sejauh mana penggunaan tenaga nuklear di malaysia berbanding tenaga bersumberkan termokimia dan...

11
SEJAUH MANA PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA BERBANDING TENAGA BERSUMBERKAN TERMOKIMIA DAN ELEKTROKIMIA. Tenaga nuklear kadang kala di sebut sebagai Tenaga Atom, ialah sejenis tenaga yang mengikat nukleus sesebuah ataom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear ( iaitu bukan letupan ) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Henri Becquerel iaitu seorang ahli fizik Perancis telah menemui tenaga nuklear pada tahun 1896 iaitu ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895. Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma iaitu “ pereputan radioaktif “ yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nucleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran electromagnet ( seperti sinar Gamma ) , neutrino atau kesemuanya sekali. Proses yang kedua ialah pembelahan nuklear iaitu proses yang membelah satu nucleus berat menjadi dua nucleus yang lebih ringan, dan proses yang ketiga

Upload: kbx8876

Post on 16-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppg sem5

TRANSCRIPT

Page 1: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

SEJAUH MANA PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA BERBANDING

TENAGA BERSUMBERKAN TERMOKIMIA DAN ELEKTROKIMIA.

Tenaga nuklear kadang kala di sebut sebagai Tenaga Atom, ialah sejenis tenaga yang mengikat

nukleus sesebuah ataom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti

pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari

reaksi nuklear ( iaitu bukan letupan ) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan

nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk

menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Henri Becquerel iaitu seorang ahli fizik Perancis telah menemui tenaga nuklear pada tahun 1896

iaitu ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap

berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X yang baru sahaja

ditemui pada tahun 1895.

Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma iaitu “ pereputan radioaktif “ yang

melibatkan satu proton atau neutron dalam nucleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan

samada zarah-zarah, sinaran electromagnet ( seperti sinar Gamma ) , neutrino atau kesemuanya

sekali. Proses yang kedua ialah pembelahan nuklear iaitu proses yang membelah satu nucleus

berat menjadi dua nucleus yang lebih ringan, dan proses yang ketiga ialah proses pelakuran

nuklear yang menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang berat.

Pada tahun 2005 , tenaga nuklear membekalkan sebanyak 6.3% tenaga dunia dan 15% kuasa

elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun menggunakan 56.5% elektrik yang

dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di

dunia yang beroperasi di 31 buah negara.

Page 2: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

Kemajuan pesat di seluruh dunia telah mendorong pelbagai negara untuk mengaplikasikan

tenaga nuklear di negara mereka sendiri, dimana negara-negara maju seperti Amerika Syarikat

dan Rusia telah lama menggunakan sumber janakuasa nuklear. Ini juga telah mendorong

kerajaan Malaysia untuk menggunakan tenaga nuklear di Malaysia pada tahun 2021 apabila

Malaysia dijangka menghadapi krisis tenaga, dimana sumber bahan asli seperti petroleum, gas

asli dan arang batu akan mengalami kesusutan dan habis.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan terdapat lima lokasi telah dikenalpasti oleh

kerajaan bagi membina stesen janakuasa tenaga nuklear iaitu satu di Kedah, Perak, Terengganu

dan dua di Johor. Bagi suatu negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia, tenaga

elektrik adalah satu elemen penting dalam pembangunan di mana ianya boleh dijana dengan

arang batu, gas asli dan sistem hidro, tetapi tenaga nuklear di Malaysia boleh membekalkan

berjuta kali ganda daripada sumber tenaga yang sedia ada dengan menggunakan jumlah yang

sedikit. Lagipun kandungan sumber uranium iaitu bahan bakar tenaga nuklear adalah lebih

banyak di bumi ini dan boleh bertahan sehingga 100 – 200 tahun lagi.

Tidak seperti tenaga sumber asli yang lain, tenaga nuklear tidak menghasilkan karbon dioksida

yang menyebabkan pemanasan global dan bersesuaian dengan dasar kerajaan untuk

mengurangkan 40% daripada pencemaran karbon dioksida pada tahun 2020. Walau

bagaimanapun penggunaan teknologi nuklear di Malaysia masih lagi boleh dikira berada di

peringkat yang minima lagi jika dibandingkan dengan penggunaan tenaga yang berasaskan

termokimia dan elektrokimia. Antara bidang-bidang yang telah menggunakan tenaga nuklear di

Malaysia ialah seperti bidang pertanian , perubatan dan bidang pembuatan.

