pembudayaan tulisan jawi [sumber elektronik]

Upload: dbu2952

Post on 02-Jun-2018

633 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    1/146

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    2/146

    1

    BERI PENGURANGAN CUKAI KEPADA SYARIKAT MENGGUNAKAN

    TULISAN JAWI - GPMS

    Date: 24-01-2013Author: Nurul Azila Mohamad / PNABM KHY KLS

    GPMS-CADANGAN

    KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Gabungan Pelajar MelayuSemenanjung (GPMS)mencadangkan kerajaan memberi pengurangan cukai kepada mana-manapeniaga atausyarikat yang menggunakan tulisan jawi dalam urusan syarikat seperti papantandabertulisan jawi.

    Timbalan Presidennya Ezaruddin Abd Rahman berkata itu adalah salah satu

    inisiatif yang perlu diterapkan dalam memperkukuhkan lagi tulisan jawimemandangkan ia semakin lama semakin pudar dalam kalangan orang Melayu.

    "Tulisan jawi bukan sahaja harus diperkasakan dalam pelajaran malahandalamindustri perniagaan juga harus diperhebatkan lagi.

    "Mungkin dengan memberi pengurangan cukai terhadap peniaga dan syarikatyangmenggunakan tulisan jawi, akan menarik lebih ramai pihak luar yangmenggunakantulisan jawi di organisasi mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Selain itu, Ezaruddin juga turut melahirkan rasa bimbang dengan peredaran

    masa yang kini semakin moden menjelang Wawasan 2020."Kami sebagai pihak NGO turut berasa bimbang dengan peredaran masa

    berteknologi tinggi menjelang Wawasan 2020. Saya bimbang apabila duniasudahsemakin maju tulisan jawi ini akan diketepikan.

    "Pemerhatian saya mendapati kebanyakan bahan bacaan hiburan di pasaranjugatiada tulisan jawi...kalau boleh biarlah dua tiga muka surat ada diselitkanruangan jawi," katanya yang juga berpendapat bahawa laman web serta lamansosialperlu diadakan dalam tulisan jawi.

    Beliau juga memohon supaya Majlis Agama Islam mempromosi laman sosialdalam tulisan jawi supaya ia lebih dekat dengan golongan pembaca.

    "Saya berbangga dengan surat khabar Utusan Malaysia yang menyelitkanruangantulisan jawi pada setiap Isnin. Mungkin dengan cara ini ramai pembaca lebihtertarik untuk menguasai tulisan jawi," katanya.

    Sementara itu generasi muda yang ditemu bual Bernama mengenai isu tulisanawi yang semakin pupus dalam kalangan generasi masa kini turut memberikan

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    3/146

    2

    beberapa cadangan bagi melestarikan tulisan warisan itu.Pelajar Mohd Faiz Haiqal, 23, yang kecewa dengan tulisan jawi yang

    diterjemahkan dalam tulisan rumi pada sesi pembelajaran Agama Islam diperingkatpengajian tinggi berkata mahasiswa-mahasiswi akan pudar dengan penggunaan

    tulisan jawi."Kalau boleh biar segala urusan rasmi kerajaan juga ada menggunakan tulisanjawi walaupun tidak sepenuhnya seperti mana pada zaman Melayu Melakadulu,"katanya.

    Rashida Ali, 17, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Shah alamberkata beliau pandai membaca al-Quran tetapi membaca secara menghafalbukannyamengenal huruf membuatkan beliau tidak minat untuk membaca dalam tulisan

    jawi."Saya pandai baca al-Quran tetapi apabila hendak membaca dalam tulisan

    jawisaya jadi kekok kerana kurang pendedahan terhadap tulisan jawi. Saya nakkalauboleh banyakkan aktiviti menarik berasaskan tulisan jawi," katanya.

    Bagi Nor Syazwani Madam, 23, untuk mengelakkan tulisan jawi pupus dalamkalangan orang Melayu terutamanya anak muda, ibu bapa harus memainkanperanan penting mendidik anak-anak mereka.

    "Kebanyakan ibu bapa hanya mengharapkan pembelajaran tulisan jawi disekolahsahaja. Bagi mereka, jika anak-anak lulus dalam mata pelajaran yang diambil itusudah memadai tetapi mereka kena ingat bukan mudah tugas guru mahumengajar anakdidiknya setiap seorang," katanya.

    -- BERNAMAPNABM KHY KLS

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    4/146

    3

    PROF KOREA MAHU POPULARKAN TULISAN JAWI

    Date: 16-01-2013Author: Fadzli Ramli / FBR KHY HBS1 NH

    JAWI-KOREA

    KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- "Saya akan pertahankan warisanbahasaMelayu dan tulisan jawi yang amat saya cintai ini hingga ke hembusan nafassayayang terakhir," demikian tekad Prof Dr Kang Kyoung Seok, seorang profesorberbangsa Korea.

    Itulah antara kata-kata terakhir beliau setelah menamatkan tugas sebagaiProfesor Tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, pada3 Jan lepas dan akan pulang ke negaranya malam ini bagi meneruskan tugas

    sebagaiKetua Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan.

    "Saya mahu pulang ke Korea Selatan kerana di sana sekarang bahasa danbudaya Malaysia semakin kurang dikenali berbanding tahun 80an dan 90an dulu,terutama di kalangan pelajar kami yang sedang belajar dan mengkaji budaya danbahasa Melayu.

    "Pelajar mahu belajar dan kaji ini semua, tetapi kebanyakan merekamenyangkabahasa dan budaya Indonesia itu sama dengan Melayu, jadi mereka hanyabelajarbahasa Indonesia. Ini perlu diperbetul, pelajar mesti belajar bahasa Melayu dan

    tulisan jawi jika mahu mendalami Malaysia," katanya.Kang berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Bernama setelah

    menerima Anugerah Pakar Penyelidik Tulisan Jawi daripada Dewan Bahasa danPustaka (DBP) disampaikan Ketua Pengarahnya Dr Awang Sariyan di sini, hariini.

    Pada Januari tahun lepas, Kang yang bertugas di UPSI sejak 2010,melahirkankebimbangan bahawa tulisan jawi semakin dilupakan terutama dalam kalangangenerasi muda di Malaysia.

    Mengulas perkara itu, beliau berkata tindakan masyarakat Melayu yangmeletakkan tulisan jawi eksklusif kepada perkara berunsur Islam perlu dihindari

    bagi memastikan tulisan itu sesuatu yang lebih universal."Tulisan ini perlu digunakan untuk berbagai perkara, antaranya sebagai satu

    daripada teks utama universiti yang membolehkan generasi baharu Malaysiamempelajarinya lebih mendalam," katanya.

    Ditanya apa yang perlu dilakukan bagi mempopularkan kembali tulisan jawi dikalangan generasi muda Malaysia, Kang berkata inisiatif luar biasa sepertidilakukan penyanyi Korea Selatan, PSY yang mempopularkan budaya Koreamelalui

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    5/146

    4

    lagu 'Gangnam Style' boleh dilakukan."Gangnam Style ini memang sesuatu yang luar biasa kerana mengambil kuda,

    iaitu sesuatu yang dilihat biasa di Korea dan jadikan sesuatu di luar kebiasaan.Di Malaysia juga ada kuda, saya percaya kita boleh lakukan sesuatu yangserupa,"

    katanya.Bercerita tentang kajian terbaharunya, Kang berkata beliau sedangmengusahakan teori 'Jawiology', sebuah teori yang mampu memperkenalkantulisan

    jawi itu kepada masyarakat dunia."Melalui teori ini saya mahu menerangkan tentang perkembangan tulisan jawi

    daripada sebuah tulisan dalam Al-Quran disesuaikan menjadi tulisan yangmelambangkan Melayu itu sendiri. Teori saya juga memastikan tulisan jawimudahdifahami dan dipelajari masyarakat bukan Melayu seluruh dunia," katanya.

    Bercakap mengenai kajian tulisan jawi yang amat dekat dihatinya, Kang

    memberikan contoh kajian batu bersurat di Terengganu yang dilakukannya sejakpertengahan tahun 80an."Saya masih mengkaji tulisan pada batu bersurat itu. Sukar memastikan apa

    yang dimaksudkan kerana tulisan itu ada sedikit kerosakan seperti hilang titikyang membezakan huruf seperti 'ba' dan 'nun'.

    "Setakat ini tiada tafsiran yang benar-benar tepat, hanya agak-agak sahaja.Saya sendiri mahu lakukan kajian lebih dalam lagi," katanya.

    Mengakhiri temu bual, Kang melahirkan azamnya untuk menjadi jambatanpenghubung di antara masyarakat Korea dengan Malaysia terutama bagigenerasimuda melalui perkongsian bahasa dan budaya.

    "Saya mahu kita menjadi rakan karib. Orang muda Malaysia amat minatdenganbudaya K-Pop Korea jadi saya juga mahu orang muda Korea minat bahasa danbudayaMalaysia," katanya.

    Sementara itu, Awang berkata DBP akan meneruskan kerjasama denganKang bagimengkaji lebih 200 manuskrip Melayu lama yang kini berada dalam simpanandewanitu.

    "Walaupun Kang kini jauh, kita akan tetap bekerjasama dengan beliau. Melaluibeliau juga kita akan bertindak sebagai penghubung melakukan pelbagaiprogrambersama dengan Busan University of Foreign Studies bagi memperkenal bahasadanbudaya Malaysia di Korea Selatan," katanya.

    -- BERNAMAFBR KHY HBS1 NH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    6/146

    5

    LEBIH 4,000 MANUSKRIP DALAM TULISAN JAWI BELUM DIKAJI

    Date: 18-10-2012Author: / AZM AZM NH

    MANUSKRIP-JAWI

    KUALA TERENGGANU, 18 Okt (Bernama) -- Lebih 4,000 manuskrip dalamtulisan

    jawi yang belum dikaji dan diterjemah kini berada dalam simpanan PerpustakaanNegara Malaysia dengan yang paling lama dianggarkan berusia kira-kira 400tahun.

    Ketua Pengarahnya Datuk Raslin Abu Bakar berkata jika manuskrip tersebutdapat direkod semula dalam tulisan Rumi, lebih banyak lagi ilmu untuk beberapabidang seperti perubatan dan perniagaan yang diamalkan oleh masyarakat

    Melayuselepas zaman keagungan kesultanan Melaya dapat dibongkar.

    "Ada banyak kitab Melayu lama yang ditulis dalam jawi yang belum lagi"digali" dan kita percaya ia kaya dengan pelbagai catatan ilmu pengetahuanberkaitan bidang perubatan dan perniagaan," katanya kepada pemberita selepasmajlis pelancaran Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 sebagai mewakiliKetuaSetiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk SeriKamaruddin Siaraf di sini, hari ini.

    Beliau berkata pakar tulisan jawi yang sedia ada termasuk Unit Jawi diPerpustakaan Negara kini sedang giat membuat kajian-kajian terhadap

    manuskriplama dalam tulisan jawi untuk direkod semula dalam tulisan Rumi.

    Menurutnya maklumat dalam tulisan jawi itu sukar untuk diterjemah kerana iamenggunakan ejaan Bahasa Melayu lama.

    -- BERNAMAAZM AZM NH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    7/146

    6

    RAIS MAHU GENERASI MUDA MARTABATKAN TULISAN JAWI MELALUI

    TEKNOLOGI MASA

    Date: 02-10-2012Author: / PNW HK NH

    RAIS-JAWI

    KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu generasi muda memanfaatkanperkembanganteknologi masa kini bagi mengangkat martabat tulisan jawi.

    Beliau berkata tulisan jawi harus kekal sebagai identiti bangsa Melayuwalaupun medium penulisan masa kini terus berkembang dengan pelbagaiteknologibaharu.

    Katanya apa yang berlaku sekarang adalah generasi muda tidak lagimenggunakan tulisan jawi untuk berhubung dengan sesama rakan melaluikirimansurat sebaliknya hanya menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.

