sekolah selamat

11
Kita selalu mendengar ungkapan “ Sekolahku Syurgaku “. Lihat di pintu masuk sekolah kita ini juga , tertulis ungkapan “ Sekolahku Syurgaku”. Namun bgitu, sejauh manakah fahaman kita terhadap ungkapan tersebut. Adakah ia sekadar ungkapan dan perkataan ? “ Sekolahku, Syurgaku “ merupakan satu ungkapan yang amat bermakna untuk diteliti dan difahami. Menurut kamus dewan Guru-guru dan murid-murid sekalian, Pada tahun 1967, Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) mula diperkenalkan di sekolah-sekolah sebagai satu langkah untuk mengalakkan murid-murid mengamalkan hidup yang sihat. Dalm tempoh tiga tahun pelaksanaan program ini, terdapat perubahan yang ketara dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Selama dua puluh tahun program ini dijalankan di sekolah-sekolah, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, RKS telah diberi nafas baru dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ). Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, mengalakkan amalan cara hidup yang sihat dan juga memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih, ceria dan selamat. Untuk makluman semua guru dan murid,

Upload: niaga-qaseh

Post on 24-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

selamat

TRANSCRIPT

Page 1: sekolah selamat

Kita selalu mendengar ungkapan “ Sekolahku Syurgaku “. Lihat di pintu masuk sekolah kita

ini juga , tertulis ungkapan “ Sekolahku Syurgaku”. Namun bgitu, sejauh manakah fahaman

kita terhadap ungkapan tersebut. Adakah ia sekadar ungkapan dan perkataan ? “ Sekolahku,

Syurgaku “ merupakan satu ungkapan yang amat bermakna untuk diteliti dan difahami.

Menurut kamus dewan

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pada tahun 1967, Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) mula diperkenalkan di sekolah-

sekolah sebagai satu langkah untuk mengalakkan murid-murid mengamalkan hidup yang

sihat. Dalm tempoh tiga tahun pelaksanaan program ini, terdapat perubahan yang ketara dari

aspek kesihatan dan tren penyakit. Selama dua puluh tahun program ini dijalankan di

sekolah-sekolah, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang sejajar dengan

perkembangan teknologi. Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, RKS telah diberi nafas baru dengan

mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ). Tujuan program ini diwujudkan

adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, mengalakkan

amalan cara hidup yang sihat dan juga memastikan persekitaran sekolah berada dalam

keadaan bersih, ceria dan selamat.

Untuk makluman semua guru dan murid,

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu negatif yang timbul melibatkan aspek-aspek yang

berkaitan keselamatan, kesihatan dan juga kebersihan yang melibatkan murid-murid sekolah.

Berdasarkan pemeriksaan dan pengauditan yang dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan

Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan ke atas 6187 kantin sekolah di seluruh negara pada

tahun lepas mendapati 85 buah kantin sekolah telah diarahkan ditutup disebabkan tahap

kebersihan tidak memuaskan dan tidak menepati peraturan di bawah Seksyen 11, Akta

Makanan 1983. Jadi tidak hairanlah kenapa kes keracunan makanan di kantin-kantin sekolah

sering kali terjadi disebabkan kegagalan penguasaha kantin yang gagal mematuhi tahap

kebersihan yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahya,

dalam satu sidang akhbar pada 21 Oktober 2013, melaporkan bahawa, pada tahun 2013

Page 2: sekolah selamat

sebanyak 5185 kes keracunan makanan telah berlaku di sekolah-sekolah di bawah seliaan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Daripada angka yang dinyatakan tersebut, ia

menunjukkan isu ini amat serius.

Guru-guru sekalian,

Mari kita merenung dan mengingat kembali sekitar awal tahun 2000, ketika itu media-media

massa hangat melaporkan tentang pelbagai projek bermasalah yang berlaku di sekolah-

sekolah seperti makmal komputer yang belum atau baru digunakan retak dan diisytiharkan

tidak selamat, syiling-syiling runtuh, bangunan-bangunan yang baru dibina didapati retak,

dan pelbagai lagi kejadian. Ketika itu, makmal komputer yang telah siap telah diarahkan

dirobohkan semula. Selain itu juga, ada setengah sekolah yang baru dibina tidak dibenarkan

beroperasi. Kini, ia telah sedekad berlaku, dan isu keselamatan masa kini lebih hangat

diperkatakan kepada isu-isu yang berkaitan dengan masalah disiplin, gangsterisme, rogol,

cabul, penculikan dan pelbagai lagi. Selain itu juga, kejadian-kejadian seperti pelajar terjatuh

dari syiling bangunan, bunuh diri di sekolah, murid ditimpa tiang gol , murid cedera terkena

perlatan sukan merupakan sebahagian daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan di media-

media massa. Tetapi jika kita pergi sendiri melihat ke sekolah-sekolah, pelbagai kejadian

yang berlaku yang melibatkan tentang keselamatan murid-murid termasuklah juga di sekolah

kita ini.

