sekolah vernakular

Upload: simon-achan

Post on 06-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SV

TRANSCRIPT

SISTEM SEKOLAH VERNAKULAR WAJAR DITAMATKANUtusan Malaysia 3 Disember 2008HarakahDaily.net

CadanganDatuk Mukhriz Mahathirsupaya sistem sekolah vernakular ditamatkan merupakan cadangan yang amat baik. Malah, bukan pertama kali cadangan seumpama itu dikemukakan.Penyata Razak 1956secara jelas mencadangkan supaya ditubuhkan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada pelajar daripada semua kaum.Dengan menutup sekolah pelbagai aliran, ini akan memberi ruang kepada sekolah kebangsaan yang sedia ada untuk membawa aspirasi cadangan ini.

Pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka melalui sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum.Pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan mereka mengadaptasi segala permasalahan yang timbul sesama mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di peringkat seawal sekolah rendah. Ini akan menjadi satu batu asas yang amat kukuh buat para pelajar yang melalui sistem satu sekolah untuk mencorak kehidupan bermasyarakat di masa hadapan dengan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.Namun saya berpandangan, untuk mengukuhkan lagi cadangan Datuk Mukhriz Mahathir, adalah amat besar keperluan untuk Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di dalam sistem ini. Ini termasuklah dengan menamatkan program PPSMI yang ternyata akan merosakkan usaha murni untuk membina kesatuan di kalangan para pelajar di dalam sistem satu sekolah. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang dapat dimanfaatkan sebagai bahasa perpaduan dan kesatuan di antara kaum.Tanpa menidakkan cadangan mewajibkan bahasa lain di dalam sistem satu sekolah untuk diajarkan kepada para pelajar berasaskan kaum mereka. Iaitu Bahasa Mandarin untuk kaum Cina dan Bahasa Tamil untuk kaum India.Sistem sekolah vernakular sememangnya merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada polarisasi kaum yang semakin tampak jelas di Malaysia pada hari ini. Seharusnya para pemimpin yang mewakili kaum-kaum masing-masing harus berasa gusar dengan perkembangan yang cukup mencemaskan ini. Tidak terhad kepada pimpinan di lapangan politik, pimpinan di lapangan ekonomi dan sosial juga harus maju ke hadapan memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini.Pandangan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arsyad bahawa perlu ada keazaman politik untuk merealisasikan objektif daripada cadangan Datuk Mukhriz Mahathir harus diberi pertimbangan mendalam oleh para pimpinan yang mewakili kaum masing-masing. Sekiranya benar kita semua serius untuk menangani masalah polarisasi kaum hari ini, para pimpinan kaum perlu secara tulus dan telus untuk mencapai persefahaman di dalam hal ini.Sekiranya para pimpinan kaum masing-masing asyik berkeras menuding jari tanpa bersedia duduk semeja secara serius untuk mencapai persefahaman, maka Malaysia sebenarnya sedang menuju fasa akhir kewujudan sesebuah negara selari dengan teori Ibnu Khaldun di dalam Kitab Mukaddimah karangannya.Saya optimis, sekiranya Malaysia masih punya pimpinan yang jujur dan berjiwa besar, masalah polarisasi kaum hari ini akan dapat diselesaikan dalam kadar yang segera. Seperti mana batu asas perpaduan kaum yang dibina oleh pimpinan kita di awal penubuhan Malaysia, kesediaan pimpinan hari ini untuk mengabaikan kepentingan yang bersifat rigid dan individualistik akan berhasil membina batu pengukuh perpaduan di Malaysia.Demi mencapai manfaat yang lebih besar dan berpanjangan di Malaysia, polarisasi kaum harus segera dihapuskan. Langkah awalnya adalah dengan bersetuju secara bersama untuk menamatkan sistem sekolah vernaklar ke arah sistem satu sekolah buat semua kaum di Malaysia.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi8:25 AMNo comments:FRIDAY, DECEMBER 26, 2008Contohilah JepunDari blog UniPTS:

Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa inggeris.Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri.Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita?Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun.Saya pernah terbaca bagaimana Jepun boleh maju dengan begitu cepat selepas zaman kejatuhannya. Raja mereka telah menghantar begitu ramai rakyatnya ke luar negara untuk memperoleh ilmu. Kemudian, golongan inilah yang telah menukarkan segala ilmu yang mereka perolehi kepada bahasa ibunda mereka dan mengajarnya kepada rakyat yang lain.Akhirnya rakyat Jepun hidup begitu maju dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Malah, rakyat asing yang ingin bekerja di tempat mereka juga mesti menguasai bahasa mereka. Jika hanya tahu berbahasa Inggeris pasti akan menghadapi masalah untuk mencari kerja di sana. Begitulah mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri.Walaupun keperluan menukarkan semula Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu, saya tetap merasakan bahasa Inggeris itu penting. Namun, bukan dengan cara seperti ini. Kita tidak boleh mengorbankan perkara lain untuk memudahkan perkara lain.Saya lihat PPSMI ini telah banyak mengorbankan Matematik dan Sains semata-mata untuk memajukan English. Adakah ini patut?Sebagai guru yang mengajar subjek ini, saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak lagi kerap bertanya dan berbincang di dalam kelas seperti dahulu. Malah, semakin ramai yang tidak dapat menguasai subjek ini walaupun pada topik-topik yang sangat senang.Saya merasakan pemilihan subjek sains dan matematik untuk meningkatkan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang silap. Kerana pelajar terbeban dengan dua perkara - memahami bahasa Inggeris dan memahami sains/matematik. Tetapi, jika kita tukarkan kepada subjek kemahiran - mungkin boleh. Ini cuma pandangan saya sahaja. Lagipun, beberapa tahun yang lalu, saya pernah mengajar lukisan dan IT dengan menggunakan bahasa Inggeris (sekadar untuk praktis sendiri) dan saya dapati pelajar saya dapat mengikuti kelas saya dengan baik. Keadaan tidak sama seperti semasa saya mengajar sains!Seperkara lagi, saya berasa cukup hairan apabila ramai pelajar saya yang mendapat A atau B dalam Sains UPSR, tetapi banyak perkara asas sains yang tidak diketahui oleh mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku semasa di zaman bahasa melayu dulu. Seolah-olah kualiti pelajar semakin menurun. Pada kebiasaannya, kita boleh menilai kemampuan menguasai sesuatu subjek dengan melihat keputusan mereka yang lalu (UPSR) walaupun ianya tidak semestinya begitu. Adakah ini yang kita mahukan?Saya berharap, pelbagai pihak dapat memikirkan semula pelaksanaan PPSMI ini dengan sebaiknya. Buatlah kajian lebih lanjut akan kesannya kepada anak bangsa kita sendiri dan kesannya kepada bahasa ibunda yang tercinta ini.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi7:01 AMNo comments:Dapat A tetapi tidak tahu konsep (hafalan)Al Bakri fil Muar30 Nov. 2008

Nak ulas tentang tajuk diatas. Keputusan UPSR sudah lama keluar baru sekarang nak buat ulasan. Bukannya apa, ana nak ikuti ulasan-ulasan dari blogger-blogger lain dan kerajaan.Ana baru sahaja tahu, ada sebuah sekolah yang prestasi yang boleh dikatakan amat cemerlang. Peningkatan pemahaman dan murid-murid yang mendapat 5A dalam lingkungan 10 - 20 orang. Tapi tahun ni nampak keputusan menunjukkan penurunan mendadak kurang dari sepuluh. Rasanya ada juga sekolah yang tidak ada langsung mendapat 5A.Kita ibubapa minta supaya kementerian menyiarkan statistik keputusan UPSR mengikut negeri dan daerah.Elok sangatlah kalau ditukar semula ke bahasa Melayu.Baca komen dibawah, ana ambil dari TKODari blog UniPTS:Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa Inggeris.Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri.Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita?Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun.Saya pernah terbaca bagaimana Jepun boleh maju dengan begitu cepat selepas zaman kejatuhannya. Raja mereka telah menghantar begitu ramai rakyatnya ke luar negara untuk memperoleh ilmu. Kemudian, golongan inilah yang telah menukarkan segala ilmu yang mereka perolehi kepada bahasa ibunda mereka dan mengajarnya kepada rakyat yang lain.Akhirnya rakyat Jepun hidup begitu maju dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Malah, rakyat asing yang ingin bekerja di tempat mereka juga mesti menguasai bahasa mereka. Jika hanya tahu berbahasa Inggeris pasti akan menghadapi masalah untuk mencari kerja di sana. Begitulah mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri.Walaupun keperluan menukarkan semula Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu, saya tetap merasakan bahasa Inggeris itu penting. Namun, bukan dengan cara seperti ini. Kita tidak boleh mengorbankan perkara lain untuk memudahkan perkara lain.Saya lihat PPSMI ini telah banyak mengorbankan Matematik dan Sains semata-mata untuk memajukan English. Adakah ini patut?Sebagai guru yang mengajar subjek ini, saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak lagi kerap bertanya dan berbincang di dalam kelas seperti dahulu. Malah, semakin ramai yang tidak dapat menguasai subjek ini walaupun pada topik-topik yang sangat senang.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi6:57 AMNo comments:Sains, Matematik, bahasa Inggeris: Anak murid terkorbanMasali Jan 20, 05 1:47pm