    Beliau berkata demikian semasa melancarkan buku 'Precious Gift', yangmerupakan buku terjemahan Tuhfat Al Nafis karya agung Raja Ali Haji ke dalambahasa Inggeris oleh ahli akademik Australia Prof Emeritus Virginia MathesonHooker.

    Buku asal Raja Ali Haji yang ditulis dalam tulisan jawi pada tahun 1885 itu,yang mengupas sejarah Melayu di rantau Asia pada abad ke-20, antara lain

    menyentuh era kegemilangan serta konflik Kesultanan Melayu Melaka danKesultananJohor-Riau serta pelbagai kejadian sepanjang Selat Melaka ke kepulauanRiau-Lingga.

    Rais berkata usaha untuk mengekalkan tulisan jawi yang pada satu ketikadulumerupakan identiti kepada tamadun Melayu itu, bukan merupakantanggungjawabkementerian, tetapi juga tanggungjawab masyarakat Melayu secara keseluruhan.

    "Saya berharap tulisan Jawi akan muncul sebagai skrip kebudayaan di manakita boleh (menggunakannya untuk) mengajar Al-Quran, di mana kita boleh

    menulispantun kita dan murid Tahun Satu hingga Lima masih boleh menulis Jawi jikakeadaan memerlukan," katanya.

    Mengenai buku itu, Rais berkata ia mampu memperluas aksesibiliti dunialuar kepada sejarah Melayu secara amnya.

    Sementara itu, Hooker yang fasih berbahasa Melayu berkata beliaumengambilmasa kira-kira dua tahun untuk melengkapkan terjemahan buku itu.

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    8/146

    7

    Hooker yang sebelum ini banyak menulis mengenai undang-undang AsiaTenggaraberkata beliau tertarik untuk menterjemah buku berkenaan selepas menelitihasil tulisan sejarah itu.

    "Raja Ali Haji ini suka meletakkan tanggal (tarikh) untuk setiap peristiwa

    yang berlaku berasaskan kepada situasi sebenar, dan peristiwa yang berlakuitu juga digambarkan secara menyeluruh," katanya.Hooker berkata beliau kini mula tertarik dengan hasil seni Islam dan

    merancang untuk menulis mengenainya.-- BERNAMAPNW HK NH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    9/146

    8

    PNM ADAKAN KLINIK TULISAN JAWI DI RADIO IKIM.FM

    Date: 07-06-2012Author: / MAMA PZZS KHY

    JAWI-PNM

    KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)hari inimelancarkan Klinik Jawi di Radio IKIM.fm bagi menggalakkan pembelajarantulisanJawi secara tidak formal menerusi saluran elektronik.

    Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata,"Klinik Jawi di IKIM.fmsebagai salah satu strategi kita untuk meningkatkan lagi penggunaan,seterusnyamenyuburkan semula kecintaan (terhadap tulisan jawi) dengan harapan ia dapat

    dihidupkan semula sebagai tulisan utama oleh masyarakat, setaraf denganrumi".

    Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata sebelum ini PNMhanya menaja akhbar sisipan Jawi yang terbit seminggu sekali pada setiap hariIsnin tetapi kini PNM memperluas usaha dengan menaja 39 episod programKlinikJawi.

    "Bukan sahaja PNM, IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan DBP(DewanBahasa dan Pustaka) memainkan peranan penting tetapi semua pihak perluterlibat... bagi menjayakan perjuangan ini," katanya.

    "Klinik Jawi IKIM.fm ini terbahagi kepada tiga musim iaitu 13 episod bagisetiap musim dan ke udara selama 15 minit pada setiap Sabtu, mulai jam 10pagipada 2 Jun lepas," katanya.

    Sementara itu, Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassanberkataprogram itu membantu usaha menyemai rasa cinta terhadap penulisan danpembacaan

    jawi di kalangan pendengar sekaligus menjadikan mereka celik al-Quran.-- BERNAMAMAMA PZZS KHY

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    10/146

    9

    PSM PERLIS USAHA MARTABATKAN SEMULA TULISAN JAWI

    Date: 12-05-2012Author: / RIS AD RS

    PERTANDINGAN-JAWI

    KANGAR, 12 Mei (Bernama) -- Sebanyak 38 pelajar daripada 19 buahsekolahrendah seluruh Perlis hari ini mempamerkan keupayaan mereka menguasaitulisanJawi pada pertandingan pandai jawi anjuran Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)cawangan Perlis di sini.

    Pertandingan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi itu bertujuanuntuk

    memberi kesedaran kepada murid-murid tentang penggunaan tulisan danbacaan jawiyang kini makin terpinggir.

    Bercakap kepada Bernama, Setiausaha PSM cawangan Perlis, Abdul HadiLebaiShariff berkata, peserta antara lain dikehendaki menjawikan sebuah karangandaritulisan rumi, diikuti dengan mengeja perkataan yang disebut oleh hakim dalamtulisan jawi serta membaca sebuah karangan dalam tulisan jawi.

    Menurut Hadi, pemenang dan penyampaian hadiah mereka yang berjayadalam

    pertandingan tersebut akan diumumkan pada hari mesyuarat agung PSMcawanganPerlis Jun depan, bersama keputusan pertandingan pengkisahan sejarahdiadakandua minggu lepas di Sekolah Menengah Vokasional Kangar di sini.

    -- BERNAMARIS AD RS

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    11/146

    10

    GENERASI MUDA PERLU KUASAI TULISAN JAWI

    Date: 30-01-2012Author: Normawati Muhamad Nor / NIM RV SBB

    JAWI-GENERASI MUDA

    KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Pelbagai pihak mengakui tulisan Jawiperludikuasai generasi muda di negara ini bagi mengelak ia dilupakan suatu harinanti.

    Pensyarah Pemikiran Islam Jabatan Usululuddin dan Falsafah, FakultiPengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Zakaria Setapaberkatatulisan Jawi adalah pembendaharaan yang tidak wajar ditinggalkan kerana iamelibatkan jati diri orang Melayu.

    "Ini skrip asal yang kita gunakan sebelum kedatangan tulisan Rumi. TulisanRumi boleh berkembang bersama-sama tulisan Jawi. Jadi, kita sepatutnya bolehmenguasai kedua-dua tulisan ini dengan baik.

    "Kita tidak akan rugi apa-apa (jika kuasai dua tulisan) malah semakin banyakpengetahuan yang boleh diperoleh," katanya kepada Bernama hari ini.

    Bernama semalam melaporkan kebimbangan Pensyarah Korea Profesor DrKangKyoung Seok iaitu tulisan Jawi semakin dilupakan, terutama di kalangangenerasimuda di Malaysia.

    Dr Kang dari Pusat Pengajian Asing, Universiti Pusan, yang mula mengkaji

    tulisan Jawi sejak 1974, menganggap ia satu keunikan milik Malaysia.Profesor Zakaria berkata untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi di

    kalangan generasi muda, program pembelajaran Jawi, al-Quran, bahasa ArabdanFardu Ain (j-QAF) yang dilaksanakan di sekolah rendah perlu dilanjutkan diperingkat menengah.

    "Program ini adalah satu wahana untuk mengembangkan tulisan Jawi dalamkeadaan sekarang yang dilihat tulisan Jawi semakin diketepikan," katanya.

    Timbalan Ketua Pengarah Dasar Dewan Bahasa dan Pustaka Dr AwangSariyanberkata tulisan Jawi penting sebagai alat wasilah perkembangan tamadun,

    terutamadalam penghasilan karya ilmu, sastera dan puisi sejak ratusan tahun.

    Beliau berkata untuk memartabatkan penggunaan tulisan Jawi, ia perludilestarikan di tempat awam termasuk menggunakannya pada papan tanda,logo,slogan dan kempen.

    "Logo, slogan dan kempen perlu ada versi Jawi sebagai satu imej jati dirikebangsaan orang Melayu," katanya yang meminta media elektronik

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    12/146

    11

    memperbanyakkanprogram Jawi untuk meningkatkan penguasaan tulisan itu di kalangan kanak-kanak.

    Beliau berkata mata pelajaran Agama Islam di sekolah juga patut menekankanpenggunaan tulisan Jawi.

    Sementara itu, Pengarang Utusan Melayu Mingguan Mohd Kamil Yusuffberkatasikap orang Melayu yang memandang remeh serta tidak mempunyai jati diriterhadaptulisan Jawi menyebabkan ia semakin dilupakan.

    Beliau berkata walaupun pelbagai cara dilakukan, termasuk memberi nafasbaruuntuk memartabatkan tulisan Jawi, namun jika sikap orang Melayu masih ditakuklama, ia tidak akan mengubah apa-apa.

    "Kita orang Melayu ada lebih 17 juta di negara ini, kenapa kita tidak boleh

    hidupkan tulisan Jawi sedangkan orang Cina yang mempunyai kira-kira lapanjutaorang mampu menerbitkan 14 akhbar berbahasa Cina sehari," katanya.

    Beliau berkata Utusan Melayu menerbitkan akhbar bertulisan Jawi sejak 75tahun lepas, namun dihentikan pada 2006 kerana tidak mendapat sokonganpembaca.

    "Bagaimanapun, atas (dasar) tanggungjawab sosial syarikat dan KementerianPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan, akhbar bertulisan Jawi dihidupkansemula,"katanya.

    Utusan Melayu kini menerbitkan akhbar itu setiap Isnin.Mohd Kamil berkata pelbagai cara dilakukan untuk menarik minat pembaca

    terhadap tulisan Jawi, termasuk menyediakan ruangan interaktif dua hala mulaiMac tahun lepas serta memperbanyakkan isi kandungan yang memfokus kepadapelajar.

    Selain itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan akta berkaitantulisan Jawi agar ia terus terpelihara pada masa akan datang.

    "Kita boleh mengekalkan tulisan Jawi di negara ini dengan menggunakankuasapolitik yang ada di negara kita," katanya.

    -- BERNAMANIM RV SBB

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    13/146

    12

    PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI SEMAKIN DILUPAKAN

    Date: 29-01-2012Author: Fadzli Ramli / FBR MAM RHM

    KOREA-JAWI

    KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seorang pakar tulisan jawi berbangsaKoreamelahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangangenerasi muda di Malaysia.

    Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies,mulamengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikanmilik Malaysia.

    Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia

    mungkin pupus satu hari nanti."Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu

    ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudahtiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?," kata DrKang yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama.

    Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskanmedia memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakansecaralebih meluas.

    Dr Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti UtusanMelayu

    diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia

    dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalammenterjemahkanlebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya.

    "Di Korea, kami terjemah banyak buku ke bahasa dan tulisan Korea keranakamimahu rakyat kami lebih menguasai bahasa dan tulisan Korea daripada bahasa-bahasalain.

    "Bagi kami, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri rakyat kami. Dan pada

    pendapat saya, tulisan jawi merupakan jati diri Malaysia sendiri."Maka rakyat Malaysia perlu mempelajari tulisan jawi bagi memastikan mereka

    mempunyai jati diri Malaysia yang sejati," kata Dr Kang yang mula menjejak kakike Malaysia pada 1984 untuk melakukan kajian lebih mendalam terhadap tulisan

    jawi.Menurut Dr Kang, rakyat Malaysia kini lebih selesa dengan tulisan rumi yang

    digunakan secara lebih meluas berbanding tulisan jawi, dan ini menjadi faktorfaktor utama kenapa tulisan jawi semakin dilupakan.

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    14/146

    13

    "Selain itu pengaruh barat juga menjadi penyebab kerana sistem ejaan rumidiambil daripada bahasa Inggeris, yang menjadikan rakyat Malaysia lebih selesadengan sistem rumi," jelasnya.

    Dr Kang menarik perhatian bahawa sistem ejaan jawi sekarang perludikembalikan kepada sistem ejaan jawi Za'ba yang lebih ringkas dan mudah

    dipelajari bagi menarik lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi mudamenggunakan sistem tulisan itu.Beliau berkata jika rakyat Malaysia menguasai sistem ejaan jawi Za'ba,

    mereka akan lebih mudah memahami sistem ejaan jawi yang lebih kuno, malahmampumemahami manuskrip jawi berusia ratusan tahun.

