sejarah_malaysia

17
SEJARAH MALAYSIA 1. Hurai kan secar a ring kas DUA daripada perk ara-pe rkar a beri kut: a) Suruhanjaya Cobbold b) Suruhanjaya Reid c) Sistem Ahli Jawapan: a) Suruhanjaya Cobbold i. Sur uhan jay a Cobbol d tel ah dit ubuhkan pada tahun 1962 ii . Tuj uan Suruhanj aya i ni di bentuk untuk meninj au pendapat dan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai cadangan penubuhan Malaysia iii. Suruhan jay a telah menin jau pandanga n ber bagai kumpul an dan lapisan masyar akat sel ama tiga bul an dari bulan Febuari 1962 hingga April 1962 iv . Dalam rangka ti nj auannya, Suruhanj aya telah mengadakan peninjauan yang meluas dan telah menerima 2,200 memorandum v. Suruhan jay a telah men gemukakan l aporan kepada Kerajaan British di mana 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak telah menyokong rancangan penubuhan Malaysia, sementara 20% lagi tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. b) Suruhanjaya Reid i. Di pengerusikan ole h Lord Rei d dar i U. K. Ahl i- ahli l ai n terd iri daripada Sir Ivor Jenni ngs(U. K), Sir William Mc. Kell(Australia), B.Malik (India) dan Halim Abdul Hamid (Pakistan) ii . Sur uhan jay a ini dit ugaskan meyel ia, dan megesyor kan satu per lembagaan bagi Tanah Mel ayu berdasarkan pemerintahan demokrasi berparlimen. iii. Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum daripada berbagai pertubuhan dan orang perseorangan iv. Suruhanjaya telah mengadakan sebanyak 118 persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956 v. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan diluluskan pada 27 Ogos 1957 c) Sistem Ahli

Upload: sity-nurhidayah

Post on 08-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 1/17

SEJARAH MALAYSIA

1. Huraikan secara ringkas DUA daripada perkara-perkara berikut:

a) Suruhanjaya Cobbold

b) Suruhanjaya Reidc) Sistem Ahli

Jawapan:

a) Suruhanjaya Cobbold

i. Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962ii. Tujuan Suruhanjaya ini dibentuk untuk meninjau

pendapat dan pandangan penduduk Sabah dan Sarawakmengenai cadangan penubuhan Malaysia

iii. Suruhanjaya telah meninjau pandangan berbagaikumpulan dan lapisan masyarakat selama tiga bulandari bulan Febuari 1962 hingga April 1962

iv. Dalam rangka tinjauannya, Suruhanjaya telahmengadakan peninjauan yang meluas dan telahmenerima 2,200 memorandum

v. Suruhanjaya telah mengemukakan laporan kepadaKerajaan British di mana 80% daripada rakyat Sabahdan Sarawak telah menyokong rancangan penubuhanMalaysia, sementara 20% lagi tidak bersetuju denganrancangan tersebut.

b) Suruhanjaya Reid

i. Dipengerusikan oleh Lord Reid dari U.K. Ahli-ahli lainterdiri daripada Sir Ivor Jennings(U.K), Sir William Mc.Kell(Australia), B.Malik (India) dan Halim Abdul Hamid(Pakistan)

ii. Suruhanjaya ini ditugaskan meyelia, dan megesyorkansatu perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkanpemerintahan demokrasi berparlimen.

iii. Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum

daripada berbagai pertubuhan dan orang perseoranganiv. Suruhanjaya telah mengadakan sebanyak 118

persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956v. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis

Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan diluluskan pada 27Ogos 1957

c) Sistem Ahli

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 2/17

i. Dimulakan dalam tahun 1951 di peringkat Persekutuan.Ianya lebih kurang sama dengan Kabinet yang wujudsekarang

ii. Ianya hanya merupakan suatu cara untuk memberilatihan kepada pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah

Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran.iii. Ahli-ahlinya dilantik dan tidak diberi kuasa sepenuhnyauntuk menentukan dasar kerajaan

iv. Dengan wujudnya system ini maka perjalananpentadbiran tidak lagi tertumpu kepada KetuaSetiausaha Kerajaan. Beliau kini bertindak sebagaipenyelaras sahaja.

v. Diwujudkan beberapa jabatan dan sesetengahnyadiketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis PerundanganPersekutuan.

