pembelajaran satu tinjauan

16
315 PENERIMAAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS SEBAGAI PLATFORM PEMBELAJARAN – SATU TINJAUAN Amani Nawi i & Umi Hamidaton ii I (Corresponding author) Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). [email protected] ii Pensyarah Kanan. Fakulti Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). [email protected] Abstrak Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji kesediaan dan penerimaan pelajar untuk melaksanakan sesi pembelajaran atas talian dengan menfokuskan kepada penggunaan aplikasi Microsoft Teams sebagai medium pembelajaran segerak. Data primer dikumpulkan menerusi kaedah pensampelan mudah dari 218 soal selidik yang telah diedarkan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden secara amnya bersedia dari segi kemahiran, sikap dan motivasi untuk menjayakan pembelajaran dalam talian malahan penerimaan positif pelajar terhadap platform Microsoft Teams ini akan memberi impak terhadap komitmen mereka bagi menjayakan sesi pembelajaran dalam talian pada masa akan datang. Kata kunci: Covid-19, Microsoft Teams, pembelajaran dalam talian, pembelajaran maya PENGENALAN Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, semua institusi-institusi pendidikan tinggi di seluruh negara telah melaksanakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian supaya para pelajar dapat meneruskan proses pengajian seperti biasa bagi mengelakkan penangguhan pengajian memandangkan semester semasa masih berlangsung. Dianggarkan bahawa lebih 421 juta pelajar telah terjejas akibat penutupan institusi pengajian melibatkan 39 buah negara manakala 22 negara mengambil keputusan untuk menutup sebahagian daripada operasi pengajian tempatan mereka (Tam & El Azhar 2020). Dalam hal ini, negara Malaysia tidak terkecuali dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian akibat penularan pandemik COVID-19. Apabila pihak kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula bulan 16 Mac 2020 dan berterusan hingga 31 Disember ini, kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah mengambil inisiatif dan langkah strategik untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian secara menyeluruh. Oleh itu, semua kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti dan fakulti

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS SEBAGAI PLATFORM
PEMBELAJARAN – SATU TINJAUAN
[email protected]
Abstrak
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji kesediaan dan penerimaan pelajar untuk
melaksanakan sesi pembelajaran atas talian dengan menfokuskan kepada penggunaan aplikasi
Microsoft Teams sebagai medium pembelajaran segerak. Data primer dikumpulkan menerusi
kaedah pensampelan mudah dari 218 soal selidik yang telah diedarkan dalam kalangan pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden secara amnya bersedia dari segi kemahiran, sikap dan motivasi untuk menjayakan
pembelajaran dalam talian malahan penerimaan positif pelajar terhadap platform Microsoft
Teams ini akan memberi impak terhadap komitmen mereka bagi menjayakan sesi pembelajaran
dalam talian pada masa akan datang.
Kata kunci: Covid-19, Microsoft Teams, pembelajaran dalam talian, pembelajaran maya PENGENALAN
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, semua institusi-institusi pendidikan tinggi di seluruh
negara telah melaksanakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian supaya
para pelajar dapat meneruskan proses pengajian seperti biasa bagi mengelakkan penangguhan
pengajian memandangkan semester semasa masih berlangsung. Dianggarkan bahawa lebih 421
juta pelajar telah terjejas akibat penutupan institusi pengajian melibatkan 39 buah negara
manakala 22 negara mengambil keputusan untuk menutup sebahagian daripada operasi
pengajian tempatan mereka (Tam & El Azhar 2020). Dalam hal ini, negara Malaysia tidak
terkecuali dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian akibat penularan
pandemik COVID-19. Apabila pihak kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) fasa pertama bermula bulan 16 Mac 2020 dan berterusan hingga 31 Disember
ini, kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah mengambil inisiatif dan
langkah strategik untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian secara
menyeluruh. Oleh itu, semua kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti dan fakulti
316
bersemuka.
dan pembentangan kepada pelajar (Atousa, Zahra & Mohammad, 2016). Pengajaran dan
pembelajaran dalam talian adalah kaedah yang yang membolehkan tenaga pengajar dan pelajar
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa
walaupun berada di luar masa dan dewan kuliah (Verawadina et al., 2020). Menurut Golzari,
Kiamanesh, Ghoorchian & Jafari (2010), penggunaan platform pembelajaran dalam talian adalah
strategi yang sesuai untuk meningkatkan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutama dalam era industri 4.0 pada hari ini.
Terdapat beberapa platform dalam talian yang boleh digunakan untuk tujuan ini seperti
google classroom, Microsot Teams, Webex serta platform melalui media sosial lain misalnya
WhatsApp, Telegram dan YouTube (Chung et al, 2020). Memandangkan setiap universiti
mempunyai sistem pembelajaran (Learning Management System (LMS) yang tersendiri, namun
situasi pandemik yang melanda pada hari ini menuntut penggunaan aplikasi dan teknologi
terkini yang lebih menyeluruh untuk menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
segerak (synchronous) mahupun tidak segerak (asynchronous).