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah bagi matapelajaran Sains dan Matematik sudah menjangkau tahun ketiga. Banyak sudah maklumbalas yang kita terima sama ada positif atau sebaliknya. Bagi pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelajaran, P&P berbahasa Inggeris menampakkan peningkatan dan murid-murid tidak banyak menghadapi masalah. Kepada sebahagian besar ibu bapa, terutamadi luar bandar, keadaan ini membimbangkan mereka. Kebimbangan ini disebabkan ada ibu bapa tidak dapat membantu menyemak dan mengajar anak-anak mereka keranamereka sendiri tidak arif tentang mata pelajaran tersebut. Mereka amat ingin sekali membantu tetapi tidak berupaya.Bagi yang berkemampuan, mereka akan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, itupun jika ada di tempat mereka. Sekiranya tiada, maka terpaksalah si anak belajar sendiri bergantung kepada teks wajib dan bimbingan guru. Hal yang sama mungkin dihadapi oleh murid di SRJK (Cina/Tamil) dan SMK (Cina) yang juga dikehendaki menggunakankan bahasa Inggeris bagi P&P mata pelajaran Sains dan Matematik.Untuk melihat lebih jelas senario P&P berbahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah, ada baiknya saya lampirkan kebimbangan salah seorang guru yang menamakan dirinya Cikgu Komando yang terlibat dengan P&P Sains. Katanya: Polemik mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik amat merisaukan semua pihak, termasuk para guru dan ibu bapa. Sebagai seorang guru yang terlibat mengajar sains tingkatan satu, saya ingin memberikan pandangan terperinci berdasarkan pemeriksaan terhadap mutu jawapan pelajar dalam kertas soalan peperiksaan sebuah sekolahluar bandar. Untuk makluman, saya juga adalah salah seorang pemeriksa kertas bagi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Terdapat tiga kategori pelajar sebenarnya. Yang pertama; memang mahir dalam Bahasa Inggeris dan mahir konsep sains. Yang kedua: mahir konsep sains tetapi lemah Bahasa Inggeris ataupun mahir Bahasa Inggeris tetapi lemah konsep sains. Yang ketiga dan dominan: konsep sains lemah dan Bahasa Inggeris pun lemah. Saya tidaklah mempunyai kaedah canggih, laporan tesis dan penyelidikan peringkat tinggi untuk membuktikannya, seperti pihak kementerian Pendidikan; tetapi sekadar jujur dan ikhlas menyatakan yang benar dan tersurat berdasarkan pengalaman mengajar (tidak hanya duduk dalam pejabat dan melemparkan dasar dan pelbagai rumusan pendidikan untuk memuaskan hati orang atasan). Saya sukar untuk merumuskan kelemahan pelajar dari segi konsep sains mahupun bahasa kerana keadaan ini menjadi lebih parah dengan perlaksanaan bahasa asing. Ini terbukti dalam banyak ujian Kertas 2 sains yang dijalankan di sekolah:

a) Kebanyakan pelajar tidak mampu memahami arahan dan kehendak soalan. Jawapan mereka memang entah apa-apa. Soalan lain jawabnya lain.

b) Pelajar tidak mampu menghuraikan jawapan sepertimana yang dikehendaki dalam skema jawapan. Hanya yang betul-betul cerdik (kategori pertama) mampu.

c) Banyak ruang jawapan kosong (tak boleh jawab langsung) Apakah sebenarnya yang sedang kita lakukan kepada anak bangsa kita? Wajarkah masa depan mereka dieksperimenkan hanya untuk memastikan satu hipotesis iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mampu meningkatkan mutu pencapaian Bahasa Inggeris boleh diterima atau tidak? Kalau kita menunggu kejayaan anak didik pertama hasil dasar ini pada 2008, wajarkah kita meminggirkan ketidaktentuan yang berlaku pada anak-anak didik dari tahun 2002-2008? Mereka dijadikan bahan eksperimen dengan keputusan ujian dan peperiksaan yang menyedihkan. Siapa yang akan menanggung risiko daripada perubahan dasar ini? Pembuat dasar? Ibu bapa? Guru-guru? Atau murid-murid itu sendir i?

Bagaimanakah perasaan ibu bapa yang anak anak mereka dilaburkan untuk dileburkan oleh dasar ini. Apakah semua saintis, para doktor, jurutera dan ilmuwan Melayu masakini semuanya lahir hanya pada zaman bila sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris? Saya tidaklah terlalu fanatik dalam soal bahasa Melayu, cuma sekadar memikirkan kesan dan implikasi perlaksanaan dasar ini sekarang yang sedang membarah di kalangan anak-anak kita. Pergilah ke sekolah dan ambillah keputusan subjek Sains dan Matematik untuk dikaji kembali secara menyeluruh. Janganlah hanya ke sekolah di bandar dan sekolah terkemuka untuk melaksanakan kajian. Berlaku jujurlah. Semua ibu bapa yang menatap tulisan ini juga tahu mengenai prestasi anak mereka masing-masing dalam subjek ini. Biarlah kerugian wang berjuta-juta ini dihentikan sekarang demi memastikan anak-anak masakini dan akan datang, terbela.Yang sudah tu sudahlah..Jangan biarkan sampai lebih ramai lagi yang menjadi korban kerana perlaksanaan terburu-buru ini.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi1:54 AMNo comments:THURSDAY, DECEMBER 25, 2008Fokus PPSMI

