sekolah yang mana untuk anak saya?

33
Panduan Ibu bapa untuk Kanak-kanak dengan Keperluan Pendidikan Khas SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Panduan Ibu bapa untuk Kanak-kanak

dengan Keperluan Pendidikan Khas

SEKOLAH

YANG MANA UNTUK

ANAK SAYA?

Page 2: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

© Jan 2019 Kementerian Pendidikan, Republik Singapura

Semua hak terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta. Seluruh kandungan buku ini telah diterbitkan semula dengan pengetahuan dan kebenaran pihak-pihak yang terlibat terlebih dahulu dan penulis, penerbit, agensi kreatif, atau pencetak buku ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta atau yang timbul daripada kandungan penerbitan ini. Segala usaha telah diambil untuk memastikan bahawa kredit-kredit menepati maklumat yang dibekalkan. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan akan memperbetul maklumat yang tertinggal atau yang tidak tepat dalam cetakan semula penerbitan seterusnya.

Diterbitkan olehKementerian Pendidikan51 Grange RoadSingapura 249564www.moe.gov.sg

Dicetak di Singapura

Boleh didapati dalam talian di laman web Kementerian Pendidikan di https://www.moe.gov.sg/education/special-education

Panduan Ibu bapa untuk Kanak-kanak

dengan Keperluan Pendidikan Khas

SEKOLAH

YANG MANA UNTUK

ANAK SAYA?

Page 3: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

5

12

34

MEMAHAMI KEPERLUAN ANAK ANDA DAN CARA MENDAPATKAN SOKONGAN

Memahami keperluan pendidikan khas (SEN)

Mencari ahli profesional yang berkelayakan

Mendapatkan penilaian untuk anak anda

Mengetahui keperluan anak anda Mendapatkan penjelasan tentang

keperluan dan rancangan sokongan untuk anak anda

Mendapatkan sokongan

MEMPERTIMBANGKAN PILIHAN-PILIHAN Memahami penempatan pendidikan

yang disyorkan Mengetahui dengan lebih lanjut

tentang sekolah-sekolah Memikirkan pertimbangan yang lain

MEMOHON TEMPAT DI SEBUAH SEKOLAH Mendapatkan butir-butir proses

permohonan Menyediakan dokumen-dokumen

penting Memerhatikan tarikh-tarikh penting

MENYOKONG PERALIHAN ANAK ANDA Bekerja rapat dengan sekolah pada

masa ini dan sekolah baharu Mempersiap anak anda untuk peralihan

MAKLUMAT LANJUT Laluan-laluan pendidikan

PANDUAN TERPERINCI

5

6

7

811

12

16

22

23

47

48

49

53

55

58

Panduan ini ditulis untuk membantu ibu bapa memahami cara-cara mengenal pasti sekolah yang boleh menyediakan sokongan paling sesuai kepada anak-anak mereka yang mempunyai keperluan pendidikan khas atau Special Educational Needs (SEN).

Sesetengah kanak-kanak SEN memerlukan bantuan tambahan dalam pendidikan mereka. Bagi sesetengahnya, bantuan tambahan boleh disediakan di sekolah aliran utama. Ada pula yang mungkin memerlukan sokongan yang lebih intensif dan disesuaikan yang hanya boleh ditawarkan oleh sekolah-sekolah Pendidikan Khas (SPED). Kanak-kanak SEN boleh merealisasikan potensi mereka sepenuhnya dan menjalani kehidupan yang bermakna dan bertujuan sekiranya mereka diberikan sokongan pendidikan yang sesuai dengan keperluan mereka.

Panduan ini bertujuan untuk membantu anda memahami:

Keperluan pendidikan khas (SEN)

Cara anda boleh menyokong anak anda

Sokongan yang disediakan di sekolah aliran utama dan sekolah pendidikan khas (SPED)

Cara untuk memohon ke sekolah aliran utama atau sekolah SPED

Kami berharap agar panduan ini berguna dalam usaha anda mencari sokongan pendidikan yang paling sesuai untuk anak anda. Buku panduan ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat ahli profesional. Perlu diingatkan bahawa setiap kanak-kanak berbeza, maka kesesuaian maklumat yang terkandung dalam panduan ini juga mungkin berbeza bagi setiap kanak-kanak.

Page 4: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

MEMAHAMI KEPERLUANANAK ANDA DANMENDAPATKANSOKONGAN

Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan, minat, dan keperluan yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak mungkin memerlukan bantuan dan sokongan tambahan untuk belajar atau menyesuaikan diri secara sosial.

Mereka mungkin mengalami lebih banyak kesukaran berbanding dengan rakan sebaya dalam hal-hal seperti membaca, berkomunikasi, berkawan

atau belajar di sekolah.

1MEMAHAMI KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (SEN)

1 Di Singapura, orang kurang upaya ditakrifkan sebagai “mereka yang mempunyai peluang yang sangat terhad untuk mendapatkan, mengekalkan tempat dan maju dalam institusi pendidikan dan latihan, pekerjaan dan rekreasi sebagai anggota masyarakat yang setaraf disebabkan oleh kekurangan upaya fizikal, deria, intelek dan perkembangan” (definisi orang kurang upaya yang diterima pakai oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) dalam Pelan Induk Pemerkasaan 2007-2011).

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting untuk membantu anak anda. Memahami keperluan, kebolehan dan kesukaran anak anda boleh membantu anda mengenal pasti sokongan yang tepat untuknya.

Ketahuilah dengan lebih lanjut tentang keperluan anak anda dengan berbual bersama guru-gurunya, para profesional yang menguruskannya dan ibu bapa serta para penjaga yang lain.

Anda boleh membaca buku tentang SEN yang ditulis oleh ahli profesional untuk memahami tentang keperluan anak anda dengan lebih lanjut. Anda juga boleh melungsuri laman web pertubuhan-pertubuhan (contohnya pertubuhan-pertubuhan nasional) dan merujuk kepada ahli profesional yang boleh dipercayai.

Untuk memahami keperluan anak anda dan persekitaran pendidikan yang paling sesuai untuknya dengan lebih lanjut, anda harus mendapatkan nasihat ahli profesional.

Seorang kanak-kanak dianggap mempunyai SEN apabila dia:

1 Mempunyai kekurangan upaya1; dan

2 Memerlukan sumber tambahan dan/atau yang berlainan selain perkara yang pada umumnya disediakan untuk kebanyakan kanak-kanak seusia; dan

3 Menunjukkan sama ada dia mempunyai

� Kesukaran belajar yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan kanak-kanak seusia;

ATAU � Kesukaran menggunakan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk kebanyakan kanak-kanak seusia;

ATAU � Beberapa kekurangan daripada segi sosial, akademik, fizikal atau fungsi deria

4 5

Page 5: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Jika anak anda berusia kurang daripada tujuh tahun, anda boleh mendapatkan nasihat ahli profesional (contohnya doktor, ahli psikologi, ahli terapi) di hospital pemerintah/ hospital yang disusun semula bagi penilaian ahli profesional.

Jika anak anda sedang bersekolah dalam aliran utama, anda boleh mendapatkan nasihat ahli psikologi daripada Kementerian Pendidikan (MOE) melalui guru darjah anak anda.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan nasihat ahli profesional swasta yang berkelayakan.

Periksa kelayakan ahli profesional yang akan menilai anak anda. Beliau harus mempunyai kelayakan dan pengalaman yang relevan kerana penilaian beliau akan mempengaruhi saranan-saranan yang akan diberikan untuk pendidikan anak anda.

Penilaian yang dijalankan secara profesional ke atas anak anda biasanya termasuklah:

MENDAPATKAN AHLI PROFESIONAL YANG BERKELAYAKAN

MENDAPATKAN PENILAIAN UNTUKANAK ANDA

2 https://singaporepsychologicalsociety.org/srp-membership-directory/

Penilaian psikologi harus dijalankan oleh ahli psikologi berkelayakan yang berdaftar dengan Daftar Ahli Psikologi Singapura2.

pelbagai jenis penilaian

Analisis yang teliti terhadap dapatan

daripada sumber-sumber yang berlainan

temu duga dengan ibu bapa, anak tersebut dan

pihak-pihak lain yang berkaitan seperti para

guru

Bawa maklumat mengenai anak anda (contohnya, rekod perubatan, laporan-laporan sekolah) apabila anda menemui seorang ahli profesional.

Lanjutan daripada penilaian ini, anda boleh menjangkakan untuk menerima laporan tentang:

1 Profil holistik anak anda, termasuk kebolehan dan kesukaran yang dihadapi anak anda daripada segi pembangunan fizikal, komunikasi, pembelajaran, dan fungsi sosial-emosi

2 Diagnosis yang jelas tentang SEN anak anda

Haruslah diingati bahawa sesuatu diagnosis tidak

mengubah anak anda. Diagnosis tersebut memberi anda

pemahaman yang lebih baik tentang keperluan anak anda.