Sejajar dengan saranan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mengubah kaedah pembelajaran secara bersemuka kepada dalam talian pihak Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) telah memberi mandat kepada semua tenaga pengajar untuk
melaksanakan kursus-kursus sedia ada dengan menggunakan kaedah e-pembelajaran (e-
learning) melalui platform yang dikira bersesuaian dengan keadaan semasa. Justeru itu,
penggunaan aplikasi Microsoft Teams telah dipilih sebagai platform utama untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara segerak disamping platform pembelajaran sedia ada yang
sudah diguna pakai di USIM. Microsoft Teams adalah satu aplikasi atau platform interaksi yang
diperkenalkan oleh syarikat Microsoft. Aplikasi ini dintegrasikan secara langsung dalam Microsoft
Office 360 yang membolehkan seseorang atau institusi yang melanggan untuk berhubung,
berkomunikasi, bekerjasama, dan melakukan semua aktiviti dengan mudah dan pantas. Microsoft
Teams bukan sahaja membolehkan komuniti berkolaborasi secara live dan berkongsi fail dari satu
tempat yang sama, malah pensyarah dan pelajar boleh bertemu secara maya seperti di dalam
dewan kuliah. Fungsi yang pelbagai yang ditawarkan oleh Microsoft Teams dilihat sangat menarik
dan kondusif mampu memupuk minat para pelajar meneruskan pembelajaran sepanjang tempoh
PKP berlangsung.
Bagi melestarikan sesi pembajaran dan pembelajaran dalam talian ini, Pusat
Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) berperanan sebagai penggerak kepada teknologi
baharu dan bertanggungjawab memantau perlaksanaanya telah menjalankan latihan kepada
tenaga pengajar untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran menggunakan aplikasi yang
dipilih khususnya Microsoft Teams bagi memastikan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
317
pembelajaran yang dilaksanakan. Namun sejauh mana kemahiran para pelajar dan kesediaan
mereka menggunakan aplikasi Microsoft Teams ini masih menjadi tanda tanya. Oleh yang
demikian, kajian ini memfokuskan kepada kesediaan pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) bagi semua program melibatkan semua fakulti yang ada di USIM.
ULASAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan baru-baru ini untuk mengkaji
tahap kesedian pelajar belajar secara dalam talian. Menurut Chung, Mohamed Noor &
Mathew (2020) dan Chung et al. (2020) golongan pelajar khususnya di institusi pengajian
tinggi adalah antara golongan yang paling terkesan akibat penularan wabak COVID-19
kerana sesi pembelajaran yang dijalankan secara bersemuka pada awalnya telah
digantikan dengan sesi pembelajaran dalam talian bagi memastikan kesinambungan
pendidikan yang sedang berlangsung dapat diteruskan dengan sebaiknya. Kebanyakan
universiti dalam dan luar negara mula terlibat dalam sesi pembelajaran dalam talian
sebagai alternatif terbaik untuk memastikan pelajar dapat menjalankan pengajian seperti
sediakala akibat senario dan keadaan semasa. Misalnya, University of Cambridge
merupakan universiti pertama di United Kingdom terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran atas talian sepenuhnya bagi sesi 2020/2021 bagi mengekang penularan
wabak COVID-19 dalam kalangan warga universiti (Europe News, 2020).
Peningkatan kebolehupayaan penerimaan pelajar terhadap platform pengajaran
dan pembelajaran atas talian telah dibuktikan oleh Radford & Weko (2011) apabila
pendaftaran pelajar untuk menyertai kursus yang ditawarkan secara dalam talian
meningkata dari 8 % pada tahun 2000 kepada 20% pada tahun 2008. Peningkatan ini telah
menunjukkan bawa pelajar telah bersedia menerima norma baru dalam sesi
pembelajaran yang berlangsung menggunakan platform yang sedia ada. Tambahan lagi,
tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Keusahawanan Arthur M. Blank babson College
terhadap 2800 pusat pengajian tinggi turut menunjukkan dapatan yang sama apabila
peningkatan pelajar yang mengambil kusus dalam talian menunjukkan peningkatan
yang drastik pada tahun 2013 dengan mencatatkan pertambahan dari 411 kepada 701
juta pelajar (Allen & Seamnan, 2014; Van Rooiji & Zirkle, 2017). Ia menunjukkan bahawa
para pelajar secara amnya dapat menerima pembelajaran yang dijalankan secara dalam
talian yang melibatkan beberapa platform utama seperti Google Classroom, Microsoft
Teams, Webex dan sebagainya.
Selain tu, di negara Malaysia khususnya turut terlibat dalam fasa peralihan
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada dalam talian memandang Pihak
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa seluruh universiti di
318
negara ini sama ada swasta dan awam perlu menjalankan aktiviti pelajaran dan
pembelajaran dalam talian sehingga hujung tahun iaitu Disember 2020 (Kementerian
Pengajian Tinggi, 2020) sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah
diumumkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk mengekang penularan pandemik
COVID-19.