2. Campurtangan penjajah British dalam pentadbiran di negeri-negeriMelayu Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawaperubahan dalam system politik dan ekonomi. Huraikan perubahan-perubahan tersebut.

Jawapan:

POLITIK 

i. Wujudnya system residenSistem ini bermula apabila ditandatangani PerjanjianPangkor 1874 oleh Sir Andrew Clarke, Gabenor Inggerisbagi Negeri-negeri Selat denganRaja Abdullah, bakalSultan Perak.

ii. Campurtangan InggerisCampurtangan yang lebih aktif dalam menentukan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengutipan hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga.

III. Penentangan orang MelayuKehilangan kuasa ,hak pungutan cukai,pelanggaran adatresam Melayu oleh Inggeris.

iii. Perubahan Negeri-Negeri Melayu BersekutuSemenjak tahun 1896 pihak Inggeris telah berusaha untukmenyekutukan negeri-negri Selangor,Pahang, Perak danNegeri Sembilan. Pelaksanaan dasar ini mengambil masa10 tahun untuk dijayakan. Tujuan penyekutuan ini ialahuntuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 3/17

penyelarasan dasar dan system untuk pengambilan buruhimigran,memperimbangkan kemajuan perhubunganinfrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan systemtanah yang seragam di negeri-negeri tersebut.Hasil dari persekutuan ini ialah:

•Kemajuan system jalanraya dan keretapi di pantaibarat Semenanjung

• Pembangunan lading-ladang pertanian secara besar-besaran oleh sector swasta

Mengukuhkan lagi dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris.

EKONOMI

i. Ekonomi penjajah yang bercorak selektif Iaitu hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasanyang memberi hasil sahaja

ii. Wujud konsep ‘Old Malaya’ dan ‘New Malaya’Old Malaya – dimana kegiatan ekonominya tertumpu padapertanian secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan.New Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatanperlombongan,pertanian lading,perkilangan sertaperdagangan.

iii. Aktiviti ekonomi bersifat ‘export oriented’di negeri-negeri pantai barat

iv. Aktiviti sara diri dan ekonomi dualisme- di negeri-negeripantai timur.

v. Perkembangan perusahaan bijih timah

Semakain berkembang pesat semasa pemerintahanInggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini disebabkanpermintaan yang besar ke atas bahan tersebut khususnyadaripada Great Britain sendiri.

vi. Kegiatan pertanian komersial

Sumber pendapatan tambahan. Gambir dan lada hitamdiusahakan oleh orang Cina di Johor, ubi kayu di NegeriSembilan, tebu di Perak dan kopi di Perak dan Selangor.

vii. Perhubungan / infrastruktur

viii. Petempatan semula (Bandar baru,kampong dan estet)

ix. Kemasukan imigran/ masyarakat majmuk.

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 4/17

3. Akibat daripada keganasan yang dilakukan oleh Parti KomunisMalaya (PKM). Kerajaan Inggeris telah mengistiharkan darurat padatahun 1948. Nyatakan lima (5) langkah yang telah diambil oleh

Kerajaan Inggeris bagi membenteras kegiatan PKM di antara tahun1948 hingga 1960.