Melalui bidang pertanian , teknologi nuklear merupakan salah satu teknologi moden yang

berkembang dengan pesat. Pemanfaatan teknim nuklear pada tanaman boleh digunakan untuk

pembaikan jenis-jenis tanaman melalui mutasi dengan radiasi. Menurut seorang Pegawai

Penyelidik Kanan MINT ( Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia ) iaitu Dr.Rusli

Ibrahim, terdapat banyak kajian yang dijalankan menjurus kepada pembangunan bidang

pertanian dan industry asas tani di negara kita. Antara teknik-teknik yang telah dibangunkan

dalam bidang pertanian ialah seperti mutasi aruhan, kajian racun serangga, pengurusan

pengairan, kajian sampingan agro, kendalian lepas tuai dan pengawetan makanan.

Page 3: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

Penggunaan tenaga nuklear dalam bidang pertanian telah banyak membantu para petani dalam

meningkatkan hasil tanaman mereka dan seterusnya pendapatan mereka. Antaranya ialah tenaga

nuklear telah dapat digunakan bagi mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan. Sinaran Gamma

juga telah diaplikasikan di bidang pertanian . Ini kerana sinar Gamma dapat memandulkan

serangga perosak ya ng menjadi musuh para petani ini. Secara tidak langsung bilangan serangga

perosak ini akan dapat dikawal. Teknik ataupun kaedah mutasi aruhan juga dapat menghasilkan

baka tanaman yang lebih baik. Mutasi merupakan satu proses di mana gen atau mana-mana

turutan DNA mengalami perubahan dalam strukturnya. Proses mutasi tidak biasa berlaku dalam

alam sekitar biasa dan jika ianya terjadi sekal;ipun ia akan memakan masa yang agak lama dan

berlaku pada kadar yang rendah. Tetapi dengan penggunaan sinar Gamma dan sinar X mutasi

boleh dipercepatkan melalui induksi oleh agen mutasi sama ada secara kimia atau fizikal.

Tanaman seperti padi, kacang tanah dan kacang soya, biji benihnya merupakan bahagian yang

paling popular dan berpotensi untuk diradiasi dfengan sinar Gamma yang dihasilkan daripada

unsur Cobalt-60. Radiasi juga boleh dilakukan secara akut dalam masa yang singkat dengan

kadar dos yang tinggi seperti dalam pengkulturan tisu tumbuhan . Buat masa ini penggunaan

tenaga nuklear dalam bidang pertanian telah Berjaya menghasilkan beberapa tumb uhan mutan

baru seperti pisang, padi, kacang tanah, dan juga tanaman hiasan yang mempunyai ciri-ciri yang

lebih berkualiti seperti hasil yang tinggi, pokok rendah, matang awal, rasa lebih enak dan ciri-ciri

yang lebih menarik, khusus bagi tanaman hiasan seperti perubahan warna bunga dan daun ,

pokok renek dan lain-lain lagi.

Page 4: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

Selain dari bidang pertanian , bidang perubatan juga turut menggunakan tenaga nuklear secara

meluas. Antaranya ialah melalui bidang radiologi. Melalui bidang ini penggunaan alat

pengimejan bioperubatan, imbasan sinar X dan juga ultra sound telah dipraktikkan. Manfaat

terbesar pengimejan perubatan ialah ianya membolehkan diagnosis dilakukan tanpa sebarang

prosedur yang memerlukan pembedahan . Sebelum adanya teknologi tersebut, diagnosis hanya

dapat dibuat secara tidak langsung melalui gejala atau symptom penyakit ataupun melalui biopsi.

Namun , pengimejan perubatan membolehkan penyakit kronik seperti kanser diketahui lebih

awal.

Sinar X juga banyak digunakan dalam bidang perubatan. Sinar X yang digunakan untuk tujuan

pengimejan bioperubatan adalah sinar berkekuatan tinggi yang mempunyai tenaga antara 12

hingga 120 kv. Pengimejan sinar X lazimnya dibuat dengan satu sumber sinaran dan pengesan

terdiri daripada filem foto, sintilator ataupun terkini diod semikonduktor digunakan . Dengan

adanya sinar X ini mesin-mesinnya telah dibekalkan di setiap hospital kerajaan di Malaysia.