Akhir-akhir ini terdapat beberapa kajian yang memfokuskan kepada kesediaan
dan penerimaan pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
secara dalam talian terutama melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi. Misalnya
Atkinson & Blenakenship, (2009), Chung et al. (2020), Hung, Chou, Chen & Own (2010).
Hung et al. (2010) mengukur tahap kesediaan pelajar melibatkan lima dimensi utama
iaitu pembelajaran kendiri, kawalan pelajar, keberkesanan komputer dan internet,
keberkesanan diri berkomunikasi dalam talian dan motivasi untuk belajar. Oleh itu,
kajian ini akan memfokuskan kepada sikap, tahap pengetahuan dan motivasi pelajar
sebagai indikator utama untuk melihat sejauh mana penerimaan mereka terhadap
penggunaan platform pengajaran dan pembelajaran atas talian khususnya Microsoft
Teams.
PERMASALAHAN KAJIAN
Pembelajaran secara dalam talian atau jarak jauh di Malaysia hanya ditawarkan
oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam dan kebanyakan melibatkan institusi
pengajian tinggi swasta. Ia hanya boleh melibatkan beberapa kursus dan program
pengajian yang terpilih sahaja (Noraffandy & Ling, 2011). Namun, akibat pandemik
COVID-19, seluruh institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta tiada pilihan
melainkan berubah daripada kaedah pembelajaran secara bersemuka kepada dalam
talian secara menyeluruh.
Perubahan secara mengejut dan mendadak ini telah memberikan cabaran yang
sangat besar kepada semua pihak termasuk pentadbir universiti, pensyarah dan juga
para pelajar. Semua institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) harus sentiasa membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi segala
kemungkinan.
mereka dengan memberikan pelbagai latihan penggunaan aplikasi secara komprehensif
dan teknikal kepada para penyarah. Selain itu, para pensyarah dan pelajar turut
diberikan beberapa kemudahan bantuan rangkaian internet dan capaian aplikasi secara
percuma untuk menjayakan kelas dan tutorial contohnya seperti Microsoft Teams yang
merupakan platform utama pembelajaran dan pengajaran di USIM sepanjang tempoh fasa
Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia.
319
Terkini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa negara kita akan tetap
meneruskan Perintah Pergerakan Kawalan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember tahun
2020. Walaupun universiti-universiti awam diberikan autonomi untuk membuat
keputusan, pembelajaran dalam talian dilihat sebagai satu-satunya jalan penyelesaian
bagi memastikan kesinambungan pendidikan dalam kalangan pelajar universiti dapat
diteruskan.
Setelah negara melalui beberapa fasa PKP, para pelajar dilihat semakin dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran maya yang telah dilaksanakan
sejak beberapa bulan yang lalu. Tidak dinafikan tenaga pengajar memainkan peranan
penting dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dalam
talian sama ada berjaya atau gagal (Keramati, Afshari, & Kamrani, 2011). Akan tetapi,
kesediaan pelajar semasa dan selepas proses ini berlaku turut perlu diambil kira untuk
menilai keberkesanan platform yang digunakan dan mengukur hasil pembelajaran
mereka.
Oleh yang demikian, para pengkaji melihat satu kajian perlu dijalankan di
kalangan pelajar-pelajar USIM untuk melihat sejauh mana penerimaan dan kesediaan
mereka terhadap penggunaan aplikasi Microsoft Teams yang telah digunapakai oleh
mereka sepanjang tempoh PKP dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi mereka.
Ringkasnya, dengan memahami kesediaan belajar dalam talian dalam kalangan pelajar
di universiti merujuk kepada tahap pengetahuan, sikap dan motivasi pelajar akan
memberikan pendekatan pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan baik di
samping meningkatkan pengalaman dan kepuasan dalam sesi pembelajaran mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai tiga objektif utama: pertama, untuk meninjau tahap pengetahuan
pelajar USIM terhadap penggunaan Microsoft Teams sebagai platform pembelajaran.
Kedua, untuk mengkaji sikap pelajar USIM terhadap penggunaan Microsoft Teams
sebagai medium pembelajaran sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Ketiga, untuk
mengenal pasti tahap motivasi pelajar USIM semasa menggunakan Microsoft Teams
sebagai platform pembelajaran sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan menjalankan kajian ini adalah untuk memberi gambaran secara jelas
kepada pihak pengurusan dan pentadbir universiti tentang kesediaan dan tahap
penggunaan Microsoft Teams dala kalangan pelajar-pelajar USIM sebagai platform utama
pembelajaran secara maya semasa tempoh PKP dilaksanakan. Berdasarkan dapatan
kuantitatif yang diperolehi, kajian ini akan memberikan maklumat kepada para
penyarah untuk membuat persediaan dengan lebih rapi sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian perlu dilaksanakan pada masa akan datang.
