sekolah selamat

37
PENDAHULUAN Laporan ini menjelaskan tentang konsep serta pelaksanaan sekolah selamat di peringkat sekolah, contoh-contoh pemerhatian, penyelesaian dan kekangan yang dihadapi. Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi, dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kecemerlangan murid serta guru. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk sama-sama mewujudkan dan melaksanakan “Polisi Sekolah Selamat”. Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi 1

Upload: asrulmajid

Post on 19-Dec-2015

140 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Garis panduan bagi melaksanakan program sekolah selamat di Malaysia

TRANSCRIPT

PENDAHULUANLaporan ini menjelaskan tentang konsep serta pelaksanaan sekolah selamat di peringkat sekolah, contoh-contoh pemerhatian, penyelesaian dan kekangan yang dihadapi. Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi.Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi, dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kecemerlangan murid serta guru. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk sama-sama mewujudkan dan melaksanakan Polisi Sekolah Selamat. Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Di harapkan aspek keselamatan diambil berat dan mampu dipertingkatkan serta merasai sebagai tanggungjawab oleh semua pihak, pentadbir sekolah, guru, kakitangan sekolah, murid-murid, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan masyarakat sekitar. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi mewujudkan sekolah yang lebih selamat. Langkah-langkah itu akan didedahkan kepada semua pihak sehingga tahap memahami, menghayati, mengamalkannya seterusnya menjadi budaya kehidupan murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan badan pertubuhan setempat. Usaha ini akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada ditahap selamat yang tinggi dan menyakinkan kepada semua pihak.KONSEP SEKOLAH SELAMATMenurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya.Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau triad society. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

PRINSIP-PRINSIP SEKOLAH SELAMATMenurut Quin Mary Magee et al. (1998) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah:a. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolahPara pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru,langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah danpembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkahlaku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan.b. Sekolah selamat adalah sebuah keluargaPara pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokonganterhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan danpelajar.c. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai danmenghormati semua pelajarSekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin danmengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar.d. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggiPelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkahlaku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalampembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dansekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut.e. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggiSekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasabersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatihmemainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkanpersekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian danmembina.f. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategikPihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan,menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskanperkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar.g. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahanPihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semuapelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyairisiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yangmengalami masalah tingkah laku yang serius.h. Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komunitiSekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahliperniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untukmewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat.

Menurut Beyer (1997) pula mencadangkan bahawa prinsip-prinsip pelaksanaan sekolah yang selamat adalah:a. Pasukan perancang sekolah perlu sentiasa berbincangPasukan perancangan sekolah yang selamat sering berkumpul dan berbincang.Tujuannya bagi mengenalpasti masalah dan mewujudkan pasukan kerja yangpadu.b. Mengelola penilaian sekolahMengelola segala penilaian sekolah yang selamat agar segala kekurangan atau halangan yangmungkin timbul dapat diatasi segera. Perubahan yang sesuai perlu diterapkan untukpenambahbaikan dan dasar pencegahan lebih berkesan.c. Menyusun strategi dan implementasi mencegah ancamanTingkatkan strategi dan implementasikan pencegahan bagi mengelakkanancaman atau keganasan. Program-program pencegahan perlu disebar luaskan kepadaseluruh warga sekolah atau komuniti agar mereka sentiasa peka dengan keselamatan danmengekalkan keharmonian sekolah. Misalnya, tentang peraturan keluar dan masuk darisekolah, penggunaan kenderaan ke sekolah dan sebagainya. Begitu juga amalan atau tindak lakuyang terpuji dan kurang baik perlu diberitahu kepada warga sekolah.d. Melibatkan komuniti setempat dengan pihak sekolahKenalkan dan sebar luaskan Pasukan Sokongan Komuniti. Aktiviti-aktiviti atausumbangan yang dilaksanakan oleh pihak komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) perlu dimaklumkan kepada masyarakat sekeliling dan warga sekolah. Ini bertujuansupaya sumbangan mereka dihargai dan diperlukan oleh pihak sekolah. Cara ini jugaakan menjadikan pelajar-pelajar rasa dihargai dan dilindungi oleh ibu bapa mereka walaupunketika mereka sedang berada di sekolah.e. Pelan tindak balas krisisTingkatkan pelan tindak balas krisis. Sekiranya perancangan bagi menanganimasalah kurang bersesuaian dengan masalah yang timbul, pelan tindakan krisis perludiubah suai dan penambahbaikan. Tindakan ini bagi menjimatkan masa dan tenaga yangterlibat serta dapat mengawal iklim keselamatan sekolah agar sentiasa terjamin.f. Pemantauan berterusanPemantauan yang berterusan oleh penyelia. Pihak pengurusan dan kepimpinansekolah semestinya sentiasa mempastikan kumpulan keselamatan sekolah sentiasa peka dengankeselamatan sekolah mengikut prosedur yang telah dipiawaikan.

