selamat, pintar, terjamin

22
ms-MY selamat, pintar, terjamin

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: selamat, pintar, terjamin

ms-MY

selamat, pintar, terjamin

Page 2: selamat, pintar, terjamin

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 0 Tuesday, November 3

Page 3: selamat, pintar, terjamin

1ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

Penggunaan & Keselamatan BateriPenggunaan & Keselamatan BaeriAmaran: Untuk keselamatan anda, bateri dalam peranti mudah alih anda hanya patut dikeluarkan oleh pusat servis Motorola yang diluluskan atau pakar bebas yang berkelayakan. (Lihat sekatan yang dikenakan pada waranti anda.)

• Jangan cuba mengeluarkan atau menggantikan bateri sendiri. Cubaan untuk mengeluarkan atau menggantikan bateri mungkin akan merosakkan bateri dan boleh menyebabkan kecederaan dan melecur.

• Jangan cuba menceraikan atau membaiki telefon anda. Cubaan untuk menceraikan atau membaiki telefon anda mungkin akan merosakkan bateri dan boleh menyebabkan kecederaan dan melecur.

• Jangan hancurkan, bengkokkan atau dedahkan telefon anda kepada haba atau cecair. Bateri mungkin akan rosak dan boleh menyebabkan kecederaan dan melecur.

Pengecasan BateriPenggunaan & Keselamatan BateriCas peranti mudah alih Motorola anda menggunakan pengecas Motorola yang serasi, pengecas USB Sumber Kuasa Terhad kelas 2 jenama lain yang mematuhi USB 1.1 atau 2.0 dan mematuhi EN301489-34, EN60950-1 atau yang setaraf, atau port USB berkuasa tinggi pada PC. Pengecas yang tidak mematuhi piawaian ini mungkin tidak selamat dan boleh menyebabkan pengecasan perlahan, kerosakan produk atau prestasi peranti dikurangkan.

• Telefon anda tidak akan dicas jika suhu terlalu tinggi atau rendah.• Hanya gunakan bateri Motorola yang diluluskan, yang mengandungi litar

keselamatan dan direka untuk memberikan prestasi terbaik dalam peranti mudah alih Motorola anda.

Aksesori Pihak KetigaPengecasan BateriPenggunaan bateri yang bukan Motorola boleh menimbulkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran atau bahaya lain. Waranti Motorola tidak meliputi kerosakan pada telefon yang disebabkan oleh bateri bukan Motorola. Untuk senarai aksesori Motorola, sila lawati www.motorola.com/us/consumers/Accessories/accessories,en_US,sc.html (dalam bahasa Inggeris sahaja). Untuk membantu anda mengenal pasti bateri Motorola tulen daripada bateri tidak asli atau bateri tiruan (yang mungkin tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang mencukupi), Motorola meletakkan hologram pada baterinya. Anda hendaklah mengesahkan bahawa sebarang bateri yang anda beli mempunyai hologram “Motorola Original”. Jika anda melihat mesej pada paparan anda seperti Bateri Tidak Sah atau Tidak Boleh Cas, ambil langkah-langkah berikut:

• Keluarkan bateri dan periksa untuk mengesahkan bahawa bateri mempunyai hologram “Motorola Original”;

• Jika tiada hologram, bateri itu bukan bateri Motorola;

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 1 Tuesday, November 3

Page 4: selamat, pintar, terjamin

2 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

• Jika terdapat hologram, gantikan bateri dan cuba mengecasnya semula;• Jika mesej tetap ada, hubungi pusat servis Motorola yang sah.

Langkah Berjaga-jaga Semasa MemanduLangkah Berjaga-jaga Semasa MemanduPemanduan yang selamat dan bertanggungjawab adalah tanggungjawab anda semasa memandu kenderaan. Sentiasa patuhi undang-undang dan peraturan tempatan.

Sawan, Pengsan & Keletihan MataKanak-kanakPenggunaan berpanjangan sebarang peranti boleh menyebabkan ketidakselesaan pada tangan, jari, lengan, leher dan lain-lain bahagian badan anda dan boleh menyebabkan keletihan mata dan sakit kepala. Sebaik-baiknya anda menggunakan peranti di kawasan yang selamat dengan pencahayaan persekitaran yang selesa dan kerap berehat jika anda berasa tidak selesa. Dapatkan nasihat perubatan jika gejala berterusan.Dalam kes terpencil, corak atau cahaya berkelip, sebagai contoh dalam permainan video atau filem, boleh menyebabkan sawan atau pitam. Jika anda mengalami sebarang sawan atau pitam, atau mempunyai sejarah sawan, berhenti menggunakan peranti anda dan dapatkan nasihat perubatan.

Amaran mengenai Penggunaan Kelantangan TinggiKelantangan TinggiAmaran: Pendedahan terhadap bunyi yang kuat dari sebarang sumber untuk tempoh masa yang berpanjangan boleh menjejaskan pendengaran anda. Lebih kuat tahap kelantangan bunyi, lebih cepat pendengaran anda terjejas. Untuk melindungi pendengaran anda:

• Hadkan jumlah masa anda menggunakan alat dengar atau fon kepala pada kelantangan tinggi.

• Elakkan daripada meninggikan kelantangan untuk menghalang persekitaran yang bising.

• Rendahkan kelantangan jika anda tidak dapat mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda.

Jika anda mengalami ketidakselesaan pendengaran, termasuk sensasi tekanan atau telinga yang penuh, deringan dalam telinga anda atau pertuturan terendam, anda perlu berhenti mendengar peranti menerusi set kepala atau fon kepala anda dan dapatkan pemeriksaan pendengaran.

Kanak-kanakKanak-kanakPastikan bahawa peranti mudah alih anda dan aksesorinya jauh daripada kanak-kanak kecil. Produk ini bukan permainan dan boleh membahayakan kanak-kanak. Sebagai contoh, bahaya tercekik mungkin berlaku bagi bahagian kecil yang boleh ditanggalkan.Kawal penggunaan. Jika seorang kanak-kanak menggunakan peranti mudah alih anda, pantau akses mereka untuk mengelakkan kehilangan data atau caj data dan pembelian aplikasi yang tidak dijangka.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 2 Tuesday, November 3

Page 5: selamat, pintar, terjamin

3ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

Bahagian KacaBahagian KacaSesetengah bahagian peranti mudah alih anda diperbuat dari kaca.Jika kaca pecah, jangan cuba membaiki peranti itu sendiri. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kacanya diganti oleh pusat servis yang layak.

AlergenBahagian KacaMotorola Mobility mengelak daripada menggunakan alergen yang diketahui dalam produk kami. Dari semasa ke semasa, jumlah kesan alergen mungkin ditambah semasa pembuatan peranti atau komponen peranti yang boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah individu. Pendekatan ini adalah perkara biasa bagi banyak jenis produk. Kami mengesyorkan agar anda memantau sebarang produk yang mungkin bersentuhan bagi tempoh yang lama dengan kulit anda dan menanggalkannya jika anda mengalami kerengsaan kulit.