Written by Super AdminThursday, 20 November 2008 20:46Peningkatan bilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan ukuran bagi menggambarkan pencapaian sebenar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebaliknya, ramai pihak berpendapat banyak faktor yang perlu diambil kira dan dikaji bagi menentukan pelaksanaan dasar itu perlu diteruskan atau sebaliknya. Antaranya tahap penguasaan pelajar khususnya di luar bandar yang jelas masih dibelenggu pelbagai kekurangan dan persekitaran sukar bagi menyokong penguasaan bahasa Inggeris mereka. Jurang pencapaian semakin melebar antara pelajar bandar dan luar bandar perlu diteliti, selain menilai keupayaan guru melaksanakan dasar itu.Profesor Diraja Ungku Aziz, berpendapat pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan pelajar.Sebaliknya, beliau mencadangkan pendekatan baru kaedah pengajaran dan pembelajaran dirangka bagi membolehkan pelajar menguasai dan menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris secara serentak. "Memastikan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar tidak harus diambil ringan kerana ia satu-satunya instrumen perpaduan paling berkesan diterapkan dalam sistem pendidikan, sekali gus dapat memastikan kelestarian pembangunan negara pada masa depan. "Pada masa sama, pelajar perlu digalakkan menguasai bahasa Inggeris supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan globalisasi. "Utamakan penguasaan pelajar dalam kedua-dua bahasa itu dulu, baru ia boleh dijadikan instrumen dalam PPSMI, sekali gus menggalakkan mereka meluaskan pembacaan dalam pelbagai bahasa untuk menambah ilmu, bukan sekadar lulus peperiksaan saja," katanya.Tokoh Akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, pula menegaskan kajian terperinci perlu dilaksanakan pihak terbabit dengan membuat perbandingan menyeluruh pencapaian UPSR pelajar di bandar dan luar bandar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Yang jelas, katanya, peningkatan prestasi pelajar bandar dalam UPSR khususnya mata pelajaran Sains dan Matematik sememangnya diakui kerana mereka lebih berupaya memanfaatkan pelbagai kemudahan serta maklumat dalam bahasa Inggeris sama ada melalui buku, internet atau media lain. "Namun, kejayaan segelintir pelajar di bandar atau daripada kumpulan elit tidak wajar dijadikan alasan untuk meneruskan dasar yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan bagi majoriti pelajar lain khususnya di luar bandar. "Jika dasar ini diteruskan, ia dilihat sebagai penyumbang ke arah keburukan bagi pengembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi di negara ini. "Malah, dasar itu secara terang-terangan menidakkan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi dalam keadaan negara kini menuju ke arah negara maju. "Kesannya, kita akan lihat bahasa Melayu akan terus ketinggalan dan akhirnya menyebabkan kematian bahasa kebangsaan itu sendiri," katanya. Seorang lagi tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata walaupun mencatat peningkatan memberangsangkan, peratusan pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris masih rendah dan kemungkinan kebanyakan pelajar terbabit dari kawasan bandar serta sudah biasa menggunakan bahasa antarabangsa itu dalam kehidupan harian. Justeru, katanya, punca lebih 60 peratus pelajar yang masih tidak menggunakan bahasa itu untuk menjawab soalan peperiksaan perlu dikaji, sekali gus mengenal pasti permasalahan dalam pelaksanaan dasar berkenaan. "Kajian saya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris, selain sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa antarabangsa itu, walaupun mereka mempelajari subjek berkenaan sejak 2003," katanya.Sumber : Berita HarianDicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi8:21 PMNo comments:Belum membanggakan

Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak boleh dirumuskan bahawa murid-murid sudah boleh menerima Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) keranajurangperbezaan mereka diluar bandardenganbandarmasih besar, demikian menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia Mohd Sabri Mohd Arshad.Katanya, sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. "Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, Melayu atau Inggeris, ini memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," katanya ketika dihubungi. Beliau juga yakin, peratusan murid yang menggunakan Bahasa Inggeris masih lagi tahap yang rendah bagaimanapun keputusan itu disambut baik.Dalam melaksanakan PPSMI, beliau menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain. "Sekarang ini pembelajaran BI untuk darjah satu hingga tiga hanya lapan waktu sahaja manakala empat hingga enam ada tujuh waktu sahaja, kelas ini perlu diperbanyakkan dan sukatan pula diperluaskan seperti mewujudkan kelas komunikasi dalam BI dan juga bahasa-bahasa lain termasuklah Bahasa Arab," katanya. Sabri juga melahirkan kebimbangan kerana guru-guru yang ada tidak diberi intensif untuk memantapkan Bahasa Inggeri mereka sedangkan ramai di kalangan mereka tidak boleh menguasai bahasa itu. "Guru-guru ini ada kemahiran tinggi dalam matematik dan sains tetapi mereka kurang menguasai Bahasa Inggeris, menyebabkan terpaksa mengajar dalam dua bahasa sekali gus ia membuang masa," katanya. Menurut kerajaan, UPSR kali ini membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid, walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A menurun tetapi murid mendapat 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. - mns_ Sumber :-harakahdaily.netDicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi5:01 PMNo comments:kemana hala tuju PPSMI selepas 2008...hai ....risau dan parah jugak....Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi4:41 PM1 comment:MetroKETIKA Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003, matlamatnya untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sejajar memenuhi permintaan global yang kian mencabar.Meskipun wujud polemik pada awal pengenalannya, semua pihak mengalu-alukan langkah itu.

