sejarah sk sungai tong

2
Sejarah SK Sungai Tong Sekolah Kebangsaan Sungai Tong ditubuhkan pada tahun 1949, dikenali dengan nama Sekolah Umum Sungai Tong.Ia diasaskan oleh Tok Penghulu pada masa itu iaitu Encik Abdul Ariffin bin Yunus yang berasal dari Melaka.Sekolah ini terletak di tepi Sungai Nerus,Terengganu.Jaraknya lebih kurang 42 kilometer dari Kuala Terengganu. Sekolah awal ini berdinding dan berlantai kayu serta beratapkan daun bertam, berukuran 80 kaki x 40kaki.Tenaga pengajar pada masa itu terdiri daripada empat orang guru. Cikgu Yong sebagai Guru Besar dibantu oleh dua orang guru lelaki dan seorang ustaz iaitu Ustaz Haji Awang. Akibat banjir besar yang berlaku, pada tahun 1957, Penghulu pada masa itu telah mencadangkan agar sekolah itu dipindahkan ke tapak sekarang yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Dengan kerjasama daripada masyarakat setempat, satu bangunan sekolah dengan struktur yang lebih baik telah didirikan. Walau bagaimanapun, kemudahan asas seperti tandas dan padang masih belum mampu disediakan. Pada tahun 1959,nama Sekolah Umum Sungai Tong telah ditukar

Upload: nevertolate

Post on 01-Oct-2015

86 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Sejarah SK Sungai Tong

Sekolah Kebangsaan Sungai Tong ditubuhkan pada tahun 1949, dikenali dengan nama Sekolah Umum Sungai Tong.Ia diasaskan oleh Tok Penghulu pada masa itu iaitu Encik Abdul Ariffin bin Yunus yang berasal dari Melaka.Sekolah ini terletak di tepi Sungai Nerus,Terengganu.Jaraknya lebih kurang 42 kilometer dari Kuala Terengganu. Sekolah awal ini berdinding dan berlantai kayu serta beratapkan daun bertam, berukuran 80 kaki x 40kaki.Tenaga pengajar pada masa itu terdiri daripada empat orang guru. Cikgu Yong sebagai Guru Besar dibantu oleh dua orang guru lelaki dan seorang ustaz iaitu Ustaz Haji Awang.

Akibat banjir besar yang berlaku, pada tahun 1957, Penghulu pada masa itu telah mencadangkan agar sekolah itu dipindahkan ke tapak sekarang yang jaraknya lebih kurang 500 meter.Dengan kerjasama daripada masyarakat setempat, satu bangunan sekolah dengan struktur yang lebih baik telah didirikan. Walau bagaimanapun, kemudahan asas seperti tandas dan padang masih belum mampu disediakan.Pada tahun 1959,nama Sekolah Umum Sungai Tong telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Tong dan diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.Sekolah Kebangsaan Sungai Tong telah dirasmikan pada tahun1962 oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Sir Abdul Hamid Khan.

Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Sungai Tong ialah Cikgu Mat Yassin yang berasal dari Jertih. Kebanyakan kanak-kanak yang bersekolah pada masa itu ialah anak-anak dari golongan petani dan pekebun getah.