta flora dan fauna.

Universiti dan pusat IT sekarang ni, dipenuhi dengan golongan muda yang sensitif tentang persekitaran sekeliling.

Pemaju yang bertanggungjawab membina perumahan di Cyberjaya, dilihat dah mula plan dan menjalankan reka bentuk projek supaya menjadi Green Building Index rated.Bermakna, pemaju akan tinggalkan ruang untuk digunakan sebagai fasiliti hijau dalam projek perumahan mereka untuk menarik minat prospek yang ada.

#2 : Flora dan Fauna

#4 :Infrastruktur

#3 : ‘Back-up’ dari kerajaan

HB 3124 JUL - 4 OGOS 2017

Page 33: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Kebanyakan kawasan kediaman di sana, lengkap dengan kemudahan fibre optics dan mampu untuk support servis broadband berkelajuan tinggi.

Banyak syarikat multinasional seperti Dell, HP, DHL, Huawei, IBM, dan sebagainya, memilih Cyberjaya atas sebab lokasi ini lengkap dengan infrastruktur, serta mendapat sokongan (support) daripada kerajaan.

Keluasan Cyberjaya dianggarkan seluas 7,000 ekar, dan dibangunkan dengan infrastruktur yang high-end dan infostruktur untuk mendorong koperasi global untuk menyediakan operasi ICT.

Terkini, ada lebih 800 syarikat dan lebih 35,000 pekerja yang bekerja di kawasan Putrajaya.

Anda wajib mengkaji capital appreciation sebelum membeli, atau melabur dalam mana-mana hartanah.

Cyberjaya akan dibangunkan secara pesat dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun, dan nilai hartanah kat sana akan terus meningkat secara konsisten.

Masa tahun 2007 dan 2008, tak siapa pun yang berikan perhatian kepada Cyberjaya.

Walaupun harga hartanah pada masa tersebut bermula daripada RM200 hingga RM250 setiap kaki persegi, orang ramai tetap tak ambil kisah tentang Cyberjaya.

Apa yang buatkan nilai hartanah kat Cyberjaya meningkat mendadak?

Tapi lepas pada tahun 2009 dan 2010, banyak pemaju ternama mula melancarkan projek kediaman dan komersial sekitar kawasan tersebut, dan harga untuk setiap kaki persegi meningkat secara mendadak (sebanyak RM500 hingga RM700 setiap kaki persegi).

Pada pendapat kami, untuk jangka masa panjang, harga hartanah di Cyberjaya pasti akan terus meningkat lebih tinggi, apabila seluruh township (perbandaran) lebih maju dan disertakan sekali dengan kemudahan pengangkutan awam dan infrastruktur yang terbaik.

Sebagaimana pelaburan-pelaburan hartanah yang lain, semua ini bergantung pada keupayaan kewangan (holding power), seandainya anda betul serius hendak melabur di kawasan Cyberjaya.

Dengan syarat, anda kena kira dulu berapa anggaran pulangan kasar yang bakal anda dapat.

Bila ada universiti di sesuatu kawasan, selalunya dinamik rental game akan berlainan sikit. Secara amnya, permintaan akan bertambah.

Kenapa? Sebab pelajar universiti selalun-ya akan cari tempat yang mereka boleh sewa secara per individu, bilik, dan sebagainya.

Dan sesetengah pemilik rumah akan mengoptimumkan sewaan sebegini dengan ubah suai unit mereka, sekaligus mengurangkan unit yang boleh disewa oleh keluarga yang besar.

Multimedia Universty merupakan universiti pertama yang bertapak di Cyberjaya dan mempunyai pengambilan bakal graduan ICT semenjak tahun 1997. Kemudian diikuti oleh unversiti Kirkby dan Lim Kok Wing.

Malaysian Global Innovation and Creativi-ty Centre (MaGIC) akan membuka sebuah universiti keusahawanan di Cyberjaya pada masa depan.

