sejarah ejaan jawi (pasai) (1)

20
Sejarah Ejaan Jawi Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai Disediakan oleh : NIK NUR ATHIRAH BT ALI NUR HANISAH BT MAHZAN

Upload: hafizkong1984

Post on 29-Nov-2015

1.137 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

Sejarah Ejaan Jawi

Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai

Disediakan oleh :

NIK NUR ATHIRAH BT ALI

NUR HANISAH BT MAHZAN

Page 2: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

Kedudukan Kerajaan Samudera Pasai

Page 3: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang.

• Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521.

Page 4: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti China, India, Arab, Siam, Parsi dan lain-lain.

• Kedatangan pedagang ini turut membawa ajaran agama Islam.

Page 5: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus membawa bersamanya abjad tulisan Arab iaitu yang menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu dan abjadnya.

• Tulisan Jawi ialah tulisan yang menggunakan aksara Arab

Page 6: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

BUKTI TULISAN JAWI DI PASAI

Page 7: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

1. HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI

Hikayat ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu,

mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu

(tulisan Jawi).

Page 8: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Dalam hikayat tersebut terdapat keterangan yang mengatakan bahawa Sharif dari Makkah telah menghantar satu rombongan pendakwah yang diketuai oleh Syeikh Ismail untuk menyebarkan agama Islam di sumatera Utara pada abad ke-7 H./ke-13 M.

• Kawasan Perlak, Samudera dan Pasai (Sumatera Utara) telah diislamkan sekitar tarikh 682 H./1282 M.

Page 9: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Fatimi telah memetik kenyataan Marco Polo yang melaporkan dalam pelayarannya bahawa Ferlec ( Perlak ) telah menerima Islam ketika ketibaannya di situ pada tahun 1292.

• Pada abad ke-7 H./ ke-13 M., kerajaan Pasai ( Samudera ) dikatakan kerajaan pertama di Kepulauan Melayu yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.

Page 10: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Rajanya yang pertama memeluk agama Islam iaitu Merah Silu telah menukarkan namanya kepada Sultan Malik al-Saleh yang meninggal pada tahun 696 H./1297 M. seperti yang tercatat pada batu nisannya.

Page 11: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• S. M. N. al-attas telah menyatakan bahawa Pasai pada zaman pemerintahan Malik al-Zahir ( sekitar awal abad ke-8 H./ke-14 M. ) iaitu cucunda kepada Malik al-Saleh, telah menjadi pusat pengajian Islam yang terawal di Kepulauan Melayu.

Page 12: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Pada tahun 819 H./1416 M., penduduk Aru, Samudera, Pedir dan Lambri yang berada dalam tanah Aceh telah memeluk agama Islam, dan Aceh telah mengembangkan pengaruhnya ke kawasan Selatan.

Page 13: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

2. BATU NISAN

• Makam-makam Diraja Melayu-Islam ( Sultan Malik al-

Saleh yang bertarikh 696 H./1297 M. ) yang terdapat di

Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat

daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Arab

( tulisan jawi).

Page 14: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

Tulisan jawi yang terdapat pada Batu nisan Sultan

Malik al-Saleh

Page 15: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

3. KITAB TAFSIR

• Banyak buku-buku agama yang telah ditulis dengan tulisan jawi termasuklah sebuah kitab tafsir al-Quran yang masyur iaitu terjemahan tafsir “al-Baidawi“.

Page 16: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

4. KARYA-KARYA

• Aceh telah melahirkan beberapa tokoh ulama’ dan pujangga yang agung yang menulis karya mereka dalam tulisan jawi, antaranya ialah :-

Page 17: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Hamzah Fansuri ( Syarab al Asyiqin dan Asrar al-Aarifin )

• Syamsuddin al –Sumatrani dan Bukhari al-Jawhari ( Taj al-Salatin)

• Syeikh Nuruddin al-Raniri ( Bustan al-Salatin dan Asrar al-Insan)

Page 18: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

5. SURAT RASMI

• Terdapat juga surat-surat rasmi sultan yang diutus kepada wakil-wakil raja dari luar dan peniaga-peniaga dari barat ke timur ditulis dengan tulisan jawi.

Page 19: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

• Contohnya:

Sultan Acheh pernah menulis surat izin berniaga kepada Middleton seorang kapten Inggeris pada tahun 1602 dengan menggunakan bahasa Melayu yang bertulisan jawi.

Page 20: Sejarah Ejaan Jawi (Pasai) (1)

SEKIAN, TERIMA KASIH..