Penggunaan & PenjagaanUse & CareUntuk menjaga peranti mudah alih Motorola anda, sila perhatikan yang berikut:

• Cecair: Jangan dedahkan peranti mudah alih anda kepada air, hujan, kelembapan yang melampau, peluh atau cecair lain.

• Pengeringan: Jangan cuba keringkan peranti mudah alih anda di dalam ketuhar gelombang mikro, ketuhar biasa atau pengering.

• Haba atau kesejukan melampau: Jangan simpan atau guna peranti mudah alih anda dalam suhu di bawah -10°C (14°F) atau lebih 60°C (140°F). Jangan mengecas peranti mudah alih anda dalam suhu di bawah 0°C (32°F) atau lebih 45°C (113°F).

• Habuk dan debu: Jangan dedahkan peranti mudah alih anda kepada debu, habuk, pasir, makanan atau bahan-bahan lain yang serupa.

• Pembersihan: Untuk membersihkan peranti mudah alih anda, guna hanya kain yang kering dan lembut. Jangan gunakan alkohol atau larutan pencuci yang lain.

• Gegaran dan getaran: Jangan jatuhkan peranti mudah alih anda atau mendedahkannya kepada getaran kuat.

• Perlindungan: Untuk membantu melindungi peranti mudah alih anda, sentiasa pastikan bahawa semua penyambung dan sarung bahagian ditutup dengan kemas dan selamat, dan elakkan daripada membawa peranti anda bersama-sama objek keras seperti kunci atau duit syiling.

Amaran OperasiAmaran OperasiPatuhi semua papan tanda yang disediakan apabila menggunakan peranti mudah alih di kawasan awam.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 3 Tuesday, November 3

Page 6: selamat, pintar, terjamin

4 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

Kawasan Berkemungkinan Menyebabkan LetupanKawasan yang berkemungkinan menyebabkan letupan sering, tetapi tidak selalu dinyatakan pada papan tanda, dan ini merangkumi kawasan letupan, stesen mengisi bahan api, kawasan mengisi bahan api (seperti di bawah dek bot), kemudahan pemindahan atau penyimpanan bahan api atau bahan kimia atau kawasan yang udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butiran, debu, atau serbuk logam.Matikan peranti mudah alih anda sebelum memasuki kawasan tersebut dan jangan mengecas bateri. Di kawasan yang sedemikian, percikan boleh berlaku dan menyebabkan letupan atau kebakaran.

Kekunci SimbolPengecas, peranti mudah alih, paparan peranti, panduan pengguna atau pembungkusan anda boleh mengandungi simbol dan didefinisikan seperti berikut:

Simbol Definisi

Maklumat keselamatan penting seperti berikut.

Bateri atau peranti mudah alih anda mungkin perlu dikitar semula menurut undang-undang tempatan. Hubungi penguasa pengawalaturan tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jangan lupuskan bateri atau peranti mudah alih anda dengan sampah di rumah. Rujuk "Pelupusan & Mengitar Semula" untuk maklumat lanjut.

Untuk kegunaan di dalam sahaja.

Mendengar muzik atau suara pada kelantangan yang tinggi melalui set kepala dengar boleh merosakkan pendengaran anda.

Hanya gunakan pengecas anda di dalam bangunan.

032374o

032375o

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 4 Tuesday, November 3

Page 7: selamat, pintar, terjamin

5ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

Tenaga Frekuensi Radio (RF)Tenaga RF

Pendedahan terhadap Operasi Peranti & Tenaga RFPeranti mudah alih anda mengandungi pemancar dan penerima tenaga RF. Peranti ini direka untuk mematuhi keperluan peraturan berkenaan pendedahan manusia terhadap RF.Panduan untuk prestasi peranti yang optimum dan supaya anda berada dalam julat dedahan RF:

• Pegang telefon mudah alih anda seperti biasa di telinga anda semasa bercakap.

• Semasa menggunakan telefon mudah alih pada badan anda (selain di dalam tapak tangan atau di kepala), kekalkan jarak 1.5 cm (3/4 inci) daripada badan anda supaya konsisten dengan cara telefon mudah alih diuji untuk mematuhi keperluan pendedahan RF.

• Jika anda menggunakan telefon mudah alih dengan pemegang atau bekas aksesori bukan Motorola, pastikan aksesori mengekalkan jarak pemisahan yang diperlukan dan tidak mempunyai bahagian logam.

Patuhi Arahan untuk Mengelakkan Masalah GangguanMatikan peranti mudah alih anda di mana-mana lokasi yang tertampal makluman yang mengarahkan anda berbuat demikian, seperti hospital atau kemudahan penjagaan kesihatan.Di dalam kapal terbang, matikan peranti mudah alih anda apabila diarahkan berbuat demikian oleh kakitangan penerbangan. Jika peranti mudah alih anda menawarkan anda mod penerbangan atau ciri yang serupa, rujuk kakitangan penerbangan mengenai penggunaannya semasa dalam penerbangan.

Peranti PerubatanJika anda menggunakan perentak jantung atau defibrilator yang boleh diimplan atau peranti perubatan yang lain, rujuk pembekal penjagaan kesihatan anda dan juga arahan pengilang peranti sebelum menggunakan peranti mudah alih ini.Orang yang menggunakan perentak jantung atau defibrilator harus mematuhi langkah berjaga-jaga yang berikut:

• SENTIASA pastikan peranti mudah alih berada lebih dari 20 sentimeter (8 inci) dari perentak jantung atau defibrilator apabila peranti mudah alih DIHIDUPKAN.

• Gunakan telinga yang bertentangan dengan perentak jantung atau defibrilator untuk meminimumkan kemungkinan gangguan.

• Segera MATIKAN peranti mudah alih jika anda mempunyai sebarang alasan untuk mengesyaki bahawa gangguan sedang berlaku.

Maklumat PeraturanPeranti mudah alih Motorola anda direka untuk mematuhi keperluan peraturan dalam negara dan antarabangsa. Untuk penyata dan butiran pematuhan, sila rujuk maklumat peraturan dalam panduan produk anda.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 5 Tuesday, November 3

Page 8: selamat, pintar, terjamin

6 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

Label ElektronikMaklumat PeraturanPeranti mudah alih anda mungkin menggunakan label elektronik yang menyediakan beberapa maklumat peraturan tentang peranti. Untuk melihat label elektronik, ketik Aplikasi > Tetapan > Perihal telefon > Maklumat peraturan.