320
Selain itu, kajian ini juga turut memberikan maklumat kepada pihak pengurusan
akademik universiti supaya lebih lebih peka kepada isu yang diketengahkan dalam
kajian ini iaitu tahap kesediaan pelajar untuk terlibat secara langsung dalam e-learning
merujuk kepada tiga aspek utama iaitu tahap pengetahuan, sikap dan motivasi sekiranya
mahu memperluaskan lagi kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menyumbang kepada kajian literatur berkaitan
penggunaan aplikasi dan teknologi terkini dalam bidang pendidikan memandangkan
kajian kesediaan pelajar terhadap pengunaan platform Microsoft Teams ini masih baru
untuk diketengahkan sebagai bahan rujukan oleh para pengkaji di masa akan datang.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kajian rentas yang membenarkan pengkaji untuk
menggunakan kajian literatur pengajaran atas talian dan pengedaran borang soal selidik
sebagai prosedur utama dalam proses mengumpulkan data bagi tujuan memperoleh
dapatan kajian. Kaedah yang digunakan ini mampu membantu pengkaji memperoleh
pengumpulan data yang lebih tepat, tiada unsur bias bagi memastikan hanya data yang
berkualiti dapat dikumpulkan (Cresswell, 2008; Sekaran & Bougie, 2010). Selain itu,
kaedah pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik sebagai instrumen kajian
adalah bertepatan dan sesuai kerana kaedah ini lebih mudah untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden sebagai sampel kajian malahan ia adalah metod paling
sesuai sekiranya kajian berbentuk tinjauan (Jones 1996). Tambahan lagi, kaedah
pengumpulan data melalui soal selidik atau survey sesuai digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain
daripada keterangan latar belakang (Siti Fatimah & Siti Hasmiza, 2018). Kajian ini telah
dilaksanakan di sembilan fakulti dalam Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). Antara
langkah awal yang dijalankan dalam prosedur pengumpulan data kajian adalah
pembentukan item dalam borang soal selidik berdasarkan kalian literatur pengajaran
atas talian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Seterusnya,
penambahbaikan kandungan serta format borang soal selidik telah dijalankan bagi
tujuan kajian sebenar. Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden, kaedah
penterjemahan balik telah digunakan untuk menterjemahkan borang soal selidik dalam
dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan dapatan kajian (Cresswell, 2008; Sekaran & Bougie, 2010). Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian.
Dalam konteks kajian ini, borang soal selidik ini diedarkan kepada responden secara
rawak menggunakan kemudahan aplikasi kaji selidik dalam talian. Kaedah ini dipilih
321
kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah dan murah serta dapat menjimatkan
masa.
Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang diubahsuai daripada
Noraffandy dan Ling (2011). Soal Selidik ini mengandungi 27 item yang terbahagi
kepada empat bahagian seperti berikut:
i) Bahagian A (Latar Belakang Pelajar) yang mana bahagian ini mengandungi 3
pernyataan bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden iaitu
jantina, fakulti dan tahun pengajian.
ii) Bahagian B (Tahap Pengetahuan Penggunaan Microsoft Teams). Bahagian ini terdiri
daripada 8 pernyataan yang bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar
dalam penggunaan aplikasi Microsoft Teams.
iii) Bahagian C (Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams) Bahagian ini
terdiri daripada 9 pernyataan yang menguji sikap pelajar menggunakan e-learning.
iv) Bahagian D (Motivasi Pelajar Terhadap Semasa Menggunakan Microsoft Teams)
Bahagian ini terdiri daripada 7 item yang menguji motivasi pelajar menggunakan
elearning.
Dalam bahagian B, C dan D, responden dikehendaki menjawab soalan-soalan
berdasarkan skala Likert iaitu 5- sangat setuju (SS), 4- setuju (S), 3- Kurang Setuju (KS),
2- tidak setuju (TS) dan 1- sangat tidak setuju (STS).
Responden Kajian
muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada pelbagai fakulti. Pengkaji
menggunakan kaedah persampelan mudah (Convenience sampling) yang mana kaedah ini
dianggap paling sesuai untuk digunakan dalam kajian tinjaun. Antara kelebihan teknik
persampelan mudah adalah pengkaji dapat menggunakan subjek kajian yang paling
hampir untuk menyertai kajian.
Selain itu, data yang dikumpulkan dapat diperolehi dengan cepat dengan kos
yang rendah. Teknik persampelan ini selalu digunakan oleh pengkaji dalam kajian rintis
yang mana penyelidik boleh mendapatkan hasil atau gambaran awal kajian sebelum
melakukan ujian sampel perwakilan yang lebih besar dan ramai. Dalam kajian ini,
seramai 218 orang pelajar telah menjawab soal selidik yang diedarkan dan terpilih
sebagai sampel kajian.
Bahagian A: Demografi Responden
Seramai 218 orang responden telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 pelajar lelaki iaitu sebanyak 22% telah memberi
maklumbalas. Manakala 170 responden ialah pelajar perempuan iaitu sebanyak 78%. Ini
menunjukkan bahawa jumlah responden perempuan adalah jauh lebih ramai daripada
responden lelaki.
