sejarah_perkembangan_pembelajaran_berasaskan_projek

9
2.0 Sejarah Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Sesungguhnya, kita boleh membahagikan sejarah perkembangan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) kepada tiga peringkat iaitu Sebelum Masehi, abad ke-20 dan abad ke-21. Pada peringkat awal iaitu zaman Sebelum Masehi, PBP mula diperkenalkan dalam bentuk pembelajaran melalui perlakuan dan pengalaman. Kaedah pengajaran ini telah diamalkan oleh tokoh- tokoh pendidikan yang terkemuka seperti Confucius (551 SM - 479 SM) di China dan juga Aristotle (385 SM - 322 SM) dan Socrates (470 SM - 399 SM) di Yunani. Misalnya, Socrates telah menunjukkan cara belajar melalui penyoalan, pertanyaan dan pemikiran kritikal. Maksudnya di sini ialah murid-murid digalakkan bertanya apabila mereka menghadapi kesulitan dalam memahami atau mengikuti pengajaran beliau. Murid-murid beliau juga digalakkan berfikir secara kritikal iaitu membuat hipotesis, analisis, interpretasi dan sebagainya ke atas sesuatu fakta sebelum menerima sesuatu konsep atau fakta. Dengan cara pengajaran sebegini, beliau telah berjaya melahirkan anak murid yang berwibawa seperti Plato dan anak murid Plato iaitu Aristotle yang merupakan antara ahli falsafah yang terkemuka dan handal. Pembelajaran berasaskan pengalaman seterusnya mula ditekankan dalam sistem pendidikan mulai abad ke-20. Tiga orang tokoh pendidikan yang sangat menggalakkan cara pembelajaran ini

Upload: sam-olivia

Post on 08-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

no

TRANSCRIPT

2.0 Sejarah Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Sesungguhnya, kita boleh membahagikan sejarah perkembangan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) kepada tiga peringkat iaitu Sebelum Masehi, abad ke-20 dan abad ke-21. Pada peringkat awal iaitu zaman Sebelum Masehi, PBP mula diperkenalkan dalam bentuk pembelajaran melalui perlakuan dan pengalaman. Kaedah pengajaran ini telah diamalkan oleh tokoh-tokoh pendidikan yang terkemuka seperti Confucius (551 SM - 479 SM) di China dan juga Aristotle (385 SM - 322 SM) dan Socrates (470 SM - 399 SM) di Yunani.

Misalnya, Socrates telah menunjukkan cara belajar melalui penyoalan, pertanyaan dan pemikiran kritikal. Maksudnya di sini ialah murid-murid digalakkan bertanya apabila mereka menghadapi kesulitan dalam memahami atau mengikuti pengajaran beliau. Murid-murid beliau juga digalakkan berfikir secara kritikal iaitu membuat hipotesis, analisis, interpretasi dan sebagainya ke atas sesuatu fakta sebelum menerima sesuatu konsep atau fakta. Dengan cara pengajaran sebegini, beliau telah berjaya melahirkan anak murid yang berwibawa seperti Plato dan anak murid Plato iaitu Aristotle yang merupakan antara ahli falsafah yang terkemuka dan handal.

Pembelajaran berasaskan pengalaman seterusnya mula ditekankan dalam sistem pendidikan mulai abad ke-20. Tiga orang tokoh pendidikan yang sangat menggalakkan cara pembelajaran ini ialah John Dewey (1859-1952), Maria Montessori (1870-1952), dan Jean Piaget (1896-1980). John Dewey merupakan antara ahli falsafah yang telah memperkenalkan teori konstruktivisme dalam bidang pendidikan. Beliau telah mengatakan bahawa murid sememangnya belajar melalui perlakuan dan pengalaman. Beliau turut mencabar pandangan tradisional yang melihat murid sebagai penerima yang pasif dengan melihat murid sebagai individu yang mampu belajar dan bina makna sendiri. Dalam erti kata yang lain, murid boleh berfikir dan bina skema atau konsep sendiri dan tidak bergantung kepada guru secara sepenuhnya.

Selain itu, Maria Montessori juga telah memperkenalkan satu teori atau konsep yang baru iaitu belajar melalui bermain. Beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak berlaku melalui pendengaran tetapi pengalaman berinteraksi dengan alam sekeliling. Hal ini demikian kerana sesungguhnya murid-murid akan lebih mengingati ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan melakukan pengamatan melalui pancaindera mereka termasuklah melihat, menghidu, merasa, mendengar dan menyentuh. Tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran sebegini turut memperkayakan pengalaman murid secara langsung.

Sementelahan itu, Jean Piaget, seorang ahli psikologi Switzerland turut menekankan pembelajaran melalui pengalaman dengan menyanjung teori konstruktivisme iaitu belajar melalui pengalaman sedia ada. Dengan itu, murid dikatakan bina pengetahuan dengan bertanya soalan, menyiasat, berinteraksi dengan orang lain dan membuat rumusan serta refleksi. Berdasarkan kajian beliau, murid dikatakan membina makna berdasarkan pengalaman mereka dan di empat peringkat umur yang berbeza iaitu peringkat sensorimotor (semenjak lahir 2 tahun), peringkat pra operasi (2 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Sebagai contoh, murid yang berumur 8 tahun berada di peringkat operasi konkrit, dia boleh memahami prinsip identiti, ganti rugi dan keterbalikan di mana prinsip ini tidak dapat dikuasainya semasa umur 6 tahun.

Dengan latar belakang ini, Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) muncul dan kekal lebih daripada setengah abad sebelum Berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran (Universiti Teknologi Malaysia, 2005). Walau bagaimanapun, kaedah ini lebih bersifat umum di mana skop kajiannya adalah lebih luas dan sukar tercapai objektif kajiannya berbanding dengan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).

Bagaimanakah pula dengan sejarah perkembangan Pembelajaran Berasaskan Projek di negara-negara di Asia Tenggara terutamanya di Singapura dan negara kita, Malaysia? Sesungguhnya, di Singapura, kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999 sebagai susulan daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu dan ekonomi dunia (Murphy, 2003.110). Ini menunjukkan pelaksanaan kaedah projek dalam pembelajaran di Singapura telah lama ditekankan. Ia menunjukkan kepentingannya sebagai penjana ilmu ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat negara tersebut.

Manakala di Malaysia, kaedah Pembelajaran berasaskan Projek (PBP) diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2006, selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21. Dasawarsa ini, murid-murid disediakan kemudahan internet dan komputer yang membolehkan mereka belajar dan membuat kajian pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) penting untu didedahkan kepada murid-murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran teknologi atau ICT dan memanfaatkannya mencari pelbagai maklumat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan seterusnya menjadi individu yang mampu membuat pembelajaran sepanjang hayat dan berdaya saing tinggi di pasaran dunia ini.Kaedah ini juga mendapat perhatian yang mendalam dalam sistem pendidikan negara kita. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan negara.

Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif RECSAM_SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggerisi , Matematik dan Matematik Tambahan bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong & Michael, 2000 mukas surat 61-62). Dalam sukatan matapelajaran di sekolah banyak unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan komponen kerja kursus oleh pelajar.

Melalui penelitian tentang kajian serta tulisan-tulisan yang lalu didapati kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Projek ini memang telah lama diamalkan dan merupakan kaedah yang semakin dititikberatkan. Kaedah ini didapati amat sesuai dalam konteks demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Malah memberi bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.