Kenyataan Keakuran Arahan Kesatuan EropahKeakuran EUMaklumat pematuhan CE berikut adalah terpakai kepada peranti mudah alih Motorola yang mempunyai tanda CE yang berikut:

Motorola dengan ini mengisytiharkan produk ini mematuhi:• Keperluan penting dan peruntukan Arahan 1999/5/EC berkaitan yang lain• Semua Arahan EU lain yang relevan

Untuk produk yang menyokong Wi-Fi 802.11a (seperti yang dinyatakan dalam maklumat produk anda): Peranti ini terhad kepada penggunaan di dalam bilik semasa pengoperasian dengan jalur frekuensi Wi-Fi 5.15 hingga 5.25 GHz (802.11a) di luar Amerika Syarikat.Yang berikut adalah contoh nama Jenis yang biasa:

Anda boleh melihat Pengisytiharan Keakuran (DoC) produk terhadap Arahan 1999/5/EC (kepada Arahan R&TTE) di www.motorola.com/rtte (dalam bahasa Inggeris sahaja). Untuk mencari DoC anda, masukkan nama Jenis dari label produk anda dalam bar “Carian” pada tapak Web.Pihak berkuasa peraturan di dalam EU boleh mendapatkan maklumat pematuhan dengan menulis kepada: Product Safety and Compliance, Motorola Mobility UK Ltd., Redwood, Crockford Lane, Chineham Business Park, Basingstoke, RG24 8WQ, UNITED KINGDOM.

01680168

0168 Nombor Kelulusan Produk

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 6 Tuesday, November 3

Page 9: selamat, pintar, terjamin

7ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

Pengisytiharan Keakuran EU????

Fail Binaan Teknikal (TCF) yang berkaitan dengan produk ini boleh didapati daripada Pertubuhan Perakuan di Motorola Mobility UK Ltd., Redwood, Crockford Lane, Chineham Business Park,Basingstoke, RG24 8WQ, UNITED KINGDOM.

Notis FCC kepada PenggunaNotis FCCKenyataan berikut terpakai untuk semua produk yang mempunyai logo FCC dan/atau ID FCC pada label produk. Peralatan ini telah diuji dan didapati ia mematuhi had peranti digital Kelas B, menurut bahagian 15 Peraturan FCC. Lihat 47 CFR Bah. 15.105(b). Had ini telah direka bentuk untuk memberikan perlindungan yang munasabah bagi mencegah gangguan yang berbahaya dalam pemasangan kediaman. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan digunakan mengikut arahan, ia boleh menyebabkan gangguan yang berbahaya pada komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa gangguan tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. Sekiranya peralatan ini menyebabkan gangguan yang berbahaya terhadap penerimaan radio atau televisyen, yang boleh ditentukan dengan cara mematikan dan menghidupkan peralatan ini, pengguna digalakkan untuk mencuba membetulkan gangguan dengan satu atau lebih daripada kaedah berikut:

• Mengorientasikan semula atau menempatkan semula antena penerima.• Meningkatkan pemisahan antara peralatan dan penerima.• Sambungkan peralatan pada alur keluar pada litar yang berlainan

disambungkan dengan penerima.• Rujuk wakil penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk

bantuan.Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini mungkin tidak akan menyebabkan gangguan yang berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini. Lihat 47 CFR Bah. 15.19(a)(3).Motorola tidak meluluskan sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang dilakukan oleh pengguna terhadap peranti ini. Sebarang perubahan atau pengubahsuaian boleh membatalkan kebenaran pengguna untuk mengendalikan peralatan ini. Lihat 47 CFR Bah. 15.21.

Notis PerisianNotis PerisianAmaran tentang membuka kunci pemuat but atau mengubah suai perisian sistem pengoperasian produk: Motorola mengesyorkan agar anda tidak mengubah suai sistem pengoperasian produk, termasuklah membuka kunci pemuat but, mengakar peranti atau menjalankan apa-apa perisian pengoperasian selain daripada versi yang dikeluarkan oleh Motorola dan rakan kongsinya yang diluluskan. Pengubahsuaian sebegitu boleh memberi kerosakan kekal kepada produk anda, menjadikannya tidak selamat untuk digunakan dan/atau menjadikan produk anda tidak berfungsi. Dalam hal ini, produk mahu pun kerosakan yang terhasil tidak akan dilindungi oleh waranti.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 7 Tuesday, November 3

Page 10: selamat, pintar, terjamin

8 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

Maklumat FCC penting: Anda tidak boleh membuat atau membenarkan sebarang perubahan terhadap produk yang boleh memberikan kesan bagi kebenaran geran peralatan FCC. Pemberian hak FCC adalah berdasarkan ciri pancaran, modulasi dan transmisi produk, termasuk: tahap kuasa, frekuensi dan lebar jalur pengoperasian, tahap SAR, kitaran tugas, mod transmisi (sbg cth, CDMA, GSM) dan kaedah penggunaan produk yang sepatutnya (sbg cth, cara produk dipegang atau digunakan berhampiran dengan badan). Perubahan terhadap sebarang faktor tersebut akan membatalkan geran FCC. Pengoperasian produk yang melakukan transmisi adalah tidak sah tanpa geran yang sah.

Perkhidmatan LokasiLokasiPeranti mudah alih Motorola boleh membekalkan maklumat tentang lokasi anggaran kepada aplikasi dengan menggunakan sumber termasuklah GPS, AGPS dan Wi-Fi. GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) menggunakan satelit yang dioperasikan oleh kerajaan yang tertakluk kepada perubahan yang dilaksanakan menurut dasar Jabatan Pertahanan dan Rancangan Navigasi Radio Persekutuan. Perubahan ini boleh memberi kesan prestasi teknologi lokasi pada peranti mudah alih anda. AGPS (Sistem Kedudukan Sejagat Bantuan) menggunakan rangkaian pembekal perkhidmatan wayarles anda untuk meningkatkan prestasi GPS. Masa berbual, bayaran data dan/atau caj tambahan boleh dikenakan mengikut pelan perkhidmatan anda. Hubungi pembekal khidmat wayarles anda untuk mendapat butiran. Peranti mudah alih anda juga boleh menggunakan signal Wi-Fi untuk menentukan kedudukan anggaran anda dengan menggunakan maklumat daripada rangkaian Wi-Fi yang tersedia dan diketahui.Peranti mudah alih memancarkan maklumat berdasarkan lokasi apabila bersambung dengan rangkaian wayarles atau apabila menggunakan teknologi lokasi lain seperti GPS. Jika anda menggunakan aplikasi yang memerlukan maklumat berdasarkan lokasi seperti arah memandu, peranti mudah alih anda akan membekalkan maklumat lokasi kepada aplikasi tersebut. Aplikasi ini mungkin akan berkongsi maklumat dengan pihak ketiga, termasuk pembekal perkhidmatan wayarles, pembekal aplikasi, Motorola dan pihak ketiga lain yang membekalkan perkhidmatan.

Panggilan KecemasanApabila anda membuat panggilan kecemasan, rangkaian selular boleh mengaktifkan teknologi AGPS di dalam peranti mudah alih anda untuk memberitahu pusat respons kecemasan lokasi anggaran anda.AGPS mempunyai had dan mungkin tidak berfungsi di dalam kawasan anda. Oleh itu:

• Sentiasa memberitahu pusat respons kecemasan lokasi anda; dan• Kekal berada di telefon seberapa lama pusat respons kecemasan

mengarahkan anda.