Jawapan:

i. Memperkenalkan “Rancangan Briggs” iaitumenempatkan semula setinggan Cina di kawasan-kawasan terpencil ke kampong-kampung baru yangdikawal. Tujuannya menyekat bekalan makanan,ubat-ubatan dan kelengkapan senjata dari jatuh ke tangan

komunis. Sistem ini dikenali sebagai “Min Yuen “ii. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kerja perangiii. Menjalankan operasi-operasi ketenteraan memeriksa

kawasan penempatan Cina dan rondaan ke kawasan-kawasan hutan yang dianggap tempat perlindungandan penyembunyian komunis

iv. Menubuhkan sukarelawan untuk serta menentangkomunis. Contohnya pasukan ‘home guard’

v. Melancarkan perang saraf/psikologi , terutama untukmenarik sokongan Melayu melalui penyebaranrisalah,memberi pengampunan,memberi kemudahan

kerakyatan,pemilikan tanah dan jawatan-jawatanpentadbiran.

vi. Komitmen British memberikan kemerdekaan kepadaPTM-melalui kerjasama dan gabungan antara parti-parti yang mewakili kaum di Tanah Melayu

vii. Rundingan Baling diadakan antara pemimpin kerajaandan komunis sebagai langkah penamatan tuntutankomunis dan pengapunan ahli komunis yangmenyerah diri.

viii. Mengadakan kad pengenalan diri

4. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalahperpaduan di antara kaum di Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktoryang telah menyumbangkan kepada masalah perpaduan tersebut.

Jawapan:

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 5/17

i. Pemisahan tempat tinggal atau petempatanBritish mengamalkan dasar pecah dan perintah; jaraksocial serta segregasi antara kumpulan-kumpulanetnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan. Menetapkanstatus dan peranan yang berlaianan bagi kaum

Melayu,Cina dan India.

ii. Perbezaan tumpuan sector ekonomiOrang-orang Melayu,Cina ,India menjalankan aktivitiekonomi yang berlainan.Wujudnya jurang pendapatanyang tidak seimbang antara kaum. Ini menimbulkanpersaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangankaum tertentu.

iii. Pengasingan system PendidikanTiada terdapat satu system Pendidikan nasional di

Tanah Melayu. Wujud empat aliran system Pendidikanyang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluangbercampur gaul dengan murid dari kumpulan etniklain.

iv. Fahaman dan pengaruh politikWujudnya berbagai-bagai persatuan politik,social danekonomi yang berasaskan kumpulan etnik telah jugamemperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka

v. Masalah ekonomi

Orang-orang Melayu menguasai bidang yang mundurdan sector primer, orang Cina menguasai sector yanglebih maju. Ketidakseimbangan pendapatanmenyebabkan setiap kaum saling mencemburui.

vi. Penggunaan akhbar yang berbeza-bezaAkhbar berperanan penting dalam menyemarakkansemangat perkauman di kalangan masyarakatberbilang kaum. Setiap akhbar mengikut bahasamasing-masing memberikan perhatian secaramenyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.

Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaanpada tanah air dan kaum masing-masing sahaja danmenyulitkan mereka untuk memahami bahasa,budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.

5. Terangkan factor-faktor penentangan orang Melayu terhadapMalayan Union.

Jawapan:

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 6/17

a) Pemberian Taraf kerakyatan secara Jus Soli’

• Pemberian taraf kerakyatan secara jus soli kepadakaum bukan Melayu terutamanya Cina, merupakanfactor paling penting yang menimbulkan bantahan.

Menurut perlembagaan Malayan Union, orang bukanMelayu akan diberikan taraf kerakyatan tanpa syarat.

• Tindakan ini akan menyebabkan kaum bukan Melayumempunyai hak yang sama dengan kaum Melayu,sedangkan taat setia mereka kepada Tanah Melayubelum dapat dipastikan lagi. Selain itu, orang Melayuakan ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaumCina dan ini sudah tentu menjadi ancaman yang amatberbahaya kepada ketuanan politik Melayu.

• Pemimpin-pemimpin Melayu mempunyai kewajaranuntuk berasa khuatir kerana tindakan Malayan Union itu

akan hanya menimbulkan sentiment perkauman yangmembara di kalangan kaum Melayu dan bukan Melayu.

b) Ancaman kepada kuasa dan kedaulatan Sultan Melayu

• Melalui rancangan Malayan Union, kuasa dan kedaulatanraja-raja Melayu terhapus sepenuhnya. Kuasa sultanhanyalah dalam aspek agama dan adapt resam sahaja, itupun dengan kebenaran Gabenor Inggeris yang turutmenjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan adapt istiadatMelayu. Tindakan ini amat memalukan orang Melayu

• Dengan penghapusan kuasa sultan, lambing keagunganpolitik tradisional Melayu terhapus dan dengan sendirinyaTanah Melayu berstatus Tanah Jajahan Inggeris.