    "Ini kerana asas ejaan jawi Za'ba menggunakan asas yang sama dengantulisan

    jawi kuno yang berasal daripada tulisan Al-Quran. Tulisan jawi sekarang asasnyadaripada tulisan rumi yang 'lari' daripada asas tulisan jawi kuno," jelasbeliau.

    Beliau berkata Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pakar tulisan jawiterutamanya daripada kalangan generasi muda bagi menggantikan pakar yangtelahbersara.

    -- BERNAMAFBR MAM RHM

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    15/146

    14

    CINTA SEORANG PENSYARAH KOREA TERHADAP TULISAN JAWI

    Date: 04-02-1012Author: Fadzli Ramli / FBR RON

    JAWI-KOREA

    KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ketika budaya K-pop popular dandiminatikalangan generasi muda negara ini, seorang ahli akademik Korea Selatan pulamengakui beliau menyukai tulisan jawi.

    Penulis berpeluang menemu bual Prof Dr Kang Kyoung Seok dari BusanUniversity of Foreign Studies, yang memberikan pandangannya mengenaituliasn

    jawi dan budaya Melayu.Dr Kang, 57, yang fasih berbahasa Melayu, begitu meminati semua perkara

    mengenai tulisan jawi, yang disifatkannya begitu indah."Budaya Melayu ini, daripada lagunya, bahasanya, semua amat halus dan

    lembut membuatkan saya jatuh cinta terutama lenggok tulisan jawi,"kata Dr Kang.

    CINTA KEPADA TULISAN JAWI

    Cinta Dr Kang kepada tulisan jawi berputik pada tahun 1974 ketika belajar disebuah universiti di Korea Selatan.

    "Pensyarah saya masa itu beritahu bahawa Malaysia memiliki tulisan unik

    diberi nama tulisan jawi. Bila saya tanya apa itu tulisan jawi, pensyarah sayatidak tahu.

    "Di Korea masa itu tiada buku tulisan jawi, rujukan mengenai jawi pulaamat kurang. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengkajitulisan ini," katanya.

    Pada 1982, pertemuan Dr Kang dengan seorang pendakwah Islam bernamaAbdulGhani yang berasal dari Pattani, Thailand di Busan, merupakan titik pentingpercintaannya dengan tulisan jawi.

    Melalui Abdul Ghani, Dr Kang mengenali huruf jawi dan sistem penulisan ini.Buku tulisan jawi bertajuk 'Sejarah Melayu Pattani', menjadi kegemarannya pada

    masa itu.Dr Kang membulatkan tekadnya untuk pergi ke Malaysia bagi mendalami

    tulisanjawi dan pada tahun 1984 impiannya menjadi kenyataan apabila mendapattawaranmelanjutkan pengajian di Universiti Malaya.

    Namun persepsi rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia pada masa itumenjadi

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    16/146

    15

    cabaran besar bagi Dr Kang dalam merealisasikan impiannya."Masa itu Korea Selatan tidak mengenali Malaysia seperti sekarang. Kita

    sekarang kawan baik. Dulu orang Korea tengok Malaysia sebuah negara yangmundur,miskin dan banyak masalah.

    "Ibu bapa saya masa itu menangis tidak mahu benarkan saya pergi Malaysia,tetapi saya sudah cintakan tulisan jawi dan saya mahu pergi belajar tulisan itudi Malaysia," katanya.

    Setelah melakukan kajian terhadap tulisan jawi sejak sekian lama, Dr Kangmengakui amat tertarik dengan kitab Al-Quran yang disifatkanya sebagaianugerahpaling bernilai buat umat Islam di seluruh dunia.

    "Paling menarik perhatian saya bagaimana tulisan jawi dalam kitab Al-Quranmampu menghasilkan cara bacaan yang amat indah sekali. Saya selalu dengarorangbaca di tilawah Al-Quran, amat indah dan buat jiwa saya tenteram," katanya.

    JAWI, PENYAMBUNG LEGASI BANGSA

    Dr Kang berkata generasi muda Malaysia sekarang tidak menyedari betapabertuahnya mereka memiliki sebuah warisan unik yang menjadi identiti danpenyambung legasi bangsa.

    "Tulisan jawi sekarang sudah tenat, tidak ramai generasi muda tahu membacadan menulis jawi. Bilangan pakar jawi juga semakin berkurangan kerana ramaipakar yang saya kenali telah bersara tanpa ada pengganti," katanya.

    Dr Kang menyertai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagaipensyarah pada 2010.

    "UPSI sebuah universiti yang mendidik guru. Jadi bila saya ajar guru initulisan jawi, mereka akan ajar tulisan jawi ini kepada anak murid mereka, yang

    juga generasi muda negara ini. Maka semakin ramai tahu tulisan jawi," katanya.Beliau berkata pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak berkuasa pendidikan

    supaya kembali kepada sistem ejaan jawi Za'ba yang lebih ringkas dan mudahdifahami.

    Media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakansecara lebih meluas. Dr Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawiseperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat Malaysia.

    Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia danDewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahlebihbanyak buku ke tulisan jawi.

    MALAYSIA 'CIKGU' SAYA

    Mengimbau kenangan Dr Kang semasa pertama kali menjejakkan kaki di bumi

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    17/146

    16

    bertuah ini, Dr Kang menyedari persepsi rakyat Korea terhadap Malaysiamelesetsama sekali.

    "Keluar lapangan terbang saya lihat kemajuan Malaysia di sana sini,bangunan

    tinggi. Macam-macam jenis kereta saya jumpa, kereta mewah seperti BMW danMercedes pun ada," katanya.Selain itu, beliau turut tertarik kepada keunikan masyarakat berbilang kaum

    di Malaysia yang hidup aman damai dan bekerjasama dengan baik bagimemajukannegara.

    "Masa saya datang ke Malaysia, saya amat tertarik dengan konsep ini keranamasa itu Korea tidak banyak campuran bangsa di sana. Bila dunia semakinberubah,sekarang ramai bangsa lain datang ke Korea.

    "Jadi Korea belajar untuk sesuaikan diri dengan pelbagai bangsa ini, tetapi

    Malaysia sudah lama belajar tentang ini dan saya belajar dengan Malaysia,"katanya.Dr Kang turut tertarik dengan percampuran budaya antara kaum di negara ini,

    mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri sepertimasyarakat baba nyonya di Melaka.

    Beliau berkata masyarakat berbilang kaum ini membuatkan Malaysia menjadisebuah negara yang kaya dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan yangdiwarisisejak berkurun lamanya.

    "Apa yang menarik perhatian saya bagaimana budaya Melayu boleh berada ditengah-tengah dan menjadi pengikat semua budaya ini. Budaya Melayu ini amatistimewa, memang ramai pengkaji asing yang sukakanya termasuk saya,"katanya.

    Dr Kang berpesan kepada generasi muda Malaysia: "Bagus jika kitamemahamibudaya lain dan tidak salah meminati K-pop. Tetapi jangan kita terlalu taksubhingga budaya dan identiti sendiri dipinggir dan dilupakan," katanya.

    -- BERNAMAFBR RON

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    18/146

    17

    RAJA MUDA PERLIS MAHU TULISAN JAWI DIMARTABAT

    Date: 05-12-2011Author: / PNW RV MAI

    RAJA-JAWI

    KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed FaizuddinPutra Jamalullail mahu semua pihak memartabatkan tulisan Jawi ke tahap lebihtinggi setara dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    "Pada hari ini, kita menghadapi satu persimpangan dan persoalan realitiiaitu bagaimana kita selaku generasi pewaris hendak menjulang tulisan Jawi kesuatu tahap baharu di era globalisasi ini, sebagai identiti dan lambang jatidiri kita," titah baginda semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan TulisanJawi kali kedua dan Karnival Jawi 2011 di Perpustakaan Negara di sini hari ini.

    Menurut baginda, selain program-program lebih menyeluruh perlu dilakukan

    secara berterusan oleh semua pihak, usaha ke arah itu juga perlu dilakukanmelalui medium yang pelbagai termasuk melalui bidang teknologi.

    "Medium IT yang digemari oleh masyarakat kini juga harus digunakan olehpenggiat tulisan Jawi dengan mengeksploitasi apa sahaja media baru dalammenyampaikan atau akses segera dalam usaha mempercepatkan prosespengajaran danpembelajarannya," titah baginda.

    Bimbang dengan perkembangan terkini di mana tulisan itu hanya dicetak didokumen berkaitan urusan agama dan hanya menjadi tempelan di papan tanda,baginda menyarankan agar akhbar Utusan Malaysia dapat menyediakansekurang-kurangnya satu muka surat tulisan Jawi setiap hari berbanding sekali

    pada setiap minggu pada masa ini.Tuanku Syed Faizuddin bertitah pendedahan tulisan Jawi kepada kaum bukan

    Melayu juga perlu dipergiatkan lagi melalui pelbagai pendekatan bagi mengikispersepsi bahawa mempelajari tulisan itu "tidak bermakna masuk Melayu ataumasukIslam".

    Sambil memuji usaha kerajaan setakat ini dalam membudayakan tulisanberkenaan, baginda bertitah bahawa antara impak positif daripadamemartabatkantulisan itu ialah mengekalkan identiti Melayu Islam.

    "Ini kerana banyak rujukan klasik atau buku agama, sastera dan undang-

    undangditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi juga akan memudahkan pengenalankepadapembacaan Al-Quran," titah baginda.

    Baginda menyarankan agar pembelajaran tulisan itu di sekolah rendahdapat diteruskan ke tingkat sekolah menengah.

    -- BERNAMA PNW RV MAI

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    19/146

    18

    T'GANU USAHA MARTABAT TULISAN JAWI DAN BAHASA MELAYU

    DENGAN KERJASAMA

    Date: 11-05-2011Author: / NSM TAJ AZH

    DEWAN-T'GANU (JAWI)

    KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganumengadakankerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dalam usaha memartabatkantulisan jawidan merancakkan lagi penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat danpelajar.

    Pengerusi Jawatankusa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi danSumber Manusia negeri Ahamd Razif Abdul Rahman (BN-Seberang Takir)

    berkataantara agensi yang terlibat dalam menyediakan program itu termasuk JabatanHalEhwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Pelajaran dan Perpustakaan

    Awam NegeriTerengganu.

    Beliau berkata JHEAT mengambil tanggungjawab memastikan penyediaanprogramkeagamaan ditulis dalam tulisan jawi seperti teks khutbah Jumaat, danmewajibkansalah satu sepanduk dalam perarakan sambutan maulidur Rasul bertulisan jawi,

    disamping mewajibkan calon-calon yang ingin memasuki tingkatan satu sekolahmenengah agama negeri menguasai tulisan jawi.

    "Antara keutamaan yang diberikan kepada pelajar yang ingin memasukisekolahmenengah agama ialah mereka dimestikan mendapat peratus tertinggi dalamujiantulisan jawi," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Pehimi Yusof(BN-Kota Putera) yang ingin tahu kesungguhan kerajaan dalam memartabatkantulisan jawi dan merancakkan penggunaan Bahasa Melayu pada Persidangan

    DewanUndangan Negeri kali ke-12 di sini hari ini.

    Ahmad Razif berkata Perpustakaan Negeri juga turut memainkan peranandenganmenganjur beberapa program promosi seperti pertandingan poster dalam tulisan

    jawi, dan sebagainya.Katanya dalam usaha merancakkan penggunaan Bahasa Melayu pula,

    kerajaan

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    20/146

    19

    negeri berganding bahu dengan dengan Jabatan Pelajaran untuk mengadakanpelbagaiprogram promosi setiap tahun.

    Beliau berkata antaranya menganjurkan program Bulan Bahasa Kebangsaan,Malam

    Puisi Bahasa Jiwa Bangsa, sayembara dan deklamasi Puisi, festival teater,pertandingan pengkesahan tokoh sekolah, kuiz bahasa dan lain-lain.Sementara itu persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu

    bahawaterdapat 6,924 ibu tunggal dan 798 bapa tunggal daripada 25,000 pendudukmiskinyang berada dalam senarai e-Kasih negeri Terengganu hingga akhir tahun lepas.

    Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan WanitanegeriYahya Khatib Mohamad berkata walaupun program khusus bagi golongan itudari segi

    pembiayaan modal belum ada, tetapi kerajaan sedang mengkaji untukmewujudkanprogram khas buat mereka di bawah kendalian Yayasan PembangunanKeluarga (YPK)Terengganu.

    "Antaranya program jaya diri iaitu program yang berbentuk pemberianpinjamanmodal berdasarkan kemampuan dan penilaian jabatan yang mana pesertaterlibathanya perlu membayar berdasarkan ketetapan oleh jabatan terbabit," katanya.

    Yahya (BN-Pengkalan Berangan) berkata demikian ketika menjawab soalanAbdHalim Jusoh (BN-Permaisuri) dalam Persidangan Dewan Undangan NegeriTerengganukali ke 12 di sini hari ini yang mahukan penjelasan mengenai program-programyang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu ibu tunggal.

    Menurutnya selain itu program-program untuk memperkasa golongan ibutunggal

    juga diadakan seperti menubuhkan kelab ibu tunggal mengikut kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) di seluruh negeri bagi membantu mereka.

    "Kami juga membekalkan bantuan kewangan dan mengadakan bengkelpemantapankelab ibu tunggal, bengkel pembimbing, bengkel kemahiran ekonomi dan jugalawatan yang bermaklumat untuk kepentingan mereka," katanya.

    -- BERNAMANSM TAJ AZH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    21/146

    20

    TULISAN JAWI HADAPI BAHAYA KEPUPUSAN - AHLI AKADEMIK

    Date: 28-04-2011Author: / YAM AKT RHM

    TULISAN-JAWI

    KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Semua pihak perlu bersama-samamenghidupkan semula program membaca dan menulis dalam tulisan Jawi demimemastikan tulisan Melayu tertua itu tidak hilang dan pupus ditelan aruspemodenan sekarang, kata seorang ahli akademik hari ini.

    Ketua Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Sains MalaysiaDrWan Ali Wan Mamat berkata sehingga kini kerajaan menerusi KementerianPelajaranmasih menggunakan tulisan Jawi dalam satu subjek di peringkat sekolah rendah

    danmenengah, bagaimanapun ia masih belum mencukupi.

    "Selain kerajaan, pihak swasta juga perlu memainkan peranan denganmempromosikan penggunaan tulisan Jawi kerana setakat ini hanya akhbarUtusanMelayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad yang masih menggunakan tulisan itu.

    "Bagaimanapun ia bakal hilang dalam arus pemodenan sekiranya tiada usahauntuk menyelamatkannya" kata Wan Ali.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahanbertajuk "Wacana Manuskrip Melayu "Paleografi Melayu: Pengenalan kepadaTulisan

    Melayu Lama" di Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sinihariini.

    Wan Ali berkata tulisan jawi bukan hanya terhad kepada pembaca kaumMelayusahaja tetapi kaum-kaum lain juga boleh mempelajarinya dan sekiranya iadibacaoleh semua kaum sudah pasti penggunaan tulisan jawi akan lebih mendapatsambutanpada masa depan kelak.

    Selain itu, katanya media massa juga boleh membantu mempromosikan

    tulisanJawi dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan dalam tulisan itu sepertisuratkhabar, majalah dan dalam internet.

    Mengenai manuskrip Melayu, beliau berkata manuskrip Melayu merupakansatuwarisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang sangat tinggi nilaiharganya.

    "Isi kandungan manuskrip tersebut adalah pelbagai, antaranya perubatan,

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    22/146

    21

    agama Islam, fiqah, tauhid, tasawuf, tajwid, sejarah, undang-undang danlain-lain yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadunMelayuyang mesti dipelihara bagi faedah generasi kini dan akan datang," katanya.

    Justeru, katanya semua pihak perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh PNM

    kerana keprihatinannya untuk menyelamatkan warisan intelektual itu dengancermatdan selamat bagi kegunaan orang ramai.

    Wan Ali berkata PNM yang juga merupakan Pusat Manuskrip Melayu diMalaysiamempunyai sejumlah 4,300 manuskrip di mana sebahagian besar koleksi ituadalahberkaitan agama Islam.

    -- BERNAMAYAM AKT RHM

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    23/146

    22

    KEMENTERIAN PELAJARAN DIMINTA PERLUASKAN AKTIVITI TULISAN

    JAWI

    Date: 24-03-2010Author: / NUA HK AZH

    RAIS-JAWI

    KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran dimintasupayamemperluaskan lagi aktiviti penulisan jawi di sekolah-sekolah bagi meningkatdanmembudayakan penggunaan tulisan itu, kata Menteri Penerangan KomunikasidanKebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    Beliau berkata walaupun Kementerian Pelajaran sudah melaksanakan

    programpengajian Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain yang dikenali sebagai j-QAFdi sekolah-sekolah, usaha menjalankan aktiviti bagi membudayakan tulisan jawidikalangan pelajar masih perlu ditingkatkan.

    "Pengajian j-QAF adalah penentuan menerusi akademik, yang sayamaksudkanadalah pergiatkan dari segi aktiviti atau usaha yang perlu diambil dalammembudayakan terutamanya pelajar, dalam menanam minat menggunakantulisan itu.

    "Contohnya pembekalan suratkhabar jawi (Utusan Mealyu) ke sekolah-sekolah,misalnya jika ada 10,000 sekolah yang beli akhbar (jawi) ini, maka sudah ada10,000 naskah Utusan yang boleh dijual. Ini meringankan beban untukmempromositulisan jawi," katanya selepas melancarkan Wajah Baru Akhbar Jawi UtusanMelayuMingguan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini.

    Turut hadir ialah Ketua PNM Datuk Raslin Abu Bakar dan Ketua PengarahKumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak.

    Rais juga berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

    akanmeneruskan bantuan RM2.2 juta kepada syarikat Utusan untuk meneruskanpenerbitankolum tulisan jawi dalam akhbar Jawi Utusan Melayu Mingguan.

    "Komitmen kami dari tahun lalu tak putus. Kami juga berharap agarKementerian Pelajaran juga teruskan dana sumbangan mereka juga. Tahun lalu,menerusi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekWa) pun dahberi RM2.2

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    24/146

    23

    uta, dan Kementerian Pelajaran RM1.5 juta untuk aktiviti promosi," katanya.Utusan sejak 1938 semasa beroperasi di Singapura menerbitkan akhbar

    UtusanMelayu (Jawi) secara harian, menjadi suara orang Melayu pada waktu itu,namun

    selepas 67 tahun beroperasi akhbar itu terpaksa berhentikan penerbitannyapada29 Jan 2006 kerana tiada sambutan dan kekurangan pembaca.

    Bagaimanapun pada 1 Mei 2006 ia diterbitkan semula secara mingguansebagaisisipan akhbar Utusan Malaysia setiap Isnin dengan nama Utusan MelayuMingguan,dan pada 1 Mac lepas, Utusan Melayu Mingguan diterbitkan dengan wajah baruyangkandungannya antara lain meliputi berita semasa dalam dan luar negara,kolum-kolum menarik, pendidikan jawi, cerpen, hiburan dan sukan.

    -- BERNAMANUA HK AZH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    25/146

    24

    MAJLIS PERBANDARAN TAWAU GUNA TULISAN JAWI DI PAPAN TANDA

    LORONG

    Date: 14-12-2009Author: / IL KI AZH

    TAWAU-JAWI

    TAWAU, 14 Dis (Bernama) -- Majlis Perbandaran Tawau (MPT) akanmembanyakkanpenampilan papan-papan tanda penunjuk jalan dan lorong yang menggunakantulisan

    jawi di kawasan perbandaran itu pada masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Penamaan Jalan MPT Mansur Palulah berkata

    pihaknyasudah menyediakan 20 nama lorong yang ditulis menggunakan tulisan jawi

    dalamperingkat pertama usaha ke arah memartabatkan tulisan jawi itu.

    "Penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda lorong dan jalan ini dibuatsecara berperingkat, dalam fasa pertama ini kami tumpukan kawasanperumahankerajaan dan lorong-lorong di kawasan perkampungan," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas upacarameletakkan tanda lorong di Tanjung Batu Keramat di sini, hari ini.

    -- BERNAMAIL KI AZH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    26/146

    25

    MPKB WAJIBKAN TULISAN JAWI LEBIH BESAR PADA PAPAN TANDA

    Date: 12-08-2009Author: / HNH MRA SN

    MPKB-JAWI

    KOTA BAHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Mulai tahun depan, MajlisPerbandaranKota Baharu (MPKB) akan mewajibkan tulisan jawi ditulis lebih besar atausekurang-kurangnnya sama saiz dengan tulisan rumi pada setiap papan tandadaniklan di bandar ini.

    Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB Azman Mohd Daham berkatapeniagaatau pemilik premis yang gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan dan

    permohanan untuk memperbaharui atau permohonan baru papan iklan merekatidakakan dilayan.

    "MPKB juga akan menurunkan papan tanda atau papan iklan yang tidakmenggunakan tulisan jawi lebih besar atau sekurang-kurangnnya sama dengantulisan rumi selepas tarikh akhir 31 Dis ini," katanya kepada Bernama dipejabatnya, hari ini.

    Beliau berkata notis pemberitahuan awal telah dihantar kepada peniaga danpemilik di kawasan majlis perbandaran ini supaya mereka mematuhi peraturanituyang akan dikuatkuasakan awal Januari tahun depan.

    Azman berkata pada ketika ini ramai peniaga dan pemilik premis yangmengabaikan peraturan mewajibkan tulisan jawi ditulis pada papan tanda ataupapan iklan mereka.

    "Ada di antara mereka yang menggunakan tulisan jawi terlalu kecilsemata-mata untuk memenuhi syarat MPKB," katanya.

    -- BERNAMAHNH MRA SN

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    27/146

    26

    MY JAWI GAMES BUKTI KESERIUSAN KUIS MARTABATKAN TULISAN

    JAWI

    Date: 10-06-2009Author: Suriani Razali / SURI JH RON CR

    KUIS-JAWI

    BANGI, 10 Jun (Bernama) -- Mengikut catatan sejarah, tulisan Jawi wujud diNusantara sejak abad ke-14. Pembangunannya dikaitkan dengan penyebaranIslamdari tanah Arab.

    Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikitdemisedikit kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isumemartabatkan tulisan Jawi mula diperkata.

    Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari kewajipanmempelajari ilmu agama, yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namunbegitu,keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut danpenggemardalam kalangan masyarakat bukan Islam.

    Justeru, sebarang usaha dalam mengetengahkan penggunaan tulisan Jawitentunya berbaloi.

    Baru-baru ini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakarkejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan Jawiyang

    dinamakan 'My Jawi Games'.Dicipta oleh pensyarah di Fakulti Teknologi dan Sains Informasi KUIS, Noor

    Azli Mohamed Masrop, 37, permainan ini boleh dikategorikan sebagai satuaplikasi'mobile learning' atau kaedah pembelajaran cara mudah alih.

    Pada Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-20 (20thInternational Invention , Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2009) yangberlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 15 hingga 17 Meilepas,My Jawi Games memenangi Anugerah Pingat Emas.

    Pameran itu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi, pertubuhan,

    syarikat dan individu dari dalam dan luar negara.

    CERITA RAKYAT

    My Jawi Games direkabentuk berasaskan cerita rakyat Pahang iaitu 'AzimatAwang Miskin' dengan menggunakan platform animasi multimedia Adobe Flashsepenuhnya.

    Cerita Azimat Awang Miskin mengisahkan seorang anak yatim piatu, Awang,

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    28/146

    27

    yang merantau untuk menuntut ilmu. Dalam pengembaraannya, Awang perlumenghadapipelbagai cabaran.