NavigasiNavigasiJika peranti mudah alih Motorola anda membekalkan ciri navigasi, sila ambil perhatian bahawa maklumat pemetaan, arah dan data navigasi lain mungkin mengandungi data yang kurang tepat atau tidak lengkap. Di sesetengah negara, maklumat lengkap mungkin tidak tersedia. Oleh itu, anda hendaklah mengesahkan secara visual yang arahan bernavigasi adalah sejajar dengan apa

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 8 Tuesday, November 3

Page 11: selamat, pintar, terjamin

9ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

yang anda lihat. Semua pemandu hendaklah memberikan perhatian kepada keadaan jalan, penutupan jalan, trafik dan faktor lain yang boleh memberi kesan kepada pemanduan. Sentiasa patuh kepada papan tanda jalan.

Privasi & Keselamatan DataPrivasi & Keselamatan DataMotorola memahami bahawa privasi dan keselamatan data adalah penting kepada semua orang. Oleh kerana sesetengah ciri peranti mudah alih anda boleh menjejaskan privasi atau keselamatan data anda, sila patuhi cadangan ini untuk meningkatkan perlindungan maklumat anda:

• Akses monitor: Simpan peranti mudah alih anda bersama-sama dengan anda dan jangan tinggalkannya di tempat yang orang lain mungkin mendapat akses yang tidak diawasi. Gunakan ciri keselamatan dan kunci peranti anda jika ada.

• Pastikan perisian terkini: Jika Motorola atau penjual perisian/aplikasi mengeluarkan tampung atau pembetulan perisian untuk peranti mudah alih anda yang mengemas kini keselamatan peranti anda, pasangkannya secepat mungkin.

• Simpan Maklumat Peribadi dengan Selamat: Peranti mudah alih anda boleh menyimpan maklumat peribadi di pelbagai lokasi termasuk kad SIM, kad memori dan memori telefon. Pastikan anda mengalih keluar atau mengosongkan maklumat peribadi sebelum anda mengitar semula, memulangkan atau memberi peranti anda kepada orang lain. Anda juga boleh membuat sandaran bagi data peribadi anda untuk memindahkannya ke peranti lain.Nota: Bagi mendapatkan maklumat untuk membuat sandaran atau memadam data daripada peranti mudah alih anda, pergi ke www.motorola.com/support

• Akaun dalam talian: Sesetengah peranti mudah alih menyediakan akaun dalam talian Motorola. Pergi ke akaun anda untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk menguruskan akaun dan cara untuk menggunakan ciri keselamatan pemadaman jauh dan lokasi peranti (di mana tersedia).

• Aplikasi dan kemas kini: Pilih aplikasi dan kemas kini dengan teliti dan pasang daripada sumber yang dipercayai sahaja. Sesetengah aplikasi boleh menjejaskan prestasi peranti mudah alih anda dan/atau mempunyai akses kepada maklumat peribadi termasuklah butiran akaun, data panggilan, butiran lokasi dan sumber rangkaian.

• Wayarles: Sambung kepada rangkaian Wi-Fi yang dipercayai sahaja bagi peranti mudah alih dengan ciri Wi-Fi. Tambahan lagi, semasa anda menggunakan peranti anda sebagai hotspot (jika ada), gunakan keselamatan rangkaian. Langkah berjaga-jaga ini akan membantu mengelakkan akses yang tidak dibenarkan kepada peranti anda.

• Maklumat berdasarkan lokasi: Peranti mudah alih yang didayakan teknologi berdasarkan lokasi seperti GPS, AGPS atau Wi-Fi, boleh menghantar maklumat berdasarkan lokasi. Rujuk "Perkhidmatan Lokasi" untuk maklumat lebih lanjut.

• Maklumat lain yang mungkin dihantar oleh peranti anda: Peranti anda juga mungkin menghantar maklumat ujian dan diagnostik lain (termasuk

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 9 Tuesday, November 3

Page 12: selamat, pintar, terjamin

10 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

berdasarkan lokasi), dan yang bukan merupakan maklumat peribadi kepada pelayan Motorola atau pihak ketiga yang lain. Maklumat ini digunakan untuk membantu memperbaiki produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Motorola.

Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai cara penggunaan peranti mudah alih anda yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan privasi atau data anda, sila hubungi Motorola di [email protected] atau hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Pelupusan & Pengitaran SemulaPengitaran Semula

Peranti Mudah Alih & AksesoriJangan lupuskan telefon mudah alih atau aksesori elektrik (seperti pengecas, set kepala atau bateri) bersama-sama dengan sampah di rumah anda. Amaran: jangan lupuskan bateri, sama ada secara berasingan atau dalam peranti mudah alih ke dalam api kerana bateri akan meletup. Peranti mudah alih atau aksesori elektrik hendaklah dilupuskan mengikut skim kutipan dan kitaran semula kebangsaan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan atau kawasan anda. Secara alternatif, anda boleh mengembalikan peranti mudah alih dan aksesori elektrik yang tidak dikehendaki ke mana-mana Pusat Servis Motorola Yang Diluluskan di rantau anda. Untuk butiran bagi skim mengitar semula nasional dan aktiviti mengitar semula Motorola, sila lawati: www.motorola.com/recyclingProduk ini mematuhi RoHS.Panduan Pembungkusan & ProdukBungkusan produk dan panduan produk hanya boleh dilupuskan dengan memenuhi keperluan pengumpulan dan kitar semula kebangsaan. Sila hubungi pihak berkuasa wilayah anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

Hak Cipta PerisianHak Cipta PerisianProduk Motorola mungkin merangkumi perisian Motorola dan pihak ketiga yang dilindungi hak cipta yang disimpan dalam memori semikonduktor atau media lain. Undang-undang di Amerika Syarikat dan negara-negara lain mengekalkan hak eksklusif yang tertentu untuk Motorola dan pembekal perisian pihak ketiga untuk perisian yang dilindungi hak cipta seperti hak eksklusif untuk mengedar atau mengeluarkan semula perisian yang dilindungi hak cipta tersebut. Seterusnya, mana-mana perisian yang dilindungi hak cipta yang terkandung dalam produk Motorola tidak boleh diubah suai, dibina balikan, diedarkan atau dikeluarkan semula dalam apa-apa cara sekali pun setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Selain itu, pembelian produk Motorola tidak akan disifatkan sebagai memberi sama ada secara langsung atau tidak langsung, estopel, atau sebaliknya, mana-mana lesen di bawah hak cipta, paten, atau permohonan paten Motorola atau pembekal perisian pihak ketiga, kecuali untuk lesen yang biasa, bukan eksklusif, bebas royalti untuk digunakan yang timbul daripada perlaksanaan undang-undang dalam penjualan produk berkenaan.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 10 Tuesday, November

Page 13: selamat, pintar, terjamin

11ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

Hak Cipta KandunganHak Cipta KandunganPenyalinan tanpa izin bagi bahan dilindungi hak cipta adalah bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Hak Cipta Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Peranti ini adalah dimaksudkan semata -mata untuk menyalin bahan yang tidak dilindungi hak cipta, bahan yang hak ciptanya dimiliki oleh anda, atau bahan yang anda dibenarkan atau diizinkan secara sah untuk menyalin. Jika anda tidak pasti mengenai hak anda untuk menyalin apa-apa bahan, sila hubungi penasihat undang-undang anda.