• Orang Melayu turut membantu tindakan Inggerismenghapuskan hak-hak keistimewaan ke atas orangMelayu.

c) Tindakan penipuan Harold Mac Michael

• Tindakan Mac Michael mengugut sultan untukmempersetujui rancangan Malayan Union telah disepakatioleh sarjana sejarah sebagai factor kemarahan orang

Melayu termasuklah juga daripada raja-raja Melayu secaratidak langsung

• Menurut JM Gullick, seorang sarjana sejarah politik,tindakan kurang bijak Harold telah menggagalkan dasarMalayan Union akibat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu

d) Sokongan bekas pegawai British di Tanah Melayu

• Bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di TanahMelayu seperti Frank Swettenhem, George Maxwell,R.OWinstead dan Sir Cecil Clementi Smith telah memberikan

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 7/17

pandangan mereka yang disiarkan dalam akhbar Times keseluruh England.

• Mereka berpendapat bahawa rancangan Malayan Unionmerupakan tindakan buruk kerajaan Parti Buruh terhadapTanah Melayu kerana tidak langsung menghormati

kedaulatan dan keistimewaan peribumi asal yang telahdijajah oleh Inggeris sejak sekian lama.

• Sokongan ini telah menaikkan semangat perjuangan orangMelayu untuk menentang perlaksanaan dasar MalayanUnion.

6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mengemukakan ideapenubuhan Malaysia dalam satu perjumpaan CorrespondentsAssociation of Southeast Asia di Singapura. Beliau mencadangkankerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat antara Tanah Melayu,Singapura,Sabah ,Sarawak dan Brunei.

Terangkan sebab-sebab asas mengapa beliau mencadangkanpenubuhan Malaysia.

Jawapan:

1. Ancaman Komunisa) Perkembangan pengaruh komunis di Asia

Tenggara terutamanya di Singapura telahmembinbangkan Kerajaan Persekutuan TanahMelayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman

b) Tunku Abdul Rahman khuatir Singapura akan

jatuh ke tangan komunis dan seterusnyamengancam keselamatan Persekutuan TanahMelayu

c) Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawapenubuhan Malaysia dapat menyekatperkembangan pengaruh komunis di Singapuradan Sarawak.

2. Keseimbangan Kauma) Percantuman Singapura sahaja dengan

Persekutuan Tanah Melayu akan mengancam

kedudukan orang Melayu dari segi bilanganpenduduk

b) Lebih kurang 80% penduduk Singapura terdiridaripada orang bukan Melayu

c) Sabah,Sarawak dan Brunei perlu digabungkandalam Malaysia bagi memastikan keseimbanganantara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.

d) Jumlah penduduk bumiputera di negeri-negeriBorneo adalah kira-kira tiga kali ganda lebih darijumlah orang Cina.

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 8/17

3. Kemerdekaan segera bagi Singapura,Sabah danSarawak

a) Singapura,Sabah dan Sarawak dapat mencapaikemerdekaan dengan lebih segera lagi menerusi

penubuhan Malaysia.b) Kerajaan British tidak begitu berminat untukmemberi kemerdekaan kepada Singapura danwilayah-wilayah Borneo secara persendirianmemandangkan keselamatan negeri-negeritersebut mungkin terancam.

4. Perkembangan ekonomia) Singapura mempunyai pertalian

ekonomi,geografi dan sejarah yang erat denganSemenanjung Tanah Melayu

b) Percantuman akan mendatangkan faedah-faedah ekonomi bagi kedua-dua Negara

c) Ekonomi Sabah dan Sarawak dapat dimajukanmelalui penyertaan dalam Malaysia.

d) Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawaKerajaan Pusat akan membiayai pelbagai projekpembangunan di negeri-negeri tersebut.

