sejarah tingkatan 5 bab 5

4
Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka 1.a. Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli 1. Sistem kabinet bayangan yg terdiri dripada beberapa org pegawai tadbir dan tokoh masyarakat utk memegang jawatan yg dibentuk. 2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contoh : Ahli Hal Ehwal dalam Negeri. 3. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu 4. Ahlinya terdiri daripada 9 orang Anggota 5 orang penduduk Tanah Melayu 3 daripadanya merupakan orang Melayu, Orang Cina dan India. 4 Orang Pegawai Inggeris. 5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. b. Terangkan proses pelaksanaan sistem ahli. 1. Mengikut sistem ini, setiap ahli yang telah dilantik akan diberikan tugas untuk menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan. 2. Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 3. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatan yang dipegangnya untuk dibentangkan dalam MPP. 4. Semasa menyediakan cadangan undang-undang tersebut, Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British bagi mendapatkan persetujuan bersama. 5. Cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British dan Pesuruhjaya Tinggi berhak untuk memberikan arahan dan persetujuan dalam pekara tersebut. 2.a. Huraikan usaha-usaha Dato Onn Jaafar dalam melaksanakan Pakatan Murni 1. Mengetuai orang Melayu UMNO menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liason Committee ( CLC ) di Pulau Pinang pada tahun Jan 1949. 2. Menjadi pengerusi Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Industrial Development Authority ( RIDA ) pd Oktober 1950 hasil drpd perundingan UMNO-CLC 3. Menerima Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan T.M yg ibu @ bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu. 4. Mencadangkan Pilihanraya akan diadakan pd masa yg sesuai di peringkat perbandaran, negeri & Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP ) 5. Pembukaan keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu. 6. Dato’ Onn Ja’afar kemudiannya telah meninggalkan UMNO kerana dkecam hebat oleh masyarakat Melayu atas keengganan mereka utk mengubah stuktur UMNO. 7. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party ( IMP ) oleh Dato Onn bin Ja’afar. Pakatan Murni Usaha semua kaum utk menghasilkan satu kerjasama dan tolak unsur politik melalui rundingan

Upload: zhang-ewe

Post on 20-Jul-2015

260 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka

1.a. Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli

1. Sistem kabinet bayangan yg terdiri dripada beberapa org pegawai tadbir dan tokoh

masyarakat utk memegang jawatan yg dibentuk.

2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.

Contoh : Ahli Hal Ehwal dalam Negeri.

3. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja

Melayu

4. Ahlinya terdiri daripada 9 orang Anggota

5 orang penduduk Tanah Melayu

3 daripadanya merupakan orang Melayu, Orang Cina dan India.

4 Orang Pegawai Inggeris.

5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

b. Terangkan proses pelaksanaan sistem ahli.

1. Mengikut sistem ini, setiap ahli yang telah dilantik akan diberikan tugas untuk menjaga satu

portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan.

2. Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut

mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

3. Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatan

yang dipegangnya untuk dibentangkan dalam MPP.

4. Semasa menyediakan cadangan undang-undang tersebut,

Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British bagi mendapatkan

persetujuan bersama.

5. Cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British dan Pesuruhjaya

Tinggi berhak untuk memberikan arahan dan persetujuan dalam pekara tersebut.

2.a. Huraikan usaha-usaha Dato Onn Jaafar dalam melaksanakan Pakatan Murni

1. Mengetuai orang Melayu UMNO menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau

Communities Liason Committee ( CLC ) di Pulau Pinang pada tahun Jan 1949.

2. Menjadi pengerusi Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Industrial

Development Authority ( RIDA ) pd Oktober 1950 hasil drpd perundingan UMNO-CLC

3. Menerima Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan T.M

yg ibu @ bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.

4. Mencadangkan Pilihanraya akan diadakan pd masa yg sesuai di peringkat perbandaran,

negeri & Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP )

5. Pembukaan keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu.

6. Dato’ Onn Ja’afar kemudiannya telah meninggalkan UMNO kerana dkecam hebat oleh

masyarakat Melayu atas keengganan mereka utk mengubah stuktur UMNO.

7. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party ( IMP ) oleh Dato

Onn bin Ja’afar.

Pakatan Murni

Usaha semua kaum utk menghasilkan satu kerjasama dan tolak unsur politik melalui rundingan

Page 2: Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

b. Bincangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni

1. Pada bulan Februari 1952, British ingin mengadakan pilihanraya Majlis Perbandaran K.L.

Kerjasama antara UMNO-MCA tlh dibentuk melalui kerjasama antara UMNO K.L. & MCA

Selangor.

dijalankan oleh Dato Ab. Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.

Gabungan UMNO-MCA telah memenangi 9 drpd 12 kerusi yg dipertandingkan.

2. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama yg lain gabungan UMNO-

MCA tlh memenangi 26 daripada 37 kerusi yg dipertandingkan.

3. Pada tahun 1954, pilihan raya negeri telah diadakan, Parti Perikatan memenangi 226 drpd

268 kerusi yg dipertandingkan.

Kemenangan ini menunjukkan permuafakatan kaum dlm pelbagai parti dpt diterima oleh

penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

4. Kerjasama UMNO-MCA telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh

MIC pada tahun 1955.