3 Keperluan pembelajaran anak anda

4 Saranan yang praktikal dan berkesan bagi intervensi dan sokongan untuk anak anda

6 7

Page 6: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

MENGETAHUI KEPERLUAN ANAK ANDA

Pertuturan/ Bahasa & Literasi

Sosial, Emosi, Tingkah Laku

Deria, Fizikal

BIDANG KEPERLUAN

CO

NTO

H-C

ON

TOH

SEN

BIA

SABergantung kepada SEN berdasarkan diagnosis anak anda, dia mungkin mengalami kesukaran khusus yang berkaitan seperti yang berikut:

Anak anda mungkin mempunyai satu atau lebih bidang keperluan yang berikut setelah penilaian:

� Disleksia

� Gangguan Bahasa

� Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD)

� Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

� Gangguan Komunikasi Sosial (SCD)

� Hilang Pendengaran

� Ketakdayaan Penglihatan

� Palsi Serebral

� Kurang Upaya Berpelbagai

� Ketakdayaan Intelek (ID)

Disleksia

SEN Kesukaran Khusus

� Membaca

� Mengeja

� Menulis

Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD)

� Kurang daya tumpuan

� Hiperaktif

� Impulsif

GangguanBahasa

� Memahami dan/atau menggunakan perbendaharaan kata yang dituturkan

� Memahami penjelasan yang terlalu panjang

� Memberitahu cerita secara lengkap

Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

� Komunikasi dan interaksi sosial (contohnya, bertindak balas dalam perbualan, hubungan mata, membina hubungan)

� Tingkah laku dan minat yang terhad dan berulang-ulang (contohnya, corak pemikiran yang kaku, minat yang berlebih-lebihan dalam topik tertentu)

Gangguan Komunikasi Sosial (SCD)

� Menggunakan bahasa bagi tujuan sosial (contohnya, memberikan ucap selamat)

� Mengubah gaya perbualan untuk disesuaikan pada konteks sosial yang berbeza

� Mengikuti peraturan dalam perbualan (contohnya menunggu giliran)

� Memahami maklumat yang tersirat tetapi tidak dinyatakan secara jelas (contohnya, metafora, sindiran)

8 9

Page 7: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

3 Temasuk kemahiran komunikasi, penjagaan diri, motor, dan sosial

4 Khidmat terapi (contohnya terapi cara kerja, fisioterapi dan terapi bahasa pertuturan) haruslah disediakan oleh Para Ahli Profesional Kesihatan Bersekutu yang berdaftar (ditadbir oleh Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2011).

Bincangkan dengan ahli profesional tentang sokongan yang anak anda perlukan. Berikut merupakan beberapa pertanyaan yang mungkin anda ingin ajukan:

MENJELASKAN KEPERLUAN DANRANCANGAN SOKONGANBAGI ANAK ANDA

� Apakah pilihan-pilihan terapi4 yang tersedia untuk anak saya? Yang manakah yang akan anda syorkan dan mengapa?

� Apakah bidang kesukaran yang harus saya utamakan terlebih dahulu?

� Bagaimanakah harus saya jelaskan SEN kepada anak saya dan ahli keluarga yang lain?

� Apakah kemajuan yang boleh saya jangkakan untuk anak saya dalam beberapa tahun akan datang?

Mengenai diagnosis dan rawatan keseluruhan

� Apakah intervensi dan strategi yang boleh saya gunakan di rumah?

� Bagaimanakah saya dapat membantu anak saya memperbaik kemahiran hidup asasnya (contohnya, kebersihan diri)?

� Apakah sumber-sumber yang boleh anda syorkan?

Mengenai intervensi di rumah

Mengenai penempatan pendidikan dan sokongan di sekolah

� Apakah pilihan-pilihan sekolah yang perlu saya pertimbangkan untuk anak saya?

� Apakah program-program yang terdapat di sekolah aliran utama dan/atau sekolah SPED yang boleh membantu anak saya?

� Apakah intervensi dan strategi yang boleh dilaksanakan di sekolah anak saya?

Walaupun perkara-perkara yang disebutkan di atas merupakan

diagnosis umum, diagnosis bagi setiap kanak-kanak berbeza. Dua orang kanak-kanak yang memiliki

diagnosis yang sama mungkin mempunyai keperluan yang amat

berbeza dan mungkin menunjukkan kemajuan pada kadar yang berbeza.

Kanak-kanak menunjukkan kemajuan yang terbaik apabila

mereka menerima sokongan yang sesuai dengan keperluan individu

mereka.

Hilang Pendengaran

SEN Kesukaran Khusus

Ketakdayaan Penglihatan

Palsi Serebral

� Hilang keupayaan untuk mendengar sama ada sebahagian atau sepenuhnya

� Hilang sebahagian penglihatan atau buta

� Keupayaan melihat yang berkurangan secara ketara yang tidak boleh dibaiki dengan cermin mata atau kanta lekap biasa

� Koordinasi otot yang lemah

� Kemampuan untuk bergerak dan mengawal pergerakan yang berkurangan

� Lebih daripada satu kekurangan upaya utamaKurang Upaya yang Berpelbagai

Kurang Upaya Intelek (ID)

� Fungsi adaptif, iaitu keupayaan untuk menangani tuntutan harian dalam kehidupan secara berdikari3

� Fungsi kognitif, iaitu keupayaan untuk menumpukan perhatian, menjana idea, membuat pertimbangan dan mengingat

10 11

Page 8: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Ramai ibu bapa mengalami pelbagai emosi dalam usaha memahami SEN anak mereka. Antaranya termasuk perasaan risau, sedih, marah, takut, bersalah, terkejut, lega, reda dan berharap.

MENDAPATKAN SOKONGAN

5 http://www.spark.org.sg

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (PSG) boleh menjadi sumber kekuatan yang mana ibu bapa yang telah melalui pengalaman serupa saling memahami dan boleh menawarkan maklumat dan nasihat yang berharga.

Mungkin terdapat PSG di sekolah anak anda yang anda boleh rujuk. Terdapat juga PSG bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya yang khusus, seperti SPARK5 untuk ibu bapa kepada anak-anak yang mengalami ADHD.

Jangan takut untuk bertanya dan meminta bantuan. Ingatlah bahawa anda tidak

bersendirian.“ “

Pertubuhan-pertubuhan lain yang boleh menyokong anak anda ialah:

Pusat Khidmat Keluarga:Pusat sumber berasaskan masyarakat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan masyarakat untuk keluarga yang memerlukan

Pusat-Pusat Program Intervensi Awal untuk Bayi & Kanak-kanak (EIPIC):Memberikan khidmat pembangunan dan terapi untuk bayi dan anak kecil yang berisiko mengalami kelewatan pembangunan bertahap sederhana hingga sangat parah

Perkhidmatan Kanak-kanak dan Belia SHINE:Memberikan khidmat kerja sosial dan psikologi pendidikan kepada kanak-kanak, belia dan keluarga mereka

Badan-badan bantu diri (VWOs) bagi kurang upaya yang khususContohnya, Pusat Sumber Autisme (ARC), Persatuan Disleksia Singapura (DAS), dan Persatuan Sindrom Down

Memperkasa golongan kurang upaya dengan menyediakan khidmat rujukan, geran, dan latihan daya kerja

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK6

HospitalUniversiti Nasional7

Klinik Bimbingan

Kanak-Kanak8

6 https://www.kkh.com.sg/Pages/Home.aspx7 https://www.nuh.com.sg/8 https://www.imh.com.sg/clinical/page.aspx?id=2839 https://www.sgenable.sg/Pages/Home.aspx

Perkhidmatan Kesihatan Kanak-

Kanak

Agensi berasaskan Masyarakat

SG Enable9

Badan-badan bantu diri (VWOs)

12 13

Page 9: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

MEMPERTIMBANGKANPILIHAN-PILIHAN

Di Singapura, Akta Pendidikan Wajib (CE)10 mewajibkan persekolahan bagi kanak-kanak Warga Singapura yang menetap di Singapura dan

dalam “usia persekolahan wajib”11.

Kanak-kanak wajib menghadiri sekolah rendah nasional secara kerap melainkan mereka telah diberikan pengecualian. Ini merujuk kepada sekolah pemerintah atau sekolah bantuan pemerintah atau

sekolah SPED yang dibiayai pemerintah.

2

10 Untuk maklumat lanjut mengenai Akta CE, sila lihat https://www.moe.gov.sg/education/education-system/compulsory-education

11 Di atas usia 6 tahun tetapi di bawah usia 15 tahun

SPED SCHOOL

MAINSTREAMSCHOOL

Berkuat kuasa mulai tahun 2019, Akta CE menyertakan kanak-kanak12 SEN tahap sederhana hingga parah yang perlu menghadiri sekolah SPED yang dibiayai oleh pemerintah.

12 Dilahirkan selepas 1 Januari 201213 https://www.moe.gov.sg/education/financial-assistance/moe-financial-assistance-scheme-(fas)14 https://www.moe.gov.sg/education/special-education/what-financial-support-is-available-for-

sped-school-students

Skim bantuan kewangan disediakan di sekolah aliran utama13 dan sekolah SPED14 untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak akan terhalang daripada menerima pendidikan atas sebab masalah kewangan. Anda boleh bertemu dengan kakitangan sekolah secara langsung jika keluarga anda memerlukan bantuan kewangan untuk pendidikan anak anda.

Sekolah AliranUtama

SekolahSPED

SCHOOL BUS

Akta ini meletakkan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak menghadiri sekolah secara kerap kepada ibu bapa dan ibu bapa dianggap telah memenuhi kewajiban CE mereka jika anak-anak mereka menamatkan pendidikan sekolah rendah.

14 15

Page 10: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Penempatan Sekolah AliranUtama yang Disyorkan

Seorang ahli profesional akan mengesyorkan jenis sekolah yang paling sesuai untuk menyokong keperluan anak anda, berdasarkan tahap keupayaan adaptif dan kognitifnya.

MEMAHAMI PENEMPATAN PENDIDIKAN YANG DISYORKAN

Kemahiran adaptif merujukkepada keupayaan untukmenangani tuntutan hariandalam kehidupan secara berdikari15.

Keupayaan kognitif merujuk kepada keupayaan berfikir, menumpukanperhatian, menjana idea, membuatpertimbangan dan mengingat sesuatu.

KEMAHIRAN ADAPTIF KEUPAYAAN KOGNITIF

15 Termasuk kemahiran komunikasi, penjagaan diri, motor dan sosial

Anak anda mungkin disyorkan untuk menghadiri sekolah aliran utama sekiranya penilaiannya menunjukkan bahawa dia berupaya untuk menghadapi tuntutan yang diperlukan.

Ini bermakna bahawa penilaian anak anda menunjukkan bahawa dia mempunyai kemahiran adaptif yang mencukupi untuk belajar dalam persekitaran kumpulan yang besar dan keupayaan kognitif yang mencukupi untuk mengikuti kurikulum nasional. Juga, dia hanya memerlukan sedikit sokongan tambahan dalam satu atau dua bidang disebabkan SEN seperti disleksia, ADHD, ASD ringan, kurang upaya sederhana daripada segi bahasa, deria atau fizikal.