CARA-CARA MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG LEBIH SELAMATMenurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. Howard (1981) menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum.Manakala menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerjatindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Ia menjurus kepada aspek-aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah daripada elemen-elemen negative seperti bebas dari dadah, keganasan, ketakutan dan keadaan yang tidak memungkinkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yangpanjang, sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimummemerlukan penglibatan semua pihak secara sistematik. Terdapat beberapa pendekatan pencegahan dan kesedaran harus difikirkan oleh pihak pentadbir atau pengetua supaya sekolah itu terhindar daripada gejala-gejala berkenaan.a. Kepemimpinan yang berkesanPengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi,menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993). Kepimpinan efektif yang diamalkan oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis.b. Tumpuan kepada pencapaian akademikKita mesti mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap akademikyang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan keganasan dilakukan oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak mempunyai minat belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkah laku negatif. Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran atau kurikulum yang memberi peluang pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan membibitkan rasa minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah disiplin di kalangan pelajar (Howard, 1981).c. Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakatSekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat ataukomuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.d. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan stafHubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalanuntuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995).e. Membincangkan isu keselamatan secara terbukaPenekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.f. Layanan sama rata dan budaya caring kepada pelajarAntara faktor-faktor yang menyumbang kepada konflik di sekolah adalah kerana layanan yangtidak adil kepada pelajar berdasarkan jantina, ras, kebolehan, kelas sosial, agama, orientasi seks,penampilan fizikal dan lain-lain faktor oleh guru dan rakan sebaya. Oleh itu, pelajar yang menerima layanan yang sedemikian akan menjauhkan diri dan cenderung menjadi sasaran kepada keganasan. Oleh itu, komunikasi berkesan haruslah dipentingkan dan menganggap semua pelajar dan guru dihormati. Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan ialah mengimplimentasikan dan menerapkan elemen-elemen pemberian ganjaran, pemupukan dan penyuburan nilai-nilai murni, hak untuk membela diri dalam kes-kes disiplin, rasionaliti dalam mengambil tindakan, konsep penyayang, menganggap semua pelajar berpotensi untuk berjaya, dan menganggap sekolah sebagai syurga kehidupan pelajar dalam semua aspekpelaksanaan aktiviti persekolahan. Budaya caring perlu dijadikan sebagai satu amalan yang berterusan di kalangan warga sekolah. g. Kawalan keluar masuk sekolahSekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenaipergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini. Prosedur yang spesifik ke atas pelawat juga boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau penceroboh. Tindakan ini dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu berlaku.h. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamatTempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagisebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

PengenalanPengurusan Hal Ehwal Murid(HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang (SMKPP), Kuala Selangor adalah satu organisasi induk yang berada di bawah bidang kuasa Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM). Misi Pengurusan HEM SMKPP adalah untuk membentuk individu yang mempunyai sahsiah terpuji dan modal insan yang seimbang melalui pendidikan dan pengurusan yang berkualiti serta dapat memberi sumbangan untuk kesejahteraan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi Negara.Pengurusan HEM SMKPP menyelaraskan dan membentuk organisasi sekunder yang berada di bawah bidang kuasanya iaitu Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa Pengurusan Asrama, Jawatankuasa Program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa), Kelab Pencegahan Jenayah, Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling, Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa 2K(Kebersihan dan Keceriaan), Jawatankuasa Kebajikan, Jawatankuasa Sekolah Selamat, Jawatankuasa SPBT, Jawatankuasa Biasiswa, Jawatankuasa Kesihatan, Jawatankuasa Buku Pendaftaran Murid dan Jawatankuasa Kedatangan Murid.Objektif Pengurusan HEM adalah:a. Memantapkan pengurusan unit HEM agar cekap dan berkesan.b. Meningkatkan pengurusan disiplin dan mengurangkan masalah disiplin ke tahap minimum.c. Menerapkan penghayatan agama agar menjadi amalan seharian.d. Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan diri serta persekitaran sekolah yang kondusif.e. Melahirkan kepimpinan pelajar yang berkualiti, berwibawa dan seimbang.f. Menyemai semangat cinta akan Negara dan perpaduan tanpa mengira kaum.Moto Pengurusan HEM adalah PEMBIMBING, PRIHATIN, PENYAYANG.

i. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolahPengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripadaPeraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktivitiaktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar.Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya perlu dipatuhi. Antaranya sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.j. Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan keselamatanMisi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru(National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain mengambilkira keselamatan sebagai indikator piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999). Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan, didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah.k. Administrative Guide sebagai panduan dalam pengurusan sekolahDalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan administrative guide yang menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah. Administrative guide ini boleh diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-dokumen rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan Perbendaharaan, surat-surat siaran dan panduan-panduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan. Administrative guide dibina berdasarkan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC). Administrative guide ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh pengetua selaku ketua jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas mengikut bidang masing-masing. Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan kebakaran sekolah mempunyai administrative guide mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini, guru akan melaksanakan tugas berpandukan kepada administrative guide yang ada untuk mengelakkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan tugasnya.

JAWATANKUASA 2K (KEBERSIHAN DAN KECERIAAN)

a. Struktur OrganisasiPengerusi: Pengetua Timbalan Pengerusi: Penolong Kanan HEMNaib Pengerusi I: Penolong Kanan PentadbiranNaib Pengerusi II: Penolong Kanan KokurikulumSetiausaha: Encik Abd. Rahman bin ZakariaAJK: En. Mustakim bin Bajoori: Pn. Norhanifah binti Sahid:Pn. Norsam bt. Mohd Sharie: En. Mohd Zulkifli bin Mohd Halim: En. Mohd Asrul bin Abd Majid: En. Mansor bin Yahya:En. Razali bin Abd Rahman:Semua Guru tingkatan: Ketua panitia: Penyelaras Bilik Khasb. Tugas dan Tanggungjawab:1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.2. Menentukan Program Pembangunan Kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.3. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan.4. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan dan Keceriaan.5. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.6. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/ kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah dan pengusaha dewan makan.7. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan.8. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah.9. Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan.10. Mengkaji dan menilai program secara berterusan.11. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.12. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.13. Menyedia dan membuat laporan berkala.

Moto Organisasi: 2K SATU ASPIRASI GEMILANG

JAWATAN KUASA SEKOLAH SELAMAT

a. Struktur Organisasi Pengerusi: Tuan Pengetua, Tn Hj. Mohamad Mukhair bin AhmadNaib Pengerusi I: Penolong Kanan Hem, Pn. Zaleha binti MasranNaib Pengerusi II: Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj. Lamsah bin ArbaieSetiausaha : En. Fakhrudin bin MansorAhli: En. Muhammad Said bin Dawood: En. Mohd Muhaimin bin Mansur: En. Norhisham bin Kamarudin: Pn. Normilah Sham binti Miskamb. Tugas dan Tanggungjawab1. Bertanggung jawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah.2. Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah.3. Menyediakan pelan tindakan kontigensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.4. Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah.5. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidkan Keselamatan.6. Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan.7. Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.8. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.9. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.10. Memastikan syrat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.11. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan professional yang berkaitan dengan keselamatan.Moto Organisasi: PERSEKITARAN SELAMAT, MURID SEJAHTERA

Jadual 1: Program yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Sekolah Selamat dan Jawatankuasa 2K sepanjang Tahun 2014.BilProgramTarikhSasaranHasil

1.Mesyuarat 2K dan Sekolah Selamat bil1/201427 Januari 2014AJK dan PengurusanMesyuarat mencapai matlamat

2. Program Keselamatan Lalu Lintas5 Febuari 2014Semua pelajarMencapai objektif

3.Program Gotong-royong 1 Malaysia19 Mac 2014Semua pelajar dan guruMencapai objektif

4.Mesyuarat 2K dan Sekolah Selamat bil2/20141 April 2014AJK dan PengurusanMesyuarat mencapai matlamat