5. Sokongan kerajaan Britisha) Sokongan kerajaan British juga penting dalam

mempengaruhi pembentukan Malaysia

b) Kerajaan British menyokong penubuhanMalaysia memandangkan ia akan menyekatperkembangan pengaruh komunis di Singapuradan Sarawak serta dapat melindungi pelaburanBritish di kawasan-kawasan berkenaan.

6. Peristiwa tuntutan Filipina,Indonesia dan Bruneiterhadap Sabah

7. Terangkan secara ringkas perkembangan politik danperlembagaan di Sabah dan Sarawak sebelumpembentukan Malaysia 1963.

Jawapan :

1. Dari tahun 1881 hingga tahun 1946, Borneo Utara(sabah) diperintah oleh Syarikat Borneo Utara British

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 9/17

2. Pada bulan Julai 1946, syarikat tersebutmenyerahkan segala haknya ke atas Sabah kepadaKerajaan British

3. Pada tahun 1950 Kerajaan British memperkenalkansebuah perlembagaan baru bagi Sabah

4. Struktur kerajaan terdiri daripada seorang GabenorBritish, sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan MajlisPerundangan Sabah

5. Sabah dibahagikan kepada empat Residensi yangseterusnya dibahagikan kepada daerah

6. Pilihanraya yang pertama bagi peringkat daerahsahaja telah diadakan pada bulan Disember 1962-Mei 1963.

7. Ahli Majlis Daerah melantik ahli Majlis Resedensi danmereka pula melantik ahli ke Majlis PerundanganSabah

8. Pilihanraya tersebut dimenangi oleh Parti PerikatanSabah dengan majority yang besar.

9. Donald Stephens (kemudiannya dikenali sebagai TunFuad Stephens) dilantik sebagai Ketua Menteri yangpertama pada bulan Ogos 1963.

10. Sarawak pula diperintah oleh Keluarga Brooke antaratahun 1841-1946

11. Kerajaan British mengambil alih pemerintahanSarawak pada bulan Julai 1946

12. Sarawaak mendapat sebuah perlembagaan barupada tahun 1956.

13. Struktur kerajaan terdiri daripada Gabenor British,Majlis Mesyuarat Negeri(badan perundangan) danMajlis Tertinggi(badan eksekutif)

14. Dari segi pentadbiran, Sarawak dibahagikan kepadalima bahagian dan setiap bahagian pula dibahagikankepada daerah.

15. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah sahaja telahdiadakan pada tahun 1959.

16. Ahli-ahli Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke MajlisBahagian dan mereka pula memilih wakil-wakil keMajlis Mesyuarat Negeri.

17. Pilihanraya 1963 dimenangi oleh Parti PerikatanSarawak

18. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadiKetua Menteri Sarawak yang pertama.

19. Politik berdasarkan kaum / puak setempat20. Ada ancaman komunis di Sabah dan Sarawak21. Wujudnya parti politik yang tersusun dan

berorganisasi22. Sebelum kedatangan syarikat Borneo Utara Sabah di

bawah jajahan Sulu

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 10/17

23. Sebelum kerajaan Brooke Sarawak di bawahKerajaan Brunei

24. Suruhanjaya Cobbold untuk mendapatkanpandangan rakyat Sabah dan Sarawak untukmewakili Malaysia

8. Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak meyertaiMalaysia. Huraikan dengan jelas factor-faktor yang mendorongpenyertaan kedua-dua negeri tersebut ke dalam Malaysia.