    Melalui tujuh modul, pengguna dicabar dengan pelbagai aktiviti sepertimengutip dan mengira buah-buahan, mendaki bukit, menyeberang sungai yang

    penuhbuaya, memasak dan menangkap ikan."Alhamdulillah, permainan ini dapat disiapkan dalam lebih kurang setahun,"

    kata Noor Azli, yang telah berkhidmat di KUIS selama 13 tahun."Saya amat berterima kasih kepada KUIS kerana memberikan kerjasama dan

    bantuan, termasuk cuti bergaji penuh," tambahnya.Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelajar serta guru sekolah, yang

    memberikan maklum balas dan nasihat berkenaan pendekatan pembelajaran disekolah.

    Permainan ini telah diuji di beberapa buah sekolah di sekitar Bangi danmendapat sambutan yang amat baik. Hasilnya, ada murid sekolah terlibat yang

    sebelum ini tidak cekap membaca tulisan Jawi kini dapat membacanya denganlancar.

    OBJEKTIF DAN SASARAN

    My Jawi Games dihasilkan bertujuan memperkasa dan memartabat tulisanJawi bermula di peringkat kanak-kanak.

    Dengan menggabungkan pembelajaran tulisan Jawi bersama cerita rakyat,penghasilan My Jawi Games dilihat sebagai menyahut saranan KementerianPenerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu menjadikan tulisan Jawisertacerita rakyat sebagai warisan negara yang sentiasa diguna pakai dalamkehidupanseharian.

    Pada masa yang sama, My Jawi Games memberi pendedahan kepadapengguna, iaitukanak-kanak, kepada teknologi maklumat dan multimedia dengan cara yangmenyeronokkan.

    Idea untuk menghasilkan permainan ini bermula apabila bapa kepada limaanakini sering mendengar kes pelajar ponteng sekolah dan mengunjungi pusatpermainanvideo.

    Bertolak dari rasa tanggungjawab yang menebal, Noor Azli berusaha mencarialternatif yang dapat membendung gejala tersebut.

    "Lumrah kanak-kanak sukakan permainan yang menggembirakan, sayamembinapermainan Jawi yang sekali gus dapat memberi motivasi dan nilai-nilai murnikepada mereka," kata Noor Azli.

    Menurut Noor Azli, projek ini dihasilkan bagi melengkapi sebahagian daripada

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    29/146

    28

    kajian beliau di peringkat kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia yangdijangka selesai pada tahun hadapan.

    RANCANGAN MASA HADAPAN

    Harapan Noor Azli, My Jawi Games dapat diterima ramai.Anak kelahiran Selangor ini berkata, permainan ini belum dipatenkan lagikerana masih dalam peringkat percubaan.

    Beliau ingin terus menjalankan percubaan di mana-mana pusat pendidikanuntukmemenuhi syarat permohonan paten bagi permainan ini.

    Noor Azli, yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandinganmenciptalogo pertandingan Kemahiran Asean, berhasrat menaik taraf danmempelbagaikanlagi ciptaannya agar penggunaannya tidak terhad kepada peringkat awal

    pembelajaran (beginners) sahaja malah sesuai untuk semua peringkat umur.Contohnya, pendekatan Jawi boleh digunakan dalam permainan komputerberunsuraksi lasak yang digemari oleh golongan remaja, katanya.

    Melihat lebih jauh ke hadapan, Noor Azli juga mengimpikan untuk menerapkanpenggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran matematik dan sains,sebagaimana iaboleh diajar dalam bahasa Inggeris pada masa ini.

    Dalam semangat yang sama, jika tulisan Jawi dapat diangkat sebagai satudaripafa komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dinilai dalamUjianPencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkemungkinan murid akan lebihbersungguh-sungguh untuk mempelajari Jawi, kata Noor Azli.

    Menurutnya, pelbagai usaha penyelidikan melibatkan tulisan Jawisememangnyatelah dan sedang dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi; antaranyaseperti penciptaan pemproses perkataan Jawi, penukar Rumi-Jawi, pengimbasJawi,penukar laman web Rumi ke Jawi dan perisian pembelajaran Jawi.

    My Jawi Games pula sebagai permainan komputer diharap akan menjadipermulaankepada satu lagi sumbangan ke arah memartabatkan tulisan Jawi.

    Rektor KUIS Datuk Adanan Isman turut mengakui kepentingan usahamembangunkanpermainan Jawi ini.

    "My Jawi Games merupakan satu penemuan inovasi yang baik. Dahulu, kitamendapat sumber bacaan Jawi daripada kitab-kitab, surat khabar sertamakalah-makalah, tetapi (kini bahan-bahan ini) kurang mendapat sambutan,"katanya kepada Bernama.

    "Penemuan teknologi yang sangat menarik ini diharapkan dapat memberi

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    30/146

    29

    suntikan baru kepada pembangunan tulisan Jawi."Pihak KUIS amat mengalu-alukan usaha sebegini. Jika ada antara para

    pensyarah KUIS atau para pelajar yang ingin menghasilkan penemuan barusepertiini, kami sedia memberi kerjasama dan bantuan kepada mereka," katanya.

    -- BERNAMASURI JH RON CR

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    31/146

    30

    KEBANYAKAN DAERAH DI SABAH GUNA TULISAN JAWI PADA PAPAN

    TANDA AWAM

    Date: 21-10-2008Author: / NAB NAB ROS

    DBP-JAWI

    KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) -- Penggunaan tulisan jawi pada papantanda

    jalan dan iklan mendapat sokongan menggalakkan di kebanyakan daerah diSabah,kata Pengarah Dewan dan Bahasa (DBP) Sabah Zubaidi Abas.

    "Pihak DBP mendapat kerjasama yang sangat baik daripada majlis daerahberkenaan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda. Mereka juga sentiasaberhubung dengan kami mengenai penggunaan bahasa dan ejaan yang betul.

    "Kami amat mengalu-alukan dan memuji usaha daerah seperti Lahad Datu,Sipitang, Kinabatangan dan Beaufort dalam memartabatkan bahasa kebangsaankitamelalui penulisan jawi," katanya kepada pemberita selepas mesyuaratJawatankuasaPenganjuran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2008 di sini, hari ini.

    Katanya usaha menggunakan tulisan jawi juga akan diperluaskan ke daerahlain.

    Dalam perkembangan lain, Zubaidi berkata DBP Negeri akan memintasyarikatpengiklanan di negeri itu untuk merujuk kepada DBP dalam penggunaan bahasa

    kebangsaan pada iklan.Katanya setiap permohonan untuk membuat iklan pada papan iklan

    menggunakanbahasa kebangsaan perlu mendapat kelulusan daripada DBP sebelummengiklan.

    Mengenai BBSN 2008, Pengarah DBP Malaysia Izzah Abd Aziz yangmempengerusikan mesyuarat itu berkata pelancaran BBSN akan diadakan diPadangMerdeka pada 24 Okt ini.

    Katanya majlis pelancaran itu dijangka disempurnakan oleh Yang DipertuaNegeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa

    Aman.Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selaku pengerusi

    jawatankuasa induk BBSN, juga dijangka hadir.Antara artis yang diundang pada majlis pelancaran itu ialah Ramli Sarip,

    Abu Bakar Ellah dan bintang Akademi Fantasia Felix Agus.Izzah berkata pelbagai aktiviti diadakan sempena BBSN itu dari 18 Okt

    hingga 9 Nov ini, antaranya Ekspo BBSN pada 24-26 Okt, Sayembara LaguPuisi pada

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    32/146

    31

    26 Okt, Larian BBSN pada 27 Okt dan Khemah Bahasa Pelbagai Kaum pada 28-30 Oktbagi peringkat negeri Sabah dan pada 7-9 Nov bagi peringkat Labuan, katanya.

    -- BERNAMA

    NAB NAB ROS

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    33/146

    32

    PENGGUNAAN TULISAN JAWI PADA PAPAN-PAPAN TANDA DI KOTA

    BELUD DITINGKATKAN

    Date: 11-08-2008Author: / NOK NT AZH

    JAWI-SABAH

    KOTA BELUD, 11 Ogos (Bernama) -- Penggunaan tulisan jawi pada papan-papantanda di sekitar bandar Kota Belud dan jalan-jalan utama ke kampung-kampungtertentu di daerah ini akan ditingkatkan.

    Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamliberkata Umno daerah berkenaan bertekad untuk menggerakkan usaha itusebagailangkah permulaan bagi merintis jalan untuk memartabatkan tulisan jawi.

    Beliau berkata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah sudahmenyuarakansokongan mereka terhadap usaha itu di samping bersedia membantupelaksanaannya,dan beliau seterusnya menyarankan agar penggunaan tulisan jawi diperluaskandiseluruh Sabah.

    Menurutnya penggunaan tulisan jawi yang meluas mencerminkan budayaMalaysiayang berbilang, menjadikan minat masyarakat terhadap keunikan tulisan itu perlusentiasa dipupuk agar ia tidak hilang begitu sahaja.

    "Saya adalah pencinta Budaya Malaysia berbilang kaum. Saya sangatberminatdengan keunikan tulisan jawi yang menjadi simbol kepada perpaduan Melayu danberharap tulisan jawi tidak pupus ditelan zaman," katanya kepada Bernamaselepasmerasmikan konsert pentarama anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di DewanTerbuka Kampung Taun Gusi dekat sini malam tadi.

    Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu Musbah berkata, rakyat Malaysiabertuah kerana memiliki sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin mengenaimasalahrakyat serta mementingkan perpaduan.

    -- BERNAMANOK NT AZH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    34/146

    33

    ZAHID CADANG KEPALA SURAT KEMENTERIAN DAN JABATAN GUNA

    TULISAN JAWI

    Date: 16-06-2008Author: / RP RP SN

    ZAHID-JAWI

    SEREMBAN, 16 Jun (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan agar semua kementeriandan

    jabatan turut menggunakan tulisan jawi pada kepala surat mereka.Beliau berkata penggunaan tulisan jawi, selain tulisan rumi itu adalah

    sebagai langkah memartabatkan tulisan jawi di negara ini."Pada hemat saya, penggunaan tulisan jawi ini tidak akan menghilangkan

    identiti kementerian dan jabatan terbabit. Kami telah memulakan langkah itu dan

    saya harap kementerian serta jabatan lain mengikutnya," katanya kepadapemberitaselepas merasmikan program "Jawi Warisan Bangsa" anjuran Tabung Haji danUtusanMalaysia di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed NordanPengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Ahmad Hashim Makarudin.

    Beliau berkata usaha untuk memartabatkan tulisan jawi itu penting kerana iaadalah warisan bangsa yang harus dijaga dan dipertahan oleh semua lapisanmasyarakat.

    "Perubahan zaman menjadikan masyarakat kita tidak mengendahkankepentingantulisan ini, lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda. Justeru, amatlah wajarsekali masyarakat kita memainkan peranan untuk mengangkat martabat tulisanini," katanya.

    Ahmad Zahid berkata program mengembangkan tulisan jawi seharusnyadirangkadan diperluas agar tulisan itu terus kekal sebagai warisan budaya bangsa.

    -- BERNAMARP RP SN

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    35/146

    34

    MB SELANGOR MAHU SEKOLAH AGAMA BERI PENEKANAN MENGUASAI

    TULISAN JAWI

    Date: 17-05-2008Author: / SYA MK RS

    AGAMA-JAWI

    SHAH ALAM, 17 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri AbdulKhalidIbrahim mahu semua sekolah agama di negeri ini memberikan penekananterhadappenguasaan tulisan jawi oleh kalangan pelajarnya.

    Beliau berkata tulisan jawi perlu dikuasai memandangkan ia merupakan satuaspek kebudayaan dan memperlihatkan cara pemikiran masyarakat Melayu yangdiwarisi dari generasi terdahulu.

    "Kita mahu tulisan Jawi dikuasai oleh orang Melayu kerana ia identiti danmembantu dalam beberapa aspek kehidupan termasuk membantu kitamemahami danmembaca al-Quran dengan lebih baik..." katanya kepada pemberita selepasmerasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)2008di sini hari ini.