Jika kita lihat pada isu-isu yang dinyatakan di atas, ia sudah berada di tahap yang

membimbangkan. Semua pihak tidak boleh memandang memandang rendah sebaliknya

mencari jalan penyelesaian mengurangkan semaksimun yang mungkin terhadap berlakunya

kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Perubahan iklim pendidikan masa kini, menyebabkan pelbagai langkah yang

dijalankan bagi mempertingkatkan keselamatan murid di sekolah. Polisi Sekolah Selamat

yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu program yang

bertujuan mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat di semua sekolah. Selain itu juga,

program 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan ) yang dimulakan pada tahun 1991

bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang mantap menangani sebarang

isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan keceriaan sekolah. Kedua-dua program ini

adalah sebahagian daripada pelbagai program yang dijalankan bagi memastikan sekolah

Page 3: sekolah selamat

sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, dan selamat yang membolehkan semua warga

sekolah dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan teratur dan selamat tanpa ada

gangguan.

Menurut pendapat Smith, 1995, sebuah sekolah boleh mengalami iklim atau suasana

yang positif atau negatif. Sekolah yang mengalami iklim positif kebiasaannya mempunyai

ciri-ciri fizikal sekolah yang baik, bersih dan menarik, dan juga setiap warga sekolah

mempunyai hubungan sosial yang baik.

Seharusnya, semua sekolah perlu memastikan bahawa persekitaran sekolah sentiasa

berada dalam keadaan bersih, ceria, sihat dan selamat untuk mewujudkan iklim yang positif .

Sekolah yang harmoni dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang sama ada dari aspek

akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Lebih penting lagi, semua warganya berada dalam

keadaan tenang, ceria dan selamat untuk melaksanakan tugas masing-masing di sekolah.

Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk dari awalan lagi bermula dari rumah

dan diperkukuh dan diperkembangkan di sekolah agar ia menjadi amalan sepanjang hayat.

Persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang sihat dan konduksif. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat meransang

minat murid-murid datang ke sekolah dan juga untuk belajar. Murid-murid tidak jemu hadir

ke sekolah kerana mereka berasa selesa dan bahagian apabila berada di sekolah. Murid-murid

juga dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran. Mana mungkin murid-murid

dapat belajar dengan selesa dan aman jika bilik darjah ataupun kawasan persekitarannya

kotor. Begitu juga mana mungkin murid-murid akan berasa selamat semasa berada di sekolah

jika wujud gejala samseng di sekolah.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Abdullah Sani bin Yahya, pada tahun 2007

berpendapat bahawa iklim dan persekitaran sekolah merupakan satu faktor yang penting

dalam mempengaruhi pembentukan tingkah laku, imej, mental dan interaksi sosial anggota-

anggota sekolah berkenaan. Sekolah yang mempunyai iklim yang positif baik dari segi

kebersihan, keceriaan dan juga keselamatannya akan dapat memupuk dan membentuk

tingkah laku murid-murid ke arah yang positif. Apabila disiplin telah diterapkan dalam diri ia

akan melahirkan tingkah laku yang baik. Sebagai contoh, murid-murid ditekankan supaya

memastikan kelas mereka berada dalam keadaan bersih. Jadi, untuk menjadikan kelas bersih,

murid-murid akan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu sampah, mengelap

tingkap bersih, dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Secara tidak langsung,

Page 4: sekolah selamat

tingkah laku yang positif telah mula dibentuk. Lama kelamaan sikap ini menjadi satu tabiat

dalam hidup mereka.

Sekolah yang bersih, ceria dan selamat juga dapat meningkatkan prestasi sekolah baik

dari segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd

Redzauddin bin Ismail pada tahun 2008, berpendapat sekolah yang berpencapaian tinggi

mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang

ceria. Seperti yang dinyatakan tadi, apabila sekolah mempunyai iklim yang positif , murid-

murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan suasana yang selesa.