Dari segi fakulti, hasil analisis data menunjukkan bahawa responden yang
menjawab borang soal-selidik adalah terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai sembilan fakulti pengajian di
peringkat sarjana muda. Majoriti responden yang menjawab soal-selidik adalah daripada
Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) iaitu sebanyak 36.7% (n=80), Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) sebanyak 14.2% (n=31), diikuti oleh Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
kedua-duanya sebanyak 12.4% (n=24). Fakulti Sains dan Teknologi (FST) sebanyak 11.9%
iaitu (n=26) daripada jumlah responden. 11% iaitu (n=24) daripada pelajar Fakulti
Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan 1.4% iaitu (n=3) disumbangkan oleh pelajar Fakulti
Pergigian (FPg).
Daripada sembilan fakulti yang terdapat di USIM, tiada maklum balas diterima daripada
para pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan fakulti Kejuruteraan dan Alam
Bina (FKAB).
Selain itu, data yang diperolehi mendapati majoriti responden yang menjawab
soal selidik adalah daripada pelajar tahun 1 iaitu seramai 45.9% (n=100), diikuti oleh
pelajar tahun 2 sebanyak 27.1% (n=59). Manakala pelajar tahun 3 yang menajawab adalah
sebanyak 24.8% (n=54) seterusnya pelajar tahun 4 adalah sebanyak 2.3% iaitu seramai 5
orang sahaja.
Jadual 1 menunjukkan statistik deskriptif bagi faktor yang pertama iaitu pengetahuan
menggunakan Microsoft Teams di kalangan pelajar. Faktor ini menjelaskan tahap
penerimaan, keupayaan dan pengalaman pelajar dalam menggunakan Microsoft Teams
sebagai medium pembelajaran utama pelajar untuk berinteraksi dengan pensyarah
semasa kuliah diadakan. Penilaian faktor ini mengandungi 8 item yang diubahsuai
mengikut kesesuaian tajuk kajian.
1. Saya mempunyai kemahiran
3.90 0% 0.9% 22.9% 60.6% 15.6%
2. Saya selalu menghadapi
2.33
Teams diaplikasikan di USIM.
19.3% 40.4% 30.7% 5.5% 4.1%
4. Saya sedar bahawa Microsoft
Teams mempunyai banyak
4.35 0.9% 0% 7.3% 45.9% 45.9%
5. Saya tahu bahawa saya akan
ketinggalan sekiranya tidak
4.16 1.4% 1.8% 15.6% 41.7% 39.4%
6. Saya sedar bahawa saya perlu
menggunakan Microsoft
4.49 0% 0% 6% 39% 55%
7. Saya tidak boleh
2.32 20.6% 39% 28.9% 10.1% 1.4%
8. Saya tahu menggunakan
3.77
Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan, min yang paling tertinggi telah
disumbangkan oleh item B6 (min: 4.49) yang mana 55% (n=120) pelajar sangat bersetuju
dan 39% (n=85) orang lagi pelajar bersetuju bahawa mereka sedar mereka perlu
324
semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ssterusnya, item yang mendapat
min tertinggi adalah item B4 (min: 4.35) iaitu sebanyak 45.9% (n=100) pelajar masing-
masing menjawab sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka tahu dan sedar bahawa
aplikasi Microsoft Teams mempunyai banyak kelebihan yang boleh membantu mereka
dalam pembelajaran.
Item B7 telah mendapat min paling rendah iaitu 2.32 yang mana seramai 45 orang
pelajar sangat tidak bersetuju (20.6%), 85 orang tidak bersetuju (39%) dan 63 orang
kurang bersetuju dengan penyataan bahawa mereka tidak boleh menggunakan Microsoft
Teams dengan berkesan. Begitu juga dengan item B2 (min: 2.33) yang mana majoriti
pelajar menunjukkan respon yang negatif terhadap penyataan bahawa mereka
menghadapi halangan semasa menggunakan Microsoft Teams disebabkan kurang
berpengatahuan tentan aplikasi berkenaan.
Jadual 2 menunjukkan statistik deskriptif bagi faktor sikap pelajar terhadap penggunaan
Microsoft Teams dalam pembelajaran. Penilaian faktor ini mengandungi 9 item yang
diubahsuai mengikut kesesuaian tajuk kajian.
Jadual 2: Sikap
1. Saya bersedia untuk menggunakan
Microsoft Teams pada bila-bila masa.
2 11 30 104 71 4.05
0.9% 5% 13.8% 47.7% 32.6%
2. Saya sentiasa mempelajari cara
menggunakan Microsoft Teams.
0% 1.8% 20.6% 52.3% 25.2%
3. Saya bersedia untuk menghadapi
cabaran dalam penggunaan
3.96 0% 3.2% 23.9% 45.9% 27.1%
4. Saya jarang memberi galakan
kepada rakan-rakan supaya
menggunakan Microsoft Teams.