#5 :Capital Apreciation

#6 :Universiti Terkemuka

800

Trend Nilai Purata Pasaran Utama 2010-2013

Sumber: Napic

2010 2011 2012 2013

600

400

200

0

Kondominium Town-house Semi-D 2 Tingkat

HB 3224 JUL - 4 OGOS 2017

Page 34: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Kalau dibandingkan dengan kadar jenayah di keseluruhan Klang Valley, Cyberjaya merupa-kan antara kawasan yang selamat.

Kebanyakan kawasan kediaman adalah dalam kawasan berpagar yang dikawal selia.CCTV diletakkan dekat banyak tempat di sekitar Cyberjaya untuk mengawal selia trafik dan keselamatan penduduk.

Pada pandangan kami, kalau anda jenis pelabur yang suka flipping, Cyberjaya bukan lokasi pelaburan yang sesuai untuk anda.Tapi kalau anda jenis yang nak melabur untuk jangka masa panjang, Cyberjaya boleh jadi antara yang terbaik anda boleh pilih.Apa-apa pun, pastikan dulu objektif anda. Sebab kalau salah pilih game, susah nak berpatah balik. Sanggup ke anda mula balik dari mula?

HB 3324 JUL - 4 OGOS 2017

#7 :Ciri Keselamatan

Page 35: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

Senarai Hartanah

Senarai Hartanah CyberjayaDan Putrajaya

ISLE OF KAMARESHarga Asal Bermula MYR1,095309Diskaun Bumiputera 10%Jenis Kediaman Service Saiz Binaan 1,521 sq ft

LakeFront ResidenceHarga Asal MYR500,000Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Kondominium Saiz Binaan 1,568 sq ft

Setia SerayaHarga Asal MYR696,000Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Kondominium Saiz Binaan 1002 - 1420 sq ft

Conezión ResidencesHarga Asal MYR463,700Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Kondominium Saiz Binaan 780 - 1278 sq ft

Par 3Harga Asal MYR898,200Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 1326 - 2250 sq ft

SILA KLIK SINI

untuk melihat senarai penuh hartanah ini

(Hanya diDesktop)https://goo.gl/9H8945

CasaviewHarga Asal MYR797,800Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman TeresSaiz Binaan 2,300 - 3,000 sq ft

Flora RosaHarga Asal MYR426,800Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 829 - 2250 sq ft

Lake Point ResidenceHarga Asal Bermula MYR410,000Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Service ApartmentSaiz Binaan 926 - 1,830 sq ft

HB 3424 JUL - 4 OGOS 2017

Page 36: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

90% 90% 70%1st Property 2nd Property 3rd Property

Keupayaan bayar duit bulanan

CCRIS & CTOS kena cun.

Dah habis survey hartanah yang ingin dibeli.

Dah pilih Insuran.

Dokumen kena ready.

12345

Kenapa wujudnya multiple submission?

Nak dapatkan loan 90% untuk banyak rumah bukan senang. Lepastu bank-bankpulak dah alert kalau kita submit pinjaman kat Bank A & kena tolak permohonan.

Kita tahu pasti ramai tertanya-tanya macam manalah ada orang boleh beli hartanah sampai berbelas-belas unit sekaligus.

Maklumlah, pinjaman perumahan hanya boleh dapat sehingga 90% bagi dua hartanah pertama. Selebihnya kita sekadar dapat 70% sahaja.

Jadi apa yang mereka buat? Jawapannya adalah: Membuat ‘multiple submission’.

Sebelum kita boleh buat multiple submission, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi antaranya:

Pastikan rekod CCRIS cantik dan cun. Kalau boleh semak dahulu sebelum membuat permohonan pinjaman.

Pastikan dah konfem dan betul-betul kaji tentang hartanah yang ingin dibeli sebab trick ini tak boleh delay atau terganggu di tengah jalan.

Bila nak memohon pinjaman itu, kena pastikan segala jenis dokumen yang diperlukan sudah ada dan sediakan beberapa salinan.