    Abdul Khalid berkata apabila seseorang itu mengenali dan tahu tulisan Jawimereka juga mampu memahami Bahasa Arab yang asasnya ialah tulisan Jawi.

    Beliau berkata penekanan tulisan Jawi di sekolah agama boleh dilakukandengan menambah satu kelas khas subjek itu.

    Selain itu, katanya penguasaan tulisan Jawi juga boleh membantu kembalisurvival akhbar bertulisan jawi.

    Abdul Khalid berkata dengan jumlah kira-kira 60 peratus orang Melayu diMalaysia sepatutnya akhbar tulisan Jawi (yang wujud dulu) mampu bertahan jikamereka menguasai dan mahir menulis serta membaca tulisan Jawi.

    "Masyarakat India misalnya, hanya kira-kira 10 peratus sahaja di Malaysiatetapi akhbar menggunakan tulisan Tamil ada tiga kalau tidak silap saya dansemuanya sukses," katanya.

    Terdahulu dalam ucapannya Abdul Khalid berkata guru agama perlumempertingkatkan penguasaan mereka dalam bidang ICT bagi menyampaikanteknik

    pengajaran yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keadaan semasa.Abdul Khalid turut menyampaikan hadiah kepada dua tokoh guru sekolah

    agamaJAIS iaitu Ismail Ibrahim dari Sabak Bernam bagi kategori lelaki dan Jama'aiahBoyok dari Sepang (wanita).

    Kedua-dua tokoh guru itu dipilih kerana dedikasi mereka dalam bidangpendidikan sejak 30 tahun lepas dan masih aktif sehingga kini walaupun telahbersara. BERNAMA SYA MK RS

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    36/146

    35

    PNM MEMARTABATKAN TULISAN JAWI

    Date: 15-03-2008Author: / PNAB NH RHM

    PNM-JAWI

    KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia(PNM)sentiasa berusaha memartabatkan tulisan jawi, kata Ketua Pengarahnya Raslin

    AbuBakar.

    Beliau berkata bagi memastikan objektif itu tercapai, setiap aktiviti yang

    dianjurkan oleh PNM akan turut diselitkan dengan acara berkaitan tulisan jawi."PNM turut menyelitkan acara berkaitan tulisan jawi bagi menyemarakkan lagi

    penggunaannya dan memupuk minat khususnya di kalangan kanak-kanak danpengunjung Perpustakaan Negara," katanya semasa merasmikan Program'KeluargaCeria...Mari Membaca' di ruang pameran PNM di sini hari ini.

    Raslin berkata pelbagai aktiviti galakan membaca telah dirangka oleh PNMsepanjang tahun ini bagi menjayakan kempen membaca di seluruh negara.

    Jika sebelum ini, kempen membaca hanya diadakan pada Julai, kini PNMdengankerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menambah

    baikpelaksanaan kempen itu kepada sepanjang masa, katanya.

    Pegawai Perhubungan Awam PNM, Nurazila Azizan pula berkata anggotaPNMtelah bertambah sehingga mencecah 768,345 orang sehingga akhir tahun lepas.

    -- BERNAMAPNAB NH RHM

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    37/146

    36

    DBKL PERKENAL TULISAN JAWI PADA PAPAN NAMA JALAN

    Date: 19-02-2008Author: / NIM RAR KAY

    DBKL-Jawi

    KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)memperkenalkan penambahan tanda nama jalan dalam tulisan jawi secaraberperingkat bermula awal tahun ini dalam usaha memartabatkan sertamembudayakan tulisan itu di semua peringkat.

    Pegawai Perhubungan Awam dan Antarabangsa DBKL Anwar Mohd Zainberkatalangkah terbaru itu selaras dengan usaha Kementerian Kebudayaan, Keseniandan

    Warisan untuk membiasakan dan menggalakkan penggunaan tulisan jawi dikalanganwarga kota dalam urusan seharian.

    "Saiz tulisan jawi ini adalah kecil tetapi mudah dilihat orang ramaitermasuk angka poskod," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Menurutnya langkah itu tidak akan menjejaskan nama jalan dalam tulisanrumi sedia ada.

    Beliau berkata pada masa yang sama DBKL turut menggunakan plat tulisannama jalan daripada bahan aluminium komposit kerana ia tahan lama danmampumengurangkan kecurian dan vandalisme.

    Anwar juga mengalukan sebarang cadangan daripada orang ramai dalamusahapenambahbaikan itu.

    -- BERNAMANIM RAR KAY

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    38/146

    37

    MINAT DORONG WANITA INDIA BELAJAR SENDIRI TULISAN JAWI

    Date: 16-06-2007Author: Che Saad Nordin / CSN MZM RHM

    India-Jawi

    BALING, 16 Jun (Bernama) -- Pada masa tulisan jawi semakin dipinggirkanmasyarakat Melayu, seorang wanita berketurunan India di sini berusahabelajar sendiri sehingga mahir membaca dan menulis jawi.

    V. Kamala Devi, 58, ibu tunggal lima anak yang tinggal di Kampung BawahGunung, Jalan Weng, berkata beliau mula mempelajari jawi semasa belajar diSekolah Pusat Baling (sekarang Sekolah Kebangsaan Baling).

    Akibat dihimpit kemiskinan, beliau hanya sempat belajar setakat darjahtiga apabila terpaksa berhenti sekolah.

    "Walaupun belajar setakat darjah tiga, saya terus belajar secara

    sendiri tulisan berkenaan sehinggalah sekarang saya masih membaca tulisanjawi termasuk membaca akhbar jawi," katanya kepada Bernama semasa ditemuidi rumahnya di sini, hari ini.

    Katanya waktu di sekolah dahulu, hanya ada 10 murid India yang belajardi sekolah berkenan dan mereka belajar dengan tekun untuk memahami bacaandan tulisan jawi.

    Menurut Kamala, beliau berbangga kerana mampu menguasai bacaan dantulisan jawi sehingga membolehkannya membaca pelbagai buku hikayat lamaMelayu yang ditulis dalam jawi.

    Selain itu, Kamala juga mampu menulis dan membaca tulisan tamilwalaupun tidak pernah bersekolah tamil sepanjang hayatnya.

    "Saya hanya belajar menulis dan membaca tamil sewaktu di rumah dariayah, P. Veeraputran yang bekerja sebagai buruh di Jabatan Kerja RayaBaling," katanya yang merupakan anak ketiga dari empat beradik.

    Ditanya mengenai tulisan jawi yang semakin terpinggir, wanita ituberkata:" Saya sedih kerana generasi muda tidak berminat lagi untuk belajar

    jawi sedangkan ia sesuatu yang senang dipelajari".Wanita itu turut membuktikan kemampuannya dengan menulis perkataan

    "Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 Malaysia" dalam jawidengan pantas dan tepat.

    -- BERNAMACSN MZM RHM

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    39/146

    38

    WATIKAH PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN JEMPUTAN

    DIRAJA GUNA TULISAN JAWI

    Date: 21-04-2007Author: Haslinda Zainal / HAZ HK MAI

    Agong-Watikah

    SHAH ALAM, 21 April (Bernama) -- Penggunaan Jawi dalam tulisan watikahpertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin sertasurat jemputan kepada Raja-raja Melayu untuk berangkat ke majlis itumenghidupkan kembali budaya tulisan itu di istana seperti zaman dahulukala.

    Ia seiring dengan usaha kerajaan memupuk dan meningkatkan penggunaandan kemahiran tulisan Jawi dalam kalangan rakyat, kata Datuk Abdul LatiffMirasa, pengerusi Yayasan Restu, sebuah badan bukan kerajaan yang telah

    dipertanggungjawab sekali lagi untuk menyediakan surat jemputan kepadaRaja-raja Melayu serta watikah pertabalan menggunakan kertas khas.

    Yayasan berusia 20 tahun itu telah dipertanggungjawabkan untukmenghasilkan 15 surat jemputan kepada semua Sultan dan Raja Melayu sertaYang Dipertua Negeri dan Perdana Menteri.

    Ia menyediakan empat jenis watikah iaitu Watikah Titah Ucapan Yangdi-Pertuan Agong, Watikah Ikrar, Watikah Doa dan Watikah PerisytiharanPertabalan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13TuankuMizan Zainal Abidin pada Khamis ini, katanya kepada Bernama di KompleksTaman Seni Islam Selangor di sini.

    Yayasan Restu, yang pakar dalam bidang kaligrafi khat, pernahditugaskan untuk menyediakan dokumen yang serupa semasa pertabalan Yangdi-Pertuan Agong ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada2002.

    Abdul Latiff berkata keputusan Istana Negara mengamanahkan tugas seperusekali lagi kepada yayasan itu menunjukkan kepercayaannya terhadapkemampuan Yayasan Restu menghasilkan suatu seni Islam sebagai identitimasyarakat Melayu.

    Eksekutif Kanan Kaligrafi, Yayasan Restu, Abdul Baki Abu Bakar, berkataIstana Negara telah menyerahkan enam kepingan kulit kambing pada Selasalepas untuk ditulis keempat-empat watikah tersebut.

    "Kulit kambing yang diimport dari United Kingdom itu diproses dandipotong di Jabatan Ukur dan Pemetaan serta disiapkan dengan reka bentukdan corak serta motif yang dipilih," katanya.

    Abdul Baki, yang akan menyediakan tulisan itu bersama seorang lagipenulis khat, Mohd Fadil Sulaiman, berkata ketelitian amat perlu ketikamenulis watikah di atas kulit kambing kerana ia mempunyai tekstur yangagak licin seperti berminyak dan berbintik-bintik.

    "Kami perlu melakukan yang terbaik dan tumpuan perlu lebih kerana

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    40/146

    39

    tugasan ini melibatkan Seri Paduka Baginda dan ia haruslah memenuhikehendak Istana Negara," katanya.

    Abdul Baki berkata kesemua enam watikah itu, yang ditulis mengikutskrip yang disediakan oleh pihak Istana Negara, telah disiapkan dalamtempoh masa dua hari.

    "Untuk tajuk, kami menggunakan tulisan Jawi jenis khat thuluth, teksmenggunakan khat nasakh manakala kalimah Bismillahirrahmanirrahim pulamenggunakan khat diwani," katanya.

    Penulisan khat itu telah dibuat dengan menggunakan dakwat hitam yangterbaik dari Jepun, yang kalis air.

    Mohd Fadil, yang berpengalaman dalam penulisan Jawi selama 10 tahun,berkata menulis watikah Diraja ini amat berbeza kerana ia hanya berlakusekali dalam tempoh lima tahun, dan hasilnya mestilah yang terbaik bagimendapat kepuasan pihak Istana Negara.

    Mengenai kad jemputan Diraja, beliau berkata kerja penulisannyadimulakan pertengahan bulan lepas dan siap sepenuhnya awal bulan ini.

    Mohd Fadil berkata setiap surat jemputan mengambil masa empat jam untuksiap ditulis, kerana ia melalui pelbagai peringkat, dengan peringkatpertama meliputi aspek melakar skrip menggunakan pensil bagi mengelakkankesalahan serta untuk mengimbangi tulisan.

    "Kemudian semakan akan dibuat oleh penyemak dari Yayasan Restu danpihak Istana Negara dari segi perkataan dan ejaan," katanya.

    Surat jemputan itu ditulis di atas kertas manuskrip diperbuat daripadacampuran kapas dan pulpa kayu dan bebas asid, dan kertas ini mampu bertahanselama 500 tahun.

    -- BERNAMAHAZ HK MAI

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    41/146

    40

    SEMANGAT KEMERDEKAAN MEMBARA MENERUSI TULISAN JAWI

    Date: 21-02-2007Author: Melati Mohd Ariff / MMA PR

    50 Tahun Merdeka

    KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tulisan jawi adalah warisan,keperibadian dan citra Melayu. Jika hapusnya tulisan Jawi ini, makahapuslah sebahagian daripada keperibadian orang Melayu.