2.38 20.2% 34.4% 34.4% 9.2% 1.8%
5. Saya menganggap bahawa Microsoft
Teams adalah aplikasi pembelajaran
3.84 1.8% 6% 21.6% 47.2% 23.4%
6. Saya menggunakan Microsoft Teams
bagi semua mata pelajaran.
1.8% 6% 18.3% 45.4% 28.4%
7. Saya menggunakan Microsoft Teams
untuk berkomunikasi dengan
3.57 5% 12.4% 24.3% 36.2% 22%
325
untuk berkomunikasi dengan
3.67 3.2% 6.9% 29.8% 39% 21.1%
9. Saya sentiasa berinteraksi dengan
aktif semasa menggunakan
3.39 2.8% 11.9% 40.4% 32.6% 12.4%
Hasil analisis data mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan sikap yang positif
terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
dilihat di item C1 yang memperoleh min paling tinggi (min: 4.05) yang mana 71 orang
pelajar sangat bersetuju (37.6%) dan 104 bersetuju (47.7%) bahawa mereka bersedia
menggunakan aplikasi Microsoft Teams pada bila-bila masa yang diperlukan untuk tujuan
pembelajaran. Min paling tinggi diikuti oleh item C2 (min: 4.00) yang mana 55 orang
pelajar sangat setuju (25.2%) dan 114 orang pelajar bersetuju (52.3%) bahawa mereka
sentiasa sedia untuk mempelajari cara menggunakan Microsoft Teams dengan lebih baik.
Selain itu, terdapat min yang berada di tahap yang rendah iaitu 2.38 bagi item C4 yang
mana majoriti pelajar menunjukkan sikap yang negatif iaitu sebanyak 20.2%(n=44) sangat
tidak bersetuju, 34.4% (n=75) masing-masing memberi respon tidak bersetuju dan kurang
bersetuju terhadap penyataan bahawa mereka jarang menggalakkan rakan-rakan mereka
menggunakan microsoft Teams. Dalam erti kata yang lain, para pelajar saling memberi
galakkan sesama mereka supaya menggunakan aplikasi Microsoft Teams untuk
memudahkan proses pembelajaran.
Pembelajaran
Jadual 3 menunjukkan hasil analisis deskriptif bagi tahap motivasi pelajar dalam
menggunakan Microsoft Teams sebagai aplikasi utama pembelajaran. Penilaian faktor ini
merangkumi 7 item yang diubahsuai mengikut kesesuaian tajuk kajian.
Jadual 3: Motivasi
1. Saya suka menggunakan
Microsoft Teams untuk tujuan
4.12 1.4% 2.8% 16.5% 40.8% 38.5%
2. Saya berasa seronok
3.92 1.4% 3.7% 25.7% 39.9& 29.4%
326
2.40 20.2% 34.4% 32.1% 11% 2.3%
4. Saya mendapat galakan
4.11 0.9% 0.9% 16.5% 49.1% 32.6%
5. Saya mendapat galakan
daripada rakan sebaya untuk
3.87 1.4% 4.1% 24.8% 45% 24.8%
6. Saya merasakan pengunaan
3.76 2.8% 9.2% 22.9% 39% 26.1%
7. Saya merasakan penggunaan
3.82 0.9% 8.7% 24.3% 39.4% 26.6%
Hasil analisis data menunjukkan motivasi pelajar berada pada tahap yang baik. Ia dapat
dilihat pada item D1 yang mendapat min paling tertinggi (min: 4.12). Majoriti responden
iaitu 64 orang pelajar sangat bersetuju (38.5%), 89 orang memberi respon setuju (40.8%)
bahawa mereka suka menggunakan Microsoft Teams sebagai platform utama
pembelajaran. Hasil dapatan ini turut disokong oleh item D3 yang mana item ini
mendapat min paling rendah iaitu (min: 2.40) yang mana majoriti pelajar memberi
respon negatif terhadap penyataan bahawa mereka kurang berminat menggunakan
Microsoft Teams.
Selain itu, min yang berada di tahap yang tinggi diperolehi daripada item D4 (min: 4.11)
yang mana 71 orang pelajar memberi respon sangat bersetuju (32.6%) manakala 107
pelajar lagi memberi respon bersetuju (49.1%) dengan penyataan bahawa mereka
sentiasa mendapat galakan daripada para penysarah untuk menggunakan Microsoft
Teams.
PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada analisis data dan hasil kajian yang diperolehi, para pengkaji
mendapati bahawa para pelajar di USIM memberikan respon yang positif terhadap
ketiga-tiga faktor kesediaan dan penerimaan terhadap penggunaan aplikasi Microsoft
327
Teams sebagai medium utama pembelajaran iaitu faktor pengetahuan, sikap dan
motivasi.