Jawapan:

a. Pentadbiran dan keselamatan

i. membolehkan Sabah dan Sarawak mendapatkan

kemerdekaan lebih awalii. memperkuat dan memperkukuhkan pertahanan

serantau Asia Tenggara menghadapi ancamandaripada kuasa-kuasa luar.

iii. Melalui penyertaan dalam Malaysia , satu Negarayang lebih kuat dan kukuh akan dapat diwujudkan.Ini akan dapat menyekat pengaruh kuasa-kuasa luardan menjamin keselamatan serantau.

iv. Bekerjasama dan mengurangkan ancaman komunisdalam negeri.Pengalaman dan cara-cara TanahMelayu menghadapi ancaman komunis dapat

digunakan bagi tujuan yang sama di Sabah danSarawak

v. Latarbelakang pentadbiran yang sama di bawahBritish memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawakdengan Tanah Melayu.

vi. Membolehkan wakil-wakil Sabah dan Sarawak dalamcabinet menteri

b. Ekonomi

i. Sabah dan Sarawak mempunyai sumber-sumber

ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu sepertihasil pertanian, kayu balak dan galian. Oleh itu,tenaga pakar yang sama dapat digunakan untukmeningkatkan pengeluaran di kedua-dua negeriitu.Dengan itu projek-projek pembangunan dapatdipesatkan.

ii. Kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dan antaraSabah,Sarawaak dan Semenanjung akan lebihberkembang. Eksport dan import akan meningkat.

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 11/17

c. Sosial

i. pada amnya rakyat Sabah dan Sarawak adalahdaripada satu rumpun yang sama dengan orang-orang di Tanah Melayu.

ii. Mereka bertutur bahasa dan mengamalkankebudayaan yang hamper sama dengan penduduk diTanah Melayu. Ini memudahkan integrasi nasional.

iii. Bimbang akan perluasan kuasa Indonesia untukmembentuk Indonesia Raya

iv. Kepentingan dan keistimewaan bumiputera Sabahdan Sarawak akan dilindungi oleh PerlembagaanPersekutuan.

9. Jelaskan factor-faktor yang menyebabkan perjuangan PKM gagalmendapatkan sokongan masyarakat dalam tempoh 1948-1960.

Jawapan :

• ideology komunis bertentangan dengan agama Islam

• keanggotaan Parti Komunis Malaya dikuasai oleh orang Cina

• keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu yang stabil danmemuaskan

• matlamat dan perlembagaan Parti Komunis Malaya tidak jelasdan meragukan

• tindakan keras British dan Kerajaan Persekutuan TanahMelayu

• tindakan ketenteraan

• penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampongbaru

• pengistiharaan darurat

• pengasingan daripada komintang

• taktik Parti Komunis Malaya gagal

• Melancarkan perang saraf / psikologi

• Komitmen Inggeris memberi kemerdekaan Persekutuan TanahMelayu

10. Cadangan pembentukan Malaysia telah mendapat tentangandaripada pelbagai pihak. Nyatakan tiga (3) pihak tersebut dansebab-sebab penentangan mereka.

Jawapan :

Pihak yang menentang dan sebab-sebab penentangan:

a. Barisan Sosialis Singapura

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 12/17

Barisan sosialis serta parti-parti pembangkang yanglain menentang gagasan tersebut kerana mahukanSingapura kekal sebagai negeri yang berasinganMereka bercadang untuk menjadikannya sebagai

satu pusat komunis di Asia Tenggara.BSS menganggap ini adalah satu rancangan Britishuntuk mengekalkan pengaruh British

b. Parti Rakyat Brunei

AZ Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei inginsupaya satu gagasan politik yang dikenali sebagaiKerajaan Borneo Utara ditubuhkan.Azahari ingin menubuhkan sebuah kerajaanKalimantan Utara yang diketuai oleh Sultan Brunei

c. IndonesiaWalaupun pada mulanya tidak menunjukkansebarang bantahan namun kemudiannya menentangdengan alas an gagasan tersebut berunsurpenjajahan.Malaysia bercadang untuk mengambilalih SumateraMalaysia akan menjadi lemah dan akan jatuh ketangan orang Cina dan kemudian diperintah komunisBorneo Utara dan Sarawak telah dipaksa untukbersatu dengan Malaysia.

d. Filipina

Kerajaaan Filipina di bawah Macapagal menuntutsupaya Borneo Utara (Sabah) dikembalikankepadnya.Menurut mereka, Sabah adalah sebahagian daripadaKerajaan Sulu. Memandangkan Kerajaan Sulu adalahsebahagian daripada Filipina maka Sabah perludikembalikan kepada mereka.

11. Huraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaanselepas peristiwa 13 Mei untuk mengembalikan semulaperpaduan kaum di Malaysia.

Jawapan:

Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ialah:

i. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 13/17

ii. kerajaan telah mewujudkan Majlis Muhibah Negara danJabatan Perpaduan Negara untuk menyusun danmelaksanankan dasar serta aktiviti yang dapat memupukperpaduan kaum.

iii. Kerajaan juga menubuhkan Majlis Perundingan Negara.

Majlis ini menimbangkan apa-apa perkara berkenaandengan perpaduan Negara yang difikirkan oleh PengarahGerakan patut dirujukkan kepada Majlis Gerakan Negara.

iv. Pembentukan Rukun Negara di mana prinsip-prinsipnyamengajak rakyat Malaysia menyokong cita-cita berikut:-

• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakat

• Memelihara cara hidup demokratik

• Mencipta satu masyarakat yang adil dan kemakmuranNegara akan dapat dinikmati bersama secara adil dansaksama

• Menjamin satu cara yang lebih liberal terhadap tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak.

v. Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) denganobjektifnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusunsemula masyarakat.

12. Nyatakan perkara-perkara penting yang telah dipersetujui olehJawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang telahditubuhkan di Singapura pada Julai 1961

Jawapan:

• Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepadaPerlembagaan Malaysia

• Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan KerajaanNegeri dipersetujui.

• Negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa istimewa termasukdalam bidang imigresen

• Islam dijadikan agama rasmi

• Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi

• Kedudukan istimewa bumiputra Sabah dan Sarawakdikekalkan

• Satu Suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyatSarawak dan Sabah mengenai cadangan penubuhan Malaysia.

13. Huraikan cirri-ciri Perlembagaan Malayan Union yangdiperkenalkan oleh British di Tanah Melayu dalam tahun 1946.

Jawapan:

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 14/17

Ciri-ciri utama Perlembagaan Malayan Union

i. Semua Negeri Melayu(termasuk Pulau Pinang dan Melaka)disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.

ii. Malayan Union diperintah(diketuai) oleh seorang GabenorBritish dengan bantuan ‘Majlis Mesyuarat Kerja’ dan ‘MajlisPerundangan’.

iii. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapidijadikan ‘Tanah Jajahan Mahkota British’ yang berasingandi bawah kuasa seorang Gabenor British.

iv. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan hanyaberkuasa dalam soal-soal agama Islam. Mereka Cumamenjadi Raja Kehormat sahaja dan mengetuai ‘MajlisPenasihat Melayu’

v. Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan bagi

menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan dan majlsi-majlis ini diletakkan di bawah kawalan pemerintahanpusat.

vi. Perlembagaan Malayan Union memberi hakkewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpamengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasukkemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan satu undidalam pilihanraya umum.

vii. Kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asingyang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura sertamereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah

bermastautin di sana untuk selama 10 daripada 15 tahunsebelum 15 Febuari 1942

viii. Hak kerakyatan bagi bukana melayu menerusi prinsip jussoli.

ix. Orang melayu akan hilang hak dan keistimewaan merekasebagai bumiputra.

14. Selepas Kerajaan British memberikan komitmen kemerdekaankepada Persekutuan Tanah Melayu (PTM) beberapa peristiwatelah berlaku. Jelaskan peristiwa-peristiwa yang dianggappenting yang berlaku menjelang kemerdekaan tersebut.

Jawapan:

i. Sistem Ahli 1951

• 9 tokoh tempatan dilantik menjadi ahli Majlis PerundanganPersekutuan, antaranya ialah Dato Onn Jaafar,DatukThuraisingam dan Tun H.S Lee

• bertaraf menteri

• Tujuannya mendedahkan pemimpin tempatan dalam selok-belok pentadbiran Negara

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 15/17

• Semua ahli bertanggungjawab kepada pentadbiranInggeris bukan kepada Majlis

ii. Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan 1951 -52

• Di Pulau Pinang,(1 Disember 1951) Prti Radikal menang

majority, iaitu 6 daripada 9, Parti Buruh dan UMNO ikutbertanding.