    Begitu tingginya nilai tulisan jawi pada satu ketika dahulu tetapi iakini semakin terpinggir daripada arus kehidupan masyarakat Melayu katapejuang bahasa Dr Hashim Musa yang juga bekas pensyarah AkademiPengajianMelayu, Universiti Malaya.

    Gahnya tulisan atau skrip Jawi terserlah khususnya ketika pemerintahan

    Kesultanan Melayu Melaka seawal abad ke 15 di mana penggunaannya bukansahaja mencakupi urusan keagamaan tetapi juga semua bentuk urusanpentadbiran dan kebudayaan.

    Rakyat Malaysia hari ini sudah biasa dengan huruf rumi dan mungkintidak menyedari bahawa sehingga 1960-an huruf Jawi sahaja yang digunakanuntuk menulis dalam bahasa Melayu.

    Tulisan Jawi juga unggul dalam membangkitkan semangat nasionalismeserta perjuangan kemerdekaan tanah air dengan lahirnya begitu banyakmajalah dan akhbar yang menggunakan skrip Jawi seawal kurun 19.

    MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

    Begitu nostalgik sekali penulis membaca akhbar Utusan Zaman keluaranAhad 1 September 1957 bersamaan 6 Safar 1377.

    Perkataan `Merdeka', `Merdeka', `Merdeka' dalam huruf jawi dengan megahmenghiasi muka satu akhbar itu dengan foto pemasyhuran kemerdekaan olehTunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

    Tajuk kecil `Upacara Yang Bersejarah Dan Mengharukan Sekali Meriah DanPenuh Dengan Kegembiraan' pula mendahului berita dengan perengganpertamanya berbunyi seperti berikut: "Kuala Lumpur, 31 Ogos -- PersekutuanTanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya merdeka tepat pukul 9.30pagi ini oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dalam satu upacarabersejarah yang sungguh mengharukan di Stadium Merdeka di sini.

    Muka satu dada akhbar Utusan Zaman pada tarikh yang sama turutmemaparkan isi kandungan "Proklamasi Kemerdekaan Tanah Melayu" yangditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri PersekutuanTanah Melayu.

    Antaranya proklamasi itu berbunyi: "Dan bahawasanya oleh kerana denganperjanjian yang disebut namanya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun1957 yang diperbuat di antara duli yang maha mulia baginda Queen denganduli-duli yang maha mulia raja-raja negeri-negeri Malaya maka telah

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    42/146

    41

    dipersetujui bahawa negeri-negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, NegeriSembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak sertanegeri yang dulunya dinamakan Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulaidaripada 31 haribulan Ogos 1957 hendaklah menjadi sebuah persekutuan barubagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu."

    Begitu tingginya martabat tulisan Jawi terbukti dengan dokumenproklamasi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini disediakan dalamtulisan Jawi.

    Utusan Zaman adalah akhbar mingguan bagi Utusan Melayu dan kedua-duanyamerupakan akhbar paling berpengaruh ketika itu dan diterbitkan sepenuhnyadalam skrip Jawi.

    Utusan Melayu mula diterbitkan di Singapura pada 7 Nov 1907. Keluaranpertama akhbar Utusan Melayu di Tanah Melayu ialah pada 29 Mei 1939 dibawah pimpinan Allahyarham Yusoff Ishak (Presiden Singapura dari 3 Dis 1959hingga 23 Nov 1970). Utusan Zaman pula mula diterbitkan pada 5 Nov 1939.

    Catatan sejarah juga menunjukkan perjanjian-perjanjian penting antarapihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris dengan pihak raja-raja Melayuturut disempurnakan dalam tulisan Jawi. Antaranya termasuk PerjanjianPangkor 1874 yang membuka ruang untuk Inggeris campur tangan dalampentadbiran di Perak.

    Di samping dokumen-dokumen perjanjian itu, surat-menyurat antarakedua-dua belah pihak juga dilaporkan banyak dibuat menggunakan skrip jawi.

    ASAL-USUL HURUF JAWIHuruf Jawi telah wujud di Nusantara (Kepulauan Melayu) berabad-abad

    lamanya. Huruf atau skrip Jawi mempunyai pertalian rapat dengan skrip Arabyang tiba di Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islamyang disebarkan oleh pedagang dan pendakwah Islam berketurunan Arab, Indiadan Cina seawal abad ke-7 Masihi.

    Sebelum kedatangan skrip Arab, orang Melayu menggunakan tulisan rencongyang ditulis pada batang buluh dan daun. Ini diikuti dengan tulisan kawidan tulisan palava, kedua-duanya tulisan keturunan India.

    "Bila masuk sahaja agama Islam, orang Melayu cuba menggunakan tulisanpalava atau kawi untuk menulis tentang agama Islam tetapi tidak sesuaikerana tulisan-tulisan ini tidak dapat menampilkan dengan tepat bunyi-bunyiQuran dan Hadis.

    "Sebab itu orang Melayu membuat eksperimen menggunakan huruf Arab.Olehyang demikian, tulisan Jawi adalah ciptaan asli dan kreativiti orang Melayusendiri walaupun berasaskan tulisan Arab," demikian menurut Dr Hashim yangtelah menghasilkan buku "Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi".

    Menurut beliau lagi, orang Melayu kemudiannya menambah beberapa hurufyang tidak terdapat dalam tulisan Arab untuk menyesuaikan dengan bunyiperkataan bahasa Melayu iaitu 'che', 'nge', 'pa', 'ge' dan 'nye'. Huruf'vi' kemudiannya diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    43/146

    42

    90-an.Bukti awal kewujudan tulisan Jawi ialah penemuan Batu Bersurat

    Terengganu bertarikh 702H atau 1303 Masihi dan menurut Dr Hashim, padabatuitu masih terdapat perkataan-perkataan Sanskrit.

    Tokoh tempatan yang tersohor dalam usaha mensistemkan tulisan Jawiialah Zainal Abidin Ahmad yang kemudiannya dikenali sebagai Pendeta Za'ba.Menurut Dr Hashim, Pendeta Za'ba menghasilkan buku `Daftar Ejaan Melayu

    Jawi-Rumi' yang diusahakannya pada 1938 dan hanya dicetak pada 1949.

    TUMBUH BAGAI CENDAWANEra pesat kelahiran pelbagai majalah dan suratkhabar yang kebanyakannya

    diterbitkan dalam tulisan Jawi boleh dikatakan sebagai cendawan tumbuhbermula lewat kurun ke 19.

    Ianya bermula dengan Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura padatahun 1876 yang merupakan suratkhabar Melayu pertama di Malaya.

    Ini diikuti dengan pelbagai lagi penerbitan. Antara yang tersohor disamping Utusan Melayu dan Utusan Zaman termasuk Melayu Muda, MelayuRaya,Pelita Malaya, Perkhabaran Dunia, Perubahan Baharu, Saudara, Suara Melayu,Warta Kinta, Warta Malaya dan Warta Negara.

    Antara majalah sebelum merdeka yang unggul dan menggunakan tulisan Jawiialah Majalah Guru iaitu suara bagi Kesatuan Penulis Guru MelayuSemenanjung (KPGMS).

    Golongan guru turut memainkan peranan penting menyuntik semangatkemerdekaan menggunakan majalah ini untuk melahirkan pelbagai artikeltermasuk mengenai pendidikan di samping cerpen dan sajak.

    Mengikut catatan yang terkandung dalam "Katalog Suratkhabar dan MajalahBahasa Malaysia Edisi II" keluaran Arkib Negara Malaysia, Majalah Guruditerbitkan dalam enam peringkat. Majalah ini dicetak dalam tulisan Jawidari 1 November 1924 hingga 1 Januari 1950. Cetakan Rumi bermula dari 2Januari 1950 hingga akhir tahun 1968.

    Satu lagi majalah yang tidak kurang hebatnya ialah Warta Ahad yangditerbitkan di Singapura pada 5 Mei 1935 oleh Warta Malaya Press Ltd. Turutmenganggotai sidang pengarangnya ialah Datuk Onn bin Ja'afar dan AbdulRahim Kajai.

    UTUSAN MELAYU SUARA KERAMATUtusan Melayu sememangnya sinonim dengan tulisan Jawi. Kehebatan

    akhbarini zaman sebelum dan pasca merdeka sememangnya tidak dapat dinafikan.Sayangnya pengaruh akhbar ini sedikit demi sedikit pudar apabila tulisanRumi menjadi dominan terutama selepas pengisytiharan Akta BahasaKebangsaan1963.

    Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu Tan Sri Mazlan

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    44/146

    43

    Nordin yang sempat ditemui penulis ketika berlangsungnya satu forum di sinibaru-baru ini menegaskan Utusan Melayu dalam tulisan jawi yang wujud lamasebelum perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air mempunyai perananbesardalam menyuntik semangat kemerdekaan di kalangan orang Melayu.

    Menurut beliau, antara lain, Utusan Melayu menggembleng suara orangMelayu menentang Malayan Union dan gerakan Parti Komunis Malaya.Mazlan yang menyandang jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu dari

    1973-1982 berkata akhbar itu juga membantu menebus peminggiran orang-orangMelayu.

    "Jadi kita kena ingat peranan Utusan Melayu dan juga tulisan jawi sertaakhbar-akhbar lain seperti Warta Malaya dan Majlis. Kita kena ingat perananakhbar-akhbar jawi ini yang amat penting khususnya dalam perjuanganmenuntut kemerdekaan," tegasnya.

    KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISMEPeranan besar akhbar-akhbar Melayu Jawi seperti Utusan Melayu, UtusanZaman and majalah Warta Ahad dalam menyuburkan semangat kemerdekaandanpatriotisme di kalangan orang Melayu turut menjadi kebanggaan pejuangkemerdekaan tanah air yang berasal dari Melaka, Datuk Wira Borhan MdYaman.

    "Banyak rencana ditulis mengenai soal semasa termasuk kemiskinan sertakemunduran orang Melayu di samping mengupas soal pelajaran dan menyeruorang Melayu supaya bersatu.

    "Tulisan-tulisan itu juga menyentuh betapa hinanya orang Melayu yangdijajah dengan membandingkan kegemilangan sejarah keagungan bangsaMelayudi Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang yang pandai menulis ketika itutidak mendapat bayaran setakat memberi kepuasan kepada jiwa mereka sertaberbakti kepada tanah air dan bangsa," kata Borhan sambil mengingatinama-nama seperti Pendeta Za'ba, Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) dan KerisMas (Kamaluddin Muhamad, salah seorang pengasas gerakan kesusteraantanahair, ASAS 50).

    MENGUTARAKAN PEMIKIRAN BANGSA MENERUSI TULISAN JAWIPandangan Borhan turut dikongsi bersama oleh seorang lagi pendokong

    tersohor tulisan jawi, Muhammad Mokhtar Taib atau lebih dikenali sebagaiPak Matlob.

    "Dalam suratkhabar digambarkan kesedihan orang yang dijajah sertadipaparkan juga kelemahan dalam masyarakat. Rata-rata orang Melayu ketikaitu berpendidikan setakat sekolah rendah Melayu, setakat boleh jadi peondan kerani," kata Pak Matlob yang dianugerahi gelaran Tokoh Guru KebangsaanMalaysia pada 16 Mei 1998.

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    45/146

    44

    Menurut Pak Matlob yang ditemui selepas pelancaran Kempen PembudayaanTulisan Jawi dan Karnival Semarak Jawi di sini baru-baru ini, tulisanseperti itu menjadikan semangat untuk membebaskan tanah air dari belenggupenjajah semakin membara demi membela nasib bangsa.

    "Semangat orang Melayu ketika itu lemah. Jurang kemiskinan begitu

    ketara antara penduduk kampung dan bandar. Orang Melayu rata-rata hidupsebagai nelayan dan petani di kampung."Isu kemiskinan sememangnya isu besar dan yang mencetuskan semangat

    ialah pembaharuan hidup hanya boleh dicapai menerusi kemerdekaan," kata PakMatlob yang menghasilkan pelbagai buku dalam pelbagai peringkat dan bidangkhususnya dalam Jawi.