Dari segi pengetahuan, kita dapat melihat bahawa generasi baru mempunyai tahap
pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan teknologi terkini dalam
pembelajaran. Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Faridah dan
Zain (2012) dan juga kajian Siti Fatimah dan Siti Hasmiza (2018) yang mana pelajar
memberikan respon yang sangat positif terhadap penggunaan e-learning. Pelajar juga
didapati tidak menghadapi banyak masalah walaupun terpaksa mempelajari
penggunaan aplikasi baru dan dapat menyesuaikan diri dengan platform tersebut dalam
masa yang singkat akibat daripada pandemik COVID-19. Namun begitu, dapatan turut
mendapati pengetahuan dan kemahiran pelajar tentang penggunaan Microsoft Teams
secara berkesan dan maksima masih berada di tahap yang sederhana.
Dari segi sikap, hasil dapatan daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar USIM
menunjukkan para pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan
aplikasi Microsoft Teams. Pelajar menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi untuk
menggunakan aplikasi tersebut pada bila-bila masa yang diperlukan untuk tujuan
pembelajaran. Respon pelajar juga menunjukkan mereka sentiasa bersedia untuk
mempelajari cara-cara menggunakan Microsoft Teams dengan lebih berkesan. Selain itu,
jawapan pelajar turut mendapati bahawa mereka tidak bersetuju bahawa penggunaan
Microsoft Teams menghalang mereka daripada berinteraksi secara aktif dengan pensyarah
semasa kuliah dijalankan. Secara keseluruhan, sikap pelajar terhadap penggunaan
aplikasi Microsoft Teams untuk tujuan pembelajaran berada di tahap yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, pengkaji juga mendapati bahawa motivasi terhadap
penggunaan aplikasi pembelajaran seperti Microsoft Teams di kalangan pelajar berada di
tahap yang tinggi walaupun menghadapi pelbagai cabaran khususnya dalam situasi
pandemik COVID-19. Hasil kajian ini selari dengan kajian terbaru yang dijalankan oleh
Sakshi dan Jaya Shankar (2020) terhadap penggunaan aplikasi Zoom sebagai medium
pembelajaran semasa pandemik COVID-19 yang mana hasil kajian mereka menunjukkan
majoriti responden memberikan respon postitif terhadap penggunaan aplikasi yang telah
menjadikan proses pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Kajian yang sama turut
menyokong hasil kajian ini yang mana kebanyakan pelajar menyokong bahawa
penggunaan aplikasi dalam talian seperti Microsoft Teams, Google Classroom, Zoom atau
teknologi pembelajaran yang lain dapat menjimatkan masa.
Secara keseluruhan, maklum balas pelajar telah menunjukkan bahawa mereka
boleh menerima penggunaan aplikasi Microsoft Teams sebagai platform pembelajaran
secara maya dan bersedia sekiranya penggunaan aplikasi ini digunakan di masa akan
datang.
328
‘penghijrahan’ secara besar-besaran. Universiti-universiti di seluruh dunia terpaksa
mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada dalam talian
sepenuhnya. Situasi ini bukan sahaja membuka lembaran dan cabaran baru kepada
tenaga pengajar dan pendidik, malah mengubah telah mengubah sikap pelajar terhadap
penggunaan teknologi.
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya para pelajar khususnya di USIM telah
bersedia dari segi kemahiran, sikap dan motivasi untuk menjayakan pembelajaran dalam
talian. Respon daripada para pelajar juga menjelaskan bahawa mereka boleh
memberikan komitmen yang baik dalam pembelajaran secara maya dan boleh
berinteraksi dengan pensyarah semasa sesi pembelajaran diadakan.
Hasil respon pelajar menjelaskan peranan penting pensyarah sebagai fasilitator
kerana pembelajaran dalam talian lebih terfokus kepada pelajar untuk belajar secara
kendiri. Pensyarah perlu terus memberi motivasi dan merangsang pelajar untuk belajar
secara kendiri. Budaya belajar yang diamalkan di dalam kelas secara bersemuka perlu
diteruskan dan dibawa ke persekitaran pembelajaran dalam talian. Kempen galakan
mengenai komunikasi aktif dan sosialisasi pembelajaran dalam talian perlu
dipertingkatkan bagi mengekalkan interaksi di antara sesama pelajar dan juga
pensyarah.
Dapatan kajian juga telah memperlihatkan kepada kerajaan tentang peranan dan
sokongan yang harus diambil iaitu dengan menyediakan infrastruktur, bantuan peranti
dan kemudahan jaringan internet yang baik sama ada di bandar atau di ceruk kampung
kerana kos yang tinggi diperlukan oleh para pelajar untuk mendapatkan internet bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian berjalan dengan lancar.
Kajian yang berterusan diperlukan dalam bidang ini terutama isu-isu yang
berkaitan dengan kesediaan mental dan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar
di rumah semasa menjalani proses pembelajaran bagi mencari solusi yang sepatutnya.
Kajian mengenai pedagogi pembelajaran dalam talian juga harus diperluaskan untuk
mempersiapkan para pendidik dengan teknik, kaedah dan aktiviti pembelajaran yang
sesuai dan terbaik untuk diaplikasikan dalam sesi pembelajaran secara maya.