Pilih MLTA yang Pilih MLTA yang senang, dan pastikan ada ejen insurans. Mohon jumlah yang tinggi untuk ‘cover’ semua hartanah yang untuk ‘multiple submission’ itu. Tapi jangan sign dulu. Bila dan sign LO dengan bank nanti baru buat medical check up.

a) Subsale & Lelong

b) Hartanah Baru

- Kadar Sewa lebih tinggi dari bayaran bulanan.

- Holding power kena tinggi sebab ada bayaran faedah sepanjang tempoh pembinaan.

MULTIPLE SUBMISSION

StrategiHB 3524 JUL - 4 OGOS 2017

Page 37: ‘MALL’ DI MRT -   · PDF fileAnalisa Hartanah Dah dapat kunci rumah, apa proses ... terdapat dua lagi soalan lain yang ... lantai tidak sejajar,

BULETIN HARTANAH TERBAIK.Analisis Kawasan. Berita Gempak.Strategi Pelaburan. Hartanah Hot

BULETIN HARTANAH TERBAIK.Analisis. Berita. Strategi. Review

www.hartabumi.myhartabumi.my

Hot Spot Har tanahHB 18

Kawasan ini juga dikelilingi Kota Damansara di bahagian Utara, Taman Tun Dr Ismail di Timur, Subang Jaya di Selatan, dan Kayangan Heights di sebelah Barat. Ia juga terletak di antara Kelab Golf Negara Saujana dan Kelab Golf Negara Tropicana.

Ara Damansara dihubungkan oleh lebuhraya persekutuan, NKVE dan persimpangan Subang Jaya-Kelana Jaya. Ia sekali gus menghubungkan pemandu ke bahagian lain di Lembah Klang. Dengan lokasinya yang strategik dan akses yang mudah, kawasan ini bersedia untuk berkembang menjadi sebuah bandar berprestij yang mengamalkan gaya hidup berkomuniti. Akses ke bandar itu juga melalui lebuhraya Lapangan Terbang Subang dan persimpangan pertukaran Subang-Kelana.

Akses kedua adalah melalui terowong NKVE melalui kondominium Crimson ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Persiaran Tropicana pula menghubungkan bahagian timur Ara Damansara ke jalan masuk baru yang akan melalui Damansara Idaman.

Kejiranan ini mempunyai potensi yang tinggi di Petaling Jaya. Ini adalah kerana lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah beberapa lokasi utama seperti Bandar Utama, Tropicana, Sunway, Glenmarie, dan Kota Damansara. Stesen LRT baru sambungan dari laluan LRT Kelana Jaya yang mula beroperasi di Ara Damansara pada 30 Jun 2016 pula pasti memberi kemudahan tambahan kepada masyarakat.

Semua orang tahu tentang Damansara. Tapi bila Ara Damansara disebutkan, pasti ramai terpinga-pinga apa yang istimewanya kawasan itu. Pembaca jangan tak tahu, pasaran semasa di Ara Damansara dikatakan merupakan pasaran pembeli. Jika lokasi adalah faktor utama pembelian anda, maka Ara Damansara adalah salah satu kawasan terbaik di Lembah Klang yang mempunyai segala-galanya. Selain kemudahan akses dan rangkaian jalan raya yang besar, kawasan ini juga menawarkan beberapa permbangunan baru.

Kemudahan akses dan rangkaian jalan raya

Ara Damansara mula dibangunkan pada tahun 1999 oleh Sime Pilmoor Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Sime UEP Development Sdn Bhd. Kawasan itu dijangka menempatkan kira-kira 4000 unit hartanah pelbagai jenis sebaik sahaja ia siap.

Ia adalah sebuah bandar 739 ekar (2.99km) yang berada di sepanjang lebuhraya Lapangan Terbang Subang di Petaling Jaya. Kawasannya begitu strategik kerana terletak di utara dan barat lebuhraya NKVE, lebuhraya EAST Lapangan Terbang Subang dan selatan

FOKUS KAWASANARA DAMANSARA

21 FEB - 3 MAR 2017 2 MINGGU

DITERBITKAN

SEKALI

Dapatkan secara PERCUMA di:

www.facebook.com/hartabumi.my