Bagaimanapun, selepas enam tahun pelaksanaannya, ada suara yang mempertikaikan kewujudan PPSMI.Lebih menimbulkan konflik, apabila PPSMI dianggap satu pembaziran kerana keputusan kebanyakan pelajar terutamadi luar bandar kurang memberangsangkan.Natijahnya, ada pihak tertentu menyarankan PPSMI ditukar kepada sistem pembelajaran sebelum ini dalam bahasa Melayu.Persoalannya, adakah objektif PPSMI gagal? Adakah benar ia satu pembaziran dan wajar diberhentikan? Bagaimana pula dengan pelajar yang berjaya?Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan peningkatan pelajar menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, namun adapenurunan pelajar yang mendapat 5Adalam semua subjek.Kebanyakan mereka hanya mendapat 4A dan B atau C dalam subjek Matematik dan Sains.Jadi, rasionalkah keputusan UPSR ini dijadikan kayu pengukur untuk menilai reputasi PPSMI?Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata tidak perlu menunggu keputusan UPSR untuk meneruskan PPSMI, sebaliknya pelaksanaannya perlu merujuk kepada objektif utama ia diperkenalkan pada 2003.Menurutnya, bukan isu utama untuk memperkatakan mengenai sama ada PPSMI berjaya atau tidak, tetapi perlu mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku apabila ia diperkenalkan.Dalam isu ini, semua aspek perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan terbaik. Sepanjang enam tahun ia dilaksanakan, ada pelajar yang boleh mengikutinya dan ada yang gagal.Pemantauan serius perlu dititikberatkan kepada mereka yang lemah terutama di luar bandar. Pelajar cemerlang dalam PPSMI juga perlu diberi perhatian, katanya.PPSMI diperkenalkan atas kesedaran membantu meningkatkan kualiti tahap pendidikan pelajar dalam menguasai BI sebagai medium penjanaan globalisasi.Malangnya, pengenalan ini menimbulkan reaksi pro dan kontra daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang menyatakan langkah itu tepat kerana dapat membantu pelajar lemah memperbaiki mutu pencapaian BI manakala sebahagiannya membantah kerana bimbang pencapaian mereka lebih merosot.Mengulas sama ada kejayaan PPSMI ini mampu dikecapi sebahagian besar pelajar, Syed Anuar berkata, dalam konteks ini, bukan hanya melihat kepentingannya pada kelompok pelajar tertentu tapi keseluruhan.Menurutnya, tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar luar bandar ketinggalan dalam pelaksanaan PPSMI ini, namun mereka tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya.Bukankah lebih baik jika mereka diberi pendedahan lebih luas seperti meningkatkan kesedaran melalui pembacaan. Ia membantu menarik minat mereka mengenai kepentingan BI.Tetapi, jangan korbankan masa depan pelajar cemerlang dengan kurang mengendahkan mereka kerana sudah yakin terhadap pencapaian sedia ada. Setiap pelajar adalah aset bagi semua, tidak perlu ada diskriminasi, katanya.Bagi mengatasi kemelut ini, GPMS menyarankan melaksanakan pendekatan sistem dua aliran supaya masalah sedia ada tidak berlarutan.Melalui sistem ini, pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.Syed Anuar berkata, jika PPSMI diberhentikan, ia akan menyebabkan pembaziran kerana kerajaan membelanjakan peruntukkan besar bagi melaksanakannya.Sudah banyak wang dibelanjakan, jadi kita tidak dapat menolak hakikat itu.Bagi saya, teruskan PPSMI tapi biarlah ada pemantauan secara menyeluruh agar objektif yang disasarkan dapat dicapai dan tidak membebankan pelajar, katanya.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan (PIBGWP), Datuk Suhaimi Yaacob, berkata pengenalan PPMSI perlu dilihat dan dinilai secara menyeluruh.Menurutnya, subjek BI sedia ada sudah memadai bagi membantu pelajar menguasai BI dan tidak perlu diperkenalkan dalam Sains dan Matematik.Jika objektif utama untuk memperkasakan penggunaan BI kepada pelajar, rasanya tidak perlu membuat uji kaji dalam Sains dan Matematik.Lebih baik mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan semua bahasa. Ini satu aset dalam membina kejayaan generasi masa depan.Kita mahu generasi masa depan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan baik, justeru tidak perlu memberi penekanan atau fokus pada BI keterlaluan hingga menyebabkan kepincangan dalam aspek lain, katanya.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi4:36 PMNo comments:Komen :Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron

Ditulis oleh suhaimi

Wednesday, 04 June 2008

Kementerian perlu buat kajian guru, pelajar lemah penguasaan bahasa InggerisKEMENTERIAN Pelajaran sekali lagi disaran supaya mengkaji semula pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak lima tahun lalu kerana ia gagal meningkatkan pemahaman konsep, ilmu dan kemahiran kedua-dua subjek berkenaan. Tokoh Akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata kegagalan pelaksanaan program itu antara lain berpunca penguasaan bahasa Inggeris kebanyakan guru sendiri lemah untuk menerangkan aspek terbabit dengan jelas. Katanya, keadaan lebih membimbangkan kerana kelemahan penguasaan bahasa Inggeris begitu ketara di kalangan pelajar Melayu dan Orang Asli hingga menyebabkan mereka payah mengikuti proses pembelajaran dua subjek itu.Beliau berkata, hasil kajiannya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaksanakan dalam tiga kohort iaitu pada Februari 2007 membabitkan 1,564 murid Tahun Lima di 27 sekolah rendah, diikuti Julai 636 murid dari 13 sekolah rendah. Seterusnya Januari lalu, tinjauan dilaksanakan membabitkan 1,703 murid Tahun Lima dari 28 sekolah rendah.Sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains dengan menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Ini kerana guru ingin membantu muridnya yang ramai lemah bahasa Inggeris untuk memahami apa yang diajar. Analisis responden Januari lalu menunjukkan hanya 17.0 peratus murid daripada semua kaum menyatakan mudah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris. Peratusan ini jelas menunjukkan sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun mereka mempelajari subjek ini sejak 2003, katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah pada Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di UPSI di Tanjung Malim, semalam.Isahak berkata, hasil kajian itu jelas membuktikan bahawa pelaksanaan PPSMI memberi kesan negatif terhadap sebahagian besar murid terutama di kalangan Bumiputera di kawasan luar bandar dan masyarakat Orang Asli. Beliau berkata, pelaksanaan itu juga tidak meningkatkan minat murid menguasai kedua-dua mata pelajaran berkenaan kerana penggunaan bahasa Inggeris sendiri sukar dikuasai, kemudian dipaksa pula menggunakan bahasa itu dalam subjek Sains dan Matematik. Secara purata, lebih 75 peratus murid Melayu Tahun Lima menyatakan mereka kerap dan kadang-kadang merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu jika tidak faham penerangan dalam bahasa Inggeris. Kira-kira 35 peratus menyatakan mereka memiliki buku rujukan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sebagai tambahan, katanya. Kesimpulannya, Isahak berkata, nyata 80 peratus murid daripada semua keturunan menyatakan sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris dan 70 peratus pula Matematik.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi4:23 PMNo comments:Lemah bahasa inggerisBESUT 2 Sept.Utusan Online- Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama, katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.- BernamaDicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi4:18 PMNo comments:Paksa relaKUALA LUMPUR 3 Sept.Utusan Online- Situasi paksa rela dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.Katanya, keadaan itu merupakan hasil daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.Keadaan paksa rela ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan, jelasnya.Dicatat olehZuzitaibrahim Muhamaddi4:17 PMNo comments:

erihal PPSMI: Satu Pemahaman BersamaKRONOLOGI PPSMI

1993 Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika menjadi Perdana Menteri) membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

1995 Lebih 250 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta aliran Inggeris wujud.

1996 Persatuan Linguistik Malaysia menerbitkan buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, yang menentang dasar tersebut.

2002 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.

Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

2004 1.88 juta orang pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2005 Pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 27 Mac yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi.

Akhbar The News Straits Times, 16 September, melaporkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat F dalam kedua-dua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh sebulan dua.

2008 Utusan Malaysia, 14 November melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.

BAGAIMANA BAHASA MELAYU TERPELIHARA?

1. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia (diwartakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1 September 1967).2. Penyata Razak 19563. Penyata Rahman Talib 19604. Akta Pelajaran 19615. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

PERSOALAN YANG TIMBUL

1. Dasar PPSMI dilaksanakan tanpa sebarang kajian dan ad hoc, sedangkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dirangka pada tahun 1979 mengambil masa selama lapan tahun, baru dilaksanakan pada tahun 1988.2. Adakah PPSMI dikatakan sangat bagus untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris?3. Pengunaan bahasa Melayu sejak 1972 sehingga 2002 sebagai bahasa pengantar pendidikan menghasilkan ribuan ahli akademik dan profesional khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Jadi, mengapa perlu tukarkannya?4. Dwibahasa dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. PPSMI dikatakan sebagai wadah memperkasakan bahasa Inggeris tetapi soalannya pula turut disediakan dalam bahasa Melayu. Mengapa pula begitu?5. Benarkah anak-anak Malaysia lebih senang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris daripada belajar dalam bahasa Melayu?6. Benarkah prestasi mereka lebih baik jika diajar dalam bahasa Inggeris berbanding jika diajar dalam bahasa Melayu?7. Benarkah bahasa Melayu tetap bermartabat dengan hanya mengajar sejemput mata pelajaran?8. Benarkah bahasa Melayu tetap bermartabat dan berdaulat di negaranya walaupun ribuan mata pelajaran sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris?9. Benarkah jati diri kita tetap kukuh walaupun bahasa Melayu dihadkan penggunaannya dalam penyampaian ilmu?