PENUTUP
Revolusi Industri 4.0 telah membuka banyak peluang dan manfaat kepada dunia
pendidikan. Kemajuan teknologi yang pantas berkembang telah membolehkan
pendidikan diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa. Melalui pembelajaran dalam
talian, para pelajar tidak keciciran dalam pelajaran walaupun dalam situasi pandemik
329
COVID-19 yang tidak membenarkan pertemuan secara bersemuka. Namun, dari sudut
yang lain, penggunaan teknologi tidak mungkin berkesan terutamanya kepada generasi
hari ini kini sekiranya mereka tidak disuntik dengan elemen digitalisasi yang betul
sebagai persediaan. Oleh yang demikian, keperluan dunia pendidikan untuk membuat
persiapan adalah langkah penting bagi mendepani cabaran dalam dunia pembelajaran
maya seterusnya dapat melaksanakan suatu perancangan yang jelas dan lebih terarah.
RUJUKAN
Allen, I. E., & Seaman, J. 2014. Grade change: Tracking online education in the
United States. Babson Park, MA: Babson Survey Research Group.
Atkinson, J., & Blankenship, R. .2009. Online learning readiness of undergraduate
college students: A comparison between male and female students. The Journal of
Learning in Higher Education. 5. 49-56.
Atousa Rasouli, Zahra Rahbania & Mohammad Attaran. 2016. Students’ Readiness for E-
learning Application in Higher Education. Malaysian Online Journal of Educational
Technology, 4 (3), 51-64.
Chung, E., Noor, N. M., & Vloreen Nity Mathew. 2020. Are You Ready? An Assessment
of Online Learning Readiness among University Students. International Journal of
Academic Research in Progressive Education and Development, 9(1), 301–317.
Creswell, J. W. 2008. Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative
and qualitative research (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education, Inc.
Europe News .2020. Retrieved from: https://www.neweurope.eu/article/cambridge-
university-movesto-full-year-of-online-learning/
Faridah Binti Jamil @ Amat dan Zain Binti Retas. 2012. Kesediaan Penggunaan E-Learning
Di Kalangan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Jabatan Kejuruteraan
Elektrik Politeknik Merlimau, Melaka. Jurnal KPT6044.
Golzari, Z., Kiamanesh, A., Ghorchian, G. N., & Ghafari, P. 2010. Development and
accreditation of a model for internal evaluation of E-Learning courses. Journal of
Higher Education Curriculum Studies, 1(1), 160-185.
Hung, M. L., Chou, C., Chen, C. H., Own. Z. Y. 2010. Learner readiness for online
learning: Scale development and student perception. Computers & Education,
55(2010), 1080-1090. Doi:10.1016/j.compedu.2020.05.004.
Jones K.H, Womble, M. and Searcy, C.A 1996. T & I Education Students. Perceptions of
Cources. Journal of Industrial Teacher Education. 34. 82 – 101.
330
Keramati, A., Afshari-Mofrad, M., & Kamrani, A.. 2011. The role of readiness factors in
E-learning outcomes: An empirical study. Computers & Education, 57(3), 1919–
1929.
Malaysian Ministry of Higher Education. 2020. Press Release by the Malaysian Ministry
of Higher Education, retrieved from
https://www.nst.com.my/education/2020/06/599586/overseas-dream-put-hold.
Noraffandy Yahaya dan Ning Ning Ling. 2011. Kesediaan penggunaan e-learning di
kalangan pelajar tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - satu tinjauan.
Jurnal of Educational Social Science, 1, 121-140.
Radford, A.W., & Weko, T. 2011. Learning at a distance: Undergraduate enrolment in
distance education courses and degree programs. (NCES 2012–154) Washington,
D.C.: National Center for Education Statistics.
Sekaran, U., & Bougie, R. 2010. Research methods for business: A skill-building approach (5th
ed.). Haddington: John Wiley & Sons.
Siti Fatimah Md Azali & Siti Hasmiza Hassan. 2018. Kajian Penerimaan Pelajar Terhadap
Kaedah Massive Open Online Course (MOOC) Sebagai Medium Pembelajaran Di
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. Journal Of Technical
And Vocational Education, Vol. 1, 73-86.
Tam, G. & El-Azar, D. 2020. 3 ways the coronavirus pandemic could reshape education.
The World Economic Forum COVID Action Platform. Retrieved from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/3-ways-coronavirus-is-reshaping-
education-and-what-changes-might-be-here-to-stay/
Van Rooij, S. W. & Zirkle, K. 2017. Balancing pedagogy, student readiness and
accessibility: A case study in collaborative online course development. Internet
and Higher Education, 28(1- 7).
Verawadina, U., Jalinus, N., Krismadinata, Widya, R.N., & Simeru, A. 2020. Needs
Assessment of ELearning Vocational Education. International Journal of
Innovation, Creativity and Change, 11(4), 262– 274.
PENERIMAAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS SEBAGAI PLATFORM PEMBELAJARAN – SATU TINJAUAN