MAINSTREAMSCHOOL

Di sekolah aliran utama, kurikulum nasional ditawarkan di dalam kelas yang terdiri daripada seorang guru yang mengajar 30 hingga 40 orang pelajar.

1 GURU

30–40 PELAJAR

Sokongan yang disediakan termasuk yang berikut:

Kakitangan khas seperti Guru-guru yang dilatih dalam Keperluan Khas (TSN) dan Pendidik Bersekutu (Sokongan Pembelajaran dan Tingkah Laku) [AED(LBS)] untuk membantu pelajar yang mempunyai SEN ringan menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah.

Program sokongan khas yang memenuhi tahap dan keperluan pembelajaran yang berbeza:

� Program Sokongan Pembelajaran (LSP) dan Sokongan Pembelajaran Matematik (LSM) untuk murid-murid Darjah 1 - Darjah 2 yang memerlukan sokongan tambahan dalam kemahiran bahasa Inggeris/literasi dan kemahiran mengira.

� Program Pemulihan Disleksia Berasaskan Sekolah (SDR) untuk murid-murid Darjah 3 – Darjah 4 yang mempunyai disleksia

ABC

1

2

16 17

Page 11: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Jenis-jenis SEN Sekolah

Hilang Pendengaran (Pendekatan bahasa isyarat17)

� Sekolah Rendah Mayflower

� Sekolah Menengah Beatty

Hilang Pendengaran (Pendekatan Lisan18)

� Sekolah Menengah Outram

� Sekolah Menengah St. Anthony

Ketakdayaan Penglihatan19

� Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim

� Sekolah Menengah Bedok South

� Sekolah Menengah Dunearn

3 Kemudahan bebas halangan16 untuk membantu kanak-kanak kurang upaya fizikal mengakses persekitaran pembelajaran dengan lebih baik.

4 Perkhidmatan sokongan pendidikan untuk kanak-kanak yang ketakdayaan penglihatan, hilang pendengaran dan/atau kurang upaya fizikal.

� Kakitangan VWO melawat sekolah untuk menilai keperluan para pelajar dan mengesyorkan peruntukan pendidikan yang sesuai. Mereka juga memberikan khidmat nasihat kepada guru-guru untuk membantu mereka memahami keperluan pembelajaran dan sosial pelajar-pelajar ini dengan lebih lanjut.

� Alat teknologi bantuan seperti peralatan Modulasi Frekuensi (FM), perisian teks-ke-ucapan dan kanta pembesar juga disediakan untuk menyokong keperluan pembelajaran mereka.

5 Sekolah-sekolah aliran utama yang terpilih menyediakan sokongan khas untuk kanak-kanak yang hilang pendengaran atau ketakdayaan penglihatan tahap sederhana hingga melarat.

16 https://www.moe.gov.sg/education/special-education/mainstream-schools#List-of-Mainstream-Primary-Schools-with-Barrier-Free-Accessibility

17 Bahasa isyarat ialah kaedah komunikasi dan arahan yang utama.18 Menumpukan kepada pembangunan kemahiran bertutur dan mendengar untuk komunikasi dan

arahan; pelajar sekolah rendah boleh menghadiri Sekolah Canossian.19 Pelajar sekolah rendah boleh menghadiri Sekolah Lighthouse.

Kemudahan bebas

halangan

Anak anda mungkin disyorkan untuk menghadiri sekolah SPED jika penilaiannya menunjukkan bahawa dia memerlukan sokongan yang lebih intensif dan disesuaikan.

Ini bermakna bahawa anak anda telah dinilai untuk meraih manfaat daripada sokongan tambahan dalam membangunkan kemahiran adaptif agar berupaya menghadapi persekitaran kumpulan dan/atau menjalani kurikulum yang disesuaikan. Dia mungkin memerlukan tahap sokongan pendidikan yang lebih tinggi disebabkan SEN seperti ASD, ID, kurang upaya deria atau fizikal yang ketara atau kurang upaya berpelbagai.

Sokongan yang disediakan termasuklah yang berikut:

1 Saiz kelas yang lebih kecil dengan sokongan khas di dalam kelas supaya guru dapat memberikan perhatian dan sokongan yang lebih baik kepada para pelajar secara individu.

2 Kakitangan khas mungkin termasuk:

Ahli terapi pertuturan dan bahasa untuk menyokong pelajar dengan masalah pertuturan dan

bahasa

Ahli psikologi untuk memberikan penilaian dan

sokongan intervensi

Ahli terapi cara kerja untuk melengkapkan pelajar

dengan kemahiran hidup adaptif

Pekerja sosial untuk menyediakan khidmat sokongan kehidupan keluarga (contohnya,

kaunseling, menyediakan bantuan kewangan, sokongan

penjaga dan adik-beradik)

Penempatan SekolahSPED yang DisyorkanSPED SCHOOL

18 19

Page 12: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Di semua sekolah SPED, setiap pelajar juga mempunyai Rancangan Pendidikan Individu yang disesuaikan dengan keperluan pembelajarannya yang unik. Ini mungkin berdasarkan kurikulum nasional di beberapa sekolah SPED atau kurikulum yang disesuaikan bagi sekolah yang lain, bergantung kepada keperluan anak anda.

Kurikulum tersuai yang terdapat di sekolah SPED direka berdasarkan Rangka Kerja Kurikulum SPED iaitu ‘Hidup, Belajar dan Bekerja dalam Abad ke-21’.

Kurikulum ini menetapkan hasil kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan yang diinginkan dalam enam bidang pembelajaran teras (akademik, sosio-emosi, kehidupan harian, vokasional, seni, pendidikan jasmani dan sukan) dengan Pendidikan Perwatakan & Kewarganegaraan sebagai asas bagi SPED berdasarkan nilai dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) sebagai pemerkasa bagi pengajaran dan pembelajaran dalam SPED.

3 Kemudahan fizikal khas yang mungkin termasuk bilik modulasi, bilik latihan vokasional dan bilik terapi cara kerja – kemudahan-kemudahan ini berbeza dari sekolah ke sekolah, bergantung kepada keperluan para pelajar mereka.

4 Kerjasama dengan sekolah aliran utama yang mana terdapat aktiviti-aktiviti bersama untuk para pelajar berinteraksi dan belajar daripada satu sama lain.

PELAN PENDIDIKAN

* Lokasi sementara 20 Berkuat kuasa dari tahun 2018, kumpulan Darjah 1 dan seterusnya, hanya kurikulum yang

disesuaikan ditawarkan untuk para pelajar yang Hilang Pendengaran.

Hilang Pendengaran

Kurang Upaya Berpelbagai & ASD

Kurikulum Nasional

ID Ringan

Ketakdayaan Penglihatan/Hilang Pendengaran

Kurang Upaya Berpelbagai

Kurikulum yang Disesuaikan

ID Sederhana hingga Parah

� Sekolah Canossian

� Sekolah AWWA � Pusat Rainbow – Sekolah

Margaret Drive � Pusat Rainbow – Sekolah Yishun

Park

� Kampus Sekolah Pathlight 1 � Kampus Sekolah Pathlight 2*

� Sekolah APSN Chaoyang � Sekolah APSN Katong � Sekolah APSN Tanglin � Sekolah Menengah APSN

Deltal � Sekolah Grace Orchard � Sekolah Metta

� Sekolah Lighthouse20

� Sekolah Bersekutu Palsi Serebrum Singapura

� Kampus Sekolah AWWA 2* � Sekolah Eden � Sekolah Eden (Ang Mo Kio) � Pusat Rainbow – Sekolah Yishun

Park (Woodlands)* � Sekolah Autisme St. Andrews

� MINDS – Sekolah Fernvale Gardens

� MINDS – Sekolah Lee Kong Chian � MINDS – Sekolah Towner Gardens � MINDS – Sekolah Woodlands

Gardens

Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Ketakdayaan Intelek (ID)(sekolah-sekolah ini juga mempunyai program untuk ASD)

Kurikulum yang disesuaikan

Gangguan DeriaKedua-dua kurikulum nasional dan kurikulum yang disesuaikan ditawarkan

Kurang Upaya BerPelbagai Kurikulum yang Disesuaikan

Berdasarkan profil SEN anak anda, ahli profesional akan mengesyorkan sekolah SPED yang paling sesuai dengan keperluannya. Profil keperluan yang disokong oleh sekolah-sekolah SPED yang berlainan adalah seperti yang berikut:

20 21

Page 13: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Dengan saranan ahli profesional, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang sokongan khusus yang terdapat di sekolah yang memenuhi keperluan anak anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh:

MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG SEKOLAH-SEKOLAH INI

21 https://www.moe.gov.sg/education/primary/primary-school-education-booklet22 https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/special-education/files/

special-education-for-exceptional-lives.pdf

Anda juga boleh merujuk sumber-sumber yang berikut:

Sekolah aliran utama — Buku kecil Pendidikan Sekolah

Rendah21

Sekolah SPED — Panduan Maklumat untuk

Sekolah-sekolah Pendidikan Khas di Singapura22

Lawati laman web sekolah Atur lawatan ke sekolah

Hadiri rumah terbuka Bercakap dengan kakitangan sekolah

SPED SCHOOL

Jika ahli profesional tersebut telah mengesyorkan jenis sekolah yang mana terdapat lebih daripada sebuah sekolah, anda juga boleh mempertimbangkan yang berikut apabila mengenal pasti sekolah untuk anak anda:

PERTIMBANGAN LAIN UNTUK DIFIKIRKAN

23 Untuk mengetahui senarai semua sekolah rendah aliran utama mengikut kawasan, sila rujuk kepada https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/information-on-primary-schools/listing-by-planning-area

Jarak dari rumah ke sekolah23

Sekolah yang berdekatan dengan rumah anda dapat mengurangkan kos pengangkutan dan masa perjalanan yang lebih singkat, yakni kurang meletihkan untuk anak anda.