Maklumat Perisian Sumber TerbukaMaklumat OSSUntuk mendapatkan arahan mengenai cara bagi mendapatkan salinan mana-mana kod sumber yang boleh didapati secara umum yang dikeluarkan oleh Motorola berkaitan perisian yang digunakan dalam peranti mudah alih ini, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis ke alamat di bawah. Sila pastikan bahawa permintaan tersebut menyertakan nombor model dan nombor versi perisian.MOTOROLA MOBILITY LLCOSS Management1000 Enterprise WaySunnyvale, CA 94043USATapak web Motorola opensource.motorola.com (dalam bahasa Inggeris sahaja) juga mengandungi maklumat berkenaan penggunaan sumber terbuka oleh Motorola.Motorola telah membangunkan tapak web opensource.motorola.com untuk menjadi portal bagi interaksi dengan komuniti perisian secara keseluruhan.Untuk melihat maklumat tambahan berkenaan lesen, perakuan dan notis hak cipta yang diperlukan untuk pakej sumber terbuka di dalam peranti mudah alih Motorola ini, sila pergi ke Aplikasi > Tetapan > Perihal telefon > Maklumat undang-undang > Lesen sumber terbuka. Selain itu, peranti Motorola ini boleh mengandungi aplikasi swalengkap yang memberikan notis tambahan bagi pakej sumber terbuka yang digunakan dalam aplikasi tersebut.

Perkhidmatan & PembaikanPerkhidmatan & PembaikanJika anda mempunyai soalan atau memerlukan bimbingan, kami di sini sedia membantu.Pergi ke www.motorola.com/support dan anda boleh memilih pelbagai pilihan sokongan pelanggan.

Cara untuk Mendapatkan Perkhidmatan atau Maklumat Lain 1. Sila akses dan semak seksyen Sokongan Pelanggan Dalam Talian bagi tapak

web pengguna Motorola sebelum meminta perkhidmatan waranti.2. Jika Produk masih lagi tidak berfungsi dengan betul selepas anda

menggunakan sumber ini, sila hubungi Penjamin yang tersenarai dalam tapak web Motorola atau maklumat kenalan untuk lokasi yang berkenaan.

3. Wakil Motorola atau wakil Pusat Pembaikan Motorola yang Diluluskan akan membantu anda menentukan sama ada Produk anda memerlukan servis

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 11 Tuesday, November

Page 14: selamat, pintar, terjamin

12 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

atau tidak. Anda mungkin perlu memuat turun atau mendapatkan dan menerima kemas kini perisian daripada Motorola atau Pusat Pembaikan Motorola yang Diluluskan. Anda bertanggungjawab ke atas sebarang bayaran perkhidmatan pembawa yang terpakai yang dikenakan semasa mendapatkan muat turun yang diperlukan. Pematuhan terhadap proses waranti, arahan pembaikan dan menerima kemas kini perisian adalah diperlukan supaya anda menerima sokongan waranti tambahan.

4. Jika kemas kini perisian tidak membaiki masalah, anda akan menerima arahan tentang cara menghantar Produk ke Pusat Pembaikan Motorola yang Diluluskan atau entiti lain.

5. Untuk mendapatkan servis waranti, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, anda perlu menyertakan: (a) sekeping salinan resit, bil jualan atau bukti pembelian yang boleh dipakai; (b) huraian bertulis tentang masalah yang dihadapi; (c) nama pembekal perkhidmatan, jika terpakai; (d) alamat dan nombor telefon anda. Jika berlaku keadaan Produk tidak dilindungi oleh Waranti Terhad Motorola, Motorola akan memaklumkan pengguna tentang pembaikan, harga dan syarat-syarat lain yang terpakai bagi Produk tersebut.

Untuk mendapatkan perkhidmatan atau maklumat lain, sila akses dan semak seksyen Sokongan Pelanggan dalam talian bagi tapak web pengguna Motorola di www.motorola.com.

MOTOROLA MOBILITY LLC TELEFON MUDAH ALIH WARANTI SEJAGAT TERHADWaranti Sejagat

Apakah yang dilindungi oleh Waranti Terhad Ini?Motorola Mobility LLC atau anak syarikatnya, (“Motorola”) memberi jaminan kepada pembeli pengguna asal (“anda”) bahawa Telefon Mudah Alih yang disertakan waranti ini, dan sebarang aksesori di dalam kotak yang disertakan denganya (“Produk”), akan bebas daripada kecacatan ketara dalam bahan dan mutu kerja untuk tempoh selama 12 bulan dari tarikh pembelian pengguna asal (“Tempoh Waranti”) dengan syarat bahawa Produk digunakan untuk tujuan biasa oleh pengguna. Pembaikan yang dibuat oleh Motorola atau ejen yang sah di bawah Waranti Terhad ini (“Servis Waranti”) akan melindungi baki Tempoh Waranti asal atau 90 hari dari tarikh Servis Waranti, mana yang lebih panjang. Waranti Terhad ini melindungi hanya pembelian Produk baru daripada Motorola atau penjual semula atau pengedar Produk Motorola yang sah yang disertakan di dalam kotak dengan Waranti Terhad ini. Waranti Terhad ini ialah milik anda secara peribadi dan tidak boleh dipindahkan. Penjual atau pihak ketiga tidak dibenarkan membuat sebarang perwakilan bagi pihak Motorola atau mengubah suai Waranti Terhad ini.Perlindungan jaminan tambahan bagi Produk yang mengandungi Sistem Paparan ShatterShield™: Sistem paparan ShatterShield™ terdiri daripada 3 komponen berasingan; paparan, kanta terbenam dan kanta perlindungan yang boleh diganti pengguna. Paparan dan kanta terbenam dijamin tidak berkecai dan retak selama empat (4) tahun dari tarikh asal pembelian pengguna. Kanta perlindungan yang boleh diganti pengguna tidak dilindungi oleh Waranti Terhad ini, tetapi harus sentiasa ada untuk mengelakkan calar dan kerosakan