Murid-murid akan berasa seronok ke sekolah dan secara tidak langsung ia dapat mengatasi

masalah ponteng sekolah. Hari ini, pelbagai program atau pertandingan diadakan sebagai satu

langkah sekolah ke arah menyediakan persekitaran yang konduksif seperti pertandingan 3K,

Pertandingan Tandas Bersih, Pertandingan Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Bersih, dan

pelbagai lagi. Ia juga sebagai satu inisiatif menghargai pihak sekolah yang bertungkus lumus

menyediakan persekitaran sekolah yang konduksif. Oleh yang demikian, marilah kita

bersama-sama berganding bahu untuk menyediakan persekitaran kawasan sekolah kita ini

menjadi lebih bersih, ceria dan pada masa yang sama mempertingkatkan aspek-aspek

keselamatan agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Barisan Pentadbir yang dihormati sekalian,

Sekolah yang mempunyai persekitaran iklim yang konduksif akan menarik minat

ibubapa untuk menghantar anak mereka bersekolah di sekolah tersebut. Ibubapa tidak mereka

ragu tentang keselamatan anak mereka semasa berada di sekolah. Mereka berasa yakin

dengan pihak sekolah untuk menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Sememangnya menjadi impian setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah mereka yang

terbaik. Namun tidak dinafikan pelbagai halangan akan muncul. Namun, jika semua

berganding bahu, sebesar mana pun halangan yang muncul akan dapat ditempuhi. Ungkapan

“ Sekolahku, Syurgaku “ pada pintu masuk sekolah kita perlu kita realisasikan bersama-sama

dan bukan sebagai hiasan sahaja. Oleh yang demikian, dalam memastikan sekolah kita

mempunyai persekitaran yang sihat dan selamat, berikut adalah perkara-perkara asas yang

perlu kita utamakan dan sewajarnya hendaklah kita patuhi.

Page 5: sekolah selamat

Yang pertama, kemudahan fizikal yang ada di sekolah kita ini seperti bekalan air,

elektrik, pili bomba, bilik darjah, kantin, tandas, padang dan lain-lain hendaklah digunakan

dengan berhemah dan dijaga dengan baik. Elakkan membuat vandalisme atau kerosakan yang

boleh memberi kesan tidak baik kepada kita sebagai pengguna. Yang kedua, kita sebagai

warga sekolah hendaklah memastikan bahawa persekitaran sekolah ini bebas daripada risiko

jangkitan penyakit seperti dengki dan sebagainya. Sikap meletakkan tanggungjawab ini

sepenuhnya kepada pekerja pembersihan perlu dihakis atau dielakkan. Sebaliknya, tugas ini

perlu dipikul bersama-sama menjaga kebersihan kerana di sinilah tempat kita menimba ilmu.

Yang ketiga, amalan kebersihan perlu diamalkan di dalam diri masing-masing.

Pastikan sampah sarap dibuang di dalam tong sampah, tandas dicuci selepas digunakan

adalah antara perkara-perkara yang perlu setiap warga sekolah amalkan. Ia membantu kita

mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan sejahtera. Yang keempat, amalan

kebersihan di kantin sekolah dan aspek penyediaan makanan perlu diberi dititik beratkan

supaya kantin dan makanan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Ia

dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan.

Yang kelima, polisi kesihatan sekolah hendaklah kita fahami dan kita patuhi. Setiap

aktiviti yang dijalankan hendaklah diikuti setiap guru ataupun murid ke arah menjadikan gaya

hidup yang sihat. Yang terakhir sekali, isu keselamatan meliputi pelbagai aspek yang cukup

meluas. Oleh yang demikian, arahan dan peraturan yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi

bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Disiplin yang baik di kalangan

murid-murid akan dapat mewujudkan suasana yang harmoni.

Warga sekolah yang dihormati,

Iklim sekolah yang konduksif akan memberi banyak manafaat dan kesan yang positif.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama meningkatkan kebersihan dan keselamatan

di persekitaran sekolah kita ke arah mewujudkan iklim sekolah yang sihat. Seperti yang saya

sebutkan tadi, untuk merealisasikannya tentulah banyak halangan yang akan kita tempuhi.

Namun, jika ada sikap kerjasama sesama kita, sudah pasti halangan ini akan berjaya

ditempuhi. Sebagai penutup ceramah sempena program Sekolahku Syurgaku, saya berharap

segala intipati ceramah tadi dapat memberi manafaat kepada kita semua seterusnya menjadi

pemangkin kepada kita untuk berusaha menjadikan sekolah kita yang tersayang ini menjadi

sebagai sebuah sekolah contoh bukan sahaja di peringkat daerah bahkan di peringkat

nasional. Saya sudahi ceramah ini dengan ucapan sekian terima kasih.

Page 6: sekolah selamat
Page 7: sekolah selamat
Page 8: sekolah selamat