Sekolah tersebut juga menyediakan peluang lebih baik untuk anda menjalinkan hubungan yang kukuh dengan sekolah anak anda.

Minat anak andaPertimbangkan minat anak anda yang bukan bersifat akademik (contohnya, sukan, muzik, teknologi), dan kenal pasti sama ada sekolah itu menawarkan kegiatan luar darjah (CCA) dan aktiviti yang sepadan dengan minat ini.

Identiti sekolahPertimbangkan kekuatan unik setiap sekolah, seperti visi, misi, budaya dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa sekolah itu.

Untuk maklumat tentang sekolah SPED, anda juga boleh merujuk halaman 26-45 buku kecil ini.

22 23

Page 14: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

LOKASI SEKOLAH-SEKOLAH

PENDIDIKAN

KHAS

Sekolah Grace Orchard

Pusat Rainbow Sekolah Margaret Drive

Pusat Rainbow Sekolah Yishun Park (Woodlands)*

MINDS Sekolah Woodlands Gardens

MINDS Sekolah Lee Kong Chian Gardens

Sekolah Menengah Delta

Sekolah Tanglin

Sekolah Eden

LEGENDA

Gangguan Deria

ID Ringan (Termasuk para pelajar yang mempunyai ASD)

ID Sederhana hingga Parah (Termasuk pelajar dengan ASD)

Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Kurang Upaya Pelbagai dan ASD

Kurang Upaya Berpelbagai

Sekolah Canossian

Sekolah Metta

MINDS Sekolah Fernvale Gardens

Sekolah Bersekutu Palsi Serebrum Singapura

Pusat Rainbow Sekolah Yishun Park

MINDS Sekolah Towner Gardens

Kampus Sekolah AWWA 2*

Sekolah AWWA

Sekolah Lighthouse

Sekolah Chaoyang

Sekolah Katong

Sekolah Eden(Ang Mo Kio Kampus)*

Kampus SekolahPathlight 1

Kampus SekolahPathlight 2*

Sekolah Autisme St Andrew’s

SPED SCHOOL

* Lokasi Sementara24 25

Page 15: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sekolah SPED yang disyorkan oleh ahli profesional untuk anak anda, anda boleh merujuk bahagian yang berkaitan:

Nota: Semua maklumat tepat pada masa cetakan. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman web sekolah.

* Lokasi sementara

SEKOLAH ALAMAT KAWASAN HALAMAN

Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Kampus Sekolah AWWA 2*

7 Fernvale Road S797635(Co-sharing space at MINDS – Fernvale Gardens School)

Timur Laut -

Sekolah Eden 101 Bukit Batok West Ave 3 S659168

Barat 38

Sekolah Eden (Ang Mo Kio Kampus)*

2 Ang Mo Kio St 44 S569250 Timur Laut

Kampus Sekolah Pathlight 1

5 Ang Mo Kio Ave 10 S569739

Timur Laut 39

Kampus Sekolah Pathlight 2*

6 Ang Mo Kio St 44 S569253 Timur Laut

Pusat Rainbow – Sekolah Yishun Park (Woodlands)*

11 Marsiling Lane S739148 Utara 42

Sekolah Autisme St. Andrews

1 Elliott Road S458686 Timur 40

Kurang Upaya Pelbagai dan ASD

Sekolah AWWA 11 Lorong Napiri S547532 Timur Laut 41

Pusat Rainbow – Sekolah Margaret Drive

501 Margaret Drive S149306 Tengah 42

Pusat Rainbow – Sekolah Yishun Park

15 Yishun St 61 S768548 Utara

Kurang Upaya Berpelbagai

Sekolah Bersekutu Palsi Serebrum Singapura

65 Pasir Ris Drive 1 S519529 Timur 44

SEKOLAH ALAMAT KAWASAN HALAMAN

Gangguan Deria

Sekolah Canossian 1 Sallim Road S387621 Tengah 28

Sekolah Lighthouse 51 Toa Payoh Rise S298106 Tengah 29

ID Ringan (Termasuk para pelajar yang mempunyai ASD)

Sekolah Chaoyang 10 Ang Mo Kio St 54 S569184 Timur Laut 30

Sekolah Katong 900 New Upper Changi Road S467354

Timur 31

Sekolah Tanglin 143 Alexandra Road S159924 Tengah 32

Sekolah Menengah Delta

3 Choa Chu Kang Grove S688237

Barat 33

Sekolah Grace Orchard

6A Jurong West St 52 S649297

Barat 34

Sekolah Metta 30 Simei St 1 S529949 Timur 35

ID Sederhana hingga Parah (Termasuk pelajar dengan ASD)

MINDS – Sekolah Fernvale Gardens

7 Fernvale Road S797635 Timur Laut 36

MINDS – Sekolah Lee Kong Chian Gardens

802 Margaret Drive S149311 Tengah

MINDS – Sekolah Towner Gardens

1B Lengkong Lima S417557 Timur

MINDS – Sekolah Woodlands Gardens

30 Woodlands Ring Road #01-01 S737883

Utara

26 27

Page 16: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Sekolah Canossian memenuhi keperluan kanak-kanak antara tujuh hingga 14 tahun yang mengalami kehilangan pendengaran.

Sekolah ini menawarkan kuriklum peringkat sekolah rendah aliran utama dan mempersiap kanak-kanak untuk PSLE. Murid-murid melanjutkan pendidikan ke sekolah menengah aliran utama. Mereka yang tidak ditempatkan di sekolah menengah aliran utama akan ditempatkan di sekolah menengah khas. Para pelajar yang menunjukkan keupayaan bahasa boleh ditawarkan untuk mengambil Bahasa Ibunda.

Para pelajar di sekolah ini berkomunikas i dengan menggunakan pendekatan lisan. Melalui Program Inklusif yang dijalankan di sekolah bersama- sama dengan sekolah aliran utama yang bekerjasama dengan mereka, para pelajar berpeluang untuk berinteraksi setiap hari dengan rakan-rakan sebaya mereka yang

(65) 6749 8971 [email protected] http://www.canossian.edu.sg/

SEKOLAH CANOSSIAN(HILANG PENDENGARAN)CANOSSIAN SCHOOL

boleh mendengar untuk pembelajaran akademik mereka serta perkembangan kemahiran sosial yang sihat.

S e k o l a h i n i m e n a w a r k a n pelbagai kegiatan kokurikulum termasuk kem semalaman dan kembara ilmu ke luar negara untuk memberikan peluang kepada pelajar menyesuaikan diri dalam masyarakat. Untuk memberikan sokongan tambahan, sekolah ini mempunyai makmal audiologi yang lengkap dengan ahli audiologi di sekolah untuk menguruskan keperluan pendengaran semua pelajar.

Sekolah Lighthouse (LHS) memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan (VI) dan kanak-kanak yang kehilangan pendengaran (HL), antara tujuh hingga 18 tahun.

Program Aliran UtamaDi LHS, pelajar yang boleh mengikuti Program Aliran Utama mengikuti Kurikulum Sekolah Rendah Nasional24. Pada akhir Darjah 6, pelajar akan mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Selepas lulus PSLE, mereka akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang ditetapkan untuk meneruskan pendidikan menengah mereka.

Program Pendidikan KhasLHS juga menawarkan pendidikan khas kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti kurikulum aliran utama. Sekolah ini memenuhi keperluan unik dan berbilang aspek yang dimiliki setiap pelajar yang mempunyai VI atau HL menerusi Rancangan Pendidikan Individu (IEP) dan kurikulum yang disesuaikan. Kurikulum ini termasuk keupayaan memahami konsep nombor, literasi, sains, kemahiran motor, kemahiran kehidupan harian, seni,

(65) 6250 3755 [email protected] http://www.lighthouse.edu.sg/

SEKOLAH LIGHTHOUSE(HILANG PENDENGARAN ATAU KETAKDAYAAN PENGLIHATAN)LIGHTHOUSE SCHOOL

pendidikan jasmani, latihan kemahiran vokasional, pembelajaran sosio-emosi, orientasi & mobiliti (VI) dan bahasa isyarat (HL).

� Sokongan Pembelajaran untuk para pelajar dengan VI:Para pelajar yang mempunyai tahap penglihatan yang rendah disediakan alat bantuan khas seperti kanta pembesar mata dan pegangan tangan. Pelajar yang buta sepenuhnya akan menerima arahan khas dalam bentuk braille dengan menggunakan peralatan khas seperti Perkins Brailler, Braille Notetaker, perisian Screen Reader, Crammer Abacus dan kalkulator Saintifik bersuara.

� Sokongan Pembelajaran untuk para pelajar dengan HL:Bagi pelajar yang mengalami kehilangan pendengaran, kaedah pengajaran ialah Bahasa Isyarat Singapura (SGSL), yang dikenali secara sosial dan digunakan dalam kalangan masyarakat yang menggunakan bahasa isyarat di Singapura. Para pelajar dengan HL dilibatkan dalam pelajaran interaktif melalui penggunaan papan SMART dan iPad.

24 Berkuat kuasa dari tahun 2018, kumpulan Darjah 1 dan seterusnya, hanya kurikulum yang disesuaikan ditawarkan untuk para pelajar yang Hilang Pendengaran.

GANGGUAN DERIA

28 29

Page 17: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

(TERMASUK PARA PELAJAR YANG MEMPUNYAI ASD)ID RINGAN

Sekolah APSN Chaoyang memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami kekurangan upaya intelek ringan dan autisme ringan antara usia tujuh hingga 12 tahun. Selepas tamat pengajian dari Sekolah APSN Chaoyang, pelajar akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah APSN Katong atau Sekolah APSN Tanglin untuk pendidikan sekolah menengah.

Sekolah APSN Chaoyang menawarkan dua program utama – Program Bersepadu untuk pelajar yang mempunyai keupayaan intelek ringan dan ASD dan Program Berstruktur ASD untuk pelajar ASD yang memerlukan struktur dan sokongan tambahan.