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 12 Tuesday, November

Page 15: selamat, pintar, terjamin

13ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

lain kepada komponen asas. Semua had dan pengecualian lain yang terkandung dalam Waranti Terhad ini (lihat bahagian “Apa yang tidak dilindungi” di bawah), termasuk calar dan kerosakan kosmetik yang lain, kerosakan yang disengajakan atau salah guna dan kelusuhan biasa, terpakai pada komponen sistem paparan ShatterShield™.WARANTI INI MEMBERIKAN ANDA HAK PERUNDANGAN TERTENTU, DAN ANDA JUGA MUNGKIN MEMILIKI HAK LAIN YANG BERBEZA-BEZA MENGIKUT NEGERI, WILAYAH ATAU NEGARA. UNTUK PENGGUNA YANG DILINDUNGI OLEH UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA DALAM NEGARA YANG PERANTI DIBELI ATAU, JIKA BERBEZA, NEGARA TEMPAT TINGGAL MEREKA, FAEDAH YANG DIPEROLEH MELALUI WARANTI TERHAD INI ADALAH TAMBAHAN KEPADA SEMUA HAK DAN REMEDI YANG DIBERIKAN OLEH PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA. UNTUK MENDAPATKAN KEFAHAMAN PENUH TENTANG HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, WILAYAH ATAU NEGERI ANDA. Apakah yang akan kami lakukan sekiranya anda membuat tuntutan di bawah Waranti Terhad ini?Jika anda membuat tuntutan yang sah di bawah Waranti Terhad ini, Motorola akan, mengikut budi bicaranya, sama ada (1) membaiki Produk menggunakan barangan gantian baru, terpakai atau dibaik pulih; atau (2) menggantikan Produk yang baru atau Produk yang dibaik pulih ‘seperti baru’ yang sama atau serupa dengan Produk yang dijamin; atau (3) membayar balik harga pembelian. Produk yang dibaiki atau diganti akan dikembalikan kepada anda dalam konfigurasi kilang yang asal serta sebarang kemas kini perisian yang berkenaan, yang mungkin akan menjejaskan penggunaan dan/atau keserasian dengan aplikasi pihak ketiga (yang mana Motorola tidak mempunyai sebarang tanggungjawab). Sebarang Produk yang dibayar balik atau digantikan akan menjadi hak milik Motorola. Untuk mendapatkan servis di bawah Waranti Terhad ini, tuntutan hendaklah dibuat di negara di mana Produk dimaksudkan untuk dijual; jika tidak, servis baik pulih adalah terhad kepada pilihan yang tersedia di negara tempat servis diminta.

Apakah yang tidak dilindungi?Waranti Terhad ini tidak melindungi yang berikut kecuali jika ia berlaku kerana kecacatan dari segi bahan dan kualiti:(a) Kelusuhan akibat penggunaan normal yang menjadikan Produk lusuh, termasuk bahagian yang dijangka akan menjadi buruk dari masa ke masa, seperti bateri, pelapik kanta atau lapisan perlindungan.(b) Kerosakan kosmetik, termasuk kesan calar, kemik dan rekahan pada Produk.(c) Kerosakan akibat penggunaan produk, aksesori atau perisian yang bukan berjenama atau yang diluluskan oleh Motorola.(d) Kerosakan yang berlaku di luar kawalan Motorola yang munasabah, termasuk kerosakan yang disebabkan oleh (i) kemalangan, penyalahgunaan; (ii) mengendalikan Produk di luar penggunaan yang dibenarkan atau sepatutnya seperti yang dinyatakan dalam Manual Pengguna Produk, Panduan

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 13 Tuesday, November

Page 16: selamat, pintar, terjamin

14 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

Mula Pantas, Tutorial Dalam Talian, dan dokumen lain yang disediakan untuk anda, termasuk penggunaan Produk untuk tujuan komersial; (iii) penjagaan dan pengendalian yang tidak betul (cth. mendedahkan produk kepada suhu yang melampau), salah guna atau pengabaian (cth. penyambung, port, atau slot kad SIM/SD patah atau bengkok); kerosakan akibat hentaman (cth. menjatuhkan Produk); (iv) terkena cecair, air, hujan, kelembapan melampau, perpeluhan luar biasa atau kelembapan lain; pasir, makanan, kotoran atau bahan yang serupa (kecuali Produk yang dijual sebagai kalis kepada bahan-bahan tersebut), tetapi hanya setakat kerosakan yang bukan disebabkan oleh pemasangan unsur perlindungan telefon yang salah (cth. gagal memasang penutup dengan betul), atau unsur perlindungan tersebut rosak atau hilang (cth. penutup belakang retak) atau mendedahkan Produk kepada keadaan di luar spesifikasi atau had yang ditetapkan (cth. IPx7, 30 minit dalam 1 meter air tawar); atau (v) banjir, kebakaran, gempa bumi, puting beliung atau lain-lain bencana alam yang di luar kawalan munasabah Motorola.(e) Servis yang tidak sah. Kecacatan atau kerosakan yang disebabkan orang lain selain daripada Motorola atau pusat servis Motorola yang sah, membaiki, menguji, melaraskan, memasang, menjaga, mengubah atau mengusik Produk.(f) Produk yang telah diubah suai dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis dari Motorola, termasuk Produk (i) dengan nombor siri atau kod pengeluar lain yang telah dikeluarkan, diubah atau dipadam; (ii) dengan nombor siri pendua atau tidak sepadan; (iii) dengan meterai yang koyak atau bukti lain pengubahan; atau (iv) yang telah diubah suai untuk mengubah fungsi atau keupayaan, atau menunjukkan bukti percubaan untuk mengubahsuainya.

• AMARAN TENTANG MEMBUKA KUNCI PEMUAT BUT ATAU MENGUBAH SUAI PERISIAN SISTEM PENGOPERASIAN PRODUK: MENGUBAH SUAI SISTEM PENGOPERASIAN PRODUK, TERMASUKLAH MEMBUKA KUNCI PEMUAT BUT, MENGAKAR PERANTI ATAU MENJALANKAN SEBARANG PERISIAN PENGOPERASIAN SELAIN DARIPADA VERSI YANG DIKELUARKAN OLEH MOTOROLA DAN RAKAN KONGSINYA YANG DILULUSKAN BOLEH MEROSAKKAN PRODUK ANDA SELAMA-LAMANYA, MENYEBABKAN IA TIDAK SELAMAT DAN/ATAU TIDAK BERFUNGSI DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG TERHASIL AKAN, MELAINKAN SEBALIKNYA DINYATAKAN OLEH MOTOROLA, TIDAK AKAN DILINDUNGI OLEH WARANTI TERHAD INI.

• PENTING: IA ADALAH TIDAK SAH UNTUK MENGGUNAKAN PRODUK INI SEKIRANYA IA BERHENTI MEMATUHI KEBENARAN KERAJAAN YANG MELULUSKAN PENGELUARANNYA. OLEH ITU, ANDA TIDAK BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN PADA PRODUK YANG MENJEJASKAN CIRI PANCARAN, MODULASI, TRANSMISI, TERMASUK TAHAP KUASA, FREKUENSI DAN JALUR LEBAR PENGOPERASIAN, TAHAP SAR, KITARAN TUGAS, MOD TRANSMISI DAN KAEDAH PENGGUNAAN PRODUK YANG SEPATUTNYA.