5.Latihan Kecemasan dan Kebakaran9 April 2014Semua warga SMKPPMencapai objektif

6. Mesyuarat 2K dan Sekolah Selamat bil3/20141 Julai 2014AJK dan PengurusanMesyuarat mencapai matlamat

7.Latihan Kecemasan dan Kebakaran 2 27 Ogos 2014Semua warga SMKPPMencapai objektif

8.Mesyuarat 2K dan Sekolah Selamat bil4/201421 Oktober 2014AJK dan PengurusanMesyuarat mencapai matlamat

1. Pemerhatian Keselamatan di Sekolah.Saya telah membuat pemerhatian terhadap tahap dan kadar keselamatan di sekitar SMKPP. Pemerhatian yang dibuat meliputi persekitaran sekolah, kawasan makmal,kelas dan bengkel, dan keseluruhan kawasan yang mempunyai risiko pada masa akan datang. Saya telah membuat pemantauan dan mengambil foto-foto tempat yang mempunyai risiko. Foto1: Kolam ikan yang terbiar

Foto 2: Kawasan belakang sekolah menjadi tempat pembuangan sampah penduduk sekitar

Foto 3.1: Keadaan Pintu Kunci Air yang usang dan tidak disenggara dengan baikFoto: 3.2 Pintu kunci Air di kawasan belakang sekolah yang menghala ke laut

Foto 4: Saluran air hujan di kawasan bangunan blok kelas yang bocor Foto 5: Kawasan padang yang tiada papan tanda amaran bahaya kepada pelajar Foto 6: Tingkap kelas di tingkat 3 blok A tiada

1. Tindakan Terhadap Pemerhatian

Pemerhatian 1: Kolam Ikan yang Terbiar

Tindakan dan Cadangan:Kolam ikan ini telah lama dibina menggunakan teknik simen fero. Beberapa tahun yang lepas, kolam ini di bawah tanggungjawab Ustaz Sazali bin Sidek. Walau bagaimanapun, setelah Ustaz Sazali meninggal dunia, kolam ini terbiar. Ikan koi yang dipelihara mati akibat serangan biawak dan pemangsa lain. Hal ini telah menyebabkan kolam ini menjadi tempat pembiakan nyamuk dan kemungkinan nyamuk denggi. Kolam ini telah bertahun-tahun tidak disenggara dan menakung air hujan. Saya telah mengambil inisiatif dengan mengisi kolam ini dengan ikan gapi sebagai kaedah biologi untuk mengawal pembiakan nyamuk. Sebangyak 20 ekor ikan gapi telah dilepaskan untuk dibiakkan di dalam kolam ini. Saya juga telah memaklumkan hal ini kepada Penolonh Kanan HEM untuk tindakan lanjut beliau.

Pemerhatian 2: Kawasan belakang sekolah menjadi tempat pembuangan sampah penduduk sekitarTindakan dan Cadangan: Kawasan belakang sekolah ini telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk sekitar, kontraktor pembinaan dan peniaga buah-buahan dari Kampung Sungai Yu dan Kampung Pasir Penambang. Kawasan ini hanya di tepi pagar kawasan belakang sekolah. Berbagai-bagai sampah, sisa pertanian dan binaan dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini telah lama menjadi isu di sekolah dan Pengetua telah membuat laporan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut namun tiada apa-apa tindakan sehingga ke hari ini.

Pemerhatian 3: Keadaan Pintu Kunci Air yang usang dan tidak disenggara dengan baikTindakan dan Cadangan:Pada tahun 2003, SMK Pengkalan Permatang merekodkan sejarah kerana telah ditenggelami air akibat banjir besar. Banjir itu terjadi semasa musim tengkujuh, air pasang besar dan pintu kunci air yang pecah. Pintu kunci air yang terdapat di dalam foto ini dibina semula setelah berlakunya banjir besar tersebut yang menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan sekolah. Walau bagaimanapun daripada pemerhatian, pintu kunci air ini tidak disenggara dengan rapi dan berkala oleh pihak yang berkaitan. Kawasan tebing di sekitar pintu kunci air ini hampir runtuh dan dipenuhi sampah sarap. Berdasarkan maklumat yang diterima dari penduduk tempatan, kebanyakan kawasan di sekitar sekolah adalah di bawah paras air laut dan bertahan dengan pintu kunci air serta tebing yang dibina daripada ditenggelami air laut. Saya telah memaklumkan hal ini pada Jawatankuasa Sekolah Selamat SMKPP untuk tindakan lanjut.