Bidang kurikulum termasuk Akademik Berfungsi (Literasi, Numerasi & Sains), Kemahiran Hidup (Kemahiran Hidup Berdikari & Bermasyarakat seperti Bantu Diri, Kecekapan Sosial, Ekonomi Rumah tangga, Hubungan yang Sihat

(65) 6456 6922 [email protected] http://www.apsn.org.sg/schools/chaoyang-school/

SEKOLAH CHAOYANGCHAOYANG SCHOOL

& Selamat), Seni Visual dan Pendidikan Jasmani.

Sekolah ini juga memanfaatkan Kegiatan kokurikulum (CCA) dan Pendidikan Perwatakan & Kewarganegaraan (CCE) untuk menyampaikan pendidikan yang holistik dan menyeluruh kepada semua. Terdapat juga penggunaan ICT yang meluas untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang kurikulum.

Sekolah APSN Katong memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya intelek (MID) dan autisme ringan antara tujuh hingga 16 tahun. Sekolah ini merupakan satu-satunya Sekolah APSN yang mengendalikan kurikulum Sekolah Rendah (tujuh hingga 12 tahun) dan Sekolah Menengah (13 hingga 16 tahun).

Sekolah APSN Katong menawarkan dua program – Program Umum MID dan Program Berstruktur ASD (peringkat sekolah rendah sahaja). Program Berstruktur ASD adalah untuk mempersiapkan pelajar bagi peralihan yang sempurna ke dalam Program MID.

Bidang kurikulum terdiri daripada Akademik Fungsional, Kemahiran Sosio-Emosi dan Kemahiran Kehidupan Harian, Pendidikan Jasmani dan Sukan, Seni Visual dan Persembahan dan Pendidikan Vokasional. Pendidikan Perwatakan & Kewarganegaraan diselitkan dalam Bidang Pembelajaran dan CCA. ICT memainkan peranan pemerkasa dalam mempertingkat pembelajaran para pelajar. Sekolah APSN Katong menyampaikan Pendidikan Holistik dan Berpusatkan Pelajar di samping memupuk kerjasama masyarakat yang kukuh dalam menyokong pengalaman pendidikan yang bermakna untuk para pelajar.

SEKOLAH KATONGKATONG SCHOOL

(65) 6445 8027 [email protected] http://www.apsn.org.sg/schools/katong-school/

30 31

Page 18: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Sekolah APSN Tanglin memenuhi keperluan pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang mempunyai kekurangan upaya intelek ringan dan pada masa yang sama keterbatasan yang ketara dalam tingkah laku adaptif seperti yang ditunjukkan dalam kemahiran adaptif konseptual, sosial dan praktikal.

Kurikulum di Sekolah APSN Tanglin bertujuan untuk melibatkan para pelajar dalam pembelajaran sepanjang hayat dan menjalani kehidupan berdikari di samping menjadi penyumbang aktif dalam masyarakat. Kurikulum yang holistik dan berpusatkan pelajar ini merangkumi Literasi, Numerasi, Sains, Pendidikan Vokasional, Bimbingan Vokasional, Pembelajaran Sosial Emosi, Pendidikan Jasmani dan Seni.

Pendidikan Vokasional di Sekolah APSN Tanglin membolehkan para pelajar bersedia untuk bekerja dalam bidang (1) Makanan & Minuman, (2) Perkhidmatan Hotel & Penginapan, (3) Hortikultur dan (4) Operasi Runcit. Program Pendedahan Dunia Pekerjaan dan Pengalaman Kerja merupakan sebahagian daripada Pendidikan Vokasional.

Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) merupakan pemerkasa utama untuk memperkaya pengajaran dan

SEKOLAH TANGLINTANGLIN SCHOOL

(65) 6475 1511 [email protected] http://www.apsn.org.sg/schools/tanglin-school/

pembelajaran serta memperluas pengalaman pembelajaran di luar sekolah, ke dalam rumah dan masyarakat untuk mencapai hasil SPED bagi kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan dalam abad ke-21.

Pendidikan Perwatakan & Ke w a r g a n e g a r a a n (C C E ) menetapkan asas bag i pendidikan berasaskan nilai yang mendasari semua bidang pembelajaran yang mana pelajar akan dipupuk dengan perwatakan bermoral yang konsisten dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab secara sosial.

Sekolah Menengah APSN Delta ialah sekolah posmenengah yang menawarkan latihan vokasional kepada pelajar berusia antara 17 hingga 21 tahun yang mengalami kekurangan upaya intelek ringan. Oleh sebab para pelajar ini berada di fasa terakhir persekolahan di APSN sebelum mereka beralih dan berintegrasi ke dalam masyarakat, pihak sekolah memudahkan peralihan pelajar dari sekolah ke masyarakat agar para pelajar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.

Sekolah ini menawarkan program vokasional berasaskan kecekapan, menyediakan kemahiran industri yang luas dan pengetahuan praktikal yang menuju ke arah pensijilan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ). Terdapat empat bidang pengkhususan vokasional di Sekolah Tinggi APSN Delta: (1) Perkhidmatan Makanan, (2) Perkhidmatan Hotel & Penginapan, (3) Hortikultur dan (4) Operasi Runcit. Program ini merangkumi kemahiran asas seperti kemahiran daya kerja di bawah rangka kerja WSQ (contohnya, literasi dan numerasi di tempat kerja, berkomunikasi dan berhubung secara berkesan di tempat kerja, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, keberkesanan peribadi, teknologi maklumat dan komunikasi asas, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dan kemahiran industri

SEKOLAH MENENGAH DELTADELTA SENIOR SCHOOL

(65) 6276 3818 [email protected] http://www.apsn.org.sg/schools/delta-senior-school/

tertentu). Program ini melengkapkan para pelajar untuk melaksanakan pekerjaan tertentu dengan baik dalam pelbagai industri seperti makanan dan minuman, hospitaliti, landskap dan runcit.

Sekolah Menengah APSN Delta merupakan sebuah Pertubuhan Latihan yang Diluluskan (ATO) oleh SkillsFuture Singapore (SSG) sejak tahun 2008.

32 33

Page 19: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Sekolah Grace Orchard menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak kurang upaya intelek ringan (MID) dan kanak-kanak autisme ringan dan MID. Kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 18 tahun.

Sekolah ini menawarkan dua program – program untuk kanak-kanak MID dan program untuk kanak-kanak ASD. Terdapat juga proses integrasi ASD-MID berstruktur yang membolehkan pelajar autisme yang berupaya mengikuti persekitaran pengajaran secara berkumpulan untuk beralih ke program MID dengan lancar.

Kurikulum berasaskan nilai ditawarkan dalam dua peringkat yang berbeza di sekolah:

� Peringkat Sekolah Rendah (7-12 tahun) Dalam peringkat Sekolah Rendah, kemahiran asas dibina dalam bidang pembelajaran Sosio- Emosi, Akademik (Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), Kehidupan Harian, Seni dan Pendidikan Jasmani menerusi penggunaan strategi berasaskan bukti.

� Peringkat S (13-18 tahun) Dalam peringkat Sekolah Menengah, kemahiran asas dikembangkan untuk mempersiapkan pelajar dalam kemahiran pravokasional

SEKOLAH GRACE ORCHARDGRACE ORCHARD SCHOOL

(65) 6561 9128 [email protected] http://www.go.edu.sg/

Sekolah Metta memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya intelek ringan (MID) dan/atau autisme ringan. Kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 21 tahun.Sekolah ini menawarkan program-program yang berikut:

SEKOLAH METTAMETTA SCHOOL

(65) 6788 5800 [email protected] http://www.mettaschool.edu.sg/

Kerja yang berstruktur, Latihan Bersepadu dalam Pengemasan Bilik, Penyediaan Makanan dan Membuat Roti dan Kek untuk melengkapkan mereka dengan kemahiranvokasional asas.

� Program Vokasional (V)Program V menyediakan latihan yangmenuju ke arah sijil vokasional untukpelajar berusia antara 17 hingga 21tahun. Program menawarkan program ISC yang telah mantap dalam Pengemasan Bilik, Membuat Roti dan Kek & Penyediaan Makanan melalui latihan selepas kerja dan latihan sambil bekerja. Dengan keputusan yang memuaskan, pelajar boleh meneruskan kursus ISC sebanyak empat modul dalam Amalan Membuat Roti dan Kek danPerkhidmatan Hospitaliti. Setelah berjaya menamatkan pengajian danmemenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, mereka boleh memohonuntuk menyertai program NITEC yangberkaitan di ITE.

� Program Laluan Pekerjaan (EPP):EPP yang juga dikenali sebagaiProgram Peralihan Sekolah-ke-Tempat Kerja (S2W) memenuhikeperluan pelajar antara 17 hingga 18 tahun yang tidak mengikuti kursuspensijilan vokasional. Pelajar EPP menjalani latihan vokasional seperti modul WSQ, Kursus Makanan danKebersihan, ujian pekerjaan danlatihan sambil bekerja untukmembantu peralihan yang lancar dari sekolah ke tempat kerja.

� Program ASD (A):Program A memenuhi keperluan pembelajaran dan perkembangan pelajar autisme antara tujuh hingga 18 tahun. Saiz kelas lebih kecil. Program ini bertujuan untuk membangunkan dan meningkatkan kemahiran hidup dan kemahiran sosial pelajar. Latihan kemahiran pravokasional asas ditawarkan untuk meningkatkan kesediaan untuk bekerja bagi kelas-kelas di peringkat menengah.

� Program Asas (B)Program B memenuhi keperluan pelajar MID antara usia tujuh hingga 12 tahun. Program ini bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan asas yang baik dalam bidang seperti literasi dan numerasi, komunikasi interpersonal, serta kemahiran pengurusan diri.

� Program Kerjaya (C)Program C memenuhi keperluanpelajar berusia antara 13 hingga16 tahun. Selain modul Literasi danNumerasi di Tempat Kerja, para pelajar menjalani Pendedahan

seperti bimbingan kerjaya dan kemahiran kesediaan bekerja yang diperlukan untuk kehidupan selepas sekolah.