(g) Kecacatan, kerosakan atau kegagalan Produk disebabkan perkhidmatan atau rangkaian komunikasi pihak ketiga yang anda langgan atau gunakan bersama Produk.(h) Perisian, sama ada terbenam, dimuat turun atau disertakan bersama Produk.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 14 Tuesday, November

Page 17: selamat, pintar, terjamin

15ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

• SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, MOTOROLA MENAFIKAN SECARA SPESIFIK APA-APA DAN SEMUA WARANTI BERKANUN ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA HAD, WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SEBAB-SEBAB TERTENTU, KETIDAKLANGGARAN DAN SEMUA WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU TERPENDAM, DAN SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, MOTOROLA TIDAK MEMBERI JAMINAN BAHAWA OPERASI SEBARANG PRODUK ATAU PERISIAN YANG DILINDUNGI OLEH WARANTI TERHAD INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, BERFUNGSI MELALUI KOMBINASI DENGAN SEBARANG APLIKASI PERKAKAS ATAU PERISIAN ATAU SERVIS PIHAK KETIGA, TIDAK TERGANGGU, BEBAS RALAT ATAU TANPA RISIKO ATAU KEHILANGAN SEBARANG MAKLUMAT, DATA, PERISIAN ATAU APLIKASI YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA ATAU BAHAWA KECACATAN PADA PRODUK ATAU PERISIAN AKAN DIBETULKAN. APABILA WARANTI BERKANUN ATAU TERSIRAT TIDAK BOLEH DINAFIKAN SECARA SAH, MAKA, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, SEMUA WARANTI TERSEBUT AKAN TERHAD TEMPOHNYA MENGIKUT TEMPOH WARANTI TERHAD YANG DINYATAKAN SECARA JELAS YANG TERKANDUNG DI SINI DAN REMEDI PEMBAIKAN, PENGGANTIAN ATAU BAYARAN BALIK SEPERTI YANG DITENTUKAN OLEH MOTOROLA ATAS BUDI BICARANYA SATU-SATUNYA AKAN MENJADI REMEDI EKSLUSIF PENGGUNA. TIADA PERWAKILAN SECARA LISAN ATAU BERTULIS YANG DIBUAT OLEH MOTOROLA ATAU MANA-MANA PENJUAL, PENJUAL SEMULA ATAU PENGEDAR PRODUK, TERMASUKLAH PEKERJA DAN EJEN, AKAN MEWUJUDKAN SEBARANG KEWAJIPAN WARANTI TAMBAHAN, MEMBESARKAN SKOP, ATAU MENGUBAH SUAI TERMA WARANTI TERHAD INI DALAM APA JUA CARA.

• SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, MOTOROLA MENAFIKAN SECARA SPESIFIK APA-APA DAN SEMUA TANGGUNGJAWAB, SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT ATAU TEORI PERUNDANGAN LAIN (TERMASUK PENGABAIAN), UNTUK KEROSAKAN MELAMPAUI HARGA PEMBELIAN PRODUK, ATAU ATAS SEBARANG JENIS KEROSAKAN SECARA TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHUSUS ATAU TURUTAN, ATAU KERUGIAN HASIL ATAU KEUNTUNGAN; KEHILANGAN PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU PENCEMARAN MAKLUMAT, DATA, PERISIAN ATAU APLIKASI (TERMASUK SEBARANG KOS BERKAITAN DENGAN PEMULIHAN, PENGATURCARAAN, ATAU PENGHASILAN SEMULA SEBARANG MAKLUMAT, DATA, PERISIAN ATAU APLIKASI YANG TERSIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK MOTOROLA, ATAU SEBARANG KEGAGALAN UNTUK MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT ATAU DATA YANG TERSIMPAN DALAM PRODUK); ATAU KERUGIAN KEWANGAN LAIN AKIBAT DARIPADA ATAU BERHUBUNG DENGAN KEUPAYAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN MENGGUNAKAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DI BAWAH WARANTI TERHAD INI. DENGAN MEMBUAT TUNTUTAN DI BAWAH WARANTI TERHAD INI, ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA MEMAHAMINYA.

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 15 Tuesday, November

Page 18: selamat, pintar, terjamin

16 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

• SESETENGAH NEGERI ATAU BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN HAD ATAU PENGECUALIAN KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU TURUTAN, ATAU PENGECUALIAN ATAU HAD BAGI TEMPOH WARANTI TERSIRAT, ATAU HAD ATAU PENGECUALIAN KEROSAKAN BAGI KECEDERAAN PERIBADI YANG DISEBABKAN OLEH PENGABAIAN, MAKA, HAD ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA. WARANTI INI JUGA MEMBERIKAN ANDA HAK PERUNDANGAN SPESIFIK, DAN ANDA JUGA BOLEH MEMILIKI HAK LAIN YANG BERBEZA-BEZA DARI NEGERI ATAU BIDANG KUASA.

Produk saya perlu diservis, apa patut saya lakukan? 1. Sebelum cuba mendiagnosis atau membaiki mana-mana Produk, sila

sandarkan semua perisian, aplikasi dan data lain, termasuk kenalan, foto, muzik, permainan, yang akan terpadam semasa proses pembaikan dan tidak boleh dipasang semula oleh Motorola dan Motorola tidak bertanggujawab terhadap perkara tersebut.

2. Semak laman web sokongan pelanggan Motorola dalam talian di www.motorola.com untuk maklumat penyelesaian masalah.

3. Jika Produk masih tidak berfungsi dengan betul selepas anda mengikuti arahan penyelesaian masalah yang dicadangkan pada tapak web ini, sila hubungi Motorola menggunakan butiran hubungan yang disediakan di halaman sokongan pelanggan www.motorola.com.

4. Jika Produk anda dilindungi oleh Waranti Terhad ini, anda mungkin perlu memuat turun atau sebaliknya mendapatkan dan menerima kemas kini perisian. Anda bertanggungjawab atas sebarang kos data pihak ketiga yang dikenakan sewaktu mendapatkan muat turun.Sebelum kami boleh memberikan sokongan selanjutnya di bawah Waranti Terhad ini anda mesti mematuhi proses waranti yang digariskan di atas, dan sebarang arahan pembaikan yang disediakan oleh Motorola.

5. Jika kemas kini perisian tidak membaiki masalah tersebut, anda akan menerima arahan tentang cara dan tempat untuk menghantar Produk untuk mendapatkan penilaian. Anda mesti menyediakan: (i) bukti pembeliane; (ii) huraian bertulis tentang masalah yang dihadapi; (iii) nama pembekal perkhidmatan rangkaian mudah alih anda, jika berkenaan; dan (iv) alamat rumah dan e-mel serta nombor telefon anda. Motorola berhak untuk mengenakan caj kepada anda bagi kos penghantaran Produk dari dan ke pusat servis yang sah.

