sejarah tulisan jawi 2

Upload: godokboy

Post on 03-Jun-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    1/15

    Sejarah Tulisan Jawi

    1.0 Pengenalan

    Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi

    Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat

    berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait

    dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan

    Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa

    Melayu.

    Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun penggunaan

    di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan

    dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya

    di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telahdijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh golongan pelajar di

    Malaysia.

    Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum banyak

    diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah

    perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab

    dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi

    dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya

    huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda baris.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalammengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan

    tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana

    bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara

    Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa

    Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan

    Islam di Nusantara.

    Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah

    kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan

    bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu

    nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar,tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan

    tangkal.

    Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus,

    Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan

    seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan

    Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    2/15

    nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal

    475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab

    yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan

    dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam

    tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702 Hijrah

    bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan danmendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada

    sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab.

    Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan

    sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan

    tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :

    a) Ejaan Tradisi

    Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya

    digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( ),pada ( ), dan kepada ( ).b) Ejaan Lazim

    Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup

    sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya

    seperti lada( )), pasu ), suka( ), barang( ), bulan( ),nangka( ), danbantal( ).C) Ejaan Mengikut Hukum

    Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukumdarling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum.

    1.1 Objektif Kajian

    a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan kaedah ejaan kata

    serapan yang terdapat dalam Akhbar Fikrah Harakah.

    b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.

    c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji.

    1.1 Bahan Kajian

    Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Fikrah Harakah sebagai bahan

    kajian utama. Tajuk yang diutarakan ialah Allah Berkuasa Menarik Balik Penglihatan,

    Pendengaran Golongan Yang MenyanggahNya dan Peranan Umat Islam Dalam Menghadapi

    Cabaran Global tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertarikh 14 Febuari 2010.

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    3/15

    1.2 Kaedah Kajian

    Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar ini, sumber rujukan

    diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan, sumber internet, dan individu tertentu iaitu

    guru mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.

    1.3 Batasan

    Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar Fikrah Harakah agak banyak, namun penulis hanya

    menghadkan kepada 1000 perkataan awal sahaja. Daripada 1000 perkataan ini kajian akan

    dibuat berdasarkan objektif yang telah ditentukan.

    2.0 Hasil Kajian

    Setelah mengkaji 1000 perkataan daripada akhbar, bermula daripada perkataan :

    Tafsir hingga Amin didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti berikut (terdapat juga

    perkataan berulang) :

    2.1 Ejaan Lazim

    1 Tanda

    2 Tanya

    3 Banyak

    4 Baru

    5 Tahu

    6 Besar

    7 Hasil

    8 Usaha

    9 Dan

    10 Dalam

    11 Dewan

    12 Ahli

    13 Majlis

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    4/15

    14 Tentang

    15 papan

    16 Lagi

    17 Batu

    19 tanda

    2.2 Ejaan Mengikut Hukum

    2.2.1 Hukum Darlung

    23 kali

    2.2.2 Hukum Luar Darlung

    24 saya

    25 Mana-mana

    26 nama

    2.2.3 Hukum Ka dan Ga

    27 ketika

    2.2.4 Hukum Ha dan Aha

    28 bahasa

    2.3 Ejaan Tradisi

    30 Orang

    31 Utama

    33 Yakni

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    5/15

    34 Itu

    35 Sendiri

    36 Apabila

    37 Pertama

    38 Ia

    39 Yang

    40 Huruf sin

    41 Atau

    42 Tidak

    43 Maknanya

    44 Sampai

    46 Melayu

    47 Wujud

    48 telah

    49 kepada

    50 kerana

    51 apatah

    52 penggaram

    53 segera

    54 Rahmat

    55 sebarang

    2.4 Kata Berimbuhan

    57 perkataan

    58 menjadi

    59 melintasi

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    6/15

    62 dibandar

    63 apakah

    64 Terpinga-pinga

    65 terlihat

    66 perkataan

    67 tertinggal

    68 Sebaik

    69 kerumah

    70 menyelongkar

    71 pelbagai

    72 termasuk

    73 ternyata

    74 terbaru

    75 menyebabkan

    76 bertanya

    78 tersebut

    79 sebuah

    2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris

    80 edisi

    2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan

    Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    7/15

    1. Ejaan tradisi2. Ejaan lazim3. Ejaan kata serapan Inggeris4. Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan per..an5. Ejaan lazim6. Ejaan lazim7. Ejaan lazim8. Hukum di luar Darlung9. Ejaan lazim10. Kaedah kata berimbuhan awalan (mem)11. Ejaan lazim12. (Kaedah kata berimbuhan awalan (me13. Ejaan lazim14. Nama khas15. Nama khasBil. Perkataan Jenis dan Kaedah

    16. Kata serapan Arab17. Ejaan lazim (suku kata terbuka)18. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)19. Ejaan lazim (suku kata tertutup)20. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran)21. Ejaan tradisi22. Ejaan lazim (suku kata terbuka)23. Kata berimbuhan awalan (ber)24. Kata berimbuhan apitan(awalan-akhiran) (kean)