Ianya telah dapat membantu ramai pesakit yang memerlukan penggunaan khidmat mesin sinar X

ini. Selain mesin sinar X , Florouskop juga banyak digunakan dalam bidang perubatan di

Malaysia. Florouskop adalah variasi pada radiografi dimana imej unjuran dibentuk pada

pengesan yang terdiri daripada paparan fluorescent. Florouskop terkini menggunakan kamera

video berSASKAN Charge Couple Device (CCD) dan membolehkan imej dimanipulasi secara

digital. Tenaga nuklear sebenarnya telah banyak memainkan peranan dalam bidang perubatan ini

dimana selain yang disebutkan di atas banyak lagi kegunaannya seperti alat pengimbas CAT dan

laser yang digunakan untuk membuat diagnosis penyakit, radioisotope fosforus pula dapat

merawat tumor otak dan dengan bahan-bahan nuklear ini juga pensterilan alatan perubatan lebih

sempurna.Ini semua akan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di Malaysia .

Page 5: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia juga digunakan dalam bidang pembuatan. Penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pengeluaran sarung tangan contohnya telah membantu memberi sumbangan yang besar kepada industri sarung tangan di Malaysia. Bagi industri minyak dan sektor marin pula, teknologi Non Destructive Testing (NDT) yang menggunakan tenaga nuklear melalui peralatan seperti sinar Gamma dan sinar X telah digunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas. Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain. Bidang komunikasi juga turut memanfaatkan penggunaan tenaga nuklear ini terutamanya bagi satelit dan juga internet.

Walau bagaimanapun penggunaan teknologi nuklear di Malaysia pada ketika ini masih lagi belum mencapai tahap maksima. Penggunaan tenaga yang bersumberkan termokimia seperti bahan api ataupun bahan bakar yang digunakan secara meluas oleh pelbagai sektor industri, dan juga oleh orang awam. Penggunaan tenaga yang bersumberkan termokimiayang terbesar adalah melalui diesel dan petroleum yang diperolehi melalui proses penyulingan petroleum setelah minyak mentah yang digali dari dasar lautan diperolehi. Bahan ini menjadi pilihan di Malaysia yang pertamanya adalah kerana ianya lebih murah dan mudah untuk diperolehi berbanding jika tenaga nuklear di gunakan untuk menjana enjin kenderaan ataupun bagi menghasilkan tenaga elektrik. Lagipun teknologi yang dimiliki oleh Malaysia masih belum mampu mempraktikkan penggunaan tenaga nuklear secara meluas. Pada masa sekarang tenaga elektrik masih lagi dijanakan dengan menggunakan bahan api sebagai penggerak utama di setiap stesen janakuasa. Walaupun hidroelektrik ada dihasilkan tetapi ianya masih belum mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Malaysia yang semakin bertambah dan sektor industri yang semakin berkembang yang menuntut bekalan elektrik secara banyak dan konsisten.

Secara amnya penduduk Malaysia masih lagi mentah tentang tenaga nuklear. Kebanyakkan dari mereka hanya tahu tentang penggunaan tenaga yang diperolehi berasaskan proses termokimia dan elektrokimia. Ini kerana kurangnya pendedahan tentang nuklear dan jika adapun yang tahu hanyalah sebilangan kecil sahaja. Kebergantungan rakyat Malaysia kepada tenaga bersumberkan termokimia ini adalah amat tinggi kerana ia mencakupi seluruh kehidupan mereka . Apabila disebut sahaja tentang nuklear dan radioaktif masing-masing akan merasa takut dan skeptikal mengenainya. Ini kerana mereka akan mengaitkan nuklear dengan bom atom dan kesannya terhadap Nagasaki dan Hiroshima. Itulah yang menjadi punca tentangan apabila kilang Lynas yang bertanggungjawab menguruskan sisa bahan radioaktif hendak dibina di negara kita dahulu sehingga menuntut pihak kerajaan melakukan penjelasan kepada penduduk sekitar. Bahan api fosil yang murah dan mudah diperolehi menjadikan tenaga nuklear sesuatu yang begitu mahal dan tidak relevan untuk digunakan di Malaysia. Namun begitu kerajaan telah mula menggerakkan usaha untuk merealisasikan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia contohnya penubuhan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) pada 11 Januari 2011 berperanan sebagai pelaksana program tenaga nuklear Malaysia.