6. Jika Produk tidak dilindungi oleh Waranti Terhad ini (dan anda tidak mempunyai hak berkanun di tempat anda tinggal), Motorola akan memaklumi anda tentang ketersediaan, harga dan syarat lain yang berkenaan dengan pembaikan di luar waranti Produk.

Timbang Tara dan Memilih KeluarTimbang Tara dan Memilih KeluarSebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang produk Motorola akan diselesaikan melalui timbang tara, dan bukannya di mahkamah, melainkan jika anda memilih keluar seperti yang dijelaskan di bawah. Timbang tara akan diadakan di lokasi yang ditentukan oleh penimbang tara seperti yang dinyatakan dalam terma ini (dengan syarat lokasi

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 16 Tuesday, November

Page 19: selamat, pintar, terjamin

17ms-MY Keselamatan, Peraturan & Undang-undang

tersebut adalah mudah bagi pihak yang menuntut), atau tempat lain sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Timbang tara akan dijalankan di bawah peraturan bagi pertikaian komersial yang dinyatakan dalam Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Komprehensif JAMS (“Peraturan dan Prosedur JAMS”). Penghakiman ke atas anugerah yang diberikan oleh penimbang tara boleh dimasukkan ke dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tersebut. Penimbang tara hendaklah dipilih selaras dengan Peraturan dan Prosedur JAMS. Penimbang tara akan menggunakan undang-undang Illinois selaras dengan Akta Timbang Tara Persekutuan dan undang-undang had yang berkenaan dan hendaklah menghormati tuntutan keistimewaan yang diiktiraf undang-undang. Sekiranya pihak yang menuntut mampu menunjukkan bahawa kos timbang tara akan menjadi terlalu tinggi berbanding dengan kos litigasi, Motorola akan membayar mengikut yuran pemfailan dan perbicaraan pihak menuntut yang berkaitan dengan timbang tara jika penimbang tara merasakan perlu bagi mengelakkan daripada kos timbang tara menjadi terlalu tinggi.Jika mana-mana bahagian peruntukan timbang tara ini dianggap tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang-undang (selain daripada itu tuntutan tidak akan ditimbang tara berasaskan kelas atau perwakilan), atau jika tidak bercanggah dengan peraturan dan prosedur yang diwujudkan oleh JAMS, maka peruntukan timbang tara selebihnya hendaklah terus berkuat kuasa dan hendaklah ditafsirkan mengikut terma seolah-olah peruntukan yang tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan, menyalahi undang-undang atau yang bercanggah tidak terkandung di dalamnya. Walau bagaimanapun, jika bahagian yang dianggap tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang adalah tuntutan yang tidak akan ditimbang tara berasaskan kelas atau perwakilan, maka keseluruhan peruntukan timbang tara ini adalah batal dan tidak sah, dan pihak yang menuntut atau Motorola tidak berhak untuk menimbang tara pertikaian mereka. Selepas memfailkan suatu permintaan untuk timbang tara, semua pihak timbang tara akan mempunyai hak untuk penemuan, yang mana penemuan hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam puluh hari selepas permintaan untuk timbang tara dibuat, melainkan jika dilanjutkan dengan persetujuan bersama pihak-pihak yang terlibat.TIMBANG TARA PERTIKAIAN MENGIKUT PERJANJIAN INI AKAN MENGIKUT KEUPAYAAN INDIVIDU ANDA, DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU AHLI KELAS DALAM MANA-MANA TUJUAN PROSIDING KELAS ATAU PERWAKILAN. PENIMBANG TARA TIDAK MENGGABUNGKAN ATAU MENYERTAI TUNTUTAN ORANG LAIN ATAU PIHAK YANG MUNGKIN DALAM KEADAAN YANG SAMA.Hak anda untuk menolak: Jika anda tidak mahu peruntukan Timbang tara ini digunakan, anda boleh menolaknya dengan menghantar notis penolakan bertulis yang menerangkan peruntukan Timbang tara ini, termasuk nama anda, alamat, nombor telefon, peranti, dan nombor siri peranti, dan memberitahu Motorola bahawa anda menolak peruntukan Timbang Tara ini kepada: Motorola Mobility LLC, 222 West Merchandise Mart Plaza, Suite 1800, Attn: Arbitration Provision Opt-Out, Chicago, IL 60654 atau [email protected]. Notis penolakan hanya berkuat kuasa jika ia ditandatangani dan Motorola menerima notis tersebut dalam tempoh 30 hari

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 17 Tuesday, November

Page 20: selamat, pintar, terjamin

18 Keselamatan, Peraturan & Undang-undang ms-MY

dari tarikh pembelian. Jika anda tidak menolak peruntukan Timbang tara ini dalam tempoh 30 hari ini, anda tidak akan dapat menolaknya pada kemudian hari. Jika anda menolak peruntukan ini, ia tidak menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan produk Motorola anda. Jika anda tidak menolak peruntukan Timbang tara ini, ia akan berkuat kuasa pada tarikh pembelian.

Hak Cipta & Tanda DaganganHak Cipta & Tanda DaganganMotorola Mobility LLC222 W. Merchandise Mart Plaza16th FloorChicago, IL 60654USAwww.motorola.comSesetengah ciri, perkhidmatan dan aplikasi adalah bergantung kepada rangkaian dan mungkin tidak terdapat pada semua kawasan; terma, syarat dan/atau caj tambahan mungkin akan dikenakan. Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk butiran.Semua ciri, kefungsian dan spesifikasi produk yang lain, juga maklumat yang terkandung dalam panduan pengguna ini, adalah berdasarkan maklumat terkini yang ada dan diyakini sebagai tepat ketika dicetak. Motorola mempunyai hak untuk menukar atau mengubah suai mana-mana maklumat atau spesifikasi tanpa notis atau kewajipan.Nota: Imej yang digunakan dalam panduan ini adalah contoh sahaja.MOTOROLA dan Logo M Bergaya ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Motorola Trademark Holdings, LLC. Android, Google dan tanda dagangan lain adalah dimiliki oleh Google Inc. Robot Android dihasilkan semula atau diubah suai dari hasil yang dicipta dan dikongsi oleh Google dan digunakan mengikut terma yang dihuraikan dalam Lesen Pembahagian Creative Commons 3.0. Semua nama produk atau perkhidmatan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.© 2015 Motorola Mobility LLC. Hak cipta terpelihara.Awas: Motorola tidak bertanggungjawab ke atas perubahan/pengubahsuaian terhadap penghantar-terima.Nombor Manual: 68018055025-A

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 18 Tuesday, November

Page 21: selamat, pintar, terjamin

Generic_LG_ms-MY_68018055025A.fm Page 19 Tuesday, November

Page 22: selamat, pintar, terjamin

Sila kitar semula.

motorola.com