CABARAN DAN MASALAH

1. Sokongan dan dokongan sepenuhnya daripada pemimpin negara, baik kerajaan mahupun pembangkang.2. Keyakinan bangsa terhadap bahasa sendiri terutamanya orang Melayu.3. Taraf dan darjat bahasa Melayu kini umpama Teratai layu di tasik madu.4. Standadisasi bahasa Inggeris ditentukan dengan adanya Malaysian Univercity English Test (MUET) dan bersyarat wajib lulus tetapi bahasa Melayu tiada dalam syarat dan piawai terbaik.5. Masih kedapatan rakyat Malaysia yang tidak menguasai bahasa Melayu walapun selepas negara mencapai 51 tahun kemerdekaan6. Perpaduan kebangsaan, polarisasi kaum dan kestabilan negara

HAKIKAT DAN REALITI YANG KURANG DIKETAHUI

1. Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua terbesar dalam penyebaran agama Islam selepas bahasa Arab.2. Ramai ulama dunia Melayu yang menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar (algebra), geometri, logaritma, dan falak. Antara karya Matematik yang ditulis oleh ulama Nusantara ialah Raudat al-Hussab fi amal al-Hisab (1310 H) oleh Syeikh Ahmad Abdul Latif al-Khatib, Ilmu Hisab dan Ilmu Falak oleh Syeikh Ahmad al-Fatani, Muhammad Nur l-Ibrahimi, Ilm al-Mantiq (1352H) dan ramai lagi. Malahan ada karya-karya yang menjadi simpanan orang perseorangan luar Nusantara yang dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan seperti Ilmu Hitungan yang tersimpan dalam koleksi J.A.W. Van Ophusyen, Belanda.3. Bahasa Melayu sudah memiliki melebihi sejuta kosa kata meliputi pelbagai lapangan akademik, ekonomi, teknologi dan sebagainya.4. Walaupun India dan Filipina telah menggunakan bahasa Inggeris selama 300 dan 60 tahun, namun mereka masih tidak mampu melepasi paras kemiskinan penduduk sehingga kini.5. Itali pernah menggunakan bahasa Arab untuk memajukan negara dengan menceduk ilmu daripada Empayar Islam tetapi gagal.

6. Pada kurun ke-17, Jerman masih negara mundur kerana menggunakan bahasa Perancis untuk maju walaupun mempunyai sumber alam yang besar berbanding negara Perancis sendiri. Malahan penggunaan bahasa Perancis dalam institusi pendidikan dan peperiksaan pelajar di Jerman waktu itu masih gagal membentuk jati diri, keupayaan minda bangsanya, keyakinan bangsa Jerman malahan prestasi sebenar jauh lebih merosot pada hakikatnya.7. Senarai Times Higher Education Supplement (THES) 2007 menunjukkan kebanyakan universiti dunia yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya menduduki tangga di bawah 50.8. Kini, kira-kira 20% sahaja bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran pada peringkat menengah atas sehingga institusi pengajian tinggi.

IMPLIKASI

1. Lebih sejuta istilah baharu dalam bidang aeroangkasa, sains, perubatan, teknologi, perniagaan, ekonomi dan lain-lain lagi yang seumpamanya dalam bahasa Melayu mati.2. Bahasa Melayu berada di tempat ketiga selepas bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.3. Penguasaan pelajar Melayu khususnya dalam ilmu sains dan matematik menjadi semakin teruk.4. Akhbar berbahasa Melayu menjadi tidak laku dan akan terkubur sebagaimana akhbar tulisan jawi.5. Politik orang Melayu menjadi lemah akibat suara perjuangan melalui akhbar berbahasa Melayu kehilangan pembaca dan tiada nilai ilmunya.6. Kanak-kanak berkeperluan khas akan mengalami kesukaran untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana bahasa pertamanya adalah bahasa Melayu.7. Dikhuatiri wujudnya kumpulan pelajar dan mahasiswa sekurang-kurangnya aliran kebangsaan dan Inggeris serta berkemungkinan aliran Cina

CARA PENYELESAIAN

1. Pulanglah ke pangkal jalan.2. Menguatkuasakan undang-undang.3. Menetapkan nisbah bilangan guru dan murid di dalam kelas adalah tidak melebihi 1:25.4. Murid yang lemah berbahasa Inggeris, dicadangkan diajar secara tuisyen, yakni seorang guru untuk seorang murid.5. Memenuhi kemudahan asas (seperti air, elektrik, kelas, makmal) dan prasarana pendidikan (seperti kerusi, meja, papan putih, radas eksperimen) terutamanya di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak.6. Kursus bahasa Inggeris wajib untuk lepasan sekolah dan universiti supaya memenuhi tuntutan globalisasi dan kerjaya.7. Semarakkan Kempen Gerakan Bahasa Kebangsaan seperti tahun 80-an di semua institusi pendidikan Malaysia.8. Persatuan BM di sekolah dan IPT harus mengembeleng usaha lebih hebat menyemarakkan BM.9. Kita harus yakin kepada bahasa Melayu di samping menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.10. Institut Terjemahan Negara perlu melakukan usaha proaktif dengan memperbanyak lagi terjemahan daripada luar negara.11. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu bergiat dengan lebih aktif menyediakan pilihan bahasa Melayu bagi setiap perisian terkemuka seperti Windows Vista, Microsoft Office dan lain-lain lagi yang seumpamanya supaya seluruh lapisan masyarakat dapat mengemas kini pengetahuan dalam sains dan teknologi maklumat, sebagaimana yang dilakukan oleh jiran kita, Indonesia. Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka, Telekom Malaysia dan Institut Terjemahan Negara pasti dapat menjayakannya.