Page 6: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

Langkah kerajaan Malaysia untuk mengaplikasikan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia mempunyai pro dan kontranya kerana , walaupun pada dasarnya penggunaan tenaga nuklear di Malaysia adalah hanya untuk tujuan keamanan sahaja seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear di Kuala Lumpur pada tahun 2012, ia masih lagi mempunyai beberapa keburukannya. Antara beberapa kebaikkan penggunaan tenaga nuklear ialah , tenaga nuklear dapat menjana tenaga elektrik dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa yang panjang. Satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa juta tan arang batu atau pun beberapa juta tong minyak.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan elektrik melalui tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara kerana loji-loji nuklear ini tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi. Pembinaan loji nuklear tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah.Selain daripada itu tenaga nuklear juga memberi banyak manfaat dalam bidang pertanian , perubatan dan pembinaan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Kemajuan dalam bidang tenaga nuklear ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia dalam membantu baik dari segi ekonominya mahupun dari segi peningkatan tahap kesihatan rakyat secara amnya.

Walaubagaimanapun, penggunaan tenaga nuklear ini juga mempunyai beberapa sisi gelapnya juga. Antara perkara-perkara yang mungkin akan berlaku dengan meningkatnya penggunaan tenaga nuclear berbanding tenaga berasaskan termokimia dan elektrolisis ialah seperti pencemaran radiasi daripada bahan nuklear. Radiasi ini boleh merosakkan sel badan manusia dan boleh mengakibatkan kanser serta kecacatan pada bayi-bayi yang baru lahir jika ibunya terdedah kepada radiasi. Perkara yang paling ditakuti sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear ialah apabila berlakunya kemalangan diloji nuclear yang akan mendatangkan kesan radiasi kepada penduduk sekitar yang akan menyebabkan kematian dan juga akan berlaku mutasi genetik serta penularan penyakit-penyakit yang timbul hasil daripada terdedah kepada radiasi terlalu lama. Kebocoron di loji nuklear ini telah dan pernah berlaku dibeberapa buah negara seperti di reactor nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada tahun 1979, Chernobyl, Ukraine pada 1986, Loji di Tokai Mura di Jepun pada 1999, United Kingdom pada tahun 2000 dan yang terbaru ialah di Fukushima Jepun. Kes-kes seperti ini masih lagi memberi kesan kepada mangsa-mangsa yang berada di tempat-tempat tersebut walaupun sudah lama berlaku kerana kesan radiasi mengambil masa yang lama untuk hilang dan mencapai tahap selamat kepada manusia. Dari segi ancaman peperangan pula, perlumbaan untuk membina senjata-senjata nuklear akan menjadi satu ancaman yang besar kepada keselamatan dunia kerana kesan dari penggunaan senjata nuklear ini amat dahsyat kesannya dan ini telah terbukti di Nagasaki dan Hiroshima sewaktu perang dunia

Page 7: Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

kedua dahulu. Inilah yang membimbangkan kebanyakkan rakyat Malaysia apabila teknologi nuklear ini disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Kesimpulannya penggunaan tenaga nuklear di Malaysia adalah satu langkah kehadapan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi krisis tenaga suatu hari nanti serta ia juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan lagi kegunaan nuklear bagi tujuan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia dari segala segi. Namun melihat kepada kesan-kesan yang mungkin terjadi akibat dari penggunaan tenaga nuklear ini mungkin sedikit mengerunkan rakyat Malaysia amnya. Kebergantungan kepada tenaga yang dihasilkan dari proses termokimia pula telah terbukti kesannya dengan peningkatan kadar pencemaran udara serta kemusnahan alam yang diakibatkan dari usaha untuk mendapatkan bahan mentah bagi diproses untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan. Sebenarnya terdapat tenaga alternatif yang boleh kita gunakan yang lebih baik dan kurang risikonya seperti tenaga suria, geoterma, ombak angin dan hidroelektrik. Tenaga-tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau dan ianya bersifat tidak akan habis kerana ia adalah tenaga yang boleh diperbaharui .