5. Pihak British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis Perundangan

Persekutuan ( MPP ) pada tahun 1954.

Ia telah dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC

dan pegawai-pegawai tinggi British.

Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihanraya dan 48

ahli MPP akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

6. Pada 27 Julai 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan telah diadakan antara parti yang

menyertai ialah

Parti Perikatan,

Parti Negara

PAS ( Persatuan Islam Se-Tanah Melayu )

LMP ( Liga Melayu Perak )

Malayan Party

Parti Buruh

PPP ( People’s Progessive Party )

Bebas.

7. F12 Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52

kerusi yang dipertandingkan.

3.a. Terangkan kesan-kesan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya Majilis Perundangan

Persekutuan.

i. Kemenangan ini telah membolehkan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan

menjadi Ketua Menteri

ii. Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dapat membentuk kabinet.

iii. Pembahagian anggota kabinet terdiri daripada pelbagai kaum

iv. Kabinet ini berfungsi sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Kabinet = Jemaah Menteri

Page 3: Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

4.a. Jelaskan peranan Suruhanjaya Reid.

1. Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk membincangkan perlembagaan baru Persekutuan

Tanah Melayu.

2. Tugas Suruhanjaya Reid adalah untuk merangka sebuah perlembagaan bagi PTM yang akan

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

3. Terdapat beberapa pekara yang telah menjadi panduan dan diutamakan iaitu :

Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat

Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu

Kedudukan Raja-Raja Melayu

Hak istimewa orang Melayu

Pewujudan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.

4. Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak

Raja-Raja Melayu

Orang perseorangan

Pertubuhan parti politik.

Perhatian yg lebih diberikan kpd cadangan Parti Perikatan

kerana mereka telah bertindak sebagai Parti Kerajaan yang telah memenangi

Pilihanraya 1955.

5. Cadangan-Cadangan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada bulan Feb 1957

diterima oleh kerajaan British pada Mei 1957

disahkan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan PTM pd 17 Ogos 1957

6. Isu kerakyatan Jus soli hangat diperkatakan

orang Melayu tidak dapat menerimanya kerana ia memberikan hak yang sama rata

kepada semua kaum

Ia dianggap akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.

7. Raja Melayu akhirnya menerima kerakyatan Jus soli selepas beberapa rundingan dibuat

dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

b. Huraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

1. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan 2. Pemisahan antara kuasa persekutuan dgn kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan

Senarai negeri. 3. Institusi Raja dijadikan Raja Perlembagaan pd peringkat negeri dan negara. 4. Jenis kerakyatan diwujudkan

Kuat Kuasa Undang-undang,

Permohonan

Naturalisasi 5. Penerimaan Prinsip jus soli 6. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan 7. Agama Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu 8. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan 9. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 10. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara 11. Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen,

iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen 12. Di peringkat negeri, Menteri Besar adalah pelaksana pentadbiran dan dibantu oleh Dewan

Undangan Negeri dan EXCO [ Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ]

Page 4: Sejarah Tingkatan 5 Bab 5

5.a. Bincangkan langkah-langkah untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada

tahun 1957.

1. Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP ) 1955 diadakan bagi memilih kerajaan

yang akan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu

2. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan

Ini membolehkan Parti Perikatan membentuk kabinet

3. Rundingan menuntut kemerdekaan tlh diadakan di London dari 18 Jan – 8 Feb 1956

4. Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956

Ia dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

5. Pengisytiharan kemerdekaan telah diadakan pada 31 Ogos 1957 di stadium Merdeka

b. Huraikan peranan Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh penting dalam kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957.

1. Beliau merupakan presiden UMNO yg dipilih pd 26 Ogos 1951 menggantikan Dato Onn

Ja’afar

2. Mengadakan konvensyen Kebangsaan bersama MCA

3. Menubuhkan Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan kemudian disertai MIC

4. Mengadakan kerjasama dengan meluluskan kerakyatan Jus soli seperti yang dituntut MCA

dan MIC

5. Membentuk cabinet pada tahun 1955 setelah parti Perikatan memenangi pilihnraya pada

tahun 1955

Menjadi Ketua Menteri

6. Mengetuai perundingan menuntut kemerdekaan ke London pada tahun 1956

7. Mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka

8. Mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

9. Beliau adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan dikenali sebagai

Bapa Kemerdekaan Malaysia.

10. Beliau adalah seorang yang bijaksana, ini dapat dilihat menerusi kebijaksanaannya

mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.

11. Kemerdekaan negara juga telah dicapai menerusi rundingan Tunku dengan pihak Britsih

dan telah dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

b. Terangkan kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

1. Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai di dalam Pakatan Murni telah membolehkan

sebuah kerajaan demokrasi Raja berperlembagaan dibentuk.

2. Menyedari pentingnya perpaduan kaum di Tanah Melayu telah menyebabkan pemimpin

Melayu dan bukan Melayu telah menerima Pakatan Murni.

3. Menerusi Pakatan Murni, keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.

4. Penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Ciina dan

India mempunyai hak mutlak ke atas Tanah Melayu.

5. Pemimpin mempunyai hak untuk mentadbir negara mengikut acuan sendiri tanpa campur

tangan daripada kuasa asing.

6. Penduduk semua mempunyai hak untuk menikmati sebuah negara yang merdeka seperti

mana yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.