BACA DAN ANDA YANG MENILAI DAN MENENTUKANNYA

KENYATAAN:Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad mencadangkan supaya pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.Harian Metro, 26 November 2008MAKSUDNYA:Bilamana akta yang digubal sedia ada sudah cukup untuk menentukannya dan diikuti (Akta 152 Perlembagaan, Akta Pendidikan 1996), mengapa pula kita pandai-pandai mahu mengubahnya?

KENYATAAN:Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.Utusan Malaysia, 15 November 2008MAKSUDNYA:1. Terang-terang sudah melanggar keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang pun dikatakan tidak berasas lagi?2. Lebih 80% mata-mata pelajaran Sains dan Matematik untuk menengah atas dan institusi pengajian tinggi diajar dalam bahasa Inggeris sekaligus menafikan kedudukan bahasa Melayu. Paling hebat, sastera Melayu pun diajar dalam bahasa Inggeris. Komen?

KENYATAAN:''Seperti kenyataan saya semalam, saya berpandangan bahawa keputusan UPSR telah menunjukkan dasar PPSMI tidak gagal. Mungkin terdapat sedikit kelemahan dalam pelaksanaannya, tetapi belum cukup untuk menyimpulkan bahawa ia gagal," katanya.Utusan Malaysia, 15 November 2008Maksudnya:Kerajaan tetap akan meneruskan juga dasar PPSMI walaupun tidak dipersetujui semua. Barangkali sudah terberak baru mahu dikorek lubang agaknya?

KENYATAAN:Hishammuddin berkata, tahap keyakinan dan keselesaan pelajar untuk menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris juga semakin meningkat dalam UPSR tahun ini.

''Misalnya, bagi mata pelajaran Sains, 52.6 peratus atau 268,076 calon menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini termasuk 21.3 peratus calon yang menjawab menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris," katanya.

MAKSUDNYA:Nampaknya Hishammuddin suka bermain dengan peratusan. Kalau 53% menjawab dalam bahasa Inggeris atau kedua-dua bahasa, maknanya 47% menjawab sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Sedangkan PPSMI sudah berlangsung selama 6 tahun. Masakan murid masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? Pendatang asing yang bekerja di Malaysia pun hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja untuk menguasai bahasa Melayu.

KENYATAAN:Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna.

MAKSUDNYA:Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

SEKADAR RENUNGAN BUAT SEMUA

1. Ibnu Khaldun menerusi Mukadimah (Bab 2, Bahagian 22) menyatakan, bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkannya. Tingkah laku ini disebabkan manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa sempurna.

2. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menaklukinya sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor biasa sahaja.

3. Ingatlah, selepas jepun dibom, Maharaja Meiji pernah berkata dalam pidatonya di Tokyo, Jika Barat tidak mahu membantu kita untuk bangunkan negara kita yang telah musnah ini dengan bahasa dan teknologi mereka. Tidak mengapa. Kita kumpul seluruh besi-besi buruk, tong-tong kosong untuk kita bina kembali Negara kita. Kita akan gunakan bahasa Jepun untuk maju pada masa akan datang. Biarlah suatu masa nanti jika barat ingin belajar dengan teknologi kita, mereka harus belajar bahasa kita dahulu.

4. kekuatan sebenar bahasa Inggeris bukanlah kerana bahasanya yang kuat. Ini disebaban dalam ilmu bahasa semua bahasa mempunyai potensi yang sama. Tidak ada istilah bahasa agung di dunia melainkan bahasa al-quran dan juga sebagai bahasa syurga.

5. kekuatan sebenar bahasa inggeris terletak pada sikap, keyakinan, usaha, iltizam, semagat tidak putus asa rakyat Inggeris yang menginginkan bangsa mereka maju melalui bahasa mereka sendiri yang telah diperjuangkan oleh mereka sejak lebih seratus tahun dahulu. Inilah sikpa yang harus kita pupuk dalam pemikiran dan jiwa rakyat Malaysia.

AKHIR KATA

Melintuk liuk daun semalu,Bernyanyi pula si unggas tempua,Berbahasa Melayu kononnya malu,Belacan sekepal di bedal juga.Apa guna keringat diperah,Kalau tidak bersemangat waja,Apa guna BM dikerah,Kalau tidak kepada Negara.Bahasa Melayu dijunjung, bahasa Inggeris digendong.