Rangka kerja Reka Bentuk Sejagat bagi Pembelajaran (UDL) digunakan untuk merancang semua pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kegiatan kokurikulum ditawarkan kepada semua pelajar semasa waktu kurikulum dalam bidang-bidang yang berikut: Sukan, Seni Persembahan, Kumpulan Seragam dan Kelab. Kem, Darmawisata dan projek-projek Nilai dalam Tindakan diadakan pada setiap tahun untuk mengukuhkan pengajaran secara eksplisit dengan nilai-nilai sekolah.

Program Penjagaan Pastoral melibatkan para belia dalam kegiatan selepas sekolah yang bermakna dan selamat yang biasanya diadakan dalam ruang yang direka khas yang dikenali sebagai ‘Hab Belia’.

34 35

Page 20: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

(TERMASUK PELAJAR DENGAN ASD)

ID SEDERHANA

HINGGA PARAH

SEKOLAH MINDS

Sekolah khas MINDS menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak yang kekurangan upaya intelek berusia antara tujuh hingga 18 tahun, termasuk kanak-kanak yang didiagnosis menghidap gangguan spektrum autisme

Sekolah ini menawarkan program yang berikut:

1 Program Peringkat Rendah (tujuh hingga 12 tahun)

2 Program Peringkat Menengah (13 hingga 18 tahun)

3 Program khas (di semua peringkat usia untuk mereka yang memerlukan lebih banyak sokongan)

Kurikulum ini disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelajar individu dengan memberikan tumpuan untuk membantu mereka berfungsi dan mengintegrasi ke dalam masyarakat. Kurikulumnya termasuk:

� Bahasa Inggeris

� Matematik

� Pendidikan kesihatan

� Kemahiran kecekapan sosial

� Sains domestik

� Pendidikan jasmani

� Seni

� Sains

Program Peringkat Menengah juga merangkumi persiapan vokasional dengan latihan industri untuk peralihan ke perkhidmatan selepas sekolah (S2W). Pelajar peringkat menengah menjalani latihan vokasional seperti mencapai SOA di bawah modul WSQ dalam Makanan dan Kebersihan, Pembersihan Lantai Keras dan Pembersihan Tandas Tahap Asas.

Program Khas ini adalah untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang mencabar atau mempunyai keprihatinan tambahan yang boleh menjejas keupayaan mereka untuk belajar. Program ini memberikan penekanan kepada pembelajaran kemahiran hidup berdikari asas.

Di samping itu, sekolah ini menawarkan pelbagai kegiatan kokurikulum dan pengayaan termasuk kumpulan seragam, sukan, teknologi maklumat dan komunikasi dan seni. Sekolah ini juga menganjurkan aktiviti modular seperti kembara ilmu, memanjat tembok batu dan perkhemahan.

Sekolah Tel dan Emel

Sekolah Fernvale Gardens Fernvale Gardens School

(65) 6481 6697 [email protected]

Sekolah Lee Kong ChianLee Kong Chian Gardens School

(65) 6473 8332 [email protected]

Sekolah Towner GardensTowner Gardens School

(65) 6446 2612 [email protected]

Sekolah Woodlands GardensWoodlands Gardens School

(65) 6468 0566 [email protected]

http://www.minds.org.sg/SPED.html

36 37

Page 21: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Sekolah Eden menyediakan pendidikan mesra autisme untuk kanak-kanak autisme berusia antara tujuh hingga 18 tahun yang boleh meraih manfaat daripada laluan kemahiran hidup atau vokasional.

Sekolah ini bertujuan untuk menyampaikan kurikulum seimbang dalam persekitaran yang sebenar dan berstruktur yang menggalakkan pentingnya rasa harga diri, makna dalam hidup dan berdikari. Bidang kurikulum termasuk tata kerja, pengurusan diri, komunikasi berfungsi, kemahiran sosial, akademik berfungsi, ICT dan kemahiran vokasional. Pengajaran kemahiran insaniah yang kritikal seperti kualiti, stamina, kebersihan dan keselamatan, diselitkan dalam kurikulum.

Pengajaran dibezakan untuk memenuhi keperluan pembelajaran setiap pelajar. Kegiatan kokurikular disesuaikan untuk membangunkan minat dan kebolehan pelajar, termasuk juga peluang bagi

pengalaman pembelajaran di dalam dan di luar negara.

SEKOLAH EDENEDEN SCHOOL

(65) 6265 7400 [email protected] http://www.edenschool.edu.sg/

Sekolah Pathlight merupakan sekolah yang memberikan fokus kepada kanak-kanak autisme, menawarkan kurikulum akademik aliran utama bersama dengan kemahiran kesediaan hidup. Kurikulum asas sekolah ini ialah kurikulum sekolah aliran utama Singapura (yang menuju ke arah kelayakan PSLE, GCE Peringkat ‘O’ dan ‘N’). Semua pelajar di Pathlight dikecualikan daripada mengambil Bahasa Ibunda.

Sekolah ini memenuhi keperluan kanak-kanak autisme berusia antara tujuh hingga 18 tahun yang secara kognitif berupaya mengikuti pendidikan akademik aliran utama dalam persekitaran kumpulan berstruktur seramai lapan hingga 12 orang pelajar. Selain mata pelajaran akademik biasa, sekolah ini juga menawarkan kurikulum bukan akademik. Kurikulum ini termasuk kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran kehidupan harian, tabiat kerja, pengurusan emosi, pendidikan moral dan pendidikan jasmani. Semua pelajar juga didedahkan kepada kursus IT & Reka bentuk terkini serta pengetahuan dan kemahiran ICT yang relevan bagi mempersiapkan mereka untuk era digital.

SEKOLAH PATHLIGHTPATHLIGHT SCHOOL

(65) 6592 8925 [email protected] http://www.pathlight.org.sg/

Pathlight mengamalkan model Kerjasama Satelit yang disokong oleh MOE untuk sekolah menengah mereka. Model ini menggalakkan empat peringkat integrasi: fizikal, akademik, sosial dan profesional.

Semua pelajar sekolah menengah Pathlight tidak mempunyai bilik darjah tetap di Pathlight. Mereka menghadiri kelas yang diajarkan oleh guru-guru Pathlight di Sekolah Kerjasama Satelit setiap hari dan berpeluang untuk berinteraksi secara sosial dengan pelajar sekolah aliran utama semasa waktu rehat dan dalam kelas atau acara sekolah yang terpilih. Bagi mereka yang bersedia, mereka boleh menyertai kelas aliran utama bagi mata pelajaran tertentu.

Model ini memastikan integrasi yang bertujuan dan bersesuaian dan membolehkan para pelajar Pathlight mengaplikasikan pembelajaran kemahiran sosial di bilik darjah ke dunia nyata. Model ini juga menyumbang kepada pembinaan kesedaran dalam kalangan masyarakat aliran utama tentang orang yang mempunyai autisme dan ke arah masyarakat yang lebih inklusif.

GANGGUAN SPEKTRUM AUTISME (ASD)

38 39

Page 22: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Sekolah Autisme St. Andrew memenuhi keperluan individu autisme yang berusia antara tujuh hingga 18 tahun dan boleh menyesuaikan diri dan belajar dalam saiz kelas yang kecil dengan persekitaran yang berstruktur.

Minat dan keperluan para pelajar dipenuhi melalui kurikulum yang disesuaikan yang menekankan komunikasi, literasi dan numerasi fungsional, kemahiran kehidupan harian, pembelajaran sosio-emosi dan kemahiran vokasional. Para pelajar berpeluang menyertai program yang diusahakan oleh masyarakat dan program kerjasama dengan rakan kongsi luar yang akan mempertingkat lagi kemahiran komunikasi dan interaksi sosial mereka.

Bidang pembelajaran dilengkapi dengan program-program seni ekspresif (seni, tarian, muzik) dan pendidikan jasmani adaptif, serta Kegiatan Kokurikulum untuk mempertingkat perkembangan holistik para pelajar. Pendidikan Perwatakan & Kewarganegaraan dan Teknologi Komunikasi Maklumat disepadukan dalam semua bidang pembelajaran untuk memaksimumkan hasil pembelajaran. Dalam pembelajaran bersama masyarakat, pelajar mengamalkan pembelajaran akademik fungsional, kemahiran sosial dan komunikasi serta memperolehkemahiran umum dan keyakinan

SEKOLAH AUTISME ST. ANDREWSST. ANDREW’S AUTISM SCHOOL

(65) 6517 3800 [email protected] http://www.saac.org.sg/

bagi memupuk semangat berdikari,autonomi dan harga diri.

Semua pelajar akan menjalani rancangan peralihan yang berstruktur bermula pada usia 13 tahun untuk persiapan yang secukupnya agar mereka dapat menjalani kehidupan yang baik selepas usia 18 tahun. Program peralihan Sekolah-ke-Tempat Kerja (S2W), dengan kerjasama MOE, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan SG Enable, menawarkan lebih banyak latihan dan sokongan untuk para belia yang mampu bekerja. Terapi pekerjaan, pertuturan dan muzik menangani keperluan deria dan pengawalan pelajar sejajar dengan matlamat pendidikanindividu mereka. Ahli psikologi menawarkan sokongan profesionaldalam meningkatkan pembelajaranpelajar. Bimbingan dan sokongandisediakan untuk ahli keluargadan penjaga menerusi penjagaanpastoral dan latihan dalam kemahiran sokongan autisme oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan pekerja sosial dengan ahli psikologi. Masyarakat terlibat melalui program-program yang mengajak para sukarelawan bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang autisme dalam masyarakat.

KURANG UPAYA

PELBAGAI DAN

ASD

Sekolah AWWA menyediakan pendidikan khas kepada para pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun dengan kekurangan upaya pelbagai dan pelajar dengan autisme.