Pemerhatian 4: Saluran air hujan di kawasan bangunan blok kelas yang bocorTindakan dan Cadangan:

Saluran air hujan ini terdapat di tingkat 3 setiap bangunan kelas. Fungsi saluran ini adalah untuk mengalirkan air hujan daripada melimpah di koridor kelas. Walau bagaimanapun saluran air hujan ini telah bocor sejak setahun lalu. Saya telah melaporkan perkara ini pada pihak sekolah dan telah mendapat maklum balas dari Tuan Pengetua. Tuan Pengetua telah membuat permohonan membaiki bangunan dari Pihak Jabatan Pelajaran Selangor dan dijangka akan mendapat peruntukan pada tahun 2015. Jawatankuasa Sekolah Selamat SMKPP juga telah menasihatkan para pelajar agar berhati-hati nelalui kawasan koridor itu dengan meletakkan papan tanda keselamatan.

Pemerhatian 5: Kawasan padang yang tiada papan tanda amaran bahaya kepada pelajarTindakan dan Cadangan: Pemerhatian di padang sekolah mendapati tiada sebarang papan tanda dipasang untuk keselamatan pelajar. Papan tanda yang harus dipasang adalah papan tanda yang memberi peringatan tentang bahaya bermain atau berada di padang ketika hujan dan peraturan menggunakan padang yang umum. Saya telah memaklumkan masalah ini kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk tindakan beliau selanjutnya.

Pemerhatian 6: Tingkap kelas di tingkat 3 tiadaTindakan dan Cadangan:Perkara ini belaku hampir di setiap kelas di sekolah. Banyak tingkap yang tiada dan telah pecah akibat perbuatan vandalisme pelajar. Sewaktu pemantauan dilakukan, hampir 21 kelas di sekolah ini tidak mempunyai tingkap yang lengkap. Perkara ini amat merunsingkan dan membimbangkan kerana kelas yang tiada tingkap berada di tingkat 3 sekolah. Pelajar boleh memboloskan diri melalui ruang tingkap yang kosong ini. Kekhuatiran timbul apabila pelajar berada di luar koridor bangunan dan kemungkinan pelajar boleh tergelincir dan jatuh. Ini adalah isu lama dan sering dibincangkan oleh Tuan Pengetua bersama AJK Sekolah Selamat namun menemui jalan buntu kerana apabila sudah dibaik pulih tidak beberapa lama kemudian dirosakkan oleh pelajar. Berdasarkan respons dari Unit Disiplin, mereka akan mengmabil tindakan yang sesuai untuk menghukum pelajar yang terlibat dalam kes vandalisme ini.

Kekangan-Kekangan Yang Dihadapi Dalam Pemerhatian

1. Tahap kesedaran yang rendah di kalangan pelajar, guru dan pihak pentadbir di dalam isu keselamatan. Isu keselamatan dianggap perkara remeh dan tidak menjadi isu utama bagi tujuan keselesaan dan kepentingan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.2. Kempen dan program-program keselamatan tidak banyak dianjurkan di sekolah dan menyebabkan warga sekolah tidak mendapat informasi yang tepat tentang keselamatan.3. Kekurangan peruntukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri yang menyebabkan usaha baik pulih bangunan dan infrastruktur yang rosak di sekolah terbantut.4. Masalah birokrasi dalaman di antara pihak pentadbir, AJK Sekolah Selamat dan Guru di sekolah menyebabkan banyak isu atau masalah keselamatan dan kesihatan tidak dapat diselesaikan. 5. Tiada pegawai atau orang yang kompeten dalam isu keselamatan ditugaskan di sekolah untuk memantau dan membuat kajian risiko dan krisis. Hanya guru sekolah yang dilantik di dalam AJK Sekolah Selamat tanpa melibatkan tenaga pakar dari agensi yang berkaitan keselamatan. Guru-guru yang dilantik ini pula kurang diberi pendedahan atau tidak langsung diberi kursus atau pendedahan yang sewajarnya oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KesimpulanUntuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatanberkenaan sudah wujud atau belum di sekolah.

23