sejarah unit beruniform

10
SEJARAH UNIT BERUNIFORM Sejarah Penubuhan

Upload: logeswary

Post on 19-Nov-2015

281 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

BSMM SEM 3

TRANSCRIPT

  • SEJARAH UNIT BERUNIFORMSejarah Penubuhan

  • Pada tahun 1864, delegasi daripada 16 buah negara Eropah berkumpul di Geneva untuk mengadakan Konvensyen yang kini dikenali sebagai Konvensyen Geneva Pertama.

    10 artikel dipersetujui dan antaranya adalah berikut:

    Askar-askar yang cedera atau sakit di medan perang mesti dilindungiOrganisasi sukarela diiktiraf untuk membantu askar-askar yang cedera atau sakitLambang palang merah dipilih sebagai penghormatan kepada Henry Dunant dengan pembalikan warna bendera Switzerland.

  • Dengan adanya persetujuan yang terhasil dari Konvensyen Geneva Pertama, baharulah Persatuan Palang Merah dapat ditubuhkan secara rasmi.

    Sumbangan Henry Dunant :

    menukarkan warna bendera Switzerland sebagai lambang persatuan. Pada tahun 1901, beliau dikurniakan dengan Hadiah Aman Nobel Pertama. sebagai mengenang jasa sambutan Hari Palang Merah/ Bulan Sabit Merah sedunia pada 8hb Mei setiap tahun

  • Komponen dalam Palang Merah / Bulan Sabit Merah Sedunia

    Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah mengandungi tiga Komponen, ini menjadikan pergerakan ini sebagai pertubuhan antarabangsa. 3 komponen yang menjadikan Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah sedunia ialah

    Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of Red Cross ICRC)II. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (International Federation of RC/RC Socieities, IFRC).III. Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan.

  • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of Red Cross ICRC)Nama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah JAPM (ICRC) pada awalnya di namakan Jawatankuasa Berlima Ditubuhkan pada 19 Febuari 1863 Ibu Pejabat , Geneva.

    Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau lebih dikenali lagi dengan mana International Committee of the Red Cross (ICRC) adalah komponen yang paling prihatin Pembangunan Undang-undang Kemanusian Antarabangsa

    Ianya ditubuhkan oleh lima orang Warga kota Geneva

    Pada tahun 1863 dan masih merupakan sebuah badan yang bebas daripada pengaruh Kerajaan atau mana-mana badan yang lain. Peranan JAPM adalah untuk melindungi dan menolong orang-orang awam dan mangsa-mangsa anggota tentera dalam konflik bersenjata atau rusuhan awam.

  • BADAN PENTADBIRAN JAPM adalah di anggotai oleh 25 ahli warganegera Swiss yang terkenal dengan pengalaman mereka dalam hal ehwal Antarabangsa dan penglibatan mereka terhadap tugas-tugas kemanusiaan.

    Peranan JAPM

    Tugas utama JPAM adalah perantara 2 negara berkonflik, khasnya JAPM bertindak dalam masa perang, perang saudara atau rusuhan dalam negara atau ketegangan, melindungi dan menolong mangsa-mangsa awam dan tentera. Ia dibahagikan kepada tiga aspek

  • Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (International Federation of RC/RC Socieities, IFRC).Komponen ini yang dikenali dahulu dengan nama Liga Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Ditubuhkan pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Kedua untuk Menyelaras tindakan-tindakan dan kegiatan-kegiatan Persatuan-persatuan Kebangsaan Dalam masa aman

    Ditubuhkan:05hb Mei 1919, di Paris

    Pengasas:Henry Pomeroy Davison.

    Ahli-ahli:Persatuan-persatuan Palang Merah Amerika, England Pengasas Perancis, Itali dan Jepun.

  • Peranan IFRCMenggalakkan penubuhan dan kembangan sebuah persekutuan kebangsaan yang bebas di setiap buah negara bagi menjalankan tugas yang sewajarnya dengan prinsip-prinsip dan konvensyen Geneva serta protokol dan konvensyen Geneva serta protokol-protokol tambahannya.Membantu dan menasihatkan NS dalam soal pembangunan perkhidmatan kemasyarakatan.Beroperasi bersama dengan NS semasa bencana alam berlaku & menganjurkan tabung rayuan derma diseluruh dunia untuk membantu mereka yang terlibat.Melindungi, melawat dan membantu tahanan-tahanan perang.Bertindak sebagai agen seranta atau perhubungan yang tetap diantara ahli-ahli NS di bawah naungannya.Membantu NS dalam program pengambilan ahli baru.Menjalankan mandat yang diamanahkan oleh Persidangan Antarabangsa.

  • Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan.Sesebuah negara yang ingin menyertai pergerakan antarabangsa Palang Merah / Bulan Sabit Merah perlulah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. Persatuan Kebangsaan dikatakan rasmi jika beberapa syarat dipatuhi.Berikut adalah syarat-syarat untuk pengiktirafan Persatuan kebangsaan, iaitu

    Ditubuhkan dalam negara autonomiHanya Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan sabit Merah sahaja dipilihDiiktiraf oleh negara berkenaanPersatuan mesti mempunyai status autonomi demi pelaksanaan hasrat pergerakan Menggunakan lambang palang merah atau bulan sabit merah sahajaMempunyai organisasi untuk memikul tanggungjawab pada masa aman dan masa perangMempunyai aktiviti meliputi seluruh teritori negaraKeahlian sukarela terbuka kepada semua orang dalam teritori tanpa diskriminasi Mematuhi status pergerakan dan bekerjasama dengan komponen dalam pergerakan