Selain kurikulum akademik berstruktur dan bukan akademik dan program CCA, sekolah ini sentiasa meneroka peluang bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mendedahkan pelajar mereka kepada platform yang berbeza dalam masyarakat yang boleh disertai oleh mereka dan meraih pengalaman pembelajaran yang lebih menarik. Ini membolehkan pelajar membina serta mengamalkan dan menyesuaikan kemahiran yang dipelajari. Sekolah AWWA bertujuan untuk memaksimumkan potensi para pelajar mereka untuk menjalani kehidupan yang berdikari dan mempunyai harga diri yang tinggi.

Sekolah AWWA memulakan Program Peralihan Sekolah-ke-Tempat Kerja (S2W) pada tahun 2017 untuk

menyediakan sokongan yang kuat kepada pelajar mereka untuk beralih ke tempat kerja dengan lancar. Lantas, ini meningkatkan peluang hasil selepas sekolah yang positif untuk pelajar dan keluarga mereka.

(65) 6511 5280 [email protected] http://www.awwa.org.sg

SEKOLAH AWWAAWWA SCHOOL

40 41

Page 23: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

PUSAT RAINBOW SEKOLAHRAINBOW CENTRE SCHOOLS

Pusat Rainbow (RC) menawarkan pendidikan yang dapat menjangkaui kekurangan upaya para pelajar mereka, menyepadukan kegiatan kokurikulum dan perkhidmatan terapeutik ke dalam kurikulum utama mereka.

Kurikulum RC memberikan tumpuan kepada:

� Kehidupan Harian

� Pembelajaran Sosio-Emosi

� Bahasa dan Komunikasi

� Numerasi

� Pembangunan Fizikal

� Vokasional

Sekolah-sekolah ini menawarkan Pendedahan Dalam Kurikulum (ICE) dan kegiatan kokurikulum yang mendedahkan pelajar kepada pelbagai kumpulan riadah dan minat termasuk kepimpinan pelajar, sukan, seni, dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Mereka mengajarkan nilai-nilai kepada para pelajar untuk membimbing mereka supaya menjadi penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

Sekolah-sekolah RC juga menyediakan khidmat kepada keluarga pelajar, seperti:

� Pusat Penjagaan Pelajar Khas untuk penjagaan selepas/sebelum sekolah

� Khidmat Kehidupan Keluarga ya ng ma na p e ke r ja sos ia l m e nye d i a k a n p e r a n c a n g a n penjagaan dan pembangunan keupayaan berpusatkan murid bagi mereka yang terlibat dalam menyokong orang kurang upaya dan menyokong serta membina masyarakat yang lebih inklusif.

� Program Memperkasa Keluarga merupakan sebuah program berasaskan kekuatan, berpandukan keluarga yang bertujuan menstabilkan krisis yang melengkapkan ibu bapa/penjaga dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus tingkah laku yang mencabar dan/atau agresif yang tidak dapat diselesaikan serta tingkah laku yang berkemungkinan timbul pada masa hadapan. Penjaga juga dimaklumkan tentang sumber-sumber dan sokongan yang terdapat dalam masyarakat.

Sekolah Tel dan Emel

Margaret Drive (65) 6472 7077 [email protected]

Yishun Park (65) 6482 2592 [email protected]

Yishun Park (Woodlands) (65) 6817 9300 [email protected]

http://www.rainbowcentre.org.sg/

42 43

Page 24: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

KURANG UPAYA

BERBILANG

(65) 6585 5634 [email protected] http://www.cpas.org.sg/

SEKOLAH BERSEKUTU PALSISEREBRUM SINGAPURACEREBRAL PALSY ALLIANCESINGAPORE (CPAS) SCHOOL

Sekolah CPAS dikendalikan oleh Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS) dan menawarkan Kurikulum SPED seperti yang disyorkan oleh MOE. Sekolah CPAS memenuhi keperluan kanak-kanak dengan palsi serebrum dan kurang upaya pelbagai (kecuali Gangguan Spektrum Autisme). Ramai pelajar menghadapi cabaran dalam pergerakan, postur tubuh dan perkembangan dan tidak dapat meraih manfaat daripada pendidikan aliran utama. Para pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun.

Latihan pravokasional disediakan bagi kanak-kanak terpilih yang berusia 13 tahun dan ke atas dengan fungsi motor dan kognitif sederhana hingga baik, mempersiapkan mereka untuk pekerjaan yang terlindung atau terbuka pada masa akan datang. Program Peralihan Sekolah-ke-Tempat Kerja (S2W) ditawarkan kepada pelajar yang berpotensi untuk bekerja dengan menyesuaikan laluan latihan dan pilihan kerja yang sesuai untuk mereka. Kegiatan kokurikulum (CCA) disediakan bagi para pelajar untuk membina kemahiran dan keyakinan mereka atau untuk memperoleh pembelajaran amali. Terdapat juga Program Pelibatan Masyarakat, Program Kepimpinan Pelajar dan Program Kembara Ilmu untuk para pelajar bagi menyediakan pendidikan holistik.

Pendekatan Merentasi Disiplin (Trans-D) telah diterima pakai dan bertujuan untuk mempertingkat pembangunan holistik dan menyeluruh dalam kalangan pelajar dengan mengamalkan pandangan umum tentang keperluan pendidikan. Pendekatan ini merupakan komitmen yang dipersetujui bagi perancangan dan pelaksanaan yang konsisten dan bersepadu. Pendekatan ini juga menyediakan lebih banyak peluang untuk para guru dan Ahli Profesional Kesihatan Bersekutu (AHP) bertukar pengetahuan dan kemahiran secara profesional.

Sekolah ini menyesuaikan kurikulum untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak, yang meliputi enam bidang dalam pendidikan akademik, vokasional, kehidupan harian, pendidikan jasmani, seni dan sosial dan emosi.

Program-program yang berikut ditawarkan di Sekolah CPAS:

1 Program Sokongan Tinggi(pelajar yang memerlukan sokongan sederhana hingga tinggi)

2 Program Fungsional (pelajar yang memerlukan sokongan ringan hingga sederhana)

3 Program Akademik (pelajar yang memerlukan sokongan ringan, tahap kognitif yang sesuai dan yang memaparkan keupayaan untuk menangani tuntutan kurikulum aliran utama yang menuju ke arah Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah, PSLE)

44 45

Page 25: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

MEMOHON TEMPAT DI SEKOLAH

Sebaik sahaja anda mengenal pasti sekolah yang paling sesuai untuk keperluan anak anda, anda

boleh membuat pendaftaran di sekolah tersebut.

3

SPED SCHOOL

DAPATKAN BUTIR-BUTIR PROSES PERMOHONAN

25 https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration26 https://www.moe.gov.sg/education/special-education/how-do-i-apply-for-a-place-in-the-

school-for-my-child#Application-to-SPED-Schools

Sekiranya anak anda boleh mendapat sokongan yang lebih baik di sekolah aliran

utama, sertailah

ProsesPermohonan

Sekolah SPED26

Sekiranya anak anda boleh mendapat sokongan yang lebih baik di sekolah SPED,

dapatkan butir-butir

Latihan PendaftaranDarjah Satu25

MAINSTREAMSCHOOL

46 47

Page 26: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Untuk memohon sekolah SPED, sila muat turun Borang Permohonan Sekolah SPED27 dari

https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/special-education/files/sped-school-application-form.doc

SEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN

PENTING

https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/required-documents-for-primary-one-registration-exercise

SekolahAliran Utama

SekolahSPED

Semasa melengkapkan borang, sila rujuk kepada panduan pengguna yang disertakan di

https://www.moe.gov.sg/docs/default-source/document/education/special-education/files/user-guide.pdf

Untuk memohon sekolah aliran utama, sila pastikan anda menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang tersenarai di

27 Ini borang standard yang perlu dilengkapkan untuk semua kanak-kanak yang memohon ke sebarang sekolah SPED yang dibiayai MOE dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

MAINSTREAMSCHOOL

SPED SCHOOL

MAINSTREAMSCHOOL

Agensi rujukanboleh membantu anda melengkapkan borangdan menyerahkannyakepada sekolah SPEDyang berkenaan.

Permohonan hanya boleh diproses jika semua dokumen yang diperlukan diterima dengan sempurna. Maklumat yang tertinggal atau tidak tepat boleh menyebabkan permohonan anda lewat diproses.

Untuk maklumat lanjut tentang kriteria atau proses kemasukan, sila lungsuri laman web sekolah SPED yang berkenaan.

AMBIL PERHATIAN TARIKH-TARIKH PENTING

Setelah anda menyenarai pendek sekolah-sekolah aliran utama untuk anak anda, periksa fasa pendaftaran28 kelayakan untuk anak anda dan tarikh untuk mendaftarkan anak anda.

28 https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/phases

Agensi-agensi rujukan termasuk:

� Sekolah-sekolah pemerintah dan sekolah bantuan pemerintah

� Sekolah-sekolah SPED

� Hospital pemerintah/hospital yang disusun semula

� Pusat-pusat EIPIC

� Ahli profesional swasta (yang pernah bekerja rapat dengan anak anda)

Sekolah Aliran Utama

48 49

Page 27: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Dapatkan penilaian untuk anak anda

Pastikan anak anda dinilai sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh tutup permohonan supaya semua dokumen dapat disediakan dalam masa yang ditetapkan.

Daftar anak anda di sekolah mengikut garis masa dalam Surat Tawaran untuk mengesahkan tempat.

Setiap sekolah SPED mempunyai tempoh pengambilan kemasukan pelajar yang berbeza; ada yang mungkin mempunyai lebih daripada satu pengambilan kemasukan pelajar setiap tahun.

Beberapa sekolah SPED mungkin mempunyai tarikh tutup kemasukan seawal setengah tahun pertama tahun tersebut, maka penting untuk memeriksa tarikh tutup awal.