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    8/15

    25. Kata seru26. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se..nya)27. Ejaan tradisi (suku kata terbuka)28. Bunyi glotis29. Kata gabungan30. (Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbukaBil. Perkataan Jenis dan Kaedah

    31. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)32. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)33. Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup)34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris

    35. Kata perbuatan36. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)37. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)38. Kata serapan Inggeris39. Kata diftong40. Ejaan lazim41. Ejaan lazim42. Kata serapan Inggeris43. Kata serapan Inggeris44. Ejaan tradisi45. Ejaan lazim46. Nama khasBil. Perkataan Jenis dan Kaedah

    47. Ejaan lazim48. Ejaan lazim

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    9/15

    49. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)50. Ejaan lazim51. Ejaan lazim52. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)53. Ejaan lazim54. Ejaan lazim55. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me..an)56. Ejaan kata serapan Inggeris57. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)58. Kaedah kata berimbuhan awalan (se)59. Ejaan tradisi60. Ejaan lazim61. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)62. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

    63. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)64. Kata seru65. Ejaan kata serapan Inggeris66. Ejaan lazim67. Ejaan lazim68. Ejaan tradisi69. Ejaan lazim70. Nama khas71. Kata diftong72. Ejaan lazim73. Ejaan lazim

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    10/15

    74. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)75. Kaedah kata berimbuhan akhiran (an)76. Ejaan tradisi77. Ejaan lazim78. Nama khasBil. Perkataan Jenis dan Kaedah

    79. Kata geluncur80. Kaedah kata berimbuhan awalan (me)81. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an)82. Ejaan lazim83. Ejaan kata serapan Inggeris84. Ejaan lazim- kata dasar satu suku kata

    - dieja tidak menggunakan alif

    85. Ejaan tradisi86. Kaedah kata berimbuhan awalan (di)87. Ejaan lazim

    2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi

    Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam

    kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi,

    ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan

    mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha

    dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan

    penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar

    tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana

    majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah lagi

    mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka buta dalam

    pembacaan tulisan Jawi.

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    11/15

    Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan Jawi

    ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab

    pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan Jawi sebagai

    suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang

    hakiki.

    Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai

    pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan

    semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin

    mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan

    (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian

    Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta

    kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.

    Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan

    pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan

    apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk

    digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan

    Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan

    Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan

    bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang

    memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah

    termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan

    peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi.Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya,

    peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak

    Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu

    daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk

    pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan

    tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang mengajar

    mata pelajaran tersebut.

    Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru dan

    murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

    bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masihmenggunakan sistem tulisan Jawi lama.

    3.0 Kesimpulan

    Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan merupakan

    aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    12/15

    juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al Quran

    dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke

    atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi pernah

    menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman

    Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti

    mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu lagi.

    Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata

    Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi

    terbuka dan sukukata Jawi tertutup.

    Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata tertutup

    pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan.

    Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal dalam

    bahasa Melayu, iaitu huruf alif ()mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( (mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( -) mewakili huruf vokal o. Hurufhuruf konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan

    sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal atau

    sebaliknya.

    Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh

    orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan lama

    seperti (sudah - - ); ejaan tua (itu ); ejaan baharu ( billik - ); ejaan Arab (wajib -); ejaan kemelayuan ( peduli - ); dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ( vokal ).

    Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan Jawi

    di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan

    Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan bagi

    perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang

    boleh dengan perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam

    penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu

    seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.

    Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan

    kerana ketika itu sistem ejaan Zaaba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan

    sistem lama kepada sistem baru.

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    13/15

    Penghasilan buku,Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi,

    yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan

    pemantapan yang diusahakan daripada buku,Daftar Ejaan Melayu Zaaba(1939). Kedua-dua

    buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan

    dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para pengguna.

    Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalamsistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.

    Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya dan pencinta tulisan

    Jawi amnya terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima atau

    menolak pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi menangani

    cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan, bengkel, dan seumpamanya akan/telah

    diadakan namun peningkatan dan menghargai tulisan Jawi masih di ambang kekaburan.

    Bibliografi

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    14/15

    Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal

    Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104

    Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 :

    Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179

    Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402 Sistem Tulisan Jawi,

    Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.

    Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah Memartabatkan

    Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,Jabatan

    Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187

    Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan Jawi:Perkembangan dan

    Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,Serdang,Jabatan

    Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153

    Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Pelita

    Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11

    Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod latihan Perguruan

    Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi bertarikh 16/03/2009

    . http://www.ftsm.ukm.my/IRPA/EA0036/01Tjawi.html. bertarikh 16/03/2009

  • 8/13/2019 Sejarah Tulisan Jawi 2

    15/15

    . http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00089

    & s=1&t=toc.htm. bertarikh 29/03/2009