    Antara tokoh yang banyak menulis dan menarik perhatian beliau ialahAllahyarham Ahmad bin Abdullah yang menggunakan nama pena, AhmadBakhtiar'yang merupakan gurunya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).

    "Tulisan-tulisannya telus, banyak membandingkan kehidupan orang Melayu

    dengan orang lain dan lebih berbentuk rangsangan dan psikologi," katanya.Sesungguhnya begitu besar sumbangan tulisan Jawi kepada masyarakatMelayu khususnya dalam perjuangan membebaskan tanah air ini daripadabelenggu penjajahan. Adalah diharapkan usaha Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan untuk menghidupkan kembali kegemilangan tulisan Jawiini akan berhasil dan masyarakat Melayu khususnya akan kembali menghargaikhazanah silam ini.

    -- BERNAMAMMA PR

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    46/146

    45

    TERENGGANU BINA PUSAT PENGEMBANGAN TULISAN JAWI BERTARAF

    DUNIA

    Date: 04-02-2007Author: / IB ERE SN MAI

    T'ganu-Jawi

    KUALA TERENGGANU, 4 Feb (Bernama) -- Dalam usaha mengembalikanmartabattulisan jawi seiring dengan kemajuan teknologi, kerajaan Terengganu membinasebuah pusat Pengembangan Tulisan Jawi bertaraf dunia di tempat penemuanBatu Bersurat di Kampung Buluh, Hulu Terengganu.

    Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO negeri,Din Adam berkata kerja awal pembinaan pusat berkenaan di kawasan seluastujuh hektar itu telah bermula dan dijangka siap tahun depan.

    Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program persembahanHujung Minggu 2007 di Kompleks Muzium Negeri di sini hari ini, beliauKampung Buluh dipilih kerana ia merupakan tempat Batu Bersurat dijumpaidi Terengganu.

    Katanya pusat itu akan menjadi tempat rujukan tulisan jawi dalampelbagai bidang seperti kebudayaan, sosial dan ekonomi.

    Beliau berkata dengan adanya pusat itu, ia akan menjadi salah satu dayatarikan pelancong ke Terengganu pada masa akan datang.

    Pada majlis itu, buku bertajuk Permainan Tradisional Terengganu yangditulis oleh Mohd Yusof Abdullah dan Mohamad Ismail berharga RM12senaskhah

    turut dilancarkan.-- BERNAMAIB ERE SN MAI

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    47/146

    46

    AKTIVIS GESA TULISAN JAWI DIKETENGAHKAN DALAM SISTEM

    PENDIDIKAN

    Date: 24-09-2006Author: / SHS SHS AZH

    Jawi-Pendidikan

    PORT DICKSON, 24 Sept (Bernama) -- Tulisan jawi perlu dikanun semuladi dalam Akta Pendidikan supaya ia diajar sebagai tulisan Melayu sebenarselain tulisan rumi, kata seorang aktivis bahasa dan persuratan HashimMusa.

    Beliau berkata ia adalah antara langkah yang boleh diambil untukmemupuk tulisan jawi serta seni khat, dan memperkasakannya selaras denganhasrat kerajaan untuk mengekalkan warisan sejak 1,000 tahun itu.

    "Langkah paling baik ialah memasukkan pembelajaran tulisan jawi dalam

    Bahasa Melayu dan bukan sekadar dalam Pendidikan Islam sahaja. Tulisan jawihendaklah dikaitkan dengan khazanah persuratan Melayu," katanya di sini.

    Katanya antara langkah lain yang boleh dilakukan ialah mencetak kembalisurat-surat emas raja dan pembesar Melayu, manuskrip lama dalam formatbesar, dan disebarkan dengan publisiti meluas, di samping boleh dijadikanhiasan di pejabat-pejabat kerajaan serta badan-badan berkanun.

    Menurutnya tulisan jawi juga perlu dibudayakan pada hari-hari perayaanmasyarakat Melayu, seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Maulidur Rasul, MaalHijrah dan sebagainya, dan kain rentang bertulisan jawi mengenai sambutanitu hendaklah dipamerkan di kawasan umum.

    Hashim antara langkah lain yang boleh diambil ialah mengadakan minggu

    tulisan jawi di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, di sampingmembanyakkan bengkel, peraduan dan pameran.

    Menurutnya usaha menyuburkan serta mempromosikan tulisan jawi dan senikhat juga boleh dikembangkan ke dunia negara jiran seperti di Brunei,Indonesia, Singapura, selatan Thailand dan selatan Filipina denganmengadakan seminar dan bengkel antarabangsa untuk memperkasakan tulisanberkenaan.

    Beliau berkata mereka yang menguasai jawi tidak rugi, bahkan mempunyainilai tambah yang tinggi kerana mempunyai ilmu pengetahuan dankebijaksanaan tamadun besar di rantau Asia Tenggara.

    Jawi juga boleh mencetus kepada satu jati diri yang asli dan utuh, yang

    dapat disemai dan dipupuk sebagai milik khusus bangsa Malaysia, katanya.-- BERNAMASHS SHS AZH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    48/146

    47

    TIGA PERSATUAN MELAYU NEGERI SARAN WAJIBKAN TULISAN JAWI DI

    SEKOLAH

    Date: 10-05-2006Author: / RIS SBB AZH

    Perlis-Tulisan jawi

    KANGAR, 10 Mei (Bernama) -- Tiga persatuan Melayu negeri-negeri diutara negara menyarankan agar Kementerian Pelajaran melaksanakan dasarmewajibkan pembelajaran tulisan jawi sebagai mata pelajaran utama disekolah-sekolah.

    Saranan itu dibuat oleh Persatuan Melayu Perlis (Pemanis), PersatuanMelayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Pertubuhan Melayu Kedah (Pemikat)dalamsatu memorandum yang dihantar kepada kementerian terbabit baru-baru ini.

    Bercakap kepada Bernama, Yang Dipertua Pemanis, Mohd Zain Hamzahberkata langkah tersebut perlu jika mahu mendaulatkan penggunaan tulisan

    jawi di kalangan generasi muda sekarang.Beliau berkata ketiga-tiga persatuan turut menyokong usaha Kementerian

    Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelajaran serta SyarikatUtusan Melayu menghidupkan semula akhbar Utusan Jawi Mingguan, satu-satunyaakhbar bertulisan jawi dalam negara.

    Menurutnya salah satu pendekatan yang boleh dilakukan dalam usahamenyuburkan tulisan ialah dengan menggalakkan anak-anak muda membacadan

    menulis jawi."Langkah ini hanya akan berjaya sekiranya Kementerian Pelajaran

    menjadikan tulisan dan bacaan jawi sebagai salah satu mata pelajaranwajib di sekolah-sekolah," kata Mohd Zain.

    -- BERNAMARIS SBB AZH

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    49/146

    48

    KEMENTERIAN TIMBANG TULISAN JAWI DI SEKOLAH CINA DAN TAMIL

    Date: 06-05-2006Author: / WM ZBI KAY

    Hon-Jawi

    MACHANG, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia menimbang untukmemperkenalkan tulisan Jawi di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cinadan Tamil sekiranya ada permintaan.

    Timbalan Menterinya Datuk Hon Choon Kim berkata bagaimanapunpertimbangan itu bergantung kepada keperluan di sesebuah sekolah berkenaan.

    "Sehingga ini kita sudah memperkenalkan tulisan Jawi, Bahasa Arab,Al-Quran dan Fardhu Ain di sekolah-sekolah kebangsaan dan jika adapermintaan untuk diajar di sekolah aliran Cina dan Tamil kita sediamempertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari

    Kebudayaan Bahasa Cina di Sekolah Menengah Sains Labok di sini, hari ini.Hon berkata sehingga ini belum ada permintaan daripada mana-mana pihak

    agar tulisan itu diajar di sekolah terbabit.-- BERNAMAWM ZBI KAY

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    50/146

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    51/146

    50

    KEMENTERIAN SEDANG RANGKA LANGKAH HIDUPKAN SEMULA

    TULISAN JAWI

    Date: 11-02-2006Author: / NJ KAY

    Rais-Jawi

    PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Kementerian Kebudayaan, Kesenian danWarisan sedang merangka langkah-langkah yang boleh diambil bagimenghidupkan semula tulisan jawi termasuk menghidupkan kembali akhbarUtusan Melayu.

    Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kempen akan turutdiadakan yang telah diluluskan oleh Kabinet bagi tujuan menyemarakkankembali tulisan itu yang merupakan pusaka warisan bangsa.

    "Masalahnya baru timbul dan kami sedang merangka langkah-langkah awalan

    dan kami akan bertemu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), UtusanMelayuatau individu yang berkaitan.

    "Program awalan menghidupkan kembali Utusan Melayu dan kami akan carijalan untuk menghidupkannya kembali sekali seminggu sama ada dalam bentukakhbar atau majalah," katanya kepada pemberita merasmikan Laman SeniPutrajaya di Promenad, Presint 1, di sini hari ini.

    Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman yangjuga Presiden Perbadanan Putrajaya.

    Laman Seni Putrajaya adalah kesinambungan kepada Laman Seni KualaLumpur yang telah dilaksanakan dengan jayanya hampir setahun lalu dengan

    penganjuran pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan padasetiap Sabtu pertama.

    Akhbar Utusan Melayu -- satu-satunya akhbar yang mencetak beritanyadalam tulisan Jawi telah dihentikan penerbitannya pada 29 Jan lepas.

    Rais berkata apa yang menyedihkan ialah masyarakat Melayu tidak ambilpeduli tentang warisannya sendiri apabila akhbar berkenaan dihentikanoperasinya.

    "Apa yang menyedihkan ialah, apabila akhbar itu tutup, saya tidakdengar suara sedih dan ini menunjukkan sebahagian besar masyarakat Melayutidak hirau tentang warisannya sendiri.

    "Memang saya dah duga perkara itu dan kementerian tidak akan berdiam

    diri," katanya.Rais berkata pihaknya akan mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri

    bagi memastikan tulisan jawi tidak terus berkubur begitu sahaja."Masa kini, akhbar itu laku 15,000 naskhah seminggu dan jadi, ia tidak

    ada sebab perlu ditutup. Kami akan bermesyuarat dan akan mengetengahkankepada Kabinet program-programnya," katanya.

    -- BERNAMANJ KAY

  • 8/10/2019 Pembudayaan Tulisan Jawi [Sumber Elektronik]

    52/146

    51

    ORANG MELAYU HARUS RISAU JIKA TULISAN JAWI BERKUBUR

    Date: 08-02-2006Author: / AZE KHY

    Rais-Jawi

    PULAU PINANG, 8 Feb (Bernama) -- Masyarakat Melayu di negara iniharuslah mengambil sesuatu langkah bagi menghidupkan semula tulisan Jawiekoran tulisan itu telah "berkubur" apabila akhbar Utusan Melayu --satu-satunya akhbar yang mencetak beritanya dalam tulisan Jawi -- kinitelah dihentikan penerbitannya.

    Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatimberkata penutupan penerbitan akhbar Utusan Melayu seharusnya dipandangsebagai satu kematian kepada warisan bangsa kerana tulisan Jawi adalah satupusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu

    selama lebih 600 tahun.Katanya masyarakat Melayu tidak seharusnya cuma berpeluk tubuh melihat

    tulisan Jawi menghilang dari ufuk budaya dan persoalan berat ini menuntutpenyelesaian daripada orang Melayu sendiri.

    Beliau berkata apabila penerbitan akhbar tulisan Jawi dihentikan pada29 Jan lepas, adalah jelas orang Melayu tidak mempedulikannya sedangkanpada hakikatnya ia bererti kematian kepada sebahagian jasad budaya warisanMelayu itu sendiri.

    "Tidak ada orang yang mendengus, tidak ada orang yang mempolemikkankematian ini dan minat terhadap tulisan Jawi telah menurun," katanya padaucaptama b