Kunjungi rumah terbuka sekolah

Serahkan permohonan sebelum sekolah SPED

Daftarkan anak anda

Terima hasil permohonan

Dalam masa 6 bulanSecara minimum 6 bulan

Sebelum tarikh akhir yang tertera di Surat Tawaran

Sebaik sahaja anda menyenarai pendek sekolah-sekolah SPED untuk anak anda, anda boleh melungsuri lelaman web sekolah-sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sesetengah sekolah SPED menganjurkan Rumah Terbuka yang boleh dikunjungi oleh ibu bapa yang berminat..

Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting bagi Rumah Terbuka dan tarikh-tarikh tutup bagi permohonan dan pendaftaran.

SPED SCHOOL

Sementara menunggu pengesahan tempat

di sekolah SPED tersebut, anda harus terus bekerjasama

rapat dengan sekolah anak anda pada masa ini untuk menyokong

pembelajarannya.

Sekiranya sekolah SPED yang anda nyatakan dalam

borang permohonan tidak sesuai untuk anak anda, sekolah

SPED tersebut akan mendapatkan nasihat daripada Panel Penasihat

Berbilang Agensi (MAAP)29 MOE

untuk mengesyorkan sekolah SPED alternatif yang

dapat memenuhi keperluan

pembelajaran anak anda.

Hubungi sekolah atau agensi rujukan jika anda mempunyai

pertanyaan tentang permohonan anda.

29 Terdiri daripada ahli profesional dan profesional dari MOE, Kementerian Kesihatan (MOH), sekolah-sekolah SPED, dan NCSS

Sekolah-sekolah SPED

50 51

Page 28: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

MENYOKONG PERALIHAN ANAK ANDA

Pengalaman ke sekolah baharu, sama ada sekolah aliran utama atau sekolah SPED, menarik dan pada

masa yang sama boleh memberikan tekanan.

Sesetengah kanak-kanak mungkin mendapati pengalaman ini mencabar disebabkan banyak perubahan yang perlu dihadapi terutamanya mereka yang mempunyai SEN. Anda dan keluarga anda memainkan peranan penting dalam membantu anak anda menangani perubahan-

perubahan ini.

4

SPED SCHOOL

MAINSTREAM SCHOOL

Kerjasama yang kukuh antara rumah dengan sekolah anak anda pada masa ini dan sekolah yang baharu adalah penting bagi peralihan anak anda.

BEKERJA RAPAT DENGAN SEKOLAH PADA MASA INI DAN SEKOLAH BAHARU

Sebelum anak anda mendaftar di sekolah yang baharu, bincangkan dengan guru yang mengajar anak anda sekarang tentang cara-cara untuk membantunya bersiap sedia secara mental untuk peralihan ke sekolah baharu. Kekalkan komunikasi ini sepanjang proses peralihan untuk memastikan pemindahan yang lancar ke sekolah baharu.

Sekolah Pada Masa Ini

52 53

Page 29: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

MEMAHAMI SEKOLAH BAHARU

Hadiri program orientasi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang budaya dan amalan sekolah, peruntukan keperluan khas serta sebarang sokongan tambahan untuk membantu anak anda beralih dengan lancar.Temui guru-guru dan pendidik bersekutu/ahli profesional kesihatan anak anda untuk mengetahui tentang rutin (contohnya jadual kelas anak anda) dan program sekolah.

KONGSI MAKLUMAT TENTANG ANAK ANDA

Bersikap terbuka apabila berkongsi maklumat tentang anak anda supaya sekolah baharunya tahu cara untuk merancang dan memberikan sokongan kepadanya. Ini termasuk kebolehannya, kesukaran yang dihadapinya dan sokongan yang sedang/pernah diterimanya.

BERKOMUNIKASI SECARA KERAP

Kekalkan komunikasi terbuka (panggilan telefon, emel, mesyuarat) dengan kakitangan sekolah. Maklumkan kepada pihak sekolah cara yang terbaik untuk mereka bekerjasama dengan anda.

BEKERJASAMA UNTUK MEMASTIKAN SOKONGAN YANG BERKESAN

Bekerjasamalah dengan sekolah untuk memastikan ketekalan dalam pengajaran dan sokongan untuk anak anda di rumah dan juga di sekolah.

Setelah mendaftarkan anak anda di sekolah yang baharu, anda perlu bekerja rapat dengan sekolah baharu tersebut untuk menyokong peralihan anak anda.

1 MEMBIASAKAN ANAK ANDA DENGAN PERSEKITARAN

Anda boleh membantu anak anda menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baharu dengan membawanya melawat sekolah tersebut dan menghadiri program orientasi.

Anda juga boleh bercakap dengannya tentang rutin harian sekolah seperti acara menaikkan bendera, waktu rehat dan perhimpunan.

PERSIAPKAN ANAK ANDA UNTUK PERALIHAN

2 BANTU ANAK ANDA SESUAIKAN DIRI DENGAN SEKOLAH BAHARU

Anda boleh membantu anak anda menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baharu dengan:

� Mengajarkan anak anda beberapa tingkah laku yang sesuai dan dijangkakan (contohnya, mendengar dan mengikut arahan, memberi perhatian semasa waktu pelajaran, menjaga adab tangan dan kaki).

� Mengajarkan anak anda kemahiran penjagaan diri dan komunikasi asas (contohnya meminta bantuan, pergi ke tandas, cara untuk berkomunikasi tentang keperluan dan keinginan).

� Menetapkan rutin harian yang baik untuk anak anda (contohnya, menyiapkan beg sekolahnya sebelum tidur, tidur awal, mengambil sarapan yang sihat sebelum ke sekolah).

Sekolah Baharu

54 55

Page 30: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

3 BERIKAN GALAKAN KEPADA ANAK ANDA

Peralihan ke sekolah baharu mungkin sukar bagi anak anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda menggalakkannya supaya bersikap positif dan yakin untuk memasuki sekolah baharu.

� Bincangkan keprihatinan

Luangkan masa untuk membincangkan dan menangani sebarang keprihatinan yang mungkin anak anda rasakan mengenai peralihannya. Tunjukkan rasa empati kepada anak anda dan iktiraf emosinya (contohnya, tidak mengapa jika berasa gementar pada hari pertama persekolahan). Yakinkan anak anda bahawa dia boleh datang berjumpa anda atau guru-gurunya pada bila-bila masa sekiranya dia menghadapi sebarang masalah di sekolah.

� Bersikap positif

Berikanlah galakan positif melalui kata-kata dan tindakan dan berkongsi dengannya bahawa sekolah merupakan sebuah tempat yang menyeronokkan.

� Membina rasa teruja

Tanganilah kebimbangan anak anda tentang memulakan sekolah baharu dengan mengimbanginya dengan sesuatu yang disukainya.

Melibatkan anakanda dalam persiapan

untuk ke sekolah (contohnya, membeli

keperluan sekolah bersama-sama)

Berkongsi

cerita peribadi anda sendiri

ketika memulakan persekolahan

Menyenaraikan perkara-perkara yang anak anda

akan lalui di sekolah baharu (contohnya

membuat kawan baharu)

MAKLUMAT LANJUT: LALUAN-LALUAN PENDIDIKAN Yang berikut merupakan laluan yang boleh diambil oleh anak anda dalam perjalanan pendidikannya dari usia tujuh hingga 21 tahun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang laluan yang boleh diambil oleh anak anda, dapatkan nasihat ahli profesional yang mengurus anak anda atau sekolah anak anda.

5

SPED SCHOOL

MAINSTREAMSCHOOL

Anda boleh membuat anak anda rasa teruja dengan cara-cara yang berikut:

56 57

Page 31: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

Open / Supported Employment /

Leads to Vocational Certification

For students identified to be work capable

21

PSJC/CI Poly LHS

20

PSLE

19

No No NoYes

Yes Yes

WPLN Assessment Criteria

Mainstream Primary School

GraceOrchardSchool(GOS)

MettaSchool

Chaoyang School

KatongSchool

TanglinSchool

KatongSchool

1211109

16151413

87

Pathlight School

(PS)Lighthouse

School

ITE (Higher NITEC/NITEC/

ISC)

ITE

Adm

issi

onC

rite

ria

Tertiary Education or Open Employment

Canossian School

Age

PATHWAYS FOR EDUCATIONAL PLACEMENT OF STUDENTS WITH SEN

PRE-SCHOOL : Kindergarten / Childcare Centre / Infant Care / Early Intervention Programme / Child Development Unit / Hospitals & Private Agencies

Metta School

(ATC)-ISCSheltered Employment/ Day Activity Centre

St Andrew’sAutismSchool

EdenSchool

CerebralPalsy

AllianceSingapore

School

MINDSSchools

AWWASchool

Rainbow Centre Schools

LighthouseSchool(LHS)

PathlightSchool

(PS)SecondarySchool**

18

17Delta Senior

School

Delta Senior School

(ATO)-WSQ

MettaSchoolGOS

MountbattenVocational

School*(ATC)-ISC

O/N Level

Vocational Qualifications

A Level Diploma

Legend:ATC - Approved Training Centre • ATO - Approved Training Organisation • ISC - ITE Skills Certificate NITEC - National ITE Certificate • WPLN - Workplace Literacy and Numeracy • WSQ - Workforce SKills Qualification * Mountbatten Vocational School (ATC) - Eligibility applies

** Includes mainstream Government, Government-aided, Independent, Specialised Independent (School of the Arts, Singapore Sports School, NUS High School of Mathematics and Science, School of Science and Technology), and Specialised Schools (Northlight School, Assumption Pathway School, Crest and Spectra Secondary Schools) *** Students with ASD with comorbid ID may also apply to these schools

University

School-to-Work (S2W) Transition Programme

SENSORY IMPAIRMENT

2 SCHOOLS

AUTISM10 SCHOOLS

MILD INTELLECTUAL DISABILITY***6 SCHOOLS

MULTIPLE DISABILITIES

4 SCHOOLS

MODERATE-SEVERE

INTELLECTUAL DISABILITY***

4 SCHOOLS

Page 32: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

CATATAN

Page 33: SEKOLAH YANG MANA UNTUK ANAK SAYA?

51 Grange RoadSingapore 249564www.moe.gov.sg