• Di Kuala Lumpur(16 Febuari 1952), Perikatan UMNO-MCAmenang majority (9 daripada 12). 1 lagi; masing-masingoleh Parti Negara dan Bebas.

• Di Johor Bahru, Muar dan Melaka dimenangi olehPerikatan,UMNO dan MCA.

iii. Pilihanraya Persekutuan (Pertama) 1955

• Pada 27 Julai 1955

• Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang majority (51daripada 52). 1 lagi dimenangi oleh PAS. Ikut bertandingParti Negara(IMP), Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat.

iv. Rombongan Merdeka 1956 ke London

• 8 wakil Persekutuan Tanah Melayu hadir, iaitu 4 wakil Raja-raja Melayu dan 4 lagi Perikatan. Diketuai oleh TunkuAbdul Rahman.

• Rundingan pada 18 Januari hingga 8 Febuari 1956.Keputusannya:

a. British setuju beri kemerdekaan pada 31 Ogos1957b. Mengarahkan ditubuh Suruhanjaya Reid untuk

merangka perlembagaan PTM

v. Suruhanjaya Reid

• Pengerusi Lord Reid. Bersidang sebanyak 118 kali danmenerima 131 memorandum bertulis daripada pertubuhandan individu.

• Tugas, merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu• Rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan

pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa 27 Ogos 1957.

15. Pada tahun 1962, atas cadangan Tunku Abdul Rahman KerajaanBritish bersetuju membebaskan Singapura, Brunei, Sabah danSarawak dengan syarat negeri-negeri tersebut bergabungdengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia. Tiap-tiap pihak di atas mendapati konsep Malaysia menarik denganalas an-alasan tersendiri. Huraikan dengan jelas alas an-alasan

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 16/17

yang telah mendorong penerimaan konsep Malaysia olehPersekutuan Malaya, Sinagpura, Sabah dan Sarawak.

Jawapan:

Setiap pihak mendapati konsep Malaysia menarik dengan alasan-alasan tersendiri. Persekutuan Malaya menerima konsepMalaysia kerana

i. kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysiaakan dapat membendung perkembangan komunis disekitarnya

ii. kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia akan dapatmengimbangkan penduduk Cina yang lebih besar diSingapura dengan penduduk yang kurang di Borneo.

iii. Percantuman dengan negeri-negeri baru itu akan

menghasilkan faedah-faedah ekonomi tertentu

Singapura menerima konsep Malaysia kerana

i. negeri itu akan dapat mencapai kemerdekaannya lebihawal

ii. negeri itu akan dapat membendung ancaman komunisyang berkembang di pulau itu.

Sabah dan Sarawak menerima konsep Malaysia kerana

i. yakin akan dapat mencapai kemerdekaan masing-masingmenerusi Malaysia

ii. negeri-negeri itu belum boleh lagi merdeka dengansendirinya apabila pihak British berundur pada tahun 1962.

Secara umumnya Malaysia telah ditubuhkan denganmengambilkira factor-faktor berikut:

i. ancaman komunis di Singapura dan Persekutuan Malayaii. ketidakseimbangan penduduk Cina dan Melayu antara

Singapura dan Persekutuan Malaya

iii. ketidak seimbangan antara golongan pribumi denganorang Melayu di Sabah dan Sarawak

iv. ketidakseimbangan antara penduduk pribumi di Sabah,Sarawak dan Malaya

v. kemerdekaan dapat dipercepatkan bagi Si ngapura,Sabah,Sarawak dan Malaya menerusi satu persekutuanyang lebih besar.

vi. Sokongan kerajaan British terhadap pembentukan Malaysiauntuk melindungi dan memperkukuhkan pelaburan Britishdi bekas tanah jajahan.

8/7/2019 SEJARAH_MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/sejarahmalaysia 17/17