sejarahtahunbarucina

Upload: muniriza-is

Post on 03-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 SejarahTahunBaruCina

    1/3

    SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

    Pemberian Ang Pau tradisi utama dalam masyarakat Cina

    SejarahTahun Baru Cina

    Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas

    yang bernama Nianmembuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia

    hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan

    makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben

    merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

    Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender

    masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian

    cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

    Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

    Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah

    akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa

    dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi

    menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-

    rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

    Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah

    permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor

    binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,

    bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya,

    tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua

    binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.

    Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda,

    ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-

    tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

    Malam Tahun Baru Cina

  • 7/28/2019 SejarahTahunBaruCina

    2/3

    Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah

    ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi

    tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi

    turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran prosperity yang

    dimakan bersama arak.

    Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shuo sui, yang

    dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan

    dihabiskan dengan bermain mah jongsebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara

    ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan

    sambutan tahun baru bermula.

    Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina

    Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan

    memeriahkan suasana, di samping ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama

    penganut. Ia membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan. Tetamu mula

    berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi

    ang pow diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

    Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuanyee sangdan kuih bakul. Kaum keluarga akan

    makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan

    limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang

    pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang

  • 7/28/2019 SejarahTahunBaruCina

    3/3

    berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan

    diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

    Chap Goh Mei

    Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingn ya. Ia

    adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

    Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga

    disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti

    utama pada hari perayaan itu.

    Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaanini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi,

    China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya

    mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek

    Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang

    di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat

    istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

    Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk

    seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden

    yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah

    digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

    Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut

    dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi

    oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.